refleksi big

5
REFLEKSI BIG Daripada: Sii Tuong Sieng Pengenalan Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa. Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah pada hari kelak. Kandungan Sepanjang tempoh pengajian saya melaksanakan program ini, saya sedar bahawa persiapan awal haruslah dibuat sebelum memulakan sesuatu perkara. Beberapa kali perbincangan telah diadakan dalam pengajian saya bagi menentukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam sekolah pilihan. Beberapa buah sekolah telah dicadangkan sepanjang perbincangan diadakan. Selepas beberapa faktor telah dipertimbangkan, maka pengajian kami memilih SJK (C) Tukau sebagai sekolah untuk kami laksanakan program BIG. Aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan juga diberi oleh pihak sekolah. Aktiviti yang dipesan oleh pihak sekolah adalah memecat dinding dan melukis mural di dinding luar bilik KIBG. Kami juga menghasilkan aturcara aktiviti Dengan membuat persiapan awal, kita boleh memastikan setiap peralatan yang diperlukan boleh disediakan dan memudahkan bagi kedua-dua pihak menyediakan apa-apa yang diperlukan. Selain itu, saya mendapati bahawa perancangan masa yang bijak adalah penting untuk menyempurnakan sebuah tugasan. Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP Ambilan Januari 2013 kumpulan Matematik telah memilih SJK (C) Tukau sebagai pilihan sekolah kami. Sekolah

Upload: micky-yii

Post on 14-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

11

TRANSCRIPT

REFLEKSI BIGDaripada: Sii Tuong SiengPengenalanProgram Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murnidan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segalapengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalahberteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyatdan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.Program Bina Insan Guru kali ini seperti yang dinyatakan di dalam proforma kursus adalah mengadakan satu lawatan penanda aras selama sehari, dalam tempoh yang diperuntukkan iaitu sepuluh jam ke sebuah sekolah pilihan tetapi perlulah mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru pelatih tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan semasa mengajar di sekolah pada hari kelak.

Kandungan Sepanjang tempoh pengajian saya melaksanakan program ini, saya sedar bahawa persiapan awal haruslah dibuat sebelum memulakan sesuatu perkara. Beberapa kali perbincangan telah diadakan dalam pengajian saya bagi menentukan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam sekolah pilihan. Beberapa buah sekolah telah dicadangkan sepanjang perbincangan diadakan. Selepas beberapa faktor telah dipertimbangkan, maka pengajian kami memilih SJK (C) Tukau sebagai sekolah untuk kami laksanakan program BIG. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga diberi oleh pihak sekolah. Aktiviti yang dipesan oleh pihak sekolah adalah memecat dinding dan melukis mural di dinding luar bilik KIBG. Kami juga menghasilkan aturcara aktiviti Dengan membuat persiapan awal, kita boleh memastikan setiap peralatan yang diperlukan boleh disediakan dan memudahkan bagi kedua-dua pihak menyediakan apa-apa yang diperlukan. Selain itu, saya mendapati bahawa perancangan masa yang bijak adalah penting untuk menyempurnakan sebuah tugasan. Melalui perbincangan dengan setiap pelajar kelas PISMP Ambilan Januari 2013 kumpulan Matematik telah memilih SJK (C) Tukau sebagai pilihan sekolah kami. Sekolah ini telah menjadi pilihan kami sekelas atas sebab keinginan untuk memahami pengurusan sekolah yang bersaiz kecil. Malah, sebab sampingan ialah faktor jarak, jarak antara kampus saya dengan sekolah rendah tersebut juga diambil kira di mana jarak IPG kampus Sarawak terletak berhampiran dengan sekolah rendah tersebut. Hal ini diambil kira kerana pada ketika kertas kerja bagi Program Bina Insan Guru Fasa 5 ini diusulkan kepada pihak pentadbiran, kami digalakkan untuk mengamalkan dasar penjimatan di mana ia meliputi kos perbelanjaan minyak kenderaan bas institut. Sebab kedua adalah atas galakan daripada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (IPGKS) ke sekolah yang betul-betul memerlukan bantuan, iaitu melukis mural. Atas persetujuan daripada pensyarah pembimbing, kami akan melaksanakan kerja-kerja BIG di sekolah tersebut pada 30 Mac 2015.Kami telah bersiap sedia untuk menaiki bas ke SJK (C) Tukau tersebut. Saya selaku ketua AJK peralatan bertanggungjawab untuk memastikan pealatan keperluan dihantar ke destinasi dengan selamat. Pada hari sebelum bertolak ke SJK (C) Tukau, saya telah memastikan agar tiada alat-alat terabai. Saya telah membeli barang-barang yang telah dipesan oleh ahli-ahli pengajian saya, seperti kertas pinggang, pelekat-pelekat dinding dan sebagainya. Pada hari tersebut, pengajian kami seramai 24 orang guru pelatih Semester 1 Tahun 3 dan seorang pensyarah pembimbing, iaitu Encik Si Tong Yong telah melibatkan diri dalam lawatan ke SJK (C) Tukau. Kami telah berkumpul di depan Blok Pentadbiran pada pukul 6:30 pagi untuk menunggu kedatangan bas institut. Sementara menunggu kedatangan bas, kumpulan kami juga membuat persediaan dan memastikan agar alat-alat yang diperlukan adalah mencukupi. Jarak masa antara SJK (C) Tukau adalah kira-kira 5 minit sahaja, jadi kami tiada masa untuk menikmati perjalanan ke sekolah rendah tersebut. Kami tiba ke SJK (C) Tukau pada pukul 7:15 pagi, kami disambut oleh dua orang guru yang bertugas, iaitu juruacara untuk sekolah tersebut, Cikgu Alison Lim dan Cikgu Koay Hun Fang. Mereka bersalam dengan pensyarah pembimbing kami seketika kami turun dari bas. Ketua pengajian kami, Kiu Kwong Xian juga sentiasa bersiap sedia untuk berinteraksi dengan guru bertugas di sana untuk mendapat maklumat tentang perkara yang perlu kami laksanakan dan mengelakkan pembaziran masa. Ini adalah kerana sebahagian daripada aturcara aktiviti tamat lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan. Di sini, saya juga mendapati cara berkomunikasi dengan pihak sekolah adalah penting untuk menjalin hubungan yang baik antara satu sama lain. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa seorang pemimpin yang berjaya mestilah berpandangan jauh. guru besar SJK (C) Tukau telah menerangkan aspek-aspek kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi dan misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Beliau juga menekankan bahawa sekolah tidak sepatutnya mementingkan prestasi akademik sahaja, malah juga mementingkan prestasi kokurikulum. Contohnya, beliau telah menyatakan bahawa sekolah tersebut telah mendapat keputusan yang cemerlang, iaitu tempat pertama dalam acara lompat jauh di peringkat daerah Miri. Selain itu, sekolah itu juga menyenaraikan acara bermain bulu tangki sebagai satu acara kokurikulum. Acara ini adalah kurang didapati di sekolah rendah yang lain. Sebab utama adalah untuk menggalakkan pewarisan budaya dan permainan Cina. Malang juga, atas sebab kemudahan yang tidak lengkap, jadi aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan adalah juga terhad. Sekolah tersebut hanya mempunyai tiga sukan utama, iaitu olahraga, ping pong dan bola keranjang. Seterusnya, kami melibatkan diri dalam taklimat satu, iaiatu taklimat berkaitan pengurusan sekolah oleh pihak pengurusan yang dipimpin oleh Cikgu Alison Lim. Beliau telah mengkongsikan tentang teknik-teknik yang boleh dilaksanakan semasa menghadiri kelas. Di sini, saya mendapati pengurusan bilik darjah tidak begitu senang seperti yang saya dapati. Beliau telah berkongsi perekaan carta organisasi bilik darjah, jadual masa, jadula tugas, penyusunan meja dan kerusi, kelengkapan bilangan meja dan kerusi, penghiasan papan penyataan, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam bilik darjah, peraturan bilik darjah, kehadiran murid setiap hari, maklumat asas tentang murid, kad kesihatan, buku NILAM, dan sebagainya. Beliau telah menekankan bahawa tugas guru adalah tidak begitu senang kerana terdapat tugas yang banyak kena dijalankan setiap hari. Beliau juga memesan agar sentiasa bersifat sabar dan penyayang untuk kebaikan sendiri dan murid-murid. Beliau juga menjawab soalan yang telah kami kemukakan agar tidak menggunakan rotan semasa mengajar. Rotan seharusnya digunakan untuk menunjukkan ke papan hitam bagi menumpukan perhatian murid terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru. Banyak pengetahuan asas dan pengetahuan praktikal telah saya ketahui selepas sesi taklimat ini.Selepas itu, saya juga belajar bahawa kita haruslah bertindak secara spontan apabila diperlukan. Ini adalah kerana kami mendapati masih awal selepas menamatkan taklimat tersebut. Guru yang bertugas untuk mengendalikan sesi taklimat yang kedua masih mengajar di dalam bilik darjah. Jadi, kami membuat keputusan agar rehat sekejap sambil makan pagi. Pada masa yang sama, kami juga bermula untuk mereka dan merancang posisi gambar dan mural yang akan dilukiskan nanti. Tugas-tugas utama kami program ini adalah untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah. Jadi, kami tidak mahu mengecewakan mereka. Kami memahami bahawa melukis mural bukan satu kerja yang senang dan memakan masa yang banyak untuk menyiapkan, lagipun kami diminta untuk mengecat dinding dalaman bilik KIBG. Tanpa membuang masa, saya dan dua orang kawan saya, Henry Goh Keh Leong dan Kiu Kwong Xian bekerjasama untuk mengikis permukaan dinding bagi membuangkan permukaan cat yang sedia ada pada dinding bagi mengecat cat yang baru. Baru sahaja bersedia untuk mengikis dinding, kami diarah untuk menghadiri taklimat yang kedua. Taklimat yang kedua mengisahkan bahawa cara-cara yang boleh diambil untuk menangani masalah yang mungkin berlaku di dalam bilik darjah. Taklimat ini dikendalikan oleh Cikgu Yii Ching Ching. Beliau mengisahkan bahawa guru merupakan jawatan yang disandang tinggi oleh orang ramai dan bukan senang untuk menyempurnakan amanah ini. Ini adalah kerana guru perlu menjaga disiplin dan kebajikan murid-murid. Beliau amat menggalakkan kami untuk menetapkan peraturan bilik darjah agar menjaga disiplin murid-murid dengan berkesan. Jika murid membuat bising ketika pengajaran sedang berlangsung, guru boleh menggunakan teknik menyambung ayat, iaitu cikgu berkata: Mulut kecil ... ... dan murid menjawab : ... ... ditutupkan. Seterusnya, beliau juga memberi respons terhadap soalan yang telah kami kemukakan bahawa mengajar dengan dwibahasa sekiranya mendapati murid bumiputera yang tidak faham bahasa Cina. Ini adalah sebagai satu kewajipan kepada kami untuk menyampaikan pengajaran kepada murid tanpa mengira kaum sebagai lambang keadilan kepada murid yang lain. Beliau juga menggalakkan murid bumiputera untuk bercakap dalam bahasa Cina untuk melatih mereka dalam pertuturan. Selepas tamat taklimat, kami menyambung balik kerja yang dijalankan tadi. Saya terus mengikis cat dinding. Malah, kawan lain melakar gambar pada dinding, menyediakan alat-alat mengecat dan lain-lain. Kami bekerjasama antara satu sama lain agar tugas ini dapat disiapkan sebelum pukul 4:00 petang. Setiap anggota daripada pengajian kami melibatkan diri tanpa mengira jantina. Lelaki melibatkan diri dalam melukis, manakala perempuan juga melibatkan diri dalam melukis mural. Melukis mural memang bukan satu perkara yang senang kerana banyak melibatkan kemahiran melukis dan mestilah sabar ketika melukis dan mengecat. Satu perkara yang amat menyentuh hati saya adalah kami meneruskan tugas walaupun hujan turun. Atap yang ada di bilik KIBG tidak cukup untuk melindungi kawan yang melukis mural di luar bilik tersebut. Kawan-kawan saya tidak mengadu tentang cuaca yang buruk ini, malah menjadi lebih aktif dan hanya mengharapkan kerja ini boleh disiapkan sebelum waktu balik. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa tabiat menepati masa adalah penting dalam kehidupan seharian, begitu juga dalam kehidupan peribadi. Kami mula menjalankan kerja pengemasan bermula pada pukul 3:00 petang dengan mengemaskan alat-alat mengecat dan berus-berus melukis. Surat-surat khabar yang telah digunakan juga telah dikemaskan terlebih dahulu agar boleh memanfaatkan masa dan mengelakkan masa setiap kawan terbazir. Setelah kerja-kerja disiapkan, kami amat berpuas hati dengan hasil sendiri. Kami juga mengambil gambar bersama dengan guru besar dan guru-guru bertugas sebagai kenangan. Dalam jangkaan saya, pemandu bas itu datang ke sekolah saya seketika kami habis mengambil gambar. Dengan menepati masa, masa pihak-pihak yang terlibat sama ada pengajian kami atau pemandu bas dapat dijimatkan dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.Pengajaran tersebut juga menyedarkan saya bahawa saya harus melengkapkan diri dengan pelbagai jenis pengetahuan dari segi intelek, jasmani dan emosi di Institut Pendidikan Guru (IPG). Selepas itu, saya baru boleh menjadi seorang guru berkualiti yang dapat membantu negara kita melahirkan insan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pengalaman melukis mural dan mengecat dinding telah membina semangat yang tinggi dan ketahanan fizikal dan mental. Aktiviti ini tidak akan lupa dalam hayat saya, khususnya kami menjalankan tugas bersama walaupun hujan. Ini menyedarkan saya bahawa seorang guru harus boleh bekerjasama dengan rakan sejawat kerana guru pada era ini bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan di dalam kelas semata-mata, malah guru juga harus pandai mengendalikan aktiviti kokurikulum bagi menyampaikan ilmu kemahiran hidup kepada murid-murid.