pcg utk mpv

Download Pcg utk MPV

Post on 21-Jun-2015

199 views

Category:

Education

10 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. SURAT PEKELILING KEWANGAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA MURIDBAHAGIAN KEWANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2 0 1 0

2. LATAR BELAKANG3.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menguruskan sebanyak 18 jenisbantuan persekolahan di bawah Belanja Mengurus tahun 2010.Bantuan yangdiuruskan ini merangkumi peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid, bantuan kepada murid miskin dan juga bantuan sokongan lain seperti bantuan jaket keselamatan, kelas dewasa bagi ibu bapa murid Orang Asli dan Penan dan program susu. Walau bagaimanapun, kadar dan kriteria kelayakan serta pengurusan kewangan berkaitan pemberian bantuan-bantuan ini adalah seperti mana yang telah ditetapkan dalam surat pekeliling kewangan masing-masing.4.Kepelbagaian bentuk pemberian bantuan persekolahan ini telah menyebabkanperlunya suatu prosedur yang sistematik dan seragam diwujudkan bagi memastikan pengurusan kewangan peruntukan bantuan dapat dibuat dengan efisien dan teratur. Bagi mencapai objektif ini, lapan (8) jenis bantuan persekolahan yang mana penerima manfaatnya merupakan semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan telah dikenal pasti untuk mengguna pakai prosedur pengurusan kewangan yang sama. 5.Oleh itu, semua pindaan serta tambahan terhadap peraturan kewangan sediaada yang telah dibuat kepada lapan jenis bantuan persekolahan tersebut daripada segi tuntutan, penyaluran, kadar, kriteria kelayakan, maksud belanja serta pengurusan lebihan dan baki telah dikemaskinikan dalam satu garis panduan yang komprehensif yang disediakan bersama-sama pekeliling ini.GARIS PANDUAN6.Garis panduan yang disediakan bersama-sama pekeliling ini menerangkantentang peraturan dan tindakan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat2 3. menguruskan peruntukan bantuan persekolahan di peringkat Kementerian, negeri dan sekolah.7.Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa bab seperti berikut: i.Pendahuluan;ii.Bab A : Jenis dan Kadar Bantuan Ke Sekolah;iii.Bab B : Prosedur Tuntutan Awal;iv.Bab C : Prosedur Tuntutan Pelarasan;v.Bab D : Prosedur Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan;vi.Bab E : Prosedur Tuntutan Bagi Sekolah Baru Beroperasi;vii.Bab F : Baki Bawa Ke Tahun Hadapan; danviii.Bab G : Jadual Kadar dan Borang Berkaitan.8.Pengurus Sekolah yang dinyatakan dalam garis panduan ini adalah Guru Besaratau Pengetua sekolah atau mana-mana pihak yang diwakilkan secara bertulis untuk bertindak sebagai Pengurus Sekolah semasa ketiadaannya.9.Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi semua Sekolah Kerajaan dan SekolahBantuan Kerajaan yang dinyatakan dalam garis panduan adalah seperti yang diperincikan di bawah:Bil i.SekolahKetua PTJSekolah Rendah Harian Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)ii.Sekolah Menengah Harian Bahagian Pengurusan Sekolahiii.Sekolah Berasrama PenuhBerasrama Penuh/Sekolah Kecemerlangan (BPSBP/SK)3 4. BilSekolahiv.Sekolah Sukan Malaysiavi.Sekolah Seni Malaysiavii.Bahagian Pendidikan Teknik VokasionalSekolah Teknik/Vokasionalv.Ketua PTJSekolah Rendah Pendidikan Khas(BPTV) Bahagian Sukan (BS) Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian (BKS)Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) viii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas x.Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI)ix.Sekolah Menengah Agama Bantuan KerajaanTUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUS SEKOLAH10.Pengurus Sekolah adalah bertanggung jawab untuk memastikan semua urusanberkaitan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan dibuat mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan dalam pekeliling ini seperti berikut:i.Mengemukakan tuntutan awal dan tuntutan pelarasan peruntukan bantuan persekolahan mengikut tarikh yang ditetapkan;ii.Menyemak peruntukan yang diterima dan melaporkan penerimaan kepada pihak yang berkenaan;iii.Mengeluarkan Resit Pejabat (RP01) kepada pihak yang menyalurkan bantuan; 4 5. iv.Menyelenggarakan Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan/Asrama;v.Mengembalikan lebihan peruntukan bantuan persekolahan (jika ada) melalui cek mengikut tarikh yang ditetapkan; danvi.Menguruskan baki bawa ke hadapan dengan teratur.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PTJ SEKOLAH11.Ketua PTJ hendaklah memastikan semua Pengurus Sekolah mengemukakantuntutan Bantuan Persekolahan yang lengkap pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan keciciran penyaluran bantuan ke sekolah.12.Oleh itu Ketua PTJ adalah bertanggung jawab untuk memastikan: i.Maklumat tuntutan awal dan pelarasan yang diterima daripada sekolah dikunci masuk dalam Sistem eBantuan (eB) mengikut tarikh yang telah ditetapkan;ii.Mencetak dan mengedar maklumat tuntutan kepada semua sekolah di bawah pentadbiran masing-masing mengikut tempoh yang ditetapkan;iii.Menggalakkan sekolah untuk mengoptimumkan sebaik mungkin peruntukan bantuan persekolahan tahun semasa yang layak diterima bagi manfaat murid pada tahun tersebut; daniv.Memastikan semua urusan berkaitan pengurusan peruntukan bantuan persekolahan dibuat mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan.5 6. PELAKSANAAN13.Surat pekeliling ini hendaklah dibaca bersekali dengan Garis PanduanPengurusan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid yang disediakan bersama-sama surat pekeliling ini.14.Peraturan dan arahan yang terkandung dalam pekeliling ini dan garis panduanyang disediakan hendaklah dilaksanakan dan dipatuhi oleh semua Ketua PTJ berserta semua Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah pentadbiran masingmasing.15.Sebarang kemusykilan atau sekiranya sesuatu perkara itu tidak dinyatakandalam surat pekeliling dan garis panduan ini, ia perlu dirujuk kepada Bahagian Kewangan, KPM sebelum apa-apa tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan.16.Sehubungan itu, semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalammenguruskan peruntukan kewangan bantuan persekolahan yang diterima supaya tidak melanggar peraturan-peraturan kewangan terutamanya peraturan di bawah Arahan Perbendaharaan (AP) seperti AP58(a) dan AP59, Akta Tatacara Kewangan 1957, surat-surat pekeliling perbendaharaan dan kewangan serta peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa. 17.Sekiranya berlaku perlanggaran peraturan, pihak yang bertanggung jawab bolehdikenakan tindakan surcaj atau tatatertib seperti mana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan 1957.TATACARA PERAKAUNAN18.Tatacara dan prosedur perakaunan bagi bantuan-bantuan ini hendaklahmematuhi peraturan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Akaun, KPM.6 7. TARIKH KUAT KUASA19.Surat pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.PEMBATALAN20.Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling ini, semua surat pekeliling kewangandan surat edaran berikut adalah dibatalkan:i.Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2006 (Pindaan Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil. 5 Tahun 2002) Kadar Baru Pemberian Geran Per Kapita Untuk Sekolah Rendah bertarikh 31 Julai 2006;ii.Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 16 Oktober 2002;iii.Tambahan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 10 Februari 2003;iv.Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 11 Februari 2004;v.Tambahan Kedua Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 23 April 2005;vi.Tambahan Ketiga Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil.5 Tahun 2002 Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah bertarikh 18 Julai 2005;vii.Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2008 Peruntukan Yuran Khas Sekolah bertarikh 7 Januari 2008;7 8. s.k:1. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 3. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, KPM 4. Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 5. Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM 6. Ketua Akauntan KPM 7. Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM 8. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Dalam, KPM 9. Setiausaha Bahagian, Bahagian Audit Sekolah, KPM9 9. SENARAI EDARAN1. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian2. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam3. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional4. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas5. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan6. Pengarah Bahagian Sukan7. Pengarah Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian8. Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri9. Semua Pegawai Pelajaran Pejabat Pelajaran Daerah10. Semua Pengetua/Guru Besar10 10. ``````````` Lampiran kepada SPK Bil. 8 Tahun 2010GARIS PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KE SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA MURID1 11. KANDUNGAN Pendahuluan3Bab A6Jenis dan Kadar Bantuan Persekolahan Ke Sekolah I. Bantuan Geran Per Kapita (PCG)7II. Yuran Khas Sekolah (YKS)10III. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP)11IV. Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)12V. Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA)14VI. Bantuan Sukan Sekolah (BSS)15VII. Bantuan Makanan Prasekolah (BMP)17VIII. Bantuan Makanan Asrama (BMA)18Bab BProsedur Tuntutan Awal20Bab CProsedur Tuntutan Pelarasan23Bab DProsedur Pemulangan Lebihan Peruntukan26Bab EProsedur Tuntutan Bagi Sekolah Baru Beroperasi28Bab FBaki Bawa Ke Tahun Hadapan30Bab GJadual Kadar dan Borang Berkaitan332 12. PENDAHULUAN3 13. PENDAHULUAN 1. Garis panduan ini menerangkan tatacara pengurusan kewangan bagi lapan (8) jenis bantuan persekolahan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak yang menguruskan bantuan persekolahan tersebut sama ada di peringkat Kementerian, negeri mahupun sekolah. 2. Lapan jenis bantuan yang terlibat adalah seperti berikut: a. Bantuan Geran Per Kapita (PCG); b. Yuran Khas Sekolah (YKS); c. Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP); d. Bantuan