laporan analisis soalan sains sem 7

38
PENGENALAN Apabila Edward L. Thorndike berkata pada awal abad ini, apa sahaja yang wujud, dapat diukur menzahirkan identiti beliau yang merupakan pelopor kepada satu pergerakan yang juga dilihat mampu membawa era baru kepada dunia pendidikan. Sewajarnya, seseorang guru memerlukan alat yang betul untuk menjalankan pengukuran dan penilaian terhadap pelajarnya. Alat yang paling baik dalam bidang pendidikan ini berupa ujian atau soalan yang mampu menentukan sama ada seseorang pelajar itu telah mencapai objektif pembelajarannya. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Ujian juga berfungsi untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan juga kelemahan-kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu (R.M Gagne, The Conditions of Learning). Dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Ia merupakan sebagai satu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif. Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya. Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat pelaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Melalui proses ini, guru akan dapat mengetahui sama ada para pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya. Tujuan proses ini dijalankan adalah untuk; Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain 1 | Page

Upload: noridzmamohamad

Post on 10-Nov-2015

67 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assingment sains

TRANSCRIPT

PENGENALANApabila Edward L. Thorndike berkata pada awal abad ini, apa sahaja yang wujud, dapat diukur menzahirkan identiti beliau yang merupakan pelopor kepada satu pergerakan yang juga dilihat mampu membawa era baru kepada dunia pendidikan. Sewajarnya, seseorang guru memerlukan alat yang betul untuk menjalankan pengukuran dan penilaian terhadap pelajarnya. Alat yang paling baik dalam bidang pendidikan ini berupa ujian atau soalan yang mampu menentukan sama ada seseorang pelajar itu telah mencapai objektif pembelajarannya. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Ujian juga berfungsi untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan juga kelemahan-kelemahan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.Pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu (R.M Gagne,The Conditions of Learning).Dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar. Ia merupakan sebagai satu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif.Pengujian ini memerlukan pelajar menunjukkan secara eksplisit, seperti menjawab secara lisan atau bertulis, perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.

Proses pengujian biasanya dimulakan dari peringkat persediaan, diikuti dengan peringkat pelaksanaan dan diakhiri dengan peringkat pemeriksaan. Melalui proses ini, guru akan dapat mengetahui sama ada para pelajarnya telah berjaya menguasai kemahiran atau memperolehi ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya.Tujuan proses ini dijalankan adalah untuk; Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lainKepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)Penilaian pula adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan dan kelemahan pelajar. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.Antara peranan guru dalam proses ini adalah merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, membuat analisis, melapor dan mengambil tindakan susulan. Namun demikian masih ramai yang kurang arif dengan struktur pembinaan soalan yang sebenarnya menuntut kepada penelitian dan ketekunan pembuatnya supaya hasil binan ujian itu mampu memberikan impak yang positif kepada pembuat soalan (guru) dan penjawabnya (pelajar).

Selain tu juga, ujian atau soalan yang disediakan oleh para guru memerlukan persediaan dan perancangan awal bagi mendapatkan hasil yang lebih bermakna. Kualiti sesuatu ujian pula bergantung kepada kualiti tiap-tiap item dalam ujian tersebut .Kualiti item-item ini akan memberi kesan kepada kesahan, kebolehpercayaan dan kegunaan sesuatu ujian . Pada umumnya, analisis item merupakan teknik untuk menilai kekuatan dan kelemahan ujian dan memberikan maklumbalas yang berguna kepada guru serta membantu guru menulis item ujian yang baik .Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti berikut;

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami diminta untuk membina 10 soalan beraneka pilihan yang kemudiannya diuji kepada 20 orang murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan dan pencapaian. Ujian ini kemudiannya perlulah ditadbir di sekolah masing-masing. Sebelum membina item yang baik , Kami perlu menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU) atau dikenali juga sebagai Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU). Sebelum membina Jadual Penentu Ujian ini kami telah membuat rujukan dan mengumpul maklumat mengenai cara membina Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU) yang betul, baik dan sesuai.A. DEFINISI JADUALSPESIFIKASI UJIAN(JSU)JSU merupakan satu rancangan persediaan item (soalan). Iajuga dikenali sebagaitestblue print / test specification.JSU merupakan matrik yang terdiri daripada paksi iaitu paksi kandungan(menegak) dan paksi aras kemahiran (melintang). MenurutKubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JSU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. JSU mengandungi maklumat seperti :a)Topik pelajaranb)Aras kemahiran mengikut arastaksonomi pendidikan.c)Pemberatan/peratuspemberatanpadakandunganaraskemahiranberdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran yang perlu diajar.d)Bentuk ujian (objektif, subjektif, esei, amali, kerja kursus dlle)Bilangan item (soalan) yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.f)Kepayahan atau kesukaran item.

B. KEPENTINGAN JSU1. Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.2. Menjamin kesahan sesuatu ujian (kandungan)3. Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.4. Menentukan keseimbangan antara topic dengan aras-aras kemahiran yang diuji.5. Memberi panduan untuk membuat format ujian.6. Memberi panduan untuk membentuk soalan.7. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.8. Membolehkanperbandingandibuatantarasatuujiandenganujianyanglain.C.PRINSIP AMPENYEDIAAN JSU1. Penulis/guru perlumenyemak sukatanpelajarandan objektifpengajaran, supaya soalan yang dihasilkan menepati sukatan pelajaran dan objektif pengajaran tersebut.2. Arahanhendaklahjelastentang panjangjawapandansamaadapelajar perlumenjawab dalamkertassoalan(mengisiruangkosong)atau dalamkertasjawapan.3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya pelajar tidak membuang masa untuk memahaminya.4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberimarkah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.5.Soalanperluditulissupayapelajardapatmembayangkansatukerangka struktur yang akan memandu pelajar untuk menjawab soalan tersebut.6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.

7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek (1/2 muka surat) daripada soalan berjawapan panjang (2-3 muka surat), supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

Langkah Pembinaan JSU

Dalam pembinaan JSU, kami perlu membuat empat langkah, iaitu (1) mengkaji sukatan pelajaran, (2) menganalisis objektif pengajaran, (3) menentukan jenis soalan, dan (4) menentukan bilangan soalan. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut.

Langkah pembinaan JSU

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Kami mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruhtentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah: skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk; pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk; kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain; kompleksiti sesuatu tajuk; dan masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

Bagi tugasan ini saya telah berbincang dengan guru sains dan telah mengambil keputusan untuk menyediakan item ujian bagi murid-murid Tahun 4. Setelah meneliti sukatan kurikulum KSSR Tahun 4, saya telah memilih 3 topik utama iaitu topik Proses Hidup Manusia, Proses Hidup Haiwan dan Proses Hidup Tumbuhan. Saya telah memecahkan soalan mengikut tajuk-tajuk yang dipilih berdasarkan kepada sub topik yang telah dipelajari oleh murid.

2. Menganalisis Objektif PengajaranDi samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.

Lazimnya JSU mengandungi dua paksi iaitu:Paksi Kandungan Paksi Objektif Pengajaran:

(a) Kandungan Pengetahuan

Tajuk Tajuk kecil

(a) Objektif Kognitif

(b) Kandungan Kemahiran Tajuk Tajuk kecil

(b) Objektif Psikomotor

(c) Kandungan Afek/Perasaan Tajuk Tajuk kecil(c) Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan, yang dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kami perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Namun bagi tugasan ini jumlah soalan dihadkan untuk kepada 15 soalan berbentuk aneka pilihan dan 1 soalan struktur yang mengandungi 5 sub soalan. Setelah meneliti prosedur menyediakan JSU, Kami meneruskan pula dengan menyediakan Jadual Sfesifikasi Ujian (JSU).

-Rujuk Lampiran 1-

Melalui tugasan ini saya diamanahkan untuk mentadbirkan satu ujian terhadap pelajar. Soalan atau item yang digunakan pula adalah hasil perbincangan bersama guru sain sekolah saya memandangkan saya tidak pernah mengajar mata pelajaran sains sebelum ini. Saya telah membina 15 soalan berbentuk objektif berdasarkan Jadual Spesifikasi yang telah dibentuk. Ujian ini ditadbirkan kepada murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Paya Jakas. Setelah mentadbirkan ujian ini, saya juga telah membuat analisis terhadap soalan/Item yang dibina berdasarkan kebolehan dan tahap pencapaian murid-murid saya. Analisis item hanya tertumpu kepada item berbentuk objektif sahaja.Langkah-langkah yang dilakukan sebelum membuat analisis item Kertas jawapan diperiksa dan skor disusun mengikut skor rendah kepada yang tinggi Saya mengasingkan skor kepada dua kumpulan iaitu kumpulan berpencapaian tinggi dalam ujian (T) dan kumpulan berpencapaian rendah dalam ujian (R). Dalam ujian ini seramai 20 orang murid yang terlibat, 6 orang dari kumpulan pencapaian tinggi, 8 orang dari kumpulan pencapaian sederhana dan 6 orang dari kumpulan pencapaian rendah. Antara analisis item yang akan dipaparkan dalam laporan ini ialah kesukaran item dan diskriminasi item. Yang mengandungi beberapa kategori iaitu ; item yang paling mudah dan item yang paling susah. Paparan analisis item, kesukaran item dan diskriminasi item secara berjadual akan dimasukkan dalam laporan ini. Setiap hasil analisis item akan diperbetulkan jika item tersebut tidak memperolehi kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

32 | Page

BUTIRAN UJIAN YANG DILAKSANAKAN

1.KANDUNGAN UJIANTopik-topik yang diuji oleh kumpulan kami adalah daripada mata pelajaran sainsTahun 4 yang memberi fokus kepada 3 tajuk iaitu Proses Hidup Manusia, Proses Hidup Haiwan, Proses Hidup Tumbuhan

2.STRUKTUR UJIANa.Sampel Ujian Sampel ujian adalah terdiri daripada 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Paya Jakas, Segamat Johor. Mereka terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan. b.Jenis UjianUjian yang dibuat adalah berbentuk format peperiksaan kepada murid-murid. Bentuk ujian ini bersifat ujian formatif di mana murid-murid diuji untuk melihat tahap pencapaian mereka dalam memahami kemahiran atau sub tajuk yang sedia ada dalam ketiga-tiga tajuk yang diuji ini. c.Format Soalan/ Item Ujian ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A merupakan soalan berbentuk aneka pilihan manakala bahagian B pula terdiri daripada 1 soalan subjektif (struktur). Terdapat 15 Soalan/item objektif (aneka pilihan) dalam bahagian A. Kesemua item tersebut adalah berbentuk aneka pilihan yang dibina untuk menguji prestasi kognitif aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi mengikut nisbah 7:5:3. Iaitu 7 soalan aras pengetahuan, 5 soalan aras kefahaman dan 3 soalan aplikasi.3.MASA UJIAN30 minit masa yang telah diperuntukkan untuk ujian ini.

SOALAN YANG DIBINA BERDASARKAN JSU

LAPORAN ANALISIS SOALAN.Setelah soalan ini siap dibina, saya telah mentadbirkan soalan ini kepadapelajar-pelajar tahun 3 dari Sekolah Rendah Kebangsaan Paya Jakas Jementah Segamat Johor. Seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, saya telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 (Sila rujuk lampiran). Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan saya untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.Berdasarkan jadual pencapaian ini, seorang pelajar yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohamad Fitri Fizly bin Rosli, yang berjaya menjawab betul 14 soalan daripada 15 soalan Bahagian A dan diikuti dengan 5 orang murid yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 12 soalan. Seramai 4 orang pelajar telah mendapat 11 markah, 3 orang mendapat 10 markah, seorang mendapat 9 markah, 4 orang mendapat 8 markah, dan 2 orang mendapat 7 markah. Seramai seorang pelajar yang mendapat 4 markah iaitu markah terendah. Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual 1 (sila rujuk lampiran) ini didapati seramai 13 daripada 20 murid boleh menjawab betul lebih daripada separuh jumlah soalan bersamaan 65% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan saya yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah kami sediakan ini.

1.7INDEKS KESUKARAN ITEMCiri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :p=Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab

Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item.Nilai (p)Pengkelasan Item

0.00 0.29Sukar

0.30 - 0.69Sederhana

0.70 - 1.00Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.7) atau yang terlalu sukar (p