komunikatif utk present

10
KOMUNIKATIF

Upload: rohaida-husain

Post on 12-Nov-2015

257 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Model Upsr Bm k1

TRANSCRIPT

KOMUNIKATIF

KOMUNIKATIFDefinisi KomunikatifMenurut Adena Ayob& Khairuddin Mohamad ( Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu), komunikatif merupakan pendekatan yang berlandaskan pemikiran bahawa kemampuan penggunaan bahasa dalam komunikasi merupakan tujuan yang harus dicapai untuk pembelajaran bahasa.

Manakala menurut Kamarudin Haji Husin (Perkaedahan Mengajar Bahasa) pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai alat komunikasi. Matlamat pengajaran adalah untuk memperkembangkan keupayaan tersebut.

Pendekatan komunikatif ini memberi penekanan kepada keupayaan penutur dalam berkomunikasi dengan melibatkan pengetahuan dan kebolehan bahasanya.

Dengan kata lain, pendekatan komunikatif ini lebih mengutamakan penguasaan kecekapan bahasa dan kecekapan komunikasi dalam sesuatau interaksi lisan. Oleh itu, sesuatu aktiviti lisan yang dirancang dalam pendekatan komunikatif bagi melatih kemahiran bertutur mengandungi dua aktiviti utama yakni aktiviti latihan ketepatan penggunaan unsur-unsur bunyi dan struktur bahasa serta aktiviti menggunakan unsur-unsur bahasa yang dilatih dalam sesuatu interaksi lisan.Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.Yakni, pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai-bagai situasi.Pendekatan komunikatif tidak mementingkan penguasaan bahasa secara pencilan tetapi pendekatan ini menitikberatkan penguasaan pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan menggunakan kecekapan nahu (tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri.Ciri-Ciri Pendekatan KomunikatifBrumfit dan Finocchiaro (1997) membicarakan 22 ciri pendekatan komunikatif dalam pengjaran bahasa. Ciri-ciri pendekatan komunikatif dalam pengajaran komunikatif tersebut adalah seperti berikut:1) Makna merupakan aspek penting2) Percakapan harus berpusat di sekitar fungsi komunikatif dan tidak dihafal secara normal.3) Kontekstualisasi merupakan aspek penerokaan utama dalam mencerap ilmu.4) Belajar bahasa membawa maksud berkomunikasi.5) Komunikasi efektif dianjurkan.6) Latih tubi dibolehkan, tetapi tidak boleh membebankan.

7) Ucapan yang dapat difahami dijadikan keutamaan.8) Setiap alat bantu pengajaran diaplikasikan dengan mantap.9) Keupayaan untuk berkomunikasi boleh didorong sejak awal.10) Penggunaan bahasa yang berkesan akan diberikan penekanan.11) Terjemahan digunakan dalam pengajaran jika perlu.12) Membaca dan menulis dimulakan lebih awal. 13) Sistem bahasa dipelajari melalui aktiviti berkomunikasi.14) Komunikasi komunikatif merupakan tujuan asas.15) Variasi linguistik merupakan konsep utama dalam pengajaran.16) Urutan pengajaran ditentukan berdasarkan pertimbangan isi, fungsi atau makna untuk meneguh minat murid.17) Guru mendorong murid supaya bersama-sama dengannya untuk menggunakan bahasa.18) Bahasa dicipta oleh murid melalui cuba jaya.19) Kefasihan bahasa merupakan fokus utama, selain ketepatan yang dinilai dalam konteks bukan abstrak.20) Murid digalakkan berinteraksi dengan orang lain melalui kelompok atau pasangan sama ada secara penulisan atau lisan.21) Guru tidak boleh meramalkan apakah bahasa yang akan digunakan oleh murid.22) Motivasi intrinstik murid akan timbul melalui minatnya terhadap hal-hal yang dikomunikasikan.Proses Pengajaran KomunikatifGuru memberikan situasi dan soalan tugasan kepada murid.Murid berbincang bersama-sama rakan tentang soalan tugasan yang diberikan oleh guru.Murid bertanya dan berbincang dengan guru.Murid menjalankan wawancara di hadapan bilik darjah.Guru memberikan pandangan dan saranan untuk penambaikan.Prinsip Pendekatan KomunikatifTerdapat 3 prinsip pendekatan komunikatif:Murid perlu mengetahui tujuan setiap aktiviti bahasa yang dilaksanakan.Pengajaran bahasa perlu dibuat dalam konteks wawancara.Pengajaran bahasa perlu berpandukan proses komunikasi yang sebenar.Kesimpulan Hakikatnya, prinsip komunikatif menitikberatkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya untuk mempengaruhi kecekapan berbahasa dan berkomunikasi bagi seseorang penutur dalam masyarakat bahasa.Dalam pendekatan komunikatif, struktur bahasa diajar supaya komunikasi lebih berkesan dengan kecekapan berbahasa yang sesuai dengan fungsi komunikasi.