proposal bab 1 baru

4
1 BAB 1 1.0 PENGENALAN Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang asas dan penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahairan asas seperti mendengar dan bertutur. Dewasa ini kemahiran membaca dikatakan menjadi masalah kepada kebanyakan sekolah di Malaysia. Dilaporkan bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami masalah membaca mencapai angka juta. 1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN Isu murid mengalami masalah dalam membaca bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah sering menjadi buah mulut sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Namun begitu masalah itu terus membelenggu. Justeru itu pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Antara usaha yang dijalankan dengan mewujudkan kelas pemulihan khas. Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (2003) melaporkan bahawa berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran asas pembacaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999). Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar ( Bernama 24 Mei, 2006 ) berkata ‘Seramai 120,000 pelajar sekolah rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar sekolah itu tahun lepas didapati tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis dan Kementerian sedang mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah itu. Kita ada kelas pemulihan yang diadakan secara berterusan khusus bagi pelajar yang menghadapi masalah sedemikian bagi memastikan mereka dapat membaca dan menulis.’

Upload: ayieda-eryna

Post on 17-Jul-2015

140 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal bab 1  baru

1

BAB 1

1.0 PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang asas dan

penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah

lanjutan daripada kemahiran-kemahairan asas seperti mendengar dan bertutur. Dewasa ini

kemahiran membaca dikatakan menjadi masalah kepada kebanyakan sekolah di Malaysia.

Dilaporkan bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami masalah membaca

mencapai angka juta.

1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Isu murid mengalami masalah dalam membaca bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah

sering menjadi buah mulut sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Isu ini juga

menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Namun begitu masalah itu terus

membelenggu. Justeru itu pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Antara usaha yang

dijalankan dengan mewujudkan kelas pemulihan khas.

Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan

Pemulihan Khas (2003) melaporkan bahawa berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan

antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid sekolah masih

menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran asas pembacaan

(Kementerian Pendidikan Malaysia 1999).

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar ( Bernama 24 Mei, 2006 ) berkata

‘Seramai 120,000 pelajar sekolah rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar

sekolah itu tahun lepas didapati tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis dan

Kementerian sedang mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah itu. Kita ada kelas

pemulihan yang diadakan secara berterusan khusus bagi pelajar yang menghadapi masalah

sedemikian bagi memastikan mereka dapat membaca dan menulis.’

Page 2: Proposal bab 1  baru

2

Untuk menangani masalah membaca pelbagai cara dicadangkan seperti mencari kaedah

dan teknik yang sesuai dengan murid-murid yang berbeza kecerdasan dan penyediaan alatan

yand sesuai dan menarik untuk merangsang murid-murid belajar.

1.3 SOALAN KAJIAN

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan ?

2. Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah membaca murid pemulihan?

3. Bagaimanakah teknik itu akan dijalankan?

4. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan mengikut teknik yang dipilih untuk

murid-murid pemulihan?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 Objektif Am (objektif am …kdg2 pensyarah x nak.tengok pensyarah hang mcm

mana) Obj am ni Dr Khairuddin x nak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan membaca perkataan dan

ayat-ayat yang mengandungi perkataan KV+KVK menggunakan teknik bermain dan dengan

bahan bantu mengajar yang sesuai.

1.4.2 Objektif Khusus

Page 3: Proposal bab 1  baru

3

1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca yang

dihadapi oleh murid-murid pemulihan.

2. Untuk mencari dan kenal pasti teknik yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah

membaca murid pemulihan.

3. Menjelaskan cara menjalankan teknik yang dipilih.

4. Murid pemulihan dapat membaca perkataan kv kvk dan juga ayat yang mengandungi

perkataan kv kvk dengan menggunakan teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini yang bertujuan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan murid sekolah

rendah khasnya murid-murid pemulihan dan mencari teknik dan alat bantu mengajar yang

sesuai untuk mengatasi masalah membaca itu.

Kepentingan kajian yang dijalankan diharap dapat memberi input kepada guru-guru

pemulihan dan juga kepada guru-guru di kelas perdana bahawa bahan bantu mengajar yang

sesuai dapat memudahkan pengajaran guru untuk menangani murid-murid yang mempunyai

pelbagai kecerdasan dalam masalah lemah membaca, begitu juga dengan teknik mengajar

yang sesuai dapat mengatasi berbagai-bagai masalah dalam pembelajaran khususnya dalam

masalah membaca. Kepelbagaian teknik ketika mengajar dapat merangsang minat murid

untuk terus belajar dan menyelesaikan masalah-masalah pembelajaran yang timbul.

Murid-murid pemulihan yang bermasalah dalam pembacaan akan mendapat motivasi

dan rangsangan melalui bahan bantu mengajar dan teknik serta kaedah yang menarik dan

sesuai dengan mereka . Justeru itu murid-murid pemulihan akan dapat menguasai kemahiran

membaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan

murid-murid pemulihan. Malah teknik bermain menggunakan bahan bantu mengajar yang

digunakan untuk murid pemulihan boleh digunakan untuk murid-murid kelas perdana untuk

menarik minat mereka belajar. Kajian ini juga boleh memberi input kepada kelas KIA2M

tahun satu , yang juga cuba menangani masalah membaca kepada murid-murid tahun satu.

Page 4: Proposal bab 1  baru

4

Daripada hasil kajian ini diharapkan masalah murid lemah membaca dapat diatasi atau

dikurangkan bilangannya yang mana ini akan menjadikan bilangan murid lemah membaca

menurun peratusannya, secara tidak langsung ini akan dapat menaikkan prestasi sekolah.

Kajian yang dijalankan terhadap menyediakan bahan bantu mengajar melalui teknik

bermain juga diharap boleh diguna pakai untuk persatuan-persatuan yang dijalankan di sekolah

seperti persatuan Bahasa Melayu dan juga persatuan-persatuan yang lain. Bahan-bahan yang

mempunyai teknik yang sama juga boleh dibina untuk diletakkan di bilik sumber sebagai bahan

pengajaran untuk kegunaan di kelas-kelas perdana.

Daripada kejayaan hasil kajian nanti diharap masalah murid membaca dapat

diselesaikan atau dikurangkan dan seterusnya menurunkan peratusan permasaalah itu di

peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan juga di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

khususnya Jabatan Pendidikan Khas .

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada murid pemulihan khas yang terdiri daripada murid tahap

satu iaitu murid tahun dua dan tahun tiga sahaja, dengan melihat aspek bacaan untuk

kemahiran perkataan kv kvk sahaja. Kajian ini tidak melihat pada kemahiran yang lain yang

terdapat di dalam sukatan bahasa Melayu kelas pemulihan iaitu sebanyak 32 kemahiran asas

bacaan seperti kvk, kv kv, kvk kvk dan lain-lain.

( kalau buat kajian nanti…kena ubah seolah2 kita dh buat kajian ni)