prospek penyelesaian konflik (autosaved)

7
5.0 Prospek Penyelesaian Konflik Israel- Palestine Dalam menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestine pelbagai langkah cadangan telah dilakukan oleh pelbagai pihak namun masih buntu menemui jalan penyelesaian. Pelbagai rundingan telah dilakukan sejak awal kemunculan konflik tetapi rundingan tersebut hanyalah sia-sia kerana ada pihak yang tidak mematuhi rundingan-rundingan yang dilakukan dan menyebabkan konflik tersebut semakin bertambah buruk. Kunci penyelesaian konflik Israel-Palestina sesungguhnya terletak pada kedua-dua belah pihak yang bertikaian. Pelbagai prospek penyelesaian konflik telah dikenalpasti oleh pelbagai pihak dalam mengatasi konflik yang telah berlarutan sekian lama ini. Antara prospek- prospek penyelesaian tersebut ialah: 5.1 Penyelesaian dua negara Penyelesaian dua negara bermaksud negara Israel dan Palestine yang merupakan dua negara yang berbeza disatukan menjadi sebuah negara yang merdeka. Dalam merealisasikan penyelesaian ini banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza

Upload: musliha-ismail

Post on 24-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

langkah-langkah penyelesaian konflik israel palestine

TRANSCRIPT

5.0Prospek Penyelesaian Konflik Israel- PalestineDalam menyelesaikan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestine pelbagai langkah cadangan telah dilakukan oleh pelbagai pihak namun masih buntu menemui jalan penyelesaian. Pelbagai rundingan telah dilakukan sejak awal kemunculan konflik tetapi rundingan tersebut hanyalah sia-sia kerana ada pihak yang tidak mematuhi rundingan-rundingan yang dilakukan dan menyebabkan konflik tersebut semakin bertambah buruk. Kunci penyelesaian konflik Israel-Palestina sesungguhnya terletak pada kedua-dua belah pihak yang bertikaian. Pelbagai prospek penyelesaian konflik telah dikenalpasti oleh pelbagai pihak dalam mengatasi konflik yang telah berlarutan sekian lama ini. Antara prospek-prospek penyelesaian tersebut ialah:5.1Penyelesaian dua negaraPenyelesaian dua negara bermaksud negara Israel dan Palestine yang merupakan dua negara yang berbeza disatukan menjadi sebuah negara yang merdeka. Dalam merealisasikan penyelesaian ini banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama. Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. (Uri Avnery,2007)Rakyat Palestin telah "menunjukkan minat yang serius" dalam penyelesaian dua negara sejak pertengahan tahun 1970-an, dan kepimpinan arus perdana yang telah memeluk konsep ini sejak 1982 Sidang Kemuncak Arab di Fez. (Mark A. Tessler,1994). Terdapat banyak usaha-usaha diplomatik untuk merealisasikan penyelesaian dua negara yang dilakukan, bermula dari 1991 Persidangan Madrid. Terjadilah 1993 perjanjian Oslo dan gagal 2000 Camp David sidang kemuncak itu diikuti dengan rundingan Taba pada awal tahun 2001. Pada tahun 2002, Liga Arab dicadangkan Inisiatif Keamanan Arab. Inisiatif terbaru, yang juga gagal, adalah 2013-2014 rundingan damai.Bagi isu Palestin, negara barat banyak mengetengahkan penyelesaian dua negara sebagai jalan keluar untuk mengatasi konflik ini. Rangka penyelesaian dinyatakan dalam resolusi PBB mengenai "penyelesaian damai di soal Palestin" ini, akan kembali ke tahun 1974. Resolusi itu menyeru untuk "dua negara, Israel dan Palestin ... sebelah menyebelah dalam selamat dan diiktiraf sempadan "bersama-sama dengan" resolusi hanya soalan pelarian itu selaras dengan resolusi PBB 194 ". Apabila penyelesaian dua negara dibangkitkan berdasarkan Resolusi 242, maka ia menjadi suatu yang kabur dan tidak dapat dilaksanakan kerana Israel mempunyai kuasa untuk menentukan manakah yang akan diwartakan sebagai negara Palestin dan di manakah sempadan negara Israel sekiranya negara Palestin yang berdaulat wujud bersempadanan dengan Israel. Atas perkiraan inilah maka penyelesaian dua negara tidak mungkin memberi jalan keluar kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel. Israel akan menggunakan semua alasan-alasan teknikal untuk mempertahankan pendirian tidak akan berundur semula ke sempadan 1967 (The Green Line berdasarkan perjanjian Rhodes).5.2Campur tangan pihak ketigaIstilah "pihak ketiga" dan "orang tengah" kedua-duanya digunakan untuk merujuk kepada seseorang atau sekumpulan orang-orang yang terlibat dalam konflik untuk membantu pihak-pihak yang bertikaian menguruskan atau menyelesaikannya. Dalam konteks pengurusan konflik antarabangsa di antara palestin dan israel, campur tangan antarabangsa oleh pertubuhan dan institusi antarabangsa dalam sebarang konflik serius adalah sangat dituntut. Dalam konflik Palestin dan Israel jelas menunjukkan bahawa A.S mengambil pendekatan realisme secara teori mahupun praktikal dengan mendominasi cara tindakan campur tangan dan dasar yang di buat. Tindakan berat sebelah ke atas Israel begitu ketara dan menidakkan hak yang sepatutnya ke atas Palestin. Dapat dilihat tindakan ini telah banyak menggagalkan proses rundingan damai yang diadakan. Amerika Syarikat dan Eropah Barat yang merupakan sekutu Israel terus memberi sokongan kepada rejim Tel Aviv itu untuk membunuh rakyat Palestin dan bagi Israel sokongan Amerika dan Eropah amat penting. Menurut Dr Ziad Asali Presiden kepada American Task Force on Palestine (ATFP), bahawa tiga faktor yang harus dilakukan sebelum proses perdamaian dapat bergerak ke hadapan. Keamanan harus diperbaiki untuk kedua-dua bangsa Israel dan Palestin, perbaikan ekonomi bagi bangsa Palestin adalah mustahil tanpa pendudukan dan memastikan ada sebuah kerajaan Palestin dengan undang-undang yang dihormati berteraskan Rule of Law. "Negara Palestin tidak dapat diperbaiki seperti dahulu," katanya. "Jika Israel adalah sebuah negara normal, maka Palestin juga perlu satu Negara yang sama ." Asali mengatakan dia memandang Amerika tidak bertindak sebagai medium yang jujur dan bahawa Washington harus belajar untuk menjadi pemudah cara yang lebih adil dalam konflik ini. A.S lebih mencari jalan penyelesaian bagi kepentingan Negara mereka dalam dunia yang semakin kecil yang sepatutnya A.S harus melihat konflik perhubungan di dalam konteks global. "Untuk dunia keseluruhannya isu ini perlu diselesaikan (Najjab Jamal,2009). Amerika seharusnya bertindak campurtangan dengan adil dalam menyelesaikan konflik yang berlaku dan bukannya bertindak berat sebelah. Dengan campurtanngan secara adil dari kuasa veto dunia inni konflik ini mungkin dapat diselesaikan.5.3Israel Mesti di Desak Patuhi Resolusi PBBMajlis Keselamatan PBB perlu memikul tanggungjawab sewajarnya untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin kerana isu ini berkaitan dengan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Masyarakat antarabangsa juga perlu bekerjasama untuk mendorong kewujudan kedamaian Israel-Palestin. PBB menjadi mediator yang berusaha untuk memediasi kepentingan antara Palestina dan Israel. Selain itu, terdapat banyak resolusi yang dikeluarkan oleh PBB yang mempengaruhi konflik antara Israel-Palestina. Mediasi yang dilakukan oleh PBB adalah usaha diplomatik yang ditujukan untuk penyelesaian konflik Israel-Palestina. Berdasarkan Resolusi Dewan Keamanan (DK) PBB 242 dan 338, PBB telah terlibat dalam setiap upaya negosiasi Israel-Palestina, secara tidak langsung. Israel menunjukkan keangkuhan terhadap banyak resolusi yang dikeluarkan oleh PBB United Nations) dan Majlis Keselamatan (Security Council) dimana negara Israel tidak mahu tunduk dan tidak mahu mengikut apa yang diputuskan diperingkat antarabangsa. Walaupun ada beberapa resolusi PBB itu merujuk kepada penubuhan dua negara Israel Palestin, tetapi pematuhan Israel ke atas resolusi PBB itu mesti dijadikan syarat supaya mereka benar-benar boleh menjalankan apa yang diputuskan diperingkat antarabangsa. Sebagai contoh, Israel tidak mematuhi kehendak Resolusi PBB 487 (1981) yang berbunyi: Calls upon Israel to place its nuclear facilities under the safeguard of the UNs International Atomic Energy Agency. Begitu juga dengan Resolusi PBB 1402 (2002) yang menyatakan: Calls for Israel to withdraw from Palestinian cities. Mereka terus menunjukkan keangkuhan tidak mahu tunduk kepada apa yang telah diputuskan diperingkat antarabangsa. Selagi mereka tidak mahu patuh, selagi itulah umat Islam akan terus berjuang menentang kezaliman mereka dan seterusnya berjuang mengembalikan keamanan seperti yang telah dikecapi sebelum in idi bawah pemerintahan Islam. Secara dasarnya apabila Israel dapat mematuhi kesemua resolusi yang dikeluarkan oleh PBB ini keamana akan dapat dicapai di di negara tersebut. Untuk memastikan negara Israel mematuhi Resolusi PBB ini peranan pelbagai pihak adalah sangat penting seperti negara kita sendiri memboikot produk atau barangan daripada negara Israel agar dapat mendesak Israel mematuhi resolusi PBB. Antara produk negara Israel/USA ialah Coca-Cola, McDonalds, Burger King, Minuman Jenama Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid dan sebagainya. Apabila banyak negara melakukan boikot terhadap produk dari Israel/USA ia akan memberi tekanan yang tinggi kepada Israel untuk mematuhi resolusi yang dikeluarkan PBB.

RujukanNajjab Jamal. (2009). Two-State Solution The Answer .Washington Report on Middle East Affairs.Uri Avnery. (2007).One State:Solution Or Utopia,Palestine-Israel Journal of Politics, Economics & Culture. Mark A. Tessler. (1994). A History of the Israeli-Palestinian conflict. Publication: Indiana University Press.