48877473 pernyataan profesional praktikum fasa 3[1]

Upload: renuga-sangaran

Post on 06-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    1/35

    Apakah yang diharapkan melalui praktikum ini?

    Minggu ini merupakan minggu terakhir saya untuk mempersiapkan diri untuk

    menghadapi praktikum pada minggu hadapan iaitu bermula daripada 30 Januari hingga

    27 April 2012. Minggu ini juga merupakan minggu cuti sempena Tahun Baru Cina. Ini

    merupakan satu peluang pada saya untuk mempersiapkan dokumen-dokumen, fail-fail

    dan bahan bantu mengajar yang akan digunakan sewaktu praktikum nanti. Kuliah amali

    dan teori yang saya perolehi sepanjang di kelas akan saya gunakan dalam menyiapkan

    diri untuk menjalani praktikum ini. Memandangkan ini merupakan pengalaman pertama

    saya untuk menjalani praktikum maka kegentaran dan pelbagai soalan dan pemikiran

    negatif yang menerjah minda. Namun saya cuba untuk berfikiran positif dan menerima

    segala cabaran yang mendatang.

    Harapan saya untuk praktikum ini ialah semoga saya dapat mengumpul

    pengalaman dan input-input berguna untuk menjadi seorang guru kelak dan juga

    menambahbaik lagi prestasi saya. Penyediaan rancangan mengajar, perancangan

    aktiviti yang menarik, kawalan kelas, sikap profesionalisme dan lain-lain lagi akan saya

    pelajari dengan bersungguh-sungguh sepanjang menjalani praktikum ini. Saya

    berharap saya dapat menggunakan ilmu yang telah diperolehi sebelum ini untuk

    mengajar. Saya sedar banyak kelemahan yang akan timbul, namun sedari sekarangsaya akan mengganggap ia sebagai pembakar semangat kepada saya untuk lebih

    berusaha mempertingkatkan kebolehan diri dan mengatasi kelemahan yang ada. Saya

    juga berazam untuk lebih mendekati lagi murid-murid yang lemah di sekolah saya agar

    tidak wujud sebarang jurang pemisah antara murid dengan guru. Lebih-lebih lagi murid-

    murid seperti mereka memerlukan lebih bimbingan dan perhatian.

    Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama

    dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan cuba

    menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa

    dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan

    baik kelak.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    2/35

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU PERTAMA

    31 Jan-04 Feb 2011

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Pada minggu saya telah memulakan sesi praktikum fasa 3. Praktikum ini

    merupakan pengalaman ketiga saya sepanjang menjadi guru pelatih.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    3/35

    Seperti praktikum yang lalu, saya perlu menemui Guru Besar terlebih

    dahulu. Selepas sesi taklimat, saya diperkenalkan kepada guru-guru

    pendidikan khas serta guru aliran perdana. Seterusnya saya

    diperkenalkan dengan guru pembimbing pula. Ternyata guru

    pembimbing banyak memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar. Saya

    bertuah kerana guru pembimbing merupakan seorang yang mesra dan

    sudi berkongsi ilmu. Saya menerima jadual pada hari pertama lagi.

    Kepantasan dan kerjasama yang diberikan oleh penyelaras PPKIP SK Alai

    benar-benar mewujudkan suasana yang mesra seawal pertemuan lagi.

    Selain itu juga, pensyarah penyelia kami iaitu En Amerrudin b.Othman

    juga telah datang pada minggu ini iaitu pada hari Selasa. Sejujurnya

    kedatangan beliau agak mengejutkan kerana pada praktikum fasa-fasa

    sebelum ini belum pernah ada pensyarah penyelia yang hadir seawal

    hari kedua lagi. Walaupun kedatangan beliau telah diberitahu namun

    saya tetap merasakan debaran diselia. Oleh kerana minggu ini hari

    persekolahan hanyalah tiga hari sahaja berikutan cuti Tahun Baru Cina

    yang bermula pada hari Khamis maka tidak banyak aktiviti yang dapat

    dilakukan dan disertai melainkan mengemaskini kandungan buku

    rancangan mengajar dan portfolio. Kami juga masuk ke setiap kelas

    yang bakal diajar dan melihat dengan lebih dekat dan berkenalan

    dengan murid-murid kelas tersebut. Kami juga mengadakan temubual

    bersama guru mata pelajaran kelas tersebut bagi mengumpul maklumat

    tentang tahap pencapaian murid-murid tersebut di dalam kelas.Apa

    yang dapat dilihat sepanjang minggu ini,semua guru pendidikan khas

    dan warga sekolah memberikan kerjasama dan bantuan yang diperlukan

    serta mewujudkan suasana yang mesra dan mengurangkan perasaan

    malu dan gugup di dalam diri kami. Diharap kerjasama baik dan

    permulaan yang bagus ini dapat berterusan sehingga tamatnya

    praktikum. InsyaAllah.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    4/35

    2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang

    menghampakan anda? )

    Perkara yang meberikan kesan kepada diri saya ialah kedatangan

    pensyarah penyelia seawal hari kedua lagi. Ini memberikan saya

    gambaran bahawa saya perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam

    melakukan setiap proses pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi

    jangkaan pensyarah penyelia saya. Selain itu juga, saya merasakan

    penyelaras kami iaitu Pn Nor Rizah begitu efisien dalam menjalankan

    tanggungjawabnya sebagai penyelaras dan dalam masa yang sama

    sebagai guru pembimbing kami.

    3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Berdasarkan taklimat yang diberi oleh pensyarah penyelia dan guru

    pembimbing, saya mempelajari agar kita perlu merancang setiap proses

    pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan mengambilkira setiapkebolehan dan tahap murid. Mereka juga menyarankan kepada kami

    agar membuat draf terlebih dahulu sebelum menulisnya di dalam buku

    persediaan mengajar. Cara ini dapat membantu kami membuat

    perbincangan bersama guru pembimbing dan di dalam masa yang sama

    membuat pembetulan dan penambahbaikan. Selain daripada itu, saya

    juga menyedari sebagai seorang guru pelatih yang sedang menjalani

    praktikum, saya perlu menyediakan portfolio dan buku persediaan

    mengajar dengan lengkap dan melengkapkannya mengikut kehendak

    yacng telah ditetapkan. Perbincangan bersama pensyarah penyelia dan

    guru pembimbing ini juga menyuntik semangat saya untuk melakukan

    yang terbaik kerana mereka sangat memberi bantuan dalam

    perkongsian ilmu dan tips-tips untuk menjadi seorang guru yang baik.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    5/35

    4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    a) Mengadakan perbincangan bersama guru pembimbing dan

    pensyarah penyelia sekerap yang mungkin.

    b) Membuat draf rancangan mengajar terlebih dahulu agar dapat

    membuat pembetulan dan penambahbaikan.

    c) Sentiasa mengemaskini kandungan portfolio dan buku persediaan

    mengajar mengikut tetapan yang telah disediakan.

    d) Melakukan ujian diagnostik sebelum memulakan kelas bagi

    mengenalpasti tahap kebolehan dan kefahaman murid.

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran saya akan

    bertambah berkesan.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    6/35

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KEDUA

    07 Feb-11 Feb 2011

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Minggu kedua menyajikan lebih cabaran dan tugasan yang menuntut

    masa dan waktu senggang. Tetapi saya tetap berfikiran positif dan terus

    berusaha. Minggu ini saya berkesempatan untuk menjalankan ujian

    diagnostik Bahasa Melayu dan Matematik kepada murid kelas Kurnia 2

    dan Kurnia 3. Ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap penguasaan

    murid terhadap mata pelajaran tersebut. Sebagai seorang guru

    praktikum saya tidak boleh terus mengajar tanpa melaksanakan ujian ini

    kerana pengenalpastian tahap kefahaman murid amatlah penting bagi

    meneruskan sesuatu pengajaran. Perkara yang menarik perhatian sayapada minggu ini ialah keterujaan murid-murid untuk mengambil ujian

    diagnostik. Walaupun saya sedia maklum mereka merupakan murid

    pendidikan khas namun semangat yang ditunjukkan oleh mereka benar-

    benar memberikan kesedaran kepada saya agar memberi sesuatu input

    yang berguna kepada mereka. Selain itu juga saya berpeluang untuk

    menyertai aktiviti terapi air dan bowling yang diadakan pada hari Rabu.

    Semua murid bersemangat dan teruja untuk melakukan aktiviti ini.

    2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang

    menghampakan anda? )

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    7/35

    Tiada sebarang perkara yang menghampakan pada minggu ini tetapi

    saya mengakui bahawa ujian diagnostik sangat berkesan untuk

    mengenalpasti tahap kefahaman murid. Mungkin ada sesetengah murid

    yang sudah menguasai pembelajaran terkini namun melalui ujian ini

    didapati mereka sudah melupakan topik-topik yang sebelumnya. Oleh

    yang demikian, melalui ujian ini murid dapat mengimbas kembali

    pengajaran-pengajaran lalu dan dalam masa yang sama mereka dapat

    mengulangkaji pelajaran. Keberkesanan ujian ini juga dapat diuji melalui

    kesungguhan murid menjawab kesemua soalan ataupun hanya

    menjawab secara sambil lewa. Terapi air dan bowling pula memberi

    peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran sosial mereka di

    samping membantu meningkatkan penggunaan psikomotor kasar

    mereka.

    3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Pada minggu ini saya mempelajari bahawa setiap sesi P&P yang

    dijalankan perlu dilaksanakan ujian diagnostik atau saringan terlebih

    dahulu. Kita tidak boleh terus memulakan pengajaran tanpa mengambil

    tahu tahap penguasaan murid dan perbezaan keupayaan mereka. Ini

    kerana tidak adil kiranya jika kita terus memulakan pengajaran maka

    murid yang lemah akan terus ketinggalan dan tidak dapat menguasai

    sesuatu topik tersebut. Bagi aktiviti terapi pula perlu dijalankan bagi

    memberi peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti berenang,

    bermain bowling dan dalam masa yang sama meningkat kemahiran

    sosial dan psikomotor kasar mereka.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    8/35

    4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    a) Menjalankan aktiviti yang lebih kreatif dan menarik perhatian.

    b) Menjadi seorang guru yang komited dan bertanggungjawab.

    c) Merancang aktiviti yang boleh merangsang minat dan penglibatan

    murid seperti aktiviti terapi.

    d) Menjalankan ujian diagnostik atau saringan setiap kali sebelum

    memulakan sesi P&P di kelas yang baru.

    Saya berharap dengan tindakan yang diambil dapat memperbaiki lagi

    sesi pengajaran dan kualiti diri seorang bakal guru seperti saya.

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KETIGA

    12-16 Julai 2010

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Pada minggu ini, pengalaman baru yg diperolehi ialah menghadiri

    mesyuarat Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas 2010 zon Alor Gajah.

    Pengalaman, suasana serta pengetahuan baru yang ditimba ketika

    mesyuarat benar-benar berguna dan sangat positif. Pada minggu ini

    juga Pn Anisah dan En Ramle hadir untuk sesi penyeliaan bagi subjek

    Pendidikan Khas dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Perkara baru

    bagi saya ialah ketika penyeliaan PJK kerana ia merupakan pengalaman

    pertama dan agak mencabar bagi saya.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    9/35

    2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda? Apa yang kurang berkesan? Apa yang

    menghampakan anda? )

    Ketika sesi penyeliaan PJK saya agak gugup pada mulanya namun

    selepas beberapa minit saya saya mula tenang dan berusaha

    menjalankan sesi P&P dengan sebaiknya. Kawalan kelas baik kerana

    murid-murid memberikan kerjasama dan seronok dengan aktiviti yang

    dijalankan. Namun begitu, aktiviti yang agak tinggi arasnya tidak dapat

    dilakukan dengan baik oleh murid. Masa yang agak lama juga

    menyebabkan murid keletihan dan hilang keseronokan untuk

    meneruskan aktiviti.

    3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Sesuatu yang saya pelajari ialah apabila kita merancang sesuatu aktiviti

    PJK terutamanya untuk murid pendidikan khas ialah kita perlu

    memikirkan setiap aspek kebolehan dan keupayaan mereka. Aras

    aktiviti dan kemahiran yang ingin diajar kepada murid perlulah tidak

    terlalu tinggi hingga menyukarkan murid tersebut. Selain itu juga,

    melalui perbincangan dengan pensyarah pembimbing PJK, saya

    mendapat idea-idea yang baru untuk mengembangkan lagi aktiviti yang

    boleh dilakukan walaupun melalui kemahiran yang sama.

    4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    10/35

    a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.

    b) Berbincang dengan guru serta pensyarah pembimbing dan

    meminta pendapat.

    c) Merancang aktiviti yang bertepatan dengan kebolehan dan

    keupayaan murid.

    d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran.

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan

    pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KEEMPAT

    19 -23 Julai 2010

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    11/35

    Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan

    sebanyak dua kali telah dijalankan oleh Pn Anisah. Kedua- duanya bagi

    subjek Matematik. Saya mendapat pelbagai tips dan pengetahuan baru.

    Setiap kekurangan dan kelebihan dapat dikupas untuk ditambah baik

    lagi pada masa akan datang. Perkara yang menarik perhatian ialah pada

    minggu ini berlangsungnya Kejohanan padang dan balapan pendidikan

    khas zon Alor Gajah bagi tahun 2010. Pelbagai gelagat dan bakat yang

    berpotensi besar dapat dilihat menerusi kejohanan ini.

    2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda?

    Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

    Perasaan gemuruh dan takut menyelubungi diri. Saya berusaha untuk

    membuat yang terbaik dan sokongan rakan serta keluarga sangat

    membantu pada waktu ini. Berdasarkan perbincangan dan hasil

    penilaian pensyarah dan guru pembimbing saya mendapati saya perlu

    lebih mahir mengawal kelas dan perlu bersikap lebih aserif terhadapmurid yang hiperaktif. Selain itu, aktiviti yang dilakukan juga perlu

    melibatkan semua murid. Latihan dan bimbingan perlu diberi perhatian

    yang lebih kepada murid yang lemah. Kemampuan dan tahap murid

    juga perlu lebih diberi perhatian dalan merancang aktiviti, strategi dan

    lembaran kerja. Latihan berbentuk ansur maju perlu diperbanyakkan

    untuk murid yang lemah. Saya berpuas hati dengan aktiviti dan bahan

    bantu mengajar yang dihasilkan kerana ia menarik minat murid dan

    secara tidak langsung memudahkan mereka untuk lebih memahami

    perkara yang diajar.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    12/35

    3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah

    kreatif dalam merancang aktiviti dan menghasilkan bahan bantu

    mengajar yang menarik agar dapat merangsang minat murid. Selain

    daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu memikirkan cara

    yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Oleh yang demikian, saya

    berazam pada masa akan datang saya akan menambahbaik setiap

    kelemahan yang dilakukan dan menerima kritikan membina daripada

    pensyarah dan guru pembimbing sebagai batu loncatan untuk

    melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

    4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    a) Bersikap asertif.

    b) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.

    c) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta

    pendapat.

    d) Melaksanakan tugas mengikut masa dan tidak suka

    bertangguh.

    e) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.

    f) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    13/35

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan

    pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

    REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN

    Pengajaran berpasangan kali kedua telah dilaksanakan pada 09 April

    2010 (Jumaat) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup-Jahitan. Kelas yang

    terlibat adalah Sinaran 1. Dua orang pelajar tidak hadir iaitu Muhammad

    Fazrin dan Thinagaran.

    Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang telah

    dirancangkan. Kami telah mengajar jahitan kia. Pengenalan bagi jahitan kia

    telah diperkenalkan oleh kami. Kami juga perlu mengusai kemahiran tersebutsebelum di ajar kepada mereka. Oleh itu, kami telah mengajar mereka dari

    permulaan hingga akhir untuk menjahit jahitan kia. Setelah mereka faham

    untuk menjahit jahitan kia, kami mengajar mereka untuk mengaplikasikannya

    di atas sehelai kain. Bimbingan diberikan kepada mereka memandangkan ada

    segelintir murid yang agak sukar untuk melaksanakannya.

    Hasil pembelajaran tercapai sebanyak 80 peratus. Murid-murid dapat

    melaksanakannya dengan baik. Murid yang lemah telah dibimbing oleh guru.

    Mereka melaksanakan aktiviti tersebut dengan tekun.

    Pada pengajaran kali ini, semua murid dapat mendengar arahan guru

    dengan baik. Mereka juga dapat melaksanakan aktiviti tersebut sehingga

    selesai. Saya amat berpuas hati pada pengajaran hari ini kerana proses

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    14/35

    pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Tiada lagi gangguan

    seperti pengajaran yang lepas. Saya berharap agar pengajaran yang akan

    datang menjadi lebih baik lagi.

    REFLEKSI PENGAJARAN BERPASANGAN

    Pengajaran berpasangan kali pertama telah dilaksanakan pada 02 April

    2010 (Jumaat) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup-Jahitan. Kelas yang

    terlibat adalah Sinaran 1. Semua murid hadir pada hari ini.

    Sesi P&P berjalan lancar dan murid memahami apa yang diajar oleh

    kami. Nemun begitu sesi pembelajaran sedikit terganggu apabila ada muridyang bergaduh sesama sendiri. Kami terpaksa meleraikan pergaduhan

    tersebut dan ia telah mengganggu pembelajaran dan murid yang lain. Lebih

    mendukacitakan, murid yang terlibat dengan pergaduhan tidak mahu

    melakukan tugasan dan tidak mahu mendengar arahan guru. Kami terpaksa

    menggunakan pendekatan yang lebih keras agar murid tersebut membuat apa

    yang disuruh guru.

    Hasil pembelajaran pada hari ini tidak tercapai kerana murid masih lagi

    memerlukan bimbingan apabila menjahit jahitan sembat pada kain. Selain itu

    jahitan tersebut juga tidak kemas dan tidak teratur. Pada pembelajaran akan

    datang saya akan lebih bersikap asertif dan menggunakan pendekatan yang

    lebih menarik minat murid.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    15/35

    PERNYATAAN PROFESIONAL

    Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

    ( 28 Jun-20 Ogos 2010)

    Tempoh 8 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang

    memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu

    pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jitu

    oleh warga Sekolah Kebangsaan Dato Naning. Bagi saya, banyak aspek yang

    dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini keranagolongan

    guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam

    pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang

    dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting

    terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

    Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa

    kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat

    bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat

    meningkatkan minat murid khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    16/35

    masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab

    secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan

    pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu

    juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu

    diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi

    lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid

    menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati

    dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan

    tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk

    diungkapkan dengan luahan kata-kata.

    Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus

    menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik

    generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini

    adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran

    dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada

    perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya

    perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

    Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada

    penyelaras pendidikan khas iaitu En Mazlan b. Sabran yang juga bertindak

    selaku guru pembimbing. Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 10

    tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak

    lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan

    beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi

    memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan

    keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan

    menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    17/35

    yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P

    yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann.

    Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah

    pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri

    saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan Pn Anisah bt Alias

    supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan telah

    meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa

    akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-

    input yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan.

    Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan

    bersama di samping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positifdan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang

    dirancang.

    Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar

    saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu.

    Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi

    dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya

    bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik dirisupaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta

    berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan

    merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut

    dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya senantiasa

    menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas

    dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan

    dengan sebarang masalah.

    Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum

    sebagai guru pendidikan khas ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari,

    perasaan sayang saya terhadap pelajar-pelajar khas SKDN semakin

    mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    18/35

    menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak sesempurna insan lain, namun

    saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya,

    kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa dan perlu

    dihargai kehadiran mereka bukannya dicaci. Hal ini mengingatkan saya

    kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan Guru Kampus

    Perempuan Melayu Melaka yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai

    cacian terhadap kursus pendidikan khas dan ada juga yang menyatakan

    bahawa jika mengajar kanak-kanak khas dan berada dekat dengan mereka,

    terutamanya guru wanita yang mengandung, sudah tentu anak yang

    dikandung akan menjadi kenan dan anak yang akan dilahirkan juga tidak akan

    sempurna seperti kanak-kanak khas. Setelah menjalani praktikum, merasai

    hidup sebagai guru pendidikan khas serta melihat kehidupan-kehidupan guru-

    guru pendidikan khas, ternyata kenyataan yang dikeluarkan itu salah sama

    sekali dan tidak berasas.

    Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya

    ditempatkan untuk menjadi guru pendidikan khas, ternyata setelah menjalani

    praktikum selama 8 minggu di SKDN, saya beroleh jawapan itu yang mana

    jiwa saya sememangnya begitu serasi dengan pendidikan khas berbanding

    aliran perdana. hati saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan

    khas ini sudah bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanak-

    kanak khas. Melalui praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai

    kekuatan diri dan juga kelemahan diri sebagai guru pendidikan khas melalui

    penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing.

    Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat

    memberi sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar khas yang bakal

    menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses

    P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan

    diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas. Sebagai kesimpulannya,

    pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan

    sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    19/35

    menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan

    bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya

    setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan

    digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian

    bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu

    tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    20/35

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KEENAM

    02- 06 Ogos 2010

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Namun demikian, pada

    minggu ini seperti yang telah dirancangkan kami telah berjaya

    melaksanakan Program sambutan hari lahir dan pengurusan kewangan

    (kemahiran membeli-belah) di Mydin Wholesale, MITC. Alhamdulillah

    program berjalan seperti yang dirancang dan mendapat kerjasama yang

    diimpikan.

    2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda?

    Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

    Saya gembira kerana program ini berjalan seperti yang dimahukan dan

    tiada perkara

    yang tidak diingini berlaku. Kerjasama daripada semua guru, ibu bapa

    murid serta

    pembantu pengurusan murid melancarkan lagi program ini. Selaindaripada itu juga,

    ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Radix Fried Chicken dan

    Mydin Wholesale

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    21/35

    kerana sudi memberikan kerjasama yang diharapkan. Walaupun sedikit

    menghampakan

    kerana tidak mendapat sumbangan ataupun potongan harga tetapi

    saya menganggap ia

    cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi walaupun telah berusaha

    untuk

    mendaptkannya.

    3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru perlu

    memiliki kesabaran , kemahiran komunikasi dan keyakinan yang tinggi.

    Kemahiran komunikasi juga perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di

    dalam kelas dan juga dalam urusan- urusan lain seperti untuk

    mendapatkan tajaan dan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan

    kerajaan dalam menganjurkan sesuatu program. Tidak mudah putus asadan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik juga sangat penting

    untuk menjadi seorang guru. Oleh yang demikian, saya berazam pada

    masa akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang

    dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan

    menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing

    sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan

    datang.

    4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    22/35

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    a) Meningkatkan kemahiran komunikasi.

    b) Lebih berkeyakinan.

    c) Berusaha gigih dan tidak mudah putus asa.

    d) Menyuburkan lagi sifat sabar dalam diri.

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan

    pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KELIMA

    Ogos 2010

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan

    sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    23/35

    Kesihatan dan Matematik oleh guru pembimbing. Perkara yang menarik

    perhatian ialah pada minggu ini saya dan Hairunizah berpeluang untuk

    membuat kertas kerja Program Sambutan Hari Lahir dan Pengurusan

    Kewangan yang dijangka diadakan pada minggu hadapan. Kami

    mengadakan perbincangan dengan semua guru Pendidikan Khas dan

    mengatur program dengan sebaik mungkin. Saya mendapat pelbagai

    tips dan pengetahuan baru.

    5. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda?

    Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

    Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan

    mendapat komen

    positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan

    daripada

    penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapatmenjalankan sesi P&P

    dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan perancangan kemahiran

    yang telah dibuat

    kerana saya sepatutnya merendahkan lagi aras agar semua murid dapat

    menguasai

    kemahiran tersebut. Pengalaman baru ditimba semasa berurusan

    dengan pihak Radix

    Fried Chicken dan Mydin. Mereka memberikan kerjasama dengan baik

    dan memudahkan

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    24/35

    urusan kami.

    6. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Sesuatu yang saya pelajari pada minggu ini ialah seorang guru haruslah

    kreatif dalam merancang aktiviti dan kemahiran tersebut perlulah

    bersesuaian dengan kemahiran dan kebolehan semua murid. Selain

    daripada itu saya perlu lebih bersikap asertif dan perlu memikirkan cara

    yang lebih berkesan untuk mengawal kelas. Kemahiran komunikasi juga

    perlu lebih ditingkatkan bagi pengajaran di dalam kelas dan juga dalam

    urusan- urusan lain seperti untuk mendapatkan tajaan dan kerjasama

    daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan dalam menganjurkan

    sesuatu program. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa akandatang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang dilakukan,

    meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri dan menerima

    kritikan membina daripada pensyarah dan guru pembimbing sebagai

    batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

    7. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    a) Melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian pelajar.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    25/35

    b) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta

    pendapat.

    c) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.

    d) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.

    e) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas.

    f) Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian

    dengan murid.

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan

    pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KEENAM

    09- 13 Ogos 2010

    1. Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan

    sekali lagi untuk mata pelajaran elektif Pendidikan Jasmani dan

    Kesihatan dan Sains oleh pensyarah pembimbing. Perkara yang menarikperhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk pertama kali bagi

    mata pelajaran Sains. Saya agak gugup dan gementar kerana kurang

    pengetahuan dan tiada pengalaman secara langsung dalam mengajar

    Sains. Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka

    ia menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    26/35

    2. Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda?

    Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

    Saya agak gembira kerana penyeliaan PJK kali ini berjalan lancar dan

    mendapat komen

    positif daripada pensyarah pembimbing. Terdapat penambahbaikan

    daripada

    penyeliaan yang pertama dan saya bersyukur kerana dapat

    menjalankan sesi P&P

    dengan baik. Tetapi saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran

    saya untuk mata

    pelajaran Sains. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah

    menyatakan yang

    saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnyadalam menarik

    perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu

    lebih rendah untuk

    memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru.

    Aktiviti juga

    dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkanpengetahuan murid.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    27/35

    3. Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai

    seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan

    aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak

    menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat

    kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria

    ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa

    akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang

    dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri,

    kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru

    pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada

    masa akan datang.

    4. Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    g) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam

    pembelajaran.

    h) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta

    pendapat.

    i) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.

    j) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.

    k) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    28/35

    l) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap

    murid.

    m)Menjalankan pengurusan tingkah laku yang bersesuaian

    dengan murid.

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan

    pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.

    PERNYATAAN PROFESIONAL

    Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

    ( 28 Jun-20 Ogos 2010)

    Tempoh 8 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang

    memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu

    pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama yang jituoleh warga Sekolah Kebangsaan Dato Naning. Bagi saya, banyak aspek yang

    dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini keranagolongan

    guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam

    pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang

    dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting

    terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

    Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa

    kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat

    bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan dapat

    meningkatkan minat murid khususnya murid-murid berkeperluan khas. Pada

    masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    29/35

    secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan

    pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu

    juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu

    diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Ini bagi

    lebih menaik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa gembira kerana murid-murid

    menunjukkan minat dalam setiap aktiviti yang dirancang. Perasaan puas hati

    dan gembira jelas terasa apabila melihat anak murid berjaya melaksanakan

    tugasan yang diberikan. Sesungguhnya perasaan tersebut sukar untuk

    diungkapkan dengan luahan kata-kata.

    Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harusmenyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik

    generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini

    adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran

    dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada

    perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya

    perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

    Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada

    penyelaras pendidikan khas iaitu En Mazlan b. Sabran yang juga bertindak

    selaku guru pembimbing. Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 10

    tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak

    lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan

    beliau terutamanya dalam pembinaan rancangan pengajaran harian bagi

    memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan

    keupayaan dan minat mereka. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan

    menghargai bimbingan mereka kerana cetusan idea dan nasihat membina

    yang dikongsi banyak membantu saya dalam memilih dan melaksanakan P&P

    yang berkesan bagi mencapai objektif pengajarann.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    30/35

    Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah

    pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri

    saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan Pn Anisah bt Alias

    supaya saya komited dengan tanggungjawab yang diamanahkan telah

    meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa

    akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-

    input yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan.

    Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan

    bersama di samping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif

    dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang

    dirancang.

    Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar

    saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu.

    Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi

    dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya

    bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri

    supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta

    berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan

    merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut

    dengan jayanya. Justeru ini menyedarkan saya supaya senantiasa

    menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas

    dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan

    dengan sebarang masalah.

    Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum

    sebagai guru pendidikan khas ini. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari,

    perasaan sayang saya terhadap pelajar-pelajar khas SKDN semakin

    mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat

    menghiburkan hati. Walaupun, mereka tidak sesempurna insan lain, namun

    saya tidak berasa tertekan ketika berada di samping mereka. Sesungguhnya,

    kanak-kanak khas merupakan kanak-kanak yang sangat istimewa dan perlu

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    31/35

    dihargai kehadiran mereka bukannya dicaci. Hal ini mengingatkan saya

    kepada detik di awal saya mendaftar ke Institut Pendidikan Guru Kampus

    Perempuan Melayu Melaka yang mana pada ketika itu, terdapat pelbagai

    cacian terhadap kursus pendidikan khas dan ada juga yang menyatakan

    bahawa jika mengajar kanak-kanak khas dan berada dekat dengan mereka,

    terutamanya guru wanita yang mengandung, sudah tentu anak yang

    dikandung akan menjadi kenan dan anak yang akan dilahirkan juga tidak akan

    sempurna seperti kanak-kanak khas. Setelah menjalani praktikum, merasai

    hidup sebagai guru pendidikan khas serta melihat kehidupan-kehidupan guru-

    guru pendidikan khas, ternyata kenyataan yang dikeluarkan itu salah sama

    sekali dan tidak berasas.

    Jika sebelum ini, saya sering mempertikaikan mengapa saya

    ditempatkan untuk menjadi guru pendidikan khas, ternyata setelah menjalani

    praktikum selama 8 minggu di SKDN, saya beroleh jawapan itu yang mana

    jiwa saya sememangnya begitu serasi dengan pendidikan khas berbanding

    aliran perdana. hati saya pada mulanya gelisah dengan kursus pendidikan

    khas ini sudah bertukar menjadi suka akan kursus ini dan sayang akan kanak-

    kanak khas. Melalui praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai

    kekuatan diri dan juga kelemahan diri sebagai guru pendidikan khas melalui

    penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing.

    Saya berharap untuk praktikum fasa terakhir kelak, saya dapat

    memberi sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar khas yang bakal

    menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses

    P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan

    diaplikasikan kepada murid berkeperluan khas. Sebagai kesimpulannya,

    pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan

    sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat

    menjayakan praktikum fasa 2 ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan

    bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya

    setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    32/35

    digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian

    bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu

    tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta pengamalan yang baik.

    PENULISAN JURNAL

    MINGGU KELAPAN

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    33/35

    16 - 20 Ogos 2010

    1 Data : (Fikir kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah anda buat?

    Apa yang menarik perhatian? )

    Pada minggu ini, rutin berjalan seperti biasa. Selain itu, penyeliaan

    sekali lagi dan terakhir untuk major bagi subjek Bahasa Melayu. Perkara

    yang menarik perhatian ialah pada minggu ini saya diselia untuk

    pertama kali bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya agak gugup dan

    gementar kerana kurang pengetahuan dalam mengajar Sains.

    Tambahan pula, saya hanya mengajar Sains sekali semingu. Maka ia

    menimbulkan perasaan yang kurang yakin dan sedikit tekanan.

    2 Perhubungkaitan dan Perasaan : ( Apa yang berkesan? Apa yang

    menyenangkan anda?

    Apa yang kurang berkesan? Apa yang menghampakan anda? )

    Saya agak kecewa dengan prestasi dan pengajaran saya untuk mata

    pelajaran Bahasa

    Melayu. Berpandukan komen dan teguran daripada pensyarah

    menyatakan yang

    saya tidak menggunakan masa ketika set induksi dengan sepenuhnya

    dalam menarik

    perhatian murid. Selain itu juga, penggunaan laras bahasa juga perlu

    lebih rendah untuk

    memudahkan murid lebih memahami apa yang disampaikan oleh guru.

    Aktiviti juga

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    34/35

    dikatakan kurang mencabar dan tidak membantu meningkatkan

    pengetahuan murid.

    Saya juga perlu merangang murid dengan aktiviti yang lebih seronok

    dan melibatkan

    semua murid.

    3 Membuat interpretasi : ( Apa yang anda pelajari? Apakah implikasinya?

    Bagaimana apa yang berlaku itu mempengaruhi tugas/kerja anda?)

    Sesuatu yang saya pelajari melalui komen pensyarah ialah sebagai

    seorang guru kita perlulah sentiasa kreatif dalam menjana idea dan

    aktiviti agar sesi pembelajaran tidak menjadi kaku dan tidak

    menyeronokkan. Sebagai seorang bakal guru pendidikan khas sifat

    kecindan dan humor amat penting kerana murid perlu seronok dan ceria

    ketika menimba ilmu. Oleh yang demikian, saya berazam pada masa

    akan datang saya akan menambahbaik setiap kelemahan yang

    dilakukan, meningkatkan kemahiran komunikasi, keyakinan diri,

    kreativiti dan menerima kritikan membina daripada pensyarah dan guru

    pembimbing sebagai batu loncatan untuk melakukan yang terbaik pada

    masa akan datang.

    4 Keputusan : (Bagaimana anda akan melakukannya secara berbeza pada

    masa akan datang?)

    Pada masa akan datang saya akan memperbaiki diri saya dengan cara :

    n) Menerapkan unsur kecindan dan humor dalam

    pembelajaran.

  • 8/2/2019 48877473 Pernyataan Profesional Praktikum Fasa 3[1]

    35/35

    o) Berbincang dengan guru pembimbing dan meminta

    pendapat.

    p) Merancang P&P mengikut kemampuan dan tahap murid.

    q) Lebih kreatif dalam merancang aktiviti.

    r) Meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi di dalam kelas.

    s) Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan tahap

    murid.

    t) Merangsang minat dan sifat ingin tahu murid kepada

    pembelajaran.

    Saya amat berharap dengan tindakan di atas, pengajaran dan

    pelaksanaan tugas saya akan bertambah berkesan.