ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

10
BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 BIJAK Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Bijak Tema : Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya Tajuk : Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisplin Tarikh : 20 Mac 2012 Masa : 60 Minit Hasil Pembelajaran: Fokus Utama : 8.1 Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk Aras 1 ( i ) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan Fokus Sampingan: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 ( i ) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan Intonasi yang betul Fokus Sampingan: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,ungkapan,ayat,sebutan,intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1 ( i ) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang Dibaca. 1

Upload: juwitasambatan

Post on 06-Feb-2016

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 BIJAK

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 4 Bijak

Tema : Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya

Tajuk : Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisplin

Tarikh : 20 Mac 2012

Masa : 60 Minit

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama :

8.1 Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk

Aras 1 ( i ) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan

Fokus Sampingan:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan

lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 ( i ) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan

Intonasi yang betul

Fokus Sampingan:

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,ungkapan,ayat,sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1 ( i ) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang

Dibaca.

PKJR : 3.1.1

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid dapat :-

i. Menulis ayat tunggal dan majmuk berpandukan petikan.

ii. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul

iii. Berbual tentang pengalaman mengalami atau melihat kemalangan jalan raya

1

Page 2: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

v. Menyatakan perbezaan antara undang-undang dengan peraturan jalan raya serta memahami akibat tidak dipatuhi.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran menulis,kemahiran mendengar dan bertutur.

Sistem Bahasa : Tatabahasa - ayat tunggal dan ayat majmuk,sebutan ,intonasi.

Kosa kata - penunggang baskal,topi keledar,lampu isyarat,lebuh raya

Ilmu : Bahasa Melayu,Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Nilai : Berhemah tinggi, hormat- menghormati

Kemahiran Bernilai Tambah ( KBT )

Kemahiran Berfikir : Menjana idea,sumbang saran

Pembelajaran Kontekstual : Penyoalan,menghubungkait,berkerjasama

Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal,interpersonal,kecerdasan muzik

Pengetahuan Sedia ada:

Murid mempunyai pengetahuan dan pernah melihat kemalangan akibat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.

BBM : Power point,teks petikan,kad rangkai kata, lembaran kerja,buku latihan dan video.

Strategi : Berpusatkan murid dan bahan.

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Murid ditayangkan power point berkaitan kemalangan jalan raya

Soalan guru:

1.Apakah kejadian yang terdapat pada

-Set Induksi ( 5 Minit )

- Guru meminta murid-murid membuat regangan .

-Seterusnya murid diminta melihat paparan power point dan menghayatinya.

BCB : menonton paparan power point

BBB:Slide-Kesan tidak mematuhi Undang-undang jalan raya

2

Page 3: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

paparan power point tadi?

2.Siapa di antara kamu yang pernah terlibat dalam kemalangan?

3.Apakah sebab berlakunya kemalangan?

4.Apakah cara untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan raya?

-Murid menjawab soalan guru berdasarkan paparan power point.

-Guru menjelaskan tujuan paparan diperlihatkan dan tajuk pelajaran hari ini iaitu Peraturan dan Undang-undang Jalan raya.

KK: pemudahcaraan-penyoalan

5.2 Aras 1 (i)

Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul

Langkah 1 ( 15 minit )

- Murid membaca petikan dengan suara yang jelas serta dengan sebutan dan intonasi yang betul.

- Murid dipilih secara rawak dari setiap kumpulan untuk membaca petikan

-Sementara itu,murid lain dikehendaki mendengar .sambil itu memahami petikan tersebut.

-Murid lain diminta memberi markah terhadap bacaan rakan mereka.(5-10 markah ) sambil memberi sebab bagi markah yang diberikan.

- Guru mengulas bacaan murid

BCB:

i. membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii.mendengar dengan aktif serta memahaminya.

KP: intrapersonal,interpersonal

BBM: petikan

1.1 Aras 1 (i)

Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

Langkah 2 ( 15 minit )

-Murid duduk dalam kumpulan masing-masing.

- Bersoal jawab dengan murid tentang petikan yang mereka

KB: menjana idea,sumbang saran,Membanding beza

3

Page 4: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

Soalan Guru:

1.Apakah yang dilakukan oleh Farid sebelum melintas jalan di laluan pejalan kaki?

2.Apakah yang diperhatikan oleh Farid sementara menunggu kawannya?

3. Berikan contoh yang menunjukkan sikap mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Penerangan Guru:

Undang-undang jalan raya merupakan satu akta yang mewajibkan kelakuan yang perlu dilakukan semasa dijalan raya.Manakala peraturan jalan raya ialah cadangan keselamatan untuk menjadikan pengguna jalan raya selamat.

Contoh undang-undang- Memakai topi keledar/tali pinggang keledar.

Contoh peraturan - Memimpin tangan

baca.

- Guru mempertontonkan contoh amalan ‘lima langkah’ dan seterusnya menerangkan maksud undang-undang dan peraturan jalan raya.

-Murid diminta berbual tentang kemalangan yang pernah mereka alami atau saksikan.

-Murid memilih rakan yang hendak disoal dan murid yang terpilih akan menjawab soalan tersebut.

-Guru mengulas hasil perbualan murid dan menekan pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

-Dalam kumpulan murid berbincang untuk melengkapkan gambar rajah labah-labah berkaitan undang-undang dan peraturan jalan raya.

KP: interpersonal,intrapersonal,

Linguistik,verbal

KK: Penyoalan,menghubungkait

BBM: video( Prosedur berhenti,dengar,fikir dan berwaspada 08.39)

Petikan,gambar rajah

Labah-labah.

Nilai: hormat-menghormati

4

Page 5: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

dan berjalan menghadap lalu lintas

8.1 Aras 1 ( 1 )

Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan

Lampiran :

Contoh ayat

1. Kita mestilah memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan.

Langkah 3 ( 20 minit )

-Guru memaparkan contoh beberapa ayat di papan tulis.

-Murid membaca ayat tersebut .

-Guru memberikan beberapa rangkai kata

-Murid dipilih secara rawak untuk menulis ayat menggunakan rangkai kata di papan tulis.

- Guru mengulas ayat yang ditulis di papan tulis.

-Murid membuat latihan dengan menulis ayat berdasarkan rangkai kata dalam buku latihan.

KB: menjana idea

KK: Menghubungkait

BBM-slide-CONTOH – CONTOH AYAT tunggal dan majmuk.pptx

KP: Intrapersonal,interpersonal,

Visual,verbal linguistik.

Kad rangkai kata,kad ayat.

Penutup ( 5 Minit )

Soalan Guru:

1.Bagaimanakah sikap seorang pengguna jalan raya yang baik?

2.Apakah sikap yang perlu dielakkan sebagai pengguna jalan raya?

- Bersoaljawab dengan murid tentang nilai murni yang harus diamalkan sebagai pengguna jalan raya.

- Guru merumuskan pelajaran hari ini.

- Murid menyanyikan lagu ‘ Hati-hati di Jalan raya’

KB: menjana idea

KP: intrapersonal,interpersonal

KK: menghubungkait

BBM: Lirik lagu

Nilai-nilai murni:

- patuh

-hormat-menghormati

-sabar

-bertimbang-rasa

-berkerjasama

5

Page 6: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

REFLEKSI ( RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN )

Secara keseluruhan Objektif telah tercapai ini terbukti apabila murid dapat

membina ayat daripada rangkai kata yang diberi.Ini bermaksud murid memahami apa

yang diajar oleh guru iaitu bagaimana membina ayat tunggal dab majmuk yang betul .

Murid juga dapat berbual mengenai tajuk yang diberi oleh guru iaitu pengalaman

atau peristiwa yang pernah mereka alami atau lihat tentang kemalangan jalan

raya .Dalam aktiviti ini, murid yang pernah mengalami atau melihat kemalangan telah

menceritakan sedikit pengalaman mereka.Ini membuktikan objektif telah tercapai

dengan penglibatan murid dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

Murid turut dapat membaca dengan lancar petikan yang terdapat dalam buku teks

mereka.. Murid juga dapat mengetahui bagaimana menjadi pengguna jalan raya yang

berdisplin dengan memberikan keperluan mematuhi undang-undang dan peraturan

jalan raya. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan pengajaran yang dijalankan

hari ini.Saya percaya hasil yang amat besar dalam pengajaran ini ialah murid akan lebih

berhati-hati ketika berada di jalan raya serta dapat mematuhi undang-undang jalanraya.

Kelemahan :

Dalam kesempurnaan pasti ada kelemahannya.Dalam pengajaran ini terdapat

beberapa kelemahan.Antaranya terdapat murid yang masih malu untuk terlibat sama

dalam aktiviti yang dijalankan.Contohnya ketika aktiviti berbual berlangsung,terdapat

murid yang tidak berbual dengan rakan mereka kerana malu.Saya juga mendapati

sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung terdapat murid yang tidak berani

menyuarakan pendapat atau memberi jawapan bagi soalan yang guru tanya kerana

malu dan tidak yakin dengan jawapan mereka.

Tindakan Susulan :

6

Page 7: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

Saya akan cuba untuk memberi lebih peluang dan pemerhatian terhadap murid

yang bersikap pemalu dan yang menyebabkan mereka enggan terlibat semasa aktiviti

berkumpulan pada masa akan datang. Saya akan cuba untuk menggalakkan mereka

menjawab soalan mudah terlebih untuk menambah keyakinan mereka serta meminta

murid lain untuk berkerjasama dengan guru untuk memberi lebih peluang kepada murid

tersebut terlibat dalam aktiviti yang memerlukan penglibatan murid.

Saya juga akan memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid

yang masih tidak yakin dengan keupayaan sendiri untuk terlibat aktif,ini dapat dilakukan

apabila saya menjadikan murid tersebut dilantik menjadi ketua supaya dia merasa lebih

yakin dan merasakan dirinya turut berperanan penting dalam setiap aktiviti yang

dijalankan.

7

Page 8: ranc.mengajar bm utk tugasan bmm3101.docx

BMM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

8