2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

25
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa mulai Jun 2011 1

Upload: azie-zaki

Post on 05-Dec-2014

3.327 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Jun 2011

1

Page 2: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

PENDAHULUAN

BIG PPG merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PPG. BIG PPG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG PPG. Program ini direalisasikan dalam 3 peringkat yang dilaksanakan di tempat masing-masing sepanjang tempoh pengajian. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji.

Pelaksanaan BIG PPG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, “….pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara”. Semasa pelancaran Hari Guru 2006 YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa “… guru, sebagai barisan hadapan pelaksana agenda pendidikan negara, memainkan peranan amat penting dalam melahirkan modal insan yang terbaik.

1.0RASIONALProgram Bina Insan Guru (BIG PPG) bermatlamat melahirkan guru-guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai

kerohanian dan keguruan yang mantap, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

2.0 OBJEKTIF KURIKULUM BIG PPG

Program BIG PPG ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar : Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang

berbeza. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

2

Page 3: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara

berkumpulan. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta

mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.0 OBJEKTIF BUKU PANDUAN

Penggubalan Buku Panduan dan Spesifikasi Pentaksiran BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

menjadi rujukan kepada penilai-penilai dalam melaksanakan pentaksiran pelajar dalam program BIG PPG. menjadi rujukan kepada pelajar dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan; mendapatkan maklumat dan bukti-bukti yang jelas dan autentik mengenai penguasaan kemahiran,

perlakuan dan penghayatan pelajar terhadap ciri-ciri insan guru; menggunakan instrumen pentaksiran yang sesuai dan sah dalam membuat pemerhatian dan pentaksiran

prestasi pelajar dalam aspek kognitif, emosi dan psikomotor; dan mengekalkan kesetaraan pentaksiran bagi program BIG PPG antara IPG.

5. 0 PELAKSANAAN BIG PPGProgram BIG PPG mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG bermula dengan Peringkat

1 ,iaitu aktiviti di IPG dan perkhemahan 3 H 2 M yang dilaksanakan pada semester dua hingga tiga dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti lain yang akan dilaksanakan secara berterusan di Peringkat 2 dan 3 . Aktiviti yang dijalankan ialah perkhemahan , ceramah, seminar, bengkel, lawatan ‘bench-marking” dan kembara sosial .

3

Page 4: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

5.1 Struktur Pelaksanaan BIG PPG

Bil Program / AktivitiPeringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Jumlah

JamS2 S3 S4 S5 S6

1 Aktiviti di IPG X 5

2 Perkhemahan 1 X 40

3 Kursus / bengkel / seminar / kajian kes X( 3 )

X( 3 )

X( 6 ) 12

4 Perkhemahan 2 X 35

5 Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial X( 7 )

X( 7 ) 14

6 Lawatan “bench-marking” X( 7 + 7 ) 14

JUMLAH JAM 120

5.2 Domain Kandungan Kurikulum BIG PPGPembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui kursus Bina Insan Guru (BIG PPG) dilaksanakan berasaskan

kepada enam domain kandungan kurikulum kursus. Domain kandungan ini adalah sejajar dengan matlamat melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui pembinaan budaya IPG.

Domain kandungan kursus BIG PPG adalah seperti berikut:A. Kerohanian dan Akhlak Keguruan

Mengamalkan tingkah laku terpuji. Mempunyai kemantapan jati diri. Menghayati disiplin diri yang tinggi. Memiliki personaliti kerjaya keguruan yang utuh.

B. Berilmu, Beramal dan Berbakti Pembelajaran sepanjang hayat.

Mencintai ilmu, mencari, membina dan mengembangkan ilmu. Menggunakan ilmu dalam pemikiran, tindakan dan amalan (capacity building). Memanfaatkan ilmu untuk kesejahteraan peribadi, masyarakat dan negara.

Pembinaan Pasukan.4

Page 5: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

Perkongsian misi dan visi. Kejelikitan berpasukan secara strategik

Hidup Berbakti. Kerja sebagai ibadatKesanggupan dan keikhlasan bekerja Menggunakan ilmu dan kepakaran untuk kesejahteraan masyarakat

C. Berakauntabiliti dan Amanah Akauntabiliti profesional - perundangan, mandat dan maklumat. Memahami realiti persekitaran - peka dan responsif kepada realiti persekitaran. Komitmen - optimis dan beriltizam tinggi kepada profesion dan perkhidmatan pendidikan. Kemahiran sosial (termasuk unsur Kecekapan Kecerdasan Emosi (KKE)) Tanggungjawab sosial & perkhidmatan komuniti.

D. Berdaya Tahan Yang Tinggi Ketahanan fizikal - kecergasan, ketahanan diri, keseronokan. Ketahanan mental - berfikiran positif, terbuka, dan melihat konflik dan cabaran sebagai peluang. Ketahanan emosi - memahami dan mengawal emosi Ketahanan spritual - kemantapan keyakinan dan menjaga kesucian akidah

E. Berjiwa Merdeka dan Perkasa

Pengurusan diri - pembinaan disiplin kendiri, berdikari, penampilan & keterampilan Perubahan sikap - terbuka kepada tingkah laku baru dan keadaan luar jangka Bijak membuat keputusan - cepat bertindak, tepat dan bijaksana. Bijak menyelesaikan masalah Pengurusan perubahan - menerima dan mengurus perubahan

F. Kreatif dan Inovatif Kesediaan menerima idea dan teknologi baru Berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran menjana ikhtiar untuk kemajuan dan kecemerlangan. Dapat berfikir secara kritis, analitis, luas, luwes dan global. Berkemahiran berfikir secara futuristik dan strategik. Berupaya berfikir secara reflektif ke arah perkembangan dan peningkatan diri

5

Page 6: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

6.0 PELAKSANAAN PENTAKSIRAN Objektif pentaksiran Menilai pemikiran kreatif dan analitis pelajar di dalam penyelesaian masalah Menilai keupayaan pelajar membuat penilaian kendiri dan mencadangkan penambahbaikan Menilai komitmen pelajar di dalam aktiviti-aktiviti BIG PPG yang dilaksanakan Menilai amalan nilai – nilai keguruan di kalangan pelajar Menilai kesesuaian kerjaya perguruan dengan perkembangan personaliti pelajar melalui pra dan post

ujian personaliti Menilai kemahiran merancang aktiviti menggunakan dapatan daripada pengalaman sedia ada

Bentuk pentaksiran Rujukan Kriteria Penilaian berterusan secara formatif untuk membolehkan Mentor mengambil tindakan susulan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Penilaian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar setelah mengikuti BIG PPG.

Instrumen pentaksiranPentaksiran kursus BIG PPG adalah berdasarkan kepada komponen-komponen yang merangkumi laporan, portfolio, rakaman dan sahsiah. Cadangan wajaran adalah seperti dalam jadual berikut:

Komponen Pentaksiran Wajaran

Portfolio 50%

Rakaman 40%

Refleksi Kendiri 10%

Jumlah 100%

7.0 KRITERIA PENTAKSIRAN Dilaksanakan melalui penilaian formatif kedudukan pencapaian dinyatakan dalam bentuk gred bukti-bukti pembelajaran dan perkembangan pelajar dinilai berasaskan hasil:

Portfolio

6

Page 7: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

Rakaman Refleksi kendiri

8.0 PROSEDUR PENTAKSIRAN ( 100 Markah ) 8.1 Portfolio Individu ( 50 markah )

1.1.1.[8.1.1.] Arahan Penyediaan Portfolio Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung Diserahkan kepada Mentor masing-masing untuk tujuan pemarkahan

1.1.2.[8.1.2.] Format Portfolio dan Isi kandungan Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:

Nama Institut Tajuk program Bilangan siri dan tarikh program BIG PPG Lokasi pelaksanaan Nama pelajar dan ahli kumpulan Gambar pelajar dan ahli kumpulan Nama Mentor

Isi Kandungan Folio Maklumat diri pelajar PPG Isi Kandungan Kertas kerja perkhemahan Surat panggilan mesyuarat Minit mesyuarat perkhemahan Agihan tugas dan jawatankuasa Jadual perkhemahan Senarai nama pelajar / peserta perkhemahan Surat kebenaran waris Surat kepada pihak berkuasa tempatan ( Polis, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Hospital

dan sebagainya ) Keputusan pertandingan ( jika ada ) Laporan kewangan Laporan perkhemahan

7

Page 8: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

Lampiran- Brosur perkhemahan- Gambar ( statik ) - Dan bahan-bahan lain yang berkaitan

1.2.[8.2.] Rakaman Audio / Video ( 40 markah )1.2.1.[8.2.1.] Arahan Penyediaan Rakaman

Rakaman dilaksanakan secara individu Pelajar membuat rakaman ( audio / video ) apa yang dialami dan dipelajari sepanjang

program Diserahkan kepada Mentor masing-masing seminggu selepas tamat progran BIG PPG Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita ( story board ) bersama dengan laporan ini. Tempoh rakaman adalah tidak melebih 30 minit sahaja.

1.2.2.[8.2.2.] Format Rakaman Penerbitan CD / DVD Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video ( video editing ) seperti

Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya. Dimuatnaik dalam cekera padat CD / DVD. Rakaman hendaklah mempunyai ' cd cover " Rakaman yang gagal ditonton/dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan

rakaman. Rakaman boleh menggunakan format FLV ,Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang

menyokong perisian Windows atau Apple.

1.3.[8.3.] Refleksi Kendiri ( 10 Markah )1.3.1.[8.3.1.] Arahan Penyediaan Refleksi Kendiri

Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan.

1.3.2.[8.3.2.] Format Penulisan Refleksi Kendiri

8

Page 9: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

8.5 Unjuran Pelaksanaan Pentaksiran BIG PPG

PERINGKAT PROGRAM / AKTIVITI INSTRUMEN MARKAH JUMLAH WAJARAN1. Perkhemahan 1 Portfolio

Rakaman Penilaian Kendiri

50 %40 %10 %

100 % 35%

2. Kursus / bengkel / seminar / kajian kes

Laporan Rakaman Penilaian Kendiri

50 %40 %10 %

100 % 50%

3. Aktiviti Kemasyarakatan / Kembara Sosial Laporan

Rakaman Penilaian Kendiri

50 %40 %10 %

100 % 15%

Lawatan “bench-marking”

JUMLAH PERATUS WAJARAN 100 %

8.6 Tindakan SusulanPerkembangan pelajar seterusnya dimantapkan lagi oleh personel-personel berikut: Menggunakan khidmat bimbingan rakan sebaya – membantu dari segi perkongsian maklumat diri Kaunselor – mengendalikan kes-kes kecelaruan personaliti dan bimbingan Mentor – memantau perkembangan secara berterusan dan membimbing Pensyarah-pensyarah – mengikut keperluan.

9

Page 10: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

9.0 SPESIFIKASI PENTAKSIRAN BIG PPG PERINGKAT 19.1 Spesifikasi Penyemakan Portfolio Aktiviti Perkhemahan :

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH1. Kandungan

Portfolio

Perancangan (Sebelum aktiviti )

Semasa Program dilaksanakan

Selepas program Catatan:Kandungan ()

Menyusun maklumat mengikut format yang telah ditetapkan

menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik (strategic planning management)

mengaplikasikan analisis 4W1H untuk menjana strategi.

Melatih diri membuat rundingcara secara profesional

menguasai kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah

Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab

Kandungan portfolio ditulis bertepatan dengan format yang ditetapkan

Menyediakan kertas cadangan (4W1H)-Nama aktiviti-Bila, di mana, siapa yang terlibat

dan bagaimana dilaksanakan-Bentuk JK Kerja dan spesifikasi

tugas.-Memberi penjelasan, kefahaman

tentang objektif program.-Membina plan kerja.

Menentukan lokasi program-Mendapatkan mandat / maklumat

program dari pihak-pihak berkaitan.

Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program.

Menyediakan kertas cadangan yang lengkap

Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja.

Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat.

Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat.

Menyatakan tarikh dan masa pergerakan ke lokasi program.

Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan.

Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah .

Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa.

Membantu JK-JK lain melicinkan

Penulisan portfolio Kandungan

Pra perancangan - JK pelaksana

- Peranan JK - Objektif - Latar belakang

pelajar - Demografi

pelajar Kertas cadangan

- 4W1H- Jadual kerja- Kewangan Laporan reflektif - Analisis SWOT Maklum balas

pelajar ( Penilaian kendiri )

Surat memohon

kebenaran melalui KJ HEP

Surat kebenaran daripada agensi berkaitan

Jadual kerja

30

10

Page 11: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAHmengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan

mengetahui sistem sosial masyarakat

menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.

membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.

Membuat penilaian program dan membuat refleksi.

Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.

program. Melaksanakan semua aktiviti yang

telah dirancangkan mengikut jadual.

Mesyuarat akhir / post mortem. Menyediakan laporan reflektif untuk

dihantar kepada Mentor. Mengembalikan semua barang dan

peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan

terima kasih kepada agensi luar yang terlibat.

Laporan reflektif Salinan surat

dilampirkan Sisipkan lampiran

berkaitan

2. Kreativiti Penyampaian / persembahan menarik dan kreatif

Persembahan menarik dan menunjukkan kreativiti ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

Penulisan portfolio dan lampiran- Bahan-bahan

bukti

3. Kekemasan Portfolio tersusun kemas mengikut format

Penulisan portfolio tersusun dengan kemas mengikut format

Penulisan portfolio dan lampiran

Laporan Aktiviti Perkhemahan

Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru

Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman

Membuat refleksi kendiri sebagai wahana pembangunan diri dan profesionalisme keguruan

Ulasan kendiri menunjukkan pemikiran reflektif, matang dan

Ulasan dapat menjelaskan pemikiran reflektif yang terhasil daripada program BIG PPG

Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/bengkel/seminar yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 1000 – 1500 patah perkataan

Penulisan portfolio Analisis SWOT:

- kekuatan- kelemahan- peluang- ancaman

20

11

Page 12: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAHmendalam dengan memasukkan analisis SWOT

Portfolio : 50%

9.2 Spesifikasi Rakaman ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAH

Audio Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru

Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman

.

Penggunaan audio yang sesuai ( lagu, kesan bunyi dan rakaman suara ).

Kesan bunyi yang digunakan sesuai Muzik latar tidak menghilangkan

fokus persembahan Skrip persembahan sesuai dan

bertepatan dengan video/gambar yang dipaparkan

Penerbitan CD / DVD

Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.

10

Video Kebolehan pelajar PPG menghubungkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru

Kesedaran / pembelajaran baru diperolehi daripada pengalaman

Kualiti video yang digunakan sesuai, jelas dan tidak kabur

Penggunaan sudut penggambaran sesuai dengan fokus utama.

Pemilihan warna yang kontras dan sesuai. (Contrast).

Susunletak Grafik (Alignment). Persembahan yang harmonis

(Simplicity). Penjajaran (Proximity). Penekanan fokus (Emphasis). Ketekalan warna, font,

latarbelakang, dsb (Repetition).

Penerbitan CD / DVD

Penggunaan fail-fail MP3,MP4, FLV, WMP dan sebagainya dalam penerbitan.

30

Rakaman : 40%

9.3 Refleksi Kendiri

12

Page 13: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

ASPEK HASIL PEMBELAJARAN INDIKATOR PRESTASI PROSEDUR MARKAHRefleksi Kendirisebelum, semasa dan selepas perkhemahan

Kesan pengalaman baru terhadap perlakuan / perkembangan diri

Kesedaran tentang kekuatan dan kelemahan diri

Kesedaran tentang manfaat yang diperolehi daripada penyertaan dalam program BIG PPG

Ulasan dapat menunjukkan peningkatan nilai dan kemahiran diri sebagai seorang insan guru daripada keseluruhan aktiviti BIG PPG

Sesi refleksi

10

Refleksi Kendiri : 10%

13

Page 14: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

10. RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI PERKHEMAHAN FASA 1

10.1 Rubrik Pemarkahan Portfolio

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHANCemerlang Sederhana Lemah

1. KANDUNGAN ( 10 )

8 – 10 Markah 5- 7 Markah 0 - 4 Markah

Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan

Kurang dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan

Tidak dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan

2. KREATIVITI ( 10 )

8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah

Berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

Kurang berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

Tidak berjaya menghasilkan penulisan menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

3. KEKEMASAN ( 10 )

8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah

Berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

Kurang berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

Tidak berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dengan kemas mengikut format

Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHANCemerlang Sederhana Lemah

LAPORAN ( 20 ) 16 - 20 Markah 10 - 15 Markah 0 - 9 Markah Berjaya mempamerkan penulisan

yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

14

Page 15: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

10.3 Rubrik Rakaman

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHANCemerlang Sederhana Lemah

Audio ( 10 ) 8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah Dapat menggunakan elemen

audio dalam persembahan dengan baik sesuai dengan gambar dalam skrip persembahan

Pemilihan audio / muzik latar yang tepat dan sesuai

Skrip sesuai dan bertepatan

Audio yang digunakan kurang tepat dan mengganggu persembahan

Audio terlalu kuat / terlalu perlahan dan menjejaskan persembahan

Skrip baik tetapi kurang tepat.

Pemilihan audio / muzik latar yang tidak bersesuaian dengan persembahan

Audio telah menghilangkan fokus persembahan

Skrip persembahan tidak kemas dan tidak bertepatan dengan video atau gambar

Video ( 30 ) INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHANCemerlang Sederhana Lemah

24 - 30 Markah 12 - 23 Markah 0 - 11 Markah Menggunakan elemen

CASPER sepenuhnya dalam penerbitan

Video terang dan jelas. Muzik latar dan suara latar

sesuai dengan persembahan. Tiada gangguan penerbitan Objektif dan fokus penerbitan

baik tidak menggangu persembahan.

Ada subtitile / keterangan video yang jelas bagi setiap scene.

Video yang digunakan kabur dan urutan story board tidak menentu.

Muzik latar dan suara latar kurang sesuai dengan persembahan

Unsur kesinambungan video kurang diberi perhatian.

Penggunaan subtitile / penerangan yang sesuai.

Video kabur dan muzik latar yang tidak menentu.

Gagal mengekalkan maklumat dan fokus penerbitan

Skrip dan muzik latar mengganggu persembahan .

Tidak ada subtitile / penerangan

10.4 Refleksi Kendiri

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

Cemerlang Sederhana Lemah 8 – 10 Markah 5 - 7 Markah 0 - 4 Markah

Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif

15

Page 16: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

Agihan Markah : Portfolio - 50% Rakaman - 40% Refleksi Kendiri - 10%

Jumlah Markah Keseluruhan : Portfolio + Rakaman + Refleksi Kendiri50% + 40% + 10% = 100%

PELAN KONTIGENSI

Unit Ko-Kurikulum perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

11.0 SYARAT LULUS / GAGAL / ULANG / TANGGUH

Semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) WAJIB terlibat dengan aktiviti BIG PPG sebagai satu syarat bagi melayakkan mereka dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Malaysia.

Pelajar yang gagal / tidak melaksanakan program sepenuhnya dikehendaki mengulangi BIG PPG.

11.1 Pelajar Gagal: Pelajar dianggap gagal:

Tidak melaksanakan aktiviti pada setiap peringkat BIG PPG Tidak mencapai purata markah sekurang-kurangnya 40 peratus

11.2 Pelajar Mengulang / tangguh: Pelajar yang tidak melaksanakan keseluruhan / sebahagian aktiviti BIG PPG Kehadiran 100% dan melaksanakan semua aktiviti BIG PPG Mencapai markah keseluruhan bagi program BIG PPG sekurang-kurangnya 40 peratus. Keputusan akhir BIG PPG ialah mengikut gred

16

Page 17: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

12. 0 KAWALAN MUTU DAN KESELAMATAN

Untuk memantapkan proses pentaksiran BIG PPG, taklimat penyelarasan dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu peringkat pusat dan peringkat institut sebelum program dimulakan.

Penyelarasan di peringkat institut hendaklah dijalankan setiap kali sebelum Progran BIG PPG dilaksanakan.

Pentaksiran BIG PPG hendaklah menggunakan instrumen yang telah disediakan. Pemantauan akan dibuat oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari masa ke semasa untuk

mendapat maklum balas berkaitan pentaksiran BIG PPG. Instrumen pentaksiran BIG PPG yang telah digunakan oleh pensyarah adalah dokumen terhad. Markah pentaksiran BIG PPG bagi pelajar yang berpindah ke IPG lain hendaklah dikirimkan sebagai

dokumen sulit kepada institut barunya. Instrumen, maklumat dan data hendaklah diuruskan oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum Pemarkahan perlu dibuat secara berterusan sepanjang program BIG PPG dilaksanakan. Mentor hendaklah menyerahkan markah BIG PPG kepada Ketua Unit Ko-Kurikulum. Keputusan pentaksiran BIG PPG akan dicatatkan dalam transkrip akhir dalam bentuk lulus atau gagal

13.0 BORANG PENTAKSIRAN BIG PPG Lampiran A ( Borang Individu – Fortfolio, Rakaman dan Refleksi Kendiri ) Lampiran B ( Borang Markah Kelompok )

17

Page 18: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

SENARAI PANEL PENGGUBAL BINA INSAN GURU (BIG PPG) FASA 1

1. Pn Hjh Dr Noriati bt Abd Rashid - Pengarah Pusat Perkembangan Akademik IPGM

2. En. Baharuddin bin Abd. Latiff - Pusat Perkembangan Akademik IPGM

3. En. Ahmad Sukri bin Mustaffa - IPG Kampus Darulaman

4. En. Hishamuddin bin Hassan - IPG Kampus Temenggong Ibrahim

5. En. Mohamad Hafedz bin Salleh - IPG Kampus Darulaman

6. Tn.Hj Norhizan bin Zainol - IPG Kampus Temenggong Ibrahim

7. Tn.Hj Ruslan bin Saad - IPG Kampus Sultan Abdul Halim

8. Tn.Hj Alias bin Md Isa ( Penyelaras ) - Pusat Perkembangan Akademik IPGM

18

Page 19: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

19

Page 20: 2.0 panduan pentaksiran big ppg fasa 1[1]

20