nota ringkas bmm3101

Upload: mohd-azrul

Post on 11-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

NOTA RINGKAS GRAFIK

1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

RAJAH 1 UNSUR-UNSUR DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

RAJAH 2 KEMAHIRAN BAHASA2.0 KEMAHIRAN BAHASA

Kemahiran bahasaTujuanPenekanan

Kemahiran mendengar Mendengar dengan teliti Memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan Dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran bertutur Berbual untuk menjalin hubungan Menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.

Penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai

Kemahiran membaca Membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul.

Aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca

Kemahiran menulis Menulis perkataan dan ayat Mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan: ayat yang gramatis; tanda baca dan ejaan yang betul; tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif

JADUAL 1 KEMAHIRAN BAHASA3.0 KONSEP 5P

RAJAH 3 KONSEP 5P

3.1 PENGGABUNGJALINAN

PENGGABUNGJALINAN

DEFINISI

Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Melalui penggabungjalinan, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.

Unsur-unsur

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca.

Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan

Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

3.1.1 PRINSIP-PRINSIP PENGGABUNGJALINAN

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

RAJAH 4 PRINSIP PENGGABUNGJALINAN

3.1.2 BENTUK-BENTUK PENGGABUNGJALINAN

RAJAH 5 BENTUK PENGGABUNGJALINAN

4.0 PENYERAPAN

PENYERAPAN

DEFINISI:Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu4.1 UNSUR-UNSUR PENYERAPAN

Kemahiran bernilai tambah yang lain perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. UNSUR-UNSUR PENYERAPANIsi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan

Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Contoh aspek dalam kemahiran berfikir:MencirikanMengelaskan, Membuat kaitan dan perhubungan

RAJAH 6 UNSUR-UNSUR PENYERAPAN

5.0 PENILAIAN

DEFINISIPenilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif. Penilaian biasanya dibahagikan kepada dua jenis:penilaian formatif (ujian kemajuan) penilaian sumatif (ujian pencapaian).Dalam program KBSR, terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaituPenilaian mengesan penguasaanPenilaian mengesan kemajuanPenilaian mengesan pencapaian PENILAIAN

5.1 JENIS PENILAIAN RAJAH 7 JENIS PENILAIAN6.0 PEMULIHAN

Langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan mereka. TUJUANPemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. DEFINISIPEMULIHAN

7.0 PENGGAYAAN

DEFINISIPengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. PENGGAYAAN

Sebagai guru anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti pengayaan. Antaranya adalah seperti berikut:

RAJAH 8 PERKARA YAANG PERLU DITITIKBERATKAN OLEH GURU DALAM MELAKSANAKAN AKTIVTI PENGGAYAAN

RAJAH 9 CONTOH PROGRAM PENGGAYAAN

8.0 PENGISIAN KURIKULUM

PENGISIAN KURIKULUM

Pengisian Kurikulum terdiri daripada aspek yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi elemen ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologimaklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual.

RAJAH 10 PENGISIAN KURIKULUM

PENGISIAN KURIKULUMHURAIAN

ILMUIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya, ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh ditimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

NILAINilai murni diserapkan dalam pendidikan bahasa melayu untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia

KEWARGANEGARAANUnsur patriotisme kewarganegaraan yang diserap mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air disamping bertujuan malahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

PERATURAN SOSIOBUDAYAPeraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Malayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya yang mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAHMengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

JADUAL 2 PENGISIAN KURIKULUM

8.1 ELEMEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

RAJAH 11 ELEMEN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

RAJAH 12 HURAIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

RAJAH 12 HURAIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

3