pernyataan profesional fasa 1

2
PERNYATAAN PROFESIONAL Praktikum merupakan satu latihan yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada mata pelajaran major bagi guru pelatih di IPG. Waktu mengajar bagi matapelajaran major adalah 6 hingga 8 waktu manakala minor adalah 2 hingga 4 waktu. Pada 14hb Julai 2015, kami telah diberi taklimat mengenai Praktikum Fasa 2 2015 bagi semester 6. Praktikum bagi semester ini adalah selama dua bulan. Sebelum mengikuti praktikum, kami telah diberi taklimat mengenai tugasan kami di sekolah dan penyediaan portfolio. Saya bersama dengan seorang lagi rakan saya daripada kelas saya (RBT 3) telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sialang tangkak, Johor untuk melaksanakan Praktikum fasa 2. Saya juga berasa terharu untuk menjalani Praktikum Fasa 2 ini di sekolah tersebut. Sebelum memilih sekolah, kami telah mendapatkan pandangan daripada beberapa orang guru pelatih senior yang pernah melaksanakan praktikum di sekolah ini. Mereka telah memberi pandangan yang baik serta positif terhadap sekolah tersebut. Mereka juga berkongsi pengalaman mereka di sekolah tersebut di mana mereka mendapat kerjasama, komitmen dan layanan yang baik daripada pihak sekolah.

Upload: sivanaswari-karuppiah

Post on 05-Jan-2016

560 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Profesional Fasa 1

PERNYATAAN PROFESIONAL

Praktikum merupakan satu latihan yang memberi peluang kepada guru

pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari

semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif

dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada mata

pelajaran major bagi guru pelatih di IPG. Waktu mengajar bagi matapelajaran major

adalah 6 hingga 8 waktu manakala minor adalah 2 hingga 4 waktu.

Pada 14hb Julai 2015, kami telah diberi taklimat mengenai Praktikum Fasa 2

2015 bagi semester 6. Praktikum bagi semester ini adalah selama dua bulan.

Sebelum mengikuti praktikum, kami telah diberi taklimat mengenai tugasan kami di

sekolah dan penyediaan portfolio. Saya bersama dengan seorang lagi rakan saya

daripada kelas saya (RBT 3) telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sialang

tangkak, Johor untuk melaksanakan Praktikum fasa 2. Saya juga berasa terharu

untuk menjalani Praktikum Fasa 2 ini di sekolah tersebut. Sebelum memilih sekolah,

kami telah mendapatkan pandangan daripada beberapa orang guru pelatih senior

yang pernah melaksanakan praktikum di sekolah ini. Mereka telah memberi

pandangan yang baik serta positif terhadap sekolah tersebut. Mereka juga berkongsi

pengalaman mereka di sekolah tersebut di mana mereka mendapat kerjasama,

komitmen dan layanan yang baik daripada pihak sekolah.

Selain itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan-kemudahan bagi subjek

major saya iaitu Reka Bentuk dan Teknologi saya. Sekolah ini adalah sebuah

sekolah yang mempunyai kuantiiti murid yang agak rendah. Oleh sebab itu, ia

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Sebelum menjalani praktikum fasa 2 ini, saya perlu bersedia dari segi mental,

fizikal, emosi dan intelek. Saya juga harus sedia untuk memberikan komitmen

kepada pihak sekolah sepanjang menjalani praktikum tersebut. Saya juga berharap

bahawa pengalaman praktikum sebelum ini akan membantu saya untuk meneruskan

praktikum fasa 2 dengan baik. Saya berharap praktikum kali ini akan dapat

meningkatkan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran saya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Saya berharap saya dapat

Page 2: Pernyataan Profesional Fasa 1

memperoleh dan mencuba beberapa idea bagi menginovasikan pengajaran dan

pembelajaran saya.

Seterusnya, saya berharap pihak sekolah dapat melibatkan saya dalam

segala aktiviti dan program sekolah serta membantu saya dalam melaksanakan

praktikum 2 ini dengan baik. Saya berharap agar saya dapat membina hubungan

yang positif dan mesra dengan pihak sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada

pelbagai kerenah. Secara keseluruhannya, semoga praktikum kali ke-2 dan yang

kedua ini memberi pengajaran, pengetahuan serta pengalaman yang bermanfaat

bagi saya untuk berjaya sebagai guru pelatih yang berkaliber.