pernyataan professional

14
1.0 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN Istilah memanaskan badan merujuk kepada prosedur senaman awal. 1.1 Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? 1.1.1 Jika ‘Ya’, jelaskan bagaimana ia dijalankan dengan mengikut prosedur yang betul (kaitkan dengan anatomi dan fisiologi badan manusia). Prosedur yang baik boleh diperolehi dengan memanaskan tubuh badan selama 15 minit. Memanaskan tubuh badan selama lima minit adalah memadai untuk aktiviti latihan biasa dari yang ringan kepada sederhana. Perlakuan memanaskan tubuh badan berpandukan jarak hendaklah selama enam hingga 30 minit dan boleh disesuaikan mengikut lama masa dan kehebatannya. Cara-cara melaksanakan aktiviti memanaskan badan adalah pertama, keseluruhan latihan pelengkapan jasmani diulang yang akan memberi sumbangan kepada perlakuan yang akan datang, iaitu latihan berkaitan dengan daya tahan kekuatan dan kelajuan. Kedua, pergerakan latihan yang mengerakkan keseluruhan tubuh badan dalam usaha mencapai keadaan sedia bagi otot saraf dan psikologi. Ketiga, latihan kelenturan dimasukkan untuk memperluaskan keadaan kelenturan asal otot-otot dan tisu yang berkaitan. Keempat, hendaklah beransur-ansur dalam menambah beratan yang digunakan atau meningkatkan aktiviti. Kelima, masa yang mencukupi diambil dan dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan suhu tubuh. Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti memanaskan badan dijalankan. Ia dijalankan mengikut prosedur yang betul, iaitu bermula dari bahagian atas kepala hingga ke bahagian hujung kaki. Aktiviti joging setempat atau aktiviti larian mengelilingi padang juga dilaksanakan. 1

Upload: sanisha-bogaraja

Post on 24-Jul-2015

468 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pernyataan Professional

1.0 AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

Istilah memanaskan badan merujuk kepada prosedur senaman awal.

1.1 Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

1.1.1 Jika ‘Ya’, jelaskan bagaimana ia dijalankan dengan

mengikut prosedur yang betul (kaitkan dengan anatomi dan

fisiologi badan manusia).

Prosedur yang baik boleh diperolehi dengan memanaskan tubuh badan selama 15

minit. Memanaskan tubuh badan selama lima minit adalah memadai untuk aktiviti

latihan biasa dari yang ringan kepada sederhana. Perlakuan memanaskan tubuh

badan berpandukan jarak hendaklah selama enam hingga 30 minit dan boleh

disesuaikan mengikut lama masa dan kehebatannya.

Cara-cara melaksanakan aktiviti memanaskan badan adalah pertama,

keseluruhan latihan pelengkapan jasmani diulang yang akan memberi sumbangan

kepada perlakuan yang akan datang, iaitu latihan berkaitan dengan daya tahan

kekuatan dan kelajuan. Kedua, pergerakan latihan yang mengerakkan keseluruhan

tubuh badan dalam usaha mencapai keadaan sedia bagi otot saraf dan psikologi.

Ketiga, latihan kelenturan dimasukkan untuk memperluaskan keadaan kelenturan

asal otot-otot dan tisu yang berkaitan. Keempat, hendaklah beransur-ansur dalam

menambah beratan yang digunakan atau meningkatkan aktiviti. Kelima, masa yang

mencukupi diambil dan dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan suhu

tubuh.

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti memanaskan badan dijalankan.

Ia dijalankan mengikut prosedur yang betul, iaitu bermula dari bahagian atas kepala

hingga ke bahagian hujung kaki. Aktiviti joging setempat atau aktiviti larian

mengelilingi padang juga dilaksanakan.

1

Page 2: Pernyataan Professional

Gambar 1(a) Bahagian kepala Gambar 1(b) Bahagian tangan

Gambar 1(c) Bahagian pinggang Gambar 1(d) Bahagian kaki

Gambar 1 Aktiviti Memanaskan Badan – Bahagian Atas Kepala hingga Bahagian Hujung Kaki

Gambar 2 Aktiviti Memanaskan Badan - Larian Mengelilingi Padang

2

Page 3: Pernyataan Professional

1.1.2 Adakah aktiviti memanaskan badan yang dijalankan

bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilaksanakan?

Cara latihan atau konsep yang boleh digunakan oleh individu atau kumpulan

bergantung kepada objektif aktiviti itu. Individu atau kumpulan mesti menimbangkan

secara serius tiga perkara yang penting, iaitu pertama, kekerapan jangka waktu dan

kehebatan program yang dijalankan supaya betul-betul bersedia untuk menunjukkan

prestasi yang baik dan selesa dalam apa jua lapangan yang mereka ceburi. Kedua,

dalam catuan senaman dan latihan patut dititkberatkan tentang memberi senaman

yang berfaedah untuk seluruh tubuh secara umum. Ketiga, murid mesti

meningkatkan sesuatu bahagian yang dirasakan perlu untuk diperkuatkan atau

ditambah daya tahan.

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti memanaskan badan yang

dijalankan bersesuaian dengan aktiviti yang dilaksanakan. Aktiviti memanaskan

badan yang dijalankan untuk aktiviti lumba lari berhalangan adalah berfokus kepada

bahagian kaki. Oleh itu, senaman memanaskan badan yang spesifik dilaksanakan,

seperti kelenturan buku lali dan regang ski.

Gambar 3 Aktiviti Memanaskan Badan – Bahagian Kaki (Kelenturan Buku Lali)

Selain itu, aktiviti memanaskan badan yang dijalankan untuk aktiviti

sukaneka, iaitu membaling pundi kacang menekankan kepada bahagian tangan.

Oleh itu, senaman memanaskan badan yang spesifik dilaksanakan, seperti

memusing lengan dan regang bahu. Aktiviti memanaskan badan yang dijalankan

untuk aktiviti membaling bola juga menekankan kepada bahagian tangan.

3

Page 4: Pernyataan Professional

1.1.3 Jelaskan kesan pada sistem anatomi dan fisiologi, jika

aktiviti memanaskan badan tidak dijalankan.

Hasil yang nyata pentingnya memanaskan badan adalah sebagai langkah

pencegahan daripada kekejangan, dan otot koyak atau luka yang mungkin berlaku

apabila murid memasuki latihan penuh.

4

Page 5: Pernyataan Professional

1.2 Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan

badan diberikan kepada murid-murid? Jika ‘Ya’, nyatakan setiap

kepentingan yang diberi dan kaitkan setiap kepentingan tersebut

dengan sistem anatomi dan fisiologi.

Satu daripada nilai kepentingan memanaskan badan ini adalah untuk mengelakkan

otot-otot daripada luka koyak apabila bermain sepenuh tenaga tanpa senaman awal.

Tujuan utama memanaskan badan adalah untuk meningatkan keseluruhan

suhu badan dan pedalaman otot untuk meregangkan ligamen dan tisu-tisu lain di

samping mengendurkan pengikat sendi dan tisu-tisu berkaitan bagi mendapatkan

kelenturan yang tinggi. Otot terkoyak dan kejang saraf dapat dicegah dan membantu

mencegah kecederaannya. Apabila suhu sel meningkat, proses metabolisme di

dalam sel bertambah laju, setiap darjah kenaikan suhu sel akan bertindak balas

menaikkan 13% kadar metabolisme.

Oksigen lebih mudah dan cepat diasingkan daripada haemoglobin di tingkat

suhu yang tinggi. Oleh itu, bekalan oksigen akan menjadi lebih baik. Keadaan ini

menambahkan kawalan dan kesanggupan fizikal untuk bekerja semasa bekerja.

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati penerangan umum mengenai

kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid-murid. Namun

begitu, guru tidak menerangkan secara terperinci kepada murid kerana faktor masa

di samping ia telah diterangkan pada awal semester persekolahan.

Gambar 4 Guru Memberi Penerangan Mengenai Kepentingan Aktiviti Memanaskan Badan

5

Page 6: Pernyataan Professional

2.0 SISTEM OTOT

Otot-otot adalah seperti kabel telefon, beribu-ribu wayar diikat kemas dalam berkas,

setiap satunya ditebati. Serat-serat yang dikawal oleh satu saraf dikenali sebagai

unit motor. Otot boleh mengandungi sehingga 50 jenis unit motor yang berlainan.

Otot-otot menguncup mengikut unit dan beberapa unit sahaja digunakan untuk

mengangkat beban yang ringan dan lebih banyak unit yang digunakan untuk

mengangkat beban yang berat. Fiber otot bertindak mengikut hukum semua atau

separa.

Setiap otot terdiri daripada banyak serat otot yang diasingkan oleh tisu

penyambung. Oleh kerana tisu penyambung tidak anjal, sebahagian daripada

kumpulan serat mampu mengecut sendiri. Otot juga mengandungi banyak jenis

saraf dan saluran darah. Saluran darah membawa oksigen dan nutrien ke otot dan

membawa keluar asid laktik yang dihasilkan oleh otot ketika mengecut.

2.1 Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi

perhatian? Jika ‘Ya’, nyatakan otot-otot tersebut.

Otot-otot besar adalah otot abdomen, otot bahagian belakang, otot bahagian depan

paha, hamstring, otot bahagian atas, dan otot tapak kaki.

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati otot-otot besar untuk aktiviti yang

dirancang diberi perhatian. Aktiviti lumba lari berhalangan memberi fokus kepada

otot-otot besar di bahagian kaki, seperti hamstring dan otot tapak kaki.

Di samping itu, aktiviti sukaneka, membaling pundi kacang dan aktiviti

membaling bola menekankan kepada otot-otot di bahagian tangan.

6

Page 7: Pernyataan Professional

3.0 KECEDERAAN

Setiap individu tidak terkecuali daripada mengalami kecederaan. Kecederaan boleh

terjadi kepada mana-mana anggota badan dan ada kecederaan yang parah dan ada

yang ringan. Namun begitu, setiap kecederaan dapat disembuhkan dengan pelbagai

rawatan. Setiap rawatan dilakukan ke atas setiap kecederaan mengikut situasi dan

keadaan kecederaan itu. Oleh itu, pelbagai proses rawatan boleh didapati, dan

setiap proses ini mempunyai corak dan cara yang tertentu. Penggunaan bahan-

bahan rawatan bergantung kepada tempat atau jenis luka atau kecederaan yang

berlaku.

3.1 Adakah aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan

pembelajaran membahayakan otot-otot, sendi, dan lain-lain anggota

badan? Jika ‘Ya’, nyatakan kesannya kepada sistem anatomi dan

fisiologi manusia.

Kesan kecederaan kepada sistem anatomi dan fisiologi boleh dilihat dari segi

kecederaan pada tapak kaki, kaki, dan buku lali, kecederaan pada bahagian lutut,

kecederaan pada bahagian punggung, kecederaan pada bahagian toraks,

kecederaan pada pinggang bahu, kecederaan pada bahagian lengan dan tangan,

kecederaan di bahagian mata, serta kecederaan kulit kepala dan kepala.

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati ada aktiviti yang diadakan semasa

pengajaran dan pembelajaran membahayakan dan ada aktiviti yang diadakan

semasa pengajaran dan pembelajaran tidak membahayakan.

Aktiviti lumba lari berhalangan lebih membahayakan pada bahagian tapak

kaki, kaki, dan buku lali, bahagian lutut, serta bahagian punggung. Akitivti

membaling pundi kacang tidak membahayakan anggota badan, manakala aktiviti

membaling bola lebih membahayakan pada bahagian toraks, bahagian lengan dan

tangan, di bahagian mata, serta kepala.

Namun begitu, aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang dengan baik di

samping aspek-aspek keselamatan juga diberi penekanan oleh guru terlebih dahulu.

Oleh itu, risiko mendapat kecederaan dapat dikurangkan.

7

Page 8: Pernyataan Professional

4.0 AKTIVITI ‘COOLING DOWN’

Istilah ‘cooling down’ merujuk kepada prosedur senaman akhir.

4.1 Adakah aktiviti ‘cooling down’ dijalankan dan diberi penjelasan

kepada murid-murid? Jika ‘Ya’, nyatakan adakah ianya sesuai dengan

tahap umur murid-murid dan jelaskan rasionalnya.

Sesi latihan diakhiri diakhiri dengan aktiviti-aktiviti ringan yang pendek bagi

membolehkan badan kembali kepada keadaan normal secara beransur-ansur. Sesi

gerak kendur mengandungi aktiviti kardiovaskular yang ringan supaya kadar

denyutan jantung menurun secara beransur-ansur.

Berdasarkan pemerhatian yang dilaksanakan sepanjang tempoh Pengalaman

Berasaskan Sekolah (PBS), saya mendapati aktiviti ‘cooling down’ ada dijalankan,

tetapi sekadar aktiviti menarik nafas sahaja. Penjelasan mengenai aktiviti ‘cooling

down’ juga tidak diberikan kepada murid-murid kerana faktor masa. Aktiviti ‘cooling

down’ yang dijalankan adalah sesuai dengan tahap umur murid-murid.

Gambar 5 Aktiviti ‘cooling down’

8

Page 9: Pernyataan Professional

5.0 PERALATAN PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani tidak akan dapat mencapai objektif yang diharapkan sekiranya

murid-murid tidak mendapat peluang untuk menggunakan peralatan asas seperti

gelung rotan, bola kecil dan besar, tali skip, pundi kacang, bet (pemukul) raundas,

tali panjat, rangka panjat, bangku panjang, dan sebagainya. Kemudahan asas ini

digunakan agar murid-murid dapat menikmati keseronokkan sambil

memperkembang kemahiran jasmani mereka.

5.1 Adakah peralatan Pendidikan Jasmani yang digunakan sesuai

dengan aktiviti yang dijalankan? Nyatakan kesesuaian peralatan yang

digunakan dengan tahap umur murid dan kesannya pada sistem

anatomi dan fisiologi murid.

Peralatan pendidikan jasmani yang digunakan untuk aktiviti lumba lari berhalangan

ialah pagar (hurdles) dan kon. Walaupun ia bersesuaian dengan murid Tahap 2,

tetapi pagar (hurdles) boleh dikatakan tidak sesuai dan membawa kecederaan jika

langkah berjaga-jaga tidak diambil seperti pengajaran secara ansur maju tidak

dilaksanakan.

Peralatan pendidikan jasmani yang digunakan untuk aktiviti membaling pundi

kacang ialah pundi kacang, bakul, kon, dan gelung rotan. Semua peralatan yang

digunakan untuk aktiviti in bersesuaian dengan murid Tahap 1. Peralatan pendidikan

jasmani yang digunakan untuk aktiviti membaling bola ialah bola. Walaupun ia

bersesuaian dengan murid Tahap 1 atau Tahap 2, tetapi boleh dikatakan tidak

sesuai jika aktiviti yang dirancang menggunakan bola seperti bola beracun boleh

membahayakan anggota badan seseorang murid.

9

Page 10: Pernyataan Professional

Gambar 6(a) Kon Gambar 6(b) Pagar (Hurdles)

Gambar 6 Peralatan Pendidikan Jasmani – Aktiviti Lumba Lari Berhalangan

Gambar 7(a) Gelung Rotan Gambar 7(b) Pundi Kacang, Bakul, Kon

Gambar 7 Peralatan Pendidikan Jasmani – Aktiviti Membaling Pundi Kacang

Gambar 8 Peralatan Pendidikan Jasmani – Aktiviti Membaling Bola

10

Page 11: Pernyataan Professional

6.0 PEMBAHAGIAN MASA

Bahagian pertama yang merangkumi masa lima minit adalah gerak kerja

pendahuluan dan gerak kerja memanaskan badan. Murid-murid di gerak kerja

pendahuluan diberi peluang melakukan gerak kerja pilihan masing-masing sama ada

dengan menggunakan peralatan yang sedia ada atau tanpanya bertujuan

menggalakkan murid-murid menggunakan masa secara berfaedah sambil

menunggu pelajaran yang sebenar untuk dimulakan oleh guru.

Ini diikuti dengan gerak kerja memanaskan badan yang tertentu di bawah

arahan guru atau dikendalikan oleh murid-murid. Gerak kerja ini memberi kesan

kepada murid seperti melonggarkan sendi, menggerakkan otot-otot utama,

merangsang koordinasi otot-saraf, dan meningkatkan ketangkasan murid. Hal ini

akan ‘memanaskan’ badan murid supaya mereka sentiasa bersedia untuk

meneruskan pelajaran selanjutnya. Jika peralatan mencukupi, gerak kerja boleh

dilakukan dengan menggunakan peralatan itu. Gerak kerja ini mesti dijalankan

secara ringkas, berterusan, dan rancak.

Bahagian kedua yang merangkumi masa 25 minit adalah gerak kerja inti

pelajaran, gerak kerja permainan kecil, serta gerak kecil penutup dan menyejukkan

badan. Gerak kerja initi pelajaran adalah perkara yang menjadi tema pelajaran.

Semua murid dikehendaki menjalani latihan yang sama di bawah arahan dan

pengawasan seorang guru. Gerak kerja ini dipraktikkan oleh murid-murid selepas

satu tunjuk cara atau penerangan ringkas yang diberikan oleh guru. Latihan murid-

murid diutamakan dalam gerak kerja ini.

Permainan yang dimaksudkan dalam gerak kerja permainan kecil adalah

permainan kecil yang ringkas dan mudah pengelolaannya. Permainan dipilih untuk

membenarkan murid-murid menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam gerak

kerja inti pelajaran.

11

Pendahuluan dan

memanaskan badan

Inti Pelajaran Permainan kecilPenutup dan menyejukkan

badan

Page 12: Pernyataan Professional

Pada gerak kerja penutup dan menyejukkan badan, iaitu di akhir pengajaran

dan pembelajaran, guru mesti memastikan bahawa murid-murid tenang kembali dan

bersedia untuk balik ke kelas secara teratur. Oleh itu, satu kegiatan ringkas boleh

diadakan untuk menutup pengajaran dan pembelajaran pada hari itu, seperti aktiviti

menyejukkan badan, ulasan guru mengenai prestasi murid, atau sesi soal jawab.

6.1 Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti

Pendidikan Jasmani sesuai seperti yang dirancang?

Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti Pendidikan Jasmani tidak begitu

sesuai seperti yang dirancang. Masa peruntukan lima minit untuk bahagian satu,

iaitu gerak kerja pendahuluan dan gerak kerja memanaskan badan adalah sesuai

seperti yang dirancang. Namun begitu, masa peruntukan 25 minit untuk bahagian

dua, iaitu gerak kerja inti pelajaran, gerak kerja permainan kecil, serta gerak kerja

penutup dan menyejukkan badan adalah tidak sesuai seperti yang dirancang kerana

gerak kerja penutup dan menyejukkan badan tidak diberikan penekanan apabila

guru sekadar memberikan arahan kepada murid untuk menarik dan melepaskan

nafas sahaja.

12

Page 13: Pernyataan Professional

7.0 TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN

7.1 Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam

pengajaran tersebut.

Latihan senaman yang dipilih bagi peringkat awal mesti mudah dan benar-benar

difahami sebelum meningkatkannya secara beransur-ansur. Beban ditingkatkan

melalui latihan progresif dengan intensiti yang dikawal oleh guru atau jurulatih.

Pengawasan penyesuaian badan terhadap bebanan dan pemulihan kadar denyutan

jantung semasa senaman mesti dikekalkan. Rehat sepenuhnya semasa waktu jeda.

Senaman diselang-selikan atau ditukarkan dari semasa ke semasa. Senaman

yang sama boleh menjemukan murid dan sering menyebabkan kehilangan minat

dan kecederaan. Latihan tidak dilakukan ketika tidak sihat atau sedang menjalani

rawatan perubatan. Latihan juga dihentikan sekiranya murid berada dalam kesakitan

dan berasa letih. Jangan sesekali bersenam melebihi batas kemampuan murid.

Latihan untuk murid mesti memberi pertimbangan kepada postur mereka agar badan

dan kepala yang tegak ketika berjalan dan bersenam dapat dikekalkan.

Kawasan dan kemudahan latihan mesti mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Tempat yang digunakan mesti terang, tenang, dan bersih, serta bebas daripada

objek-objek tajam dan keras. Permukaan tempat latihan mesti rata dan tidak licin

bagi mengelakkan murid daripada kehilangan imbangan dan terjatuh.

Saranan saya untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran itu adalah

pertama, aktiviti yang diadakan semasa pengajaran dan pembelajaran disertakan

proses ansur maju agar aktiviti yang diadakan tidak membahayakan otot, sendi, atau

lain-lain anggota badan. Kedua, aktiviti ‘cooling down’ mesti dijalankan sesuai

dengan tahap umur murid dan penjelasan mengenai aktiviti ‘cooling down’ diberikan

kepada murid-murid. Ketiga, pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti

pendidikan jasmani mesti sesuai seperti yang dirancang.

13