proposal bab 1- baru

Upload: ayieda-eryna

Post on 13-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

BAB 11.0 PENGENALAN

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang asas dan penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahairan asas seperti mendengar dan bertutur. Dewasa ini kemahiran membaca dikatakan menjadi masalah kepada kebanyakan sekolah di Malaysia. Dilaporkan bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami masalah membaca mencapai angka juta. 1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Isu murid mengalami masalah dalam membaca bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah sering menjadi buah mulut sama ada sekolah rendah mahu pun sekolah menengah. Isu ini juga menjadi hangat dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Namun begitu masalah itu terus membelenggu. Justeru itu pelbagai usaha dilakukan untuk menanganinya. Antara usaha yang dijalankan dengan mewujudkan kelas pemulihan khas.Jabatan Pendidikan Khas, dalam Buku Panduan Perlaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (2003) melaporkan bahawa berdasarkan laporan penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus dalam kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah kegagalan menguasai 3M khususnya kemahiran asas pembacaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1999).Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar ( Bernama 24 Mei, 2006 ) berkata Seramai 120,000 pelajar sekolah rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar sekolah itu tahun lepas didapati tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis dan Kementerian sedang mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah itu. Kita ada kelas pemulihan yang diadakan secara berterusan khusus bagi pelajar yang menghadapi masalah sedemikian bagi memastikan mereka dapat membaca dan menulis.Untuk menangani masalah membaca pelbagai cara dicadangkan seperti mencari kaedah dan teknik yang sesuai dengan murid-murid yang berbeza kecerdasan dan penyediaan alatan yand sesuai dan menarik untuk merangsang murid-murid belajar.1.3 SOALAN KAJIAN1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan ?

2. Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah membaca murid pemulihan?

3. Bagaimanakah teknik itu akan dijalankan?

4. Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan mengikut teknik yang dipilih untuk murid-murid pemulihan?1.4 OBJEKTIF KAJIAN1.4.1 Objektif Am (objektif am kdg2 pensyarah x nak.tengok pensyarah hang mcm mana) Obj am ni Dr Khairuddin x nakKajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid pemulihan membaca perkataan dan ayat-ayat yang mengandungi perkataan KV+KVK menggunakan teknik bermain dan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai. 1.4.2 Objektif Khusus1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan.

2. Untuk mencari dan kenal pasti teknik yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah membaca murid pemulihan.

3. Menjelaskan cara menjalankan teknik yang dipilih.4. Murid pemulihan dapat membaca perkataan kv kvk dan juga ayat yang mengandungi perkataan kv kvk dengan menggunakan teknik dan bahan bantu mengajar yang sesuai.1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini yang bertujuan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan murid sekolah rendah khasnya murid-murid pemulihan dan mencari teknik dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengatasi masalah membaca itu. Kepentingan kajian yang dijalankan diharap dapat memberi input kepada guru-guru pemulihan dan juga kepada guru-guru di kelas perdana bahawa bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru untuk menangani murid-murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan dalam masalah lemah membaca, begitu juga dengan teknik mengajar yang sesuai dapat mengatasi berbagai-bagai masalah dalam pembelajaran khususnya dalam masalah membaca. Kepelbagaian teknik ketika mengajar dapat merangsang minat murid untuk terus belajar dan menyelesaikan masalah-masalah pembelajaran yang timbul. Murid-murid pemulihan yang bermasalah dalam pembacaan akan mendapat motivasi dan rangsangan melalui bahan bantu mengajar dan teknik serta kaedah yang menarik dan sesuai dengan mereka . Justeru itu murid-murid pemulihan akan dapat menguasai kemahiran membaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan murid-murid pemulihan. Malah teknik bermain menggunakan bahan bantu mengajar yang digunakan untuk murid pemulihan boleh digunakan untuk murid-murid kelas perdana untuk menarik minat mereka belajar. Kajian ini juga boleh memberi input kepada kelas KIA2M tahun satu , yang juga cuba menangani masalah membaca kepada murid-murid tahun satu.

Daripada hasil kajian ini diharapkan masalah murid lemah membaca dapat diatasi atau dikurangkan bilangannya yang mana ini akan menjadikan bilangan murid lemah membaca menurun peratusannya, secara tidak langsung ini akan dapat menaikkan prestasi sekolah. Kajian yang dijalankan terhadap menyediakan bahan bantu mengajar melalui teknik bermain juga diharap boleh diguna pakai untuk persatuan-persatuan yang dijalankan di sekolah seperti persatuan Bahasa Melayu dan juga persatuan-persatuan yang lain. Bahan-bahan yang mempunyai teknik yang sama juga boleh dibina untuk diletakkan di bilik sumber sebagai bahan pengajaran untuk kegunaan di kelas-kelas perdana. Daripada kejayaan hasil kajian nanti diharap masalah murid membaca dapat diselesaikan atau dikurangkan dan seterusnya menurunkan peratusan permasaalah itu di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri dan juga di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya Jabatan Pendidikan Khas . 1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini memberi tumpuan kepada murid pemulihan khas yang terdiri daripada murid tahap satu iaitu murid tahun dua dan tahun tiga sahaja, dengan melihat aspek bacaan untuk kemahiran perkataan kv kvk sahaja. Kajian ini tidak melihat pada kemahiran yang lain yang terdapat di dalam sukatan bahasa Melayu kelas pemulihan iaitu sebanyak 32 kemahiran asas bacaan seperti kvk, kv kv, kvk kvk dan lain-lain.( kalau buat kajian nantikena ubah seolah2 kita dh buat kajian ni)