jurnal & pernyataan profesional

63
JURNAL MINGGU KEEMPAT Masalah Pada minggu keempat , saya mula membuat perancangan untuk pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang lebih menarik dan lengkap. Pada minggu ini, saya menghadapi masalah murid-murid lambat menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh saya. Keadaan ini memberikan tekanan kepada saya kerana saya tidak dapat menggunakan masa yang diperuntukan di dalam kelas dengan baik kerana aktiviti lain tidak dapat dijalankan dengan baik mengikut waktu yang dirancang di dalam rancangan pengajaran harian. Hal ini kerana setiap murid menghadapi masalah pembelajaran yang berbeza mengikut setiap tahap individu. Oleh itu lembaran kerja tidak dapat siapkan mengikut masa yang elah dirancangkan oleh saya. Maka saya memerlukan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk lebih peka dan berempeti dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid. saya juga menghadapi masalah membahagikan murid-murid di dalam kumpulan kerana kurang pengetahuan mengenai tahap mereka yang sebenarnya. Analisis masalah Berdasarkan apa yang saya hadapi masalah pada minggu keempat ini, dapat saya simpulkan bahawa masalah ini berpunca daripada saya iaitu tidak mendalami masalah dan tahap yang ada pada setiap individu di dalam kelas tersebut. Antara faktor-faktor yang menyebabkan masalah lambat menyiapkan lembaran kerja yang diberi ialah murid-murid tidak tahu membuat soalan yang diberi, tidak faham arahan yang diberi, faktor persekitaran iaitu keadaan kelas yang kurang kondusif iatu ganguan daripada kelas lain, dan masalah daripada murid-murid yang selalu hilang fokus semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain itu saya juga mengenal pasti iaitu faktor perancangan dan strategi pengajaran yang tidak menepati sasaran juga menyumbang kepada masalah ini. Dan saya perlu membuat perancangan yang sesuai dengan tahap kemampuan murid yang berbeza.

Upload: siti-intan-farahana

Post on 05-Jan-2016

305 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

rrwtteee

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal & Pernyataan Profesional

JURNAL MINGGU KEEMPAT

Masalah

Pada minggu keempat , saya mula membuat perancangan untuk pengajaran dan

pembelajaran murid-murid yang lebih menarik dan lengkap. Pada minggu ini, saya

menghadapi masalah murid-murid lambat menyiapkan lembaran kerja yang diberi oleh

saya. Keadaan ini memberikan tekanan kepada saya kerana saya tidak dapat

menggunakan masa yang diperuntukan di dalam kelas dengan baik kerana aktiviti lain

tidak dapat dijalankan dengan baik mengikut waktu yang dirancang di dalam rancangan

pengajaran harian.

Hal ini kerana setiap murid menghadapi masalah pembelajaran yang berbeza mengikut

setiap tahap individu. Oleh itu lembaran kerja tidak dapat siapkan mengikut masa yang

elah dirancangkan oleh saya. Maka saya memerlukan kaedah yang sesuai untuk

mengatasi masalah tersebut. Oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk lebih peka

dan berempeti dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid. saya juga

menghadapi masalah membahagikan murid-murid di dalam kumpulan kerana kurang

pengetahuan mengenai tahap mereka yang sebenarnya.

Analisis masalah

Berdasarkan apa yang saya hadapi masalah pada minggu keempat ini, dapat saya

simpulkan bahawa masalah ini berpunca daripada saya iaitu tidak mendalami masalah

dan tahap yang ada pada setiap individu di dalam kelas tersebut. Antara faktor-faktor

yang menyebabkan masalah lambat menyiapkan lembaran kerja yang diberi ialah

murid-murid tidak tahu membuat soalan yang diberi, tidak faham arahan yang diberi,

faktor persekitaran iaitu keadaan kelas yang kurang kondusif iatu ganguan daripada

kelas lain, dan masalah daripada murid-murid yang selalu hilang fokus semasa

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu saya juga mengenal pasti iaitu faktor

perancangan dan strategi pengajaran yang tidak menepati sasaran juga menyumbang

Page 2: Jurnal & Pernyataan Profesional

kepada masalah ini. Dan saya perlu membuat perancangan yang sesuai dengan tahap

kemampuan murid yang berbeza.

Cadangan

Bagi mengatasi masalah ini saya perlu melakukan beberapa pembaikpulih dalam

proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

Saya perlu merancang pengajaran, aktiviti, dan lembaran kerja yang betul –betul

bersesuaian dengan tahap murid-murid.

Saya perlu memperbanyakkan bacaan dari segi pengurusan bilik darjah dan

psikologi murid-murid pendidikan khas. Hal ini penting kerana saya dapat

menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

Bagi mencapai matlamat bersama, saya memerlukan bimbimgan serta nasihat

daripada guru pembimbing dan rakan-rakan untuk memberikan pendapat serta

pandangan untuk mengatasi masalah ini.

Lebih-lebih lagi guru pembimbing yang lebih mengetahui tahap murid-murid dan

tingkah laku murid-murid tersebut lebih memudahkan saya mengenali dengan

lebih rapat personaliti setiap murid di dalam kelas.

Tempoh penyelesaian

15/4/2012 – 19/4/2012

Tindakan susulan

Saya akan lebih berhati-hati membuat lembaran kerja murid-murid agar meraka dapat

menyelesaikan mengikut tahap masing-masing. Saya juga akan membahagikan

kumpulan dengan lebih baik mengikut kemampuan yang hampir sama dan selalu peka

terhadap masalah murid-murid yang mungkin timbul nanti. Selain itu saya juga

mengadakan perbincangan dengan guru pembimbimg iaitu Cikgu Marina tentang

masalah yang saya hadapi ini.

Page 3: Jurnal & Pernyataan Profesional

Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman saya selama dua minggu menjalani praktikum di Sekolah

Kebangsaan Bukit Selambau ini, dapat saya simpulkan iaitu, menjadi guru pendidikan

khas ini adalah tugas yang mencabar dan kita perlu kuat dari segi mental dan fizikal

untuk menghadapi masalah yang dihadapi oleh murid-murid pendidikan khas ini.

Page 4: Jurnal & Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru

pelatihuntuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari

semasa diInstitut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara

reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan

pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum ketiga memfokuskan

kepada matapelajaran majordan minor guru pelatih di IPG dengan waktu

mengajar minimum adalah 8 waktu dan maksimum 12 waktu . Banyak perkara

yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum disekolah. Bukan saja

hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH)

setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala

aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan

diri disetiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan

praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada

bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu

menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk juga, tukang

kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memahami budaya di sekolah serta

komuniti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat

mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa

mengajar.Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh

pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bila-bila masa sahaja. RPH

perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar

proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik

dengan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia lebih-lebih karenah murid yang

sentiasa ingin main semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah saya juga

ingin merancang serta ingin menjalankan terapi yang sesuai dengan kanak-

kanak pendidikan khas. Hal ini kerana, terapi amatlah perlu bagi meningkatkan

lagi keupayaan kanak-kanak tersebut.

 

Page 5: Jurnal & Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

b) Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

21 Januari 2013 jam 7.15 pagi, saya melangkah masuk ke pejabat Sekolah

Kebangsaan Taman Bersatu iaitu sebuah sekolah kategori terbaik. Hari pertama

seperti biasa sesi perkenalan bersama-sama guru-guru serta warga sekolah.

Pertemuan dengan Guru Besar sebagai tanda selamat datang setelah ketiadaan .

Seterusnya, kami dibawa oleh Penolong Kanan Pendidikan Khas ke Kelas

Pendidikan Khas . Saya dan rakan berkenalan dengan guru-guru Pendidikan Khas,

Pembantu Pengurusan Murid dan murid-murid. Guru Pendidikan Khas terdiri

daripada 6 orang, Pembantu Pengurusan Murid 3 orang dan seterusnya bilangan

murid mempunyai 20 orang pelbagai kategori masalah pembelajaran. Kami telah

diberi taklimat ringkas mengenai waktu pengajaran dan sistem pembelajaran di situ.

Pada minggu pertama kami telah memperoleh jadual waktu. Namun kami akan

memulakan sesi pembelajaran pada minggu hadapan. Oleh yang demikian, kami

menggunakan minggu tersebut dengan menjalankan ujian diagnostik kepada murid

bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid. Malah, kami berpeluang mengenal

pasti tingkah laku yang dilakukan oleh murid. Seterusnya, kami juga menggunakan

waktu tersebut bagi menyiapkan papan ekonomi token sebagai langkah mengatasi

masalah tingkah laku murid. Sistem ekonomi token ini akan digunakan pada minggu

kedua iaitu minggu bermulanya kami mengajar secara rasmi di kelas Pendidikan

Khas tersebut. Kami memperoleh jadual yang lengkap iaitu sebanyak 12 waktu

seorang setiap minggu. Setiap hari saya akan menyediakan Rancangan Pengajaran

Harian yang lengkap serta Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian dengan tajuk

pengajaran. Pada minggu kedua, kami meneruskan dengan sesi pengajan dan

pembelajaran seperti yang telah dirancang. Pada hari Isnin minngu ketiga saya telah

dipantau oleh pensyarah pembimbing semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Matematik. Selain itu, kami berpeluang menguruskan kertas kerja

bagi Lawatan ke Pulau Pinang.. Kami menggunakan hari Khamis sebagai hari

melaksanakan aktiviti tersebut. Hal ini kerana, pihak pengurusan Equestrian telah

menetapkan tarikh tersebut. Kami sungguh berbangga kerana mampu menguruskan

Page 6: Jurnal & Pernyataan Profesional

aktiviti terapi berkuda tersebut sehingga berjaya. Pengalaman sebegini amatlah

bermakna bagi guru pelatih seperti kami. Seterusnya, pada minggu keempat iaitu

minggu terakhir, sekali lagi saya dipantau oleh pensyarah pembimbing pada hari

Ahad bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelbagai komen dan cadangan yang

diberikan oleh pensyarah dapat dijadikan panduan bagi praktikum yang akan

datang. Pada hari Khamis minggu keempat, warga Kekwa telah menganjurkan

jamuan Hari Lahir dan Salam Perpisahan.

 

Page 7: Jurnal & Pernyataan Profesional

PERNYATAAN PROFESIONAL

c) Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap

guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum

3 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan

ketiga membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai

persediaan sebelum memasuki alam sebenar sebagai seorang guru.Berkaitan

dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya simpulkan

bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi

akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama

murid, tentu ada yang menguji kesabaran tentang tingkah laku mereka. Semua

itu telah saya lalui untuk Praktikum 3 ini. Pergaulan bersama warga

sekolah boleh dianggap memuaskan. Saya masih lemah dalam pergaulan atau

dengan kata lain, kemahiran sosial yang lemah dengan masih ada sifat malu

dan segan. Saya perlu membaiki elemen itu bagi memastikan saya mencapai

tahap keguruan yang terbaik Namun terdapat guru yang telah menjadi rakan baik

kami berdua. Kami sentiasa bantu membantu terutamanya dalam menjayakan

beberapa program Pendidikan Khas.Kesimpulannya, Praktikum 3 telah memberi

gambaran kepada saya situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri

sebelum menjadi guru berijazah pada tahun 2014 kelak.

Page 8: Jurnal & Pernyataan Profesional

TEORI SENDIRI YANG DIHASILKAN

 

NAMA TEORI SENDIRI:

D.I.Y (DO IT YOURSELF)

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Setelah saya mula mengajar kelas Pendidikan Khas, saya dapat mengenalpasti

bahawa murid-murid lebih gemar bermain daripada belajar. Oleh yang demikian, saya

telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti

permainan. Saya ingin menekakan konsep bermain sambil belajar. Murid-murid akan

berada di dalam kumpulan masing-masing dan bekerjasama melakukan aktiviti itu

bersama-sama.

Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak.

Merekabelajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang

tinggi(Morrison, 2000; & Spodek, 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung

untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri, (Piaget, 1962). Bermain adalah

satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas

untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan

segalaundang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan

aktivitiyang mereka main.(Isenberg and Jolongo, 1997).Bermain merupakan hak yang

seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Ibubapa, guru, pengusaha tadika atau

taska dan juga masyarakat perlu memainkanperanan penting dalam usaha agar kanak-

kanak ini mendapatkan hak tersebut. Bagitujuan ini, Huraian Kurikulum Pendidikan

Prasekolah Kebangsaan (2003) telah memberipenekanan tentang pendekatan belajar

melalui bermain dalam proses pengajaran danpembelajaran di prasekolah. Aktiviti

bermain merupakan satu aktiviti yang menjadifitrah bagi kanak-kanak. Mereka akan

meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan danpembinaan melalui pengalaman langsung

secara semula jadi.

Page 9: Jurnal & Pernyataan Profesional

Di dalam aktiviti D.I.Y ini, murid akan mendapat maklumat melalui aktiviti permainan

disamping penerangan guru. Aktiviti ini sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid.

Selain itu, melalui D.I.Y ini, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong dan

banyak lagi dapat diterapkan dalam diri murid-murid. Contoh-contoh D.I.Y yang telah

dilaksanakan ialah suaipadan, lakonan, menjawab soalan, teka-teki, silang kata Word

Puzzle, Picture Puzzle, Menara Saya dan pelbagai lagi. Aktiviti D.I.Y ini telahpun

dilaksanakan setiap kali pengajaran dan pembelajaan Matematik dan Bahasa Melayu

dilaksanakan. Pertama kali saya melaksanakan aktiviti D.I.Y ini, murid-murid kelihatan

seperti kurang biasa kerana jarang-jarang melakukan aktiviti di dalam kumpulan.

Setelah melaksanakan beberapa kali, murid-murid mulamenunjukkan perubahan positif

malah sangat aktif ketika melaksanaknan aktiviti D.I.Y ini. Mereka juga seringkali

bertanyakan keada saya permainan apayang akan dilaksanakan pada sesi pengajaan

dan pembelajaran yang akan datang.

Pada pendapat saya, murid-murid adalah merupakan kanak-kanak yang sedang

membesar dan sukakan bermain bermacam-macam permaian. Oleh itu, sayapercaya

bahawa murid-murid akan dapat cepat belajar dan menguasai kemahiran yangdiajar

melalui aktiviti permainan di dalam kelas. Tambahan pula, aktiviti D.I.Y ini bukanlah

hanya dijalankan untuk keseronokan murid-murid malah ianya juga adalah untuk

mengukuhkan kemahiran yang telah diajar oleh guru.

Rasional aktiviti ini ialah :

Perkembangan Psikomotor

Melalui bermain kemahiran psikomotor akan terbina. Kemahiran fizikal yang berkenaan

adalah berlari, melompat, memanjat, mengimbang, mengayuh basikal, bermain

bola,menendang, menyambut dan membaling bola. Permainan biasanya melibatkan

aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek

motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Malah ini akan

membantu murid-murid yang mengidap masalah Palsi Serebral. Kanak-kanak berasa

seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan

Page 10: Jurnal & Pernyataan Profesional

mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang

membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Hal ini

dapat kita ketengahkan sebagai peluang dan pendedahan kepada murid Pendidikan

Khas supaya mereka mampu berdikari. Dalam masyarakat di manakanak-

kanakmenghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala

bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger,

2002;Mccune&Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

Perkembangan sosial dan emosi

Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan

perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak

dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalamkebudayaan masing-

masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)menunjukkan

bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka

sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk

meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang

lain,mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

Dalam konteks ini, murid yang mengalami masalah autistik dapat bergaul dan

bersosialisasi bersama-sama rakan.

Perkembangan Kognitif 

Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran

kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti

kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune& Zanes,

2001:Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent(Dansky, 1980 ;

Holmes &Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) (Burns &

Brainerd,1979);memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993).Jelas menunjukkan

bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori

pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam

aktiviti bermain.Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam

Page 11: Jurnal & Pernyataan Profesional

perkembangan bahasa.Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain

dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang

penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh

menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak. Aktiviti D.I.Y ini sekaligus

akan membantu murid-murid yang lambat menerima pembelajaran supaya meraka

akan lebih mudah memahami sesuatu ilmu yang disampaikan itu.

Kesimpulannya, aktiviti D.I.Y ini telah membantu saya untuk menjadikan sesi

pengajaran dan pembelajaran yang diaksanakan menjadi lebih menarik. Selain itu,

dapat membantu muri-murid itu sendiri mengukuhkan kemahiran yang diajar sambil

melaksanakan aktiviti permainan. Walaubagaimanapun saya merasakan kaedah ini

perlu ditambahbaikan untuk kegunaan masa akan datang dan bersesuaian dengan

situasi dan keadaan setempat.

Page 12: Jurnal & Pernyataan Profesional

INOVASI PEDAGOGI (RODA BESTARI)

Inovasi pedagogi yang saya kemukakan adalah peralatan yang dinamakan Roda

Bestari. Dalam menghasilkan inovasi ini saya mendapat idea daripada permasalahan

yang timbul sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Semasa

saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran pelbagai aktiviti telah

dirancangkan bagi menarik minat murid untuk belajar. Hasilnya murid terlibat secara

aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Permasalahan yang timbul adalah sewaktu saya bertanyakan soalan-soalan

kepada murid. Ramai murid secara sukarela bangun untuk menjawab soalan yang telah

diberikan. Situasi ini menimbulkan suasana yang agak tidak terkawal kerana murid

berebut-rebut untuk menonjolkan diri bagi menjawab soalan. Bagi saya situasi begini

agak sukar untuk mengendalukan murid. Jika dipilih seseorang murid, maka murid yang

lain akan terasa. Kadangkala, mereka akan mempertikaikan mengapa mereka tidak

dipilih sedangkan mereka beranggapan mereka lebih layak daripada rakan mereka

yang dipilih untuk menjawab soalan. Situasi sebegini jika dibiarkan berlarutan dan

berterusan sudah tentu akan menimbulkan satu keadaan yang tidak baik dalam bilik

darjah. Murid yang tidak dipilih untuk menjawab soalan mungkin akan terasa dan

berkecil hati terhadap tindakan guru memilih orang lain. Bagi murid mereka sangat

mengharapkan guru memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan kepada mereka. Jika

mereka mendapat tumpuan dan perhatian daripada guru, sudah tentu mereka akan

berasa dihargai dan berbangga. Malah bagi guru, adalah mustahil untuk

melaksanakannya dengan batasan masa dan bilangan murid.

Sebagai seorang guru, saya seboleh-bolehnya memberikan perhatian dan

tumpuan yang sama rata terhadap murid. Namun sebagai manusia biasa yang

mempunyai hati, perasaan dan emosi kita kadangkala tidak menyedari apa yang kita

lakukan kadangkala akan menyinggung pihak lain. Dalam kes pemilihan murid untuk

menjawab soalan, saya cuba untuk seadil-adilnya memberikan setiap murid peluang

untuk menjawab soalan. Namun kadang kala kita akan cenderung memilih murid yang

sama bagi menjawab soalan. Malah faktor keupayaan dan kepandaian murid menjadi

pemberat yang menyebabkan mereka sentiasa dipanggil untuk menjawab soalan.

Page 13: Jurnal & Pernyataan Profesional

Namun begitu, bagaimana pula murid yang kurang berkebolehan dan kurang

menonjolkan diri. Dalam situasi begini murid akan mengatakan guru pilih kasih terhadap

murid yang tertentu.

Oleh yang demikian, bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah mendapat idea

untuk mencipta bahan yang boleh membantu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bahan yang dinamakan Roda Bestari ini dapat digunakan bagi kesemua mata pelajaran

tanpa mengira tahap dan kebolehan murid. Penggunaan alat ini dapat memberikan satu

suasana pembelajaran yang lebih kondusif kerana faktor pemilihan murid adalah secara

random di mana guru akan memutarkan roda yang mengandungi nama-nama murid.

Apabila roda berhenti berputar, dan jarum menunjukkan nama murid itu, maka murid itu

akan dipilih untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Dengan kaedah ini

murid tidak akan mempertikaikan tindakan guru terhadap pemilihan murid bagi

menjawab soalan.

Page 14: Jurnal & Pernyataan Profesional

ILMU BINAAN SENDIRI YANG TERBENTUK HASIL TEORI YANG DIUJI DAN

DIBUKTIKAN SECARA SAINTIFIK

Daripada hasil pembacaan saya berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran

yang melibatkan permainan oleh guru dalam meningkatkan tahap pemahaman murid di

samping menangani masalah tingkah laku murid yang bosan dan tidak mahu memberi

kerjasama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam kelas Delima,

apa yang saya dapat kenal pasti ialah 4 daripada 4 orang murid teruja dan lebih

memahami apabila guru menggunakan kaedah permainan. Hal ini kerana mereka diberi

peluang mencubanya dengan sendiri. Seterusnya, bagi kelas Nilam, murid yang

bernama Suratunnur dan Myzatul memberi kerjasama yang padu apabila tibanya aktiviti

permainan dijalankan. Hal ini menunjukkan walaupun mereka gemar bermain, namun

mereka masih boleh mendapatkan ilmu dengan cara tersebut.

Sebagai seorang guru, saya mestilah berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan

aktiviti yang berbentuk permainan. Contohnya aktiviti teka silang kata dapat

meningkatkan tahap kefahaman murid tentang sesuatu maklumat. Murid-murid akan

mencuba sedaya upaya untuk mengisi tempat kosong tersebut. Selain itu, aktiviti

menggunakan puzzle dapat meningkatkan daya imaginasi murid serta memupuk sikap

ketelitian yang tinggi dalam melengkapkan sesuatu gambar atau perkataan. Seterusnya

aktiviti permainan menggunakan bongkah, dapat memberi peluang kepada murid

menyusun bongkah dan membentuk sesuatu bentuk atau perkataan. Permainan ini

dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Aktiviti seperti lakonan juga

mampu memberi kefahaman yang lebih kepada murid tentang sesuatu maklumat. Hal

ini kerana, mereka terlibat secara langsung dan memainkan peranan tentang sesuatu

watak yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Setelah melaksanakan kesemua aktiviti ini, saya dapat rasakan bahawa murid

lebih berminat terhadap sesi pembelajaran di samping dapat mengawal tingkah laku

murid di dalam kelas.

Page 15: Jurnal & Pernyataan Profesional

PENGETAHUAN BARU

Pada hari pertama berada di sekolah kami diberitahu bahawa sekolah tersebut

menggunakan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dalam pembelajaran. Oleh

yang demikian, kami dikehendaki menyediakan Rancangan Pengajaran Harian

menggunakkan KSSR. Pada mulanya, saya agak runsing memikirkan bagaimana cara

melaksanakannya. Hal ini kerana, di institut, saya telah diberitahu bahawa guru pelatih

akan menggunakan KBSR sebagai panduan menghasilkan sesi pengajaran dan

pembelajaran. Namun begitu, sebagai seorang guru, saya perlulah berani menggalas

apa sahaja tanggungjawab yang telah diberikan. Saya mendapatkan maklumat

tambahan berkaitan KSSR melalui buku dan internet.

a) Hasil pembacaan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Latar Belakang

1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan

Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan

kepada :

Pembangunan modal insane

Penghasilan pelajar celik minda

Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-

bab.

2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:

Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan

kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Page 16: Jurnal & Pernyataan Profesional

Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai

ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai

3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum

yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang

yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.

SEJARAH KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

Berasaskan Prinsip KBSR:

Pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Page 17: Jurnal & Pernyataan Profesional

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI

Komunikasi

Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa

berinteraksi

Sains & Teknologi

Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan 

Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar

setempat, negara dan global

Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Page 18: Jurnal & Pernyataan Profesional

Keterampilan Diri

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan

kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan

standard pembelajaran. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui

dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Mengapa Standard? 

Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.

Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.

Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).

Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.

Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

Page 19: Jurnal & Pernyataan Profesional

b) Hasil Perbincangan

Saya telah menjalankan perbincangan bersama-sama guru pembimbing bagi

megetahui dengan lebih anjut tentang KSSR. Pada saya pelaksanaan Kurikulum

Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya.

Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada

tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang

telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat

umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses

melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan

sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,

peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di

sekolah.

Transformasi kurikulum  itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu

pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang

perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua:

Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard

kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui

kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan

pendidikan semasa.

Page 20: Jurnal & Pernyataan Profesional

c) Hasil kajian kes

Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris

Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah

sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini.

Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi

lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa

yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran

dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan

penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains

sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk

memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras

dengan pemansuhan dasar PPSMI. Selain itu, ianya juga dapat membantu

meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa

Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan

biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses

pembelajaran mereka saban hari. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri

Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi akan

beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Saya

berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan

arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak

hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah

dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini,

penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat

penting dalam setiap urusan seharian.

Penggunaan portfolio

Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja

mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini

merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya

Page 21: Jurnal & Pernyataan Profesional

untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk

ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan

kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat

dan minat murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai

murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya

menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga

enam secara teratur. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu

bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan

boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band

lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam

(murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Band satu

merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid

berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band

berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru

untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap

mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang

berkesan. Hal ini dapat diibaratkan seperti sesuatu perindustrian. Sesebuah

perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagai

contoh, dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan

bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam KSSR , yang

mana pihak kementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar

dicapai dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan

murid-murid.

Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid

Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian

KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang

ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini

dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing

dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping

meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar

Page 22: Jurnal & Pernyataan Profesional

dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing

dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping

meningkatkan pencapaian mereka. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu

tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang

diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat

menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali

berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu

perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat

mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana

mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan

tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja.

Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan

lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan

murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang

diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan

sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada

yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi

peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan

standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia

Inovatif 2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju

adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang

berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut

menunjukkan bahawa keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global

dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara

kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau penemuan-

penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan

mengejar kemajuan. Maka dalam usaha untuk "mengarusperdanakan"

Page 23: Jurnal & Pernyataan Profesional

inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di

mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Sekiranya guru

tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya

mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang

biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya

tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru

berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa

kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti,

maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam

kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model"

untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila

seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini

akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang

luar dari kebiasaan.

Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid

Selain itu, melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid

seperti mata pelajaran sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan

semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan

individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan

kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan

awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi

individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang

tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan

keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat

diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama

dan menyesuaikan diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa,

agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. 3.6

Page 24: Jurnal & Pernyataan Profesional

Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran

Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan

memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

secara praktikal atau `hands-on’ kepada murid-murid. Murid akan mempelajari

sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft

Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai

sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu

untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid

terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem

teknologi. Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-

murid kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-

tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab dan

dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk

semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih

murid-murid agar sentiasa memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Sains

fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis deria kurniaan Illahi kepada kita

dalam kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan

lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi

baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam

zaman yang lebih mencabar ini.  Perubahan atau transformasi yang berlaku

dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui

aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses

pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat

dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan

tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana

setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah

pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan

murid. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan

menggantikan penggunaan buku teks. Modul-modul ini dapat menarik minat para

murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

Page 25: Jurnal & Pernyataan Profesional

di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan minda

serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis

dilaksanakan seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu

kepada penggunaan akal, tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada

pelajar. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta

mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-

aktiviti amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus

meminati sesi pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu

masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik. 

d) Hasil pemerhatian

Hasil pemerhatian saya semasa di dalam kelas, saya mendapati kesemua

murid mampu mengikuti kuriukulum ini. Malah mereka dilihat lebih berdikari dan

tahu apa yang diinginkan. Kesimpulannya, KSSR adalah langkah permulaan

bagi memperkasakan sistem pendidikan di sekolah.

Page 26: Jurnal & Pernyataan Profesional

TINDAKAN-TINDAKAN HASIL REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep Pengajaran Berkesan

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah,seolah-olah

tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik,

terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah

tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil

peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir,kepeta

han berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku,keupayaan

mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global," 

 P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran(P&P)

yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi

psikomotor, kognitif dan afektif  ke tahap yang optimum.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999)

menyatakan p&p berkualiti lahirnya dari sesorang guru yang berkesan iaitu guru yang

memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya

membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral,

berakhlak mulia, berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi tertentu.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001),

proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut

beberapa prinsip yang digariskan. Antaranya ialah :

Pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid

secara aktif

Berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian

semasa, potensi dan kemajuan murid

Penilaian dan penambahbaikan p&p secara berterusan

Page 27: Jurnal & Pernyataan Profesional

Secara ringkasnya dapatlah saya simpulkan pengajaran berkesan bukan sahaja

meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malah meliputi aspek seperti

pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan.

Oleh yang demikian saya telah mengkaji elemen-elemen pengajaran berkesan bagi

memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi.

“Guru selain memainkan peranan utama dalam mengajar dan mendidik, guru

turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat  patri

otism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan

jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.

(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan

Hari Guru 2009)

Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan kompetensinya dalam

P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana guru perlu memiliki kemahiran dan

kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pelajaran denganagenda

nasional negara. Maka, dalam proses P&P, selain saya perlu kreatif dan inovatif dalam

pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa elemen bagi

membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan berkualiti.

Kesesuaian Bahan Pengajaran & Pembelajaran

“…guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan menguasai

kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber

utama, pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada

pelajar” 

(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Kesesuaian bahan pengajaran dengan perubahan zaman

Saya mendapati bahan pengajaran yang digunakan perlulah mudah dibawa, fleksibel

serta bahan tersebut perlulah tepat bagi saya membantu berkongsi maklumat dengan

Page 28: Jurnal & Pernyataan Profesional

berkesan. Malah saya juga boleh menerapkan penggunaan bahan melalui ICT yang

sesuai pada zaman globalisasi sekarang.

Rashidi dan Abdul Razak (1998),mendapati penggunaan bahan bantu mengajar dapat

merangsang minat dan tumpuanpelajar dan menjamin pemerolehan pengetahuan serta

kemahiran.Penggunaan bahan pembelajaran maujud mungkin sudah tidak sesuai lagid

engan dunia pendidikan masa kini. Ledakan teknologi menuntut saya untuk lebih peka

dalam menyediakan bahan pembelajaran.

Saya perlu peka dalam memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik yang sesuai

dengan perkembangan semasa dan kebolehan pelajar. Strategi yang saya pilihperlu

berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan harus mampu

membantumenganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar bagi

menghasilkanpembelajaran yang bermakna.

Page 29: Jurnal & Pernyataan Profesional

BAHAN BANTU MENGAJAR

Page 30: Jurnal & Pernyataan Profesional
Page 31: Jurnal & Pernyataan Profesional
Page 32: Jurnal & Pernyataan Profesional

BUKTI-BUKTI / DOKUMEN YANG MENUNJUKKAN PROSES MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS

TERAPI BERKUDA

PENGENALAN

Kelas Pendidikan Khas Sek Keb Bukit Selambau telang mengadakan lawatan terapi

berkuda. Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekuin Kelab Cinta Sayang. Program ini

merupakan aktviti yang memberikan pengalaman sebenar menunggang kuda

disamping menerapkan terapi haiwan kepada murid. Malah aktiviti ini membantu murid

mempelajari sesuatu pembelajaran dengan lebih berkesan seperti mengenal dan

menamakan haiwan tersebut.

Kelebihan Program

Terdapat pelbagai kebaikan program terapi berkuda ini. Melalui program ini, murid

sangat seronok dan teruja untuk menunggang kuda. Murid juga dapat bersosialisasi

dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan orang awam. Seterusnya, ia dapat

meningkatkan tahap keyakinan murid dalam menceburi aktiviti sukan seperti ini.

Kelemahan Program

Kawalan murid

Murid berebut-rebut untuk menunggang kuda tersebut. Malah mereka berlari-lari

di kawasan tersebut untuk bermain.

Penyertaan murid

Seramai dua orang murid yang gagal mengikuti terapi ini. Hal ini kerana mereka

mengalami masalah takut terhadap kuda..

Kuantiti kuda

Kuda yang disediakan oleh pihak Pusat Ekuin hanyalah seekor. Oleh yang

demikian, murid hanya berpeluang menunggang kuda tersebut sekali sahaja.

Malah jarak menunggang kuda tersebut hanyalah sedikit. Murid tidak

memperolehi masa yang lama menunggang kuda tersebut.

Page 33: Jurnal & Pernyataan Profesional

TERAPI BERKUDA

Page 34: Jurnal & Pernyataan Profesional
Page 35: Jurnal & Pernyataan Profesional

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN

Page 36: Jurnal & Pernyataan Profesional
Page 37: Jurnal & Pernyataan Profesional

KOLEKSI HASIL TERBAIK

Page 38: Jurnal & Pernyataan Profesional

Kad pancing ikan merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang saya laksanakan

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pada pendapat saya,

bahan bantu mengajar ini dapat menarik perhatian murid. Malah mereka sangat teruja

untuk memancing kad ikan suku kata tersebut. Selain itu, murid juga lebih memahami

sesuatu maklumat yang disampaikan. Penggunaan ruang yang tidak luas juga memberi

kemudahan kepada guru untuk menggunakan bahan bantu mengajar ini. Tambahan

pula, kad pancing ikan ini fleksibel dan sesuai dengan peringkat umur murid-murid

Pendidikan Khas. Malah unsur terapi dapat diterapkan apabila menggunakan

koordinasi mata dan tangan. Seterusnya, ia juga dapat meningkatkan kerjasama dan

tahap interaksi sosial murid antara rakan-rakan sekelas. Akhir sekali, bahan bantu

mengajar ini tahan lama dan mudah dibawa.

REFLEKSI BAGI SETIAP AKTIVITI/TUGAS YANG DIJALANKAN

Page 39: Jurnal & Pernyataan Profesional

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

Tarikh : 25/3/2012

Hari : Ahad

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Nombor bulat dan operasi tambah

Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan apa-apa

masalah yang besar. Namun objektif bagi kumpulan 2 perlu direndahkan lagi tahapnya.

Malah murid daripada kumpulan 1 dilihat kurang berminat dengan aktiviti permainan

yang dijalankan. Hal ini kerana mereka lebih tertarik untuk mengikuti interaksi

pengajaran. Pada pendapat saya, aktiviti permainan yang dilaksanakan kurang menarik

dan mungkin agak sukar. Seterusnya, lembaran kerja berjaya disiapkan oleh murid

dengan jayanya. Namun begitu, kuantiti lembaran kerja perlu ditambah supaya iainya

bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Bahan bantu mnegajar yang digunakan

bersesuaian dan mudah difahami oleh murid. Akhir sekali, sesi pengajaran dan

pembelajaran berkesan perlulah diwujudkan bagi memudahkan murid memahami

sesuatu maklumat yang disampaikan.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh : 26/3/2012

Page 40: Jurnal & Pernyataan Profesional

Hari : Isnin

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Kemahiran membaca huruf vokal

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Murid amat tertarik dengan

set induksi yang menggunakan muzik dan pergerakan. Malah mereka amat terhibur

dengan permainan kotak minda semasa set induksi. Kawalan kelas semasa aktiviti

permainan kurang terkawal. Terdapat dua orang murid bergaduh akibat perselisihan

faham semasa bermain. Oleh yang demikian, saya sebagai seorang guru perlulah

memantau dan menegur sikap murid semasa di dalam kelas. Aktiviti pengajaran

berkesan kerana murid mudah memahami huruf vokal tersebut kerana mereka tertarik

dengan pengajaran menggunakan slaid powerpoint. Lembaran kerja dan penutup

berjalan tidak mengikut masa yang ditetapkan kerana sesi pengajaran dan permainan

mengambil masa yang lama. Guru perlubijak membahagikan masa untuk semua

aktiviti.

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Jasmani

Tarikh : 27/3/2012

Hari : Selasa

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Asas pergerakan

Sesi pengajaran dan pembelajaran pada mulanya berjalan dengan lancar. Hal ini

kerana mereka sangat tertarik dengan aktiviti semasa set induksi. Murid membuat

pergerakan menggunakan muzik. Kawalan kelas kurang terkawal semasa langkah 1

kerana terdapat dua orang murid tidak memberi kerjasama dan tidak mahu melibatkan

diri semasa aktiviti langkah 1. Akhir sekali, guru perlu mempelbagaikan kaedah

danteknik pengajaran supaya ianya lebih menarik. Penggunaan bahan bantu mengajar

yang menarik dapat menarik minat murid.

Rancangan Pengajaran Harian Urus Diri

Tarikh : 28/3/2012

Page 41: Jurnal & Pernyataan Profesional

Hari : Rabu

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Membezakan pakaian mengikut jantina

Sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Namun begitu setelah dikaji, objektif

pengajaran kurang sesuai dengan tahap pelajar. Hal ini kerana, murid masih tidak boleh

membunyikan perkataan jenis-jenis pakaian. Malah penggunaan bahan bantu mengajar

juga kurang menarik. Selain itu, langkah bagi lembaran kerja mengambil masa yang

agak lama. Seterusnya pengawalan kelas kurang berkesan kerana murid terlalu bising.

Akhir sekali, guru perlulah mencari idea yang lebih menarik bagi menarik perhatian

murid untuk belajar. Malah guru perlulah tegas dalam pengawalan kelas

Rancangan Pengajaran Harian Urus Diri

Tarikh : 28/3/2012

Hari : Khamis

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Menamakan jenis-jenis pakaian mengikut kaum

Sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Namun begitu, terdapat beberapa

masalah yang timbul. Masalah pertama ialah keadaan kurang terkawal. Hal ini kerana

guru kurang tegas dalam memberi arahan. Manakala dari sudut pengajaran, hanya tiga

daripada enam murid yang mencapai objektif pengajaran. Guru menyampaikan

maklumat yang kurang berkesan. Oleh yang demikian guru perlulah menurunkan

tahapobejktif pengajaran. Murid agak susah untuk menyebut perkataan samfoo dan

cheongsam. Seterusnya, bahan bantu mengajar dapat menarik minat murid. Semasa

aktiviti menggunakan puzzle, murid bersemangat menyiapkannya. Sesi penutup

berakhir dengan jayanya.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh : 1/4/2012

Page 42: Jurnal & Pernyataan Profesional

Hari : Ahad

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Membunyi suku kata kv dan kv+kv

Selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan didapati bahawa murid kumpulan 1

dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu membunyikan suku kata kv. Selain

itu, murid jugadapat menjawab soalan yang diberi semasa aktiviti lembaran kerja. Murid

daripada kumpulan 2 kadang kala tidak dapat memberikan tumpuan semasa aktiviti

pengajaran dijalankan dan mereka lebih fokus semasa aktiviti pengukuhan. Aktiviti

pengukuhan pancing kad ikan dapat menarik minat murid. Selain itu, penggunaan

bahan bantu mengajar teka silang kata mampu menarik perhatian murid. Saya berpuas

hati dengan kerjasam yang ditunjukkan oleh murid. Pada akhir pengajaran dan

pembelajaran saya telah memberi token sebagai galakan bagi memastikan pengurusan

kelas terkawal. Maka pada sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya saya akan

sedaya upaya menggunakan bahan bantu mengajar dan teknik pengajaran yang

sesuai.

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

Tarikh : 2/4/2012

Hari : Isnin

Kelas : Kekwa 1

Tajuk : Mengenal wang syiling

Sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Namun begitu terdapat

beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Antaranya semasa set induksi murid

kurang faham dengan konsep tabung yang ditunjukkan. Namun begitu, murid amat

tertarik dengan ‘mahkota raja duit’. Semasa langkah 1, aktiviti pengukuhan kurang

berkesan kerana terdapat seorang murid tidak mampu melorekkan wang syiling. Malah

semasa aktiviti pengajaran langkah 1, guru memberi penerangan yang singkat dan

kurang mendalam. Seterusnya, langkah 2, aktiviti pengukuhan agak menarik kerana

murid teruja untuk menggunakan cop. Aktiviti ini memberi kefahaman yang lebih

Page 43: Jurnal & Pernyataan Profesional

kepada murid. Semasa langkah 3, murid kumpulan tidak sempat menyiapkan lembaran

kerja. Pengurusan masa semasa aktiviti lembaran kerja kurang berkesan. Hal ini kerana

soalan yang diajukan agak sukar dan tidak sesuai dengan tahap pencapaian murid.

Aktiviti penutup kurang berkesan kerana lagu yang dinyanyikan agak panjang. Naumn

begitu, pemberian token kepada murid memberi peneguhan positif kepada murid.

Kesimpulannya, guru perlulah membuat perancangan yang teliti semasa menyediakan

lembaran kerja.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh : 3/4/2012

Hari : Selasa

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Membaca perkataan kv+kv dan kvk

Sesi pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Hal ini kerana murid keliru

terhadap penyampaian guru. Guru memberi penerangan yang tidak jelas. Malah

pemilihan tajuk kurang sesuai kerana guru telah menggabungkan kemahiran membaca

suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Penggunaan bahan bantu mengajar dapat

menarik minat murid. Selain itu, penggunaan kad imbasan memberi kefahaman yang

lebih kepada murid. Lembaran kerja yang diberikan agak sukar dan kurang sesuai

dengan tahap pembelajaran murid. Malah ianya mengambil masa yang agak lama.

Akhir sekali guru perlulah merancang sesuatu aktviti dengan rapi bagi mengelakkan

kekeliruan tentang tajuk.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh : 8/4/2012

Page 44: Jurnal & Pernyataan Profesional

Hari : Ahad

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Membaca perkataan kv+kv dan kv+kv+kv

Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Semasa aktiviti set induksi, kesemua murid menyanikan lagu dengan baik. Malah

mereka amat tertarik semasa melakukan pergerakan mengikut lagu tersebut. Namun

semasa langkah 1, murid daripada kumpulan 1 telah menyiapkan aktiviti yang diberikan

dengan begitu cepat. Hal ini menunjukkan, guru menyediakan aktivit yang sedikit dan

amat mudah. Apabila sesuatu aktivitisudah selesai, murid akan bergerak ke merata

tempat. Manakala bagi kumpulan 2 terdapat seorang murid yang kurang mencapai

objektif pengajaran. Seterusnya, semasa langkah 2, murid dari kumpulan 1

bersemangat mengikuti interaksi pengajaran. Manakala, murid daripada kumpulan 2

agak kelam kabut kerana guru tidak menyediakan ruang yang secukupnya. Selain itu,

langkah ketiga iaitu aktiviti menyiapkan lembaran kerja mengikut apa yang telah

dirancang. Aktiviti penutup diakhiri dengan teka silang kata.

Rancangan Pengajaran Harian Matematik

Tarikh : 9/4/2012

Hari : Isnin

Kelas : Kekwa 1

Tajuk : Mengenal wang kertas

Pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Semasa set induksi,murid

gembira menyanyikan lagu dan melakukan pergerakan. Bagi aktiviti langkah 1, murid

daripada kumpulan 1 mengasingkan wang dan menyiapkan puzzle dengan betul.

Namun begitu, masa yang diambil agak lama. Seterusnya, kumpulan 2 memberi

kerjasama yang amat baik sekali semasa sesi pembelajaran. Bahkan juga, bagi

langkah 2, murid daripada kumpulan 1 mendapat maklumat yang lengkap tentang wang

kertas. Namun begitu, terdapat seorang murid daripada kumpulan 2 kurang berminat

dengan aktiviti pengukuhan tersebut. Semasa langkah ketiga, semua murid

Page 45: Jurnal & Pernyataan Profesional

menyiapkan lembaran kerja dengan lengkap. Sesi penutup memberi peluang kepada

murid merasai dengan cara yang nyata untuk urusan jual beli iaitu simulasi

menggunakan wang kertas.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh : 10/4/2012

Hari : Selasa

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Menulis suku kata kv dan kv+kv

Sesi pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Hal ini kerana, kebanyakan murid

hanya boleh menyebut tetapi tidak mampu menulis. Malah set induksi gagal menarik

perhatian murid. Kawalan kelas semasa aktiviti permainan agak terkawal. Malah

penggunaan bahan bantu mengajar mampu memberi kefahaman yang lebih kepada

murid. Isi pelajaran kurang mantap dan perlu diteliti dengan lebih mendalam. Guru

perlulah mengkaji semua tahap pencapaian murid supaya objektif mampu dicapai. Akhir

sekali, penutup dapat mengembalikan keceriaan murid.

Rancangan Pengajaran Harian Urus Diri

Tarikh : 12/4/2012

Page 46: Jurnal & Pernyataan Profesional

Hari : Khamis

Kelas : Kekwa 2

Tajuk : Mengenal alat kebersihan diri

Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid. Hal ini kerana,

mereka berpeluang melakukan amali memakai minyak dan menyikat rambut. Amali ini

memudahkan mereka untuk memahaminya seterusnya mampu mengaplikasinya dalam

kehidupan seharian. Selain itu, mereka amat tertarik dengan lagu semasa set induksi.

Namun begitu, semasa langkah 1, meraka agak bosan dengan pengajaran yang

disampaikan oleh guru. Bahan bantu mengajar yang digunakan kurang menarik.

Seterusnya langkah 2 kurang berkesan kerana peneranan guru kurang jelas. Akhir

sekali, pengurusan masa kurang baik kerana guru tidak mengikut masa yang telah

ditetapkan.

PENGAJARAN BERPASANGAN

Page 47: Jurnal & Pernyataan Profesional

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Nama : Siti Intan Farahana Bt Mhd Fauzy

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Hari : Isnin

Tarikh : 26 Mac 2012

Kelas : Kekwa 2

Bilangan Murid ; 6 orang

Tajuk : 4.Kemahiran Membaca

Masa ; 60 minit

Tunjang utama : Literasi Sains dan Teknologi

Standard kandungan : 4.1 Menyebut huruf

Standard pembelajaran : 4.1.2 Menama dan membunyikan huruf vokal

Tunjang yang disepadukan : Fizikal dan estetikaKetrampilan diriKerohanian sikap dan nilai

Kumpulan Kumpulan 1 Kumpulan 2

Nama murid

1)Mohd Hafiy Irfan bin Mad

Isa

2)Tuan Akif bin Tuan Muda

3)Mohd Haqimy bin Mohd

Radzuan

1)Muhammad Azimy Irwan

bin Ahmad

2)Nur Azlyana bt Ahmad

3)Nur Izzati bt Ishak

Pengetahuan Sedia Ada

Murid

Murid dapat menyebut

huruf secara hafalan

Murid sudah kenal huruf

secara keseluruhan

Page 48: Jurnal & Pernyataan Profesional

mengikut urutan sahaja

Objektif:

Pada akhir pengajaran dan

pembelajaran murid dapat :

1)Murid dapat menyebut

dan membulatkan huruf

vokal dengan betul

sekurang-kurangnya 4

daripada 5 huruf vokal

1)Murid dapat membunyi

dan menulis huruf voka

dengan betul sekurang-

kurangnya 4 daripada 5

berpandukan gambar yang

ditunjukkan dengan betul

Nilai : kesungguhan,kerjasama,disiplin

Unsur terapi : koordinasi mata dan tangan,

pergerakan,muzik,pertuturan,cara kerja

Bahan bantu mengajar : kad imbasan, bolong vokal, lembaran kerja, slaid

powerpoint

Langkah/

jangka masa

Aktiviti pengajaran Catatan

Set induksi

8 minit

Kumpulan 1 Kumpulan 2 Bbm:

Kotak minda

Kad imbasan

Nilai:

Kesungguhan

Terapi:

Muzik

Pergerakan

Permainan kotak minda

-guru meminta murid duduk dalam bulatan

-guru memberi arahan kepada murid

-guru menunjukkan kotak minda yang

mengandungi beberapa keeping gambar

-muzik dimainkan. Kotak minda yang

mengandungi beberapa keping gambar

diedarkan

-apabila muzik dihentikan, murid yang

memegang kotak minda harus mengambil

sekeping kad gambar

-murid yang berjaya meneka gambar diberi

Page 49: Jurnal & Pernyataan Profesional

pujian

Langkah 1

15 minit

Permainan

-guru menyediakan bola

dan pin bowling kepada

murid

-murid dikehendaki

menggolekkan bola kea

rah pin yang

mengandungi huruf

vokal a,e,I,o,u

-murid yang dapat

memukul pin tersebut

perlu menyebut huruf

vokal tersebut dengan

kuat

Pengajaran

-guru menunjukkan

huruf vokal beserta

gambar dengan

menggunakan slaid

-guru menerangkan

satu persatu huruf

vokal tersebut

-murid diminta

membaca dan

mengeja perkataan

tersebut

Bbm:

Boling vokal

Kad gmabar

Slaid

Nilai:

Kesungguhan

Disiplin

Terapi:

Koordinasi mata

dan tangan

Pergerakan

Pertuturan

Langkah 2 Pengajaran

-guru menunjukkan

huruf vokal dengan

menggunakan slaid

-guru menerangkan

satu persatu huruf vokal

-murid diminta

menyebut dan menulis

huruf vokal tersebut

Permainan

-guru menyediakan pin

boling kepada murid

-murid dikehendaki

menggolekkan bola ke

arah pin yang

mengandungi huruf

vokal a,e,I,o,u

-murid yang dapat

memukul pin tersebut

perlu menyebut huruf

vokal tersebut dengan

kuat

-murid menulis huruf

vokal yang diperoleh

Bbm:

Boling vokal

Kad gmabar

Slaid

Nilai:

Kesungguhan

Disiplin

Terapi:

Koordinasi mata

dan tangan

Pergerakan

Pertuturan

Page 50: Jurnal & Pernyataan Profesional

Langkah 3 Lembaran kerja

-guru mengedarkan

lembaran kerja kepada

murid

-murid diminta mencari

huruf vokal yang

tersembunyi

-murid diminta

mewarnakan gambar

tersebut

Lembaran kerja

-guru mengedarkan

lembaran kerja kepada

murid

-murid diminta

memadankan huruf

vokal tersebut dengan

gambar yang sesuai

-murid diminta

mewarnakan gambar

tersebut

Bbm:

Lembaran kerja

Nilai:

Kesungguhan

Disiplin

Terapi:

Cara kerja

Penutup

7 minit

Guru membimbing murid dan sama-sama

membuat pergerakan chicken dance

Bbm:

Lagu

Nilai:

Kesungguhan

Disiplin

Terapi:

Pertuturan

Pergerakan

Muzik