kom utk pemimpin

46
Monday, Augus t 22, 2022 PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 1 PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 (KOMUNIKASI UNTUK PEMIMPIN) PENSYARAH: USTAZ PUHAD BIN ALAIM DISEDIAKAN OLEH: JULAIDA BINTI JAMAIIN SX031173PIJ23 ZANARIAH BINTI RAHMAT SX031201PIJ23

Upload: kamarudin-jaffar

Post on 15-Apr-2017

256 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 1

PENGURUSAN ISLAMSLQ 4592

(KOMUNIKASI UNTUK PEMIMPIN)

PENSYARAH:USTAZ PUHAD BIN ALAIM

DISEDIAKAN OLEH:JULAIDA BINTI JAMAIIN

SX031173PIJ23ZANARIAH BINTI RAHMAT

SX031201PIJ23

Page 2: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 2

KOMUNIKASI UNTUK PEMIMPIN1. BAKAT KEPIMPINAN

Salah satu teori kepimpinan yang popular disebut “teori orang besar”. Teori ini mengatakan para pemimpin memang di lahirkan dengan mempunyaicir-ciri atau aura yang membezakan mereka dengan insan yang lain. Ertinya para pemimpin memang sejak dilahirkan ciri-ciri seorang pemimpin.

Dua ciri-ciri individu yang akan menjadi pemimpin ialah:

1. Sejak mereka masih kecil lagi merekqa sudah mempunyai cita-cita yang tinggi

2. Mereka tahu apa yang mereka mahu, mereka tahu hendak menjadiorang yang bagaimana dan sejak kecil lagi mereka telah berjiwa besar.

Page 3: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 3

Kajian Pakar- 2 jenis ciri-ciri yang konsisten pada diri pemimpin

1. Tubuh badan para pemimpin adalah lebih tinggi sedikit daripada purata tubuh badan para pengikut mereka.

2. Mempunyai kepintaran yang lebih tinggi sedikit daripada kebanyakkan individu yang mereka pimpin.

Ciri-ciri pemimpin yang berkesana) Semangat- mereka mempunyai cita-cita, ketabahan,

ketekunan, tekad, daya usaha, tenaga dan hasrat untuk berjaya.

b) Kejujuran dan integriti – mempunyai sikap terbuka, boleh dipercayai, jujur dan boleh diharapkan.

c) Dorongan kepimpinan - mempunyai hasrat yang tinggi

d) Keyakinan diri – mereka sangat percayakepada keupayaan diri sendiri.

Page 4: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 4

e) Kepintaran – mereka berupaya menggabungkan dan mentafsirkan maklumat-maklumat yang banyak. Kajian mendapati otak yang sangat pintar belum tentu boleh membuatkan seseorang itu menjadi pemimpin yang berjaya malah ada kalanya menimbulkan kesan negatif pula.

f) Pengetahuan dalam bidang – mereka mempunyai ilmu dan kepakaran yang cukup di dalam bidang yang dipimpin.

g) Kreativiti – mereka berupaya mencipta idea-idea baru dan berguna.

h) Fleksibiliti – mereka berupaya menyesuaikan diri kepada keperluan individuyang mereka pimpin dengan keperluan situasi dan masa.

Page 5: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 5

TERDAPAT 2 JENIS PEMIMPIN

Jenis 1Pemimpin yang menghendaki kuasa demi memiliki kuasa itu sendiri.

• Kuasa yang mereka kehendaki di sebut kuasa “peribadi”

• Pemimpin yang mempunyai sifat-sifat begini sangat dikehendaki untuk menguasai individu lain.

• Mereka sangat mementingkan status.• Mereka tidak berapa peduli apa yang di alami oleh

orang lain.• Mereka memperalatkan para pengikutnya demi

mancapai apa yang mereka kehendaki

Page 6: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 6

Jenis ke 2Pemimpin yang menghendaki kuasa kerana dengan menggunakan kuasa itu dia dapat mencapai matlamat bersama yang diperjuangkannya.

• Kuasa yang mereka ingin disebut “kuasa sosial”.• Pemimpin jenis ini sangat mementingkan cita-cita dan

perjuangan bersama.• Mereka tidak mempunyai kepentingan diri.• Mereka berusaha untuk mendapatkan sokongan

daripada individu yang dipimpinnya, bekerjasama.• Mereka tidak suka menguasai individu yang dipimpin

sebaliknya suka bersama-sama bekerja.• Mereka mementingkan apa yang baik bagi individu

yang mereka pimpin.

Page 7: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 7

Kajian mendapati daya kepimpinan jenis ini adalah lebih berkesan kepada organisasi yang mereka pimpin.

Cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkahlakunya mudah dipengaruhi oleh kehadiran individu lain. Salah satu aspek manusia yang banyak dikaji ialah kesan gaya kepimpinan seseorang ketua ke atascara berfikir, sikap dan tingkahlaku individu yang dipimpinnya.

Perbezaan gaya pimpinan mempunyai kesan yang penting kepada produktiviti individu-individu yang mereka pimpin.

Page 8: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 8

Antara gaya pemimpin ialah:• Pemimpin yang autokratik memberi banyak arahan

dan semua keputusan hanya dia seorang sahaja yang boleh membuatnya.

• Pemimpin yang demokratik membenarkan kumpulannya ikut memberi pendapat semasa hendak membuat keputusan.

• Pemimpin yang bebas membiarkan sahaja kumpulannya menentukan sendiri dan apabila diminta barulah dia memberi maklumat-maklumat teknikal.

Page 9: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 9

Pakar-pakar yang menjalankan kajian menyatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi serta kekal.

Ia juga mendorong terciptanya perhubungan yang positif dan saling bekerjasama di antara anggota kumpulan.

Kajian yang lebih terbaru mendapati walaupun gaya kepimpinan demokratik digemari, tetapi gaya ini tidak semestinya gaya yang terbaik apabila ditinjau dari sudut prestasi. Gaya ini sangat membahayakan apabila sedang berdepan dengan ancaman bahaya ataupun pabila keadaan sangat serba tidak pasti.

Page 10: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 10

Fungsi dan peranan pemimpin:

1. Menentukan arah dan matlamat.2. Mencipta wawasan.3. Menggembling manusia dengan urusan itu.4. Berkomunikasi dengan individu yang penting.5. Menurunkan kuasa.6. Menjadi sumber ilham.7. Memberi dorongan dan memupuk semangat

individu-individu yang dipimpin.

Page 11: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 11

3 Kerja utama para pemimpin :1. Menjalin Perhubungan.

Apabila seseorang itu dipilih ataupun dilantik menjadi pemimpin , dia semestinya menjalin perhubungan yang baik dengan sebanyak-banyak pihak yang mempunyai kaitan dengan organisasi yang dipimpinnya.

2. Menerima Dan Memberi Maklumat.Sebagai pemimpin seseorang itu perlu menjalin perhubungan yang baik dengan semua pihak kerana dia memerlukan maklumat, baik maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar organisasi yang dipimpin.Contonya: Dia perlu mengetahui siapa yang menjadi punca masalah, siapa paling berbakat, siapa paling kuat bekerja dll.

Page 12: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 12

3. Membuat KeputusanSebagai pemimpin seseorang itu membuat bermacam-macam keputusan seperti keputusan yang melibatkan wang, individu-individu lain, masa dan banyak lagi. Untuk membuat keputusan yang tepat seseoran itu memerlukan banyak maklumat yang relevan dan betul.

Page 13: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 13

2. MENINGGIKAN KUASA PEMIMPINMenurut Prof. Rosabeth Moss Kanter, individu-

individu yang berkuasa mendapatkan kuasa melalui dua strategi iaitu:

(1) Mereka melakukan perkara-perkara yang betul tanpa tujuan langsung untuk mendapatkan kuasa.

(2) Mereka membina orang-orang yang betul bagi tujuan mendapatkan kuasa.

Menurut Prof Kanter, kuasa seseorang itu naik apabila melakukan aktiviti-aktiviti yang luar biasa, yang diketahui oleh ramai orang dan yang sangat selaras dengan matlamat organisasi serta apabila dia berjayamenyelesaikan masalah-masalah penting.

Page 14: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 14

Menurut Prof. Kanter, setiap individu dikeliling si ketua boleh meningkatkan kuasanya. Oleh yang demikian dia semestinya mempunyai kemahiran menjalin hubungan baik dengan semua orang, baik orang atasan, bawahan mahupun dengan rakan-rakan sejawat.

Prof. Cherrington menyenaraikan lima tindakan yang berguna untukmempengaruhi orang atasan.

(1) Menjadi seorang yang pandai meringankan beban ketuanya.

(2) Memberi bantuan-bantuan dan cadangan-cadangan baik kepada orang-orang lain meskipun itu bukan dalam senarai tugas dan tanggungjawab individuitu sendiri.

(3) Sentiasa memelihara hubungan baik dengan si ketua.(4) Jangan mengkritik ketua dan jangan membawa

pelbagai masalah dan rungutan kepadanya.(5) Menjadikan kelemahan-kelemahan ketua sebagai

sumber kekuatan dan kelebihan sendiri.

Page 15: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 15

4 tindakan untuk menambahkan kuasa orang atasan ke atas orang bawahan:

(1) Kemahiran dan keupayaan interpersonalKemahiran mempengaruhi individu lain , kemahiran komunikasi secara lisan dan kemahiran mendengar.

(2) Keupayaan mendapatkan dan mencari maklumatMenurut Prof D.J. Charrington sebagai ketua maklumat penting ialah pengetahuan realiti sosial berkenaan tugas-tugas yang mesti dilaksanakan.

(3) Menjaga nama baikKredibiliti adalah sangat penting. Oleh itu kemahiran dan nama baik sama-sama penting kalau seseorang itu hendak berkuasa ke atas orang-orang bawahannya.

(4) Menjaga hubungan baikSeseorang ketua tidak boleh berkonflik dengan kata-katanya sendiri atau bermusuh dengan pihak-pihak lain.

Page 16: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 16

Kipnis dan Sehmidt membuat kajian ada 4 stail yang digunakan oleh para pekerja bagi mempengaruhi orang-orang atasan mereka:

(1) Stail terus-terangOrang bawahan jenis ini berasa mereka dapat menguasai individu yang cuba mereka pengaruhi. Semakin dia berasa yakin bahawa dia dapat menguasai ketuanya, semakin rendah penilaian yang diberikan oleh ketuanya.

(2) Stail mengampuOrang bawahan yang menggunakan stail ini menggunakan sikap yang sangat mesra kepada ketuanya.

(3) Stail ahli taktikOrang bawahan yang menggunakan stail ini sangat kuat menggunakan pemikiran rasional. Pekerja lelaki yang menggunakan stail ini menerima penilaian paling tinggi. Mereka yang mengalami stress yang paling rendah, mereka juga mendapat gaji yang paling tinggi.

Page 17: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 17

(4) Stail pemerhatiOrang bawahan yang menggunakan stail ini tidak banyak kerenahmempengaruhi orang atasannya. Pekerja wanita yang menggunakan stail ini mendapat penilaian yang tinggi.

Page 18: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 18

3. KOMUNIKASIDefinisi Komunikasi Interpersonal:

Dari sudut teori komunikasi interpersonal berkomunikasi ialah proses bagaimana seseorang pendakwah, di mana ia berfungsi sebagai sumber komunikasi, berkongsi pengalaman dengan sasarannya.

Apabila seseorang itu ingin mrnjadi pendakwah yang berkesan salah satu kemahiran yang mesti dimiliki ialah kemahiran berkomunikasi secara interpersonal.

Ramai yang fasih dan petah bercakap tetapi semakin banyak mereka bercakap, mungkin banyak mereka menyakiti hati orang-orang yang mendengar apa yang mereka cakapkan.

Page 19: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 19

Mesej Dalam Komunikasi

Dalam semua komunikasi interpersonal terdapat 2 jenis mesej iaitu mesej lisan dan mesej bukan lisan. Mesej lisan ialah bahan komunikasi yang disampaikan kepada sasaran menggunakan medium bahasa pertuturan atau kata-kata mesej bukan lisan ialah semua bentuk komunikasi yang disampaikan tanpa menggunakan pertuturan.

Saluran Komunikasi

Sebarang media yang digunakan untuk menghantar mesej seperti media suara, telefon, tulisan dll.

Page 20: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 20

Gangguan KomunikasiAntara gangguan-gangguan itu ialah kebisingan, bau yang

kuat, suhu yang tinggi, pertuturan yang tidak jelas, kehadiran orang-orang lain dll.

MasaFaktor Varibel yang paling besar pengaruhnya ke atas

keberkesanan komunikasi ialah masa. Komunikasi sentiasa berlaku pada masa tertentu dan masa mempengaruhi cara bagaimana seseorang itu berkomunikasi.

Page 21: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 21

Komunikasi Berkesan(1) Ciri Kefahaman

Cara seseorang itu berkomunikasi dikatakan berkesan apabila orang yang mendengarnya memahami kata-katanya betul-betul seperti apa yang dimaksudkannya. Kalau lain yang dimaksudkan, lain pula yang difahami, maka ertinya komunikasi itu tidak berkesan.

(2) Ciri Keseronokan

Apabila dia seronok dengan sesi perbualan, akibatnya dia akan berasa seronok terhadap orang-orang itu dan begitu juga sebaliknya.

(3) Pengaruh Ke Atas Sikap

Di dalam mesyuarat perundingan dalam ahli-ahli mesyuarat cuba mengubah sikap dan pendapat orang lain supaya menerima sikap dan pendapatnya.

Page 22: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 22

(4) Memperbaiki Perhubungan

Disebabkan seseorang sal;ah faham maksud yang sebenar, dia boleh bertengkar dan berselisih faham.

Halangan Komunikasi• Kepercayaan Pemimpin

• Sikap pemimpin

• Cara berfikir pemimpin

Page 23: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 23

4. CIRI-CIRI KOMUNIKASI PEJAYA

Individu yang berestim tinggi bercakap dengan lebih fasih, lancar dan teratur rapi. Mereka berhati-hati apabila memilih perkataan yang digunakan. Intonasi mereka terkawal dan bercakap pada kadar kelajuan yang sederhana, tidak bercampur aduk dengan loghat daerah atau bahasa-bahasa asing.

Page 24: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 24

5. STRATEGI MENYAMPAIKAN UCAPAN BERPENGARUH

Beberapa teknik gejala takut mikrofon ialah:

(1) Bersedia dan berlatih secukupnya(2) Cari pengalaman(3) Bayangkan keadaan yang sebenar(4) Bergarak-gerak dan tarik nafas(5) Petua agama iaitu mulakan dengan membaca doa

Page 25: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 25

Ucapan Yang Berkesan Mengandungi Langkah:

(1) Memilih topik dan tujuan berucap(2) Memahami siapa yang mendengar ucapan(3) Membuat kajian berkenaan topik ucapan(4) Merumuskan mauduk topik(5) Mengemukakan maklumat dan rasional bagi

menyokong mauduk(6) Menyusun bahan-bahan ucapan(7) Memilih perkataan(8) Reka penutup dan pembukaan yang baik

Page 26: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 26

Strategi Berucap:(1) Strategi Masalah Dan Penyelesaiannya

Apabila guna strategi ini, terangkan masalah yang ada, seterusnya terangkan cadangan untuk menyelesaikan masalah. Apabila masalah telah diketahui jangan huraikan masalah dengan panjang lebar, mereka akan bosan mendengar dan nanti mereka tidak akanterpengaruh.

(2) Strategi Kelebihan ManfaatOrang yang berucap itu bersaing dengan orang-orang lain untuk mempengaruhi mereka. Apabilamenggunakan strategi ini, jangan kutuk idea-idea pesaing. Perbuatan itu akan merosakkan kredibiliti diri sendiri.

Page 27: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 27

(3) Strategi Memenuhi KeperluanTerangkan keperluan-keperluan selepas itu terangkan bagaimana cadangan itu dapat memenuhi keperluan mereka.

(4) Strategi Pendekatan DoronganStrategi ini sangat sesuai apabila seseorang itu mahu supaya mereka mengambil tindakan dan melakukan seperti yang diingini.Strategi ini mengandungi 5 langkah iaitu:Langkah 1 – Tarik minat mereka. Ajak mereka membayangkan keadaan .Contoh: “Saudara-saudara bayangkan saudara-saudara berada dipuncak Gunung Tahan………………..”

Page 28: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 28

Langkah ke-2-Terangkan kepada mereka keadaan yang sedang dialami.Contoh :“Inilah gambar-gambar sepuluh pasukan rakan muda rekriasi yang sudah berjaya mendaki Gunung Tahan tahun lalu. Saudara boleh mencapai kejayaan seperti mereka apabila saudara ikut serta program ini.

Langkah ke-3-Terangkan dengan terperinci rancangan yang ada dan tunjukkan bukti supaya mereka yakin.

Page 29: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 29

Langkah ke-4- Ajak mereka membayangkan segala faedah yang mereka akan rasai, alami dan nikmati apabila rancangan itu dapat mereka terima dan laksanakan.

Langkah ke-5- Ajak mereka memikirkan apa yang mereka boleh buat untuk menjayakan rancangan ini.

Page 30: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 30

Blettinghans dan Cody dalam buku mereka “PersuationCommunication” memberikan 4 taktik tambahan iaitu :

(1) Apabila bercakap di depan khalayak, umpamanya apabila berceramah jika kredibiliti kita rendah, minta tolong supaya kita tidak diperkenalkan kepada hadirin terlebih dahulu sebelum kita menyampaikan ceramah.

(2) Bercakap dengan gaya yang lancar. Gunakan bahasa badan yang betul. Bercakap dengan bahasa yang betul nahunya.

(3) Sebutkan perkara-perkara di mana kita dan para hadirin mempunyai banyak persamaan. Katakan bahawa perkara-perkara yang mereka utamakan adalah juga perkara-perkara yang kita utamakan dll.

Page 31: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 31

Susunan UcapanSeseorang yang berucap mesti menarik minat

dan perhatian hadirinnya supaya mereka suka mendengar ucapannya. Antara cara-cara untuk menimbulkan minat mereka ialah :

(1) Tanyakan soalan kepada hadirin(2) Rujuk di antara orang-orang yang ada ai antara hadirin(3) Rujuk kejadian-kejadian dan peristiwa –peristiwa yang

beru berlaku(4) Sekali-sekala gunakan humor(5) Selitkan kisah-kisah atau cerita yang menarik(6) Gunakan alat bantuan atau audio visual

Page 32: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 32

Untuk mengakhiri ucapan, ada beberapa teknik iaitu :

(1) Gunakan petikan daripada kata-kata pujangga, tokoh-tokoh besar dunia, hadis-hadis ataupun ayat al-Quran

(2) Kemukakan soalan yang menggugat fikiran para hadirin(3) Rujuk peristiwa yang akan berlaku(4) Rujuk pada pembukaan ucapan

Pantang larang ketika berucap(1) Meminta maaf. Jangan sekali-kali berkata “ Saya

sebenarnya tidak pandai berucap…….”(2) Memberi janji kosong(3) Membuat gimik(4) Pendahuluan. Contohnya “Saya berharap tuan-tuan akan

sabar mendengar ceramah saya sehingga tamat …….”

Page 33: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 33

6. GAYA BAHASA BERPENGARUHCiri-ciri bahasa yang dapat meninggikan gaya pengaruh seseorang ialah :

(1) Gunakan istilah yang tepatContohnya : Harganya tinggi (istilah umum)

Harganya mahal Harganya RM 2 juta (istilah tepat

(2) Gunakan perkataan biasaContohnya : Perkataan (fokus, syumul, luwes) belum tentu difahami oleh orang awam.

(3) Gunakan nama penuhJangan gunakan singkatan iaitu LPG, MSC, IPT, SSB dll, kalau orang yang berucapa faham singkatan itu tidak semestinya orang lain juga faham

Page 34: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 34

(4) Gunakan bahasa baikJangan gunakan perkataan-perkataan yang “kotor”, ertinya dia tidak menghormati hadirin.

(5) Gunakan bahasa bersamaContohnya : Jangan gunakan banyak sangat perkataan “saya saya…….”. Gunakanlah “kita” untuk maksud “saya” dan gunakan “tuan-tuan dan puan-puan”.

(6) Gunakan gaya bahasa yang membantu kefahaman.Contohnya : “Seterusnya kita akan …….”

(7) Bantu ingatan hadirinContohnya : “Tadi saya sudah sebutkan bahawa…….”

(8) Ringkaskan perkara-perkara utama yang sudah disebutkan apabila mahu hadirin ingat semula perkara-perkara itu.

Page 35: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 35

7. MENDENGAR DAN BERTANYAFungsi Mendengar(1)Belajar – Kita mendengar untuk memahami

orang-orang lain, memahami diri sendiri, memahami alam dan untuk belajar daripada orang-orang lain yang mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui atau yang tidak pernah kita alami lagi.

(2)Menjalin hubungan – Dengan mendengar, kita dapat menjalin dan mengekalkan hubungan persahabatan, percintaan, dan perkahwinan yang lebih memuaskan.

(3)Mempengaruhi orang – Apabila kita pandai, kita dapat mempengaruhi sikap dan tingkahlaku orang yang kita dengar cakapnya.

Page 36: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 36

(4) Berseronok – Kita mendengar cerita-cerita, lawak jenaka, gurau senda dan perbualan kosong daripada rakan-rakan kerana hendak berseronok.

(5) Menolong – Ada kalanya denagan mendengar, kita seperti dapat menolong orang lain kerana kita dapat merasakan apa yang mereka rasakan dan dapat berfikir dengan menggunakan sudut pandangan mereka.

Aktiviti mendengar terdiri daripada 5 langkah iaitu :(1) Menerima(2) Memahami(3) Mengingat(4) Menilai(5) Memberi respon

Page 37: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 37

Bahasa Lelaki Dan WanitaGaya bahasa lelaki melambangkan ilmu

pengetahuan, kemahiran dan maklumat yang betul. Di kalangan lelaki sama lelaki, mereka berbual untuk menunjukkan status masing-masing dan dengan menggunakan bahasa begitu mereka cuba menghalang orang lain daripada menolak mereka ke tepi sebagai orang kecil yang tidak penting.

Gaya bahasa wanita mempunyai ciri-ciri lembut, bersopan-santun, melebih-lebihkan gambaran, berlapik-lapik, susunan yang tidak logikal, ikhlas, ramah, mesra dan sensitif.

Mengikut teori ini lelaki menggunakan perbualan untuk “menyampaikan laporan” manakala wanita pula menggunakan perbualan untuk “menjalin hubungan”.

Page 38: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 38

Fungsi Bertanya(1) Bertanya untuk mendapatkan maklumat(2) Bertanya untuk mendapatkan kefahaman yang

mendalam(3) Bertanya untuk memberi maklumat(4) Bertanya untuk menyatakan rasa prihatin dan

kefahaman(5) Bertanya untuk mengetahui minat dan kefahaman(6) Bertanya untuk mengajak berfikir(7) Bertanya untuk menarik perhatian kembali kepada

pokok perbincangan(8) Bertanya untuk menunjukkan sikap saling mengerti dan

saling mempercayai(9) Bertanya untuk mendapatkan tanggapan timbal balik(10)Bertanya untuk merapatkan jurang antara apa yang

dibuat dengan apa yang sepatutnya dibuat

Page 39: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 39

(11)Bertanya untuk membantu kita lebih mengenali orang itu

Strategi Bertanya(1) Pilih waktu yang tepat(2) Rancang apa yang hendak ditanya(3) Minta izin(4) Memberi alasan(5) Tidak menggunakan pertanyaan yang memalukan(6) Tidak menggunakan pertan yaan yang mengancam(7) Tidak menggunakan pertanyaan yang memanipulatif

Page 40: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 40

8. ETIKA KOMUNIKASIProf Charles Larson dari Northern Illinois

University di dalam bukunya “ Persuasion : Reception And Responsibility 1995” menyenaraikan kreteria etika bercakap bagi ahli-ahli politik dan pentadbir awam ialah :

(1) Jangan kemukakan dan menggunakan bukti-bukti yang palsu, dibuat-buat dan tidak relevan.

(2) Jangan sengaja menggunakan hujah-hujah terlalu am, tidak logikal atau tiada bukti akan kebenarannya.

(3) Jangan mengaku pandai atau “pakar” berkenaan sesuatu bidang padahal tidak.

(4) Jangan mendustai hadirin dengan menyembunyikan niat sebenar kita, kepentingan peribadi kita.

(5) Jangan mengucapkan pendapat-pendapat yang kita sendiri tidak setuju atau tidak yakin.

Page 41: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 41

Etika Komunikasi Interpersonal

(1) Bersikap jujur(2) Tidak menuduh(3) Nilai bersama(4) Memberi gambaran tepat(5) Berkata benar (6) Mematuhi etika(7) Selaras(8) Tidak mengganggu(9) Bersikap positif

Page 42: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 42

BergosipBergosip ialah sejenis komunikasi sosial

yang popular dan menyeronkokkan. Oleh itu kita suka bergosip tentang orang-orang lain dan orang-orang lainpun suka bergosip tentang diri kita. Namun gosip boleh mendatangkan kesan yang sangat buruk dan menyebabkan permusuhan.

Bergosip boleh bertukar menjadi mengumpat di dalam 3 keadaan iaitu :

(1) Apabila bahan gosip itu ialah perkara yang sepatutnya dirahsiakan.

(2) Apabila bahan gosip itu tidak benar iaitu fitnah(3) Apabila bahan gosip itu mencerobohi rahsia peribadi

orang lain, iaitu privasi mereka.

Page 43: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 43

9. MEMBINA KREDIBILITIKredibiliti ialah sifat yang boleh dipercayai, di

mana seseorang yang kredibel ialah seorang yang boleh dipercayai baik kata-katana mahupun tingkahlakunya.

Kredibiliti terdiri daripada beberapa komponen iaitu :

(1) Ilmu pengetahuan, kepakaran, dan kemahiranyang dimiliki oleh orang yang cuba mempengaruhi kita.

(2) Penampilan, rupa paras dan air mukanya.(3) Niat dan ketulusannya.

Page 44: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 44

Seseorang menjadi layak bercakap di dalam perkara yang dicakapkannya berdasarkan beberapa faktor iaitu :

(1) Kelayakan akademik yang tinggi. Untuk bercakap berkenaan psikologi remaja, kelulusan dalam bidang psikologi adalah perlu.

(2) Pengetahuan yang luas hasil daripada pembacaan dan minat yang mendalam berkenaan perkara tersebut meskipun seseorang itu tidak memiliki ijazah khusus bidang itu.

(3) Hasil pengalaman yang banyak kerana lama bertugas di dalam kegiatan yang berkaitan.

Page 45: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 45

KESIMPULAN

Para penyelidik mendapati bahawa kita lebih mudah dipengaruhi oleh orang-orang yang mempunyai daya tarikan rupa paras dan penampilan. Perkara ini tidak logik tetapi itulah hasil kajian mereka. Mereka juga mudah terpengaruh kepada orang-orang yang banyak memberi kita pengiktirafan, penghargaan, dan puji-pujian.

Oleh kerana itu, sebelum mula menyampaikan isi ucapan dan ceramah, ucapkan kata-kata yang menghargai diri, pencapaian, kejayaan dan kebaikan yang sudah dilakukan oleh orang-orang yang mendengar kita.

Page 46: Kom utk pemimpin

Wednesday, May 3, 2023

PENGURUSAN ISLAM SLQ 4592 46