kajian tindakan sem 7 sifir amit

45
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 – (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH 2014 1.0 PENDAHULUAN. 1.1 PENGENALAN Tanggal 2002 merupakan detik sejarah dalam kehidupan saya apabila bergelar seorang guru. Ini kerana tahun ini merupakan bermulanya penglibatan saya dalam bidang pendidikan secara profesional apabila mendapat surat tawaran daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Rajang. Disinilah lahirnya sebuah cinta dan memori pelbagai peristiwa dan pengalaman saya dalam bidang pendidikan. Saya berjaya menghabiskan pengajian dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pada tahun 2002 - 2004 di Maktab Perguruan Rajang dalam bidang Sains dan Pengajian Melayu. Tetapi sekarang saya mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dengan mengambil bidang Pengkhususan Matematik Pendidikan Sekolah Rendah di IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan. Selepas menghabisi kursus di maktab selama 3 tahun, perkhidmatan saya di sekolah rendah yang pertama ialah di SK Long Bemang, Baram pada tahun 2005 sehingga 2010. Di sini, saya diminta mengajar subjek Matematik, Sains dan Pendidikan Moral. Walaupun mengambil opsyen Sains semasa di maktab, Guru Besar meminta saya mengajar subjek Matematik. Pada mulanya ia agak sukar, tetapi selepas beberapa tahun, saya 1 PPG JUN 2011 IPGKTAR

Upload: pai-amit

Post on 01-Sep-2015

111 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

KERTAS CADANGAN MATEMATIK

TRANSCRIPT

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH

PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) MATEMATIK PENDIDIDKAN RENDAH2014

1.0 PENDAHULUAN.1.1 PENGENALAN

Tanggal 2002 merupakan detik sejarah dalam kehidupan saya apabila bergelar seorang guru. Ini kerana tahun ini merupakan bermulanya penglibatan saya dalam bidang pendidikan secara profesional apabila mendapat surat tawaran daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Rajang. Disinilah lahirnya sebuah cinta dan memori pelbagai peristiwa dan pengalaman saya dalam bidang pendidikan. Saya berjaya menghabiskan pengajian dalam Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) pada tahun 2002 - 2004 di Maktab Perguruan Rajang dalam bidang Sains dan Pengajian Melayu. Tetapi sekarang saya mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) dengan mengambil bidang Pengkhususan Matematik Pendidikan Sekolah Rendah di IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

Selepas menghabisi kursus di maktab selama 3 tahun, perkhidmatan saya di sekolah rendah yang pertama ialah di SK Long Bemang, Baram pada tahun 2005 sehingga 2010. Di sini, saya diminta mengajar subjek Matematik, Sains dan Pendidikan Moral. Walaupun mengambil opsyen Sains semasa di maktab, Guru Besar meminta saya mengajar subjek Matematik. Pada mulanya ia agak sukar, tetapi selepas beberapa tahun, saya merasakan subjek ini lebih mudah berbanding Sains. Dalam pada itu saya pernah dipinjamkan ke SK Poyut, Marudi pada tahun 2006 untuk mengajar murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR yang dinamakan Projek Cemerlang Poyut. Projek Cemerlang Poyut ini diwujudkan dengan menyatukan murid tahun 6 dalam Daerah Baram di satu sekolah. Ia bertujuan untuk membolehkan murid dari kawasan pedalaman mendapat kemudahan yang lengkap bagi membolehkan mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam menghadapi UPSR. Pada tahun 2006 ini, sebanyak 16 buah sekolah dari daerah Baram telah menghantar sebahagian dari murid mereka untuk mengikuti program ini. Mereka diajar subjek UPSR, Pendidikan Moral dan juga Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Di sekolah ini saya telah mengajar subjek matematik.

Seterusnya saya dapat berpindah ke bahagian Simunjan pada September tahun 2010 dan ditempatkan di SK ST Andrew Entanggor, Simunjan sehinggalah kini. Lokasi sekolah saya ini boleh dikatakan agak jauh dan pedalaman. Sebelum ini saya dan rakan rakan terpaksa menaiki perahu ataupun berjalan kaki jika hendak ke sekolah. Walaupun begitu, sekarang sekolah kami boleh didatangi dengan kenderaan walaupun jalannya tidak berapa baik. Selama saya mengajar di sekolah, saya telah diberi peluang untuk mengajar subjek Matematik Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan juga subjek Sains Tahun 1 hingga Tahun 3,

Sekolah Kebangsaan ST Andrew, Entanggor, Simunjan adalah merupakan sekolah kategori pedalaman tiga dan terletak 85 KM dari pekan Simunjan. Sekolah saya adalah sekolah SKM iaitu Sekolah Kurang Murid dimana muridnya hanya berjumlah 31 orang murid keseluruhannya (18 murid lelaki dan 13 murid perempuan). Pra Sekolah tidak disediakan di sini kerana dipercayai muridnya kurang. Semua murid-murid sekolah ini berbangsa Iban dan berlatar belakangkan keluarga petani. Tahap pengetahuan dan penguasaan murid-murid di sekolah saya adalah sederhana sahaja. Oleh yang demikian, saya beranggapan bahawa murid-murid di sekolah ini pasti memerlukan saya berusaha lebih kreatif dan inovatif dalam merangcang aktiviti-aktiviti pangajaran dan pembelajaran. Sekolah Kebangsaan ST Andrew, Entanggor ini adalah sekolah harian sepenuhnya dan hanya menjalankan satu sesi persekolahan sahaja. 1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Murid tahun 3 terdiri daripada dua tahap kebolehan iaitu sederhana dan lemah kemampuan murid-muridnya. Terdapat 2 orang murid di dalam kelas tersebut yang memerlukan perhatian daripada saya sebagai guru mata pelajaran Matematik mereka. Mereka ini agak kurang motivasi untuk belajar kerana tidak minat dengan mata pelajaran Matematik. Tetapi saya melihat mereka ini ada potensi untuk maju dalam pelajaran Matematik. Untuk tujuan itu, perkara asas yang perlu mereka kuasai adalah fakta asas darab (sifir).

Saya telah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan menjalankan latihan mencongak secara bertulis. Selepas setiap kali mengadakan latihan mencongak, saya menyemak jawapan bersama murid-murid. Saya dapati mereka hanya peroleh markah antara 30% hingga 60% sahaja. Hal yang demikian agak mengecewakan saya. Dua daripada enam orang (33.3%) murid kelas saya tidak dapat menjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika tempoh masa dipanjangkan lagi mungkin mereka boleh menjawab dengan tepat. Pada pendapat saya, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku bagi murid tahun 3. Apa yang berlaku setiap kali latihan mencongak dijalankan, mereka sering memberi alasan tidak membawa buku dan sering mengeluh apabila disuruh membuat latihan tersebut. (Refleksi RPH: 1 Julai 2014) .Saya mula mempersoalkan tentang minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik. Malah, saya juga semakin percaya dengan tanggapan bahawa murid bumiputera lemah dalam Matematik. Tidak kurang juga, saya turut mempersoalkan kebolehan diri dalam mengajar Matematik khususnya dalam menerangkan sesuatu konsep dengan cara yang mudah dan ringkas supaya mudah difahami murid-murid.

Namun demikian, saya masih kabur tentang punca sebenar murid tidak memahami kemahiran asas yang diajar dalam sesuatu topik. Sehinggalah saya terdengar perkataan tusah cikgu (Bahasa Iban yang bermaksud susah cikgu) setiap kali saya hendak mengajar kemahiran yang melibatkan operasi darab atau bahagi. Selama ini, saya pernah terdengar kata-kata tersebut diluahkan oleh murid-murid tetapi saya tidak mengendahkannya kerana saya percaya murid sudah menguasai fakta asas darab (sifir). Saya juga mendapati murid bukan sahaja meluahkan kata tusah cikgu malah mereka nampak lesu dan kurang berminat untuk melibatkan diri dalam kemahiran yang diajar.

Beberapa pendekatan klasik (menghafal) yang saya gunakan untuk mengatasi masalah ini ialah meminta murid membaca dan menghafal sifir darab setiap kali saya masuk pada waktu Matematik dan sebelum perhimpunan sekolah bermula. Di peringkat panitia, aktiviti kuiz pantas, congak dan kuiz matematik juga adalah antara aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan sifir darab murid-murid. Kesan positifnya, murid dapat mengingat sifir darab tetapi dalam jangka masa pendek sahaja. Ketika duduk berfikir, teringat saya kepada pendapat seorang pakar pendidikan iaitu Hamdan (2000), mengatakan bahawa matematik merupakan salah satu subjek yang amat sukar untuk difahami sekiranya fakta asas tidak dikuasai dengan baik. Dalam matapelajaran Matematik, terdapat 4 operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi-operasi ini merupakan pengetahuan sedia ada kanak-kanak (Cotton, 1995 dalan Fan, 2006). Salah satu fakta asas yang sangat penting dalam mempertingkatkan pencapaian murid-murid dalam subjek matematik ialah sifir darab. Sekiranya seseorang murid tersebut tidak dapat menguasai sifir darab dengan baik, maka dia akan mengalami masalah yang besar dalam mempelajari subjek Matematik yang lebih mendalam lagi. Buah pendapat Noor Azlan (2003), menyatakan bahawa salah satu peranan guru dalam mengajar subjek Matematik ialah memastikan setiap murid-muridnya menguasai semua sifir darab dengan baik dan cemerlang. Kata-kata inilah yang membuatkan saya nekad untuk membantu murid saya agar menguasai fakta asas darab dengan baik. Ini adalah untuk memastikan setiap murid dapat mengaplikasikan fakta asas darab dalam menyelesaikan masalah yang lebih sukar lagi seperti dalam tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, wang, timbangan, dan masa dan waktu. Oleh yang demikian, seharusnya setiap murid di sekolah rendah perlulah menguasai fakta asas sifir darab bagi membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu Matematik ke dalam bidang yang lain.Penguasaan sifir darab juga dapat membantu meningkatkan keyakinan dan motivasi murid dalam mempelajari ilmu matematik di kemudian hari.Memandangkan masalah murid-murid dalam Matematik berpunca daripada kurang mahir atau kukuhnya mereka dalam mencongak fakta asas darab(sifir) maka saya mengambil inisiatif ini untuk mengetengahkan kajian saya bagi membantu murid-murid menguasai fakta asas darab(sifir) yang sememangnya kurang dikuasai oleh murid dengan baik. Kemahiran mencongak fakta asas darab(sifir) merupakan asas yang penting terutamanya soalan yang melibatkan penyelesaian masalah. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau strategi pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid serta merealisasikan kata-kata bahawa Mathematics is fun and easy.1.3 Tinjauan dan Analisis Masalah

Tinjauan awal telah dibuat untuk murid tahun 3 pada bulan Julai yang lalu. Murid-murid tersebut terdiri daripada 6 orang. Kesemua murid tersebut telah diberi Ujian- Pra. Ujian-Pra ini dijalankan bagi mengenal pasti murid-murid yang sangat lemah dalam penguasaan sifir darab, dan didapati 2 daripada 6 orang murid tersebut mengalami masalah dalam menguasai sifir darab berdasarkan ujian Pra yang telah dijalankan. Dapatan ujian pra juga menunjukkan semakin besar angka untuk sifir semakin sukar bagi murid untuk menghafalnya terutamanya murid-murid yang mendapat keputusan yang rendah dalam ujian matematik. Oleh yang demikian kajian tindakan perlulah dijalankan bagi memastikan setiap murid tersebut dapat dibantu dengan teknik yang sesuai dan menarik minat mereka. Berikut merupakan hasil Ujian Pra yang dibuat ke atas murid tahun 3. Dua daripada enam orang murid yang dikenalpasti lemah dalam penguasaan fakta asas darab.Rajah 1.1: Hasil Ujian Pra Sifir Murid A

Rajah 1.2: Hasil Ujian Pra Sifir Murid B

Daripada temu bual secara tidak formal saya dapati kaedah hafalan sifir yang saya jalankan selama ini membosankan murid-murid dan sebagai seorang guru saya akan cuba untuk menangani masalah ini. Semasa murid murid ini mempelajari topik awal seperti Nombor Bulat, Penambahan dan Penolakan, proses pembelajaran mereka sangat memberangsangkan. Begitu juga dengan keputusan ujian sumatif yang memuaskan. Namun demikian, setelah masuk ke tajuk Pendaraban, momentum murid-murid ini semakin perlahan. Mereka gagal menguasai kemahiran operasi darab yang diajar. Berikut temubual saya di antara murid:

Saya : Sapok, (bukan nama sebenar) 9 darab 6 berapa?

Sapok : Hmmm...36 cikgu.

Saya : Betul ke?

Sapok : Salah cikgu. Tidak tahu la cikgu. (nada yang tidak yakin)

Saya : Kenapa tidak tahu Sapok (bukan nama sebenar)?

Sapok : Saya tidak hafal sifir cikgu.

Temubual : 3 Julai 2014

Apabila 2 daripada 6 orang murid itu di uji secara lisan, mereka juga tidak dapat menghafal fakta asas darab. Mereka tidak dapat menjawab soalan sifir yang dikemukakan lebih-lebih lagi sifir yang melibatkan sifir 6 hingga 9 dengan tepat manakala sifir 2 hingga 5 adalah sifir yang agak mudah untuk dihafal kerana ia melibatkan nombor yang kecil, tetapi bagi sifir 6 hingga 9 merupakan sifir yang agak sukar bagi murid-murid yang lemah. Justeru, mereka amat memerlukan perhatian dan bimbingan sewajarnya agar masalah sifir di kalangan mereka ini dapat di atasi di peringkat lebih awal lagi. Tinjauan juga telah dibuat terhadap murid-murid yang lemah penguasaan sifir tersebut melalui soal selidik secara langsung dan mendapati kebanyakan murid itu kurang berminat terhadap subjek Matematik. Ini mungkin disebabkan penguasaan sifir yang lemah dan secara tidak langsung menyebabkan murid tersebut menyatakan matematik itu susah bagi mereka. Persepsi sebeginilah yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu dengan menjadikan penguasaan asas sifir sebagai landasan untuk menjadikan murid-murid tersebut berasa seronok dan berminat untuk mempelajari subjek Matematik.

Didapati juga murid-murid kurang berminat dengan teknik hafalan semata-mata.Teknik hafalan adalah teknik yang sudah lama dipraktikkan sejak dari dahulu lagi. (Nor Azlan, 1996). Tidak semua murid-murid ini dapat menguasai sifir darab secara hafalan semata-mata kerana ada dikalangan mereka memerlukan aktiviti bertulis dan permainan untuk menjadikan ia lebih mudah untuk dikuasai. Jadi untuk menarik minat murid dalam menguasai sifir darab teknik yang menarik dan berkesan perlulah digunapakai untuk membantu mereka. Dengan memperkenalkan teknik ini nanti sedikit sebanyak ia akan dapat membantu murid-murid tersebut dalam menguasai sifir darab dengan baik.

Menurut Nik Azis Nik Pa (1992), kegagalan murid dalam menguasai sifir darab menyebabkan murid tersebut tidak dapat menguasai matapelajaran matematik dengan baik. Secara tidak langsung akan mempengaruhi pencapaian sebenar murid tersebut dalam subjek matematik. Penguasaan fakta asas seperti tolak, tambah, darab dan bahagi amat mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik. Pencapaian murid yang lemah dalam subjek matematik seterusnya akan menyebabkan murid tersebut kurang berminat untuk mempelajari subjek matematik yang diajar. Justeru fakta asas seperti sifir darab amatlah perlu untuk dikuasai oleh setiap murid dalam mempelajari subjek matematik.2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN.Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana 2 orang murid bagi kelas Tahun 3 tidak menguasai fakta asas darab (sifir). Semua guru Matematik boleh melaksanakan kajian ini kerana ianya sesuai untuk Tahun 2 sehingga Tahun 6. Jika tidak, ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantu pihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedar betapa pentingnya peningkatan pencapaian murid menguasai Kemahiran Sifir dalam Subjek Matematik. Kajian melibatkan seramai 2 orang pelajar Tahun 3 di Sekolah Kebangsaan ST Andrew, Simunjan, Sarawak.

Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu di kuasai dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Seseorang pelajar yang menguasai subjek Matematik dengan baik akan dapat melakukan urusan harian dengan baik dan sistematik. Contohnya dalam urusan perbelanjaan harian, dia lebih bijak merancang perbelanjaan hariannya kerana adanya ilmu matematik yang dapat membantunya merancang perbelanjaan harian dengan baik. Kebanyakan urusan harian Manusia memerlukan ilmu matematik seperti pengurusan masa, pengurusan perniagaan, urusan jual beli dan sebagainya.

Seseorang yang pintar dan bijak biasanya dapat dinilai melalui pengetahuan Matematik yang ada padanya. Biasanya pelajar yang cemerlang dalam subjek matematik ini amat mudah untuk menguasai subjek yang lain terutamanya subjek Sains. Ini kerana, subjek Matematik dan Sains mempunyai kaitan antara satu sama lain dan sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan dunia Sains dan teknologi. (Zaibedah, 2000).

Sesungguhnya, jelaslah bahawa penyelidikan atau kajian ini memainkan peranan yang penting kepada guru matematik, panitia matematik di setiap sekolah dan kepada pelajar amnya yang akan bakal menjadi pemimpin negara dan peneraju ekonomi negara pada masa akan datang. Bagi pelajar di sekolah rendah, ia dapat dijadikan sebagai teknik yang lebih berkesan dalam menguasai sifir darab. Sebelum ini mereka mungkin hanya didedahkan dengan teknik hafalan semata-mata, tetapi dengan adanya kepelbagaian teknik yang diperkenalkan ia aka memberi lebih banyak pilihan untuk menguasai sifir dengan baik mengikut kesesuaian pembelajaran pelajar itu sendiri. Malah teknik ini adalah berbentuk permainan yang mampu memudahkan pelajar tersebut untuk menguasai sifir darab dan memupuk minat murid terhadap subjek Matematik dan seterusnya membantu dalam peningkatan pencapaian murid tersebut.

Bagi guru pula, ia memberi lebih banyak pilihan untuk menguasai sifir darab. Sekiranya guru sebelum ini lebih menggunakan kaedah hafalan semata-mata diharap teknik ini mampu memberi pilihan kepada guru dalam menangani perbezaan kecerdasan di kalangan murid. Justeru dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu guru mengatasi penguasaan sifir darab yang lemah di kalangan murid-murid.Rasional utama kajian ini dijalankan adalah kerana fakta asas darab (sifir) merupakan kemahiran yang penting dalam mendalami kemahiran asas matematik yang lain seperti darab dan bahagi. Ini adalah kerana fakta asas darab merupakan kemahiran yang boleh diaplikasikan oleh murid dalam kehidupan harian mereka. Ia akan diaplikasikan apabila pelajar tamat alam persekolahan. Sekiranya murid sudah menguasai kemahiran ini maka dengan secara tidak langsung memudahkan murid tersebut untuk menjadikan kemahiran ini bermakna bagi mereka dan pembelajaran berkesan akan tercapai.Saya akan memfokuskan kajian ini kepada fokus murid semasa penerangan guru dan tindakan murid di dalam kelas Matematik agar murid faham akan kaedah yang saya gunakan untuk menguasai fakta asas darab (sifir). Ini kerana kebanyakan pelajar tidak dapat fokus dalam kelas sekaligus menyebabkan murid berasa bosan untuk mempelajari Matematik. Secara langsung akan memberi kesan pada markah peperiksaan Matematik. Walaupun saya dapat mengesan pelbagai masalah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, saya hanya akan fokuskan kajian saya terhadap meningkatkan kemahiran fakta asas darab (sifir) dan murid mampu menyelesaikan soalan berkaitan operasi darab dengan cepat dan tepat.Berdasarkan perbincangan saya dengan cikgu Pemulihan Khas Matematik Cikgu Nurul Zawani binti Ahmad, terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada 2 orang murid ini tidak menguasai fakta asas darab (sifir). Pertama, murid sukar untuk menghafal sifir kerana mereka hanya ditekankan menggunakan teknik hafalan untuk menguasai sifir. Menurut Faddreen Jingan (2006), belajar sifir adalah susah. Murid menghadapi kesukaran untuk menghafal sifir walaupun mereka sudah belajar sifir sejak dari Tahun 2. Murid tidak tahu dan tidak pandai mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang sudah ada pada mereka. Matematik ialah pembelajaran corak dan perkaitannya, salah satu cara pemikiran, seni, bahasa dan alat penting kehidupan (Reys et al, 2007). Jadi, sekiranya murid tidak tahu bagaimana mengaplikasikan sifir, murid tidak akan dapat mengaitkannya dengan tajuk-tajuk lain.

Pengunaan kaedah mudah darab dengan menggunakan kaedah mudah sifir boleh membantu murid menyelesaikan masalah sifir (Fadreen Jingan, 2006). Apabila murid menggunakan teknik yang sesuai dan mudah, murid akan dapat mengaplikasikannya dalam menyelesaikan soalan yang diberikan.Menurut Biehlar dan Snowman (1990), Motivasi belajar bertambah jika pelajaran yang diajar adalah menarik dan juga pembelajaran adalah aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanfaat. Maka penggunaan teknik yang berbentuk permainan akan melibatkan murid secara aktif dan mampu memberi perasaan yang menyeronokkan kepada murid-murid. Menurut Ting Wei Ung (2007), penggunaan Finger Multiplication Method berkesan dalam membantu murid lemah menguasai fakta asas darab dalam matematik. Diharap, penggunaan teknik yang melibatkan koordinasi tangan dan mata diharap dapat membantu murid lemah menguasai sifir dengan lebih berkesan. Kedua, disebabkan murid tidak berminat dalam kemahiran sifir seterusnya murid tidak dapat menguasai sifir dengan baik seterusnya menyelesaikan soalan operasi darab.

Sekolah Kebangsaan ST Andrew Simunjan ini merupakan salah sebuah sekolah yang terletak di Sarawak merupakan antara sekolah yang berada di pedalaman. Berdasarkan rekod pencapaian mata pelajaran Matematik Tahun 3 di sekolah berkenaan, didapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran tersebut adalah sederhana. Dua orang murid yang gagal menguasai kemahiran sifir dengan baik. Mereka tidak menyedari kepentingan kemahiran sifir merupakan asas bagi dalam memantapkan penguasaan kemahiran darab dan bahagi .

Dengan menggunakan kaedah Kotak Nemu Sifir saya ini, saya berpendapat bahawa masalah tersebut dapat diselesaikan. Keputusan pencapaian murid juga dapat ditingkatkan dengan baik sekali.

Oleh itu, kemahiran sifir ini amat perlu dan memerlukan guru untuk menilai serta membimbing murid menguasai kemahiran sifir. Guru juga berpendapat bahawa masalah ini amatlah perlu ditangani segera sebelum murid melangkah atau melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk membantu dua orang murid Tahun 3 untuk menguasai kemahiran Fakta Asas Darab (sifir 3,4,6,7,8 dan 9) dengan menggunakan kaedah Kotak Nemu Sifir.4.0 KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran saya terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun 3 yang didapati gagal dalam ujian pra sebelum ini. Murid-murid ini adalah dalam kalangan murid-murid yang lemah. Kedua-dua orang murid lelaki ini adalah berbangsa iban yang mengikuti kelas pemulihan khas.4.1 SUBJEK KAJIANMurid sasaran dalam kajian saya terdiri daripada dua orang murid lelaki Tahun 3. Kedua-dua subjek kajian ini tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kelas mahu pun di sekolah. Seorang murid lelaki ini iaitu Sapok (bukan nama sebenar) adalah murid yang baru melepasi ujian saringan oleh guru pemulihan khas, justeru itu saya merasa sangat terharu melihat kesungguhannya untuk bersaing dengan murid-murid yang lain dan sedaya upaya untuk menguasai sesuatu kemahiran. Dengan wajahnya yang agak murung tetapi mudah tersenyum apabila diusik oleh guru ataupun kawan. Sikapnya yang suka menggulung-gulung rambutnya dengan jarinya sambil ketawa cukup mencuit hati sesiapa sahaja guru yang mengajarnya.Bukan itu sahaja keinginannya yang tinggi untuk turut serta dalam aktiviti pdp dalam kelas telah menarik perhatian saya untuk membantunya maju dalam pelajarannya. Saya juga tertarik untuk membantu murid ini kerana dia telah berjaya menguasai kemahiran menambah, menolak, mendarab dan membahagi walau pun agak perlahan. Prestasi murid ini agak sederhana dan amat memerlukan bimbingan yang lebih ini kerana dia merupakan salah seorang murid yang masih mengikuti kelas pemulihan khas tetapi masih punya keinginan bersaing dengan murid kelas perdana. Faktor inilah menyebabkan saya untuk terus berusaha mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk membantu murid ini.

Seorang lagi murid lelaki yang terlibat subjek kajian saya ialah Biki (bukan nama sebenar). Murid ini terlalu pasif , pendiam dan pemalu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dia juga merupakan murid yang mempunyai tahap penguasaan dan kefahaman yang agak lemah. Kebolehan berinteraksinya kurang menyebabkan dia agak terasing daripada kawan-kawannya yang lain. Apatah lagi dia merupakan seaorang pelajar baru di sekolah ini. Selain itu, wajahnya yang sering kerisauan menampakkan murid ini kurang bermotivasi dan berkeyakinan dalam dirinya. Ini membuatkan dia tercicir dalam kemahiran dan pelajaran yang telah diajar oleh guru. Selain daripada itu, pencapaian kedua-dua murid dalam akademik juga agak lemah dalam semua matapelajaran. Kedua-dua murid lelaki ini juga baru boleh membaca dan baru sahaja melepasi saringan oleh guru pemulihan. Oleh yang demikian, ia sedikit sebanyak menyebabkan murid ini menghadapi masalah dalam memahami kemahiran-kemahiran yang dipelajari khususnya dalam matapelajaran Matematik.5.0 TINDAKAN YANG DI CADANGKAN

5.1 PERANCANGAN TINDAKANTinjauan masalah

Sebelum memulakan langkah pertama dalam melaksanakan kajian tindakan, saya melakukan tinjauan masalah selama beberapa hari. Hasil dapatan saya telah olah dalam bentuk data yang mudah difahami. Lampiran 1 : Borang Tinjauan Masalah

TarikhMasalahCatatan

02.07.2014MTTahun 3Murid yang tidak menguasai sifir 2 dan sifir 5.

11.07.2014MT

Tahun 3Murid yang tidak menguasai sifir 3 dan sifir 4.

17.07.2014MT

Tahun 3Murid yang tidak menguasai sifir 6 dan sifir 7.

29.07.2014MT

Tahun 3Murid yang tidak menguasai sifir 8 dan sifir 9.

LANGKAH 1( mengumpul data murid)

Sebelum kajian dijalankan, saya mengumpul beberapa data penting yang diperlukan untuk bahan kajian saya. Saya akan mengedarkan soal selidik kepada murid-murid mengenai kafahaman dan minat mereka untuk sesuatu matapelajaran Matematik khususnya dalam menguasai kemahiran fakta asas darab (Sifir) ( rujuk lampiran 1), maklumat murid (rujuk lampiran 2 ).LANGKAH 2.(membuat pemerhatian terhadap pelajar)

Saya akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa tehadap kelas yang di jadikan bahan kajian saya. Semasa pengajaran:-

1. Saya akan memerhatikan murid-murid mengenai tahap tumpuan mereka tehadap proses pengajaran dan pembelajaran 2. Mengenalpasti murid yang bermasalah (tidak menumpukan perhatian) dan mengisi borang pemerhatian murid (rujuk lampiran 3)3. Memberi Ujian Post berkaitan dengan Fakta Asas Darab (sifir).Selepas sesi pengajaran berakhir, guru perlu menyemak Ujian Post yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan (rujuk lampiran 4) mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat. LANGKAH 3.( melaksanakan kaedah)Murid didedahkan dengan cara mencari jawapan dengan menggunakan Kaedah Kotak Nemu Sifir. Guru menerangkan satu persatu cara untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. 21123

24156

27189

214263

143556

72849

817263

544536

27189

Rajah 2.1: Sifir 3. Rajah 2.2: Sifir 7 Rajah 2.3: Sifir 9

Rajah 2: Cara untuk mencari jawapan sifir 3, 6 dan 9.

Penerangan cara menulis sifir:

Sifir 3:

1) Tulis nombor di nilai tempat sa terlebih dahulu secara menaik 1 sehingga 9 dari kiri ke kanan bermula baris pertama seterusnya baris kedua dan baris ketiga.

2) Lukis anak panah dari atas ke bawah pada lajur ketiga menunjukkan sifir 3 bermula pada lajur ketiga dari atas ke bawah dan seterusnya lajur kedua dan pertama.

3) Tulis nombor 1 pada nilai tempat puluh setiap kolum di lajur kedua dan tulis nombor 2 pada nilai tempat puluh setiap kolum di lajur pertama.

4) Selesailah sifir 3 dan ianya dibaca dari lajur ketiga, kedua seterusnya pertama dari atas ke bawah.

Sifir 7:

1) Tulis nombor di tempat sa terlebih dahulu secara menaik 1 sehingga 9 dari kiri ke kanan bermula baris pertama seterusnya baris kedua dan baris ketiga.

2) Lukis anak panah dari bawah ke atas pada lajur pertama menunjukkan sifir 7 bermula pada lajur ketiga dari bawah ke atas dan seterusnya lajur kedua dan ketiga.

3) Untuk di nilai tempat puluh pada lajur pertama biarkan kosong pada baris ketiga, tulis 1 pada baris kedua dan 2 pada baris pertama.

4) Untuk di nilai tempat puluh pada lajur kedua tulis 2 pada baris ketiga, tulis 3 pada baris kedua dan 4 pada baris pertama.

5) Untuk di nilai tempat puluh pada lajur ketiga tuliskan 4 pada baris ketiga, tulis 5 pada baris kedua dan 6 pada baris pertama.

6) Selesailah sifir 7 dan ianya dibaca dari lajur pertama, kedua seterusnya ketiga dari bawah ke atas.

Sifir 9:

1) Tulis nombor di tempat sa terlebih dahulu secara menaik 1 sehingga 9 dari kiri ke kanan bermula baris pertama seterusnya baris kedua dan baris ketiga.

2) Lukis anak panah dari kanan ke kiri pada baris ketiga menunjukkan sifir 9 bermula pada baris ketiga dari kanan ke kiri dan seterusnya lajur kedua dan pertama.

3) Untuk di nilai tempat puluh pada baris ketiga biarkan kosong pada lajur ketiga, tulis 1 pada lajur kedua dan 2 pada lajur pertama.

4) Untuk di nilai tempat puluh pada baris kedua tulis 3 pada lajur ketiga, tulis 4 pada baris kedua dan 5 pada baris pertama.

5) Untuk di nilai tempat puluh pada baris pertama tuliskan 6 pada lajur ketiga, tulis 7 pada lajur kedua dan 8 pada lajur pertama.

6) Selesailah sifir 9 dan ianya dibaca dari baris ketiga, kedua seterusnya pertama dari kanan ke kiri.

Sifir 4.

48121620

2428323640

(+ 2 pada nilai tempat puluh dapat jawapan baris kedua)

Sifir 6.

612182430

3642485460

(+3 pada nilai tempat puluh dapat jawapan baris kedua)

Sifir 8.

816243240

4856647280

(+4 pada nilai tempat puluh untuk dapat jawapan baris kedua)

Rajah 3 : Cara untuk menulis Sifir 4, sifir 6 dan sifir 8.Selepas sesi pengajaran berakhir, guru sekali lagi perlu menyemak Ujian Post yang dilakukan oleh murid dan guru mengisi borang pemarkahan (rujuk lampiran 4) mengenai tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran dan peratusan murid yang dapat menjawab dengan tepat. LANGKAH 4

Selepas selesai sesi kajian terhadap subjek(murid), saya akan mengumpul semua data-data dan menyusun data-data tersebut dalam bentuk jadual yang senang untuk di analisis. Saya akan memastikan segala data dan pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan mencukupi dan mengikut spesifikasi yang diperlukan. 5.2. PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, saya akan menggunakan kaedah cara mengumpul data borang soal selidik, temubual, dan pemerhatian yang telah diperolehi:-

i. Mengedarkan borang soal selidik mengenai keberkesanan pembelajaran berkumpulan dan minat murid terhadap subjek Matematik.

ii. Membuat temubual bersama guru Pemulihan Khas Matematik mengenai sebab murid tidak menguasai fakta asas darab..

iii. Merekodkan markah ujian bulanan murid dalam subjek Matematik.

iv. membuat pemerhatian mengenai penumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

v. Merekod markah untuk Ujian Post yang diberikan sebelum dan selepas tindakan di jalankan kepada murid.5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

a) Temubual dengan Guru Pemulihan Khas MatematikPenyelidik mendapat maklumat daripada temubual bersama Guru Pemulihan Khas Matematik, iaitu Cikgu Nurul Zawani Binti Ahmad mendapati biasanya murid tidak mendapat markah penuh atau mendapat markah rendah dalam kemahiran fakta asas darab (sifir). Cikgu Nurul Zawani Binti Ahmad kecewa kerana pencapaian rendah pelajar dalam kemahiran tersebut. Ini merupakan satu kerugian kepada murid. Antara punca yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai kemahiran Fakta Asas Darab (sifir) dengan baik adalah :-

i. Murid tidak minat untuk menghafal fakta asas darab (sifir).

ii. Teknik hafalan tidak sesuai dengan kebolehan murid.

iii. Murid kurang fokus dan bersungguh untuk mengigati fakta asas darab (sifir).

Analisis hasil temubual dengan Guru Pemulihan Khas MatematikHasil temubual dengan Guru Pemulihan Khas Matematik rakan sekerja saya, 2 orang murid di dalam kelas Tahun 3 ini tahap penguasaan kemahiran fakta asas darab adalah rendah. Hal ini menyebabkan mereka kurang berminat terhadap subjek Matematik seterusnya dalam menguasai fakta asas darab (sifir). b) Rekod markah ujian bulanan

Mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjek Matematik daripada guru Kelas Tahun 3. Tujuan rekod markah ujian ini adalah untuk melihat pencapaian murid sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkan murid tidak mendapat markah tinggi pada peperiksaan Matematik pada ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun.BilNama muridPeratus (%)

1Alexson34

2Kelvin Costner68

3Lazarus30

4Stephen48

5Sylvester54

6Vnessa Kumpai62

Analisis rekod markah murid

Hasil daripada analisis markah murid ini, di dapati bahawa tiada murid kelas Tahun 3 yang mendapat gred A dalam subjek Matematik. Hanya 2 orang sahaja memperoleh peratusan 50% ke atas. Namun ada 3 orang yang mendapat peratusan rendah iaitu 40% ke bawah. Hal ini menunjukkan hanya sebilangan kecil murid yang menguasai pengajaran dan pembelajaran guru. Yang selebihnya mungkin murid tersebut tidak minat terhadap subjek Matematik dan tidak boleh mengikuti pembelajaran secara berkesan semasa di kelas Matematik.

c) Soal selidik

Memberikan borang soal selidik kepada murid. Ini bertujuan untuk mengetahui sebab murid tidak menguasai kemahiran fakta asas darab (sifir) dengan baik. Berikut adalah borang soal selidik yang diberikan.

Soalan-soalan / Bilangan PesertaYA

( / )Tidak

( / )

1. Adakah anda berminat mempelajari subjek Matematik?

2. Adakah anda mempunyai keyakinan dalam mempelajari subjek Matematik?

3. Adakah anda mendapati bahawa belajar matematik itu mudah?

4. Adakah anda berasa belajar Matematik itu menarik?

5. Adakah anda selalu menyiapkan tugasan Matematik mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru?

6. Adakah anda mampu untuk meyiapkan kesemua soalan Matematik yang diberi oleh guru?

7. Adakah anda mempunyai daya pemikiran Matematik ?

8. Adakah anda sudah menguasai sifir 6 dengan baik?

9. Adakah anda sudah menguasai sifir 7 dengan baik?

10. Adakah anda sudah menguasai sifir 8 dengan baik?

11. Adakah anda sudah menguasai sifir 9 dengan baik?

12. Adakah anda mendapati bahawa penyelesaian masalah dalam Matematik itu menarik?

Jumlah

Analisis soal selidik oleh murid-murid

Hasil soal selidik daripada sebelum Ujian Post mendapati kekerapan murid yang menjawab setuju pada soalan nombor 1 sehingga nombor 7 ialah 4 orang dan tidak setuju ialah 2 orang. Hal ini menunjukkan 2 orang murid yang tidak menguasai fakta asas darab tidak berminat untuk mengikuti kelas Matematik. Tiga orang murid menjawab tidak setuju bagi soalan nombor 8 sehingga nombor 12 menyebabkan peratusan nya ialah 50% tidak setuju.Data akan dianalisis untuk dua hasil dapatan iaitu dari segi minat murid melalui markah semakan lembaran kerja dan pembelajaran berkumpulan murid melalui borang pemerhatian.1. Borang analisis (untuk aspek minat dan pembelajaran berkumpulan murid)

Keputusan Perlaksanaan Tindakan

NAMA MURIDSEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

MARKAHPERATUSMARKAHPERATUS

1

2

3

4

5

6

Analisis jadual 2. Contoh borang analisis (untuk aspek penumpuan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran)

Kelakuan 1: bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 2: membuat contengan (doodling)

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 3 : berangan -angan

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 4: berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 5: membuat kerja lain

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 6: mengganggu murid secara fizikal

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 7: mencuba untuk menarik perhatian.NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 8 : mengasah pensel

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

Kelakuan 9: keluar kelas untuk ke tandas.

NAMA MURIDKEKERAPAN YANG DILAKUKAN MURID

SEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

5.4.1 Kos Kajian

BILJENIS BAHANKUANTITI X HARGA SEUNITJUMLAH KOS

1Kertas A42 x RM 15RM 30

2Printer Cartridge1 X RM 99RM 99

3Potostat Bahan Dan Laporan Kajian1 X RM 30RM 30

4Buku Catatan Guru1 X RM 8RM 8

5Kertas Warna5 X RM 1RM 5

6Polistrin2 X RM 6RM 12

JUMLAHRM 174

5.4.2 Jadual Pelaksanaan

BILAKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1.Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data29.6.2014

2.Menulis proposal Kajian10.7.2014

3.Merancang Tindakan 6.8.2014

4.Melaksanakan Tindakan

1. Mengumpul maklumat

Temu bual

Pemerhatian

Soal selidik

Strategi tindakan yang dicadangkan mula dijalankan

Mengubah kedudukan susunan meja di bilik kemahiran hidup

Carta gant pelaksanaan kajian tindakan

Bil Perkara Jun Julai OgosOktoberJanuariFebruariMac April

1Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data

2Menulis proposal Kajian

3Merancang Tindakan

4Melaksanakan Tindakan

5Mengumpul maklumat

Temu bual

Pemerhatian

Soal selidik

6Mengubah kedudukan susunan meja di bilik kemahiran hidup

7Menganalisis maklumat

8Menghantar kajian tindakan

9Membuat pembentangan

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK MURID.NAMA SUBJEK:________________________________ KELAS:____________

Soalan-soalan / Bilangan PesertaYA

( / )Tidak

( / )

1. Adakah anda berminat mempelajari subjek Matematik?

2. Adakah anda mempunyai keyakinan dalam mempelajari subjek Matematik?

3. Adakah anda mendapati bahawa belajar matematik itu mudah?

4. Adakah anda berasa belajar Matematik itu menarik?

5. Adakah anda selalu menyiapkan tugasan Matematik mengikut masa yang telah ditetapkan oleh guru?

6. Adakah anda mampu untuk meyiapkan kesemua soalan Matematik yang diberi oleh guru?

7. Adakah anda mempunyai daya pemikiran Matematik ?

8. Adakah anda sudah menguasai sifir 6 dengan baik?

9. Adakah anda sudah menguasai sifir 7 dengan baik?

10. Adakah anda sudah menguasai sifir 8 dengan baik?

11. Adakah anda sudah menguasai sifir 9 dengan baik?

12. Adakah anda mendapati bahawa penyelesaian masalah dalam Matematik itu menarik?

Jumlah

LAMPIRAN 2

MAKLUMAT SUBJEK

BILKATEGORI MURID

CEMERLANGSEDERHANALEMAH

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

LAMPIRAN 3

( BORANG PEMERHATIAN MURID)

Memerhatikan Tingkah Laku Murid Yang Berminat/Tidak Berminat Semasa Cikgu Mengajar.

Jadual Pemerhatian dengan kod-kod seperti dibawah yang menunjukkan tingkah laku semasa guru mengajar:

1. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi

2. Pemikiran ditempat lain sambil mencakar-cakar kertas(mencoteng)

3. Berangan-angan

4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain

5. Membuat kerja lain

6. Mengganggu murid secara fizikal

7. Mencuba untuk menarik perhartian

8. Mengasah pensel

9. Keluar ke tandas

MURIDKEKERAPAN MENGIKUT JENIS AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH MURID

123456789

LAMPIRAN 4

Jadual Markah Ujian Post ( Sebelum Dan Selepas)

NAMA MURIDSEBELUM TINDAKANSELEPAS TINDAKAN

MARKAHPERATUSMARKAHPERATUS

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

RUJUKANAzizi Subeli & Hu, Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Kotak Magik

Dalam Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan (SPTMTE2010). Diterbitkan oleh Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, 31-41.

Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam

database ERIC Digital Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_0=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExtSearch_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accno=ED376355&_nfls=false. [2014, June 23].

Faddreen Jingan. (2006). Menguasai Fakta Asas Sifir Darab Dengan Kaedah Mudah

Sifir dalam Prosiding Seminar Kajian Penyelidikan Pendidikan 2006. Diterbitkan oleh Institut Perguruan Tun Abdul Razak: Institut Perguruan Tun Abdul Razak, 10-16.

Julianti binti Sepawie. (2005). Enda Nemu Sifir, Cikgu!. Dalam Prosiding Seminar

Penyelidikan Tindakan 2005. Sarawak : (26-39)

Nik Azis Nik Pa (1992). Penghayatan Matematik KBSR DAN KBSM. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Azlan bin Ahmad Zanzali. (2003) Modul Pengajaran SPS 4823 Pendidikan

Matematik

Noor Azlan Ahmad Zanzali (1996). Isu-isu Berterusan Dalam Pendidikan Matematik.

Jurnal pendidikan dan pendidikan, 14, 19-40Zuliana Bt Zakaria (2009). Multiplication On Your Fingers. IPG Kampus Dato Razali

Ismail, Kuala Terengganu.Hamdan Said, Dr. (et.all) 2000. Peranan Ketua Panitia Matematik Di Sekolah

Menengah Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

1PPG JUN 2011 IPGKTAR