proposal sem 7

8
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Dalam pendidikan prasekolah, guru merupakan individu yang memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan murid ataupun individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, intelek, sosial jadi sebagai guru kita harus menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan diri, kebolehan, bakat, keperluan, dan minat serta latar belakang murid-murid. Murid-murid merupakan golongan yang aktif dan sekiranya pendekatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menarik, murid akan hilang tumpuan dan fokus dan akan menolak untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang guru laksanakan. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan aktiviti dan bahan yang sesuai dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Pembelajaran menggunakan kaedah aktiviti bermain dapat meningkatkan sikap proaktif dan dapat membantu meningkatkan tahap tumpuan murid semasa mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di peringkat prasekolah, kurikulum yang ada amat fleksible dan senang diubahsuai. Kurikulum prasekolah lebih menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti, khasnya aktiviti bermain. Ini disebabkan bermain merupakan tindakan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui permainan seseorang kanak-kanak menjalani pertumbuhan dan pembesaran yang seimbang.

Upload: vinz-laiho

Post on 11-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Sem 7

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam pendidikan prasekolah, guru merupakan individu yang memainkan peranan yang sangat

penting untuk melahirkan murid ataupun individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi,

Rohani, intelek, sosial jadi sebagai guru kita harus menggunakan pelbagai pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan diri, kebolehan, bakat,

keperluan, dan minat serta latar belakang murid-murid. Murid-murid merupakan golongan yang

aktif dan sekiranya pendekatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menarik, murid

akan hilang tumpuan dan fokus dan akan menolak untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang guru laksanakan. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan

aktiviti dan bahan yang sesuai dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan

menggembirakan. Pembelajaran menggunakan kaedah aktiviti bermain dapat meningkatkan

sikap proaktif dan dapat membantu meningkatkan tahap tumpuan murid semasa mengikuti

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Di peringkat prasekolah, kurikulum yang ada amat fleksible dan senang diubahsuai.

Kurikulum prasekolah lebih menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti, khasnya aktiviti

bermain. Ini disebabkan bermain merupakan tindakan yang penting dalam perkembangan kanak-

kanak. Melalui permainan seseorang kanak-kanak menjalani pertumbuhan dan pembesaran yang

seimbang.

Page 2: Proposal Sem 7

1.2 Refleksi Pengalaman Lalu

Dalam pembelajaran, penumpuan dan minat adalah perkara yang sangat penting bagi

membolehkan sesuatu input ataupun maklumat yang diberikan dapat diterima dan diintreptasikan

denga berkesan dan tepat. Jadi adalah penting untuk guru memainkan tanggungjawab utnuk

memberi dorongan dan perangsang supaya berkemampuan untuk membantu mengembangkan

pemikiran murid-murid.

Guru merupakan pemudahcara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru

menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkan kesediaan untuk mempelajari sesuatu

melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang guru jalankan ataupun laksanakan. Menurut

Montessori dalam Rohani Abdullah et. Al (2004), minda murid-murid mudah untuk menerima

dan menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka. Berdasarkan daripada

kenyataan yang dinyatakan oleh Montesorri, saya berpendapat bahawa murid-murid ataupun

kanak-kanak memerlukan suatu rangsangan pembelajaran yang menarik sama ada dalam bentuk

visual dan sebagainya dan ini berdasarkan pengalaman tiga kali fasa praktikum dimana murid

akan mudah tertarik dan dapat memberi tumpuan yang baik jika guru mengggunakan kaedah

bermain yang memberikan peluang mereka merasai sendiri sesuatu aktiviti. Daripada pendekatan

yang pelbagai diharapkan murid-murid dapat mengikuti dan menumpukan sepenuh perhatian

sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Page 3: Proposal Sem 7

2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu kajian

Prasekolah merupakan sebuah tempat yang menjadi tempat pembelajaran kanak-kanak ataupun

murid-murid sebelum mengikuti sesi persekolahan yang formal yang lebih menekankan

pengajaran berbentuk akademik. Pengisian ataupun cara pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dapat melahirkan perasaan seronok kepada murid-murid di prasekolah dan dapat

memumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut

Montessori dalam Rohani Abdullah et. Al (2004), menjelaskan bahawa matlamat kurikulum

pada peringkat awalnya bermatlamat untuk memajukan diri kanak-kanak dari segi penumpuan

perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti. Ini jelas menunjukkan bahawa tumpuan seseorang

semasa belajar adalah sangat penting untuk menjadikan seuatu itu lebih mudah dan dapat

diterima dengan sempurna dan tepat. Penumpuan boleh kita rumuskan sebagai perhatian yang

menjalankan tugas untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu tugas ataupun perkara terhadap

kognitif dengan menolak rangsangan-rangsangan ataupun elemen-elemen yang boleh

mengganggu proses tumpuan.

Penumpuan turut membawa makna pada kesediaan untuk menerima maklumat tertentu.

Secara mudahnya, kita akan dapat memberi tumpuan dengan cara memberi fokus kita terhadap

sesuatu rangsangan. Rangsangan yang dimaksudkan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan

situasi seperti dalam permainan, cerita, penggunaan bahan maujud, pembelajaran dan

sebagainya. Oleh sebab itu, kajian yang saya jalankan ini memberi fokus pada tahap penumpuan

murid supaya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Setelah saya menjalankan

Page 4: Proposal Sem 7

pengajaran dalam tiga fasa praktikum yang telah saya lalui, saya mendapati masalah utama yang

menganggu kawalan kelas adalah tingkah laku dan tahap penumpuan murid.

Tingkah laku yang boleh menganggu proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran

atauapun kelancaran perjalanan kelas seperti kurang memberi perhatian gemar bercakap ataupun

berbual dan juga tidak terkecuali masalah hiperaktif perlu saya berikan perhatian supaya tidak

terus menjejaskan perkembangan pembelajaran. Dalam memastikan sejauh mana tingkah laku

yang ditunjukkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat dan

melaksanakan permerhatian terhadap kekerapan tindakan yang menggangu di dalam kelas

prasekolah.

Hasil pemerhatian yang saya lakukan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang saya laksanakan untuk praktikum fasa tiga ini, saya mendapati murid-murid seperti Nur

Haziq Rayyan Bin Nur Hisyam melakukan tindakan menganggu dan tiada tumpuan semasa

pembelajaran diikuti oleh Nur Syafikah Binti Mohd Hanif, Muhammad Faiz Bin Mohd Radzi,

Muhammad Syahputra Bin Mohd Shahrel semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Saya mendapati murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran

dan pembelajaran yang biasa. Pelbagai tingkah laku yang negatif yang ditunjukkan membuatkan

kawalan kelas tidak berjalan dengan lancar.

Hasil dapatan yang diperolehi ini sedikit sebanyak telah menimbulkan minat saya untuk

mengkaji masalah kekerapan murid-murid prasekolah melakukan aktiviti menganggu dan kurang

penumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terperinci. Aktiviti

permainan pula digunakan sebagai langkah ataupun cara yang saya rasakan mampu

meningkatkan tumpuan dan minat kanak-kanak dalam sesi pembelajaran mereka.

Page 5: Proposal Sem 7

2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah

Page 6: Proposal Sem 7

2.3 Tinjauan Literatur berkaitan

Rashidi Azizan (1995) menyatakan belajar melalui bermain akan mendatangkan keseronokan

dan hiburan serta merangsang individu mempelajari individu mempelajari sesuatu melalui cara

yang aktif dalam cara yang tidak formal. Kaedah ini dapat memusatkan perhatian dan

mengurangkan kebosanan yang biasa dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah kuno yang

lebih kepada kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kelas sahaja.

Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.

Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan

dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan

menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses

pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181).

Almy (1984) juga ada menyatakan kanak-kanak bermain adalah dengan diarah oleh diri

mereka sendiri tanpa mengira tujuan bermain. Melalui bermain kanak-kanak mendapat tingkah

laku yang baru. Contohnya, mereka dapat lebih menumpukan perhatian terhadap apa yang

dilakukan, mendengar arahan dan nasihat dan sebagainya.

William James (1890) berpendapat bahawa penumpuan adalah terhad kerana manusia

hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada suatu masa. Penumpuan itu juga adalah terpilih

sifatnya kerana manusia boleh memilih satu tumpuan pada satu perkara dan penumpuan itu juga

berkait rapat dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi yang kita sedar dalam apa

juga masa. Malahan William James juga menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang

mempunyai konsep yang sukar untuk kita ukur.

Page 7: Proposal Sem 7

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Menentukan tahap keberkesanan tindakan aktiviti bermain terhadap murid-murid semasa

proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii. Mengubah sikap murid-murid yang kurang memberi tumpuan perhatian semasa

melaksanakan aktiviti dan pengajaran dan pembelajaran bersama guru dan murid yang

lain.

iii. Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bersifat kondusif dan

bebas daripada sebarang gangguan yang boleh merencatkan perjalanan aktiviti di dalam

kelas.

4.0 SOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap keberkesanan tindakan aktiviti bermain kepada murid-murid.

ii. Adakah terdapat perubahan sikap terhadap murid-murid yang kurang memberi tumpuan

perhatian semasa menjalankan aktiviti.

iii. Bilakah kesesuaian kajian dijalankan terhadap murid-murid Prasekolah Nur.

iv. Siapakah yang terlibat dalam menjalankan tindakan aktiviti bermain kepada murid-murid

Prasekolah Nur.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian tindakan ini dijalankan di Prasekolah Nur, Sekolah Kebangsaan Khir Johari. Murid yang

terlibat ialah empat orang daripada 25 orang murid. Dua orang berumur 5 tahun dan dua orang

lagi murid berumur 6 tahun. Tiga orang murid tersebut adalah lelaki manakala seorang

perempuan. Kesemua mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian besar murid

ini tinggal di kawasan taman berhampiran.