tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

Upload: salini-krishnan

Post on 06-Jul-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    1/21

     Jurnal

    KPD 6014

    PENGANALISISAN KRITIS

    PENGAJARAN DAN GURU

    Nama Pensyarah

    PROFESOR MADYA DR. NASIR BIN MASRAN

    NAMA AHLI KUMPULAN

    NAMA 

    NO MATRIKS

    CHELVI A/P MURUGAYYA M20151000435

    SUTHA A/P MANOGARAN M20151000221

    PUVANESWARI A/P VALAYATHAM M20142001828

    SALINI A/P KRISHNAN M20151000486

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    2/21

     Jurnal

    FASA  –FASA DALAM BELAJAR MENGAJAR

    Abstrak

    Brophy (1998), mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang

    menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang

    selari dengan kehendak dan minat pelajar. Sekiranya ini terjadi guru dapat mencetus pencapaian

    murid kepada yang cemerlang dan membanggakan. Pencapaian seorang pelajar adalah

    dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang kompleks. Antaranya adalah pendekatan pengajaran

    yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya seorang pelajar

     berminat untuk belajar, dia pasti akan mempunyai kesungguhan yang tinggi terhadap

     pelajaran dan begitulah juga sebaliknya. Guru merupakan salah satu daripada ejen dalam

     penentuan tahap pencapaian pelajar.

    Ini dapat dikukuhkan lagi dengan kenyataan Atan Long (1978), bahawa untuk

    menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid

    supaya menimbulkan minat mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran.

    Pendekatan pengajaran guru pasti akan memberi kesan semasa proses pengajaran dan

     pembelajaran pelajar dalam mencorak pencapaian pelajar. Pendekatan pengajaran guru mungkin

    dapat mempengaruhi sikap dan minat seseorang pelajar semasa proses pembelajaran. Sekiranya

     berlaku ia mungkin dapat mempengaruhi pencapaian.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    3/21

     Jurnal

    Pengenalan

    Untuk membangunkan sistem pendidikan negara, guru memainkan peranan yang

     penting. Guru sebagai pendidik di sekolah juga adalah bakal pentadbir di bawah jabatan

     pendidikan negara. Oleh itu, kualiti guru harus sentiasa dipertingkatkan bagi mewujubkan

    sistem pendidikan yang dapat mendidik anak murid menjadi pemimpin yang hebat,

    menjadikan negara yang mampu bersaing dengan negara lain.

    Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan sesebuah negeri

    kerana guru merupakan pendidik bagi bakal pemimpin sesebuah negara.  Dengan ini, status

    guru sepatutnya menjadi satu kerjaya yang amat dihormati dalam masyarkat seperti

    masyarakt menghormati kerjaya doktor, penguam, jurutera. Akan tetapi, apabila kerjaya gurudibandingkan dengan kerjaya yang disebutkan tadi, status guru adalah amat rendah.

    Perkara ini boleh berlaku adalah disebabkan ramai guru tidak menitik berat tentang

    apakah itu pendidikan. Ramai guru yang sudah menjadi guru sudah kehilangan pengajaran yang

    mereka dapatkan daripada lPG. Selepas keluar menjadi guru sebenar, ramai guru tidaklah lagi

    menggunakan ABM dan hanya mengulangi pengajaran yang bosan dan bersifat mesin. lni

    menyebabkan masyarakat akan memberi satu pandangan kepada guru dimana guru hanya

     pekerjaan yang senang, hanya cakap dan memberi arahan. Masyarakat tidak akan ketahui

     betapa pentingnya kewujuban guru sehingga wujubnya ramai guru yang cukup pakar dalam

     bidang pendidikan guru.

    Dengan adalahnya guru pakar ini, pendidikan negara akan berubah menjadi baik kerana

    sistem pendidikan negara dirancangkan oleh orang yang benar-benar tahu apakah itu

     pendidikan. Disebabkan guru pakar ini telah melalui perkembangan peringkat guru sejak

     peringkat pertama iaitu peringkat novis, beliau sudah tentunya memahami keadaan

     pendidikan di negara dan tahu cara untuk mengatas masalah yang telah ditimbulkan.

    Oleh itu, kertas cadangan ini adalah sangatlah penting untuk melahirkan bakal guru-

    guru pakar demi perubahbaikan sistem pendidikan di negara kita.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    4/21

     Jurnal

    Objektif  

    Perbincangan ini bertujuan untuk:

    1) Menjadikan satu panduan kepada guru untuk lebih mengetahui jalan kerjaya guru.

    2) Memberi hala tujuan yang jelas bagi guru yang mahu meningkatkan profesional guru

    Perbincangan

    Teori peringkat perkembangan guru terdapat 2 jenis, iaitu perkembangan keprihatian

    ( Fuller, 1969) dan lima peringkat perkembangan guru (Trotter, 1986). 

    Dalam kertas cadangan

    ini, saya akan cuba mengabungkan kedua-dua teori ini untuk menganalisiskan model

     perkembangan kerjaya guru.

    Menurut Trotter, peringkat perkembangan guru terdapat 6 peringkat iaitu peingkat

    novis, novis lanjutan, cekap, berkesan, mahir, pakar. Guru bagi setiap peringkat mempunyai

    tugasnya yang harus dilaksanakan. Untuk meningkatkan peringkat sendiri, guru harus berusaha

    meningkatkan pretasi sendiri terutama meningkatkan kemahiran sendiri dalam bidang

     pengajaran. Berikutlah cadangan saya terhadap guru untuk berjaya dalam setiap peringkatdalam model perkembangan kerjaya guru.

    Guru Novis dan Novis Lanjutan 

    Selepas kami mengaji di lnstitut Pendidikan Guru, kami akan dihantar ke sekolah sebagai

    guru yang sah. Pada masa itu, kita akan memasuki peringkat guru novis. Guru novis adalah

    guru yang baru memasuki ke alam pendidikan. Biasanya guru ini merupakan guru yang masuk

    ke alam pendidikan tidak lama daripada 3 tahun. Guru ini masih tidak dapat menjalani tugas

    sekolah dengan baik kerana pengalaman yang tidak mencukupi. Walaupun kami telah diberikan

    ilmu tentang teori pendidikan semasa di lPG dan menjalankan praktikum, tetapi pengalaman ini

    masih tidak mencukupi untuk kami menjalani tugasan kami dengan baik dan senang. Pada

     peringkat ini, guru haruslah berusaha untuk memahami dan melaksanakan tugasan yang diberi

    dengan penyeliaan

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    5/21

     Jurnal

    dan bimbingan daripada guru besar dan guru yang berpengalaman. Dalam peringkat itu, 

    keupayaan

    menyelesaikan masalah amat penting. Guru haruslah sentiasa memikirkan cara untuk mengatasi

    masalah yang disebutkan berikut :

      Masalah pengetahuan kandungan pedagogi

      Masalah komunikasi dengan murid dan rakan pekerja

      Masalah pengajaran dan pembelajaran penggunaan teknologi maklumat

      Masalah menaik taraf kedudukan sekolah

      Masalah pengurusan sekolah dan bilik darjah

      Masalah yang timbul di kalangan masyarkat (ibu bapa)

    Untuk mengatasi masalah ini, guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan sendiri

    dengan sentiasa merujuk kepada rakan pekerja yang berpengalaman tinggi dan cuba

    mendapatkan pengalaman mereka. Selain daripada bimbingan guru berpengalaman, guru novis

     juga dapat meningkatkan diri dengan menghadiri ke kursus yang dapat menbantu

    menyelesaikan masalah yang disebutkan di atas. Antaranya adalah :

    a) Ceramah pengurusan bilik darjah

      Ceramah ini seperti tajuk "cara mengawal kelas dengan berkesan", "cara

    menwujubkan kelas bermesra" agak sesuai diikuti. Melalui cemahan ini,  guru

    dapat tahu tentang cara untuk mengawal kelas dengan lebih berkesan. Jika

    seseorang dapat mengawal kelas dengan berkesan,  pengajaran dapat dijalankan

    dengan sempurna, ini dapat membantu pembelajaran murid.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    6/21

     Jurnal

    b) Program masyarakat

      Guru ini juga boleh mengikuti program seperti gotong-royong di masyarakat

    untuk mengaratkan perhubugan dengan penduduk di tempat.  Penduduk yang

    datang mungkin terdiri daripada ibu-bapa murid. Guru dapat mendapatkan

    maklumat daripada murid dengan lebih senang kerana sudah rapat dengan ibu

     bapa murid.

    c) Kem yang berkaitan dengan pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan

    kandungan, pengetahuan pedagogi

      lni lebih kurang sama dengan ceramah pengerusan bilik darjah, hanya yang

     berbeza ialah program ini dijalankan dengan penglibatan guru secara langsung

    dengan program ini. Dalam sesi ceramah, guru hanya duduk dan mendengar

     pemberi ceramah. Tetapi dalam kem, guru dapat  mengakplikasikan apa-apa

    yang dipelajari dengan segera dan mendapat komen daripada semua orang. lni

    akan banyak membantu guru yang menghadapi masalah tentang teknik

     pengajaran.

    d) Ceramah tentang cara komunikasi yang berkesan

      Cara berkomunikasi yang berkesan amat penting untuk guru. Sebagai guru,

    guru haruslah dapat berkomunikasi baik dengan murid dan guru serakan

    kerana ini dapat mewujubkan suasana mesra terhadap guru tersebut. Dengan

    mendengar ceramah ini, guru dapat lebih memahami apa-apa yang sesuai

    dibuat semasa berkomunikasi dan apa-apa yang

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    7/21

     Jurnal

    dilarang buat. lni dapat membantu meningkatkan perhubungan guru dengan

    sesiapa sahaja.

    Dengan menghadiri program atas, kebolehan guru dapat dipertingkatkan untuk membantu

    mereka mengatasi masalah yang timbul dalam pekerjaan mereka. Selepas 3 tahun di sekolah,

    guru akan semakin biasai dengan keadaan sekolah dan akan bergerak ke peringkat guru novis

    lanjutan. Guru novis lanjutan adalah guru yang telah menbiasai keadaan sekolah tetapi masih

    dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang ditimbul di sekolah.

    Oleh itu, guru novis lanjutan masih harus mengikuti kursus yang dicadangkan di atas.

    Guru Cekap 

    Selepas 5 atau 10 tahun, guru novis lanjutan akan bergerak ke guru cekap. Guru cekap

     bermakna guru yang sudah dapat menguasai cara penyelesaian masalah. Pada tahap ini, guru

    cekap akan sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawap sebagai penyelia dan pembimbing

    yang minimum ke atas guru novis dan guru novis lanjutan.  Mereka tidak akan menghadapi

    masalah bagaimana untuk mengatasi masalah, tetapi menghadapi masalah bagaimana untuk

    meningkatkan lagi pretasinya. Antaranya :

      Bagaimana meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran murid dan

     penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran

      Meningkatkan kualiti pengurusan

      Meningkatkan pretasi staff sokongan

      Membuat "action research" bagi meningkatkan pretasi murid atau kualiti

     pengajaran

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    8/21

     Jurnal

    Bagi guru cekap, guru ini telah menpunyai satu motivasi yang tinggi untuk berubah cara

     pengajarannya menjadi lebih qualiti inilah agak berbeza dengan peringkat novis dan novis

    lanjutan yang mengutamakan cara penyelesaian. Untuk meningkatkan pretasi guru cekap, satu

    cara yang amat berkesan adalah guru haruslah sentiasa membuat "action research". "Action

    research" merupakan satu kaedah penyelidikan yang bersifat saintifik. Dalam "action

    research", guru akan mengumpulkan maklumat  dan menganalisiskan maklumat yang

    dikumpul. Dengan ini, guru dapat mengetahukan keadaan pretasi sendiri dengan lebih teliti

    dan tepat. lni agak membantu untuk peningkatan pretasi guru cekap. Untuk membuat satu

     penyelidikan yang berkesan dan berkualiti, guru cekap haruslah menghadiri ke kursus untuk

    mengetahu cara penyelidikan.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    9/21

     Jurnal

    Guru berkesan 

    Selepas guru cekap mencapai kejayaan yang bagus dalam peningkatan pretasi sendiri,

    guru cekap akan bergerak ke peringkat guru berkesan. Guru berkesan adalah guru yang

     bengalaman luas dan mampu menyelia dan membimbing guru lain.  Antaranya penolong

    kanan guru besar adalah guru berkesan iaitu guru DG 48. Selain menyelia dan membimbing

    guru, beliau juga dapat melakukan educated guess dalam organisasi. Untuk menjadi seorang

    guru berkesan yang bagus, dia hendaklah mempunyai kebolehan pentadbiran terutamanya

    dalam :

       pentadbiran dalaman,

       pengurusan konflik,

      team building

      kreatif dan inovasi

      relationship dan networking

      interpersonal pengurusan berkesan

    Untuk mendapat kebolehan di atas, guru berkesan haruslah menghadiri kursus yang berkaitan

    dengan pengurusan kumpulan. Dengan menghadiri kursus ini, guru berkesan akan lebih tahu

    akan cara bagaimana untuk mengatasi masalah semasa berlakunya konflik dengan guru lain

    ataupun konflik antara guru dengan guru. Guru berkesan haruslah sentiasa tahu untuk

    membina semangat pasukan di sekolahnya untuk memastikan semua guru mempunyai satu

    matlamat yang sama. Dengan adanya matlamat yang sama, masalah penimbulan konflik juga

    akan dikurangkan kerana kesefahaman yang kuat antara satu sama lain.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    10/21

     Jurnal

    Guru Mahir 

    Selepas guru berkesan sudah mahir dalam bidangnya, dia akan menerima perubahan ke

     pangkat lain, iaitu guru mahir. Guru mahir biasanya menerima pangkat 

    DG52 dan merupakan

     pangkat seseorang guru besar di sekolah. Sebagai seorang guru besar atau pengetua, beliau

    haruslah mempunyai kebolahan pengurusan dan kepimpinan yang dapat membawa perubahan

    kepada suatu organisasi. Antaranya kebolehan :

    a)  pengurusan organisasi,

    b) System thinking,

    c) Change Management

    Untuk membawa perubahan yang positif, guru mahir haruslah menguasai kebolehan

    ini dengan menghadiri ke kursus:

    a) Pengurusan organisasi yang berkesan

    a. Kursus ini adalah kursus yang dapat memberi ilmu kepada guru mahir mahir

    agar dapat mengurus guru junior dengan baik. Setahu kita, guru mahir

    memegang peranan penting dalam mewujubkan satu organisasi yang berjaya.

    Jika mahu menguruskan organisasi dengan berkesan,  pengurus haruslah tahu

    tentang cara bagaimana menguruskan sumber tenaga. Guru mahir haruslah

    cekap dalam memilih sesiapa yang dapat 

    menguruskan program yang

    dijalankan di sekolah, dan juga memberi tugasan sekolah dengan adil kepada

    semua guru. Dengan menghadiri

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    11/21

     Jurnal

    kursus ini, guru mahir juga dapat mengetahui cara untuk memimpin sekolah

    ke arah gemilang.

    Dengan mengikuti kursus yang dicadangkan di atas, guru mahir dapat sentiasa tahu cara

    yang berkesan untuk menguruskan organisasi sekolahnya dengan berkesan. Guru mahir iaitu

    guru besar memainkan peranan yang sangat penting kerana beliau memegang kuasa yang

     paling tinggi dalam sesebuah sekolah. Jika guru besar tidak dapat menguruskan sekolah

    dengan baik dan tidak dapat membawa sekolahnya ke arah yang betul, semua murid dan

    guru di sekolah tersebut akan dipengaruhi dengan kesan yang buruk.

    Guru Pakar 

    Peringkat selepas guru mahir adalah guru pakar, dan guru pakar ini adalah guru yang

     paling tinggi dalam peringkat perkembangan guru. Tugas guru pakar adalah menjadi konsultan

    dan merangka strategi yang komperhensif dan melaksanakan latihan tepat untuk memastikan

    kejayaan sesebuah organisasi. Kebolehan yang harus berada di guru pakar adalah stategi

     pemikiran. Beliau haruslah menpunyai pemikiran yang dapat meningkatkan kejayaan satu

    organisasi dan mengubahkan kursus-kursus latihan bagi menyempurnakan kualiti kursus.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    12/21

     Jurnal

    Bagi guru mahir, beliau haruslah sentiasa berkaitkan diri dengan program pengembangan

    guru berkualiti dan guru besar berkualiti kerana beliau merupakan pengurus yang akan

    memberikan kesan yang besar terhadap kursus yang disediakan.  Jika kursus yang disediakan

     boleh membawa kesan yang positif kepada penyerta kursus, namun peyerta akan mendapat

    kemajuan yang diingini. Sebaliknya, jika kursus yang disediakan tidak membawa makna dan

    memberi taklimat atau ilmu yang silap,  peyerta akan membawa mesej ini balik ke sekolah

    dan mengakplikasikan mesej yang silap ini. Cuba bayangkan, jika perkara ini berlaku, bidang

     pendidikan mesti akan menghadapi cabaran yang besar. Oleh itu, guru pakar haruslah sentiasa

    mengaji balik apa-apa yang dirancang supaya dapat memberi kesan yang baik.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    13/21

     Jurnal

    Rumusan

    Sebagai hujung kata, kertas cadangan ini telah menunjukkan definisi yang teliti tentang

     peringkat perkembangan guru dan disertai cadangan yang dapat diikuti oleh guru pelbagai

     peringkat untuk memajukan diri ke peringkat yang seterusnya. Saya berharap kertas

    cadangan yang disediakan ini dapat membantu bakal guru yang akan masuk ke arena

     pendidikan.

    Saya juga berharap bidang pendidikan di negara kita akan berubah dengan kualiti

    guru dipetingkatkan. Jika kualiti guru dipertingkatkan, murid yang dididik akan menjadilah

     pemimpin yang berkemampuan untuk membentukkan negara kita menuju ke arah yang

    gemilang. Jika kualiti guru dipertingkatkan, negara kita dapatlah mengatasi pelbagai masalahdengan mudah kerana pemikiran yang berpositif, dan selalu bertindak pantas yang diberikan

    kepada murid oleh guru.

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    14/21

     Jurnal

    Bibliografi 

    1. Brent Davies & Linda Ellison. (2004) Strategi Memasarkan Sekolah, Kuala

    Lumpur: lnstitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

    2. Sonia Blandford. (2004) Mengurus Pembangunan Profesional Di Sekolah, Kuala

    Lumpur: lnstitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

    3. John West-Burnham. ( 2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Kuala Lumpur: lnstitut 

    Terjemahan Negara Malaysia Berhad

    4. Sonia Blandford. ( 2008) Mengurus Sumber Di Sekolah, Kuala Lumpur: lnstitut 

    Terjemahan Negara Malaysia Berhad

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    15/21

     Jurnal

    Slide show

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    16/21

     Jurnal

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    17/21

     Jurnal

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    18/21

     Jurnal

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    19/21

     Jurnal

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    20/21

     Jurnal

  • 8/17/2019 tugasan 2 fasa fasa dalam belajar mengajar.pdf

    21/21

     Jurnal