refleksi big

2
Lee Chai Lin 930709085058 Refleksi Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dan ahli jawatankuasa program Bina Insan Guru atas bimbingan kerana tanpa bimbingan mereka , saya tidak akan mempunyai pengalaman program Bina Insan Guru yang begitu hebat. Saya telah menyertai program Bina Insan Guru yang diadakan di Kampung Sawah di Port Dickson pada semester ini. Dalam program ini, saya bersyukur bahawa mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan guru pelatih dari unit TESL yang kami jarang berinteraksi. Walaupun mereka berasal daripada pelbagai kaum tetapi kemesraan mereka amat mengharukan saya. Semasa unit saya mempersembahkan tarian dalam Malam kebudayaan, mereka memberi sokongan yang sepenuhnya. Saya berasa gembira kerana dapat mengenali mereka. Selain itu, saya turut mempelajari banyak serta mempunyai banyak pengalaman dan kenangan semasa berinteraksi dengan orang kampung. Saya telah menjadi anak angkat kepada seorang bapa angkat saya. Bapa angkat saya seorang yang pemalu tetapi keluarga beliau memberi layanan yang baik kepada kami walaupun kami daripada bangsa yang pelbagai. Saya berasa selesa semasa bergaul dengan keluarga angkat saya. Saya juga mempelajari sedikit budaya orang Melayu Jawa daripada keluarga angkat saya.

Upload: lee-chai-lin

Post on 04-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi big

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big

Lee Chai Lin 930709085058

Refleksi

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada

pensyarah-pensyarah dan ahli jawatankuasa program Bina Insan Guru atas

bimbingan kerana tanpa bimbingan mereka , saya tidak akan mempunyai

pengalaman program Bina Insan Guru yang begitu hebat.

Saya telah menyertai program Bina Insan Guru yang diadakan di

Kampung Sawah di Port Dickson pada semester ini. Dalam program ini, saya

bersyukur bahawa mempunyai peluang untuk bekerjasama dengan guru pelatih

dari unit TESL yang kami jarang berinteraksi. Walaupun mereka berasal

daripada pelbagai kaum tetapi kemesraan mereka amat mengharukan saya.

Semasa unit saya mempersembahkan tarian dalam Malam kebudayaan, mereka

memberi sokongan yang sepenuhnya. Saya berasa gembira kerana dapat

mengenali mereka.

Selain itu, saya turut mempelajari banyak serta mempunyai banyak

pengalaman dan kenangan semasa berinteraksi dengan orang kampung. Saya

telah menjadi anak angkat kepada seorang bapa angkat saya. Bapa angkat saya

seorang yang pemalu tetapi keluarga beliau memberi layanan yang baik kepada

kami walaupun kami daripada bangsa yang pelbagai. Saya berasa selesa

semasa bergaul dengan keluarga angkat saya. Saya juga mempelajari sedikit

budaya orang Melayu Jawa daripada keluarga angkat saya.

Di samping itu, saya juga menjalankan gotong-royong di sekitar Kampung

Sawah sebagai salah satu aktiviti khidmat masyarakat. Saya berasa bersyukur

kerana dapat berkhidmat kepada orang kampung di samping saya dapat

menikmati pemandangan Kampung Sawah yang indah dan nyaman. Malah,

saya juga mempunyai peluang untuk menikmati makanan tradisional orang

Melayu Jawa iaitu Nasi Ameng yang disediakan oleh keluarga ketua kampung.

Nasi Ameng amat enak dan merupakan pengalaman yang bagus bagi saya.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada orang

Kampung Sawah kerana sudi menerima kami ke kampung mereka.