proposal bab 1(kho)

21
KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PADAWAN, SARAWAK BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan secara umum tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif, persoalan, kepentingan dan batasan kajian. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah beberapa konsep tentang pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas kajian. Bab ini dibahagikan kepada 12 bahagian kecil. Bahagian 1.2 menghuraikan tentang latar belakang kajian. Bahagian 1.3 menghuraikan tentang pernyataan masalah. Bahagian 1.4 menerangkan kerangka teori kajian.

Upload: ally-kho

Post on 07-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kepimpinan

TRANSCRIPT

KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH PADAWAN, SARAWAK

BAB 1PENGENALAN1.1 PENDAHULUAN Bab ini membincangkan secara umum tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif, persoalan, kepentingan dan batasan kajian. Turut dibincangkan dalam bab ini ialah beberapa konsep tentang pembolehubah bersandar dan pembolehubah bebas kajian. Bab ini dibahagikan kepada 12 bahagian kecil. Bahagian 1.2 menghuraikan tentang latar belakang kajian. Bahagian 1.3 menghuraikan tentang pernyataan masalah. Bahagian 1.4 menerangkan kerangka teori kajian. Bahagian 1.5 menerangkan kerangka konseptual kajian. Bahagian 1.6 menerangkan tentang tujuan kajian. Bahagian 1.7 pula menjelaskan objektif kajian. Bahagian 1.8 menyatakan soalan kajian dan bahagian 1.9 menerangkan tentang hipotesis kajian. Manakala bahagian 1.10 pula menerangkan kepentingan kajian. Bahagian 1.11 menerangkan skop dan batasan kajian. Bahagian 1.12 menerangkan definisi operational kajian.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIANDalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang diketengahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengariskan kepentingan profesion keguruan dalam anjakan keempat. Dalam anjakan keempat telah menunjukkan hasrat kerajaan dalam mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan di mana ia memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai tahun 2013. Dalam mencapai anjakan keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ini, maka kepuasan kerja guru merupakan aspek paling utama yang harus dititikberatkan oleh kerajaan di mana sekiranya kepuasan kerja guru berada pada tahap yang memuaskan, nescaya anjakan mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan pada masa akan datang akan direalisasikan.Menurut Weisch dan Lavan dalam Abdullah (1999) tidak semua pekerja berpandangan positif terhadap pekerjaan yang mereka pilih. Mereka juga berkemungkinan mengalami kesan-kesan negatif semasa menjalankan tugas seperti mengalami tekanan perasaan, kekecewaan, suasana yang menjemukan, kebimbangan, kepenatan, dan perasaan yang tidak menyeronokkan. Kesemua fenomena ini boleh mengurangkan tahap kepuasan kerja mereka. Majikan memainkan peranan membantu pekerja menghindari perasaan sedemikian dengan menyediakan pelbagai keperluan yang sesuai untuk meningkatkan kepuasan kerja pekerja.Manusia yang sempurna akal dan fizikalnya yang hidup di dunia mesti tidak akan dikecualikan daripada bekerja. Hal ini kerana menurut Maslow (1954), Herzberg, Mausnerdan, Synderman (1959); Alderfer (1967); Vroom (1964) dan Locker (1969) menekankan bahawa bekerja merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi khususnya untuk mencapai keperluan kesempurnaan kendiri. Bonnely dan Gibson (1978) juga mengetengahkan bahawa terdapat tiga pendorong utama kenapa manusia bekerja. Antaranya seseorang individu bekerja demi mendapatkan sumber ekonomi yang mengizinkan manusia hidup dengan selesa, sebagai satu pengiktirafan harga diri dan juga untuk menyelaraskan aktiviti kehidupan seseorang individu. (Rambli Bin Haji Hasbi, 2001)Menurut (Kalleberg, 1977) kepuasan kerja dikaitkan dengan aspek efektif atau perasaan seseorang terhadap kerjanya, konsep kepuasan kerja ini adalah berkaitan dengan sikap seseorang terhadap keseluruhan situasi kerjanya. Menurut Kalleberg, sikap tersebut mengandungi pelbagai dimensi iaitu seseorang pekerja boleh berpuas hati terhadap sesuatu dimensi pekerjaannya tetapi pada masa yang sama tidak puas terhadap dimensi lain dalam pekerjaannya. Kepuasan kerja diperjelaskan sebagai suatu keadaan efektif (perasaan) yang dipengaruhi oleh faktor interaksi di antara pekerja, ciri-ciri personal, nilai dan jangkaan terhadap persekitaran kerja dan organisasi (Muellar & Mc Claskey, 1990).Kepuasan kerja yang tinggi juga merupakan satu faktor yang amat penting di mana perlu dipertimbangkan dalam pengambilan guru-guru baru dalam profesion perguruan. Oleh itu tidak hairanlah penyelidik mencadangkan sekolah atau institusi pendidikan mesti memberi perhatian yang lebih dalam menambahkan kepuasan kerja guru bagi mengekalkan individu yang berkualiti (Bogler, 2001). Keperluan untuk mengekalkan guru-guru yang berkualiti di sekolah-sekolah menjadi perkara yang semakin diutamakan, beberapa kajian perlu dijalankan ke atas kepuasan atau ketidakpuasan kerja guru (Colgan ,2004 ;Houchins, Shippen & Cattret, 2004; Kleinhenz & Ingvarson, 2000; Reyes & Hoyle, 1992).Sonia Blandford, 2004 menyatakan bahawa pengetua dan pengetua memainkan peranan yang amat penting sebagai tonggak kejayaan sekolah di mana sekolah memerlukan pentadbir yang dapat menyedarkan tentang matlamat dan tujuan sekolah; menetapkan harapan yang tinggi di kalangan kakitangan dan murid; memfokuskan usaha memperbaiki teknik mengajar dan belajar; memantau prestasi dan mendorong kakitangan supaya memberikan sumbangan terbaik.

1.3 PENYATAAN MASALAHKepimpinan merupakan satu unsur yang amat penting dalamsesebuah organisasi formal. Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahlinya di dalamnya. Menurut Alimuddin (2006), kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun ia membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa kepimpinan itu adalah suatu proses di mana seseorang individu itu (pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama. Dalam konteks pengurusan sekolah atau pendidikan amnya, kepimpinan adalah berhubung rapat dengan keberkesanan sekolah. Sekolah yang berkesan adalah dihasilkan melalui kepimpinan yang cekap dan berkualiti. Amalan kepimpinan transformasi pengetua yang terdiri daripada empat dimensi iaitu pertimbangan individu, stimulus intelek, inspirasi motivasi dan pengaruh ideal merupakan elemen yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Maka kajian hubungan antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja guru haruslah dijalankan bagi mengesan sejauh mana pernyataan ini dapat dibuktikan.Dalam kajian Amalan Pengurusan Dan Kepuasan Bekerja: Reality Atau Ilusi oleh Abd. Rahim Romie dan Abdul Shukor Shamsudin, 2007 menunjukkan bahawa amalan kepimpinan merupakan faktor penentu terhadap kepuasan kerja. Manakala dalam kajian Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Pengetua dengan Komitmen Kerja dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Zon Tanjung Karang oleh Elangkumaran Davarajoo menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan signifikan dalam kepimpinan pengajaran pengetua mengikut kategori Sekolah Rendah SK, SJKC & SJKC dan terdapat hubungan yang signifikan terhadap kepimpinan pengajaran dengan Komitmen kerja guru dan kepuasan kerja guru di tiga jenis sekolah rendah (SK, SJKC & SJKT).Dalam kajian Hubungan Kepuasan Kerja Guru-Guru Dengan Gaya Kepimpinan Pengetua Di Sekolah Daerah Besut, Terengganu oleh Hassan Bin Hushin & Adnan Bin Hussin menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan antara gaya kepimpinan pengetua dengan kepuasan kerja guru di mana gaya kepimpinan instrumental paling dominan diamalkan oleh pemimpin sekolah begitu juga guru-guru lebih puas bekerja dibawah kepimpinan yang mengamalkan gaya kepimpinan instrumental.Namun demikian dalam kajian Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Pengetua Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Menengah Kurang Murid Gemilang Tujuh Segamat,Johor oleh Hishamuddin Shah Bin Mokri, Mohd Rizal Bin Atan, dan Supian Bin Hashim, 2009 bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan karisma, timbang rasa, merangsang intelek, dan motivasi inspirasi.Maka, daripada beberapa kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas, kepimpinan transformasi pengetua memang merupakan satu faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di sekolah. Walaupun ada juga kajian lepas telah membuktikan bahawa tidak terdapat hubung kait antara kepimpinan transformasi pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah.

1.4 KERANGKA KONSEP TEORI1.4.1Teori Kepimpinan TransformasiDalam kajian ini, pengkaji menggunakan Teori Kepimpinan Transformasi Bass (1985) sebagai rujukan utama. Justeru itu, berdasarkan rajah 1.4 dengan jelas menunjukkan Teori Kepimpinan Transformasi Bass (1985) yang digunakan dalam kajian ini berserta dengan konstruk-konstruknya.

Pertimbangan Individu

MODEL KEPIMPINAN TRANSFORMASI BASS (1985)

Stimulasi Intelek

Inspirasi Motivasi

Pengaruh Ideal

Rajah 1.4Kerangka Teori Kepimpinan Transformasi

1.4.2Teori Dual Faktor Herzberg (1959)

1.4.3Teori Hierarki keperluan MaslowKeperluan Peringkat Rendah:Keperluan FisiologiKeperluan Peringkat Tinggi:Keperluan Psikologi

Rajah 1.4.3Teori Hirarki Keperluan Maslow (Sumber: Gibson, Ivancevich dan Donelly, 2000. Organizations: Behavior, Structure and Process. USA: Irwin McGraw-Hill. p.144)1.5 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANMenurut Baba (1989), dalam kerangka konseptual kajian di bawah menerangkan bahawa kepimpinan transformasi pengetua mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak. Adakah pertimbangan individu mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak? Adakah stimulasi intelek mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak? Adakah inspirasi motivasi mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak? Adakah pengaruh ideal mempengaruhi tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak? Di sini, tahap kepuasan kerja guru dapat dilihat. Ini dapat menunjukkan bahawa tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak merupakan pemboleh ubah bersandar (dependent) manakala kepimpinan transformasi pengetua merupakan pemboleh ubah bebas (independent).Dalam pemboleh ubah bebas, empat dimensi telah didirikan iaitu pertimbangan individu, di mana kajian ini Pengetua membantu memperkembangkan potensi peribadi guru; Pengetua menganggap guru mempunyai kebolehan tersendiri; Pengetua melayan guru sebagai individu daripada sebagai seorang ahli kumpulan; Pengetua meluangkan masa membimbing guru; dan Pengetua memberi peluang kepada pengikutnya untuk berbeza pendapat.Stimulasi intelek merupakan dimensi kedua yang dikaji dalam kajian ini, iaitu Pengetua mencari pelbagai perspektif apabila menyelesaikan sesuatu masalah; Pengetua membuatkan guru melihat masalah dari pelbagai sudut; Pengetua mencadangkan beberapa cara baru menyiapkan tugasan; Pengetua menerangkan kepentingan mempunyai sesuatu tujuan yang jelas; dan Pengetua menilai semula tanggapan yang kritikal tentang kesesuaiannya kepada permasalahan.Dimensi ketiga dalam kajian iniadalah inspirasi motivasi di mana menunjukkan bahawa Pengetua menyediakan kemudahan yang mencukupi semasa menjalankan tugas; Pengetua sentiasa bersama-sama dalam melaksanakan tugasan; Pengetua menekankan kepada kepentingan mempunyai misi bersama; Pengetua menyatakan tentang masa depan dengan pandangan optimistik; dan Pengetua menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan dengan penuh bersemangat.Dimensi yang terakhir dalam kajian ini adalah pengaruh ideal di manaia menunjukkan bahawa Pengetua menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa matlamat boleh dicapai; Pengetua berani menghadapi risiko dalam setiap tindakan yang diambil; Pengetua memberi harapan yang tinggi kepada keupayaan pengikutnya; Pengetua mempunyai misi dan visi yang jelas dalam mencapai matlamat organisasi; dan Pengetua menampilkan ciri-ciri keyakinan diri dalam membuat keputusan.Manakala pembolehubah bersandar merupakan tahap kepuasan kerja guru. Tahap kepuasan kerja guru dapat diukur melalui bahagian C dalam borang soal selidik yang telah diedar kepada semua respondent di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak. Tahap kepuasan kerja guru merupakan elemen yang paling penting dalam kajian untuk menentukan sejauh manakah hubungkait antara pembolehubah bersandar dengan pemboleh ubah bebas.

Kepimpinan Transformasi Pengetua Pertimbangan Individu Stimulasi Intelek Inspirasi Motivasi Pengaruh IdealKepuasan Kerja Guru

Rajah 1.5: Kerangka Konseptual kajian diadaptasi daripada model Proses Pendidikan Alias Baba

1.6 TUJUAN KAJIANTujuan kajian ini dijalankan untuk membuat tinjauan mengenai hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak. Kajian ini memberikan pendedahan kepada pengkaji untuk menjalankan kajian di samping memperolehi maklumat mengenai pengaruh kepimpinan transformasi pengetua dalam menentukan tahap kepuasan kerja guru di sekolah.1.7 OBJEKTIF KAJIANAntara objektif kajian yang telah disasarkan oleh penyelidik adalah seperti yang berikut;1.7.1 Mengenal pasti tahap kepimipinan transformasi pengetua di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak1.7.2 Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak1.7.3 Mengkaji hubungan antara faktor demografi dengan kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak1.7.4 Mengkaji hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak1.8 SOALAN KAJIANAntara soalan-soalan kajian yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah:1.8.1 Apakah tahap kepimpinan transformasi pengetua di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.2 Apakah tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor jantina dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor umur dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.5 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor status perkahwinan dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kelayakan akademik dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengalaman mengajar dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.8 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor gred jawatan dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.9 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pertimbangan individu dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.10 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi stimulasi intelek dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.11 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi inspirasi motivasi dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.8.12 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pengaruh ideal dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan, Sarawak?1.9 HIPOTESIS KAJIANAntara Hipotesis kajian yang ditimbulkan dalam kajian ini adalah:Ho1, Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pertimbangan individu dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak.Ho2, Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi stimulasi intelek dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak.Ho3, Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi inspirasi motivasi dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak.Ho4, Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pengaruh ideal dengan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak.

1.10 KEPENTINGAN KAJIANKepimpinan pemimpin sekolah merupakan salah satu indicator yang penting dalam menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 juga telah menggariskan dalam anjakan kelima yang menyentuh tentang kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting, selepas kualiti guru, dalam menentukan keberhasilan murid. Beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pemimpin yang cemerlang, iaitu yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran, dapat meningkatkan keberhasilan murid sebanyak 20%. Walau bagaimanapun, kriteria pemilihan yang diamalkan pada masa ini sebahagian besarnya ditentukan berdasarkan tempoh perkhidmatan dan bukannya kecekapan kepimpinan. Tambahan lagi, 55% daripada semua pemimpin sekolah yang ada pada masa ini tidak pernah mengikuti latihan persediaan atau induksi sebelum atau semasa mereka berada dalam tempoh tiga tahun pertama sebagai pemimpin sekolah. Hal ini bermakna mereka mungkin menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah dalam keadaan kurang bersedia. Dengan bilangan 40% pemimpin sekolah yang akan bersara dalam tempoh lima tahun akan datang, maka wujud peluang untuk meningkatkan kualiti kohort ini. (PPPM 2013 -2025, KPM)

1.11 SKOP DAN BATASAN KAJIANKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji amalan kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasankerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak. Kajian ini melibatkan semua guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak yang terdiri daripada guru akademik biasa, guru kaunseling, guru kanan dan penolong kanan.Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mencapai persoalan kajian yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Untuk menjawab persoalan kajian ini, elemen-elemen seperti demografi reposnden, tahap kepuasan kerja guru dan amalan transformasi pengetua berdasarkan interprestasi yang telah diterangkan dalam definisi operational kajian akan digunakan. Demografi responden yang terpilih merangkumi jantina, umur, status perkahwina, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan gred jawatan. Manakala tahap kepuasan kerja akan diukur dengan 16 item yang tersenarai dalam soal selidik. Bagi amalan kepimpinan transformasi pengetua pula akan melibatkan empat dimensi utama iaitu pertimbangan individu, stimulus intelek, inspirasi motivasi dan pengaruh ideal. Kesediaan responden memainkan peranan yang amnat penting dalam menentukan kejituan kajian ini. Justeru itu, tahap kefahaman responden semasa menjawab semua item dalam borang soal selidik akan menentukan kesahihan kajian ini.1.12 DEFINISI OPERATIONALDalam kajian ini, terdapat beberapa istilah khusus yang digunakan oleh pengkaji yang mana memerlukan penjelasan agar ia tidak menimbulkan kekeliruan mengenai maksud istilah yang digunakan semasa kajian ini dijalankan.1.12.1KepimpinanMenurut Rosen Bach & Taylor 1993 menyatakan bahawa kepimpinan merupakan satu proses yang berkaitan dengan mendapatkan individu untuk bekerjasama supaya dapat menjayakan sesuatu yang mungkin tidak berlaku tanpa pengaruhnya.Menurut D. Brin 1993 pula menyatakan bahawa kepimpinan ialah keupayaan untuk membangkitkan keyakinan dan sokongan di kalangan individu yang diperlukan untuk mencapai matlamat. Cook, Hunsaker, Coffey 1997 menyatakan bahawa kepimpinan merupakan keupayaan untuk membangkitkan keyakinan dan sokongan dikalangan individu yang diperlukan untuk mencapai matlamat oragnisasi.Lussier 2002 pula menyatakan bahawa kepimpinan merupakan proses pengaruh mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan.1.12.2Kepimpinan transformasiBernard Bass (Stone et al, 2004) menyatakan bahawa:Transformational leaders transform the personal values of followers to support the vision and goals of the organization by fostering an environment where relationships can be formed and by establishing a climate of trust in which visions canbe shared.

Tracy and Hinkin (Gill dkk, 2010) menyatakan bahawa kepimpinan transformasi sebagai:The process of influencing major changes in the attitudes and assumptions of organization members and building commitment for the organizations mission or objectives.Leithwood, 1994 (Mok Soon Sang, 2012) mengkonsepsikan kepimpinana trasformasi di bawah lapan dimensi, iaitu:a) Membina visi sekolahb) Menentukan matlamat sekolahc) Memberi simulasi intelektuald) Menawar sokongan individue) Menonjolkan amalan terbaik dan nilai organisasi terutamaf) Mendemostrasi harapan prestasi yang tinggig) Membentuk budaya sekolah yang cemerlangh) Memperkembangkan struktur untuk memupuk penyertaan dalam membuat keputusanSecara keseluruhannya, Mok Soon Sang(2012) menyatakan kepimpinan tranformasi boleh dihayati daripada empat stail tranformasi, iaitu:a) Keunggulan gelagatb) Penumpuan kepada setiap individuc) Pemberiaan motivasi yang berinspirasid) Pemberian rangsangan secara intelek1.12.3Pertimbangan IndividuMenurut Bass, 1984 (Jamaliah & Norashimah, 2005) menyatakan bahawa pertimbangan individu merupakan kesanggupan pemimpin memahami dan mengambil kira apa yang akan meningkatkan minat, komitmen dan potensi individu di dalam organisasinya.1.12.4Stimulasi IntelekMenurut Bass, 1984 (Jamaliah & Norashimah, 2005) menyatakan bahawa stimulasi intelek adalah pemimpin berusaha meningkatkan pencapaian pengikut ke tahap hasil yang lebih tinggi dengan mencabar pemikiran, prinsip, dan andaian-andaian yang ada pada diri pengikut. Tujuan cabaran adalah untuk menggalakkan pemikiran mencapah atau refleksi yang boleh membawa kepada tahap pemahaman yang lebih tinggi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Pemimpin akan membawa cerita kejayaan atau cerita pengalaman dari organisasi yang lain atau menceritakan tentang piawai yang diguna pakai oleh institusi lain sebagai satu langkah mencetuskan cabaran kepada pemikiran pengikut dan pekerjanya.1.12.5Inspirasi MotivasiMenurut Bass, 1984 (Jamaliah & Norashimah, 2005) menyatakan bahawa inspirasi motivasi merupakan pemimpin yang sentiasa menggalakkan perkemangan potensi dan pencapaian kualiti kerja yang lebih tinggi melalui pencerapan milai-nilai yang tinggi, etika kerja yang cekap serta bersih, dan penonjolan contoh teladan yang unggul. Cerita dan contoh kejayaan akan disebarkan, galakan untuk mencuba idea baru akan diberi, dan saranan terhadap kesabaran menghadapi risiko akan diuar-uarkan. Kesemua ini bertujuan menginspirasikan pekerja untuk terus meningkatkan prestasi kerja mereka.1.12.6Pengaruh IdealMenurut Bass, 1984 (Jamaliah & Norashimah, 2005) menyatakan bahawa pengaruh ideal merupakan gambaran sesuatu kejayaan atau hasil yang ideal yang perlu dicapai. Gambaran idealistik yang jelas, grafik dan merangsang akan memotivasikan pengikut atau pekerja. Kadangkala harapan idealistik ada terungkap dalam pernyataan wawasan atau visi sesebuah organisasi. Malangnya wawasan itu kerap gagal menggambarkan dengan terang apakah hasil idealistik yang hendak dicapai. Imej mentalyag kabur akan mematahkan semangat juang dan menimbulkan komitmen kerja yang rendah, tidak terarah dan kurang memberangsangkan.1.12.7Kepuasan KerjaRobin (2003) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai sikap umum terhadap pekerjaan seseorang yang menunjukkan perbezaan antara jumlah penghargaan yang diterima pekerja dan jumlah yang mereka yakini seharusnya mereka terima. Greenberg dan Baron (2003) mendeskripsikan kepuasan kerja sebagai sikap positif atau negatif yang dilakukan individu terhadap pekerjaan mereka. Selain itu Gibson (2000) menyatakan kepuasan kerja sebagai sikap yang dimiliki para pekerja tentang pekerjaan mereka.1.13RUMUSANDalam bab ini, penyelidik telah membincangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis, kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian, kerangka teori kajian, kerangka konseptual kajian dan definisi operational yang diguna pakai di dalam kajian ini. Ia melibatkan isu dan bidang yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan dan masalah yang dikaji dalam kajian ini. Dalam melaksanakan kajian ini, tujuan kajian dinyatakan dan beberapa kemungkinan yang ingin dicapai telah dikaji dalam kajian ini. Ianya juga memberikan kepentingan kepada beberapa pihak dalam membantu untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak supaya lebih berkesan dan efektif. Kajian yang melibatkan guru-guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak ini bertujuan untuk melihat amalan kepimpinan transformasi pengetua yang membawa impak kepada tahap kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Daerah Padawan Sarawak.