proposal bab 4 & 5

26
KRL 3043 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM ZABIDAH BINTI IBRAHIM D20111049478 SEKOLAH RENDAH PENSYARAH/PENYELIA: DR. IDRIS BIN MOHD RADZI TARIKH : 12 APRIL 2015 1 PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN BAB 4 DAN 5 PEMARKAHAN

Upload: zabidah-mkba

Post on 16-Dec-2015

87 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gh

TRANSCRIPT

KRL 3043KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN

BAB 4 DAN 5

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIKPROGRAM

ZABIDAH BINTI IBRAHIMD20111049478SEKOLAH RENDAH

PENSYARAH/PENYELIA: DR. IDRIS BIN MOHD RADZI

TARIKH :12 APRIL 2015

KANDUNGAN Muka Surat

TAJUK

BAB 4DAPATAN KAJIAN

1

4.1Pengenalan 4

2.2Analisis Data14

4.3Rumusan Data14

BAB 5PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN

5.2Pengenalan15

2.2Perbincangan berdasarkan persoalan kajian 15

5.3Implikasi dapatan kajian 19

5.4 Rumusan 21

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN22

BAB IVDAPATAN KAJIAN4.1 PengenalanBahagian ini menjelaskan maklumat-maklumat berkaitan dapatan yang diperoleh berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah dikemukakan dalam bab 1 di samping membincangkan proses penganalisisan dan pentafsiran data yang telah di kumpul oleh pengkaji daripada instrumen kajian. Dapatan kajian diperoleh daripada hasil keputusan ujian dan soal selidik yang telah dijalankan ke atas responden. Sebanyak tiga ujian yang dilakukan terhadap murid-murid dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan iaitu Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Ujian Pra dilakukan sebelum kaedah Aura Ketingting dijalankan. Ujian ini bertujuan untuk mengesan tahap kefahaman dan penguasaan murid-murid terhadap penggunaan penjodoh bilangan bahasa. Setelah Ujian Pra dijalankan, keputusan ujian tersebut direkodkan. Selepas itu, murid-murid dalam kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah Aura Ketingting manakala murid-murid dalam kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Dua minggu selepas itu, kedua-dua kumpulan tersebut diberi ujian kedua iaitu Ujian Pos 1. Keputusan ujian tersebut juga telah direkodkan untuk dibuat perbandingan.

Setelah menjalankan Ujian Pos 1 dan memungut data, proses pengajaran dan pembelajaran untuk kumpulan eksperimen diteruskan dengan kaedah Aura Ketingting manakala kumpulan kawalan masih diajar dengan menggunakan kaedah tradisional. Tiga minggu kemudian, ujian ketiga iaitu Ujian Pos 2 diberikan kepada kumpulan tersebut untuk melihat hasil kajian ini. Semua keputusan ujian dipaparkan dalam ujian di bawahan kajian pula adalah berdasarkan kepada pengiraan skor min dan pengiraan peratusan. Statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan perkara berikut:a) Menilai perbezaan pencapaian murid antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan apabila menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui pengiraan peratusan.b) Menilai perbezaan pencapaian murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan eksperimen apabila menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui perbezaan skor min.c) Mengenal pasti kesan penggunaan kaedah Aura Ketingting terhadap murid-murid dalam pembelajaran penjodoh bilangan melalui pengiraan peratusan.

4.2 Analisis Data4.2.1 Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid apabila menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan?Jadual 4.1 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen

UjianUjian PraUjian Pos 1Ujian Pos 2

NamaManusiaHaiwanBenda%ManusiaHaiwanBenda%ManusiaHaiwanBenda%

101010101010101010

Amran355435766079983

Azhar245374665379880

Farid3343455653891090

Hasrul443376465388983

Khairul435405766079983

Nasrul454436565799887

Saiful5465066660881087

Alisa556535776389987

Azidah465506676397880

Fatihah435405454779880

Nabila344375655388983

Nur Samirah44647667639101097

Nur Suhaila535436475789987

Nur Syahirah6354767663991093

Nur Umilah545476676398883

Graf 4.1: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Eksperimen (4 Kreatif)

Graf 4.2: Keputusan Ujian Pra dan Pos Bagi Kumpulan Eksperimen (Perempuan)

Jadual dan Graf di atas menunjukkan keputusan ujian yang telah dilakukan terhadap murid-murid dalam kumpulan eksperimen. Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra, didapati bahawa semua murid dalam kumpulan eksperimen berada pada tahap sederhana. Mereka dapat menjawab antara 11 hingga 16 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan dengan markah antara 34% hingga 53%.Keputusan Ujian Pos 1 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dengan ujian pra. Namun begitu, semua responden masih berada pada tahap sederhana. Mereka dapat menjawab 14 hingga 19 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan. Markah yang diperoleh ialah antara 47% hingga 63%. Walaupun hanya terdapat sedikit peningkatan, namun keberkesanan kaedah Aura Ketingting telah dapat dirasakan. Faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan mereka masih tidak dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan baik. Oleh itu, masa yang lebih panjang dan jumlah penjodoh bilangan yang lebih banyak disediakan agar mereka dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan lebih baik.Peningkatan yang agak ketara ditunjukkan dalam keputusan Ujian Pos 2. Semua responden telah dapat menjawab lebih daripada 20 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan baik. Mereka juga telah mendapat markah antara 77% hingga 97%. Peningkatan ini telah meletakkan semua responden dalam kumpulan eksperimen ini pada tahap cemerlang. Peningkatan ini menjadi bukti bahawa penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid-murid dalam aspek penjodoh bilangan bahasa Melayu.

Jadual 4.2 : Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Kawalan

UjianUjian PraUjian Pos 1Ujian Pos 2

ManusiaHaiwanBenda%ManusiaHaiwanBenda%ManusiaHaiwanBenda%

Nama101010101010101010

Aiman354404554756553

Azrul446474565055653

Faizal455475565354650

Hafiz454435544755653

Lukman566575565367767

Nizal455475565365657

Roslan344374544355653

Adhaini565534554756553

Aliana475534665355653

Elyani466535655367767

Faridah576606676366867

Salmi665576565768977

Umilah557575665768770

Wan Aida656575565377873

Yusmarita446475676055860

Zabiah565536655786770

Zulaikha554474655075763

Graf 4.3: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Kawalan (4 Kreatif)

Graf 4.4: Keputusan Ujian Pra dan Pos Bagi Kumpulan Kawalan (4 Bestari)

Keputusan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 bagi kumpulan kawalan telah direkodkan sebagaimana yang terdapat dalam jadual dan graf di atas. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, didapati murid-murid daripada kumpulan kawalan dapat menjawab 11 hingga 18 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan dalam Ujian Pra. Markah yang didapati oleh mereka ialah antara 37% hingga 60%. Ini menunjukkan bahawa murid-murid daripada kumpulan kawalan berada pada tahap sederhana. Keputusan Ujian Pos 1 bagi kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding dengan Ujian Pra. Ini kerana markah yang diperoleh dalam Ujian Pos 1 hampir sama dengan markah yang diperoleh dalam Ujian Pra. Selain itu, terdapat 3 orang murid yang mendapat markah yang lebih rendah dalam Ujian Pos 1 berbanding dengan Ujian Pra. Walau bagaimanapun, terdapat seramai 10 orang murid yang menunjukkan sedikit peningkatan dalam Ujian Pos 1. Murid-murid dalam kumpulan kawalan masih berada pada tahap sederhana pada Ujian Pos 1 kerana semua murid dalam kumpulan ini hanya dapat menjawab antara 13 hingga 19 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan. Markah yang paling rendah dalam Ujian Pos 1 ialah 43% dan markah yang tertinggi ialah 63%.Ujian Pos 2 yang dilakukan terhadap kumpulan kawalan menunjukkan keputusan yang lebih baik. Lebih banyak soalan yang dapat dijawab dengan betul. Dalam ujian Pos 2 murid-murid daripada kumpulan kawalan ini dapat menjawab antara 15 hingga 23 soalan dengan betul dan mendapat markah antara 50% hingga 77%. Hanya 4 orang murid yang berada pada tahap cemerlang dalam Ujian Pos 2 iaitu mereka yang dapat menjawab lebih daripada 20 soalan dengan betul manakala 13 orang murid lagi masih berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, tidak banyak perubahan yang dapat ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan kawalan untuk menguasai aspek penjodoh bilangan dengan mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

4.2.2 Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui penggunaan kaedah Aura Ketingting?

Jadual 4.3: Perbezaan Pencapaian dan Skor Min Dalam Ujian Pos Antara Murid 4 Kreatif dan 4 Bestari dalam Kumpulan Eksperimen

Ujian Pos 1Ujian Pos 2

CemerlangSederhanaLemahSkor MinCemerlangSederhanaLemahSkor Min

70%-!00%37%-69%1%-36%70%-!00%37%-69%1%-36%

4 Kreatif07056.57%70084.71%

4 Bestari010058.20%100084.70%

Graf 4.5: Perbezaan Skor Min Dalam Ujian Pos Antara Murid 4 Kreatif dan Murid 4 Bestari dalam Kumpulan Eksperimen0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%4 Kreatif 4 BestariUjian Pos 1 Skor MinUjian Pos 2 Skor Min

Jadual dan graf di atas menunjukkan perbezaan skor min antara murid lelaki dan murid perempuan dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 bagi kumpulan eksperimen. Berdasarkan jadual dan graf di atas, didapati skor min untuk murid 4 Bestari dalam Ujian Pos 1 adalah lebih tinggi iaitu 58.2% berbanding dengan skor min yang dicatatkan oleh murid 4 Kreatif iaitu 56.57%. Skor min bagi Ujian Pos 2 pula menunjukkan bahawa peratus markah yang dicatatkan oleh murid 4 Bestari adalah lebih tinggi iaitu 84.71% berbanding dengan murid 4 Kreatif yang hanya mencatatkan 84.70%. Perbezaan skor min antara murid 4 Kreatif dan murid 4 Bestari dalam kedua-dua ujian tersebut adalah terlalu kecil. Murid 4 Kreatif dan murid 4 Bestari masing-masing mencatatkan markah yang rendah dalam Ujian Pos 1. Namun begitu, setelah menggunakan kaedah Aura Ketingting secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan, mereka telah dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan baik dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan. Hasilnya, mereka telah mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Pos 2. Ini menunjukkan bahawa murid 4 Kreatif dan murid 4 Bestari dalam kumpulan eksperimen telah berjaya mengaplikasikan kaedah Aura Ketingting dalam pembelajaran penjodoh bilangan. Kesimpulannya, tidak ada perbezaan pencapaian antara murid 4 Kreatif dan murid 4 Bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui penggunaan kaedah Aura Ketingting.

4.2.2.1 Apakah kesan penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan bahasa Melayu terhadap murid tahun 4?

Jadual 4.4: Perbezaan Keputusan Ujian Bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan KawalanEksperimenKawalan

PraPos 1Pos 2PraPos 1Pos 2

%%%%%%

Amran436083Aiman404753

Azhar375380Azrul475053

Farid345390Faizal475350

Hasrul375383Hafiz434753

Khairul406083Lukman575367

Nasrul435787Nizal475357

Saiful506087Roslan374353

Alisa536387Adhaini534753

Azidah506380Aliana535353

Fatihah404780Elyani535367

Nabila375383Faridah606367

Nur Samirah476397Salmi575777

Nur Suhaila435787Umilah575770

Nur Syahirah476393Wan Aida575373

Nur Umilah476383Yusmarita476060

Wan Azlin475780Zabiah535770

Wan Nazirah375377Zulaikha475063

Graf 4.6: Keputusan Ujian Bagi Kumpulan Eksperimen

Graf 4.7: Keputusan Ujian Bagi Kumpulan Kawalan

Jadual dan graf di atas menunjukkan perbandingan markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam kumpulan eksperimen dan murid-murid dalam kumpulan kawalan dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Berdasarkan jadual tersebut, didapati bahawa murid-murid dalam kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan pencapaian dalam setiap ujian yang dijalankan. Buktinya, dalam Ujian Pra mereka hanya mendapat markah antara 34% hingga 53%. Namun begitu, setelah menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan, pencapaian mereka telah meningkat dalam Ujian Pos 1. Markah yang diperoleh oleh mereka ialah antara 47% hingga 63%. Seterusnya, dalam Ujian Pos 2, pencapaian mereka semakin meningkat dengan mendapat markah antara 77% hingga 97% iaitu pencapaian yang cemerlang. Perbezaan markah yang begitu ketara telah ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan kawalan jika dilihat pada Ujian Pra dan Ujian Pos 2.Hal ini berbeza dengan murid-murid dalam kumpulan kawalan yang hanya menunjukkan sedikit peningkatan. Tidak semua murid yang menunjukkan peningkatan dalam setiap ujian yang dijalankan malahan ada beberapa orang murid yang menunjukkan kemerosotan. Jika dilihat pada keputusan Ujian Pos 1, terdapat tiga orang murid yang merosot pencapaian mereka berbanding dengan keputusan Ujian Pra. Begitu juga jika dilihat pada keputusan Ujian Pos 2 bagi murid-murid dalam kawalan yang mana hanya 4 orang yang mendapat markah 70% dan ke atas. Ini berbeza dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan eksperimen yang mana semua murid mendapat markah lebih daripada 70% dalam Ujian Pos 2.Berdasarkan keputusan yang diperoleh oleh kedua-dua kumpulan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah Aura Ketingting memberi kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan terutama kepada murid-murid tahun 4. Dengan ini, terjawablah persoalan kajian yang ketiga yang mempersoalkan tentang kesan penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan dalam kalangan murid-murid tahun 4.Peningkatan pencapaian dalam setiap ujian bagi murid-murid dalam kumpulan eksperimen juga menunjukkan bahawa mereka lebih memahami sesuatu yang dipelajari dengan menggunakan kaedah Aura Ketingting. Selain itu, mereka juga akan lebih mengingati sesuatu yang dipelajari kerana kaedah ini memerlukan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan ini juga dapat meningkatkan minat mereka untuk terus belajar. Ini kerana kaedah ini menekankan prinsip belajar sambil bermain.Kesimpulannya, kaedah ini dapat memberi kesan yang positif kepada para pelajar terutama untuk meningkatkan penguasaan aspek penjodoh bilangan dalam kalangan murid-murid tahun 4.

Jadual 4.5: Biodata Pelajar Mengikut Status Sosioekonomi Berdasarkan Pekerjaan BapaEksperimenKawalan

Guru44

Kilang66

Peniaga33

Doktor11

Sendiri33

Graf 4.8: Biodata Pelajar Mengikut Status Sosioekonomi Berdasarkan Pekerjaan Bapa01234567GuruKilangDoktorPeniagaSendiriEksperimenKawalan

Berdasarkan soalan soal selidik yang diberikan kepada responden, maklumat dalam jadual dan graf di atas telah diperoleh. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 30 orang. Mereka terdiri daripada murid-murid Tahun 4 Bestari dan Tahun 4 Kreatif. Setiap kumpulan mempunyai jumlah murid yang sama iaitu seramai 15 orang. 10 orang murid dari kelas 4 Kreatif dan 5 dari kelas 4 Bestari bagi kumpulan Eksperimen dan 10 murid dari kelas 4 Kreatif dan 5 dari kelas 4 Bestari bagi kumpulan Kawalan.Responden berasal daripada keluarga yang mempunyai taraf sosioekonomi yang berbeza. 8 orang (23.5%)responden merupakan anak guru, 12 orang (35.3%) anak penoreh getah, 6 orang (17.6%) anak pekerja kilang, 2 orang (`6%)anak peniaga, dan 6 orang (17.6) murid yang bapa mereka bekerja sendiri.

4.3 RumusanHasil daripada proses analisis ini, terdapat perbezaan pencapaian bagi murid yang berada dalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Keputusan pencapaian berdasarkan ujian yang diberi menunjukkan kumpulan eksperimen mencatatkan keputusan yang lebih cemerlang. Pengkaji juga menilai perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan eksperimen. Keputusan yang diperoleh ialah pencapaian murid perempuan dan murid lelaki hampir sama. Selain itu, penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan dapat meningkatkan pencapaian murid-murid.

BABVPERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN5.1 Pengenalan Kaedah permainan merupakan kaedah pengajaran yang berkonsepkan belajar sambil bermain. Dengan menggunakan kaedah permainan ini, murid-murid akan dapat mempelajari sesuatu kemahiran atau sesuatu perkara secara tidak langsung. Murid-murid juga akan dapat belajar dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan kerana mereka akan melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu permainan. Dengan ini juga, murid-murid akan lebih memahami dan mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik. Di samping itu, kaedah permainan juga dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus belajar, membentuk keyakinan diri murid-murid, melatih murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik dan menerapkan nilai murni dalam diri murid-murid seperti sikap bekerjasama, bertolak ansur dan sebagainya.Dalam kajian ini, kaedah Aura Ketingting telah dipilih untuk mengajar penjodoh bilangan kepada murid-murid tahun 4. Tujuan kaedah ini dipilih adalah untuk menguji sama ada kaedah ini mampu meningkatkan pencapaian dan pemahaman murid-murid terhadap aspek penjodoh bilangan. Ternyata dengan menggunakan kaedah Aura Ketingting ini, murid-murid daripada kumpulan eksperimen telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan.Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih responden dari Sekolah Kebangsaan Kampong Bedal, Kuala Krai yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 Bestari dan Tahun 5 Cekal. Seramai 34 orang murid yang terlibat dalam kajian ini. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 17 orang diletakkan dalam kumpulan eksperimen dan 17 orang lagi diletakkan dalam kumpulan kawalan. Mereka terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Instrumen bagi kajian ini ialah ujian penilaian dan borang soal selidik.Kajian ini berbentuk kuasi-eksperimen, yang mana setiap kumpulan akan diajar secara kaedah pengajaran biasa dan Ujian Pra akan dijalankan. Selepas itu, kumpulan eksperimen akan diajar dengan menggunakan kaedah Aura Ketingting manakala kumpulan kawalan pula akan diajar menggunakan kaedah biasa. Kedua-dua kumpulan akan dinilai dalam ujian kedua iaitu Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 . Responden akan dinilai berdasarkan pencapaian dalam ujian dan soal selidik yang diberikan.

5.2 Perbincangan berdasarkan persoalan kajianPerbincangan ini adalah berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian yang menjawab persoalan kajian. Persoalan kajian yang diutarakan dalam kajian ini ialah:i.Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid apabila menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan?ii. Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui kaedah pengajaran Aura Ketingting ?iii. Apakah kesan penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan bahasa Melayu terhadap murid tahun 4?

Penggunaan kaedah Aura Ketingting menarik minat murid dan menyediakan satu medium pengajaran yang kondusif kepada mereka memandangkan pada tahap umur ini, murid lebih terdorong kepada aktiviti yang melibatkan permainan. Kaedah atau teknik yang dipilih hendaklah sesuai dengan latar belakang pelajar. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan pelajar.(Abdul Rahman Abdul Rashid et el.(85:2007).5.2.1 Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid apabila menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan?

Berdasarkan dapatan yang diperoleh, perbandingan dilakukan antara responden kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan yang diperoleh menunjukkan, pencapaian murid menunjukkan peningkatan apabila kaedah Aura Ketingting dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan. Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra, didapati bahawa semua murid dalam kumpulan eksperimen berada pada tahap sederhana. Mereka dapat menjawab antara 11 hingga 16 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan dengan markah antara 34% hingga 53%.Keputusan Ujian Pos 1 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding dengan ujian pra. Namun begitu, semua responden masih berada pada tahap sederhana. Mereka dapat menjawab 14 hingga 19 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan. Markah yang diperoleh ialah antara 47% hingga 63%. Walaupun hanya terdapat sedikit peningkatan, namun keberkesanan kaedah Aura Ketingting telah dapat dirasakan. Faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan mereka masih tidak dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan baik. Oleh itu, masa yang lebih panjang dan jumlah penjodoh bilangan yang lebih banyak disediakan agar mereka dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan lebih baik.Peningkatan yang agak ketara ditunjukkan dalam keputusan Ujian Pos 2. Semua responden telah dapat menjawab lebih daripada 20 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa mereka telah dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan baik. Mereka juga telah mendapat markah antara 77% hingga 97%. Peningkatan ini telah meletakkan semua responden dalam kumpulan eksperimen ini pada tahap cemerlang. Peningkatan ini menjadi bukti bahawa penggunaan kaedah Tingting Minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid-murid dalam aspek penjodoh bilangan bahasa Melayu.Murid-murid daripada kumpulan kawalan pula dapat menjawab 11 hingga 18 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan dalam Ujian Pra.. Markah yang didapati oleh mereka ialah antara 37% hingga 60%. Ini menunjukkan bahawa murid-murid daripada kumpulan kawalan berada pada tahap sederhana. Keputusan Ujian Pos 1 bagi kumpulan kawalan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding dengan Ujian Pra. Ini kerana markah yang diperoleh dalam Ujian Pos 1 hampir sama dengan markah yang diperoleh dalam Ujian Pra. Selain itu, terdapat 3 orang murid yang mendapat markah yang lebih rendah dalam Ujian Pos 1 berbanding dengan Ujian Pra. Walau bagaimanapun, terdapat seramai 10 orang murid yang menunjukkan sedikit peningkatan dalam Ujian Pos 1. Murid-murid dalam kumpulan kawalan masih berada pada tahap sederhana pada Ujian Pos 1 kerana semua murid dalam kumpulan ini hanya dapat menjawab antara 13 hingga 19 soalan dengan betul daripada 30 soalan yang dikemukakan. Markah yang paling rendah dalam Ujian Pos 1 ialah 43% dan markah yang tertinggi ialah 63%.Ujian Pos 2 yang dilakukan terhadap kumpulan kawalan menunjukkan keputusan yang lebih baik. Lebih banyak soalan yang dapat dijawab dengan betul. Dalam ujian Pos 2 murid-murid daripada kumpulan kawalan ini dapat menjawab antara 15 hingga 23 soalan dengan betul dan mendapat markah antara 50% hingga 77%. Hanya 4 orang murid yang berada pada tahap cemerlang dalam Ujian Pos 2 iaitu mereka yang dapat menjawab lebih daripada 20 soalan dengan betul manakala 13 orang murid lagi masih berada pada tahap sederhana. Kesimpulannya, tidak banyak perubahan yang dapat ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan kawalan untuk menguasai aspek penjodoh bilangan dengan mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran secara tradisional.

5.2.2 Adakah terdapat perbezaan pencapaian antara murid 4 Kreatif dan murid 4 Bestari dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui kaedah pengajaran Aura Ketingting ?

Melalui persoalan kedua, pengkaji membuat perbandingan antara pencapaian murid lelaki dan murid perempuan. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, didapati skor min untuk murid 4 Bestari dalam Ujian Pos 1 adalah lebih tinggi iaitu 58.2% berbanding dengan skor min yang dicatatkan oleh murid lelaki iaitu 56.57%. Skor min bagi Ujian Pos 2 pula menunjukkan bahawa peratus markah yang dicatatkan oleh murid lelaki adalah lebih tinggi iaitu 84.71% berbanding dengan murid perempuan yang hanya mencatatkan 84.70%. Perbezaan skor min antara murid lelaki dan murid perempuan dalam kedua-dua ujian tersebut adalah terlalu kecil.

Murid lelaki dan murid perempuan masing-masing mencatatkan markah yang rendah dalam Ujian Pos 1. Namun begitu, setelah menggunakan kaedah Aura Ketingting secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan, mereka telah dapat menguasai aspek penjodoh bilangan dengan baik dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan. Hasilnya, mereka telah mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Pos 2. Ini menunjukkan bahawa murid lelaki dan murid perempuan dalam kumpulan eksperimen telah berjaya mengaplikasikan kaedah Aura Ketingting dalam pembelajaran penjodoh bilangan. Kesimpulannya, tidak ada perbezaan pencapaian antara murid lelaki dan murid perempuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan melalui penggunaan kaedah Aura Ketingting .

5.2.3 Apakah kesan penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan bahasa Melayu terhadap murid tahun 5?

Untuk menjawab persoalan ketiga ini, pengkaji telah membuat perbandingan markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam kumpulan eksperimen dan murid-murid dalam kumpulan kawalan dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2. Hasil analisis tersebut, didapati bahawa murid-murid dalam kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan pencapaian dalam setiap ujian yang dijalankan. Buktinya, dalam Ujian Pra mereka hanya mendapat markah antara 34% hingga 53%. Namun begitu, setelah menggunakan kaedah Aura Ketingting dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan, pencapaian mereka telah meningkat dalam Ujian Pos 1. Markah yang diperoleh oleh mereka ialah antara 47% hingga 63%. Seterusnya, dalam Ujian Pos 2, pencapaian mereka semakin meningkat dengan mendapat markah antara 77% hingga 97% iaitu pencapaian yang cemerlang. Perbezaan markah yang begitu ketara telah ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan kawalan jika dilihat pada Ujian Pra dan Ujian Pos 2.Hal ini berbeza dengan murid-murid dalam kumpulan kawalan yang hanya menunjukkan sedikit peningkatan. Tidak semua murid yang menunjukkan peningkatan dalam setiap ujian yang dijalankan malahan ada beberapa orang murid yang menunjukkan kemerosotan. Jika dilihat pada keputusan Ujian Pos 1, terdapat tiga orang murid yang merosot pencapaian mereka berbanding dengan keputusan Ujian Pra. Begitu juga jika dilihat pada keputusan Ujian Pos 2 bagi murid-murid dalam kawalan yang mana hanya 4 orang yang mendapat markah 70% dan ke atas. Ini berbeza dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam kumpulan eksperimen yang mana semua murid mendapat markah lebih daripada 70% dalam Ujian Pos 2.Berdasarkan keputusan yang diperoleh oleh kedua-dua kumpulan tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah Aura Ketingting memberi kesan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan terutama kepada murid-murid tahun 5. Dengan ini, terjawablah persoalan kajian yang ketiga yang mempersoalkan tentang kesan penggunaan kaedah Aura Ketingting dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan dalam kalangan murid-murid tahun 6Peningkatan pencapaian dalam setiap ujian bagi murid-murid dalam kumpulan eksperimen juga menunjukkan bahawa mereka lebih memahami sesuatu yang dipelajari dengan menggunakan kaedah Aura Ketingting . Selain itu, mereka juga akan lebih mengingati sesuatu yang dipelajari kerana kaedah ini memerlukan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan ini juga dapat meningkatkan minat mereka untuk terus belajar. Ini kerana kaedah ini menekankan prinsip belajar sambil bermain.Kesimpulannya, kaedah ini dapat memberi kesan yang positif kepada para pelajar terutama untuk meningkatkan penguasaan aspek penjodoh bilangan dalam kalangan murid-murid tahun 4.

5.3 Implikasi dapatan kajianHasil kajian ini memberikan implikasi dan kesan terhadap kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kaedah ini dilaksanakan sebagai satu medium untuk membantu murid-murid supaya dapat mempelajari sesuatu bidang mata pelajaran dengan mudah dan seronok.

Kaedah pengajaran ini mengambil konsep belajar sambil bermain, yang mana kaedah ini merupakan satu pendekatan mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid membuat sesuatu aktiviti secara berpura-pura dalam suasana yang terkawal. Belajar sambil bermain merupakan satu pendekatan yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Bermain merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan dengan kaedah permainan yang disediakan oleh guru.

Walaupun terdapat segelintir pihak menafikan keberkesanan pembelajaran yang melibatkan permainan, kaedah ini sebenarnya mendatangkan hasil dan input yang memberangsangkan. Selain itu, perlaksanaan kaedah Aura Ketingting ini bukan saja membantu murid dalam mempelajari dan menguasai pembelajaran, malahan menyediakan suasana pembelajaran yang bersifat kondusif, menarik, berpusatkan pelajar dan tidak membosankan. Daripada dapatan yang diperoleh, dapatlah disimpulkan bahawa:a) Tidak semua jenis mata pelajaran yang sesuai melalui penggunaan kaedah Tingting Minda. Hanya mata pelajaran yang tertentu sahaja yang mendatangkan implikasi yang positif melalui penggunaan kaedah ini.b) Penggunaan kaedah Aura Ketingting akan menjadi lebih seronok sekiranya guru membuat perancangan yang rapi, komunikasi yang baik, arahan yang jelas, langkah-langkah aktiviti yang mudah diikuti, serta kreatif dalam mempersembahkan pengajarannya.c) Penggunaan kaedah ini lebih berkesan jika kaedah ini di aplikasi secara berterusan dan pencapaian murid sentiasa direkodkan.d) Kaedah Aura Ketingting menjadi lebih menarik jika guru menyediakan peneguhan yang lebih berkesan seperti memberikan hadiah, bagi menggantikan peneguhan yang biasa digunakan iaitu bintang minda.e) Kaedah Aura Ketingting juga boleh dilaksanakan untuk pengajaran tajuk- tajuk lain seperti pembelajaran puisi tradisional, simpulan bahasa, kata kerja, kata nama dan imbuhan.f) Guru juga digalakkan membina satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain, yang berlandaskan konsep belajar sambil bermain dalam usaha meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian murid secara menyeluruh merangkumi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

5.3 Rumusan

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan kaedah Aura Ketingting dapat meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penjodoh bilangan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penguasaan murid-murid dalam penjodoh bilangan dapat ditingkatkan dan ini telah menunjukkan keberkesanan kaedah ini. Ini dapat dilihat daripada hasil analisis ujian penilaian yang telah dilakukan. Keberkesanan kaedah ini dapat dinilai apabila pengkaji membandingkan perbezaan pencapaian antara keputusan ujian pos yang telah dijalankan terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Kaedah ini sesuai dijalankan sama ada untuk murid-murid tahap satu atau tahap dua memandangkan konsep yang di aplikasi dalam teknik ini iaitu belajar sambil bermain bersesuaian dengan kebolehan murid-murid. Kaedah ini juga dapat membantu guru dalam menyediakan suasana pembelajaran yang menarik kerana pembelajaran yang terlalu formal agak sukar untuk diikuti oleh murid kerana pada tahap umur kanak-kanak, mereka lebih gemar akan aktiviti-aktiviti yang berasaskan permainan, penerokaan dan menarik. Namun begitu, kajian ini tetap mempunyai limitasinya memandangkan kajian ini hanya dijalankan ke atas responden tertentu sahaja.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Abdul Rashid et al. (1996). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.

A. Chellamal Bagavathy (2005). Mengatasi Kelemahan Murid Menguasai AspekTatabahasa Dalam Bahasa Melayu Melalui Cora Permainan Bahasa. Kuala Lumpur. 9-13.

Ahmad Damanhuri Bin Mansor (2005) Meningkatkan Pengetahuan Sejarah Bab 1 & 2 Pelajar 5K2. Perak. 11-15

Awang Sariyan (2004). Tuntutan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Selangor. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Bong Pong Ying & Ragbir Kaur (1998). Pedagogi I (Semester II). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Choong Lean Keow (2008). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia: Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun . Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1991). Pedagogi 1: Kurikulum Dan Pengurusan Bilik Darjah (semester II). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Faridah Abd. Manaf & T. Subahan Mohd Meerah (1993). Strategi Pusat Sumber Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.

http: //members.tripod.com/Bobezani/teknik.html

http://tiger.towson.edu/~jphili5/researchpaper.htm

http://www.matthewicook.com/research/ls.htrnl

Ishak Haron, Koh Boh Boon.(1983). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. K.Lumpur: Utusan Pub.& Dist.Sdn.Bhd.

Jawatankuasa Penyelidikan Jabatan Ilmu Pendidikan (2006). Amalan Pedagogi Pengajaran Perkembangan Bahasa Di Kalangan Guru-Guru Permulaan Pra-Sekolah. IP Rajang, Sarawak. 37-48.

Kam Ting Leong et al. (2006). Peningkatan Penggunaan Pendekatan BelajarMelalui Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prasekolah. Jurnal Penyelidikan IPTI. Johor. 10-12.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2020 (Edisi Pelancaran)

Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Normaizam Hamid et al. (2006). Pelaksanaan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Peringkat Prasekolah. IPSMB. Terengganu. 9-10.Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal IPBA. Kuala Lumpur.3,116-117.

Siti Rosmah Mohamed & Saripah Sarif (2006). Ting Ting Minda MeningkatkanKemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv Kvk Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Bandar Mas, Kota Tinggi, Johor. 8-12.

W.R. Lee (2008). Language Teaching Games. UK: Oxford University Press.

1