3.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1

27
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa mulai Jun 2011

Upload: wan-suhaimi-wan-setapa

Post on 30-Jul-2015

237 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Jun 2011

Page 2: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

2

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Rasional 4

2. Objektif Kurikulum BIG PPG 4

3. Objektif Buku Panduan BIG 5

4. Pelaksanaan BIG PPG 5

5. Struktur Pelaksanaan BIG PPG 6

6. Pelaksanaan Pentaksiran BIG 9

7. Kriteria Pentaksiran 10

8. Prosedur Pentaksiran 11

9. Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG 13

10. Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG Fasa 1 14

11. Syarat Lulus / Gagal / Ulang / Tangguh 24

13. Kawalan Mutu Dan Keselamatan 25

17. Panel Modul 26

Page 3: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

3

PENDAHULUAN

BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar

PPG. BIG PPG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program

ini direalisasikan dalam 3 fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-

aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan

melalui penampilan diri yang terpuji.

Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan

guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang

dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang

diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang

tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus

globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah

berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk

insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri

yang terpuji selaras dengan hasrat negara”. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad

Badawi menegaskan bahawa “… guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan

peranan amat penting dalam melahirkan modal insan yang terbaik.

Page 4: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

4

1.0 RASIONALProgram Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai

kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan

prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPGProgram BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza.

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap

kerjaya keguruan.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan

penampilan diri yang sesuai.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial.

Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

berkumpulan.

Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta

mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

Page 5: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

5

4.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN

Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG PPG.

menjadi rujukan kepada pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan;

mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran,

perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru;

menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran

prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan

mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG PPG antara IPG.

5. 0 PELAKSANAAN BIG PPG

Program BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Fasa 1 ,iaitu

Perkhemahan yang dilaksanakan pada awal semester kedua dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan

dilaksanakan secara berterusan di Fasa 2 dan 3 . Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan , ceramah, seminar,

bengkel, lawatan ‘bench-marking” dan kembara sosial .

Page 6: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

6

5.1 Struktur Pelaksanaan BIG PPG

Bil Performa BIG PIMSP 1 2 3 4 5 6 Jumlah Jam

1 Peringkat Pkt 1 Pkt 2 Pkt 3 Pkt 4

2 Tahun Pelaksanaan 2012 2013 2014 2015

3 PPG 45 10 10 35 10 10 120

5.2 Domain Kandungan Kurikulum BIG PPG

Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan

berasaskan kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar

dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti

profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut:

A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan Mengamalkan tingkah laku terpuji.

Mempunyai kemantapan jati diri.

Menghayati disiplin diri yang tinggi.

Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.

Page 7: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

7

B. Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat.

Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu.

Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building).

Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.

Pembinaan Pasukan.

Perkongsian misi dan visi.

Kejelikitan berpasukan secara strategik

Hidup Berbakti.

Kerja sebagai ibadat

Kesanggupan dan keikhlasan bekerja

Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat

C. Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat.

Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran.

Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan.

Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE))

Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.

Page 8: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

8

D. Berdaya Tahan Yang Tinggi Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan.

Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang.

Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi

Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah

E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan

Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka

Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana.

Bijak menyelesaikan masalah

Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan

F. Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru

Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan

kecemerlangan.

Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global.

Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik.

Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri.

Page 9: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

9

6.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

Objektif pentaksiran

Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah

Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan

Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan

Menilai amalan nilai – nilai keguruan di kalangan pelajar

Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post

ujian personaliti

Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada

Bentuk pentaksiran

Rujukan Kriteria

Penilaian berterusan secara formatif untuk membolehkan Mentor mengambil tindakan susulan

berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG PPG.

Instrumen pentaksiran

Pentaksiran kursus BIGPPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi laporan,

portfolio, rakaman dan sahsiah. Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Page 10: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

10

Komponen Pentaksiran Wajaran

Laporan 30%

Portfolio 30%

Rakaman 30%

Sahsiah 10%

Jumlah 100%

Penulisan reflektif adalah komponen wajib dalam laporan, portfolio dan rakaman

Portfolio

Mengandungi:

Laporan Reflektif

Maklum balas pelajar (Refleksi Kendiri)

Folio individu

Kertas Cadangan/Kertas Kerja

7.0 KRITERIA PENTAKSIRAN

dilaksanakan melalui penilaian formatif

kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred

bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil:

Page 11: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

11

Portfolio

Laporan

Rakaman

Penilaian pihak sekolah

8.0 PROSEDUR PENTAKSIRAN

8.1 Menyediakan folio ( Individu )

8.1.1 Format folio semina r / bengkel / ceramah adalah seperti berikut:

Pengenalan

Objektif

Kandungan ( menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi yang

sesuai )

Refleksi kendiri ( kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti )

Penutup

8.2 Portfolio

8.2.1 Spesifikasi Penulisan Portfolio

Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan

Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung

Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan

8.2.2 Format Portfolio

Page 12: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

12

Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:

Nama Institut

Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG

Lokasi pelaksanaan

Nama pelajar dan ahli kumpulan

Gambar pelajar dan ahli kumpulan

Nama Mentor

Laporan Reflektif (program)

- Laporan dilaksanakan secara individu

- pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program

- memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan

- ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman)

- diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG PPG

Maklum Balas Pelajar PPG (Penilaian Kendiri)

- menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah

dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.

Lampiran

- Bahan-bahan bukti seperti:

o brosur

Page 13: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

13

o salinan surat

o rakaman

o gambar-gambar

o dan bahan-bahan lain yang berkaitan

8.3 Kertas Kerja

- Disediakan oleh pelajar PPG

- Menggunakan 4W1H (apa, bila, di mana, siapa yang terlibat dan bagaimana)

8.5 Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG

FASA PROGRAM / AKTIVITI INSTRUMEN MARKAH JUMLAH WAJARAN

1. Perkhemahan

Portfolio Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah

30 %30 %30 %10 %

100 % 37.5 %

2. Kursus / bengkel / seminar/ kajian kes

Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah

50 %40 %10 %

100 % 25 %

3.Aktiviti Kemasyarakatan /Kembara Sosial

Laporan Rakaman Penilaian pihak sekolah

50 %40 %10 %

100 % 37.5 %

Lawatan “bench-marking”

JUMLAH PERATUS WAJARAN 100 %

Page 14: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

14

8.6 Tindakan Susulan

Perkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut:

Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya – membantu dari segi perkongsian maklumat diri

Kaunselor – mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan

Mentor – memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing

Pensyarah-pensyarah – mengikut keperluan.

9.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG PPG FASA 1

9.1 Spesifikasi Penyemakan Portfolio Aktiviti Perkhemahan :

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH

1. KandunganPortfolio

Perancangan

(Sebelum aktiviti )

Menyusun maklumat mengikutformat yang telah ditetapkan

menguasai kemahiran membuatpengurusan secara strategik(strategic planningmanagement)

mengaplikasikan analisis 4W1Huntuk menjana strategi.

Melatih diri membuatrundingcara secara profesional

menguasai kemahiranmembuat keputusan danmenghargai keputusan secaramusyawarah

Kandungan portfolio ditulisbertepatan dengan format yangditetapkan

Menyediakan kertas cadangan(4W1H)- Nama aktiviti- Bila, di mana, siapa yang terlibat

dan bagaimana dilaksanakan- Bentuk JK Kerja dan spesifikasi

tugas.- Memberi penjelasan, kefahaman

tentang objektif program.- Membina plan kerja.

Menentukan lokasi program

- Mendapatkan mandat / maklumatprogram dari pihak-pihakberkaitan.

Pihak atau agensi yang berkaitandengan program.

Menyediakan kertas cadangan yang

Penulisan portfolio

Kandungan

Pra perancangan

- JK pelaksana- Peranan JK- Objektif- Latar belakang

pelajar- Demografi

pelajar

Kertas cadangan

- 4W1H- Jadual kerja- Kewangan

Laporan reflektif- Analisis SWOT

Maklum balaspelajar ( Penilaiankendiri )

60

Page 15: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

15

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH

Semasa Programdilaksanakan

Selepas program

Catatan:

Kandungan (60)

Semua JK Kerja bertindak danmelaksanakan tanggungjawabmengikut bidang dan spesifikasikerja yang telah ditetapkan

mengetahui sistem sosialmasyarakat

menguasi kemahiran membuatkeputusan dan menghargaikeputusan secara musyawarah.

membuat penilaian dan refleksidiri tentang menghadapiperubahan dalam bidangperguruan.

Membuat penilaian program danmembuat refleksi.

Dapat membuat penilaian danrefleksi diri tentang menghadapiperubahan dalam bidang

lengkap Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan

agihan kerja. Menyediakan jadual program yang

lengkap untuk edaran semua JK danpihak-pihak yang terlibat.

Melaksanakan taklimat awalprogram kepada semua ahli yangterlibat.

Menyatakan tarikh dan masapergerakan ke lokasi program.

Melaksanakan semua tugasan dalambidang kuasa yang telah ditetapkan.

Berhubung dengan pihakbertanggungjawab jika berlakusesuatu masalah .

Menyelaras semua kerja mengikutkeperluan semasa.

Membantu JK-JK lain melicinkanprogram.

Melaksanakan semua aktiviti yangtelah dirancangkan mengikut jadual.

Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk

dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan

peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan

terima kasih kepada agensi luar yangterlibat.

Surat memohonkebenaran melalui KJHEP

Surat kebenarandaripada agensiberkaitan

Jadual kerja

Laporan reflektif

Salinan suratdilampirkan

Sisipkan lampiranberkaitan

Page 16: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

16

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAHperguruan.

2. Kreativiti( 20 )

Penyampaian / persembahanmenarik dan kreatif

Persembahan menarik danmenunjukkan kreativiti ke arahmemenuhi keperluan format yangditetapkan

Penulisan portfoliodan lampiran- Bahan-bahan

bukti20

3. Kekemasan( 20 )

Portfolio tersusun kemasmengikut format

Penulisan portfolio tersusun dengankemas mengikut format

Penulisan portfoliodan lampiran 20

Wajaran Portfolio : 30%

9.2 Spesifikasi Laporan Aktiviti Perkhemahan

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH

Laporan Reflektif

Catatan:

Aktiviti Perkhemahan(60)

Kebolehan pelajar PPGmenghubungkan pengalamansedia ada dengan pengalamanbaru

Kesedaran / pembelajaran barudiperolehi daripada pengalaman

Membuat refleksi kendirisebagai wahana pembangunandiri dan profesionalismekeguruan

Ulasan kendiri menunjukkanpemikiran reflektif, matang danmendalam denganmemasukkan analisis SWOT

Ulasan dapat menjelaskan pemikiranreflektif yang terhasil daripadaprogram BIG PPG

Setiap pelajar dikehendakimenyediakan satu laporan reflektifberkaitan ceramah/bengkel/seminaryang dilaksanakan. Panjang laporanadalah antara 1000 – 1500 patahperkataan

Penulisan portfolio Analisis SWOT:

- kekuatan- kelemahan- peluang- ancaman

60

Page 17: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

17

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH

5. Penilaian Kendiri

Catatan:

Aktiviti Perkhemahan(40)

Kesan pengalaman baruterhadap perlakuan /perkembangan diri

Kesedaran tentang kekuatandan kelemahan diri

Kesedaran tentang manfaatyang diperolehi daripadapenyertaan dalam program BIGPPG

Ulasan dapat menunjukkanpeningkatan nilai dan kemahiran dirisebagai seorang insan gurudaripada keseluruhan aktiviti BIGPPG

Sesi refleksi Penulisan Portfolio

40

Wajaran Laporan : 30%

9.3 Spesifikasi Rakaman Aktiviti Perkhemahan

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAHAudio Kebolehan pelajar PPG

menghubungkan pengalamansedia ada dengan pengalamanbaru

Kesedaran / pembelajaran barudiperolehi daripada pengalaman

.

Penggunaan audio yang sesuai (lagu, kesan bunyi dan rakamansuara ).

Kesan bunyi yang digunakan sesuai Muzik latar tidak menghilangkan

fokus persembahan Skrip persembahan sesuai dan

bertepatan dengan video/gambaryang dipaparkan

Penerbitan CD /DVD

Penggunaan fail-failMP3,MP4, FLV,WMP dansebagainya dalampenerbitan.

10

Video Kebolehan pelajar PPGmenghubungkan pengalamansedia ada dengan pengalamanbaru

Kesedaran / pembelajaran barudiperolehi daripada pengalaman

Kualiti video yang digunakansesuai, jelas dan tidak kabur

Penggunaan sudut penggambaransesuai dengan fokus utama.

Pemilihan warna yang kontras dansesuai. (Contrast).

Susunletak Grafik (Alignment). Persembahan yang harmonis

(Simplicity). Penjajaran (Proximity). Penekanan fokus (Emphasis). Ketekalan warna, font,

latarbelakang, dsb (Repetition).

Penerbitan CD /DVD

Penggunaan fail-failMP3,MP4, FLV,WMP dansebagainya dalampenerbitan.

20

Page 18: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

18

Wajaran Rakaman : 30%

9.4 Spesifikasi Penilaian Pihak Sekolah

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH

Perancangan

(Sebelum aktiviti )

Semasa Program

Kebolehan pelajar PPGmerancang dan menguasaikemahiran membuatpengurusan secara strategik(strategic planningmanagement)

mengaplikasikan analisis 4W1Huntuk menjana strategi.

Melatih diri membuatrundingcara secara profesional

menguasai kemahiranmembuat keputusan danmenghargai keputusan secaramusyawarah

Semua JK Kerja bertindak dan

Menyediakan kertas cadangan yanglengkap

Kandungan kertas cadangan ditulisbertepatan dengan format yangditetapkan

Menyediakan kertas cadangan(4W1H)- Nama aktiviti- Bila, di mana, siapa yang terlibat

dan bagaimana dilaksanakan- Bentuk JK Kerja dan spesifikasi

tugas.- Memberi penjelasan, kefahaman

tentang objektif program.- Membina plan kerja.

Menentukan lokasi program

- Mendapatkan mandat / maklumatprogram dari pihak-pihakberkaitan.

Mengadakan mesyuarat JK Kerja danagihan kerja.

Menyediakan jadual program yanglengkap untuk edaran semua JK danpihak-pihak yang terlibat.

Melaksanakan taklimat awalprogram kepada semua ahli yangterlibat.

Melaksanakan semua tugasan dalambidang kuasa yang telah ditetapkan.

Berhubung dengan pihakbertanggungjawab jika berlakusesuatu masalah .

Menyelaras semua kerja mengikut

Penulisan portfolio

Kandungan

Pra perancangan

- JK pelaksana- Peranan JK- Objektif- Latar belakang

pelajar- Demografi

pelajar

Kertas cadangan

- 4W1H- Jadual kerja- Kewangan

Laporan reflektif- Analisis SWOT

Maklum balaspelajar ( Penilaiankendiri )

Surat memohonkebenaran melalui KJHEP

Surat kebenarandaripada agensiberkaitan

100%

Page 19: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

19

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAHdilaksanakan

Selepas program

melaksanakan tanggungjawabmengikut bidang dan spesifikasikerja yang telah ditetapkan

mengetahui sistem sosialmasyarakat

menguasi kemahiran membuatkeputusan dan menghargaikeputusan secara musyawarah.

membuat penilaian dan refleksidiri tentang menghadapiperubahan dalam bidangperguruan.

Membuat penilaian program danmembuat refleksi.

Dapat membuat penilaian danrefleksi diri tentang menghadapiperubahan dalam bidangperguruan.

keperluan semasa. Membantu JK-JK lain melicinkan

program.

Melaksanakan semua aktiviti yangtelah dirancangkan mengikut jadual.

Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk

dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan

peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan

terima kasih kepada agensi luar yangterlibat.

Jadual kerja

Laporan reflektif

Salinan suratdilampirkan

Sisipkan lampiranberkaitan

Wajaran Penilaian Pihak Sekolah : 10%

10. RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI PERKHEMAHAN FASA 1

10.1 Rubrik Pemarkahan Portfolio

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Page 20: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

20

Cemerlang Sederhana Lemah

1. KANDUNGAN

( 60 )41 - 60 Markah 21 - 40 Markah 1 - 20 Markah

Dapat mempamerkan kandunganportfolio bertepatan denganformat yang ditetapkan

Kurang dapat mempamerkankandungan portfolio bertepatandengan format yang ditetapkan

Tidak dapat mempamerkankandungan portfolio bertepatandengan format yang ditetapkan

2. KREATIVITI

( 20 )15 - 20 Markah 8 –14 Markah 1 - 7 Markah

Berjaya menghasilkan penulisanyang menarik dan kreatif ke arahmemenuhi keperluan format yangditetapkan

Kurang berjaya menghasilkanpenulisan yang menarik dankreatif ke arah memenuhikeperluan format yangditetapkan

Tidak berjaya menghasilkanpenulisan menarik dan kreatif kearah memenuhi keperluanformat yang ditetapkan

3. KEKEMASAN

( 20 )15 - 20 Markah 8 –14 Markah 1 - 7 Markah

Berjaya menghasilkan penulisanfolio tersusun dengan kemasmengikut format

Kurang berjaya menghasilkanpenulisan folio tersusun dengankemas mengikut format

Tidak berjaya menghasilkanpenulisan folio tersusun dengankemas mengikut format

Berjaya mempamerkan penulisanyang jelas ke arah pemikiranreflektif

Kurang berjaya mempamerkanpenulisan yang jelas ke arahpemikiran reflektif

Tidak berjaya mempamerkanpenulisan yang jelas ke arahpemikiran reflektif

Page 21: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

21

10.2 Rubrik Laporan

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang Sederhana Lemah

LAPORAN REFLEKTIF

( 60 )41 - 60 Markah 21 - 40 Markah 1 - 20 Markah

Berjaya mempamerkanpenulisan yang jelas ke arahpemikiran reflektif

Kurang berjaya mempamerkanpenulisan yang jelas ke arah pemikiranreflektif

Tidak berjaya mempamerkanpenulisan yang jelas ke arahpemikiran reflektif

PENILAIAN KENDIRI

( 40 )

INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang Sederhana Lemah

28 - 40 markah

Berjaya menyatakanmanfaat yang diperoleh olehindividu daripada penyertaandalam program BIG PPGyang telah diikuti di sampingmemberikan cadanganpenembahbaikan

15 - 27 markah

Kurang berjaya menyatakan manfaatyang diperoleh oleh individudaripada penyertaan dalam programBIG PPG yang telah diikuti disamping memberikan cadanganpenembahbaikan

1 - 14 markah

Tidak berjaya menyatakanmanfaat yang diperoleh olehindividu daripada penyertaandalam program BIG PPG yangtelah diikuti di sampingmemberikan cadanganpenembahbaikan

Page 22: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

22

10.3 Rubrik Rakaman

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang Sederhana Lemah

Audio ( 40 ) 26 - 40 Markah 16 - 25 Markah 1 – 15 Markah

Dapat menggunakan elemenaudio dalam persembahandengan baik sesuai dengangambar dalam skrippersembahan

Pemilihan audio / muzik lataryang tepat dan sesuai

Skrip sesuai dan bertepatan

Audio yang digunakan kurang tepat danmengganggu persembahan

Audio terlalu kuat / terlalu perlahan danmenjejaskan persembahan

Skrip baik tetapi kurang tepat.

Pemilihan audio / muzik lataryang tidak bersesuaian denganpersembahan

Audio telah menghilangkan fokuspersembahan

Skrip persembahan tidak kemasdan tidak bertepatan denganvideo atau gambar

Video ( 60 ) INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang Sederhana Lemah

41 - 60 Markah 21 - 40 Markah 1 – 20 Markah

Menggunakan elemenCASPER sepenuhnya dalampenerbitan

Video terang dan jelas. Muzik latar dan suara latar

sesuai dengan persembahan. Tiada gangguan penerbitan Objektif dan fokus penerbitan

baik tidak menggangupersembahan.

Ada subtitile / keteranganvideo yang jelas bagi setiapscene.

Video yang digunakan kabur danurutan story board tidak menentu.

Muzik latar dan suara latar kurangsesuai dengan persembahan

Unsur kesinambungan video kurangdiberi perhatian.

Penggunaan subtitile / peneranganyang sesuai.

Video kabur dan muzik latar yangtidak menentu.

Gagal mengekalkan maklumatdan fokus penerbitan

Skrip dan muzik latarmengganggu persembahan .

Tidak ada subtitile / penerangan

Page 23: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

23

10.4 Rubrik Penilaian Pihak Sekolah

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang Sederhana Lemah

71 - 100 Markah 36 - 70 Markah 1 – 35 Markah

Berjaya merancang danmelaksanakan aktiviti denganmemenuhi spesifikasi yangditetapkan.

Berjaya menyiapkan tugasandalam tempoh masa yangdiperuntukan.

Mempunyai hubungan kerjayang mantap dengan pihak-pihak yang terlibat.

Mempunyai gaya kepimpinandan sikap cakna dengansemua pihak.

Kurang berjaya merancang danmelaksanakan aktiviti denganmemenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Kurang cakna dengan kehendak dankeperluan semasa dalammelaksanakan tugasan ini.

Tidak berjaya merancang danmelaksanakan aktiviti denganmemenuhi spesifikasi yangditetapkan.

Mempunyai gaya kepimpinan yangtidak memuaskan dalammelaksanakan tugasan ini.

Agihan Markah :

Portfolio - 30%

Laporan - 30%

Rakaman - 30%

Penilaian pihak sekolah - 10%

Jumlah Markah Keseluruhan : Penyemakan Portfolio + Laporan + Rakaman + Penilaian Pihak Sekolah30% + 30% + 30% + 10% = 100%

Page 24: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

24

PELAN KONTIGENSI

Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagimenghadapi kemungkinan luar jangka.

11.0 SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH

Semua pelajar Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPG ) wajib mengikuti Program BIG

PPG sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Malaysia.

Pelajar yang gagal / tidak menyertai program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG PPG.

Pelajar yang didapati TIDAK dapat menyertai program BIG PPG atas sebab-sebab yang dibenarkan oleh

pihak institut, akan diberikan tugasan yang berpadanan mengikut budi bicara Ketua Jabatan HEP.

11.1 Pelajar Gagal:Pelajar dianggap gagal:

Tidak menyertai dan mengikuti setiap program/aktiviti BIG PPG

Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus

11.2 Pelajar Mengulang / tangguh: Pelajar yang tidak menyertai keseluruhan / sebahagian program/aktiviti BIG PPG

Kehadiran 100% dan menyertai semua aktiviti BIG PPG

Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG PPG sekurang-kurangnya 40 peratus.

Keputusan akhir BIG PPG ialah mengikut gred

Page 25: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

25

12. 0 KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN

Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG PPG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua

peringkat iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan.

Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG PPG

dilaksanakan.

Pentaksiran BIG PPG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan.

Pemantauan akan dibuat oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari masa ke semasa untuk

mendapat maklum balas berkaitan pentaksiran BIG PPG.

Instrumen pentaksiran BIG PPG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad.

Markah pentaksiran BIG PPG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai

dokumen sulit kepada institut barunya.

Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG

Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG PPG dilaksanakan.

Mentor hendaklah menyerahkan markah BIG PPG kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Keputusan pentaksiran BIG PPG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal

13.0 BORANG PENTAKSIRAN BIG PPG

Lampiran A ( Borang Individu - Pemerhatian aktiviti, Pembinaan Fortfolio dan Kertas Cadangan )

Lampiran B ( Borang Markah Kelompok )

Lampiran C ( Borang Laporan Sahsiah oleh Guru Besar/Pentadbir )

Page 26: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

26

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIANBUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG

JULAI 2011

Bil. Nama Jabatan / Institut

1 Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd. Rashid Penyelaras Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM

2 En.Baharuddin bin Abd. Latif Pen.Penyelaras Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM

3 En. Ahmad Sukri b. Mustaffa Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

4 Tuan Haji Ruslan bin Saad Ahli IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman

5 En. Mohamad Hafedz bin Salleh Ahli IPG Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman

6 Tuan Haji Norhizan bin Zainol Ahli IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Baharu DT

7 Tuan Haji Mohamad Noor bin Awang Ahli IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan,

© Hak Cipta Terpelihara,2012IPGM Cyberjaya,Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 27: 3.0 Panduan Pentaksiran Big Ppg Fasa 1

27