refleksi big fasa 2

6
6.0 REFLEKSI INDIVIDU (SITI MIRANI BINTI CHE RAHIM) Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman. Pertama kali menjejakkan kaki ke prasekolah IPGKBL meninjau kenangan silam semasa masih bergelar seorang pelajar tadika. Sekolah ini sangat cantik dan berwarna-warni. Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam kelas prasekolah bersama-sama guru-guru pelatih daripada kumpulan pengajian lain dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 1/ 2011), guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PA/AQ dan KS Ambilan Jan 2011. Saya berasa sangat seronok kerana dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat. Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran- kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa ‘up to date’ dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara.

Upload: haressh-bhavanii

Post on 13-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kmjn

TRANSCRIPT

6.0 REFLEKSI INDIVIDU (SITI MIRANI BINTI CHE RAHIM)

Bina Insan Guru (BIG) adalah salah satu program wajib yang perlu diikuti oleh setiap penuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa pengajian di institut pendidikan guru Malaysia kampus masing-masing. Ianya bertujuan membina jati diri pelajar yang mantap dari segi jasmani, sahsiah, intelek, sosial dan emosi, dan juga memberi sedikit pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang situasi-situasi yang bakal mereka tempuhi pada masa akan datang terutamanya kepada mereka yang ditempatkan di kawasan pedalaman.

Pertama kali menjejakkan kaki ke prasekolah IPGKBL meninjau kenangan silam semasa masih bergelar seorang pelajar tadika. Sekolah ini sangat cantik dan berwarna-warni. Saya dan rakan-rakan berkumpul di dalam kelas prasekolah bersama-sama guru-guru pelatih daripada kumpulan pengajian lain dalam program yang dinamakan Bina Insan Guru (BIG). Untuk BIG kali ini (siri 1/ 2011), guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari PISMP PA/AQ dan KS Ambilan Jan 2011. Saya berasa sangat seronok kerana dapat menjalankan aktiviti bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat.

Dalam membentuk modal insan yang berguna bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh itu, setiap bakal guru perlu mengisi sepenuhnya ilmu di dada agar dapat menjalankan tugas seorang pendidik dengan sempurna. Pengalaman juga menekankan manjadikan seorang guru lebih berilmu pengetahuan. Ilmu adalah asas bagi setiap guru bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran menyampai (komunikasi) dan pengetahuan terhadap teknologi terkini perlu diperkemaskan lagi. Dengan kata lain, seorang guru perlulah sentiasa up to date dengan mengamalkan adab-adab yang terpelihara.

Saya sebagai seorang guru pada masa hadapan dapat mempelajari pelbagai aspek pengalaman dengan adanya Program Bina Insan Guru ini. Terima kasih tidak terhingga En. Michael Tarang Jelaming yang banyak membimbing saya sebagai pelajar di IPGM Kampus Batu Lintang. Tanpa tutor sehebat beliau siapalah saya dan terima kasih juga kepada Cik Florence Teo Tze Chin dan Pn. Tay Meng Guat sebagai tutor kelas saya yang menjadi tonggak utama penyuntik semangat kepada saya dan rakan sekelas semasa menjalankan aktiviti khidmat masyarakat bina insan guru siri 2. Setiap aktiviti dalam Program Khidmat Masyarakat yang telah di jalankan di prasekolah IPGKBL, telah menyedarkan saya sebagai seorang guru yang perlu menyedari apakah itu tugas sebenar sebagai seorang guru kelas, yang bukan tugasnya hanya meliputi tugas pengajaran dalam kelas sahaja tetapi meliputi segala aspek samaada luar atau dalam kelas termasuk apkek kebersihan.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap guru pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan prasekolah tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami bersihkan. Sebagai seorang guru pelatih, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan malu untuk berkomunikasi dengan dengan masyarakat. Semasa menjalankan kerja, saya turut bersama-sama guru dan pembantu prasekolah untuk membersihkan kawasan dalaman prasekolah tersebut.

Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada guru dan pembantu prasekolah sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk menghias meja-meja di prasekolah tersebut, memenuhi sudut-sudut info yang masih kosong dengan info-info yang bersesuaian untuk pelajar prasekolah. Kami juga ditugaskan untuk mengemas bahagian dapur dan membersihkan semua rak-rak buku dan menyusun semua alatan di dalam prasekolah dengan baik. Rakan-rakan lain pula, ditugaskan untuk membuat mengatur batu bata dan membuat batas bagi menanm pokok bunga. Mereka bersama-sama berkerjasama bagi memindahkan tanah ke dalam batas batu bata di sepanjang kawasan pagar prasekolah dan melakukan kerja pembersihan longkang di sepanjang kawasan prasekolah tersebut.

Tiada kata pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa yang ada hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga membersihkan tandas, mengelap tingkap, memotong rumput dan mengemop lantai. Setiap aktiviti yang dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Pada pendapat saya, saya rasa Program Bina Insan Guru ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebesihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya.

Bagi saya tiada apa yang mampu mengancam semangat saya sebagai seorang guru pelatih yang akan bergelar seorang guru tidak lama lagi. Melalui program ini saya dapat belajar cara yang baik untuk membimbing para pelajar pada masa hadapan dalam bidang pendidikan kurikulum dan kokurikulum. Program ini juga membantu saya untuk memantapkan jati diri saya dan membentuk peribadi mulia. Selain itu, program ini juga membantu saya untuk menjadi setanding modal insan kelas pertama yang mantap dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial. Saya juga belajar cara-cara yang betul untuk menghiaskan bilik darjah dan menyusun bilik darjah . Saya berharap segala ilmu ini akan dapat saya aplikasi apabila saya bergelar seorang guru pemulihan pada masa hadapan.

Saya juga amat bersyukur kerana program bina insan ini dilaksanakan di prasekolah kerana sebagai seorang guru pemulihan saya dapat berbual-bual dengan guru prasekolah tersebut dan mendapat info-info berguna tentang masalah para pelajar saya pada masa hadapan. Hal ini kerana, para pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), semasa berada di prasekolah. Oleh itu, saya haruslah mengajar daripada peringkat kemahiran asas paling bawah supaya mereka juga dapat menguasai kemahira 3M dan dapat berada di dalam kelas perdana bersama-sama rakan-rakan lain. Antara nasihat yang saya dapat perolehi daripada guru prasekolah tersebut adalah, mengajar para pelajar dari senang kepada sukar, konkrit kepada abstrak. Antara tip-tip mengajar yang saya perolehi pula adalah, kaedah belajar melalui bermain. Kaedah ini amat berkesan apabila diberi peneguhan positif contohnya hadiah. Hal ini kerana, memang fitrah seorang pelajar untuk bermain.

Selepas menyiapkan semua tugasan di bahagian dalam prasekolah tersebut, saya turut membantu rakan-rakan yang kelihatan kepenatan mengangkat tanah. Walaupun sangat penat mereka kelihatan sangat gembira. Kedengaran suara mereka sangat riuh sekali. Kami bersama-sama bekerjasama membantu antara satu sama lain. Selepas itu, kami makan bersama-sama. Seorang pelajar telah membaca doa dan kami makan. Saya sangat berterima kasih kepada semua tutor-tutor kumpulan, En. Michael Tarang Jelaming dan semua warga prasekolah yang banyak memberikan pengajaran dan pembelajaran yang berguna kepada saya dalam meningkatkan keupayaan diri dalam pembentukkan seorang guru yang berguna pada masa hadapan. Cuma saya masih lagi mempunyai kelemahan dalam perhubungan sosial ketika bergaul dengan rakan-rakan kumpulan lain terutama guru pelatih yang terdiri dari kaum adam. Tetapi saya telah cuba sedaya upaya meningkatkan dan mempelajari bagaimana cara untuk meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan mereka. Dalam program ini saya juga dapat berkenalan dengan beberapa orang guru pelatih yang sebelum ini kami hanya sekadar membalas senyuman sahaja.

Program pada hari ini telah ditutup dengan kehadiran En. Michael Tarang Jelaming, pegawai dari Hal Ehwal Pelajar IPGM Kampus Batu Lintang. Semua guru pelatih yang terlibat diarahkan untuk berkumpul di depan Pra-sekolah.Para guru pelatih berkumpul mengikut kumpulan dan kehadiran diambil semula. Ucapan penghargaan ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming diikuti nyanyian lagu Negara Ku, IPG Batu Lintang dan Ibu Pertiwiku dan bersurai. Ucapan terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Cik Florence, tutor kumpulan kami yang bersama-sama semasa program ini berlansung. Program seumpama ini harus dijalankan kerana memberi banyak manfaat kepada guru pelatih IPGM Kampus Batu Lintang untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan. Program ini dapat mengeratkan sillaturrahim dan ukhuwah sesama guru pelatih.

7.0 PENUTUP

Saya berpendapat, aktiviti yang dijalankan sepanjang program BIG ini adalah sangat sesuai dan menyeluruh kerana saya dapati, ia dapat membina kemantapan jasmani, kekuatan rohani dan juga ketahanan mental dan sosial. Maka, dengan kemahiran-kemahiran yang diterapkan, tentunya dapat melahirkan seorang bakal guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator dan jurulatih kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu yang bermanfaat sepanjang saya berada di prasekolah ini. Saya berjanji akan mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan untuk kebaikan diri saya sendiri dan juga orang lain. Semoga tuhanmencucuri rahmat ke atas kalian.