refleksi lawatan

4
REFLEKSI INDIVIDU NAMA : RAZIAN RASHID OPSYEN : 5 PISMP PJ/ BM/ PK Pada 8 hingga 9hb Mei 2015 yang lepas, kelas 5 PISMP PJ/ BM/ PK telah mengadakan lawatan di Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ ) dan juga di Frenz United, Janda Baik, Bentong Pahang. Lawatan ini adalah salah satu program rasmi yang harus dijalankan oleh guru pelatih Pendidikan Jasmani bagi subjek Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan ( PJM 3123E ). Tujuan utama lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada guru pelatih 5 PISMP PJ tentang pengurusan sesuatu sekolah sukan mahupun kelab bagi sukan bola sepak, badminton dan sebgaainya. Melalui taklimat serta perkongsian daripada pegawai pengurusan SSBJ dan Frenz United, kami mendapat pelbagai lnformasi ataupun maklumat berguna yang berkaitan dengan cara –cara mengurus sesuatu kelab ataupun persatuan dengan baik. KEKUATAN: Berdasarkan kepada lawatan di Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ ) dan Frenz United, banyak perkara yang saya berolehi yang sangat berguna pada masa akan datang. Melalui perkongsian daripada pegawai pengurusan , saya mendapati organisasi sesuatu

Upload: kevin-vin

Post on 17-Sep-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDU

NAMA : RAZIAN RASHIDOPSYEN : 5 PISMP PJ/ BM/ PK

Pada 8 hingga 9hb Mei 2015 yang lepas, kelas 5 PISMP PJ/ BM/ PK telah mengadakan lawatan di Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ ) dan juga di Frenz United, Janda Baik, Bentong Pahang. Lawatan ini adalah salah satu program rasmi yang harus dijalankan oleh guru pelatih Pendidikan Jasmani bagi subjek Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan ( PJM 3123E ). Tujuan utama lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan kepada guru pelatih 5 PISMP PJ tentang pengurusan sesuatu sekolah sukan mahupun kelab bagi sukan bola sepak, badminton dan sebgaainya. Melalui taklimat serta perkongsian daripada pegawai pengurusan SSBJ dan Frenz United, kami mendapat pelbagai lnformasi ataupun maklumat berguna yang berkaitan dengan cara cara mengurus sesuatu kelab ataupun persatuan dengan baik.

KEKUATAN:Berdasarkan kepada lawatan di Sekolah Sukan Bukit Jalil ( SSBJ ) dan Frenz United, banyak perkara yang saya berolehi yang sangat berguna pada masa akan datang. Melalui perkongsian daripada pegawai pengurusan , saya mendapati organisasi sesuatu persatuan atau kelab adalah sangat penting. Merekalah yang akan menggerakkan persatuan ataupun kelab dan dari segi sumber kewangan juga adalah sangat penting. Melalui sumberk kewangan yang kukuh, banyak program pembangunan dapat dijalankan dan para atlet mahupun jurulatih didedahkan dengan pelbagai program ataupun aktiviti dalam atau luar Negara. Di samping itu, perancangan sebelum melaksanakan lawatan adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran sesuatu program. Dalam hal ini, kami telah diberikan masa yang secukupnya untuk merancang aktiviti dan tempat yang ingin dilawati oleh gruu pelatih. Perancangan ini haruslah teliti dan bersifat menyeluruh. Untuk memastikan perkara ini dapat berjalan dengan lancar, ketua program lawatan ini telah menetapkan jawatankuasa bertugas dan memberikan laporan dari semasa ke semasa sebelum, semasa dan selepas program lawatan ini dijalankan. Melalui jawatankuasa ini, saya mendapati, banyak perkara yang harus di ambil perhatian supaya semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di maktab, tetapi itu tidak menghalang kami untuk mengadakan lawatan di tempat- tempat yang telah ditetapkan.

KELEMAHAN:Terdapat banyak kekurangan sepanjang lawatan ini diadakan. Pertama adalah lawatan tempat- pempat persatuan mahupun kelab yang terhad. Perubahan jadual secara mendadak dan aktiviti yang padat menyebabkan banyak aktiviti ataupun lawatan tidak dapat dijalankan walaupun telah dirancang begitu lama. Selain itu, masa yang terhad juga menyebabkan perjalanan lawatan terlalu padat menyebabkan guru pelatih tidak dapat rehat yang secukupnya. Disamping itu, lawatan ini menghadapi masalah peruntukan daripada sistem pengurusan maktab menyebabkan guru pelatih terpaksa menyediakan duit sendiri walaupun lawatan ini adalah satu program wajib yang harus dijalankan oleh guru pelatih PJ.

LANGKAH PENAMBAHBAIKAN PADA MASA AKAN DATANG:Untuk penambahbaikan pada masa akan datang, tempat lawatan haruslah dirancang dengan lebih teliti dan teratur supaya segala program ataupun aktiviti dapat dirancang dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, haruslah juga menyediakan backup Plan supaya sekiranya aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan , aktiviti atau tempat lawatan tersebut dapat diubah. Disamping itu, sebelum bergerak ke tempat lawatan , pastikan segala keperluan seperti pengangkutan, tempat tinggal dan peruntukan daripada sistem pengurusan maktab diperolehi dan disahkan oleh pengarah supaya segala program yang telah dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Seterusnya adalah rancang aktiviti yang melibatkan persatuan ataupun kelab yang dilawati. Contohnya, mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Ini sangat penting bagi mengelakkan guru pelatih berasa bosan. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja baik untuk kesihatan, malahan juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahhim antara guru pelatih dengan pegawai serta atlet tempat yang dilawati. .