panduan mendaki utk newbie

Download Panduan mendaki utk newbie

Post on 13-Jul-2015

734 views

Category:

Sports

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Panduan Mendaki utk Newbie

Panduan Mendaki utk NewbieOleh:Cif Pendaki Putrajaya (FB)Putrajaya Adventure Team

PengenalanSepanjang penglibatan saya dalam kegiatan luar (outdoor) satu perkara yg sering saya perhatikan ialah ada antara rakan2 yg baru nak berjinak2 dlm kegiatan luar tidak menyediakan peralatan asas untuk diri sendiri.Apa juga alasan anda untuk memulakan Mendaki, sama ada utk turun berat badan, kesihatan, saje ikut-ikut kawan, mengambil foto alam atau sahaja menikmati alam ciptaan Allah.Apa yang penting ialah persiapan mental, fizikal dan peralatan sebelum kita memulakan aktiviti mendaki.Kali ini saya nak memberikan sedikit panduan mengenai persiapan untuk anda yg mahu memulakan aktiviti MENDAKI.

1.Pilih kawan2 yg pernah mendaki dan ada pengalamanAdalah baik jika anda dapat mendaki dgn kawan yg ada pengalaman, kerana ini dapatmengurangkan risiko hilang atau kemalangan.

2.Pilih dimana anda akan mendakiJika pendakian anda adalah yg pertama, PASTIKAN yg bukit/gunung yg akan di daki itu bersesuaian dgn tahap kecergasan anda. Mendaki bukit/gunung yg di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda. Antara bukit/gunung yg boleh di cuba untuk pertama kalinya:

sekitar KL-Bukit Saga, Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur : NS- Gunung Angsi, Gunung Datok.

3.Pilih kumpulan/ketua yg berpengalaman/kemahiranAdalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dgn kumpulan atau ketua yg berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian

4.Sediakan peralatan peribadiMendaki dgn tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yg sesuai. Malah ada juga yg mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja. Antara alasan yg sering di dengar ialah beg berat, tak biasa membawa beg. Apa2 pun anda mesti membawa barang peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat. dibawah nie saya ada sediakan senarai peralatan yg perlu di bawa.

5.Tinggalkan Pesan/Jadual Perjalanantinggalkan jadual perjalanan anda kepada keluarga atau kawan2 sebelum anda pergi mendaki, dan bagilah masa tenang sebelum sebarang usaha mencari anda dilakukan jika anda tidak sampai dirumah. PERINGATAN: SEBARANG USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT AKAN MELIBATKAN BANYAK PIHAK JUGA KOS YG TINGGI UTK MENCARI. JANGAN MEMBUAT PANGGILAN KECEMASAN JIKA PERKARA YG BERLAKU BUKAN KECEMASAN YG SEBENARNYA.

6.MENGAMALKAN SIKAP HORMAT ALAM & HARGAI ALAM SEMULAJADIanda diwajibkan menguna sikap 3R , RECYCLE, REUSE & REDUCE. Bring out what you bring in

take nothing but pictures, leaves nothing but footprint and waste nothing but your time

SENARAI PERALATAN PERIBADI

1.Beg Galas : saiz dari 35L 50Lpertanyaan yg sering saya terima ialah mcm ner nak tau saiz beg tu? Untuk yg baru nak mendaki, beg galas yg dibawa budak2 sekolah ialah dlm 35L. Dan jika beg yg anda beli itu berjenama, kapasiti beg itu ada di tulis pada penutup atau badan beg itu.

11

2.Kasut mendakiadalah lebih baik jika anda menguna kasut mendaki. Tetapi jika ini kalau pertama anda mendaki dan tak tahu sama ada mendaki ini akan menjadi hobi anda,adalah memadai anda mengunakan kasut sukan. Bagaimanapun mengunakan kasut sukan ada kekurangannya, antaranya tapaknya tidak sesuai untuk di gunakan di trek tanah yg basah dan licin. Saya sarankan anda utk mencari Adidas Kampong/kasut getah yg harga tak sampai RM10. JANGAN GUNAKAN SANDAL UTK MENDAKI KERANA IA TIDAK AKAN MELINDUNGI KAKI ANDA.

3.Stokinpenting jika mendaki, ia utk mengelakan kaki melecet.

4.Pakaian mendakiBaju: gunakan kemeja T yg diperbuat dari bahan sintentik seperti quick dry. Tak kira lah jika anda mahu mengunakan lengan pendek atau panjang, lagi satu, pakai pakaian yg cerah/terang. Seluar mendaki; seperti pakaian skrg nie seluar panjang yg diperbuat dari bahan sintentik banyak di jual. ELAKAN GUNA JEANS ketika mendaki. (sediakan pakaian utk balik dan ditinggalkan di kenderaan anda)

5.Baju Hujan/Wind BreakerBaju hujan nie adalah utk mengelakan anda kuyup semasa mendaki, terutama ketika anda hendak sampai puncak bukit/gunung, anda akan rasa sejuk disebabkan hujan dan angin. JANGAN MEMAKAI JACKET KETIKA MENDAKI, sebab anda akan berpeluh berlebihan dan mengakibatkan Dihidrasi.

6.Lampu sulohwalaupun pendakian anda dilakukan pada siang hari, tidak salah utk menyediakan lampu suloh sebab takut pendakian ini akan lewat habis dan berlarutan sehingga malam.

7.Ubat-ubatan peribadi Plaster, minyak angin, ubat peribadi ( athma, kencing manis, Darah tinggi DLL) kepada pendaki baru sediakan Knee Guard sebab lutut akan mula terasa sakit apabila menuruni bukit atau gunung.

8.Bekas air minummembawa bekas air dari rumah akan mengurangkan potensi membuang bekas air itu di bukit/gunung. Jika anda membawa botol air mineral atau isotonik, bawalah balik bekas air itu, elakan dari membakar bahan plastik tu .PASTIKAN ANDA MEMBAWA AIR MINUM DGN CUKUP, SEKURANG2NYA 1.5L AIR BIASA DAN 500ML AIR ISOTONIK

9.Makanan mendaki:makanan on trekkismis, kurma, coklat, pudding, gula2 makanan di puncak /rehat sebelum turun : jika pendakian pendak dan tidak lama anda tak perlu membawa makanan berat, jika ia lama dan anda akan berhenti rehat di puncak sebelum turun, anda ada dua pilihan 1: masak di bukit/gunung 2: Bawa makanan yg dibungkus

10.Peralatan lain jika rasa perluPisau LipatWalking stick/tongkatKameraGPSGround sheetPlastik sampah

*PERINGATAN KESELAMATAN*Keselamatan adalah perkara yang amat penting ketika melakukan aktiviti luar. Anda memerlukan pengetahuan, pengalaman dan peralatan yang sesuai dan berfungsi untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan pengembaraan.Tidak ada buku/artikel yang dapat menghindarkan kemalangan berlaku atau menilai kekurangan seorang pembaca. Artikel ini ditulis sebagai maklumat dan tidak menggantikan latihan profesional yang perlu anda ikuti untuk mendapatkan pensijilan terutama mengenai CPR, Pertolongan Cemas dan Respons Kecemasan.Jadi maklumat yang ditulis dan kemahiran yang diterangkan dalam artikel ini tidak mewakilkan keselamatan dalam satu-satu aktiviti anda.Apabila anda melakukan aktiviti yang diterangkan dalam Artikel ini, anda bertanggungjawab ke atas keselamatan anda sendiri.Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan peribadi, kesakitan , kerosakan atau kemusnahan harta benda yang timbul disebabkan penggunaan artikel ini