pj suian

3
- Adapted physical education - Service delivery in adapted physical education - Equipment Pendidikan jasmani suaian biasanya, tetapi tidak semestinya selaras dengan pentadbiran pendidikan khas. Ini mewujudkan satu masalah besar bagi pendidik pj suaian dan kanak-kanak kerana banyak kanak-kanak kurang upaya menerima pendidikan jasmani mereka dalam program pendidikan jasmani umum. Tanggungjawab seorang pendidik pj suaian adalah sama tanpa kira di sekolah besar atau kecil kerana setiap pendidik mungkin dilatih sebagai ketua pendidik untuk pj suaian. Tanggungjawab utama seorang pendidik pj suaian adalah berkomunikasi secara teratur dan berkesan dengan penyelia langsung supaya difahami potensi dan kepentingan pj suaian. Pentadbir juga boleh dijemput untuk mehadiri kelas atau aktiviti pj suaian untuk memerhati keperluan pelajar dan menikmati pencapaian para pelajar. Pengarah pendidikan pj suaian perlu menyertai perjumpaan persekutuan, negeri dan tempatan mandat mengenai peruntukan pj suaian untuk pelajar- pelajar kurang berupaya yang memerlukan program yang direka khas untuk belajar dan berkembang. Komponen pj suaian yang berkualiti: Falsafah - Baltimore County Public Schools (BCPS) memperuntukkan pendidikan jasmani untuk semua pelajar sama ada pelajar biasa atau pelajar kurang upaya. - Menjamin pelajar kurang upaya berpeluang untuk belajar objektif dalam Essential Curriculum Pendidikan Jasmani. - Jika bantuan khas diperlu untuk pelajar kurang upaya, bantuan khas akan diberi di bawah pengawalan perunding. - Mewujudkan persekitaran pembelajaran terbaik untuk pelajar normal. - Mewujudkan penilaian kecergasan dan peluang untuk berkomunikasi serta mencapai kesihatan melalui pj suaian.

Upload: chinchuan

Post on 14-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Adapted physical education Service delivery in adapted physical education Equipment

Pendidikan jasmani suaian biasanya, tetapi tidak semestinya selaras dengan pentadbiran pendidikan khas. Ini mewujudkan satu masalah besar bagi pendidik pj suaian dan kanak-kanak kerana banyak kanak-kanak kurang upaya menerima pendidikan jasmani mereka dalam program pendidikan jasmani umum.

Tanggungjawab seorang pendidik pj suaian adalah sama tanpa kira di sekolah besar atau kecil kerana setiap pendidik mungkin dilatih sebagai ketua pendidik untuk pj suaian. Tanggungjawab utama seorang pendidik pj suaian adalah berkomunikasi secara teratur dan berkesan dengan penyelia langsung supaya difahami potensi dan kepentingan pj suaian. Pentadbir juga boleh dijemput untuk mehadiri kelas atau aktiviti pj suaian untuk memerhati keperluan pelajar dan menikmati pencapaian para pelajar.

Pengarah pendidikan pj suaian perlu menyertai perjumpaan persekutuan, negeri dan tempatan mandat mengenai peruntukan pj suaian untuk pelajar-pelajar kurang berupaya yang memerlukan program yang direka khas untuk belajar dan berkembang.

Komponen pj suaian yang berkualiti: Falsafah Baltimore County Public Schools (BCPS) memperuntukkan pendidikan jasmani untuk semua pelajar sama ada pelajar biasa atau pelajar kurang upaya. Menjamin pelajar kurang upaya berpeluang untuk belajar objektif dalam Essential Curriculum Pendidikan Jasmani. Jika bantuan khas diperlu untuk pelajar kurang upaya, bantuan khas akan diberi di bawah pengawalan perunding. Mewujudkan persekitaran pembelajaran terbaik untuk pelajar normal. Mewujudkan penilaian kecergasan dan peluang untuk berkomunikasi serta mencapai kesihatan melalui pj suaian.

Definisi PJ suaian Seni dan sains dalam membangun, melaksana, dan memantau pengajaran program PJ yang direka dengan teliti untuk pelajar kurang upaya.

Matlamat dan objektif Matlmat pengajaran program PJ suaian sepatutnya konsisten dengan agensi pendidikan negeri yang ditubuhkan untuk setiap pelajar yang terlibat dalam PJ suaian.I. Membekalkan pengajaran pj yang berkualiti untuk pelajar kurang upaya.II. Menghargai dan memberikan kepelbagaian teknik psikomotor untuk pelajar kurang upaya.III. Untuk menerima pelajar kurang upaya sebagai individu yang unik dengan keperluan psikomotor tersendiri.

Kriteria kelayakan Kriteria kelayakan ditetapkan berdasarkan kepada interpretasi terhadap undang-undang persekutuan daripada agensi pengajaran daerah. Kriteria kelayakan boleh ditentukan berdasarkan sejauh mana penangguhan motor kasar pelajar, prestasi mengikut umur atau markah yang diberi berdasarkan instrumen yang standard.

Proses rujukan Rujukan, penilaian dan penggunaan prosedur merupakan asas kepada pj suaian dan amat penting untuk memastikan bahawa setiap murid yang berkelayakan menerima intevensi yang sesuai dan program pengajaran secara individual.

Prosedur Penilaian Adalah penting bahawa penilaian pj suaian dilaksanakan oleh profesional yang terlatih yang mempunyai pengalaman dalam penilaian domain psikomotor.

IEP Merupakan asas kepada proses pengajaran yang berkait dengan ibubapa dan data daripada penilaian komprehensif serta maklumat daripada bilik darjah kanak-kanak dengan guru pj. Kontinum perkhidmatan, penempatan dan kakitangan opsyen pengajaran yang berterusan merupakan asas kepada kemampuan daerah untuk membekalkan servis PJ dalam persekitaran yang terhad.