refleksi big fasa 6

4
REFLEKSI BIG FASA 6 MUNIRAH BT MOHAMAD FAUZI (28384) Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan rakan-rakan seperjuangan dari opsyen Bahasa Melayu serta bersama pensyarah-pensyarah pengiring kami telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang pada 9 Oktober 2015 di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II ini merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana pembentukan iklim dan budaya kerjacemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran sekolah yang berkesan akanmenjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Guru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Puan Azizan yang merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Sepertimana yang kami berbincang sebelum ini, kami ingin mencari Guru Cemerlang Bahasa Melayu untuk dijadikan Guru Cemerlang Penanda Aras kami. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses – proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Bagi Puan Azizan, Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran

Upload: munira-fauzi

Post on 02-Feb-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big Fasa 6

REFLEKSI BIG FASA 6

MUNIRAH BT MOHAMAD FAUZI (28384)

Bersyukur kepada Allah S.W.T yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan

izin-Nya saya dan rakan-rakan seperjuangan dari opsyen Bahasa Melayu serta bersama

pensyarah-pensyarah pengiring kami telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib

yang mesti dilalui semasa Kursus Pendidikan Guru bagi semester 6 ini iaitu menjalani program

Bina Insan Guru (BIG) bagi Lawatan Penanda Aras Guru Cemerlang pada 9 Oktober 2015 di

Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Program Lawatan

Penanda Aras (benchmarking) Guru Cemerlang ke Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II ini

merupakan suatu pengenalan tentang Pengurusan Guru Cemerlang serta bertujuan

mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar dimana

pembentukan iklim dan budaya kerjacemerlang oleh guru serta kepimpinan pentadbiran

sekolah yang berkesan akanmenjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi

pendidikan.

Guru cemerlang yang kami temui di sekolah tersebut ialah Puan Azizan yang

merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Sepertimana yang kami berbincang sebelum ini,

kami ingin mencari Guru Cemerlang Bahasa Melayu untuk dijadikan Guru Cemerlang Penanda

Aras kami. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru

mengenai proses – proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang

perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang-kurangnya lima

tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada

Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Bagi Puan

Azizan, Sikap komited dan dedikasi beliau dalam pengajaran dan pembelajaran telah

membawanya selangkah kehadapan dari guru-guru yang lain. Beliau juga telah banyak

membawa inovasi dalam pengajaran dan pembelajarannya yang membolehkan murid-murid

mudah faham dalam setiap langkah yang diajar.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa

profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri

dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua

keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, guru

dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang

diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap

Page 2: Refleksi Big Fasa 6

dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang

tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan

dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi

kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang

seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti

pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan

didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah

yang berkesan.

Selepas ucapan alu aluan dari guru besar, kami telah dibawa ke makmal sains sekolah

yang telah direka oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. Seterusnya, kami

mendengar mendengar taklimat Guru Cemerlang Bahasa Melayu iaitu Pn. Azizan. Beliau juga

bersemangat memberi penerangan dan dan tidak kedekut ilmu untuk berkongsi pengalaman

dan idea yang telah beliau curahkan untuk mendidik anak bangsa dan memberi semangat

kepada guru-guru lain sebagai tauladan guru. Pn. Azizan merupakan antara guru cemerlang

yang aktif di Perak.

Antara kebaikan sekolah ini ialah guru-gurunya sangat disiplin, fakAtor guru-guru adalah

salah satu faktor yang menyumbang kepada pengiktirafan sekolah sebagai sekolah cemerlang.

Kebanyakkan guru-guru sekolah ini sangat komited kepada kerjaya mereka dan sanggup

berkorbankan masa dan tenaga untuk meningkat prestasi sekolah mereka. Faktor lain ialah

murid-murid yang cemerlang dalam bidang pelajaran malah aktif juga dalam persembahan

muzik yang telah membawa pelajar ke peringka antarabangsa. Sekolah ini juga aktif dalam

mencipta inovasi alat dan juga di dalam pembelajaran di bilik darjah.

Pendedahan pada program ini banyak memberikan maklumat yang berguna dan akan

saya jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Melalui lawatan penanda aras ini guru

akan jadikan panduan apabila sampai di sekolah nanti. Selain itu guru akan lebih mempunyai

ilmu dan idea dari aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah nanti. Program Bina Insan Guru

(BIG) dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan

pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah

meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Pada pendapat saya,

lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu

memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan

pengalaman sebanyak mungkin walaupun sudah bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk

membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu,

Page 3: Refleksi Big Fasa 6

lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah

sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan.