proposal plbd

17
Pendahuluan Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah.Tugasan pada kali ini mengkehendaki guru pelatih untuk membincangkan isu-isu yang dapat diketengahkan dan diberi fokus dalam pendidikan di sekolah rendah terutama dalam matapelajaran Pendidkan Islam sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Jadi, kertas cadangan kajian tindakan ini meliputi aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan kajian tindakan yang sebenar pada masa akan datang seperti pengenalan terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, prosedur penyelidikan pendidikan, proses penyelidikan tindakan, perancangan dan cadangan,kaedah-kaedahpengumpulan data, pertimbangan dalam pengumpulan data serta cara menganalisis data. Kesimpulannya, keseluruhan tugasan ini merupakan gambaran awal bagi pelaksanaan kajian terhadap penyelidikan pendidikan pada masa akan datang sebagai langkah menangani isu pengajaran dan pembelajaran yang timbul sejajar dengan seruan kerajaan bagi membasmi buta huruf di kalangan rakyat Malaysia. Kerja kursus ini menuntut komitmen yang tinggi disamping pemahaman yang mendalam bagi memastikan segala maklumat yang diperolehi dapat diaplikasikan dengan jelas sebagai seorang guru. 1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang aqidah adalah merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran 1

Upload: mohd-zaki-mohamed-som

Post on 24-Jul-2015

105 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal PLBD

Pendahuluan

Kursus ini memberi pengetahuan tentang kaedah penyelidikan tindakan

dalam Pendidikan Islam Sekolah Rendah.Tugasan pada kali ini mengkehendaki

guru pelatih untuk membincangkan isu-isu yang dapat diketengahkan dan diberi

fokus dalam pendidikan di sekolah rendah terutama dalam matapelajaran

Pendidkan Islam sebagai langkah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah.Jadi, kertas cadangan kajian tindakan ini

meliputi aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam menjalankan

kajian tindakan yang sebenar pada masa akan datang seperti pengenalan

terhadap pelbagai kaedah dalam penyelidikan pendidikan, prosedur penyelidikan

pendidikan, proses penyelidikan tindakan, perancangan dan cadangan,kaedah-

kaedahpengumpulan data, pertimbangan dalam pengumpulan data serta cara

menganalisis data.

Kesimpulannya, keseluruhan tugasan ini merupakan gambaran awal bagi

pelaksanaan kajian terhadap penyelidikan pendidikan pada masa akan datang

sebagai langkah menangani isu pengajaran dan pembelajaran yang timbul

sejajar dengan seruan kerajaan bagi membasmi buta huruf di kalangan rakyat

Malaysia. Kerja kursus ini menuntut komitmen yang tinggi disamping

pemahaman yang mendalam bagi memastikan segala maklumat yang diperolehi

dapat diaplikasikan dengan jelas sebagai seorang guru.

1.0 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang aqidah adalah merupakan

salah satu bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Pada pendapat saya,

bidang aqidah ini merupakan bidang yang susah kerana mereka tidak nampak

dengan mata sendiri apa yang dipelajari. Berbeza dengan bidang lain seperti

ibadah,adab dan sirah. Contohnya dalam bidang ibadah murid dapat lihat

perlakuan solat itu sendiri. Bidang aqidah ini bertujuan untuk menerapkan aqidah

1

Page 2: Proposal PLBD

yang benar kepada murid, mengukuhkan keimanan hanya kepada Allah yang

Esa dan menanamkan keyakinan kepada rukun iman yang enam. Maka, telah

menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang guru untuk menyampaikan ilmu

supaya matlamat untuk bidang aqidah ini tercapai. Justeru itu, saya perlu

menggunakan kaedah yang sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran kepada

anak murid saya dan menjadikan pembelajaran berkesan.

Kebiasaannya, saya menggunakan kaedah syarahan dan kuliah untuk

menyampaikan isi pelajaran dalam bidang aqidah ini. Kajian Ahmad

Munawar(2009) dan Ab Halim(2003) juga mendapati guru-guru Pendidikan Islam

lebih cenderung mnggunakan kaedah kuliah dalam proses pembelajaran dan

pengajaran aqidah.

Setelah tamat satu proses pengajaran dan pembelajaran bidang aqidah

ini, saya berpendapat bukan mudah untuk memberi kafahaman yang konkrit

kepada murid dalam bidang aqidah menggunakan kaedah syarahan. Ini kerana

tiada gambaran yang jelas menyebabkan mereka tidak dapat menghayatinya.

Dalam pemerhatian saya, murid-murid kelas 2 Jujur ini terdiri daripada

golongan yang berbeza tahap kognitifnya. Terdapat murid yang

pandai,sederhana dan lemah. Beberapa orang murid yang lemah ini tidak dapat

menguasai tulisan jawi. Mereka tidak boleh mengeja dan membaca jawi. Maka,

mereka ini akan mengalami kesukaran untuk memahami isi pelajaran yang

dipelajari. Walaupun mereka lemah tetapi pada pendapat saya mereka boleh

memahami isi pelajaran yang disampaikan jika menggunakan kaedah,teknik dan

strategi yang betul dan mampu menarik minat mereka.

Merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran aqidah, saya akan

menyoal semula tentang isi pelajaran yang dipelajari secara individu untuk

melihat sejauh mana kefahaman mereka. Bagi murid yang pandai, mereka dapat

menyebut semula isi pelajaran yang dipelajari. Sebaliknya, untuk murid yang

lemah, mereka gagal dan terpinga-pinga apabila disoal. Perasaan saya ketika itu

sangat sedih kerana saya telah membuat latih tubi berulang kali tetapi mereka

masih tidak dapat mengingat isi pelajaran tersebut. Masalah ini timbul mungkin

2

Page 3: Proposal PLBD

disebabkan kaedah syarahan yang saya gunakan membosankan mereka

sehingga menyebabkan mereka hiang tumpuan dalam kelas.

Mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan kemahiran mengingat dan

menghafal tetapi amalan ini agak membosankan untuk murid-murid terutamanya

dalam bidang aqidah kerana merka tidak nampak dengan mata kasar apa yang

dipelajari. Keadaan ini jelas terbukti terutamanya kepada murid yang lemah dan

tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Justeru, sebagai seorang guru,

saya rasa bertanggungjawab dan terpanggil untuk melakukan kajian ini untuk

membolehkan murid memahami bidang aqidah dengan lebih

mudah,menyeronokan dan berkesan terutamanya kepada murid yang lemah ini.

Saya akan menggunakan kaedah pembelajaran luar bilik darjah yang jarang

dilakukan oleh guru Pendidikan Islam untuk membuatkan murid-murid lebih

mudah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan serta mengekalkan

tumpuan mereka dalam kelas.

2.0 Fokus kajian

2.1 Isu Kajian

Pada kajian ini, saya ingin mencuba satu kaedah untuk memudahkan kefahaman

dan meningkatkan proses mengingat murid dalam bidang aqidah terhadap murid

Tahun 2 Jujur, Sekolah Kebangsaan Morib. Berdasarkan pemerhatian saya

semasa proses pengajaran dan pembelajaran aqidah sebelum ini, terdapat

perbezaan yang ketara dari aspek respond dan penglibatan antara murid yang

lemah dengan murid yang pandai. Murid yang lemah kelihatan tidak memberikan

tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid yang

pandai member respon yang baik. Mungkin keadaan ini disebabkan oleh bidang

aqidah ini merupakan bidang yang sukar kerana mereka tidak mendapat

gambaran yang jelas mengenai isi pelajaran yang dipelajari. Saya juga

berpendapat mereka bosan belajar dalam kelas. Mereka perlu suasana yang

baru yang boleh menarik minat mereka untuk belajar.

3

Page 4: Proposal PLBD

2.2 Tinjauan Literatur

Menurut Kamus Dewan edisi ke 4(2007), mendifinisikan :

Luar = bahagian luar

Bilik darjah = ruang yang disediakan untuk belajar.

Maka, pembelajaran luar bilik darjah bermaksud pembelajaran yang

dilakukan di bahagian luar bilik darjah yang tidak mempunyai kelengkapan

khusus seperti papan hitam, kerusi dan meja.

Dalam surah Al-Fatir ayat 44 : dan apakah mereka tidak berjalan di muka

bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka

sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka. Dan

tiada sesuatu pun yang dapat melemahkan Allah baik di langit dan di

bumi.sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha berkuasa. Dalam ayat ini

Allah mencadangkan kepada kita ‘melancong sambil belajar’.  Belajar yang

dimaksudkan ialah dengan menganalisa apa sahaja yang kita lihat sepanjang

perjalanan kita, sama ada melihat tanda kebesaran Allah, kesan kehebatan

Muslim berdakwah menakluk dunia, kesan kemunkaran yang dilakukan oleh

umat terdahulu serta balasan yang Allah turunkan kepada mereka. Justeru, ada

macam-macam tujuan berjalan yang seolah-olah menjadi syarat kepada kita

untuk pergi melancong. Maka dengan pembelajaran luar bilik darjah juga

membolehkan murid melihat tentang kebesaran Allah.

Para ulama salaf terdahulu juga kerap melakukan musafir dalam mencari

ilmu hadith atay tujuan yang berkaitan dengan agama. Daripada Abd Rahman

bin Mahdi daripada Malik bin Anas RA yang meriwayatkan bahawa Said bin Al-

Musayyib RA pernah menceritakan bahawa beliau pernah bermusafir berhari-

hari semata-mata kerana hendak mempelajari sebuah hadith. (Jami’ Bayan Al-

Ilm).

Menurut majalah Pendidik (2008), ada menyatakan bahawa pembelajaran

luar bilik darjah secara bermodul adalah satu usaha pengajaran dan

4

Page 5: Proposal PLBD

pembelajaran semua mata pelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam

sekitar. Program ini dilaksanakan melalui pendekatan pengurusan alam sekitar

yang akan diterapkan melalui kaedah pengurusan alam sekitar.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Md

Atan , pelaksanaan kurikulum baru(PLBD) perlu dilakukan kerana guru pada

masa ini perlu lebih inovatif dan kreatif dalam pengajaran.Menurutnya, cara

pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlulah terkini dan tidak boleh terikat

dengan modul lama kerana pemikiran pelajar sudah berubah. Kaedah yang

digunakan kini lebih kepada teori, namun pada zaman serba baru ini, cara itu

sudah ketinggalan kerana pelajar lebih agresif dalam pencarian ilmu. Sudah

sampai masanya guru menggunakan mekanisme baru dengan menukar kaedah

yang diguna pakai ke arah yang lebih inovasi, kreatif dan ke depan supaya

pelajar juga tidak berasa bosan. Jika teori saja, sudah tentu mereka bosan dan

natijahnya bukan saja tidak berminat, malah boleh menyebabkan maklumat yang

ingin disampaikan gagal."Tapi jika digabungkan dengan fizikal serta kerja luar,

sudah tentu mereka suka dan berminat. Guru perlu tahu perbezaan ini, justeru

pelaksanaan kurikulum itu memang bersesuaian dengan kehendak sektor

pendidikan masa kini," katanya. Sumber : Harian Metro Selasa, 18 Mei 2010

Pada pendapat saya, saya ingin menjalankan kajian ini kerana fitrah

seorang kanak-kanak yang inginkan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan.

Dengan ini, mereka akan lebih seronok dan teruja untuk melakukan sesuatu

yang baru. Kanak-kanak yang dalam proses membesar juga perlu selalu

dirangsang psikomotor mereka. Justeru itu, saya mengambil langkah ini untuk

melakukan pembelajaran di luar bilik darjah. Mereka tidak akan duduk statik di

atas kerusi seperti mana yang dilakukan dalam bilik darjah. Pembelajaran luar

bilik darjah ini dapat memberikan pengalaman yang baru kepada murid. Mereka

dapat merasai dan mengalami sendiri tentang sesuatu perkara.

Pemilihan kaedah pembelajaran luar bilik darjah ini juga dapat

meningkatkan amalan pengajaran saya sebagai seorang guru agar lebih baik

5

Page 6: Proposal PLBD

daripada sebelum ini dan dapat melihat kualiti pengajaran yang saya sampaikan

antara pembelajaran dalam bilik darjah dengan pembelajaran luar bilik darjah.

Oleh hal yang demikian, pernyataan-pernyataan di atas ini bersesuaian

dengan kajian tindakan yang ingin saya dijalankan dengan menggunakan

kaedah pembelajaran luar bilik darjah bagi memudahkan murid untuk memahami

dan mengingati tanda-tanda Allah bersifat Wujud.

3.0 Objektif kajian

3.1 Objektif Am

Membantu murid untuk memudahkan kefahaman dan mengingat tanda-tanda

Allah bersifat Wujud dengan cepat dan berkesan menggunakan kaedah

pembelajaran luar bilik darjah.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Pengajaran luar bilik darjah membantu murid Tahun 2 Jujur memudahkan

kefahaman murid terhadap tanda-tanda Allah bersifat Wujud.

3.2.2 Pengajaran luar bilik darjah dapat menarik minat murid untuk belajar

3.2.3 Pengajaran luar bilik darjah dapat mengubah amalan pengajaran guru.

6

Page 7: Proposal PLBD

4.0 Persoalan kajian

1. Bagaimanakah pembelajaran luar bilik darjah dapat membantu murid-murid

dalam mengingati tanda-tanda Allah bersifat Wujud?

2. Bagaimanakah pembelajaran luar bilk darjah mampu menarik minat murid

terhadap pelajaran?

3. Bagaimanakah pembelajaran luar bilik darjah dapat mengubah amalan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

5.0 Kumpulan sasaran

Kumpulan sasaran saya ialah 3 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid

lelaki dan seorang murid perempuan dari kelas 2 Jujur Sekolah Kebangsaan Morib.

Saya menagmbil keputusan untuk membuat kajian dan menjadikan 3 orang ini sebagai

sampel kajian kerana mereka ini mewakili murid yang lemah dalam kelas tersebut.

Saya dapat mengesan kelemahan murid ini apabila mengetahui mereka tidak dapat

menguasai tulisan jawi. Apabila mereka tidak dapat menguasai tulisan jawi maka

mereka akan mengalami masalah untuk bidang yang lain juga terutamanya aqidah.

Apabila disoal tentang isi pelajaran di akhir proses pengajaran dan pembelajaran,

mereka gagal menjawab dengan betul. Harapan saya untuk kajian ini dengan

menggunakan kaedah pembelajaran luar bilik darjah agar murid-murid ini dapat

memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan baik seterusnya dapat menanamkan

aqidah yang benar dalam diri murid-murid.

7

Page 8: Proposal PLBD

6.0 Tindakan yang dijalankan

Setiap perkara yang hendak dilaksanakan memerlukan perancangan yang

rapi,sistematik dan teliti supaya hasil yang akan diperolehi merupakan yang terbaik dan

mencapai tahap kesempurnaan. Berikut adalah langkah yang saya jalankan :

i. Saya perlu mengenalpasti tajuk dalam bidang aqidah yang hendak diajar kepada

murid-murid mengikut Sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan

ii. Saya juga perlu menganalisis isi pelajaran dan hasil pembelajaran yang ingin

dicapai supaya bersesuaian dengan aras murid

iii. Saya juga mengulangkaji pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk

menjalankan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah.

iv. Kemudian, saya membuat dan membina bahan bantu belajar berkaitan dengan

tajuk yang telah dipilih iaitu Allah bersifat Wujud.

v. Saya telah mencetak gambar-gambar yang menunujukkan tanda-tanda

kewujudan Allah seperti matahari, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Saya

mencetak gambar-gambar ini dengan saiz yang besar supaya mampu dilihat

dengan jelas oleh murid-murid.

vi. Seterusnya, saya membuat beberapa station di sekitar sekolah. Pada satation

tersebut saya meletakkan gambar-gambar yang telah dicetak tadi. Contohnya

pada station pondok pengawal keselamatan saya meletakkan gambar matahari

manakala station laman bestari saya meletakkan gambar tumbuh-tumbuhan.

vii. Sebelum memulakan kelas, saya telah memberikan arahan dan peraturan

kepada murid-murid supaya kawalan kelas saya dalam keadaan baik. Saya telah

mengagihkan kelas kepada 4 kumpulan. Saya juga telah menyediakan ganjaran

untuk kumpulan terbaik yang akan dinilai sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran. Ini bertujuan untuk mengawal tingkah laku murid semasa di luar

bilik darjah.

viii. Saya mengarahkan mereka untuk berjalan dalam kumpulan sambil berpegangan

tangan. Saya telah membawa mereka ke setiap station lalu menunjukkan

gambar yang telah dicetak tadi.

8

Page 9: Proposal PLBD

ix. Setelah selesai bergerak ke setiap station, saya menyuruh murid untuk membuat

satu bulatan besar sambil berpegangan tangan. Kemudian saya membuat sedikit

regangan untuk mendapatkan rentasan Pendidikan Jasmani. Saya juga menyoal

semula apa yang telah mereka lihat pada setiap station secara kelas,kumpulan

dan individu sambil melihat apa yang ada pada sekeliling mereka. Ini bertujuan

untuk menilai sejauh mana kefahaman mereka.

x. Sepanjang kelas berjalan, saya mencatat refleksi pengajaran saya dan juga

membuat pemerhatian terhadap responden kajian saya.

xi. Selepas selesai kelas, saya menebual responden saya berkaitan dengan sesi

pembelajaran yang telah dijalankan.

xii. Maka diharapakan pembelajaran luar bilik darjah yang dijalankan dapat

membantu memudahkan murid memahami dan mengingat tanda-tanda Allah

bersifat Wujud dengan cepat dan berkesan.

7.0 Cara pengumpulan data

Bagi menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang

digunakan untuk mengumpul data iaitu melalui instrument temu bual, pemerhatian dan

refleksi kendiri guru. Pengumpulan data dan maklumat ini perlu dibuat dengan

perancangan yang teratur bagi memastikan data yang dikumpul berkualiti dan

mencukupi.

7.1 Temu bual

Kaedah  temu bual bertujuan untuk mengetahui tentang sikap, minat, perasaan,

konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman murid tentang pengajaran

yang dilalui. Saya akan menjalankan sesi temu bual mereka sebelum, semasa

atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai.

Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat

diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini bertujuan untuk mengesah data atau

maklumat yang diperoleh. Menurut Patton (1980), temu bual ialah salah satu

9

Page 10: Proposal PLBD

cara anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya

dialami dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin

mengetahui perasaan dan pendapat mereka tentang kaedah pengajaran yang

diperkenalkan.

Kaedah temu bual dijalankan terhadap 3 orang murid ini akan dianalisis

untuk mendapatkan persepsi mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam,

bidang aqidah dan kaedah pembelajaran luar bilik darjah. Perkara ini amat

penting untuk diketahui supaya saya dapat menganalisis punca kelemahan awal

dan dapat mengetahui serba sedikit tentang minat dan kecenderungan kaedah

yang dirancang.

7.2 Pemerhatian

Selain menggunakan kaedah temu bual, saya juga menggunakan kaedah

pemerhatian. Dengan adanya pemerhatian ini, beberapa maklumat telah

diperolehi sebagai pendekatan yang lebih dinamik semasa kajian dibuat. Melalui

pemerhatian juga, saya dapat mengenalpasti kesahihan maklumat yang

diperolehi terutamanya hasil daripada temu bual dan soal selidik yang dijalankan.

Menurut Dr. Hj. Ghazali bin Hj. Darussalam dalam kertas kerjanya

bertajuk Kesahan dan Kebolehpercayaan Dalam Kajian Kualitatif dan Kuantitatif

(2010) kesahan dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk iaitu

dengan cara mengkategori peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa

kelompok bagi variable yang dikehendaki kemudian membandingkan

pemerhatian sebelum dan selepas kajian.

Melalui kaedah ini juga, saya boleh melakukan penilaian secara

berterusan mengikut jadual yang telah dirancang supaya dapat menilai

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas kajian

dijalankan. Saya membuat pemerhatian terhadap perubahan yang berlaku

kepada kognitif murid sebelum dan selepas menjalani kaedah pembelajaran luar

bilik darjah.

10

Page 11: Proposal PLBD

7.3 Refleksi kendiri guru

Refleksi kendiri guru perlu ditulis selepas selesai setiap kali pengajaran dan

pembelajaran. Tujuan penulisan refleksi ini adalah untuk menilai kembali

perancangan yang telah dirancang termasuk kesesuaian kaedah pengajaran,

aktiviti serta sejauh mana hasil pembelajaran dapat dicapai.

Melalui penulisan refleksi kendiri ini, saya dapat mengesan kelemahan

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila sudah dapat

mengesan kelemahan, maka tindakan seterusnya untuk melakukan penambah

baikan terhadap kualiti pengajaran yang dijalankan. Saya juga telah menulis

catatan refleksi ini sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran

luar bilik darjah dilaksanakan. Refleksi saya bertujuan untuk mengukuhkan lagi

hasil dapatan daripada pemerhatian yang telah dilakukan supaya hasil dapatan

yang diperolehi mendapat kesahan yang jitu.

8.0 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

8.1 Jadual pelaksanaan kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan

1. Mengenalpasti masalah 5-22 Mac 2012 Proses P&P mengajar Ulum

Syariah (Aqidah)

2. Pengumpulan data awal 26-6 April 2012 Menilai murid secara individu

untuk mengetahui tahap

pemahaman mengenai Allah

bersifat Wujud.

3. Menulis proposal kajian 23-27 April 2012 -

4. Merancang tindakan 27-30 April 2012 Mengkaji kaedah pengajaran

11

Page 12: Proposal PLBD

yang dapat membantu murid

memahami dan mengingat

tanda-tanda Allah bersifat

Wujud.

5. Melaksanakan tindakan Semester 8 Internship

6. Membincang masalah yang

timbul dalam tindakan

Semester 8 Internship

7. Refleksi kajian Semester 8 Internship

8. Menulis laporan kajian Semester 8 Internship

9. Pembentangan dapatan

kajian

Semester 8 Internship

8.2 Anggaran Kos kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos

1. Kertas A4 1 rim x RM10.00 RM10.00

2. Marker pen 3 set x RM5.00 RM15.00

3. Dakwat printer 4 botol x RM10.00 RM40.00

4. Kad manila 15 helai x RM1.00 RM15.00

5. Fotostat bahan RM30.00 RM20.00

JUMLAH RM100.00

12