pengajian profesional

15
PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL GPP 1063 “CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN” NAMA PENSYARAH: PUAN QARIMAH DISEDIAKAN OLEH : KAMISAH BINTI KAMAR

Upload: chaneytta-chieecc

Post on 25-Dec-2015

426 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Cabaran guru

TRANSCRIPT

PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL GPP 1063“CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN”

NAMA PENSYARAH: PUAN QARIMAH DISEDIAKAN OLEH : KAMISAH BINTI KAMAR

CABARAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Penglibatan guru dalam persatuan profesional

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah menjadi asas perhubungan antara guru dan ibu bapa pelajar. Persatuan ini menjadi medium untuk para guru membincangkan isu-isu berkaitan pelajar.

Setiap kali bermulanya sesi baru persekolahan, akan timbul isu-isu seperti masalah buku teks, prasarana yang tidak kondusif, pembayaran yuran serta pembelian buku kerja tambahan.

Guru juga sering berhadapan dengan sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru dan pihak sekolah lantaran sibuk mengejar kemewahan duniawi.

Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa begitu mudah menuding jari ke arah guru-guru dan pihak sekolah.

Kegiatan kokurikulum di sekolah memberikan cabaran kepada guru-guru untuk menguruskan atau mengendalikan aktiviti kokurikulum atau persatuan tersebut. Penambahan kegiatan kokurikulum di sekolah telah menambahkan lagi tugas seorang guru.

Disamping itu juga jabatan Pendidikan Kokurikulum perlu memberikan guru-guru latihan-latihan, kursus-kursus atau bengkel-bengkel dari masa ke semasa untuk membantu kepada kesinambungan dan penerokaan bidang-bidang baru yang sejajar dengan perkembangan semasa.

Selain itu, guru-guru juga terpaksa mengorbankan masa yang ada untuk turun ke padang demi mengendalikan persatuan atau sebarang aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah kepada guru-guru untuk menguruskan hal-hal yang berlaku di sekolah khususnya yang melibatkan para pelajar merupakan cabaran guru dalam mengendalikan sesuatu program.

CABARAN GURU DALAM MENGIKUTI DASAR-DASAR NGO

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan. Contoh pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV).

Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan.’

Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses:

Proses pembangunan

afektif

Penerapan nilai dan asas

moral

Proses pembangunan

kognitif

Proses pembangunan

psikomotor

Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan pendidikan Malaysia( PIPPM) 2013-2025 yang merupakan garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh.

Selain itu juga kerajaan juga turut memberikan fokus terhadap memartabatkan bahasa melayu dan seterusnya memperkasakan bahasa inggeris. Guru perlu menguasai penggunaan dua bahasa yang amat penting.

Salah satu dasar yang baru diumumkan oleh menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelaksanaan Transformasi kurikulum bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran supaya ianya menjadi lebih kreatif dan inovatif. Cabarannya adalah sejauh mana guru-guru dapat memberikan komitmen untuk mengikuti dasar-dasar kerajaan ini?

Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru.

Cabarannya adalah bagaimana guru-guru dapat mewujudkan sifat bestari dalam diri mereka . Guru yang bestari bijaksana dalam mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan guru yang berketrampilan.

Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita. Kementerian Pendidikan telah mengariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan iaitu:

KEKUATAN MINDA

KAYA MAKLUMAT BERKETRAMPILAN

NILAI-NILAI MURNI YANG

LUHUR

SEMANGAT JATI DIRI, SEMANGAT

JAYA DIRI

Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:

Menguasai subjek( kandungan

kurikulum)

Memahami perkembangan murid-

murid

Memiliki kemahiran kaunseling

Mahir dan bertrampilan dalam pedagogi

Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat

dan orang lain

Memiliki keyakinan terhadap peranan dan

sumbangan sebagai pendidik

KESEDIAAN UNTUK BERUBAH Cabaran yang terpaksa dilalui oleh para guru dalam konteks

pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima segala dasar-dasar pendidikan dan bagaimana guru dapat melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.

1) CABARAN UNTUK MERUBAH DIRI Bersedia Berubah Untuk Capai Kemajuan Pelajaran Guru perlu bersedia untuk berubah memandangkan faktor

penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sangat membantu pendidik untuk meningkatkan tahap pengajaran dalam kelas.

Guru mesti terbuka minda dan ingat bahawa anak murid zaman kini lebih bijak mengenai internet dan oleh itu memberikan nota menerusi papan hitam boleh membuatkan mereka bosan.

Kita guru terutama di sekolah menengah mesti banyak langkah daripada murid kerana mereka ada komputer dan siberkafe di rumah untuk melayari internet dan guru yang masih menggunakan buku teks sahaja akan tetap berada di takuk lama.

Para pendidik tidak seharusnya sekadar 'mengajar' tetapi perlu juga menanyakan soalan kepada pelajar bagi mengetahui sama ada pelajar memahami apa yang diajar.

Bersedia berubah untuk memperbaiki diri agar menjadi pendidik yang berkualiti :

Mengadakan sisitem

pementeron di sekolah

Konsep belajar seumur hidup

Mengadakan program

perkembangan staf

Mengaktifkan program

bimbingan kerjaya di sekolah

Menghadiri seminar kerjaya

Selain itu, guru-guru perlu berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam persfektif yang positif.

Ciri berpandangan positif adalah seperti:

• Peka terhadap perubahan• Sedar tentang keperluan negara• Bersikap positif terhadap pembelajaran• Mempunyai inovasi dalam tugas

Guru-guru juga perlu sedia menerima perubahan kurikulum secara mendadak , misalnya pertukaran bahasa pengantar daripada Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris.

Bersiap sedia untuk merubah diri memandangkan pendidikan yang sering mengalami proses perubahan. Oleh sebab itu, guru-guru perlu berpandangan terbuka dan global.

CABARAN LAIN DALAM PROFESIONALISME KEGURUAN:

CABARAN DI SEKOLAH

• Guru perlu menangani isu masalah sosial.• Kekurangan kemudahan/ prasarana di sekolah.• Berlakunya masalah pembelajaran.

CABARAN DI DALAM KELAS

• Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak kirinya secara seimbang.

• Guru perlu menguasai proses p& p dengan baik.

CABARAN GLOBALISA

SI

• Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking).

• Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa.

SEKIAN