psv 3103

Upload: atikah-mohdtaib

Post on 18-Jul-2015

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Karya 1 Bagi karya 1 ini merupakan dari pelajar tahap satu dari krlas Satu Saga. Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang ini, bernama Ghazi serorang pelajar yang pindar dan cergas. Keletahnya yang lincah membuatkan saya terpanggil untuk memilih karya beliau untuk tujuan apresiasi bagi tugasan kali ini. Namanya juga unik, jarang sekali saya mendengar nama ini. Bapa beliau adalah seorang pekerja kilang. Kawasan Taman Desa Cemerlang iaitu kasawan perumah dan sekolah ini juga merupakan kawasan perindustrian. Bercerita mengenai karya Ghazi ini, beliau menggunakan media kering iaitu pensel dan pensel warna. Lukisan ini di buat bagi meluahkan rasa gembira Ghazi terhadap sesuatu. Apabila ditanya mengenai perkara-perkara yang mendatangkan kegembiraan kepada dirinya, Ghazi dengan semangat menyenaraikan perkaraperkara yang mengembirakannya. Antanya perkara yang dinyatakan adalah buku dengan alasan, buku memberi ilmu, manakala robot kerana objek itu berlampu. Beliau juga menyenaraikan beberapa jenis makanan sebagai perkara yang mendatangkan kegembiraan kepada dirinya antara makanan yang dimaksudkana adalah karipap dan donat. Ghazi menyatakan karipap mempunyai rasa yang sedap manakala donat itu manis. Saya menjangkakan makanan ini adalah makanan kegemarannya kerana beliau sangat suka bercakap tentang makanan ini dan menyatakan beliau sangat suka terutama yang dimasak sendiri oleh ibunya. Objek terakhir yang dilukis Ghazi adalah sekuntum bunga. Sifat bunga yang mengeluarkan bau yang harum membuatkan Ghazi menyenaraikan bunga sebagai perkara yang mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

Dari aspek unsur-unsur seni, Ghazi banyak menggunakan garisan tebal dan sedikit garisan halus. Garisan melengkung juga digunapakai oleh Ghazi bagi mendapatkan fom-fom seperti segi empat, bulat dan bujur. Dalam karya ini Ghazi ada menggunakan warna bagi setiap objek. Penggunaan warna juga terhad bagi setiap objek yang dilukis. Penggunaan warna biru adalah kecenderungan Ghazi yang mewarnakan objek buku, robot dan bunga dengan warna sama. Warna nuetral bagi karipap dan donat. Ghazi juga pada pandangan saya biijak menggunakan ruang kerana membahagikan setiap objek dengan satu-satu petak. Ghazi juga menggunakan rupa geometri untuk mengambar objek buku dan robot. Segi empat telah digunakan bagi kedua-dua objek ini, manakala, objek yang lain seperti karipap , donat dan bunga Ghazi mengunakan rupa organik. Objek-objek yang dilukis Ghazi adalah berbentuk dua dimensi. Jalinan pada karya Ghazi ini adalah jalinan tampak. Penggunaan warna pada karya juga kadangkala menunjukkan terdapat jalinan pada objek. Sebagai contoh jalinan pada karipap. Aspek prinsip-prinsip rekaan yang di aplikasi dalam karya Ghazi ini adalah harmoni yang dapat ditonjolkan pada gabungan unsur-unsur seni. Gabungan antara warna, bentuk, rupa, ruang, garisan dan jalinan. Unsur keseimbangan juga digunakan oleh Ghazi pada objek-objek yang dilukis Ghazi. Jika diperhatikan, setiap objek yang dilukis mempunyai imbangan simetri. Tetapi Ghazi tidak menggunakan konsep keseimbangan pada keseluruhan karya kerana objek yang dilukisnya hanya tertumpu pada bahagian atas kertas lukisan sahaja.

Prinsip penengasan juga boleh dilihat pada warna yang Ghazi aplikasikan pada karyanya. Warna kuning pada objek donut itu sangat memberikan impak penegasan disitu. Prinsip kontra juga dapat dilihat pada objek bunga dimana Ghazi telah meletakkan secalit warna biru pada kelopak bunga tersebut dan wana kuning bagi mengambarkan daun pada objek. Prinsip pergerakan juga wujud pada objek karipap dimana Ghazi telah melukis garisan tajam-tajam bagi mengambarkan bahagian tepi karipap tersebut. Kesatuan antara prinsip-prinsip dan unsur-unsur seni reka ini membuatkan karya kanak-kanak bernama Ghazi ini sangat unik pada pandangan mata saya. Ternyata pada tahap kanak-kanak seperti Ghazi, kreativiti mereka telah berkembang dengan baik. Kesemua faktor ini berkait rapat dengan persekitarannya dan didikan yang diterima sama ada secara formal atau tidak di rumah mahupun kawasan sekitarnya.

Karya 2 Karya yang kedua adalah memerlukan pelajar tahap satu melukis perkara yang mendatangkan kesedihan pada dirinya. Saya telah memilih karya seorang pelajar perempuan yang bernama Norsyafika dari kelas sama dengan Ghazi iaitu kelas Satu Saga. Seperti Ghazi Norsyafika juga berusia tujuh tahun. Melihat pada fizikal Norsyafika saya dapat menjangka beliau seorang yang kemas dan teratur. Mungkin dari faktor didikan yang diiterima dari keluarganya, ini kerana berdasarkan pada pemerhatian saya, Norsyafika sangat berhati-hati dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan kepadanya. Tetapi bagi kanak-kanak berumur seperti Ghazi dan Norsyafika, mereka tidak begitu memahami tentang perasaan yang mereka hadapi. Sebagai contoh, saya beserta seorang lagi rakan Pengalaman Berasaskan Sekolah telah menerangkan dihadapan kelas mengenai tugasan yang perlu mereka lakukan iaitu mengenai karya yang mendatangkan kegembiraan dan kesediahan pada diri masing-masing. Norsyafika telah meluahkan rasa takut sebenarnya pada karya yang dihasilkan. Kanak-kanak pada tahap Norsyafika tidak dapat membeza dan mengelaskan perasaannya. Tetapi terselit sesuatu yang unik pada karya Norsyafika yang membuatkan saya terpanggil untuk melakukan apresiasi. Pada belakang kertas lukisan terdapat tulisan saya dan kakak saya diganggu pocong pada waktu siang. Pada keseluruhan karya Norsyafika, saya melihat beliau sudah bernai menggunakan warna dengan yakin. Perkara ini dapat dilihat pada pengaplikasian warna objek-objek yang dilukis oleh Norsyafika lebih yakin dan lebih tekanan warna yang terang dan jelas.

Bercerita pula mengenai asas-asas Seni Visual yang telah diaplikasikan oleh Norsyafika pada karya yang dihasilkannya. Pelbagai jenis garisan yang digunakan oleh Norsyfika antaranya garisan halus, kasar, beralun dan garisan berulang. Garisan halus dan kasar dapat dilihat pada objek pocong dan objek lain dalam karya. Garisan beralun dan berpintal pada pokok manakala garisan putus-putus pada objek matahari yang terletak di bahagian atas karya. Unsur warna yang digunakan oleh Norsyafika pula adalah warna-warna asas pada awan dan baju salah seorang watak dalam karyanya. Warna neutral juga digunakan pada pokok. Warna-warna terang juga digunakan pada objek matahari dan baju seorang lagi watak dalam karya Norsyafika. Penggunnaan warna dalam karya ini juga adalah terhad. Norsyafika cuma mewarnakan objek sahaja berbanding latarbelakang. Penggunaan unsur rupa dalam karya Norsyafika adalah lebih kepada rupa organik. Perkara ini dapat dilihat pada objek awan daun pokok dan rupa pocong itu sendiri. Namun pada objek matahari, Norsyafika telah mengaplikasikan rupa goemetri bulat. Seterusnya karya Norsyafika adalah berbentuk dua dimensi. Kesemua objek dilukis pada satah dua dimensi. Karya Norsyafika juga adalah berjalinan tampak. Jalinan dekoratif juga berlaku secara tidak lansung melalui arah penggunaan pensel warna oleh Norsyafika. Terdapat juga unsur ruang positif yang menjadi tumpuan pada karya ini iaitu pada objek-objek yang dilukis dan diwarna. Ruang negatif juga wujud kerana latarbelakang tidak digunakan dan Cuma dibiarkan bergitu sahaja.

Apresiasi dari sudut prinsip-prinsip rekaan pula pada prinsip harmoni pada karya. Prinsip ini dapat dilihat pada penggunaan warna nuetral pada batang pokok dan digandingkan bersama warna hijau. Seterusnya, karya ini pada keseluruhannya adalah seimbang kerana terdapat objek dilukis pada kiri dan kanan lukisan. Unsur pergerakan dapat dilihat pada garisan putus-putus pada objek matahari pada bahagian atas karya. Selain itu, prinsip pergerakan juga dapat dilihat pada pokok yang dilukis Norsyafika mengunakan garisan berpintal-pintal. Keharmonian dari sudut warna juga telah melahirkan prinsip kesatuan dalam karya. Kesemua unsur-unsur seni juga disatukan di dalam karya ini. Prinsip kepelbagaian dalam karya seperti penggunaan garisan dan warna juga digunapakai dalam karya ini. Prinsip kontra dapat dilihat pada penggunaan ruang oleh pengkarya. Ruang di bahagian belakang yang tidak digunakan mewujudkan kontra dengan objek-objek yang dilukis. Objek pokok dibahagian hadapan karya mewujudkan kesan prinsip penegasan kerana pokok tersebut dilukis besar dari objek-objek lain dan menjadi tumpuan mata apabila melihat pada karya ini.

Karya 3 Karya seterusnya adalah karya dari tahap dua iaitu dari Mohd Zahari Bin Rosli berumur 11 tahun. Zahari dari kelas Lima Wira Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang memilih pemandangan di tepi pantai sebagai perkara yang mendatangkan kegembiraan pada dirinya. Media yang digunakan oleh Zahari adalah pensel dan oil pastel . Sedikit cerita mengenai Zahari, beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Zahari merupakan seorang pengawas sekolah dan kelihatan berdedikasi dengan tugasnya. Sifat Zahari yang ceria menyenangkan orang yang berada disekelilingnya. Zahari juga seorang yang peramah dan tidak malu untuk bercerita mengenai latar belakangnya apabila ditanya. Zahari tinggal berdekatan dengan sekolah dan berjalan kaki bersama-sama rakannya untuk kesekolah. Ibu Zahari merupakan seorang suri rumah manakala ayahnya pula pekerja kilang. Apabila ditanya mengapa dia memilih pemandangan di pantai sebagai perkara yang menggembirakan dirinya, Zahari menjawab dia suka apabila dibawa pergi berkelah bersama-sama keluarganya. Zahari pada pandangan saya seorang yang baik budi pekertinya dan sangat menjaga tutur katanya dihadapan guru. Ternyata Zahari mendapat didikan yang baik dari keluarganya walaupun bersederhana dalam menjalani kehidupan seharian. Zahari juga patuh pada arahan guru dan sentiasa merendah diri. Dia juga berasa teruja apabila saya beserta rakan-rakan yang lain meminta untuk membuat lukisan ini.

Beralih pada unsur-unsur seni pada karya Zahari, garisan yang digunakan adalah garisan beralun serta putus-putus bagi mengambarkan keadaan air laut yang tenang. Terdapat juga garisan melengkung pada objek mataharidan garisan yang berulang-ulang. Dari aspek atau unsur warna pula Zahari telah mengunakan warna asas seperti kuning dan biru. Warna kuning diaplikasikan pada latarbelakang karya bagi menunjukkan suasana pada waktu senja. Warna biru pula digunakan untuk menunjukkan air laut. Warna terang seperti warna jingga juga telah digunakan oleh Zahari dalam karyanya. Zahari juga telah berani menyampurkan warna bagi mewujudkan kesan realisme dalam karyanya. Penggunaan rupa dalam karya Zahari agak terhad kerana hal benda tertumpu pada matahari dan keadaan laut serta rakaman suasana pada waktu senja. Terdapat juga penggunaa rupa organik pada karya iaitu pada objek awan di bahagian atas karya. Karya Zahari mengaplikasikan karya berbentuk dua dimensi. Zahari juga telah mengaplikasikan unsur perspektif dalam karyanya. Perkara ini dapat dilihat pada sinaran cahaya matahari hampir terbenam dan terpancar pada air laut. Zahari juga telah menggunakan ruang dengan sebaik-baiknya. Tiada ruang kosong yang ditingalkan dalam penghasilan karya. Unsur jalinan juga dapat dilihat pada penggunaan garisan beralun dan putusputus yang dibuat untuk menggambarkan keadaan air laut yang tenang pada ketika itu. Kesan palitan warna pada karya Zahari ini juga menghasilkan suatu jalinan tampaksecara tidak lansung.

Prinsip harmoni dapat dilihat pada aplikasi warna yang digunakan oleh Zahari. Warna sewarna iaitu kuning dan jingga yang digabungkan menimbulkan kesan harmoni pada karya. Prinsip harmoni juga diketengahkan melalui kewujudan burungburung yang berterbangan diikuti awan-awan yang melitupi sedikit keadaan langit. Karya Zahari menonjolkan prinsip keseimbangan simetri pada kiri dan kanan karya. Prinsip keseimbangan ini wujud kerana Zhari meletakkan fokus hal banda karyanya ditengah-tengah karya. Prinsip pergerakan juga dapat dilihat pada garisan yang menunjukkan pergerakan air laut yang tenang. Selain itu, Zahari melukis objek ringkas melalui simbol iaitu burung-burung yang sedang berterbangan juga mewujudkan prinsip pergerakan. Prinsip kesatan dan kepelbagaian dapat dilihat melalui pernggunaan warna, garisan dan unsur-unsur seni yang lainnya. Prinsip kontra diterapkan melalui penggunaan warna pada objek matari dan pancaran cahaya matahari pada air laut. Prinsip penegasan pula adalah pada objek matahari yang menjadi fokus kepada karya yang dihasilkan oleh Zahari ini.

Karya 4 Karya yang seterusnya adalah dari Delia Sara Lionel a/p Williams dari kelas Lima Wira. Pelajar dari tahap dua ini menyatakan dia sedih kerana kakaknya mengalami kemalangan dilanggar oleh kereta. Mungkin kejadian ini mengundang tragedi terhadap dirinya dan keluarga. Delia yang berketurunan Iban berasal dari negeri Sarawak tinggal disemenanjung kerana bapanya bertugas sebagai pegawai tentera di kem Pulada, Kota Tinggi. Media yang digunakan oleh Delia bagi menghasilkan karya ini adalah media kering iaitu pensel dan pensel warna. Apabila ditanya mengenai cerita tentang karyanya, Delia menceritakan dia bersama kakaknya bermain dalam kawasan perumahan mereka. Kebetulan terdapat sebuah taman permaianan terletak bertentangan rumah mereka. Taman permainan itu juga berkedudukan di seberang jalan besar dihadapan rumah mereka. Hampir setiap petang mereka akan pergi ke taman permaiana tersebut untuk bermain bersama rakan-rakan yang lain. Tetapi pada suatu petang ketika mahu melintas jalan, kakaknya yang hanya tua setahun dari umur Delia dilanggar kereta dan mengalami kecederaan yang agak teruk. Kaki kakaknya patah dan memerlukan rawatan lanjut serta ditahan di hospital selama seminggu. Kejadian itu berlaku dihadapan matanya dan Delia masih trauma berikutan tragedi yang menimpa kakaknya itu.

Unsur-unsur seni yang diaplikasi oleh Delia seperti garisan dapat dilihat pada karya ini. Garisan yang digunakan adalah garisan kasar. Terdapat juga garisan halus pada objek rumput di bahagian tepi lukisan. Penggunaan warna Delia adalah warna nuetral pada objek pokok. Terapat penggunaan warna asas iaitu warna biru dan merah juga penggunaan warna sekunder pada daun pokok. Warna yang Delia gunakan agak terhad. Unsur rupa pada karya ini adalah rupa organik dan sedikit rupa geometri pada objek-objek dalam karya. Rupa organik dapat dilihat pada objek awan, pokok dan seorang budak perempuan ditengah-tengah karya. Selain itu, Delia mengaplikasikan bentuk dua dimensi pada karyanya. Pada Delia ini juga terhasil jalinan tampak. Penggunaan ruang dalam karya Delia ini agak padat dan dipenuhi dengan objek-objek seperti pokok, kereta dan figura budak permpuan. Terdapat juga ruang negatif pada bahagian latar belakang karya yang tidak digunakan oleh Delia. Ruang positif ditonjolkan melalui objek-objek yang dilukis oleh Delia. Ruang dibahagian belakang karya agak padat sementara ruang dihadapan agak lengang. Dari aspek prinsip-prinsip seni pula, prinsip harmoni dapat dilihat pada penggunaan warna pada karya. Warna-warna neutral di gabungkan dengan warna sekunder menghasilkan satu jalinan warna yang harmoni. Karya Delia merupakan imbangan tidak simetri kerana bahagian atas lukisan padat dengan objek manakala bahagian bawah lukisan agak lengang. Prinsip pergerakan juga boleh dilihat pada jalan raya dan kereta yang seolah-olah bergerak menuju kepada budak perempuan dalam karya.

Kepelbagaian dari aspek warna, garisan dan ruang menimbulkan serta mewujudkan prinsip kesatuan. Ruang antara latar belakang dan ojek-objek yang dilukis menimbulkan kesan prinsip kontra pada karya ini. Prinsip penegasan adalah pada kereta yang seolah-olah bergerak ingin melanggar budak perempuan di dalam karya ini.