proposal mte3133 sem 7(terkini)

42
PROGRAM SEMESTER TAJUK KURSUS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN KOD MTE 3133 KUMPULAN MATEMATIK 1 NAMA PENSYARAH EN. SUKIMAN BIN SAAD TARIH SERAHAN 21 SEPTEMBER 2014 PELAJAR NAMA: NOR IDZMA BINTI MOHAMAD NO. K/P : 751113-08-6240 ISI KANDUNGAN: PPG 7 PENGAJIAN MATEMATIK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) / JUN 2011 KAMPUS TUN HUSSIEN ONN

Upload: noridzmamohamad

Post on 21-Dec-2015

108 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

proposal kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

PROGRAM SEMESTER

TAJUK KURSUS PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

KOD MTE 3133

KUMPULAN MATEMATIK 1

NAMA PENSYARAH EN. SUKIMAN BIN SAAD

TARIH SERAHAN 21 SEPTEMBER 2014

PELAJARNAMA: NOR IDZMA BINTI MOHAMAD

NO. K/P : 751113-08-6240

PPG 7

PENGAJIAN MATEMATIK

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

(PPG) / JUN 2011

KAMPUS TUN HUSSIEN ONN

Page 2: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

ISI KANDUNGAN:

1.0 Pendahuluan..........................................................................................................1

2.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu...........................................................3

3.0 Tinjauan Literatur..................................................................................................5

3.1 Isu Dan Miskonsepsi kaedah mengumpul semula dalam operasi tolak.............6

3.2 Penggunaan Bahan Manipulatif dalam membantu murid menguasai konsep

mengumpul semula dalam operasi tolak..................................................................8

3.3 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula

Menggunakan Bahan Manipulatif...........................................................................12

4.0 Fokus kajian.........................................................................................................16

5.0 Objektif Kajian......................................................................................................17

6.0 Persoalan Kajian..................................................................................................17

7.0 Kumpulan Sasaran..............................................................................................17

8.0 Pelaksanaan kajian..............................................................................................18

8.1 Tinjauan Masalah.............................................................................................18

8.2 Perancangan langkah-langkah tindakan..........................................................18

8.3 Perancangan cara mengumpul data................................................................20

9.0 Perancangan cara menganalisis data..................................................................21

9.1 Analisis pemerhatian- melalui aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan

pengajaran rawatan................................................................................................21

9.2 Analisis temubual murid...................................................................................22

9.2 Analisis ujian pra dan ujian pasca....................................................................22

Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan:..............................................................23

Anggaran Kos Kajian.................................................................................................24

Rujukan......................................................................................................................25

Refleksi Tugasan.....................................................................................................28

LAMPIRAN 1.............................................................................................................31

Page 3: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

LAMPIRAN 2.............................................................................................................33

LAMPIRAN 3.............................................................................................................35

LAMPIRAN 4.............................................................................................................36

LAMPIRAN 5.............................................................................................................37

LAMPIRAN 6.............................................................................................................38

Page 4: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Penggunaan Kaedah 'TOnes Cards' (TC) Dalam Membantu Murid Tahun 1 Menyelesaikan Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula

Melibatkan Nombor Hingga 100

1.0 Pendahuluan

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,

peraturan peraturan langkah kerja, algorithm dan teorem-teorem yang kerap

digunakan (Short & Spanos1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri

yang khusus, walaupun kerap dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia

mempunyai maksud yang khusus dan tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa

matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola,hubungan, hukum-hukum

dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa memainkan

peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh guru

kepada murid (MacGregor & Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru

tidak dapat diterima oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya.

Seterusnya murid akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul

tentang matematik. Sikap terhadap matematik juga memainkan peranan yang

penting dalam mengekalkan fokus murid terhadap perkara yang guru mengajar.

Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakang yang tersendiri iaitu dari segi

latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan murid yang

membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan

bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya

ilmu yang bercanggah ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk

miskonsepsi dalam ilmu yang ingin disampaikan.

Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila

murid mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer &

Gunstone 1982; McDermott 1984; Resnick1983). Kecekapan guru dalam

pengetahuan kandungan pedagogikal adalah sangat penting di samping

penggunaan bahasa yang tersusun bagi mengelakkan murid daripada membuat

andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang mereka ajar (Tikunoff 1983). Dalam

kajian yang telah dijalankan oleh Norlia dan Jamil (2008), didapati bahawa guru

1 | P a g e

Page 5: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

menjalankan pelbagai strategi untuk berdepan dengan kepelbagaian murid dalam

usaha meningkatkan pencapaian murid dalam matematik.

Guru-guru yang bertindak sebagai pengamal yang reflektif dan kritikal membantu

murid mereka belajar dengan tenang dan mudah. Guru-guru yang reflektif

mendalami segala isu dalamkelas, mereka juga cuba menyelesaikan masalah dalam

kelas, sentiasa bertanggungjawab dan melakukan penilaian kendiri dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Norlia, Mohd Kidin danJamil 2007). Dalam usaha

untuk meningkatkan pencapaian matematik beberapa perkara perlu diselidiki. Tidak

dapat dinafikan bahawa matematik itu sendiri satu mata pelajaran yang susah

diterima oleh murid.

Terdapat pelbagai kaedah untuk melihat miskonsepsi murid yang dapat dijalankan

oleh guru di dalam bilik darjah. Antaranya, adalah dalam membuat penilaian secara

lisan, kerja kumpulan,menganalisis soalan ujian dan juga menyemak buku latihan

murid. Penyemakan buku latihan murid dapat memberi gambaran yang jelas tentang

berlaku miskonsepsi murid. Tujuan menganalisis soalan-soalan ini adalah sebagai

satu tindakan refleksi untuk membekalkan maklumat kepada guru tentang

pembelajaran yang murid terima daripada guru. Setiap pembelajaran akan

mengubahkan tingkah laku dan sikap murid. Justeru itu antara langkah inovatif yang

perlu di ambil oleh guru adalah dengan mengadakan penyelidikan atau kajian

tindakan bagi mengesan kelemahan murid serta puncanya seterusnya mencari

solusi kepada permasahan atau miskonsepsi tersebut.

Peranan utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru matematik adalah

memastikan setiap murid menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar dan

berusaha sedaya upaya untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran tertentu untuk membetulkan setiap miskonsepsi yang berlaku.

Dalam kajian ini, masalah murid Tahun 1 menguasai kemahiran mengumpul semula

semasa melakukan operasi tolak yang melibatkan nombor dua digit dan dua digit

sehingga 100 menggunakan bentuk lazim dikaji.

2 | P a g e

Page 6: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

2.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Bagi tahun 2014, buat pertama kali dalam tempoh selama 17 tahun berkhidmat

sebagai guru matematik di sekolah rendah, pengkaji ditugaskan untuk mengajar

murid tahun 1. Selama ini pengkaji hanya mengajar murid tahap 2 yang terdiri

daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Sepanjang tempoh 8 bulan yang lalu pengkaji

mendapati subjek Matematik yang banyak melibatkan nombor dan simbol terlalu

abstrak untuk difahami oleh murid Tahun 1 di sekolah ini. Tidak seperti pengalaman

mengajar tahap dua, kebanyakkan murid-murid telah menguasai kemahiran fakta

asas dan penekanan lebih diberi kepada tajuk-tajuk yang menggunakan rumus.

Setelah menjalankan sesi pembelajaran matematik tahun 1 ini selama hampir 8

bulan ini, pengkaji mendapati wujudnya masalah dalam tajuk operasi tolak yang

melibatkan nombor dua digit dengan dua digit sehingga 100 menggunakan bentuk

lazim. Hal ini dapat dikesan melalui pemerhatian, dan semakan hasil kerja murid

serta ketika sesi soal jawab di dalam kelas . Walaupun bukanlah kesemua murid

menghadapi masalah ini namun timbul tanda tanya di hatipegkaji mengapa hal ini

boleh berlaku terhadap beberapa orang murid. Oleh kerana sudah agak lama

mengajar murid tahap 2, pada mulanya pengkaji beranggapan kesilapan yang

berlaku akibat kecuaian semata seperti yang biasa dilakukan oleh murid tahap 2

namun setelah diteliti kesilapan itu berpunca dari salah tanggapan konsep atau

miskonsepsi. Antara miskonsepsi yang berlaku ialah terdapat murid tidak faham

unsur pinjam atau ambil untuk dikumpulkan semula di dalam rumah nombor atau

nilai tempat yang betul. Selain itu ada juga murid yang faham unsur pinjam atau

ambil tetapi nombor yang dipinjam adalah nilai baru untuk mengganti nombor yang

diguna untuk tolak, murid tidak memahami bahawa nilai asal perlu dikumpul dengan

10 yang diambil dari rumah puluh sebelum melakukan operasi tolak.

Mengumpul semula merupakan satu kemahiran yang sukar dikuasai oleh murid

kerana ia melibatkan kemahiran pertukaran antara nilai tempat dan gabungan nilai

asal dengan nilai yang dipinjam. Melalui permerhatian pengkaji, murid cenderung

menolak menggunakan nilai yang diambil iaitu 10 tanpa mengumpul semula dengan

nilai yang sedia ada. Sebelum menguasai kemahiran menyelesaikan operasi tolak

yang melibatkan mengumpul semula ialah murid perlu menguasai kemahiran

mengenal nilai tempat dan nilai digit bagi nilai tempat tersebut, perubahan nilai yang

3 | P a g e

Page 7: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

berlaku apabila berlakunya pertukaran nilai tempat, kemahiran menambah dan

kemahiran asas tolak dalam lingkungan 10. Walaupun kaedah tolak dengan

mengumpul semula dimana nilai 10 yang dipinjam dan tambah nilai asal yang ada

telah diajar di dalam kelas, namun masih terdapat segelintir murid yang tidak dapat

menguasai kemahiran tersebut ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan

mengumpul semula. Setelah diamati terdapat dua kesilapan yang dilakukan oleh

beberapa orang murid ini iaitu:

1. Menolak menggunakan bentuk lazim secara sembarangan. Hal ini kerana

terdapat murid yang menolak secara terbalik berdasarkan konsep yang besar tolak

yang kecil dengan mengabaikan konsep mengumpul semula.

Contoh: 32 - 17 =

2. Tidak melakukan dengan betul apabila melakukan proses pinjam atau ambil satu

dari rumah puluh dan tukar kepada nilai tempat sa.

Contoh: 32 - 17 =

Kedua-dua kesilapan di atas dilihat saling berkaitan di mana murid ini tidak

memahami proses menolak dengan betul apabila melibatkan proses mengumpul

semula. Kesilapan ii juga mungkin berlaku akibat amalan pengajaran pengkaji yang

mengajar murid tahun 1 ini lebih banyak menggunakan kaedah penerangan dan

4 | P a g e

Murid menolak terbalik dimana 7

tolak 2 bersamaan 5 kerana

beranggapan 2 tidak boleh tolak

7.

10

Murid faham pinjam 1puluh tetapi

menganggap 10 tersebut

merupakan nombor baru tanpa

mengumpulkannya dengan 2.

Oleh sebab itu 10 - 7 = 3.Murid juga mengabaikan

nombor yang telah

dipinjam dan

menganggapnya masih

sama.

3 2

- 1 7

  2 5

3 2

- 1 7

  2 3

Page 8: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

latih tubi dan mengabaikan keperluan murid-murid untuk memahami konsep dengan

lebih mendalam. Tindakan yang terlalu mengejar sukatan pelajaran juga

mengakibatkan pengkaji terlalu terburu-buru dalam mengajar dan hasilnya terdapat

murid-murid yang tidak memahami apa yang telah diajar. Sekiranya hal ini di biarkan

berlanjutan maka ia akan menjadi masalah kepada murid-murid ini untuk menguasai

kemahiran menolak dengan mengumpul semula ini yang melibatkan nombor yang

lebih besar .

Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini pengkaji merancang untuk

mengaplikasikan kaedah 'TOnes Cards' (TC) , iaitu yang bermaksud kad jalur nilai

tempat puluh dan sa. Kad ini digunakan untuk membantu murid yang bermasalah

untuk melaksanakan proses menolak yang melibatkan pengumpulan semula dari

rumah puluh ke rumah sa menggunakan bentuk lazim. Adalah diharap melalui

penggunaan kad-kad ini murid akan melihat dengan lebih jelas konsep pengumpulan

semula. Pengkaji mempercayai kaedah ‘TOnes Cards ’ atau TC ini dapat

dilaksanakan secara sistematik bagi membetulkan miskonsepsi murid agar murid

dapat meningkatkan penguasaan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula.

3.0 Tinjauan Literatur

Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum,

menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus kepada

keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran,

penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah

serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 1997). Tetapi

matematik sering di anggap salah satu matapelajaran yang sukar bagi murid-murid.

Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang lain kerana ia berkaitan

dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahami sebelum dapat di

gunakan oleh murid. Bagi menarik minat murid dan membentuk cara mereka berfikir

secara matematik penguasaan kemahiran fakta asas adalah penting untuk mereka

kuasai sebelum menguasai kemahiran yang lebih kompleks.

5 | P a g e

Page 9: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Oleh kerana matematik adalah suatu matapelajaran yang isi pengetahuannya

mempunyai hierarki tertentu, pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi sangatlah

penting dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. (Sukri dan Victor 2006) .

Ketidakfahaman sesuatu konsep melibatkan operasi asas menyebabkan timbul

perasaan negatif murid terhadap subjek Matematik.

Post (1992) dalam Susie anak John (2012) mengatakan bahawa penambahan dan

penolakan merupakan dua operasi yang pertama sekali dikemukan kepada murid

dalam pembelajaran Matematik mereka secara formal. Operasi tolak merupakan

salah satu kemahiran asas yang menimbulkan masalah terhadap murid sekolah rendah

terutamanya kemahiran yang melibatkan penolakan dengan mengumpul semula. Adalah

penting untuk memperbetulkan miskonsepsi murid dalam operasi tolak ini.

Ketidakupayaan menguasai kemahiran menolak merupakan satu gangguan bagi

murid untuk menguasai kemahiran atau topik seterusnya yang perlu dipelajari dan

dikuasai oleh mereka sebelum dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

3.1 Isu Dan Miskonsepsi kaedah mengumpul semula dalam operasi tolak.

Menurut Hiebert & Carpenter (1992) Elif Yetkin (2003) dalam Sukri dan Victor (2006)

murid sering membina kefahaman dengan mengaitkan simbol dengan persembahan

yang lain contohnya bahan konkrit , gambar ataupun bahasa ibunda. Sebagai

contohnya ‘+’ hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satu cerita

mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakan

murid mendapati pembelajaran matematik susah disebabkan konsep-konsep

matematik yang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang

memuaskan, murid-murid mestilah mendapatkan pengalaman konkrit dahulu

sebelum dibawa kepada konsep matematik yang abstrak dan manipulasi.

Sering berlaku kesilapan dalam memahami konsep operasi asas ini kerana guru

selalu beranggapan bahawa muid dapat menguasai sesuatu konsep itu dengan

mudah melalui penerangan semata-mata. Hal ini menyebabkan berlakunya salah

faham atau miskonsep di kalangan murid-murid.

6 | P a g e

Page 10: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Salah satu kelemahan dalam operasi asas ini yang dikenalpasti ialah operasi tolak

dengan mengumpul semula. Ia bersifat abstrak dan sukar difahami oleh murid

terutama murid tahun 1. Operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula

merupakan satu kemahiran yang melibatkan beberapa konsep matematik termasuk

pertukaran nilai tempat, mengumpul semula dan operasi tolak. Seseorang murid

perlu menguasai ketiga-tiga konsep tersebut sebelum menguasai operasi tolak yang

melibatkan mengumpul semula. Kesilapan kepada tafsiran dalam konsep akan

memberikan gambaran yang berlaianan terhadap makna sebenar (Azizi Yahaya &

Elanggovan). Antara punca kepada kesilapan tafsiran konsep tersebut disebabkan

murid jarang didedahkan dengan konsep asas matematik kerana latih tubi lebih

ditekankan di sekolah. Justeru, minat murid terhadap pembelajaran matematik

kurang kerana murid tidak memahami konsep matematik dan kegunaannya. Oleh

yang demikian, adalah amat perlu untuk memberikan perhatian yang serius serta

memberi penekanan kepada pembentukan kefahaman yang betul di peringkat awal

lagi.

Kesukaran murid dalam menyelesaikan operasi tolak mungkin disebabkan oleh

ketidakupayaan murid-murid dalam menguasai pemahaman terhadap nilai tempat.

Fuson (1992) dalam Helen L. Chick , Thuy Pham dan Monica K. Baker (Tiada

Tarikh). Murid sering melakukan kesilapan semasa proses meminjam dari rumah

puluh ke sa atau rumah ratus ke puluh. Murid yang dipilih sebagai subjek kajian ini

mengalami kesilapan pada proses menolak dalam bentuk lazim yang melibatkan

mengumpul semula . Murid melakukan kesilapan ketika meminjam daripada nilai

tempat puluh dan tidak mengumpul semula dengan nilai nombor pada rumah sa

yang sedia ada. Ini menunjukkan bahawa murid tidak menguasai konsep nilai tempat

dengan sebaiknya.

Kesulitan memahami konsep nilai tempat akan mempengaruhi sebahagian besar

konsep aritmetik yang dipelajari. (Troutman dan Lichtenbery 1991) dalam Nurmawati,

Sri Handayani, dan Lusi Rachmiazasi (Tiada Tarikh). kesulitan tersebut berlaku

adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:

7 | P a g e

Page 11: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

(1) kesulitan mengaitkan model nilai tempat dengan lambang bilangan;

(2) kesulitan menggunakan angka nol (0) pada lambang bilangan;

(3) kesulitan menggunakan teknik regrouping atau pengelompokkan kembali;

(4) kesulitan dalam menentukan posisi nilai tempat.

Penguasaan konsep nilai tempat sebenarnya memainkan peranan yang penting

terutamanya dalam operasi tolak yang melibatkan pengumpulan semula. Ini

disebabkan oleh proses mengumpul semula melibatkan proses pertukaran antara

nilai tempat. Walaupun murid telah menguasai operasi tolak yang melibatkan dua

digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula, mereka masih menghadapi

masalah tidak memahami nilai pertukaran antara nilai tempat semasa proses

mengumpul semula (Cauley,1987). Ia merupakan cabaran yang paling besar untuk

diatasi iaitu memahami konsep pertukaran antara nilai tempat dan kemahiran

mengumpul semula semasa meyelesaikan operasi tolak. Apabila murid tidak

memahami konsep pertukaran nilai tempat, murid tidak dapat menguasai kemahiran

menolak dengan mengumpul semula dengan berkesan.

3.2 Penggunaan Bahan Manipulatif dalam membantu murid menguasai konsep

mengumpul semula dalam operasi tolak.

Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan alat

bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu

untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan

murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981)

Konsep nombor boleh dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertama ialah

peringkat konkrit diikuti oleh peringkat gambar kemudian peringkat separa konkrit

dan barulah ke peringkat abstrak. (Mok Soon Sang,1986)

Dalam kajian ini pengkaji memilih untuk menggunakan bahan manipulatif iaitu

penggunaan kad mengikut nilai tempat (TOnes Cards) bagi membantu murid

menguasai kemahiran penukaran nilai tempat sebelum menguasai kemahiran

8 | P a g e

Page 12: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

menolak dengan mengumpul semula ini. Bahan manipulatif ini dipilih oleh pengkaji

kerana ia merupakan bahan yang boleh di aplikasikan kepada deria manusia.

Terutama kanak-kanak sangat memerlukan bahan manipulatif sebagai bahan

rangsangan dalam pembelajaran.

Hal ini bertepatan dengan Konsep Perancah (Scaffolding) yang diperkenalkan oleh

Lev Vygotsky iaitu guru berperanan membimbing pelajar supaya dapat mencapai

sesuatu tahap.Bahan manipulatif membantu guru menggalakkan perkembangan

kognitif pelajar kerana pelajar dapat merasai sendiri pengalaman terhadapa apa

yang dipelajari. Bahan manipulatif juga merupakan satu contoh yang tepat seperti

mana teori yang dikemukakan oleh Jean Piaget iaitu dalam proses pemeringkatan

pembelajaran. Pembelajaran dari peringkat konkrit akan mengukuhkan lagi ingatan

dan kefahaman pelajar. Seterusnya mereka dapat menguasai pengetahuan tersebut

dan mudah memahami perkara yang abstrak. Tumpuan ini amat jelas bagi pelajar

yang berada dalam lingkungan 7 hingga 11 tahun. Hal ini kerana di dalam peringkat

ini , kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-

objek konkrit dan pengalaman secara langsung bagi mengukuhkan kefahaman

mereka. (Mok Song Sang, 2005).

Sebelum mengaplikasikan kaedah ini kepada murid yang dipilih sebagai subjek

kajian, pengkaji perlulah memastikan subjek kajian telah menguasai kemahiran

sebelumnya iaitu kemahiran menambah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat teori

Jerome Bruner iaitu, murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep

yang di pelajari. Menurut Bruner lagi perkembangan kognitif seseorang individu juga

perlu melalui peringkat-peringkat tertentu. Terdapat tiga peringkat kognitif yang dilalui

iaitu peringkat enaktif (0-2 tahun), peringkat ikonik (2-4 tahun ) dan peringkat

simbolik (5-7 tahun) (Ismail bin Saiman, dan rakan-rakan 2014). Persekitaran dapat

memberi pertolongan dan pengetahuan sedia ada dapat membaikinya. Bruner juga

menyatakan pembelajaran Matematik lebih berkesan dan mudah dengan

penggunaan simbol untuk mewakili konsep-konsep abstrak seperti tambah dan lain-

lain.Berdasarkan teori ini, jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu

manipulatif amat sesuai dengan peringkat usia murd-murid tahun 1. Menurut beliau

lagi pembelajaran matematik dapatdimudahkan dengan mengaitkan antara satu

9 | P a g e

Page 13: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

sama lain contohnya pengajaran tambah di ajar sebelum tolak dan pengajaran

bahagi di ajar selepas darab (Mok Soon Sang, Siew Fong Cheong,1986)

Bahan manipulatif juga membolehkan murid-murid menyentuh, merasa, melihat dan

menggerakkan bahan-bahan tersebut (Heddens, 2008; Rust, 1999).

Hal ini dapat menarik perhatian muruid terutama murid yang pasif di dalam bilik

darjah untuk melibatkan diri dalan sesi pembelajaran. Penggunaan bahan manipulatif

ini juga dapat meningkatkan motivasi dalam diri murid-murid. Sesungguhnya

motivasi penting untuk meningkatkan minat minat murid terhadap sesuatu

pembelajaran. Ahli-ahli psikologi mazhab Behavioris Ivan Pavlov(1849-1936)

berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

Menurut mereka, perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan

motivasi yang sesuai (Mok Song Sang, 2005). Berdasarkan pendapat ini,

penggunaan bahan bantu yang jelas dan menarik akan menjadi satu bentuk

ransangan kepada murid-murid ini untuk menguasai kemahiran yang dipelajari.

Penggunaan Bahan manipulatif juga dapat mengaplikasikan teori konstruktivisme

dalam sesi pengajaran di mana beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa

pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada

murid. Nik Azis Nik Pa ( 1997 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah tidak

lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina

pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh

seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu

tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari

luar. Penggunaan bahan bantu manipulatif ini secara tidak langsung dapat

membimbing murid membina pengetahuan yang bermakna. Implikasi daripada

pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa:

a) pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid.

b) guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan

dan menyelesaikan masalah.

c) guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan

peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.

d) pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

10 | P a g e

Page 14: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Selain itu, penggunaan bahan bantu ini juga dapat menyediakan salah satu

keperluan yang diperlukan oleh murid untuk menguasai sesuatu konsep.

Menurut Teori Keperluan Maslow (1970) dalam Azlina (2002) beliau mengkelaskan

keperluan asas manusia kepada lima keperluan mengikut hiraki iaitu keperluan

fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan

sendiri. Berdasarkan teori tersebut, kebiasaannya individu cenderung untuk

membuat penilaian terhadap dirinya berdasarkan kepada tanggapan dan layanan

orang-orang disekeliling terhadap dirinya. Individu akan lebih berkeyakinan pada

dirinya sekiranya tanggapan dan layanan yang positif diberikan (Azizi Yahya,2005).

Oleh itu penggunaan bahan bantu manipulatif dan proses pembelajaran yang

dijalankan dalam kumpulan kecil ini dapat memenuhi keperluan serta

menggalakkan hubungan dan interaksi yang lebih positif dan bertumpu diantara guru

dan murid. Perkara ini dapat meningkatkan tahap keyakinan murid dalam proses

mempelajari sesuatu kemahiran dan seterusnya mencapai matlamat yang

dikehendaki.

Teori pembelajaran Gagne (1970) juga merupakan proses pembelajaran yang

bergerak daripada peringkat yang paling mudah kepada peringkat yang paling rumit.

Pembelajaran aras tinggi bergantung kepada pembelajaran aras rendah. Gagne

mengenalpasti lapan jenis pembelajaran antaranya ialah Pembelajaran ransangan

gerak balas dan pembelajaran konsep (Ismail dan rakan-rakan 2014). Pembelajaran

jenis ini turut diaplikasikan dalam kajian yang akan dilaksanakan untuk memastikan

murid memahami konsep petukaran nilai tempat. Melalui kajian ini pengkaji

menyediakan bahan bantu sebagai ransangan kepada muriddalam menguasai

kemahiran yang diuji. Hal ini kerana menurut Gagne (1970) juga mengatakan

bahawa murid dicelikkan akalnya dengan maklumat dan ransangan berkaitan

sehingga menyempurnakan penguasaan kognitif itu.

11 | P a g e

Page 15: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

3.3 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula

Menggunakan Bahan Manipulatif.

3.3.1 Melalui kajian yang dijalankan oleh Ra Fiona Anak Raban (2008) yang bertajuk

Penggunaan Garis Nombor Dalam Membantu Murid Pemulihan Memahami

Penolakan Dalam Lingkungan 10 adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan

garis nombor dalam menyelesaikan masalah operasi penolakan dalam lingkungan

sepuluh bagi murid pemulihan Tahun 2. Tinjauan awal pengkaji ini mendapati murid

sukar untuk memahami konsep operasi penolakan. Seorang murid pemulihan Tahun

2 terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah perbualan, senarai semak,

pemerhatian dan buku lembaran kerja digunakan bagi tujuan pengumpulan data.

Pengkaji ini juga telah menggunakan kaedah lain untuk subjek kajiannya mengira

dengan betul sebelum menggunakan garis nombor ini. Kajian ini dijalankan

berdasarkan model Kurt Lewin (1952) dan dijalankan dalam suatu kitaran.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa berlaku peningkatan fahaman murid terhadap

operasi penolakan dalam lingkungan 10 semasa dan selepas kajian ini dijalankan.

Sesungguhnya Penggunaan garis nombor ini dapat membantu murid menguasai

operasi tolak dengan lebih mudah dan senang. Selain daripada itu juga, kaedah ini

dapat memberi kesedaran kepada guru dan pihak sekolah dalam pemilihan kaedah

dan strategi pengajaran mengikut kesesuaian terutamanya bagi murid pemulihan

bagi meningkatkan kefahaman mereka.

Dalam kajian ini juga membuktikan bahawa disamping kemahiran asas menambah

dan menolak yang telah dikuasai, penggunaan bahan manipulatif berupaya

membantu menangani masalah operasi tolak di kalangan murid.

3.3.2 Dalam kajian Norhanaa Hatta (2007) pula , pengkaji ini mendapati bahawa

murid mempunyai miskonsepsi ketika menyelesaikan soalan operasi tolak yang

melibatkan mengumpul semula. Berdasarkan perbandingan antara kajian ini,

pengkaji membuat rumusan bahawa murid menganggap setiap nilai tempat dalam

suatu nombor adalah operasi tolak yang berasingan. Dalam kajiannya, didapati

murid tidak memahami konsep mengumpul semula kerana mereka tidak

menganggap 453 sebagai satu nombor yang membawa nilai empat ratus lima puluh

tiga, sebaliknya ia hanya dianggap sebagai empat, lima dan tiga.

12 | P a g e

Page 16: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Maka, murid tidak dapat mengaplikasikan konsep 1 puluh dipinjam menjadi 10 sa.

Menurut Alice Hansen (2005) kesilapan ini berlaku akibat murid tidak memahami

konsep pertukaran nilai tempat, seperti 1 puluh sama dengan 10 sa atau 1 ratus

sama dengan 10 puluh.

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dua daripada tiga orang murid yang dikaji tidak

akan dapat menguasai operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula tanpa

bantuan bahan manipulatif iaitu blok asas sepuluh yang digunakan dalam kajian ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahan manipulatif memberi kesan

yang baik dalam membantu murid menguasai operasi tolak yang melibatkan

pengumpulan semula ini.

3.3.3 Kajian Tindakan yang dijalankan oleh Susie anak John yang bertajuk

penggunaan PANT dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dalam

kalangan murid pemulihan kelas tahun 3 (2012) juga mengetengahkan penggunaan

bahan manipulatif dalam kajian yang dijalankan. Dalam penyelidikan tindakan ini,

pengkaji memberi fokus kepada keprihatinan kepada penggunaan petak asas nilai

tempat (PANT) dalam pengajaran penolakan yang melibatkan pengumpulan semula

bagi murid pemulihan Tahun Tiga yang bermasalah dalam kemahiran tersebut.

Melalui penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan dua jenis PANT iaitu

PANT puluh dan PANT sa.

Faktor pemilihan PANT puluh dan PANT sa adalah berdasarkan tahap murid dan

kemahiran yang terdapat dalam sukatan pendidikan pemulihan iaitu tolak dibawah

seratus. Menurut pengkaji masalah timbul apabila murid-murid mula mempelajari

operasi tolak.

Dalam kajiannya ke atas tiga orang murid pemulihan tahun tiga yang mempunyai

kesukaran dalam menyelesaikan soalan Matematik melibatkan kemahiran penolakan

yang melibatkan mengumpul semula, pengkaji berpendapat bahawa masalah timbul

apabila murid-murid mula mempelajari operasi tolak. Murid seringkali mencampur

adukan atau keliru dengan operasi tolak dan operasi tambah. Kesalahan umum yang

sering dilakukan oleh murid adalah mencari hasil tambah pada soalan penolakan

ataupun murid hanya tahu menolak nilai kecil daripada nilai besar sahaja.

13 | P a g e

Page 17: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Pengkaji juga mendapati bahawa murid sentiasa mencampuradukkan kaedah

menyelesaikan operasi tambah dengan operasi tolak. Murid akan menggunakan

nombor bahagian bawah yang nilainya lebih besar untuk menolak nombor di

bahagian atas dalam bentuk lazim. Dalam kajian ini, pengkaji Susie telah memilih

alat bantu mengajar iaitu petak asas nilai tempat puluh dan sa untuk membantu

murid mengatasi kemahiran penolakan yang melibatkan mengumpul semula. Hasil

kajian menunjukkan bahawa petak asas nilai tempat berjaya membantu dua

daripada subjek kajian ini menguasai kemahiran penolakan yang melibatkan

mengumpul semula. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat mendalamkan

ingatan murid dan menarik minat murid. Oleh demikian, pengkaji merancang untuk

menggunakan kaedah ini dalam kajian yang akan dilaksanakan kelak.

3.3.4 Selain itu melalui kajian yang dijalankan oleh Halimah Wahah (2012) ke atas

seorang murid tahun tiga yang menghadapi masalah menguasai operasi tolak dalam

linkungan 50 dengan mengumpul semula menunjukkan bahawa konsep operasi tolak

yang melibatkan mengumpul semula amat sukar difahami oleh murid. Kesukaran

memahami konsep mengumpul semula akan mengakibatkan murid tidak dapat

menjawab soalan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula dengan betul.

Dalam kajian ini, pengkaji turut mengaplikasi kaedah yang melibatkan illustrasi nilai

nombor dengan lukisan visual yang boleh dinampak dan dikira satu demi satu.

Pengkaji yakin bahawa apabila nilai nombor diwakilkan dengan simbol atau gambar,

ia memudahkan murid untuk memahami dan menguasai kemahiran mengumpul

semula. Illustrasi nilai dengan simbol dapat membantu pengkaji menunjukkan

pengiraan dengan jelas. Pengkaji turut menyatakan bahawa melalui perwakilan

nombor dengan simbol dapat menarik minat murid untuk belajar kerana

pembelajaran yang melibatkan visual adalah lebih menarik.

3.3.5 Dalam kajian tindakan yang dijalankan oleh Tan Wui Gee (2008) yang bertajuk

Penggunaan Kit Manipulatif Dalam Pemahamn Konsep Darab Murid Tahun 2 pula

menyatakan bahawa Kaedah penggunaan bahan manipulatif dalam pengajaran

pemahaman konsep pendaraban dapat meningkatkan pemahaman matematik murid.

Pengkaji memilih untuk menggunakan bahan manipulatif kerana bahan manipulatif

ini akan meningkatkan pemahaman murid dan bermula bila digunakan untuk

mengajar murid (Durmus & Karakirik, 2006). Beliau menyatakan terdapat juga

14 | P a g e

Page 18: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

peningkatan yang ketara dari segi masa murid menyiapkan tugasan matematik

menggunakan manipulatif berstruktur. Dalam Kajiannya juga menyatakan bahawa

penggunaan bahan manipulatif berupaya meningkatkan pemahaman murid yang

menjadi subjek kajiannya.

3.3.6 Selain kajian diatas, dalam kajian yang dijalankan oleh Shukri Berawi dan

Victor Jibson (2006) yang bertajuk Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah konvensional

Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar-Pelajar Tahap

1 juga mengkaji tentang keberkesanan Penggunaan Bahan Maujud atau bahan

manipulatif berbanding Kaedah konvensional dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran. Di dalam kajian ini, pengkaji ini membuat kajian tentang

keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar berbanding

dengan kaedah konvesional (iaitu menggunakan papan hitam dan kapur) dalam

proses pembelajaran kemahiran menambah murid tahap 1. Kajian ini melibatkan dua

kumpulan respondan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Dua dan Tahun

Tiga yang dipilih atas sebab mereka telah mempunyai pengalaman sedia ada

tentang kemahiran menambah. Tahap kebolehan murid dalam setiap kumpulan

mempunyai perbezaan signifikan.

Walaupun dalam kajian ini menunjukkan sama ada pembelajaran dalam kaedah

konvensional ataupun menggunakan kaedah bahan maujud, murid pada aras

kebolehan masing-masing masih menunjukkan prestasi yang hampir sama sama.

Walaupun kaedah konvensional memberikan kesan yang hampir sama namun

pengkaji ini berpendapat bahawa penggunaan bahan maujud merupakan satu pilihan

alternatif dan inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah

murid tahap I. Bagi murid tahap 1, mereka boleh berinteraksi dan berasa lebih

seronok dengan bahan maujud yang digunakan.

Justeru itu berpadukan kepada keberkesanan kajian-kajian yang tersebut diatas

pengkaji telah merancang untuk menjalankan kajian tentang kemahiran Operasi

Tolak dengan mengumpul semula melibatkan nombor dua digit dan dua digit

sehingga 100 bagi murid Tahun 1 dengan menggunakan bahan manipulatif iaitu

kaedah 'TOnes Cards' (TLC). Kaedah ini diharap dapat membantu permasalahan

yang dihadapi oleh subjek kajian kelak.

15 | P a g e

Page 19: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

4.0 Fokus kajian

Operasi asas matematik terdiri daripada empat jenis operasi, iaitu tambah, tolak,

darab dan bahagi. Operasi asas yang paling di sukai dan mudah difahami serta

dipelajari oleh murid-murid adalah operasi tambah.

Masalah mula timbul apabila murid mula mempelajari operasi tolak. Murid sering kali

keliru dalam melaksanakan operasi tolak dan mencampuradukkannya dengan

operasi tambah. hal ini sering berlaku di peringkat awal pembelajaran kemahiran

tolak . Kesalahan ketara yang dibuat oleh murid dalam menolak menggunakan

bentuk lazim ialah menggunakan nombor yang besar untuk menolak nombor yang

kecil tanpa mengambil kira proses pengumpulan semula dan tidak mengumpul

semula nilai 10 dengan nilai sa yang sedia ada setelah mengambil 1 dari rumah

puluh. Murid dilihat mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan soalan walaupun

cara tersebut salah.Hal ini yang menjadi fokus utama pengkaji dalam menjalankan

kajian.

Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, pengkaji mendapati bahawa terdapat

banyak kaedah yang sesuai yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam

menyelesaikan soalan berkaitan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula.

Setelah diteliti, untuk kajian ini pengkaji telah merancang untuk melaksanakan

kaedah ‘TOnes Cards' atau TLC untuk merawat miskonsepsi subjek kajian.

Pengkaji menumpukan perhatian pada penggunaan kaedah ‘TOnes Cards' iaitu

kaedah yang menggunakan kad-kad jalur rumah puluh dan rumah sa. Idea ini

diambil daripada penggunaan blok asas sepuluh dan 'Dienes Block' yang di ubahsuai

mengikut kreativiti pengkaji. Kaedah ini juga di inspirasikan daripada kaedah

penggunaan PANT yang dijalankan oleh Susie anak John yang dijalankan pada

tahun 2012. Walaupun perlu meyediakan bahan bantu manipulatif ini, pengkaji

merasakan ianya perlu untuk membantu penguasaan kemahiran di kalangan murid

terutamanya yang masih berada di tahun 1. Penggunaan bahan manipulatif ini dapat

memberi peluang kepada murid untuk melihat dan merasai sendiri konsep asas

menolak dengan mengumpul semula.

16 | P a g e

Page 20: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Dengan itu pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Di dalam Kajian ini pengkaji

memilih subjek kajian berdasarkan pemerhatian semasa proses pembelajaran, buku

latihan murid dan ujian diagnostik yang dijalankan.

5.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk :

mengkaji kesan penggunaan kaedah ‘TOnes Cards' dalam meningkatkan

keupayaan subjek kajian menguasai kemahiran mengumpul semula ketika

melakukan operasi tolak dua digit dengan dua digit sehingga 100 dalam

bentuk lazim dan

menambah baik amalan pengkaji dalam membantu tiga orang murid Tahun

Satu dalam menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan proses mengumpul

semula melalui kaedah 'TOnes Cards'.

6.0 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:

i. Adakah penggunaan kaedah ‘TOnes Cards' dapat meningkatkan penguasaan

kemahiran murid melaksanakan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula?

ii. Bagaimanakah penggunaan kaedah ‘TOnes Cards' membantu murid menguasai

kemahiran melaksanakan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula?

7.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 1 di sebuah Sekolah Kebangsaan

di daerah Segamat. Subjek kajian yang dipilih ialah tiga orang murid bermasalah

mengumpul semula semasa melakukan operasi tolak yang melibatkan mengumpul

semula yang berumur 7 tahun. Murid-murid ini dipilih berdasarkan

17 | P a g e

Page 21: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

pemerhatian semasa pembelajaran dan pengajaran, buku latihan, lembaran kerja

dan ujian diagnostik yang dijalankan. Ketiga-tiga murid ini melakukan kesalahan

ketika menyelesaikan operasi tolak yang melibatkan mengumpul semula. Murid tidak

menambah nilai nombor yang asal sebelum mengumpul semula mengakibatkan

kesilapan berlaku.

8.0 Pelaksanaan kajian

8.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan subjek kajian. Langkah

pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap subjek

kajian. Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :-

a) Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan subjek kajian semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Temubual dijalankan terhadap subjek

kajian mengenai masalah yang mereka hadapi semasa menjawab soalan yang

melibatkan operasi tolak dengan mengumpul semula.

b) Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti ruang lingkup

masalah yang dihadapi oleh mereka.

c) Buku latihan dan buku aktiviti dilihat untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar.

8.2 Perancangan langkah-langkah tindakan

Sebelum kajian dijalankan, murid-murid akan dinilai berdasarkan pemerhatian

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, semakan hasil kerja murid dan

pelaksanaan ujian diagnostik. Pengkaji berasa perlunya ujian ini kerana ujian ini

dapat menentukan ruang lingkup masalah murid dengan lebih jelas. Selepas ujian

diagnostik penyelidik seterusnya akan mengadakan ujian pra untuk menentukan

kesilapan murid dan punca kesilapan berlaku sebelum melaksanakan proses

pengajaran rawatan. Selanjutnya, subjek kajian akan diberikan borang soal selidik

sebelum sesi temubual dijalankan. Sesi temubual akan diadakan secara individu

untuk mengesan punca subjek kajian melakukan kesilapan mengumpul semula

seperti mana yang telah dilakukan.

18 | P a g e

Page 22: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Selepas mengenalpasti kesilapan dan permasalahan yang dihadapi oleh subjek

kajian, sesi rawatan minggu pertama dijalankan selama 2 hari dalam seminggu dan

setiap sesi menggunakan masa selama 30 minit. Subjek Kajian akan didedahkan

dengan konsep asas tolak tanpa mengumpul semula dahulu. Dalam proses ini

subjek kajian hanya menggunakan jari untuk menolak tanpa mengumpul semula

seperti yang di pelajari di dalam kelas bagi mengukuhkan kemahiran asas menolak.

Seterusnya pada minggu kedua, subjek kajian didedahkan dengan penggunaan

‘TOnes Cards' yang disediakan. Subjek kajian akan diberikan peluang untuk

memanipulasikan bahan manipulatif tersebut agar mereka memahami konsep

pertukaran antara nilai tempat. Apabila subjek kajian telah menguasai kemahiran

petukaran nilai tempat , ‘TOnes Cards' mula digunakan dalam proses menolak yang

melibatkan proses mengumpul semula dalam bentuk lazim. Murid dibimbing

menggunakan ‘TOnes Cards' untuk melakukan proses pengumpulan semula dari

rumah puluh kepada rumah sa. Kemudian dalam lajur bentuk lazim subjek akan

dibimbing mengumpul semula nilai nombor diatas sebelum menolak nombor

dibawah. Murid dibimbing membuat latihan supaya menguasai dan menjadikan

kaedah ‘TOnes Cards' ini sebagai asas dalam memahami konsep mengumpul

semula.

Setelah murid menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula

menggunakan ‘TOnes Cards', murid juga dibimbing untuk menolak dalam bentuk

lazim dengan menggunakan perkataan ambil 1 rumah puluh dan masukkan nilai

sepuluh ke rumah sa pada minggu ketiga. Pengkaji akan memberi tunjuk ajar dan

membimbing subjek kajian untuk menghubungkaitkan kaedah ‘TOnes Cards'

dengan kaedah mengumpul semula serta menitikberatkan pertukaran antara nilai

tempat.

Pada minggu keempat, subjek kajian akan dibimbing untuk membuat latihan operasi

tolak yang melibatkan mengumpul semula dengan mengaplikasikan kaedah ‘TOnes

Cards' dengan menggunakan perwakilan nombor. Latih tubi juga dijalankan bagi

mengukuhkan lagi kemahiran yang dkuasai oleh subjek kajian.

19 | P a g e

Page 23: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Setelah berakhirnya sesi rawatan, subjek kajian akan diberikan ujian pasca untuk

menilai kembali tahap penguasaan mereka dalam kemahiran menolak dengan

mengumpul semula. Pada hujung setiap sesi rawatan, subjek kajian akan diberikan

satu latihan penilaian ringkas untuk mengesan tahap kemajuan mereka. Rekod

kemajuanakan digunakan untuk mencatat tahap penguasaan subjek kajian. Semasa

sesi rawatan, rakaman video dibuat untuk merakam interaksi subjek kajian bersama

rakan serta pengkaji dan segala tindak balas sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran rawatan dijalankan.

Selepas tamat sesi rawatan, subjek kajian akan diberikan ujian pasca seperti untuk

menentukan tahap penguasaan mereka terhadap operasi tolak yang melibatkan

mengumpul semula dalam bentuk lazim ini.

8.3 Perancangan cara mengumpul data

8.2.1 Pemerhatian.

sepanjang aktiviti proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan di dalam bilik

darjah, respon subjek kajian dan hasil kerja mereka diperhatikan.

Gambar diambil semasa mereka menyelesaikan soalan operasi tolak dengan

mengumpul semula untuk di telti. Butiran pemerhatian akan dicatat di dalam borang

catatan pemerhatian yang disediakan. (Rujuk lampiran 4) Rakaman video juga akan

dibuat jika perlu.

8.2.2 Soal selidik

Selain pemerhatian, pengkaji juga menjalankan soal selidik terhadap subjek kajian

yang dipilih menggunakan borang soal selidik yang disediakan. (Rujuk lampiran 5)

Soal selidik ini dijalankan secara serentak seperti ujian awam. Tujuan sal selidik ini

adalah bagi mendapatkan respon subjek kajian terutamanya tentang minat dan

persepsi subjek kajian terhadap matematik.

20 | P a g e

Page 24: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

8.2.3 Temu bual murid

Temu bual merupakan satu kaedah pengumpulan data yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat lanjut dan analisis sebab atau punca yang mengakibatkan

miskonsepsi berlaku. Ia adalah penting untuk mengetahui punca murid melakukan

kesilapan tersebut supaya dapat merawat dengan kaedah yang paling sesuai. Selain

itu, penyelidik akan menemubual seorang dari subjek kajian pada satu masa supaya

subjek kajian tidak meniru jawapan seperti yang dijawab oleh subjek kajian yang lain.

8.2.4 Ujian pra dan ujian pasca

Ujian pra diberi kepada subjek kajian sebelum tindakan pembelajaran menggunakan

kaedah ‘TOnes Cards' ini dilaksanakan. Ujian pra mengandungi pertukaran antara

nilai tempat, ujian tolak tanpa mengumpul semula, ujian menyusun nombor dalam

bentuk lazim dan ujian tolak dengan mengumpul semula. Seterusnya ujian pasca

yang menguji kemahiran subjek kajian dalam penguasaan operasi tolak yang

melibatkan mengumpul semula juga akan diberikan selepas sesi

rawatanmenggunakan kaedah ‘TOnes Cards' selesai di jalankan. Rujuk lampiran 2

( Item ujian Pra) dan lampiran 6 (Item Ujian Pasca).

9.0 Perancangan cara menganalisis data

9.1 Analisis pemerhatian- melalui aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan

pengajaran rawatan.

Dalam kajian ini, pemerhatian aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) telah

diadakan. Gambar hasil kerja subjek kajian semasa proses PdP diambil. Melalui

analisis pemerhatian melalui aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran,

subjek kajian yang melakukan kesilapan semasa mengumpul semula diperhati dan

dicatat dalan borang catatan pemerhatian (rujuk lampiran 4). Langkah kerja subjek

kajian dianalisis dan apakah kesilapan yang dilakukan oleh subjek kajian direkod.

Sebab dan alasan subjek kajian menjawab sedemikian akan ditanya pada sesi temu

bual.

21 | P a g e

Page 25: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

9.2 Analisis temubual murid

Dalam kajian ini, temu bual akan dijalankan secara berasingan. Seorang subjek

kajian akan ditemubual pada satu masa. Temubual bersama subjek kajian adalah

berdasarkan borang temubual yang disediakan seperti dalam lampiran 3.

Borang dsediakan agar mudah untuk pengkaji membuat analisis. Fokus analisis

temu bual adalah untuk mengenalpasti sebab atau punca kesilapan yang dilakukan

oleh setiap subjek kajian. Analisis punca kesilapan adalah amat penting untuk

merancang jenis rawatan, faktor yang mempengaruhi kesilapan dan tempoh

rawatan yang diperlukan oleh subjek kajian.

9.2 Analisis ujian pra dan ujian pasca

Dalam kajian ini prestasi subjek kajian dalam ujian ditunjukkan dan dapat

dikenalpasti melalui markah yang mereka perolehi dalam ujian pra dan ujian pasca.

Markah ujian pra menunjukkan prestasi mereka sebelum kaedah ‘TOnes Cards'

(TLC) ini diperkenalkan kepada subjek kajian. Sementara markah ujian pasca

menunjukkan prestasi mereka selepas sesi pengajaran rawatan dijalankan.

Kedua-dua ujian ini akan dianalisis untuk melihat penguasaan subjek kajian terhadap

kemahiran menolak dengan mengumpul semula menggunakan bentuk lazim

sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran rawatan dijalankan

menggunakan kaedah TLC ini.

22 | P a g e

Page 26: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Jadual pelaksanaan penyelidikan tindakan:

23 | P a g e

Bil AktivitiOgos (2014) Sept (2014) Okt (2014) Nov (2014) Jan (2015) Feb (2015)

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Membina ujian diagnostik                                                

2 Mentadbir ujian diagnostik                                               

3 Menganalisis ujian diagnostik                                               

4Membina ujian Pra dan Pasca

                                              

5 Menyediakan peralatan                                               

6 Melaksanakan ujian Pra                                               

7 Melaksanakan sesi pdp                                               

8 Menjalan ujian Pasca                                               

9 Menganalisis dapatan                                               

10

Menulis laporan                                               

11

Pemurnian laporan                                               

12

Penjilidan                                               

Page 27: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Bil Perkara/Bahan Kuantiti Harga

1. Kad Manila

10 x RM1.00 RM10.00

2. Ink/Catridge Printer

1 x RM50.00 RM50.00

3. Gunting

1 x RM2.00 RM 2.00

4. Kertas A4 1 Rim x RM10.00 RM10.00

JUMLAH KOS RM72.00

Anggaran Kos Kajian

24 | P a g e

Page 28: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Rujukan

Azizi Hj. Yahaya, Elanggovan A/L M. Savarimuthu. (n.d.). Kepentingan Kefahaman Dalam Matematik. Retrieved Mac 23, 2014, from http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf

Bahagian Pendidikan Guru  Kementerian Pendidikan Malaysia  (1998). Pengajarandan pembelajaran matematik: nombor bulat untuk sekolah rendah. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cauley, K. M. (n.d.). Children’s Misconceptions About The Multidigit Subtraction Retrieved September 15, 2014, from http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED294766.pdf

Champagne,A.B.,Gunstone,R.E, & Klopfer, L.E. (1983). Naive knowledge and science learning. Research in science and technological Education, 1(2):173-183.

Duncan, P. J. (2006). Math 112. Section 2.3: Numeration. Retrieved September 15, 2014, from http://math.wallawalla.edu/~duncjo/courses/math112/fall06/notes/2-3_math112.pdf

Durmuss, S. & Karakirik, E. (2006). Virtual manipulatives in mathematics education: A theoretical framework. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 5, 1-7.

Hatta, N. b. (2007). Using Base Ten Blocks To Help Year Three Pupils Understand Subtraction Involving Regrouping. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan 2010 anjuran pelajar PISMP ambilan Januari 2007.

Heddens, J.W. (2008) Improving mathematics teaching by using manipulatives. Diperoleh pada 15 September 2014 dari http://www.fed.cuhk.edu.hk/ ~fllee/ mathfor/edumath/9706/13hedden.html

Helen L. Chick, Thuy Phum, Monica K. Baker. (n.d.). Probing Teachers’ Pedagogical Content Knowledge:Lessons from the Case of the Subtraction Algorithm. Retrieved September 16 , 2014, from http://www.merga.net.au/documents/RP132006.pdf

Ismail bin Saiman, Johar bin Jonid, et.al(2014). Seni Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

John, S. a. (2012). Penggunaan PANT dalam mengajar kemahiran penolakan dengan mengumpul semula dalam kalangan murid pemulihankelas Tahun 3. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Pemulihan amb. Januari 2009, , 103-114.

25 | P a g e

Page 29: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

MacGregor, M., & Moore, R. (1991). Teaching mathematics in the multicultural classroom. Melbourne, Australia: University of Melbourne.

Mok Soon Sang. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ) Semester 1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang, Siew Fook Cheng, (1986) . Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Nik Azis Nik Pa ( 1997 ) , Pembentukan Model Pengajaran Matematik berlandaskanKonstruktivisme Radikal. Science and Mathematics Education , 11 , 27 – 36 .

Noraziah Abd. Hamid. (1981). “Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa”, Kertas kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti Malaya.

Norlia Goolamally, Mohd Kidin Shahran, Jamil Ahmad. (2007). Action Research: Creating Connections Within The Classroom Practice. Proceedings International Conference AsianAssociation of Open Universities (AAOU) 2007. 30 October- 2November 2007 Marriot Hotel, Putrajaya.

Norlia Goolamally, Jamil Ahmad (2008). Limited English proficiency students and misconception in Mathematics: A case study. Proceedings International Conference on the education oflearner diversity (ICELD) 2008. 26-27 August 2008, Marriot Hotel, Putrajaya.

Nugent, B. (2010). The impact of use of mathematics manipulatives on attitudes toward mathematics success among students in a multigrade classroom. Disertasi Sarjana yang belum diterbitkan. Ann Arbor, United States: Walden University.

Nurmawwati, Sri Handayani, Lusi Rachmiazasi. (n.d.). Pembelajaran yang berorientasi pada konstruktivistik untuk meningkatkan pemahaman konsep nilai tempat bagi siswa kelas III SDN Kuthohardjo II Rembang. Retrieved Mac 22, 2014, from http://www.lppm.ut.ac.id/htmpublikasi/21nurma.htm

Piaget, J. (1973). To Understand is to Invent. New York: Grossman.

Ra Fiona Anak Raban (2012). Penggunaan garis nombor dalam membantu muridpemulihan tahun 2 memahami penolakan dalam lingkungan 10.  Masalah penolakan dalam lingkungan 10, 13(1) muka surat 1-11.

Rust, A.L. (1999). A study of the benefits of math manipulatives versus standard curriculum in the comprehension of mathematical concepts. Master‟s action research project. Knoxville, TN.: Johnson Bible College.

Short, D. J., & Spanos, G. (1989). Teaching mathematics to limited English proficient students.

26 | P a g e

Page 30: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Sukri Berawi dan Victor Jibson (2006) Penggunaan Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah Biasa (Conventional) dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah pelajar-pelajar Tahap 1. Institut Perguruan Rajang Bitangor Sarawak.

Tan Wui Gee (2011) Penggunaan Kit Manipulatif dalam pemahaman konsep pendaraban murid Tahun Dua Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, IPG KBL Tahun 2011, ms 163-176.

Tikunoff, W. 1985. Applying significant bilingual instruction in the classroom. Rosslyn: National Clearinghouse for Bilingual Education.

Wahah, H. b. (2012). Penggunaan Petak 100 Dalam Membantu Murid Tahun 3 Menguasai Operasi Tolak Dalam Linkungan 50 Dengan Mengumpul Semula. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu amb. Januari 2009. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 91-102.

27 | P a g e

Page 31: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Refleksi Tugasan

Terlebih dahulu , saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah

dapat menyiapkan tugasan-tugasan yang telah di amanahkan pada masa yang di

tetapkan. Memang tidak dinafikan sepanjang proses melaksanakan tugasan-

tugasan ini , wujudnya beberapa kekangan yang hadir di celah-celah kesuntukan

masa dan pelbagai tugasan lain yang perlu di laksanakan sebagai seorang ibu dan

pendidik. Alhamdullilah berkat sokongan, rakan – rakan , ibu, suami dan anak-anak,

akhirnya saya dapat menyiapkan semua tugasan yang di berikan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih

kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Sukiman bin Saad yang begitu komited dan

tidak jemu dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan

untuk menguasai kemahiran seterusnya melaksanakan tugasan-tugasan yang diberi.

Sesungguhnya kursus MTE 3133- Proposal Kajian Tindakan ini banyak memberi

ilmu dan manfaat kepada saya sebagai guru di sekolah. Dengan Ilmu yang diperolehi

sepanjang kursus ini akan dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti pengajaran saya

di sekolah seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang berkualiti dan seimbang.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan

rakan-rakan pendidik kerana banyak membantu dan berkongsi idea sepanjang

tempoh saya melaksanakan semua tugasan ini.

Sepanjang interaksi dalam kursus ini saya telah di dedahkan tentang

bagaimana cara untuk membuat kertas cadangan kajian dan cara penulisan kajian.

Bagi menguasai dan memahami tentang kertas cadangan kajian ini, menuntut saya

membuat rujukan dalam kajian-kajian yang telah dilaksanakan, modul kertas

cadangan kajian, meneliti contoh kertas cadangan yang diberikan, bertanya dan

berdiskusi bersama rakan-rakan. Berbekalkan segala ilmu yang diperolehi inilah

saya mengorak langkah dalam membuat tugasan yang diberi.

Walaupun pada awalnya tugasan ini dirasakan agak berat dan sukar namun

kecanggihan teknologi masa kini seperti kemudahan internet, telefon pintar dan

media sosial amat membantu dan menjadi kekuatan bagi diri saya dalam

melunaskan tanggungjawab yang diberi. Selain itu segala ilmu yang telah di pelajari

pada kursus-kursus sebelum ini seperti teori pembelajaran, penggunaan resos dan

sebagainya banyak membantu saya dalam proses membuat kertas cadangan ini.

28 | P a g e

Page 32: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Ilmu mengurus dokumen dalam ms word yang diajar oleh En. Azlan bin Lin turut

membantu saya menulis kertas cadangan dengan lebih mudah dan sistematik.

Daripada hasil pembacaan di dapati kajian tindakan merupakan suatu kajian

yang berbentuk inkuiri refleksi kendiriyang dilakukan oleh peserta dalam situasi

sosial itu sendiri (pengamal / guru /pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan

praktik (intervensi) yang bertujuanuntuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan

masing masing, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu

serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Ianya melibatkan proses merancang,

melaksana, memerhati dan mereflek.

Sepanjang melaksanakan kertas cadangan kajian tindakan ini saya mendapati

kajian tindakan ini dapat menyumbang dalam peningkatan profesional guru

disamping membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid.

Antara kebaikan kajian tindakan yang dikenalpasti adalah ia membantu guru

mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru,

amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan

sebagainya. Ia juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran,

serta memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan

memperbaiki amalan pengajaran guru itu sendiri.

Selain itu kajian tindakan dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang

kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya

membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. Melalui kajian tindakan ini,

ia dapat membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang

perancangan untuk tindakan serta meningkatkan penggunaan bahan dan

membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.

Dalam proses melaksanakan kertas cadangan ini, terdapat juga kekangan

yang dihadapi antaranya ialah kekangan masa kerana turut terikat dengan tugas dan

tanggungjawab sebagai guru dan penjawat awam. walaupun begitu dalam usaha

menyiapkan tugasan ini secara tidak langsung ia dapat mendidik saya untuk

mengurus masa dengan lebih baik.

29 | P a g e

Page 33: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

Melalui tugasan ini juga saya berpeluang untuk belajar lebih mendalam

tentang proses kajian tindakan dan memahami cara melaksanakannya dengan lebih

baik dan sistematik.

Melalui tugasan ini juga saya dapat menilai kembali proses pengajaran saya

dan mengenalpasti kelemahan diri dan kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid

saya. Tugasan ini juga menjadikan saya lebih kreatif dan inovatif dalam mencari

penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid-murid saya terutama

murid-murid tahun 1. Sesungguhnya penguasaan konsep pada peringkat awal amat

penting bagi membantu mereka menguasai kemahiran selanjutnya.

Menurut Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan

pendidikan, pelajar harus didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat

memaksimakan konsep Matematik. Murid-murid memerlukan pelbagai kaedah

pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menguasai  konsep-konsep Matematik 

dan seterusnya dapat membuka minda mereka tentang keindahan dan kepentingan

pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Ilmu dalam tugasan ini sewajarnya disebar luaskan kepada seluruh warga

pendidik kerana amalan membuat refleksi dan kajian ini merupakan langkah pentig

dalam usaha menambah baik proses pengjaran dan pembelajaran. Ia juga boleh

membantu guru dalam mengubah amalan pengajaran ke arah yang lebih dinamik

dan berkesan.

Akhir kata, Kesemua tugasan yang diberi ini adalah sangat mencabar serta

dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya terutama dalam merancang dan

melaksana sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan

disamping meningkatkan kemahiran menggunakan TMK. Dalam keadaan dihambat

masa, sokongan semua menjadi tunjang kekuatan saya dalam melaksanakan

semua tugasan ini. Secara tidak langsung tugasan-tugasan ini berupaya

mambugarkan kembali ilmu-ilmu yang dipelajari satu ketika dahulu. Ia juga turut

menjadi langkah permulaan dalam menyediakan diri dan minda saya bagi

menghasilkan laporan penyelidikan yang baik pada semester hadapan. Semoga

dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh ini akan dapat menjadikan saya

seorang pendidik yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

30 | P a g e

Page 34: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

2. 79 - 15 =

pu sa

-

1. 56 - 22 =

pu sa

-

4. 88 - 27 =

pu sa

-

3. 37 - 16 =

pu sa

-

LAMPIRAN 1

UJIAN DIAGNOSTIK

Nama : ..................................................

Tarikh :...................

Kira hasil tolak berikut.

31 | P a g e

Page 35: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

6. 42 - 19 =

pu sa

-

5. 60 - 15 =

pu sa

-

8. 53 - 28 =

pu sa

-

7. 31 - 27 =

pu sa

-

9. 64 - 26 =

pu sa

-

10. 87 - 39 =

pu sa

-

32 | P a g e

Page 36: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

3. 60 - 16 =

pu sa

-

2. 70 - 22 =

pu sa

-

1. 50 - 15 =

pu sa

-

4. 80 - 37 =

pu sa

-

LAMPIRAN 2

UJIAN PRA

Nama : ..................................................

Tarikh :...................

Kira hasil tolak berikut dalam bentuk lazim.

33 | P a g e

Page 37: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

6. 42 - 19 =

pu sa

-

5. 62 - 15 =

pu sa

-

8. 53 - 27 =

pu sa

-

7. 71 - 28 =

pu sa

-

10. 92 - 34 =

pu sa

-

9. 85 - 38 =

pu sa

-

34 | P a g e

Page 38: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

LAMPIRAN 3

CATATAN TEMUBUAL

Subjek Kajian:........................................................

Tarikh :.................................................

Masa :.................................................

Tempat :.................................................

Soalan-soalan yang diajukan:

1. Adakah kamu menyukai bahan 'TOnes Cards' ini?

Jawapan murid: ............................................................................

2.Adakah kamu faham bagaimana nak menggunakan bahan ini?

Jawapan murid: ............................................................................

3. Bolehkah kamu menjawab soalan yang cikgu beri menggunakan bahan ini ?

Jawapan murid: ............................................................................

4. Adakah bahan 'TOnes Cards' ini membantu kamu menjawab soalan yang

cikgu berikan?

Jawapan murid: ............................................................................

5. Apakah yang kamu rasa apabila menjawab soalan menggunakkan 'TOnes Line

Cards' ini?

Jawapan murid: ............................................................................

35 | P a g e

Page 39: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

LAMPIRAN 4

CATATAN PEMERHATIAN

Subjek kajian :..............................................................................

Tarikh :...................................................

Masa :...................................................

Tempat :....................................................

Peristiwa yang berlaku:

........................................................................................................................................

........................................................................................................................................

........................................................................................................................................

........................................................................................................................................

........................................................................................................................................

36 | P a g e

Page 40: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

LAMPIRAN 5

BORANG SOAL SELIDIK

Maklum balas subjek kajian tehadap matematik dan operasi asas tambah dan tolak.

Arahan: Untuk setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tanda ( / ) pada jawapan

yang kamu pilih.

Soalan Ya Tidak

1. Adakah kamu menyukai matapelajaran matematik.

2. Adakah kamu menyukai guru matematik kamu.

3. Adakah ibu bapa kamu mendorong / mebimbing kamu dalam membuat latihan

matematik.

4. Adakah kamu suka membuat latiahan matematik bersama rakan-rakan.

5. Adakah kamu suka membuat latihan matematik di rumah dan waktu lapang.

6. Adakah kamu kenal simbol tambah

7. Adakah kamu kenal simbol tolak

8. Adakah kamu boleh menambah dalam bentuk lazim

9. Adakah kamu boleh menolak dalam bentuk lazim

10. Adakah kamu suka buat latihan operasi tambah

11. Adakah kamu suka buat latihan operasi tolak

37 | P a g e

Page 41: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

3. 42 - 17 =

pu sa

2. 60 - 12 =

pu sa

1. 71 - 29 =

pu sa

-

4. 55 - 28 =

pu sa

12. Pernahkan guru kamu memuji kamu

LAMPIRAN 6

UJIAN PASCA

Nama : ..................................................

Tarikh :...................

Kira hasil tolak berikut.

38 | P a g e

Page 42: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

7. 53 - 28 =

pu sa

6. 82 - 36 =

pu sa

5. 30 - 15 =

pu sa

10. 74 - 69 =

pu sa

9. 90 - 31 =

pu sa

8. 45 - 17 =

pu sa

39 | P a g e

Page 43: Proposal Mte3133 Sem 7(Terkini)

40 | P a g e