refleksi ceramah big sem 5

7
BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5 PENGENALAN Pada hari Rabu bersamaan 24 Febuari 2010 yang lalu, unit PISMP PSV (Pendidikan Seni Visual) dan PISMP PJ (Pendidikan Jasmani) telah menjalani program Bina Insan Guru (BIG) buat kali pertama pada tahun ini. Pada kali ini program yang telah disusun berbentuk bengkel yang diadakan di Dewan Al-Khawarizmi yang teletak di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tawau. Pada kali ini, program BIG ini telah diisi dengan menjemput penceramah untuk memberi ceramah selama tiga jam bagi memenuhi syarat program pada kali ini. “Bengkel Pengurusan Pendidikan” merupakan tajuk yang akan disampaikan oleh penceramah yang dijemput dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau iaitu Tuan Haji Ramlan Bin Mala. Beliau merupakan salah seorang daripada kakitangan mengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Beliau juga turut memegang jawatan dalam organisasi pentadbiran Institut. Semasa sesi ceramah ini dijalankan, penceramah diminta untuk menyampaikan ceramah dalam bentuk dua sesi sahaja.

Upload: joe-tsen

Post on 13-Aug-2015

811 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Ceramah BIG Sem 5

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5

PENGENALAN

Pada hari Rabu bersamaan 24 Febuari 2010 yang lalu, unit PISMP PSV

(Pendidikan Seni Visual) dan PISMP PJ (Pendidikan Jasmani) telah menjalani program

Bina Insan Guru (BIG) buat kali pertama pada tahun ini. Pada kali ini program yang

telah disusun berbentuk bengkel yang diadakan di Dewan Al-Khawarizmi yang teletak

di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tawau. Pada kali ini, program BIG ini telah

diisi dengan menjemput penceramah untuk memberi ceramah selama tiga jam bagi

memenuhi syarat program pada kali ini.

“Bengkel Pengurusan Pendidikan” merupakan tajuk yang akan disampaikan oleh

penceramah yang dijemput dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau iaitu

Tuan Haji Ramlan Bin Mala. Beliau merupakan salah seorang daripada kakitangan

mengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Beliau juga turut

memegang jawatan dalam organisasi pentadbiran Institut.

Semasa sesi ceramah ini dijalankan, penceramah diminta untuk menyampaikan

ceramah dalam bentuk dua sesi sahaja. Berdasarkan ceramah yang telah diberikan,

saya telah memperolehi banyak pengetahuan terutamanya dari aspek perundangan

dan peraturan pendidikan serta implikasi kepada tugas guru. Di samping itu dapat

menyenaraikan peranan dan fungsi JPN, PPD dan PKG dalam pengurusan pendidikan.

Page 2: Refleksi Ceramah BIG Sem 5

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5

OBJEKTIF PROGRAM

Dalam program Bina Insan Guru pada kali ini, program ini mempunyai objektif

yang ingin dicapai oleh setiap peserta agar keseluruhan matlamat program ini tercapai

dengan sepenuhnya.

Objektif program Bina Insan Guru kali ini adalah untuk membina kemahiran

berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat

keputusan yang jitu dam menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif

untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

- Menunjukan komitmen dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab

kepada komuniti

- Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai budaya

- Menghayati dan menampilkan cirri-ciri kerohanian,nilai etika dan akhlak

keguruan.

- Melakar misi dan visi yang sesuai untuk dimanfaatkan di sekolah pelatih pada

masa akan datang

- Menyenaraikan aspek perundangan dan peraturan pendidikan dan implikasinya

kepada peranan guru

- Menyenaraikan peranan dan fungsi JPN, PPD dan PKG dalam pengurusan

pendidikan

- Mengaplikasi bentuk-bentuk pengurusan cemerlang dalam pengurusan

pendidikan seharian

Page 3: Refleksi Ceramah BIG Sem 5

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5

KANDUNGAN CERAMAH

Dalam sesi ceramah tersebut, penceramah menyampaikan ceramah mengikut

tajuk ceramah yang disusun serta disediakan iaitu “Pengurusan Pendidikan”.

Secara umumnya, penceramah yang telah dijemput membentangkan pelbagai

organanisasi dan sistem pentadbiran berkenaan dengan Jabatan Pendidikan Negara.

Hal ini adalah untuk mengetahui peranan dan fungsi segala jabatan yang terdapat di

dalam JPN.

Setelah menerangkan pelbagai fungsi dan peranan jabatan-jabatan yang

terdapat di dalam JPN, maka penceramah meminta kami untuk membentuk kumpulan

perbincangan. Antara tugas yang diarahkan kepada saya bersama kumpulan saya

adalah untuk mencari maklumat berkenaan dengan peranan jabatan SPBT. Iaitu Skim

Pinjaman Buku Teks. Setelah bekerjasama antara ahli kumpulan saya, akhirnya saya

bersama ahli kumpulan saya selesai menyiapkan pembentangan kami.

Seterusnya setelah semua kumpulan penbentangan siap menyiapkan tugasan

yang diberi, penceramah meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil

dapatan masing-masing. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit untuk

membentangkan hasil kerja setiap kumpulan.

Pada akhir sesi pembentangan, penceramah telah memberikan kami segala

panduan serta maklumat tentang segala jabatan-jabatan yang terdapat di dalam

struktur organisasi dalam pentadiran Kementerian Pelajaran Malasysia.

Page 4: Refleksi Ceramah BIG Sem 5

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5

REFLEKSI

Dari ceramah yang telah saya sertai dalam program BIG tersebut, terdapat

banyak pengetahuan baru yang saya perolehi. Antaranya peranan serta fungsi setiap

jabatan-jabatan di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi seorang yang bakal

bergelar guru seperti saya, saya bersyukur kerana telah dapat mempelajari perkara ini

dengan lebih awal lagi kerana pada masa hadapan saya tidak akan mengalami kejutan

budaya serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang berlaku serta dapat

berhubung dengan jabatan-jabatan yang berkenaan apabila keadaan memerlukan.

Selain itu, sebagai seorang bakal guru kelak, saya mestilah bijak untuk

mengurus segala urusan berkaitan dengan pendidikan, segala hal ehwal berkaitan

dengan kurikulum pendidikan, hal ehwal guru, isu-isu berkaitan dengan keguruan serta

kebajikan guru telah dapat saya pelajari. Hal ini kerana, seorang guru itu adalah suatu

wadah kepada masyarakat untuk menyalurkan pelbagai maklumat serta menjadi batu

pengukur untuk sesuatu yang berguna. Guru yang juga pendidik memikul amanah

untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial. Sekiranya saya sendiri tidak dapat melengkapkan diri saya dalam segala

pengetahuan berkenaan dengan jabatan-jabatan yang ada dalam KPM, maka tidak

hairan suatu masa nanti saya akan mengalami kesukaran untuk berususan dengan

KPM kelak.. Disebabkan itulah saya perlu mempersiapkan diri saya dengan pelbagai

ilmu dahulu ketika masih dalam proses pembelajaran ini. Saya sedar akan apabila

saya sudah berada di alam pekerjaan, pelbagai urusan-urusan berkaitan dengan

bidang keguruan akan menuntut saya banyak berurusan dengan KPM.

Page 5: Refleksi Ceramah BIG Sem 5

BINA INSAN GURU (BIG) Semester 5

Saya juga telah didedahkan dengan pelbagai peranan dan fungsi pelbagai

jabatan yang terdapat dalam KPM. Ianya amat berguna kepada saya kerana ia

memberi gambaran mengenai peranan dan fungsi sesebuah jabatan tersebut. Saya

berasa amat bertuah kerana telah diberi pendedahan berkenaan dengan perkara ini

lebih awal lagi. Dengan adanya pendedahan awal ini, ia telah menjadi satu batu

loncatan kepada saya dan perlu saya menimba segala pengatahuan agar ianya tidak

menjadi sesuatu yang sukar dan baru bagi saya. Oleh itu, sebagai seorang bakal guru

dan akan bergelar guru satu hari kelak, ternyata masih banyak pengetahuan serta

pengalaman yang perlu saya cari sebelum merasai situasi sebenar di alam keguruan

nanti. Dengan adanya program seperti BIG inilah diharap akan sedikit sebanyak akan

membantu saya dalam proses untuk menimba ilmu untuk mempelajari sesuatu yang

baru dalam kehidupan. Bak kata pepatah, “menuntut ilmu biarlah sampai ke liang

lahad”. Program-program seumpama ini juga mampu memberikan impak yang besar

kepada semua bakal guru khususnya kepada diri saya pengetahuan saya dalam bidang

keguruan bukan sekadar ala kadar sahaja.