refleksi bina insan guru

4
REFLEKSI BINA INSAN GURU PROGRAM PENANDA ARAS DI SK SAUJANA IMPIAN OLEH: NURHAZIQAH BINTI NOR IZAM Pada 2 Oktober 2013, satu program lawatan penanda arasan telah dijalankan di SK Saujana Impian, Kajang. Kami dimaklumkan bahawa sekolah ini dipilih kerana pencapaian cemerlang mereka dalam akademik juga kokurikulum. Walaupun SK Saujana Impian belum lagi dinobatkan sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi, tetapi sekolah ini telah tiga tahun berturut-turut mendapat tawaran baru daripada pihak Kementerian Pendidikan. Kedatangan kami ke sekolah ini telah disambut baik oleh pihak guru besar dan guru-guru sekolah tersebut. Lebih memeranjatkan kami, pihak PPD Hulu Langat telah turut sama turun ke sekolah ini demi menyambut kehadiran kami. Sesungguhnya kami berasa amat terharu kerana kehadiran kami telah dialu-alukan oleh pihak sekolah. Setelah selesai majlis perasmian, kami terus dipecahkan kepada dua kumpulan bagi mendengar ceramah yang telah disediakan. Slot pertama telah dikendalikan oleh Penolong Kanan sendiri iaitu Encik Perinparajah. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai pengurusan sekolah. Pihak pengurusan memainkan peranan yang amat penting kerana sekiranya pihak pengurusan tidak sistematik, maka sekolah tidak dapat menghasilkan guru dan murid yang cemerlang.

Upload: haziqah-izam

Post on 14-Sep-2015

249 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bina Insan Guru

TRANSCRIPT

REFLEKSI BINA INSAN GURU PROGRAM PENANDA ARAS DISK SAUJANA IMPIANOLEH: NURHAZIQAH BINTI NOR IZAMPada 2 Oktober 2013, satu program lawatan penanda arasan telah dijalankan di SK Saujana Impian, Kajang. Kami dimaklumkan bahawa sekolah ini dipilih kerana pencapaian cemerlang mereka dalam akademik juga kokurikulum. Walaupun SK Saujana Impian belum lagi dinobatkan sebagai salah satu Sekolah Berprestasi Tinggi, tetapi sekolah ini telah tiga tahun berturut-turut mendapat tawaran baru daripada pihak Kementerian Pendidikan.Kedatangan kami ke sekolah ini telah disambut baik oleh pihak guru besar dan guru-guru sekolah tersebut. Lebih memeranjatkan kami, pihak PPD Hulu Langat telah turut sama turun ke sekolah ini demi menyambut kehadiran kami. Sesungguhnya kami berasa amat terharu kerana kehadiran kami telah dialu-alukan oleh pihak sekolah. Setelah selesai majlis perasmian, kami terus dipecahkan kepada dua kumpulan bagi mendengar ceramah yang telah disediakan. Slot pertama telah dikendalikan oleh Penolong Kanan sendiri iaitu Encik Perinparajah. Beliau menerangkan serba sedikit mengenai pengurusan sekolah. Pihak pengurusan memainkan peranan yang amat penting kerana sekiranya pihak pengurusan tidak sistematik, maka sekolah tidak dapat menghasilkan guru dan murid yang cemerlang.Slot kedua telah dikendalikan oleh Puan Haida. Slot ini membincangkan mengenai pengurusan pusat sumber dan kepentingan pusat sumber di sekolah. Slot yang menarik perhatian saya adalah slot pengalaman guru yang telah disempurkan oleh Puan Nawal. Puan Nawal berpesan seorang guru kini mempunyai banyak cabara dan kami haruslah menyiapkan diri kami untuk menempuh segala dugaan yang mendatang. Melalui program ini, banyak perkara baru yang telah saya pelajari mengenai system pendidikan pada masa kini. Sekiranya saya ingin menjadi seorang guru yang kompetetif dan efektif, saya seharusnya peka dengan perkembangan pendidikan semasa. Selain itu, saya juga dapat menambah pengalaman melalui membaca. Hal ini kerana membaca merupakan salah satu medium untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

REFLEKSI BINA INSAN GURU PROGRAM SEMINAR KEGURUANOLEH: NURHAZIQAH BINTI NOR IZAMPada hari Rabu, 3 Oktober 2013, satu seminar keguruan telah dijalankan untuk pelajar semester 6 di Dewan Besar Nik Muhyiddin Musa. 2 slot ceramah telah disediakan dan ceramah akan disampaikan oleh 2 orang pensyarah IPG Kampus Pendidikan Islam yang amat berpengalaman dalam bidang perguruan iaitu Tuan Haji Ishak bin Ali Shah dan Encik Khairi bin Zakaria. Bagi slot pertama yang disampaikan oleh Tuan Haji Ishak bin Ali Shah, beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk Guru Berjiwa Pendidik. Beliau menerangkan maksud guru berjiwa pendidik. Guru berjiwa pendidik merupakan guru yang mengajar bukan sahaja perkara yang terkandung di dalam silibus, tetapi perkara yang terdapat dari luar silibus. Beliau menerangkan seorang guru haruslah sanggup berkorban demi memastikan anak muridnya berjaya. Bagi slot kedua, slot kali ini bertajuk guru dan cabaran masa hadapan. Beliau menjelaskan pada zaman moden ini, guru didedahkan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran tersebut ialah masa social dalam kalangan pelajar, pelajar yang celik teknologi dan juga pelajar yang kurang ajar. Sebagai seorang guru, kami seharusnya tabah dan lebih bijak dalam mengendalikan situasi tersebut. Hal ini kerana guru merupakan seorang yang seharusnya dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Beliau juga menunjukkan video tentang kegigihan guru di pedalaman yang sanggup meredah sungai, jalan tanah merah tanpa kemudahan demi untuk melihat kanak-kanak disana terbela nasibnya. Beliau mengingatkan bahawa seorang guru haruslah sanggup membuat apa sahaja dan tabah menghadapi dugaan. Sekiranya seseorang itu gagal menjalankan tugas dengan sempurna sekiranya dihantar ke pedalaman, sesungguhnya seseorang itu tidak layak digelar guru yang berjiwa pendidik.Melalui program ini, banyak ilmu yang telah saya pelajari melalui 2 penceramah yang hebat tersebut. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memperbetulkan niat saya dan menetapkan matlamat untuk menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.