perkhidmatan staf akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · web viewkelayakan minimum kakitangan...

40
BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011 MAKLUMAT BERKENAN BIDANG 5: STAF AKADEMIK 5.1 PENGAMBILAN DAN PENGURUSAN Maklumat berkenaan Standard Asas 5.1.1 Nyatakan dasar dan tatacara pengambilan staf akademik. Keutamaan pelantikan diberikan kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai kakitangan akademik (Pensyarah, Profesor Madya dan Profesor). Pihak Fakulti juga menerima calon dari bukan Warganegara Malaysia yang dilantik sebagai kakitangan akademik secara kontrak. Pihak Universiti menetapkan pelantikan ke jawatan Pensyarah hendaklah terdiri daripada calon yang memiliki ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang yang berkaitan. Calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah, mereka akan dilantik ke jawatan Tutor dan Pensyarah Sementara mengikut kelayakan akademik yang mereka miliki dan dikehendaki mengikuti pengajian sehingga mendapat ijazah Doktor Falsafah. Pengambilan staf akademik adalah berdasarkan kepada keperluan setiap Pusat Pengajian. Kriteria pengambilan adalah mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan kepada pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) i.e. JPA(S)324/14/9-6 Klt. 7 (28). Namun begitu, bagi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (PPPPM), kriteria pengambilan turut mengambilkira Kriteria dan Standard bagi Program Pendidikan dalam Bidang Psikologi yang digariskan dalam Halatuju program psikologi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Keperluan pengisian tenaga pengajar akan dimaklumkan oleh Pengerusi Pusat kepada Fakulti dan seterusnya dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM. Iklan akan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Setiap borang permohonan yang diterima akan diserahkan kepada Pusat Pengajian untuk mendapat pandangan semua ahli dan ahli dimaklumkan tentang syarat pemilihan staf akademik. Seterusnya ianya diserahkan kepada Fakulti untuk tindakan selanjutnya. Temuduga akan diadakan di Fakulti yang mana ahli panel adalah terdiri dari Dekan, Timbalan Dekan dan Pengerusi Pusat Pengajian. Surat tawaran dikeluarkan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar kepada calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga tersebut. 5.1.2 Nyatakan syarat dan peraturan perkhidmatan Terma dan syarat perkhidmatan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, samaada perlantikan itu sebagai profesor 101

Upload: tranthuy

Post on 12-Jul-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

MAKLUMAT BERKENAN BIDANG 5: STAF AKADEMIK

5.1 PENGAMBILAN DAN PENGURUSAN

Maklumat berkenaan Standard Asas

5.1.1 Nyatakan dasar dan tatacara pengambilan staf akademik.

Keutamaan pelantikan diberikan kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dilantik sebagai kakitangan akademik (Pensyarah, Profesor Madya dan Profesor). Pihak Fakulti juga menerima calon dari bukan Warganegara Malaysia yang dilantik sebagai kakitangan akademik secara kontrak. Pihak Universiti menetapkan pelantikan ke jawatan Pensyarah hendaklah terdiri daripada calon yang memiliki ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang yang berkaitan. Calon-calon yang tidak mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah, mereka akan dilantik ke jawatan Tutor dan Pensyarah Sementara mengikut kelayakan akademik yang mereka miliki dan dikehendaki mengikuti pengajian sehingga mendapat ijazah Doktor Falsafah.

Pengambilan staf akademik adalah berdasarkan kepada keperluan setiap Pusat Pengajian. Kriteria pengambilan adalah mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdasarkan kepada pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) i.e. JPA(S)324/14/9-6 Klt. 7 (28). Namun begitu, bagi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (PPPPM), kriteria pengambilan turut mengambilkira “Kriteria dan Standard bagi Program Pendidikan dalam Bidang Psikologi” yang digariskan dalam Halatuju program psikologi oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Keperluan pengisian tenaga pengajar akan dimaklumkan oleh Pengerusi Pusat kepada Fakulti dan seterusnya dimajukan ke Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM. Iklan akan dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar. Setiap borang permohonan yang diterima akan diserahkan kepada Pusat Pengajian untuk mendapat pandangan semua ahli dan ahli dimaklumkan tentang syarat pemilihan staf akademik. Seterusnya ianya diserahkan kepada Fakulti untuk tindakan selanjutnya. Temuduga akan diadakan di Fakulti yang mana ahli panel adalah terdiri dari Dekan, Timbalan Dekan dan Pengerusi Pusat Pengajian. Surat tawaran dikeluarkan oleh pihak Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar kepada calon-calon yang berjaya dalam sesi temuduga tersebut.

5.1.2 Nyatakan syarat dan peraturan perkhidmatan

Terma dan syarat perkhidmatan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Universiti dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, samaada perlantikan itu sebagai profesor kanan, profesor, profesor madya, pensyarah kanan, pensyarah, pensyarah sementara ataupun tutor.

Untuk dilantik ke jawatan Pensyarah DS51, calon dikehendaki memiliki ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang yang berkaitan dan telah menerbitkan dua artikel di dalam jurnal.

101

Page 2: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Untuk dilantik ke jawatan Pensyarah DS45 (Sementara), calon dikehendaki memiliki ijazah Sarjana di dalam bidang yang berkaitan dan ijazah Sarjanamuda di dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.00 dan ke atas.

Untuk dilantik ke jawatan Tutor DA41, calon dikehendaki memiliki ijazah Sarjanamuda di dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK minimum 3.50 dan ke atas.

Proses pelantikan bermula dengan pengiklanan yang dibuat oleh Jabatan Pendaftar Bhg. Pengurusan Sumber Manusia atas permohonan Fakulti. Setiap borang permohonan yang diterima akan diserahkan kepada Pusat Pengajian melalui Pejabat Dekan Fakulti untuk diteliti keperluan dan kelayakan akademik. Perakuan daripada Pusat Pengajian akan dikemukakan kepada Mesyuarat Pengurusan Fakulti untuk diperakukan dipanggil temuduga atau ditolak. Temuduga bagi jawatan Tutor DA41 dan Pensyarah DS45 (Sementara) dikendalikan oleh Fakulti sendiri, sementara temuduga bagi Pensyarah DS51, Profesor Madya DS53 dan Profesor VK7 dikendalikan oleh Jabatan Pendaftar. Semua temuduga jawatan akademik bagi calon bukan Warganegara Malaysia dikendalikan oleh Jabatan Pendaftar. Temuduga di peringkat Fakulti dipengerusikan oleh Dekan, sementara temuduga di peringkat Universiti di pengerusikan oleh salah seorang Timbalan Naib Canselor. Semua surat tawaran akan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftar setelah diperakukan oleh Panel Temuduga dan diluluskan oleh Naib Canselor.

5.1.3 Nyatakan kelayakan minimum staf akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan program.

Kelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah ialah mereka yang berjawatan Pensyarah DS45 dan mempunyai sekurang-kurangnya ijazah Sarjana. Sementara mereka yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian siswazah ialah mereka yang berjawatan Pensyarah DS51/52 dan memiliki ijazah Doktor Falsafah. Mereka yang memiliki ijazah Sarjana boleh menjadi pensyarah bagi proram pengajian siswazah tetapi secara berkumpulan dengan mereka yang mempunyai ijazah Doktor Falsafah.

5.1.4 Nyatakan keperluan-keperluan lain yang menjadi asas keputusan perlantikan staf akademik untuk program ini.

Calon-calon warganegara Malaysia yang ingin dilantik sebagai kakitangan akademik disyaratkan juga memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian di dalam subjek Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

Bagi mengimbangi kelulusan akademik, staf akademik PPPPM dalam bidang kaunseling digalakkan mempunyai kelayakan profesional psikologi seperti memperolehi lesen akuan amalan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia (PEKAMA).

102

Page 3: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

5.1.5 Kemukakan data menunjukkan bahawa profil staf adalah bersesuaian dengan kepelbagaian dan keseimbangan dalam kemahiran pengajaran, pengkhususan dan kelayakan yang diperlukan untuk penyampaian program.

Jadual 5.1: Profil Staf Program Psikologi

(a) Kelayakan Staf

Pangkat/Jawatan Status pelantikan Kelayakan

FT PT Vol Jum PhD Sarjana Lain Jumlah

Profesor 2 - - 2 2 - - 2

Prof. Madya 7 - - 7 5 2 - 7

Pensyarah Kanan 3 - - 3 3 - - 3

Pensyarah 10 - - 10 - 10 - 10

Tutor/Pengajar - - - - - - -

Lain - - - - - - - -

JUMLAH 22 - - 22 10 12 - 22

* FT – Sepenuh Masa Vol – Sukarela PT – Separuh Masa

(b) Kewarganegaraan dan pengalaman kerja staf keseluruhan Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia

Pangkat/Jawatan Warganegara Pengalaman kerja* (tahun)Penglibatan dlm Organisasi Profesional

M’sia Asing <5 5-10 11-15 >16Profesor 2 - 2 Sila RujukProf. Madya 7 - 1 6 CV PensyarahPensyarah Kanan 3 - 2 1Pensyarah 10 - 4 3 3Tutor/Pengajar - -Lain - -JUMLAH 22 - 4 3 6 9

Seramai 15 orang kakitangan akademik (pensyarah/tutor) sedang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di peringkat kedoktoran dan sarjana.

Staf akademik PPPPM (Program Psikologi) dikelompokkan mengikut bidang kepakaran dalam disiplin psikologi. Terdapat enam kelompok pengajaran iaitu (1) psikologi kaunseling, (2) psikologi fisiologi (3) psikologi industri dan organisasi (4) psikologi perkembangan (5)

103

Page 4: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

psikologi sosial (6) psikologi kuantitatif (7) psikologi kognitif (8) psikologi kesihatan dan (9) psikologi klinikal. Pembahagian ahli mengikut kelompok pengajaran juga selaras dengan fokus penyelidikan yang dilakukan.

Dari segi pengagihan kursus, kursus-kursus di peringkat pertengahan dan lanjutan diagihkan kepada pensyarah-pensyarah mengikut kelompok pengajaran dan juga kepakaran dalam kursus. Jadual 5.2 menunjukkan senarai staf akademik mengikut kelompok pengajaran/penyelidikan. Jadual 5.3 adalah ringkasan maklumat staf akademik yang terlibat dalam mengendalikan program Psikologi di PPPPM. Pengkhususan dan kelayakan staf akademik di dapati sesuai untuk penyampaian program Sarjana Muda Sains Sosial (Psikologi) dan Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling/Industri dan Organisasi/Perkembangan).

Jadual 5.2 : Senarai Staf Akademik Mengikut Kelompok Pengajaran

Kelompok Pengajarah Staff Akademik

Psikologi Kaunseling Prof. Dr. Rohany NasirProf. Madya Dr. Fatimah YusoffProf. Madya Zainah Ahmad ZamaniProf. Madya Dr. Wan Kadeer Wan AhmadDr. Nasrudin SubhiSalina NenMohd Norahim Mohamed Sani (cuti belajar)Loh Yin Yin (cuti belajar)Aizan Sofian Amin (cuti belajar)

Psikologi Fisiologi dan Kesihatan Prof. Madya Dr. Asmawati DesaAsmuni

Psikologi Industri dan Organisasi Dr. Fatimah OmarFatimah Wati HalimSarah Waheeda Muhammad Hafidz (cuti belajar)Norshaffika Izzaty Zaiedy Nor

Psikologi Perkembangan Prof. Madya Dr. Khaizir Hj. IsmailProf. Madya Asmah BeeWan Azreena Wan Jaafar

Psikologi Sosial Prof. Madya Dr. Rozmi IsmailSuzana Mohd. Hoesni

Psikologi kuantitatif/pengukuran Prof. Madya Iran HermanDr. Wan Shahrazad Wan SulaimanSarah Wahida Mohamad Hafidz (cuti belajar)

Psikologi Kognitif Dr. Rozainee Khairuddin

104

Page 5: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Psikologi Klinikal Roseliza Murni Ab. RahmanHilwa Abdullah @ Mohd Nor (cuti belajar)

Psikologi Kesihatan Dr. Norba’yah Abd. KadirSalina Nen

5.1.6 Kemukakan maklumat ringkas berkenaan setiap staf akademik yang terlibat mengendalikan program.

Sila rujuk Jadual 5.3

105

Page 6: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Jadual 5.3 Ringkasan Maklumat Staf dan Senarai kursus/modul yang ditawar di dalam program

Bil Nama dan Jawatan staf akademik

Status lantikan (sepenuh masa, separuh masa,

kontrak,

dll.)

Kewarganegaraan

Kursus diajar dalam

program(Lihat Jadual

5.10) *

Kursus diajar dalam program lain

Pengalaman Kerja

Tahun perkhidmatan (mula)

1. Rohany Nasir Kontrak Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)

1974

2. Fatimah Yusooff Kontrak Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)

3. Asmawati Desa Tetap Malaysia Sarjana Sains Sosial (Pem. Man.)

1986

4. Rozmi Ismail Tetap Malaysia Sarjana Sains Sosial 1995

5. Fatimah Omar

Tetap Malaysia Sarjana Sastera (IO) 1984

6. Nasrudin Subhi Sementara Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)

2003

7. Rozainee Khairudin Tetap Malaysia Sarjana Sains Sosial (Pem. Man.)

1993

8. Zainah Ahmad Zamani Tetap Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)

1990

9. Fatimah wati Halim Tetap Malaysia Sarjana Sastera (IO) 1995

10. Roseliza Murni Tetap Malaysia 1994

106

Page 7: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Ab.Rahman

11. Salina Nen Sementara Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)

2004

12. Suzana Hoesni Tetap Malaysia 2002

13. Wan Azreena Wan Jaafar

Tetap Malaysia 1995

14. Wan Shahrazad Wan Sulaiman

Tetap Malaysia Sarjana Sains Sosial 1995

15. Khaidzir Ismail Tetap Malaysia Sarjana Sains Sosial (Pem. Man.)

16. Iran Herman Sarjana Tamu Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)

1975

17. Asmah Bee Md. Noor Kontrak Malaysia Sarjana Sains Sosial (Pem.Man.)

1975

18. Nor Ba’yah Abd. Kadir Sementara Malaysia 2003

19. Wan Abd. Kader Wan Ahmad

Sarjana Tamu Malaysia Sarjana Sains Sosial (Kaunseling)Sarjana Sains Sosial (Pem.Man.)

20. Norshaffika Izzaty Sementara 2011

21.

Sarah Waheeda Hafiz Sementara Malaysia 2005

107

Page 8: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

22.

Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor

Sementara Malaysia 2008

23.

Norahim Mohamad Sani

Sementara Malaysia 2008

24.

Vanessa Loh Yin Yin Sementara Malaysia 2008

25.

Aizan Sofia Amin Sementara Malaysia

TUTOR

26.

Asmuni Sementara Malaysia 2011

108

Page 9: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

109

Page 10: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

5.1.7 Kemukakan kurikulum vitae setiap staf akademik yang mengajar program

Maklumat kurikulum vitae setiap staf akademik PPP boleh dimuat turun daripada Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU). Salinan kurikulum vitae setiap staf akademik juga dibuat disimpan di PPPPM.

5.1.8 Nyatakan mekanisma dan tatacara untuk memantau dan menilai prestasi staf akademik untuk memastikan pengagihan tugas dan tanggungjawab yang saksama di kalangan mereka dan menentukan pengagihan pengajaran.

Dasar yang memastikan pengagihan tugas dan tanggunjawab yang saksama di kalangan ahli PPPPM dinyatakan dalam SPPU. Dasar ini diimplementasikan sebagai mekanisma penilaian prestasi tahunan.

Dasar ini menyatakan terdapat tiga bidang tanggungjawab staf akademik iaitu: (1) pengajaran, (2) penyelidikan dan (3) perkhidmatan. UKM telah menetapkan garispanduan umum peratusan masa seperti berikut: pengajaran (30%), penyelidikan (30%) dan khidmat runding (30%) pentadbiran (5%) dan khidmat sosial masyarakat/sosial (5%) dan Fakulti dibenarkan untuk menentukan wajaran masing-masing mengikut garispanduan tersebut. Jadual 5.4 menunjukkan ringkasan aktiviti kakitangan akademik dan purata peratusan masa yang diperuntuk oleh ahli akademik bukan pentadbir.

Nilai Keseimbangan antara Tanggungjawab Pengajaran, Penyelidikan dan Perkhidmatan.

Jadual 5.4 Ringkasan aktiviti staf akademik

Aktiviti % Masa FakultiPengajaran 30Penyelidikan 30Khidmat Perundingan 30Pentadbiran (termasuk kerja jawatankuasa)

5

Khidmat masyarakat/sosial* 5JUMLAH 100%

* Khidmat masyarakat/sosial merujuk kepada aktiviti yang dilakukan oleh jabatan atau ahli institusi secara individu yang melambangkan kesedaran sosial dalam memenuhi keperluan masyarakat atau negara

5.1.9 Huraikan proses tatacara dalam pengurusan displin staf akademik.

Perincian proses pengurusan dispilin staf akademik dinyatakan dalam Etika dan Tata Tertib Akademik. Tindakan displin diambil berdasarkan kepada aduan atau laporan mengenai

110

Page 11: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

kesalahan tatatertib staf akademik. Berdasarkan kepada aduan atau laporan staf berkenaan tertakluk kepada :

1. Disabit kesalahan setelah menerima bukti secukupnya.

2. Hukuman ditentukan oleh Lembaga Displin berdasarkan merit kes tersebut.

3. Prinsip keadilan dipenuhi sepenuhnya sebaga asas kepada tindakan dan pembuatan keputusan.

5.1.10 Huraikan polisi, kriteria dan proses berhubung pelantikan dan kenaikan pangkat jawatan akademik.

Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor Madya

Pensyarah Univesiti DS52 (Tetap) adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya DS54 (Tetap). Penyarah Universiti DS51 (Kontrak) adalah layak dipertimbangkan bagi lantikan ke jawatan Profesor Madya DS53(Kontrak).

Bagi permohonan ke jawatan Profesor Madya DS53/DS54 (Tetap dan Kontrak) mestilah melalui proses berikut:

- Minit mesyuarat Jawatankuasa Kesepakaran Fakulti Bagi Lantikan/Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor Madya

- Penerbitan (sekurang-kurangnya 10 penerbitan berwasit yang dikira selepas menyandang jawatan Pensyarah)

- Persidangan (menghadiri sekurang-kurangnya 10 persidangan (Kebangsaan atau antarabangsa) dan telah membentangkan sekurang-kurangnya 10 kertas persidangan (kebangsaan atau antarabangsa)

- Laporan Pengadil Peribadi (3 orang)- Laporan Penilai Luar (3 orang). Sekurang-kurangnya 1 penilai luar dari luar negara- Maklumat SCOPUS, ISI WOS dan Impact Factor

Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor VK7

Profesor Madya DS54 (Tetap)adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Profesor VK7(Tetap). Profesor Madya DS53 (Kontrak)adalah adalah layak dipertimbangkan bagi lantikan ke jawatan Profesor VK7(Kontrak).

Bagi permohonan ke jawatan Profesor VK7 (Tetap dan Kontrak) mestilah melalui proses berikut:

- Minit mesyuarat Jawatankuasa Kesepakaran Fakulti Bagi Lantikan/Kenaikan Pangkat Ke Jawatan Profesor

- Penerbitan (sekurang-kurangnya 20 penerbitan berwasit yang dikira selepas menyandang jawatan Profesor Madya)

- Persidangan (menghadiri sekurang-kurangnya 10 persidangan (Kebangsaan atau antarabangsa) dan telah membentangkan sekurang-kurangnya 10 kertas persidangan secara keseluruhan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa

111

Page 12: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

(sekurang-kurangnya 5 daripada pembentangan tersebut adalah bertaraf antarabangsa) )

- Laporan Pengadil Peribadi (3 orang)- Laporan Penilai Luar (3 orang). Sekurang-kurangnya 1 penilai luar dari luar negara- Maklumat SCOPUS, ISI WOS dan Impact Factor

5.1.11 Kemukakan maklumat berikut:

a. Nisbah staf akademik kepada pelajar

Jadual 5.5 menunjukkan nisbah staf akademik kepada pelajar program SmPer. Pada masa ini nisbah akademik dan pelajar dalam lingkungan yang disarankan oleh JPA Awam iaitu 1:18-20 untuk program sains sosial dan kemanusiaan. Dalam situasi kekurangan tenaga pengajar, PPPPM akan mengambil pensyarah sambilan untuk membantu dalam pengajaran.

Nisbah Pensyarah-Pelajar

Nisbah tenaga pengajar pelajar mengikut ketetapan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah 1:14, walau bagaimanapun, ketika ini Program Psikologi mempunyai nisbah pensyarah-pelajar yang cukup baik iaitu 1:8 (nisbah pensyarah dengan pelajar peringkat sarjana muda). Bagaimanapun jika dinilai nisbah keseluruhan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah, nisbahnya ialah 1:16.

Jadual 5.5: Nisbah Pelajar kepada Pensyarah Program Psikologi

Perkara 2005-2006 06-07 07-08 09-0-10

10-11

(a) Jumlah Pensyarah 18 20 22 22 20(b) Pensyarah dipinjamkan ke agensi

luar 0 0 0 0 0(c) Pensyarah dari Jabatan luar/ lain 0 0(d) Pensyarah yang efektif = (a) –

0.5(b)+0.5(c)(e) Bilangan Pelajar Pusat Pengajian 165 181 162 121(f) Pelajar: Pensyarah 1:8.6 1:8.8 1:8.4

b. Analisis keperluan staf akademik

i. Jadual waktu

Jadual waktu staf akademik boleh dirujuk dalam Lampiran 5.1. Menerusi agihan kursus yang ditetapkan dalam jadual kuliah tersebut, PPPPM dapat menentukan keperluan staf akademik bagi setiap semester. Jika PPPPM berhadapan dengan kekurangan pensyarah bagi kursus-kursus yang berkaitan, maka pengambilan pensyarah sambilan akan dilakukan.

112

Page 13: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

ii. Jadual kerja staf akademik

Jadual kerja bagi setiap staf akademik boleh dirujuk dalam maklumat yang dimasukkan dalam SPPU. Setiap staf akademik seharusnya dapat menjalankan 3 bidang tanggungjawab sebagaimana yang dinyatakan dalam SPPU iaitu (1) pengajaran, (2) penyelidikan dan (3) perkhidmatan (Rujuk bahagian 5.1.8 dan Jadual 5.4)

c. Rancangan pengambilan staff baru

Jadual 5.7 dan 5.8 berikut menunjukkan perancangan pengambilan staf akademik baru oleh PPPPM sehingga tahun akademik 2015.

Jadual 5.7 : Perancangan Pengambilan Staf Akademik Baru PPPPM

Perkara Tahun Akademik

Bilangan Staf dan Kelayakan Akademik Tertinggi

JumlahPh.D Sarjana Sarjana Muda

Profesional

Lain-lain

Tahun Semasa

2011 2 1 1

1 tahun ke hadapan

2012 1 1

2 tahun ke hadapan

2013 1 1 1

3 tahun ke hadapan

2014 1 1

4 tahun ke hadapan

2015 1 1 1

113

Page 14: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Jawatan dan Gred

Bidang Sebab diperlukan (kakitangan bersara/naik pangkat/letak

jawatan/ditamatkan perkhidmatan/tambahan/lantikan baru

Syarat-syarat lain yang diperlukan (bagi

jawatan akademik)

Tugas utama/spesifikasi

tugas (bagi jawatan bukan akademik)

Bilangan diperlukan

(Tahun)

DS45/51/53 Psikologi Industri dan Organisasi

menggantikan kakitangan bersara(P.M. Dr. Arifin Hj. Zainal)

Pengkhususan: Hubungan Industri dan Tingkah laku

Organisasi

1(2011)

Psikologi Sosial Menggantikan kakitangan meninggal dunia (P.M. Dr. Aminuddin Yusof)

Pengkhususan:Kepimpinan

1(2012)

Psikologi Kaunseling Keperluan dan menggantikan pensyarah bakal tamat kontrak

(Prof. Dr. Rohany Nasir)

Pengkhususan: Kaunseling Kerja

Kaunseling Keluarga

1(2011)

Psikologi Kaunseling Menggantikan pensyarah bakal tamat kontrak (P.M. Dr. Fatimah Yusooff)

Kaunseling Keluarga dan Perkahwinan

1(2012)

Psikologi Kaunseling Menggantikan pensyarah Pengajar Khas (P.M. Dr. Wan Kader Wan Ahmad)

Kaunseling Kelompok dan Individu

1(2012)

Psikologi Menggantikan pensyarah bersara(Prof. Madya Iran Herman)

Pengkhususan:Psikologi Eksperimen

dan Statistik

1(2011)

Jadual 5 .8 Perancangan pengambilan staf akademik baru oleh Program Psikologi sehingga tahun akademik 2015

114

Page 15: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

5.1.12 Huraikan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi menambah baik proses pengambilan staf untuk mencapai matlamatnya dan bagaimana tindakan ini menyumbangkan kepada keseluruhan kualiti program.

Mempercepatkan proses tapisan awal di peringkat Fakulti. Mengambil panel temuduga daripada luar Fakulti. Mendapatkan penilaian daripada penilai luar UKM dalam dan luar negara.

Maklumat berkenaan Standard Tinggi

5.1.13 Huraikan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi mengimbang pengambilan antara kesemua peringkat staf akademik dan bukan akademik dan di antara staf tempatan dan antarabangsa yang berlatar belakang pelbagai disiplin.

Imbangan antara staf akademik dan bukan akademik

Staf akademik terdiri daripada tutor, pensyarah sementara, pensyarah, prof. madya dan profesor. Staf bukan akademik pula terdiri daripada staf sokongan pentadbiran dan pengurusan fakulti dan pusat pengajian. Staf akademik dilantik berasaskan kepada keperluan pembelajaran pengajaran dalam memastikan perlaksanaan program serta aktiviti-aktiviti penyelidikan adalah lancar. PPPPM juga membuat perancangan dalam pengambilan staf akademik untuk memastikan terdapat pelapis dalam staf akademi untuk keperluan pengajaran dan penyelidikan (rujuk Jadual 5.7 dan 5.8). Staf bukan akademik pula dilantik berasaskan kepada kekosongan jawatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Jika jawatan tersebut amat diperlukan tetapi tiada kekosongan atau belum di luluskan, UKM boleh melantik staf bukan akademik secara kontrak.

Imbangan antara Staf Akademik Tempatan dan Antarabangsa

Ketika ini, semua staf akademik PPPPM merupakan warga tempatan. Walaupun begitu, PPPPM telah melantik staf akademik antarabangsa sebagai profesor pelawat iaitu:

1. Profesor Dr. Zaidi, University of USA, Tempoh lantikan 2002–2004.2. Profesor Dr Koentjoro, Universiti Gadjah Mada, Tempoh lantikan 2008-2009.

5.1.14 Huraikan bentuk dan skop hubungan dalam negara dan antarabangsa dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

Antara langkah diambil untuk menggalakkan hubungan dalam negara dan antarabangsa dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran secara langsung adalah:

1. Latihan amali di organisasi kerajaan/swasta/NGO selama 3 bulan untuk pelajar program SmPer.

2. Keahlian staf akademik dalam badan profesional perakaunan seperti Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), dan Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA).

3. Kerjasama dengan PSIMA dalam menerbitkan jurnal “Jurnal PSIMA” dan “Jurnal PERKAMA.

115

Page 16: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

4. Menganjurkan Syarahan Umum dan Wacana Ilmiah yang melibatkan penceramah dari industri dan akademik dalam dan luar negara.

5. Jaringan melalui ceramah kerjaya dan lawatan sambil belajar ke industri dan komuniti.

6. Lawatan dari universiti luar negara seperti Universiti Negeri Makassar, Universiti Air Langgar, Universiti Islam Riau.

7. Lawatan sambil belajar ke luar negara oleh pelajar Diploma Psikologi Kaunseling (Universitas Padjajaran Bandung, Universiti Vietnam).

8. Lain MOU, LOI dengan universiti dan pihak luar.

Peningkatan pengajaran dan pembelajaran program secara tidak langsung adalah melalui:

1. Keahlian dalam badan-badan profesional, AJK di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

2. Penglibatan penyelidikan terkini dengan Pertubuhan NGO, Kementerian 3. Perundingan

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) mengalakan staf akademiknya untuk memohon kenaikan pangkat ke pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan profesor apabila memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh univerisiti. Untuk kenaikan pangkat profesor madya dan profesor, jawatan kesepakaran FSSK akan membuat penilaian tentang kesesuaian calon. Kriteria kenaikan pangkat diedarkan kepada staf akademik secara pekeliling. Kenaikan pangkat staf akademik adalah berdasarkan merit setiap kriteria tersebut dan ia dilaksanakan sepanjang tahun. Lampiran 5.3 menunjukkan kriteria kenaikan pangkat kepada pensyarah kanan, profesor madya dan profesor.

Calon-calon juga akan dinilai oleh penilai luar atau penama secara laporan bertulis. Selain itu, staf akademik perlu menghadiri dan lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum memohon atau dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Hanya calon-calon untuk kenaikan pangkat profesor dan profesor madya yang disenarai-pendek akan melalui sesi temuduga yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (untuk profesor madya) dan Naib Canselor (untuk profesor).

116

Page 17: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

5.2 PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN

Maklumat berkenaan Standard Asas

5.2.1 Kemukakan maklumat dasar institusi dan jabatan berhubung perkhidmatan, pembangunan dan penilaian staf akademik.

Dasar-Dasar Institusi dan Jabatan:

1. Perkhidmatan dan Pembangunan staf akademika. Berasaskan Dasar-Dasar Pembelajaran dan Pengajaran

UKM yang diselaraskan oleh Pusat Pembangunan Akademik yang boleh dicapai melalui : http://pkukmweb.ukm.my/ppa/dasarukm.php . Antara Dasar terlibat:

i. Dasar Perkembangan Professionalii. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM

iii. Dasar E-pembelajaran UKMb. Sistem Log Masuk/Keluar yang boleh dicapai melalui

http://ewarga2.ukm.my/ewarga/ bagi pemantauan kedatangan harian staf akademik

2. Penilaian staf akademika. Berasaskan Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU)

oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UKM yang boleh dicapai melalui http://smk3.ukm.my/sppu/login.cfm

b. Pelajar juga membuat penilai terhadap pengajar/pesyarah mereka melalui Sisem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK) yang boleh dicapai oleh pelajar melalui http://www.ukm.my/sppk/

117

Page 18: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Perkhidmatan Staf Akademik

Dasar perkhidmatan dinyatakan dalam Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Seksyen 5. Dasar ke atas penilaian staf akademik termasuk pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat. Dasar diperbaharui dalam tahun 2009 dan dikenali sebagai Laporan Nilaian Prestasi (LNP). Implementasi LNP berpandukan dokumen, Guidelines for Implementation for Performance Assessment Systems dengan versi terkini 2009.

Pembangunan Staf Akademik

118

Page 19: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Pembangunan kakitangan akademik meliputi:1. Staf yang baru dilantik – mendapatkan kelayakan akademik yang lebih tinggi seperti

Sarjana dan PhD.2. Staf yang dalam perkhidmatan:-

i. Cuti melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan PhDii. Cuti sabatikal untuk 5 bulan setelah tiga tahun perkhidmatan dan 9 bulan

setelah lima tahun perkhidmataniii. Kursus-kursus dalaman anjuran Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dan Unit

Latihan, Bahagian Pendaftaraniv. Latihan kepakaran dan sub-kepakaranv. Sangkutan industri

Latihan dan kursus pendek anjuran pihak luar seperti badan-badan profesional. Kehadiran kursus jangka pendek anjuran badan-badan profesisonal sejajar dengan keperluan badan profesional yang dianggotai oleh staff akademik bagi mengekalkan status mereka sebagai ahli badan tersebut.

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UKM memainkan peranan penting dalam membantu staf akademik dalam pembangunan kerjaya. Staf baru didedahkan dan dilatih oleh PPA dalam program-program tertentu seperti program pemantapan tenaga akademik yang berkait dengan pembangunan karier mereka. PPA juga mempromosikan innovasi pembangunan dan kurikulum kepada staf akademik untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Diperingkat fakulti, Dekan dan Pengerusi Pusat Pengajian bertanggungjawab untuk memantau ahli-ahli dalam pembangunan karier mereka.

Penilaian Prestasi Staf Akademik

Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) menyediakan dasar mengenai skop tanggungjawab akademik iaitu pengajaran, penyeliaan, penerbitan, penyelidikan/ perundingan, persidangan, pentadbiran (termasuk kerja jawatankuasa) dan khidmat masyarakat / sosial. Setiap staff akademik menentukan sasaran tahunan sendiri berdasarkan garispanduan yang disediakan dimana akan digunakan dalam penilaian prestasi. Pendekatan ini menyediakan fleksibiliti kepada staf akademik untuk merancang aktiviti tahunan. Dalam menilai mutu pengajaran staf akademik, penilaian dilakukan oleh pelajar melalui Sistem Penilaian Pengajaran Kursus (SPPK). SPPK kemudian dipautkan dengan penilaian bahagian pengajaran dalam SPPU. Jadual 5.4 seperti ditunjukkan dalam Bahagian 5.1.8 menunjukkan ringkasan aktiviti kakitangan akademik dan purata peratusan masa yang diperuntukkan oleh ahli akademik bukan pentadbir.

5.2.2 Nyatakan mekanisme sedia ada untuk latihan pengajaran dan pembelajaran staf akademik.

Dalam merancang cuti belajar dan cuti sabatikal staf akademik, PPPPM dikehendaki membuat unjuran mengenainya. Unjuran ini akan dimaklumkan kepada staf akademik bagi memudahkan mereka membuat persediaan. Data pengunjuran ini dikemaskini dari semasa ke semasa dan dibincangkan dalam Mesyuarat PPPPM. Lampiran 5.4 menyenaraikan kakitangan akademik PPPPM yang dijangka akan mengambil cuti belajar dan cuti sabatikal.

119

Page 20: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Bagi menghadiri kursus dalaman anjuran PPA atau Unit Latihan, permohonan boleh dibuat secara on-line oleh staf akademik menggunakan eSPel. Kelulusan permohonan dibuat oleh oleh Pengerusi Pusat dan Dekan Fakulti. Kursus-kursus yang ditawarkan disenaraikan di eSPel. Penyenaraian kursus-kursus untuk sepanjang tahun memudahkan staf akademik. membuat perancangan.

Bagi menghadiri latihan atau kursus berkaitan pengajaran dan penyelidikan anjuran pihak luar, permohonan dikemukakan kepada Pengerusi PPPPM untuk mendapat kelulusan. Ia bertujuan untuk menilai kesesuaian latihan yang diikuti. Setiap ahli akademik FSSK diperuntukkan RM1,000 setahun untuk kursus-kursus yang berbayar.

Jadual 5.9 menunjukkan antara kursus dalaman, latihan dan bengkel yang telah diikuti oleh staff akademik PPP sepanjang tahun 2007 hingga 2010.

Jadual 5.9 : Latihan yang diikuti oleh staf akademik PPPPM (Tahun 2007 -2010)

Bentuk LatihanProgram Pemantapan Tenaga Akademik

1. Bengkel/Kursus Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran anjuran UKM2. Bengkel Penulisan Kes anjuran UKM dan Institut Tadbir Negara (INTAN) 3. Bengkel/Kursus Analisis Data Kualitatif dan Kuantitatif anjuran UKM 4. Bengkel Penyelidikan anjuran UKM5. Bengkel Penulisan Buku anjuran Penerbit UKM6. Kursus teknikal syarikat perisian (e-views, AMOS, SPSS, NVIVO)7. Kursus ISO

Program Penilaian Tahap Kecekapan - PTK8. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) anjuran UKM9. Kursus Induksi10. Kursus Biro Tatanegara

Program Skim Latihan Akademik Bumiputera-SLAB11. Persediaan untuk cuti belajar12. Bengkel/Kursus Analisis Data Kualitatif dan Kuantitatif anjuran UKM

Program e-Pembelajaran13. Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian14. Pembangunan e-Kandungan15. Sisitem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif-SPIN

5.2.3 Huraikan mekanisme yang digunakan untuk mengenal pasti keperluan tenaga manusia bagi program dan latihan staf.

Pengerusi Pusat menyediakan senarai staf akademik dan jangkamasa perkhidmatan. Senarai tersebut dibincang di Mesyuarat Pengurusan Pusat. Mesyuarat akan membincang perancangan tenaga akademik. Antara perkara yang dibincangkan termasuk jumlah tenaga

120

Page 21: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

manusia yang sedia ada; ahli akademik yang melanjutkan pelajaran, bercuti sabatikal, pasca-doctoral, akan bersara; keperluan tenaga pengajar khas. Keputusan daripada mesyuarat ini dibawa ke Mesyuarat Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia.

5.2.4 Adakah kepakaran yang terdapat dalam kalangan staf akademik semasa sepadan dengan keperluan penyampaian program? Kemukakan maklumat berhubung kesesuaian pengajar dalam bentuk matriks.

Seperti dinyatakan dalam bahagian 5.1.5, staf akademik diklasifikasi mengikut kelompok pengajaran/fokus penyelidikan. Dengan itu, pengagihan kursus mengikut kelompok pengajaran serta kepakaran staf memastikan terdapat kesepadanan dengan keperluan penyampaian program. Jadual 5.2 dan 5.3 menunjukkan kelompok pengajaran/penyelidikan yang dianggotai dan maklumat ringkas staf akademik termasuk kelulusan dan kursus yang diajar.

5.2.5. Kemukakan maklumat berkenaan bidang fokus penyelidikan staf akademik dan tunjukkan bagaimana ia berkaitan dengan atau menyokong, pengajaran-pembelajaran program.

Jadual 5.10 menunjukkan fokus penyelidikan dan pengajaran kursus oleh setiap staf PPPPM. Fokus penyelidikan dipadankan dengan disiplin psikologi dan kandungan kursus.

121

Page 22: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Jadual 5.10: Fokus Penyelidikan dan Pengajaran Kursus Staf Akademik Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (Psikologi) 2010-2011

Bil Staf Akademik Fokus Penyelidikan Kod dan nama kursus1 PM Asmah Bee Md. Noor Psikologi Perkembangan

Manusia, Perkembangan Remaja, Dewasa dan Orang Tua

SKPW3103 Seksualiti Manusia (PB)SKPN6023 Personaliti dan Sosial dalam Perkembangan Manusia SKPN6063 Gender dan Pembangunan ManusiaSKPW2103 Kesejahteraan Remaja (PB)SKPN6053 Psikologi Dewasa dan Orang TuaSJOB6199 Tesis Sarjana Pembangunan Manusia

2 Prof. Dr. Rohany Nasir Kaunseling KerjayaKaunseling Remaja & Dewasa

SKPK6013 Teori Kaunseling dan PsikoterapiSKPK6063 Kaunseling Pelbagai Budaya SKPK6073 Kaunseling Kerjaya dan Perkembangan PersonelSKPK6149 Praktikum Psikologi Kaunseling

3 Prof. Dr. Yahaya Mahamood

SKPP6013 Kaedah Penyelidikan Terapan & Teknik Kuantitatif/SKPP6004 Metodologi Penyelidikan Psikologi/MMMP5214 Kaedah Penyelidikan TerapanSKPP6014 Penulisan Akademik PsikologiMMMP5134 Kaedah Kuantitatif dalam Penyelidikan PsikologiSKPP6014 Latihan Ilmiah

4 PM Dr. Arifin Hj. Zainal SKPP6014 Penulisan Akademik PsikologiMMMP5944 Perkembangan Sumber ManusiaSKPX2013 Statistik dan Analisis DataMMMP5914 Kepuasan Kerja, Motivasi, Tingkah Laku

122

Page 23: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

dalam OrganisasiMMMP5908 Projek Sarjana Psikologi Industri & Organisasi

5 PM Dr. Asmawati Desa Psikofarmakologi, Dadah dan Tingkah Laku

SKPP1013 Pengantar PsikologiSKPN6073 Pengurusan Perkhidmatan PsikologiSKPX2063 Fisiologi Tingkah LakuSKPX3206 Latihan IlmiahSKPN6199 Tesis Sarjana Pembangunan ManusiaSKPN5908 Projek Sarjana Psikologi Industri & Organisasi

6 PM Dr. Fatimah Yusooff Kaunseling Keluarga SKPK6023 Teknik KaunselingPSKPK6103 rinsip dan Praktis Kaunseling KomunitiSKPK6043 Kaunseling KelompokSKPK6113 Kaunseling Perkahwinan dan KeluargaSKPK6149 Praktikum Psikologi Kaunseling

7 PM Dr. Khaidzir Hj. Ismail Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Remaja BerisikoResilensi Kanak-kanakPenilaian Kognitif Kanak-kanakPsikologi Islam

SKPN6033 Penilaian Bayi dan Kanak-kanak PrasekolahSKPN6043 Remaja dalam Risiko: Pencegahan Intervensi dan RawatanSKPN6083 Kemahiran dalam PerundinganSKPN6199 Tesis Sarjana Pembangunan Manusia

8 PM Dr. Rozmi Ismail Road safety & Understanding Driver Behavior; Mat Rempit Fenomena & Risk Taking Behavior, Psikologi Sosial dan Metodologi Penyelidikan

SKPP6013 Kaedah Penyelidikan Terapan & Teknik Kuantitatif/SKPP6004 Metodologi Penyelidikan Psikologi/MMMP5214 Kaedah Penyelidikan TerapanSKPX2073 Psikologi SosialSKPP2014 Metodologi PenyelidikanSKPX2043 Psikologi Eksperimen

123

Page 24: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

SKPX3206 Latihan Ilmiah

9 PM Iran Herman Psikometri, Pengukuran SKPX2033 Pengujian Psikologi

10 PM Zainah Ahmad Zamani Psikologi Kaunseling, Kaunseling Remaja, Kaunseling Industri & Organisasi

SKPK6033 Perundingan dalam KaunselingSKPK6093 Prinsip dan Praktis kaunseling OrganisasiSKPK6023 Teknik KaunselingSKPK6149 Praktikum Psikologi Kaunseling

11 Dr. Fatimah Omar Psikologi Personel, Konflik Kerja Keluarga, Kesejahteraan Keluarga, Tekanan Kerja, Kepimpinan

MMMP5934 Kepimpinan dalam OrganisasiSKPX3153 ErgonomikSKPX3206 Latihan IlmiahMMMP5954 Pemilihan dan PenempatanMMMP5908 Projek Sarjana Psikologi Industri & Organisasi

12 Dr. Rozainee Khairuddin Psikologi KognitifSains KognitifKognitif Neurosains

SKPX1013 Sistem dan Teori PsikologiSKPN6013 Proses Kognitif Sepanjang HayatSKPX1033 Persepsi dan KognisiSKPX3206 Latihan Ilmiah

13 Dr. Wan Shahrazad Wan Sulaiman

Ujian dan Pengukuran, Statistik,Pengujian Model SEM (SEM Model Testing), Pemikiran Kritikal dan PenyelesaianMasalah

SKPX3093 Analisis Masalah Dan Pembuatan KeputusanSKPP6033 Penaksiran IndividuSKPP6023/MMMP5164 Ujian, Pengukuran Dan Penilaian Psikologi SKPX3206 Latihan IlmiahMMMP5908 Projek Sarjana Psikologi Industri Dan Organisasi

14 Pn. Fatimah wati Halim Ujian dan pengukuran psikologi SKPX1043 Personaliti

124

Page 25: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

sebagai peramal dalam pemilihan personel dan tingkah laku kerja (khususnya pengukuran personaliti, motivasi dan efikasi kendiri)

SKPX3123 Psikologi Industri dan OrganisasiMMMP5914 Kepuasan Kerja, Motivasi dan Tingkahlaku dalam OrganisasiSKPX3206 Latihan IlmiahMMMP5908 Projek Sarjana Psikologi Industri & Organisasi

15 Dr. Nasrudin Subhi Psikologi Kaunseling, Seksualiti, Ketahanan Diri, Kajian Kualitatif

SKPX2093 Prinsip Bimbingan dan KaunselingSKPX3103 Psikologi KesihatanSKPK6053 Isu, Etika dan Perundangan dalam KaunselingSKPX3206 Latihan IlmiahSKPK6149 Praktikum Psikologi Kaunseling

16 Cik Wan Azreena Wan Jaafar

Psikologi Perkembangan, Psikologi & Agama

SKPX2083 Psikologi Perkembangan

SKPX2113 Psikologi PositifSKPX2023 Psikologi Kanak-kanak dan Remaja

SKPX3206 Latihan Ilmiah

17 Cik Salina Nen Psikologi kaunselingWorking with trauma victimsSexual abuse

SKPX3103 Psikologi KesihatanSKPX3013 Teori Perkembangan Kerjaya

SKPK6149 Praktikum Psikologi Kaunseling

SKPX3206 Latihan Ilmiah

18 Pn. Roseliza Murni Faktor Psikososial Pesakit Skizofrenia,Ekspresi Emosi (EE) Keluarga

SKPX3143 Psikologi AbnormalSKPX1053 Motivasi Dan EmosiSKPX3033 Modifikasi Tingkah Laku

125

Page 26: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Pesakit SkizofreniaPenilaian, Rawatan dan Pencegahan Kecelaruan Mental

SKPX3206 Latihan Ilmiah

19 Pn. Sarah Waheeda Muhammad Hafidz

Psikologi Industri/Organisasi(Counterproductive Work Behaviour)

SKPX2014 Kaedah PenyelidikanSKPX3153 Ergonomik

20 Pn Hilwa Abdullah Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak

CUTI BELAJAR

21 Pn Loh Yin Yin Kaunseling dalam bidang kesihatan mental, Kaunseling kanak-kanak dan keluarga

CUTI BELAJAR

22 Suzana Mohd. Hoesni Psikologi perkembanganPsikologi perhubungan rapat (close relationships

SKPX 3206 Latihan IlmiahSKPX 2073 Psikologi SosialSKPP 1023 Statstik AsasSKPX 2013 Statistik dan Analisis Laku

23 En. Mohd Rahim Mohamed Sani

Kaunseling HIV dan Dadah, Kaunseling Kerjaya

CUTI BELAJAR

24 Norshaffika Izzaty Zaiedy Nor

Latihan Dalam Organisasi

126

Page 27: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

5.2.6 Nyatakan mekanisme dan tatacara pembangunan profesional dan peningkatan kerjaya staf akademik (contohnya, cuti belajar, sabatikal, latihan lanjutan, kursus pengkhususan, kemahiran baru dan sebagainya).

Pembangunan kakitangan akademik meliputi cuti melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan PhD, cuti sabatikal, latihan kepakaran atau sub kepakaran, sangkutan industri, kursus jangka pendek anjuran pihak luar dan kursus dalaman kendalian PPA dan unit latihan pendaftar. Pembangunan profesional bpleh diperoleh melalui kursus jangka pendek dan juga persidangan. Kakitangan akademik boleh membuat perancangan bagi pembangunan profesional mereka sendiri melalui perbincangan dengan Ketua Program Pengajian dan Pengerusi Pusat Pengajian.Bagi staf yang dilantik pada gred DS45, mereka dikehendaki untuk mengikuti pengajian pada peringkat PhD dengan pembiayaan daripada pihak kerajaan sama ada melalui skim SLAB atau SLAI. Staf akademik yang telah lulus program PhD boleh memohon untuk mengikut program cuti sabatikal. Cuti sabatikal (selama 9 Bulan) boleh diikuti oleh staf akademik selepas berkhidmat selam 5 tahun dengan UKM. Maklumat mengenai penawaran kursus-kursus dalaman boleh diperolehi daripada Sistem Pengurusan Latihan (e-SPel). Disamping itu terdapat beberapa latihan atau bengkel yang dianjurkan oleh FSSK atau PPPPM yang khusus berkaitan dengan displin sains sosial dan psikologi. Kursus-kursus anjuran pihak luar terutamanya oleh badan psikologi profesional digalakkan supaya ahli staf PPPPM dapat mengikuti perkembangan praktis psikologi di Malaysia.

5.2.7 Huraikan dasar berhubung perundingan dan amalan persendirian

Setiap perundingan yang dilakukan oleh staf akademik PPP perlu melalui UKM Pakarunding Sdn Bhd, anak syarikat UKM Holdings Sdn Bhd. UKM Pakarunding Sdn Bhd bertindak sebagai koordinator staf akademik UKM dalam melaksanakan perundingan.

5.2.8 Huraikan sistem mentor untuk staf akademik baru.

PPPPM mempraktikkan gandingan staf baru dan staf senior dalam pengajaran kursus yang mempunyai lebih satu set. Bagi kursus-kursus berkenaan, penyelaras kursus dilantik dari kalangan staf senior. Pendekatan ini secara tidak langsung memberi bimbingan kepada staf baru untuk mengendalikan kursus dengan lebih berkualiti.

Praktis mentor-mente dalam penyelidikan berlaku apabila staf baru menjadi ahli penyelidikan yang diketuai oleh staf yang berpengalaman. Dengan melibatkan penyelidikan sebegini, staf baru dapat menimba pengalaman dalam penyelidikan. Kebanyakan praktis mentor-mente dijalankan secara informal di antara staf junior dan staf senior. Dalam bidang penerbitan, amalan mentor-mentee dilaksanakan dalam menghasilkan kertas kerja bersama mengikut kesesuaian bidang.

5.2.9 Huraikan penglibatan staf akademik dalam kegiatan khidmat masyarat. Nilai sejauhmana kegiatan tersebut diambil kira dalam proses perlantikan dan kenaikan pangkat.

127

Page 28: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Penglibatan staf akademik PPPPM dalam khidmat masyarakat memberangsangkan. Kegiatan khidmat masyarakat berhubung kait dengan kepakaran ahli seperti ahli dalam jawatankuasa di peringkat Kementerian, di peringkat Institut yang terlibat secara langsung membangunkan program intervensi kepada golongan sasaran. Selain itu aktiviti sukarela bersama pelajar Sarjana seperti projek Meals on Wheels untuk golongan gelandangan (homeless) juga dilaksanakan sepanjang tahun. Kegiatan khidmat masyarakat diambil kira dalam proses perlantikan dan pangkat di bawah kategori perkhidmatan. Wajaran yang diambil berasaskan garis panduan UKM. Maklumat lengkap boleh diperolehi daripada SPPU.

5.2.10 Tunjukkan bukti pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa ke atas staf akademik (contohnya, pengeditan jurnal, perkhidmatan penilaian keserakan, perkhidmatan perundingan dan keahlian dalam jawatankuasa serta panel pakar).

Antara staf akademik PPPPM yang telah mendapat pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa disenaraikan dalam Jadual 5.11.

Jadual 5.11 Antara Senarai staf akademik yang mendapat pengiktirafan kebangsaan dan antarabangsa.

Bil. Staff Akademik Aktiviti Peringkat1. Norman Mohd Saleh Penilaian kenaikan pangkat ke Jawatan

Prof Madya UIAM Ahli Majlis Institut Akauntan Malaysia Co-Opted Member of Education and

Training Committee Malaysian Institute of Certified Public Accountants

Audit Committee member of the Malaysian Institute of Accountants

Chairman of Education and Accreditation Committee Malaysian Institute of Accountants

Member of Accounting and Finance Association of Australia and New Zealand (AAANZ)

Kebangsaan

Kebangsaan

Kebangsaan

Kebangsaan

Kebangsaan

Antarabangsa

2. Takiah Mohd Iskandar Anugerah Ilmuan MABBIM 2003 Penilaian kenaikan pangkat ke Jawatan

Profesor UUM Co-Opted Member of Education and

Training Committee Malaysian Institute of Certified Public Accountants

Pemenang Anugerah MAPIM 2008 kategori Saing Sosial

Antarabangsa

Kebangsaan

Kebangsaan

Kebangsaan

3. Mohamat Sabri Hassan Penilaian Cadangan Penyelidikan untuk Canada

128

Page 29: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

the Social Sciences and Humanities Research Council of Canada.

Pewasit artikel untuk Emerging Markets Finance and Trade Journal 2010. Southern Illinois University Edwardsville

Panel of Adjudicators for Best Annual Report in Bahasa Malaysia, National Annual Corporate Reports Awards (NACRA).

USA

Kebangsaan

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

5.2.11 Huraikan bagaimana staf akademik diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam kegiatan profesional, akademik dan sebagai yang sesuai, samaada diperingkat kebangsaaan atau antarabangsa. Bagaimana kegiatan ini dinilai dan hasil dirujuk untuk mempertingkatkan pengalaman pelajar?

Staf akademik diberi peluang untuk menghadiri seminar diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Buat masa ini, setiap staf akademik FSSK diberi peruntukan sebanyak RM7,000 setahun untuk menghadiri persidangan kebangsaan dan antarabangsa. Tambahan RM1,000 turut diberikan bagi mereka yang telah menerbitkan makalah dalam jurnal berwasit dalam tahun sebelum tahun menghadiri persidangan. Untuk menghadiri persidangan, kakitangan akademik perlu memohon secara atas talian di sistem U3P dan dikehendaki membentangkan kertas kerja di peringkat Pusat Pengajian sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa Persidangan di peringkat Fakulti. Pengamalan yang diperolehi daripada persidangan tersebut boleh di gunakan dalam pengajaran and pembelajaran terutamanya program sarjana dan Phd. Senarai lengkap persidangan yang dihadiri oleh staf PPPPM boleh didapati daripada SPPU.

5.2.12 Kemukakan maklumat tentang penglibatan staf akademik dalam kegiatan penyelidikan.

Senarai kumpulan penyelidikan adalah seperti dalam Lampiran 5.2.12 Fokus Penyelidikan Staf Akademik FSSK

5.2.13 Huraikan peruntukan untuk memastikan peningkatan lebih tinggi dalam kalangan staf akademik.

Berikut merupakan peruntukan-peruntukan yang disediakan oleh UKM dan FSSK untuk memberangsangkan peningkatan yang lebih tinggi di kalangan staf akademik

Kenaikan tahunan dan Anugerah Perkhidmatan KualitiStaf akademik di nilai setiap tahun dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan melalui SPPU. Ganjaran untuk kenaikan tahunan dalam bentuk kenaikan gaji dan anjakan gaji. Anugerah perkhidmatan kualiti pula menerima ganjaran wang tunai RM1,000.

129

Page 30: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Kenaikan pangkat Setiap staf akademik berpeluang untuk kenaikan pangkat setelah memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Lampiran 5.3.

Anugerah Pengajar Cemerlang Penilaian kursus dilakukan oleh pelajar dalam SPPK dan dijadikan sebagai sebahagian kriteria pemilihan Anugerah Pengajar Cemerlang. Ganjaran adalah wang tunai mengikut jenis anugerah.

Peruntukan untuk menghadiri persidangan tempatan dan antarabangsa Pembiayaan persidangan adalah melalui UKM atau geran-geran penyelidikan. Setiap ahli FSSK diperuntukkan RM7,000 setahun dan tambahan RM1,000 jika terdapat penerbitan artikel dalam jurnal untuk menghadiri seminar.

Peruntukan untuk menghadiri kursus berbayar anjuran pihak luar Peruntukan sebanyak RM1,000 seorang setahun untuk tujuan latihan diperuntukkan.

Skim Galakan dan Ganjaran Penerbitan UKM 2010. UKM telah mengadakan sistem ganjaran berbentuk kewangan berkuatkuasa untuk penilaian tahun 2010. Sistem ganjaran ini berbeza antara pensyarah, pensyarah kanan, profesor dan profesor untuk meningkatkan perkembangan ilmu mengikut kesesuaian kepakaran. Garispanduan skim galakan dan ganjaran penerbitan dinyatakan dalam Lampiran 5.10.

Pembiayaan ahli dalam badan profesional di Malaysia Staf akademik PPPMP juga digalakkan menjadi ahli profesional persatuan psikologi/kaunseling untuk mengetahui perkembangan praktis terkini profesion tersebut. UKM menyokong keahlian profesional dengan membantu pembayaran yuran tahunan.

130

Page 31: Perkhidmatan Staf Akademikspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewKelayakan minimum kakitangan akademik yang disyaratkan untuk menyampaikan kursus di dalam program pengajian prasiswazah

BAHAGIAN C: STANDARD PROGRAM – Bidang 5 2011

Kemudahan dan peruntukan kewangan disediakan untuk menyokong kakitangan akademik seperti berikut:

i) Makmal Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan mempunyai kemudahan makmal untuk pengajaran dan penyelidikan seperti berikut: Makmal RS/GIS, Makmal Multimedia, Makmal NOAA, Makmal Kartografi, Makmal Multimedia, Makmal Audio/Visual,Makmal Kaunseling, Makmal Komputer

ii) Peruntukan KewanganPeruntukan kewangan bagi tujuan penyelidikan diperolehi melalui pelbagai sumber, iaitu:

(a) Peruntukan universiti penyelidikan:

Sebagai sebuah universiti penyelidikan , UKM telah mendapat peruntukan dan telah dibahagikan kepada pelbagai kumpulan penyelidikan. Peruntukan ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu geran operasi dan geran penyelidikan. Peruntukan yang diperolehi bagi setiap kumpulan penyelidikan FSSK adalah seperti dalam Jadual 5.2.13 (a)

Jadual 5.2.13 (a) Dana Universiti Penyelidikan (FSSK)

(b) Peruntukan dana penyelidikan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI):

Senarai dana yang diperolehi oleh penyelidik FSSK daripada dana MOSTI adalah seperti dalam jadual 5.2.13 (b)

Jadual 5.2.13 (b) Senarai Projek Sciencefund

(c) Peruntukan dana penyelidikan fundamental Kementerian Pengajian Tinggi:

Senarai projek yang diperolehi oleh penyelidik FSSK daripada dana ini adalah seperti dalam Jadual 5.2.13 (c)

Jadual 5.2.13 (c) Senarai Projek Dana FRGS, Kementerian Pengajian Tinggi

131