bab 3 baru complete.doc

21
BAB 3 METODOLOGI 3.0 Pendahuluan Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul. Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa. Dengan itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan saintifik (J.supranto, 1986:7 (dipetik Azhar, 2006:139). Bab metodologi ini menghuraikan tentang kaedah yang akan digunakan bagi mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada responden mengenai kajian masalah-masalah dalaman dan luaran yang dihadapi dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kajian yang dijalankan adalah tertumpu kepada peniaga yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana di Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor. Huraian meliputi Reka bentuk penyelidikan, Teknik pengumpulan data (kualitatif /kuantitatif), Penduduk dan persampelan proses, instrumen penyelidikan, penerangan kaedah analisis data dan penyelidikan pengukuran (kesahan dan kebolehpercayaan).

Upload: norhidayah-daud

Post on 05-Dec-2015

363 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: bab 3 baru complete.doc

BAB 3

METODOLOGI

3.0 Pendahuluan

Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada

pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul. Penjelasan tentang metodologi yang

digunakan akan memudahkan pengkaji dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan

secara lebih sistematik dan menjimatkan masa. Dengan itu, tujuan kajian ini

dijalankan adalah untuk memperoleh jawapan melalui penggunaan suatu langkah

ilmiah yang sistematik dan saintifik (J.supranto, 1986:7 (dipetik Azhar, 2006:139).

Bab metodologi ini menghuraikan tentang kaedah yang akan digunakan bagi

mendapatkan maklumat dan maklum balas daripada responden mengenai kajian

masalah-masalah dalaman dan luaran yang dihadapi dalam perusahaan kecil dan

sederhana (PKS). Kajian yang dijalankan adalah tertumpu kepada peniaga yang

menjalankan perusahaan kecil dan sederhana di Anggerik Mall dan Plaza Alam

Sentral Shah Alam, Selangor. Huraian meliputi Reka bentuk penyelidikan, Teknik

pengumpulan data (kualitatif /kuantitatif), Penduduk dan persampelan proses,

instrumen penyelidikan, penerangan kaedah analisis data dan penyelidikan

pengukuran (kesahan dan kebolehpercayaan).

Page 2: bab 3 baru complete.doc

Fasa 1

Fasa 2

Fasa 3

Fasa 4

Ulasan kajian awal dan

definisi masalah kajian

Ulasan akademik, surat khabar, buku,

teks, laman web rasmi kerajaan.

Untuk mentakrifkan skop penyiasatan.

Lebihan ulasan kajian

Perbincangan bersama ahli

kumpulan dan pensyarah untuk

membuat soalan kaji selidik.

Soalan dibuat berdasarkan 2 objektif yang telah dicapai:

Untuk mengenalpasti faktor masalah dalaman yang dihadapi oleh usahawan Bumiputera yang terlibat dalam PKS;

Untuk mengenalpasti faktor masalah luaran yang dihadapi oleh usahawan Bumiputera yang terlibat dalam PKS.

Proses Pengumpulan

Data.

Soalan kaji selidik diedarkan kepada 53

orang responden. Pengkaji

memasukkan maklumat hasil

soalan kaji selidik ke dalam Sistem SPSS.

“Pilot Test” dan “Real Survey”

Rumusan dan Cadangan

Analisis data dan penyiapan hasil penyelidikan.

Menyediakan laporan dan membentangkan hasil kajian kepada Jabatan .Perdagangan.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian direka untuk meninjau dan mengenal pasti permasalahan

dalaman dan luaran yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana

(PKS) di Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor. Berdasarkan

kepada bentuk persoalan kajian, kumpulan pengkaji telah memfokuskan pendekatan

reka bentuk kajian jenis kuantitatif dengan cara mendapatkan maklumat daripada

responden melalui borang soal selidik yang telah dijawab. Kajian ini dibahagikan

kepada empat fasa utama seperti ditunjukkan dalam rajah 3.1.1.

PERKARA SUMBER

Rajah 3.1.1. Rekabentuk Kajian

Page 3: bab 3 baru complete.doc

3.2 Prosedur kajian

Dalam bahagian ini, prosedur pemungutan data dalam kajian ini dihuraikan. Ia

merangkumi huraian tentang kajian rintis dan pengumpulan data melalui instrumen

soal selidik di Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor.

3.2.1 Ujian Rintis (Pilot Test)

Kajian rintis merupakan fasa terakhir tinjauan sebelum pengumpulan data bermula.

Kajian rintis adalah kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan yang

bertujuan untuk memestikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan

kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang munkin

berlaku semasa kajian sebenar dijalankan. Matlamatnya adalah untuk mencari

masalah dalam soal selidik, termasuk soalan yang lemah, arahan yang tidak lengkap

dan item yang sukar dijawab.

Kajian Rintis dilaksanakan sebelum menjalankan kajian sebenar, satu kajian rintis

telah dilakukan pada 3 Ogos di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Prosedur kajian

rintis adalah berdasarkan rangka persampelan yang akan dilakukan dalam kajian

sebenar, ia bertujuan untuk menilai kesesuaian reka bentuk kajian dan menguji

kebolehgunaan atau keberkesanan setiap item dalam soal selidik. Seramai 10 buah

kedai responden sebenar telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden. Semua

responden kajian rintis berpendapat bahawa meminta mereka mengisi borang soal

selidik dalam waktu rehat tidak merupakan suatu gangguan yang besar bagi mereka.

Secara purata, semua responden kajian rintis masing-masing menggunakan masa 5

hingga 10 minit untuk menyiapkan soal selidik tersebut. Menurut 10 orang

responden tersebut, item-item yang dikemukakan dalam borang soal selidik mudah

difahami dan tidak menyukarkan mereka. Melalui kajian ini responden memberikan

maklum balas mengenai sebarang kekurangan dan kekeliruan yang timbul dalam

borang soal selidik, misalnya kesalahan perkataan, arahan yang kurang jelas dan

kekaburan maksud ayat juga diperbaiki berdasarkan cadangan yang diberikan oleh

mereka. Demi mengelakkan masalah pencemaran kajian rintis (contamination of

pilot study), responden kajian rintis tidak akan dijadikan sebagai responden dalam

kajian sebenar.

Page 4: bab 3 baru complete.doc

3.2.2 Kaedah Pengumpulan Data

Teknik atau kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian adalah secara

kaedah soal selidik (kuantitatif). Kajian kuantitatif ini menggunakan dua jenis

kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data sekunder. Pengkaji

menggunakan kaedah-kaedah ini kerana sumber rujukannya sahih dan tidak diragui

kebenarannya. Sebanyak 70 set borang soal selidik telah diedarkan,

walaubagaimanapun hanya 53 borang soal selidik sahaja yang dikembalikan untuk

dianalisis.

3.2.1 Data Primer

Data primer ialah data mentah yang dikumpulkan oleh pengkaji sendiri iaitu

melalui kaedah soal selidik terhadap 53 orang responden. Data yang diperoleh

melalui soal selidik dianalisis mengikut turutan soalan secara kuantitatif yang

mana setiap item menjawab setiap persoalan kajian. Soal selidik yang

dijalankan bertujuan mendapatkan data dan maklumat berhubung

permasalahan dalaman dan luaran yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha

kecil dan sederhana (PKS) di Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah

Alam, Selangor. Dapatan ini kemudiannya disusun, diringkaskan dan

dipersembahkan dalam bentuk yang mudah difahami.

3.2.2 Data Sekunder

Dalam kaedah pengumpulan data sekunder pengkaji mendapatkan maklumat

yang diperoleh daripada bahan-bahan bercetak. Bahan-bahan bercetak pula

diperolehi dari buku-buku, surat khabar, artikel, jurnal dan lain-lain maklumat

yang bersesuaian dengan kajian dijalankan. Selain itu, data sekunder boleh

didapati daripada rangkaian internet berdasarkan kajian lepas yang pernah

dijalankan oleh pelajar-pelajar institut pengajian tinggi dan mendapatkan

maklumat tambahan daripada laman web SME Corporation Malaysia bagi isu

berkaitan masalah dalaman dan luaran yang dihadapi oleh pengusaha-

pengusaha kecil dan sederhana (PKS).

Page 5: bab 3 baru complete.doc

3.3 Populasi dan Sampel

3.3.1 Populasi

Sekaran (2003) mendefinisikan populasi sebagai merujuk kepada keseluruhan

manusia dalam sesuatu kumpulan, fenomena atau sesuatu perkara menarik yang

membuatkan penyelidik ingin mengkaji. Populasi kajian ini terdiri daripada

usahawan-usahawan yang mengusahakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di

Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor. Pada mulanya

penyelidik ingin melakukan penyelidikan terhadap usahawan PKS di Anggerik Mall

sahaja tetapi memandangkan bilangan populasi tidak mencukupi kerana bilangan

terdapat kedai yang tidak beroperasi semasa kajian dijalankan maka penyelidik

meluaskan populasi kajian ke Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor. Jumlah

populasi usahawan PKS di Anggerik Mall adalah sebanyak 30 kedai dan Plaza Alam

Sentral Shah Alam, Selangor sebanyak 40 kedai. Setelah populasi kajian

dikenalpasti, perkara seterusnya adalah menentukan sampel.

3.3.2 Sampel

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) sampel adalah satu kumpulan yang

terpilih dari suatu populasi bagi tujuan pemerhatian atau tinjauan dalam sesuatu

penyelidikan. Ini bermakna, sampel adalah merupakan subset kepada populasi.

Persampelan adalah perlu bagi menjimatkan masa, perbelanjaan, tenaga dan sumber-

sumber manusia terutamanya yang melibatkan populasi yang besar (Sekaran, 2003).

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik Persampelan tujuan atau purposive

sampling / judgment sampling. Persampelan tujuan atau purposive

sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur persampelan iaitu

sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja dipilih sebagai

responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan pengkaji.

Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam populasinya  dipilih oleh pengkaji

sebagai responden. Untuk mengenal pasti masalah dalaman dan luaran usahawas

PKS, maka pengkaji telah memilih kedai-kedai yang menjalankan perusahaan PKS

Page 6: bab 3 baru complete.doc

sahaja di Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor. Pengkaji

menentukan jumlah sampel berdasarkan pada jadual 3.3.2.1 di bawah tentang

penentuan sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) dan berdasarkan kepada Kumar

Sakaran (2003) yang menyatakan jumlah responden sebanyak 30 hingga 500

orang adalah memadai bagi kajian sosial dan perdagangan.

Jadual 3.3.2.1: Penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970)

Page 7: bab 3 baru complete.doc

3.4 Instrumen Kajian

Bagi mendapatkan data yang diperlukan, pengkaji menggunakan instrumen melalui

kaedah soal selidik. Penggunaan borang soal selidik sebagai instrumen dalam kajian

ini dapat meningkatkan ketetapan dalam memberikan maklum balas kepada

penyelidik. Kepentingan menggunakan pengedaran borang soal selidik telah berjaya

mendapatkan maklumat dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pengkaji seharusnya

mengambil tahu bahawa soal selidik yang baik haruslah ringkas, jelas, mudah

dijawab dan dapat mewakili konsep operasional yang ingin dikaji dengan tepat.

Bahagian set soal selidik ini dipecahkan kepada tiga bahagian kecil iaitu bahagian A,

bahagian B dan bahagian C. Bahagian A adalah berkaitan dengan butir-butir peribadi

dan maklumat umum perniagaan responden. Bahagian B pula berkaitan dengan

maklumbalas responden tentang masalah-masalah dalaman yang dihadapi dalam

perusahaan PKS. Manakala bahagian C berkaitan tentang maklumbalas responden

tentang masalah-masalah luaran yang dihadapi dalam perusahaan PKS. Keseluruhan

soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik ini adalah untuk menyediakan

maklumat yang diperlukan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian ini di samping

dapat mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Rujukan borang soal selidik

boleh dilihat di Lampiran A.

3.4.1 Bahagian A

Bahagian A terdiri daripada soalan yang berkaitan dengan butir-butir peribadi

dan maklumat umum perniagaan. Soalan-soalan yang terkandung di dalam

bahagian ini adalah seperti nama syarikat, nombor pendaftaran, alamat,

nombor telefon, nombor faks, tarikh pendaftaran syarikat, jantina, umur, tahap

pendidikan tertinggi, faktor yang mendorong responden menceburkan diri

dalam bidang perniagaan, sumber modal, jenis bantuan yang diterima, jenis

latihan perniagaan, taraf perniagaan, jenis perniagaan, jumlah pendapatan

bersih bulanan dan tempoh pengalaman perniagaan yang diceburi oleh

responden.

Page 8: bab 3 baru complete.doc

3.4.2 Bahagian B

Bahagian B adalah bahagian soalan yang diajukan kepada responden untuk

mengetahui sama ada responden menghadapi masalah-masalah dalaman yang serius

atau tidak dan adakah masalah tersebut boleh ditangani dengan baik atau tidak

dalam menjalankan perniagaan mereka. Bahagian B ini dipecahkan kepada 6

bahagian soalan iaitu bahagian pengurusan perniagaan, produk, pekerja, keuntungan,

latihan dan peningkatan kos operasi. Skala pengukuran yang digunakan dalam

bahagian B adalah jenis likert di mana responden perlu memilih tahap keseriusan

masalah luaran dan dalaman yang mereka hadapi. Maklum balas responden diukur

kecenderungannya dengan menggunakan Skala Likert skor pernyataan negatif yang

dimulai dari Skala 1 untuk Tidak Ada Masalah Langsung, Skala 2 untuk Mempunyai

Masalah Tetapi Boleh Diatasi Dengan Mudah, Skala 3 untuk Masalah Serius Dan

Boleh Diatasi Dengan Mudah, Skala 4 untuk Masalah Serius Tetapi Tidak Boleh

Diatasi Dengan Mudah dan Skala 5 untuk Masalah Amat Serius Dan Boleh Diatasi

Jika Mendapat Bantuan Badan Tertentu. Skala Likert ini digunakan bagi menguji

aras kecenderungan responden terhadap sesuatu item yang diuji (Sekaran, 2009).

Skala ini paling sesuai dipilih kerana ia menilai gelagat dalam kajian yang dilakukan

(Salkind, 2009).

3.4.3 Bahagian C

Manakala bahagian C pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan masalah-

masalah luaran yang sering dihadapi oleh usahawan PKS dalam menjalankan operasi

perniagaan. Tujuan soalan-soalan ini diajukan adalah dengan tujuan untuk

mengetahui apakah faktor luaran yang menjadi punca sesuatu produk atau

perkhidmatan yang dijalankan oleh responden tidak dapat menembusi pasaran yang

lebih luas. Di dalam bahagian ini terdapat 4 bahagian soalan yang diajukan iaitu

soalan tentang pengembangan pasaran, jalinan rantaian (networking) dengan

perusahaan luar dan ahli persatuan, penganugerahan sijil halal, sokongan dan

bantuan kerajaan serta swasta. Skala pengukuran yang digunakan dalam bahagian C

juga adalah jenis Skala Likert.

Page 9: bab 3 baru complete.doc

3.5 Analisis Data

Sesuatu usaha penyelidikan tidak berakhir setakat pengumpulan data. Langkah

seterusnya ialah mempersembahkan data dalam bentuk pengetahuan. Tanpa

proses analisis, data yang dikumpul akan hanya bersifat data mentah. Data

mentah ialah data asal yang dikumpul sendiri oleh pengkaji bagi menjawab

soalan penyelidikan. Data mentah juga dikenali sebagai data primer. Dalam

konteks penyelidikan tinjauan soal selidik, data boleh dianggap kiraan terhadap

ciri, fakta, kejadian atau ukuran sesuatu peristiwa yang direkodkan berdasarkan

pemboleh ubah yang diselidiki. Analisis data tertumpu kepada pengukuran

statistik deskriptif asas seperti min (purata), median (titik tengah), mod

(kekerapan), peratusan, dan pangkatan. Kegunaan data dalam penyelidikan ialah

untuk meringkaskan maklumat tentang sampel dan populasi supaya dapat

menggambarkan maklumbalas yang diperoleh daripada pentadbiran instrumen

soal selidik yang telah dijalankan.

Dalam kajian kuantitatif melalui kaedah tinjauan, terdapat beberapa jenis analisis

data bergantung kepada jenis kaedah pengumpulan data. Jenis analisis data terbahagi

kepada dua jenis utama iaitu sama ada menggunakan analisis statistikal deskriptif

ataupun analisis statistikal inferensi. Statistikal deskriptif ialah menganalisis data

secara peratusan, frekuensi serta dengan menggunakan ukuran kecenderungan

memusat yang terdiri daripada min, mod dan median. Min ialah skor purata data.

Mod pula skor data yang paling kerap, banyak atau kekerapan tertinggi. Manakala

median ialah skor yang ada di tengah-tengah yang dapat membahagikan data kepada

dua bahagian. Kaedah statistik yang digunakan ialah median purata frekuensi dan

peratusan untuk menentukan persepsi pengusaha industri kecil dan sederhana di

Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam terhadap masalah-masalah

dalaman dan luaran yang dialami. Markah pada setiap dimensi dijumlah dan dikira

peratusan.

Data-data yang telah diperolehi oleh pengkaji telah di proses dengan menggunakan

program perisian seperti menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) versi 20, Microsoft Word dan Microsoft Excel. Penggunaan perisian

tersebut akan memudahkan penulis menganalisis dengan tepat data yang diperolehi

Page 10: bab 3 baru complete.doc

dan dapat menjimatkan masa. Data yang telah dianalisis akan dibentangkan dengan

bantuan rajah, graf dan carta bagi memudahkan memahami hasil kajian tersebut.

3.6 Pengukuran Penyelidikan (kesahan dan kebolehpercayaan)

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan

kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi nilai dan

tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data yang

akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti (Majid, 2005).

Kebolehpercayaan dan kesahan adalah ukuran yang merujuk kepada kestabilan dan

ketekalan alat kajian sama ada ia dapat menjawab soalan kajian yang telah dibina

(Hardy & Bryman, 2004).

3.6.1 Kesahan Soal Selidik

Kesahan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen

mengukur apa yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010;

Pallant 2001; Siti Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut

dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa

yang sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid 1990). Soal selidik yang dibina

oleh seseorang pengkaji perlu diuji kesahan kandungannya. Tujuan penyelidik

membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin kesahan item-item kajian agar

bersifat:

(a) dapat dipertahankan-hasil kajiannya tepatdan berguna

(b) ketepatan-menjawab persoalan kajian

(c) kesesuaian-relevan dengan tujuan kajian

(d) bererti-memberi makna terhadap data melalui skor

(e) kebolehgunaan-mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang cuba

dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan

maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur

untuk menginferenkan data kajian(Fraenkel dan Norman, 2005).

Menurut Fraenkel, Norman danWallen (2005), terdapat tiga teknik dalam

menentukan kesahan instrument iaitu:

Page 11: bab 3 baru complete.doc

(a)Content-related evidence of validity. ia merujuk kepada ketepatan kandungan

danformat instrumen, sifat komprehensif instrumen, kebolehgunaan variabel,

ketepatandan kecukupan kandungan item-item yang boleh memberi kefahaman

kepadasampel untuk menjawabnya serta ketekalan kandungan dan format item

untukdiukur dan dinilai oleh sampel. Teknik ini menggunakan sekumpulan pakar

rujukbagi membuktikan ketepatan kandungan item ketika menilai instrumen.

(b)Criterion-related evidence of validity. ia merujuk kepada perhubungan antara

skoryang diperolehi dari satu instrumen dengan skor yang diperolehi daripada satu

atau lebih instrumen yang lain untuk melihat bagaimana kekuatan hubungan

instrumen-instrumen tersebut.

(c)Construct-related evidence of validity.Ia merujuk kepada darjah pembuktian

jumlah yang diperolehi secara tekal daripada pelbagai bukti yang berbeza.

Muktar (2009) menyatakan sebelum soalan ditadbirkan adalah baik jika

mendapatkan pandangan pakar untuk kerja-kerja penyuntingan. Untuk memastikan

kesahan intrumen ini, semua komponen soal selidik bagi setiap item telah

dibincangkan dan disemak dengan pensyarah untuk menentukan item-item yang

dimasukkan dalam soal selidik ini bersesuaian dengan soalan kajian, di mana setiap

pernyataan tersebut mengukur apa sebenarnya yang hendak diukur.

Dalam kajian ini, bagi memperoleh kesahan untuk soal selidik, soalan-soalan soal

selidik dan kandungan penyelidik telah dibincangkan dan dipersetujui oleh

pensyarah sebelum kajian sebenar dilaksanakan.

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan

ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran 1992). satu

kajian rintis (pilot study) telah dilakukan pada 21 Mei 2008 yang melibatkan 53

orang responden yang terdiri pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di

Page 12: bab 3 baru complete.doc

Anggerik Mall dan plaza alam sentral Shah Alam, Selangor bagi tujuan menjalankan

ujian kebolehpercayaan (reliability test). Reliability dikaitkan dengan tahap

kebolehpercayaan instrumen iaitu sejauhmana instrumen tersebut boleh dipercayai

dan tekal. Antara cara dan kaedah yang popular dalam menentukan reliability ialah

melalui internal consistency – alpha cronbach. Nilai Cronbach Alpha yang melebihi

0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen

(Mohd Majid 1990; Pallant 2001; Siti Rahayah 2003). Bagi Sekaran (1992) pula,

nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak

boleh diterima, nilai Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai

Alfa yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Mengikut Hair (2003), tahap

penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian menunjukkan responden

telah menjawab soalan atau pernyataan dalam keadaan konsisten. Beliau telah

memberi garis panduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang menerangkan kekuatan

hubungan seperti di dalam Jadual 2 di bawah:

Jadual 3.6.2.1: Pekali Saiz Cronbach’s Alpha (Peraturan Umum)

Alpha Coefficient Range Kekuatan Hubungan

< 0.6

0.6 < 0.7

0.7 < 0.8

0.8 < 0.9

0.9

Lemah

Sederhana

Baik

Sangat Baik

Terbaik

Hasil daripada ujian tersebut mendapati bahawa semua pembolehubah dapat

melepasi standard julat ‘Cronbach’s Alpha’ yang melebihi 0.7, iaitu nilai pekali

kebolehpercayaan yang melebihi 0.7 dianggap sebagai mencukupi (Nunnally, 1978).

Terdapat empat pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu bahagiana, b

Page 13: bab 3 baru complete.doc

dan c. Hasil ujian Cronbach Alpha yang dijalankan ke atas 53 responden adalah

seperti di dalam Jadual 2 di bawah:

Jadual 3.6.2.2: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan

Pembolehubah Cronbach Alpha

Kajian Sebenar (n=53)

N of Items

Bahagian a 0.719 53

Bahagian b 0.915 53

Bahagian c 0.872 53

Jadual 3 menunjukkan kebolehpercayaan pembolehubah bagi bahagian a, b dan c

yang digunakan dalam kertas borang soal selidik bagi mengkaji kajian ini. Daripada

keputusan tersebut, setelah ujian kebolehpercayaan ke atas data dibuat,

pembolehubah bagi bahagian a melepasi tahap kebolehpercayaan yang baik.

bahagian b pula melepasi tahap kebolehpercayaan yang sangat baik dan

pembolehubah bagi bahagian c melepasi tahap kebolehkepercayaan yang terbaik.

Page 14: bab 3 baru complete.doc

kesimpulan

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sepenuhnya untuk

mendapatkan dapatan kajian daripada responden yang dipilih secara rawak tentang

faktor-faktor masalah-masalah dalaman dan luaran yang dihadapi dalam perusahaan

kecil dan sederhana (PKS). Peniaga yang menjalankan perusahaan kecil dan

sederhana di Anggerik Mall dan Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor telah

dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 53 peniaga PKS di lokasi

tersebut. Hasil dapatan kajian ini akan disenarai dan dihuraikan secara terperinci

dalam bab 4.