bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · web viewjelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan...

23
BIDANG 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 2.1 Autonomi Akademik Maklumat Berkenaan Standard Asas 2.1.1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan di mana perlu. Program mempunyai autonomi dalam mereka bentuk kurikulum. Autonomi ini dapat dilihat dari autoriti yang diberikan oleh Universiti dan Fakulti kepada Program bagi menggubal kurikulum dan memilih Jawatankuasa Penasihat yang mempunyai kepakaran dalam disiplin Sains Politik. Setelah mengenal pasti penasihat yang mempunyai kepakaran yang sesuai, Program mencalonkan nama Penasihat Luar ini kepada Fakulti untuk membuat proses pelantikan. Hasilnya, Fakulti atas cadangan dari Pusat Pengajian dan Program Sains Politik telah melantik Prof. Dr James Chin, Prof. Dr Jayum Jawan, dan Prof. Dr. Omar Farouk untuk menganggotai Jawatankuasa Penasihat Semakan Kurikulum Program. Jawatankuasa Penasihat ini mempunyai kuasa mendapatkan dokumen sokongan daripada program seperti data temu bual, maklumat daripada ahli Fakulti dan keputusan kaji selidik terhadap keberkesanan setiap kursus dalam program untuk membantu pembaikan kurikulum. Data ataupun maklumat lain juga diperolehi dari maklum balas pihak berkepentingan (ibubapa, alumni, pelajar, industri, fakulti dan pusat pengajian). Secara keseluruhannya, struktur Jawatankuasa Penasihat dan Penilai Kurikulum Program adalah seperti Rajah berikut: Struktur Jawatankuasa Penilai OBE dan Kurikulum Rajah 1.2: Struktur Jawatankuasa Penilai OBE dan Kurikulum Mengenai peruntukan sumber pula, Program bergantung pada sumber yang diberikan oleh Fakulti kepada Pusat Pengajian. Pusat Pengajian pula mengagihkan sumber tersebut kepada Program bergantung pada 27 Kumpulan Akademik Mesyuarat Fakulti & Pusat Pengajian Ibu Bapa Akademik Fakulti & Pusat Pengajian Alumni Industri Pelajar Jawatankuasa OBE & Kurikulum

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

BIDANG 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM

2.1 Autonomi Akademik

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.1.1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan di mana perlu.

Program mempunyai autonomi dalam mereka bentuk kurikulum. Autonomi ini dapat dilihat dari autoriti yang diberikan oleh Universiti dan Fakulti kepada Program bagi menggubal kurikulum dan memilih Jawatankuasa Penasihat yang mempunyai kepakaran dalam disiplin Sains Politik. Setelah mengenal pasti penasihat yang mempunyai kepakaran yang sesuai, Program mencalonkan nama Penasihat Luar ini kepada Fakulti untuk membuat proses pelantikan. Hasilnya, Fakulti atas cadangan dari Pusat Pengajian dan Program Sains Politik telah melantik Prof. Dr James Chin, Prof. Dr Jayum Jawan, dan Prof. Dr. Omar Farouk untuk menganggotai Jawatankuasa Penasihat Semakan Kurikulum Program.

Jawatankuasa Penasihat ini mempunyai kuasa mendapatkan dokumen sokongan daripada program seperti data temu bual, maklumat daripada ahli Fakulti dan keputusan kaji selidik terhadap keberkesanan setiap kursus dalam program untuk membantu pembaikan kurikulum. Data ataupun maklumat lain juga diperolehi dari maklum balas pihak berkepentingan (ibubapa, alumni, pelajar, industri, fakulti dan pusat pengajian).

Secara keseluruhannya, struktur Jawatankuasa Penasihat dan Penilai Kurikulum Program adalah seperti Rajah berikut:

Struktur Jawatankuasa Penilai OBE dan Kurikulum

Rajah 1.2: Struktur Jawatankuasa Penilai OBE dan Kurikulum

27

Kumpulan Akademik

Mesyuarat Fakulti & Pusat Pengajian Ibu Bapa

Akademik

Fakulti & Pusat Pengajian

Alumni

Industri Pelajar

Jawatankuasa OBE & Kurikulum

Page 2: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Mengenai peruntukan sumber pula, Program bergantung pada sumber yang diberikan oleh Fakulti kepada Pusat Pengajian. Pusat Pengajian pula mengagihkan sumber tersebut kepada Program bergantung pada keperluan yang dikehendaki oleh Program, terutamanya berkaitan dengan kegiatan ko-kurikulum pelajar. Bagi keperluan fizikal lainnya, Program menggunakan semua kemudahan Pusat yang dikongsi bersama dengan dua program lain melalui peruntukan yang diberikan oleh universiti kepada Fakulti.

2.1.2 Tunjukkan hubungan antara jabatan dengan senat.

Program mempunyai hubungan yang rapat dengan Senat kerana semua urusan akademik Program, terutamanya berkaitan dengan kelulusan dan pengijazahan pelajar sarjana adalah ditentukan oleh Senat. Contohnya, Program menguruskan urusan peperiksaan pelajar. Keputusan pelajar kemudiannya diserahkan kepada Fakulti dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksaan Siswazah Fakulti. Selepas itu, keputusan ini dibawa Senat untuk mendapat kelulusan. Tanpa pengesahan daripada Senat, maka pelajar siswazah Program tidak boleh bergraduat. Ini menunjukkan Program mempunyai hubungan yang rapat dengan Senat kerana Senat adalah badan tertinggi Universiti yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan kelulusan seseorang pelajar Program.

2.1.3 Bagaimanakah jabatan memastikan bahawa staf akademik mendapat autonomi yang secukupnya dalam bidang kepakaran mereka?

Program sentiasa memastikan staf akademik mempunyai kebebasan untuk menjalankan penyelidikan dan penulisan dalam bidang kepakaran masing-masing. Untuk tujuan ini, Ketua Program bertanggungjawab untuk memastikan Program dan pensyarahnya mempunyai kebebasan akademik dalam hal berikut:

Merangka dan mereka bentuk kurikulum Program. Menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakaran dan minat

masing- masing. Mengajar dalam kursus yang berkaitan dengan kepakaran

pensyarah.

Selain Program, Pusat Pengajian dan Fakulti juga memberi kebebasan akademik kepada pensyarah untuk memantapkan bidang kepakaran masing-masing. Dalam hal ini, Program menyokong permohonan pensyarah untuk menjalankan penyelidikan, membentangkan kertas persidangan dan meneribitkan buku atau artikel dalam bidang kepakaran mereka. Antara bidang kepakaran sedia ada di Program ialah

28

Page 3: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

pentadbiran dan pengurusan awam, pembangunan politik, falsafah politik, hubungan antarabangsa, politik Malaysia, politik Indonesia, pilihan raya, federalisme dan politik gender.

Bagi pensyarah yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat PhD pula, mereka dikehendaki menjalankan penyelidikan mengikut keperluan pelunjuran Program. Pensyarah yang melanjutkan pengajian ini perlu mendapat sokongan Program dan Pusat Pengajian serta persetujuan Fakulti sebelum permohonannya untuk mendapatkan biasiswa dan cuti belajar diluluskan oleh pihak universiti.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.1.4 Nyatakan dasar dan amalan jabatan menghadapi kemungkinan konflik kepentingan, contohnya penglibatan staf dalam amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat rundingan.

Dasar Universiti adalah jelas terhadap penglibatan kakitangan dalam aktiviti perundingan. Kakitangan akademik dibenarkan menjalankan kerja perundingan di bawah pengendalian UKM Pakarunding (UKM Holdings). Bagi kerja-kerja perundingan di luar universiti, kakitangan akademik perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Canselor. Bagaimanapun, kerja-kerja perundingan itu haruslah tidak mengangu tugass hakiki kakitangan/pensyarah yang terlibat.

Bagi pekerjaan persendirian, Universiti tidak membenarkan kakitangannya terlibat dalam mana-mana aktiviti perniagaan, khususnya yang mempunyai kepentingan langsung dengan kedudukannya sebagai penjawat awam. Jika berlaku, tindakan tatatertib akan dikenakan.

2.1.5 Apakah rancangan Pemberi Pendidikan Tinggi untuk memperluaskan autonomi staf akademik? Apakah peranan jabatan dalam rancangan ini dan bagaimanakah jabatan menyokongnya?

Universiti mengambil perhatian serius dalam memeperluaskan autonomi staf akademiknya. Antaranya Universiti bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi menyediakan dana FRGS dan ERGS untuk pensyarahnya memohon geran penyelidikan yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing. Bagi mendapatkan geran ini, pensyarah perlu memohon apabila permohonan dibuka. Permohonan ini kemudiannya akan ditapis di peringkat Program, Pusat Pengajian, Fakulti, Universiti (CRIM) dan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa FRGS dan ERGS KPT untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan kewangan.

Selain itu, pensyarah juga boleh memohon geran MOSTI atau geran-

29

Page 4: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

geran luar yang berkaitan untuk mereka mendapatkan dana bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang masing-masing.

Universiti juga menggalakkan pensyarahnya membentangkan kertas kerjanya di persidangan antarabangsa dan kebangsaan. Bagi tujuan ini, Universiti memberi sokongan dengan menyediakan dana kepada pensyarah yang dapat membentangkan kertas di persidangan yang diiktiraf. Pensyarah yang ingin membentangkan kertas mereka di luar negara perlu memohon kelulusan dari Pusat Pengajian dan Fakulti sebelum diluluskan oleh Naib Canselor.

Di peringkat Program pula, bagi menyokong autonomi staf akademik ini dalam memperluaskan bidang kepakaran masing-masing, Program selalunya menyokong setiap permohonan selagi ianya tidak mengganggu perjalanan kuliah dan tugas-tugas hakiki di Program.

2.2 Reka Bentuk Kurikulum dan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran

Maklumat Berkenaan Standard Asas

1.1.1 Jelaskan proses, tatacara dan mekanisme untuk pembangunan kurikulum. Bagaimanakah staf akademik dan pentadbiran terlibat dalam proses ini?

Proses, tatacara dan mekanisme pembangunan kurikulum di peringkat Program dilakukan dengan cara berikut:

i. Staf akademik diberikan kursus mengikut kepakaran.ii. Silibus kurikulum dibentuk berdasarkan visi, misi dan objektif

universiti, fakulti, pusat dan program dan juga hasil pembelajaran program.

iii. Pensyarah perlu menyemak sinopsis kursus yang telah dipersetujui seperti yang terkandung dalam Buku Panduan Siswazah Fakulti.

iv. Pensyarah dikehendaki membentuk silibus kurikulum mengikut tajuk kursus minggu pengajaran dan peringkat pelajar.

v. Silibus kurikulum yang telah lengkap akan diwasit dan disemak oleh Ketua Program seperti keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Program.

vi. Penambahbaikan dibuat sebelum ianya diedarkan kepada pelajar.

Bagi memastikan proses, tatacara dan mekanisme di atas diikuti dengan sebaiknya, maka semua pensyarah dkehendaki melengkapkan proforma masing-masing untuk semakan Ketua Program dan Pengerusi Pusat Pengajian. Pensyarah juga dikehendaki hadir dalam mesyuarat Program yang diadakan supaya semua hal yang berkaitan dengan perjalanan akademik Program boleh dibincangkan dalam mesyuarat ini.

30

Page 5: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

1.1.2 Jelaskan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui cara berikut: kuliah, tutorial, kuiz, pembentangan, peperiksaan pertengahan semester, tugasan berkumpulan, tugasan individu, kerja lapangan dan peperiksaan akhir.

31

Page 6: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

1.1.3 Tunjukkan bukti bahawa jabatan telah mempertimbangkan permintaan pasaran dan masyarakat terhadap program ini, dan bukti jabatan mempunyai sumber yang mencukupi untuk mengendalikannya.

Program sentiasa mengambil berat tentang permintaan pasaran dan masyarakat terhadap Program ini. Ini boleh dilihat dari bilangan permohonan ke Program ini yang terus meningkat dari semester ke semester. Bagi setiap semester, Program menerima tidak kurang dari 30 permohonan masuk sama ada untuk Program Sarjana atau PhD. Justeru pandangan masyarakat dan majikan terhadap Program ini adalah tinggi, maka Program mengadakan kaji selidik terhadap majikan yang pekerjanya adalah bekas pelajar di Program ini. Hasil dari survei yang dibuat adalah seperti berikut:

Komen Majikan Terhadap Bekas Pelajar Sains Politik

Pandangan Majikan Terhadap Pelajar Sains Politik dalam Aspek Terpilih

32

Page 7: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Selain itu, Program juga melakukan tinjauan kepada bekas pelajar terhadap kebolehpasaran pelajar sarjana lulusan Program ini. Hasil tinjauan tesebut mendapati, semua bekas pelajar di Program ini telah mempunyai pekerjaan masing-masing yang stabil sama ada di sektor kerajaan, swasta ataupun telah menjadi ahli politik atau pegawai politik yang berjaya.

Biarpun mempunyai jumlah pelajar sarjana dan PhD yang ramai, Program mempunyai sumber yang mencukupi untuk menjalankan Program ini. Jika pun masih ada kekurangan pensyarah, Program dari semasa ke semasa sentiasa berhubung dengan pihak Kedekanan untuk menyelesaikan masalah ini. Bidang kepakaran pensyarah di Program ini dapat dilihat dari Jadual berikut:

Nama Ijazah Bidang Kepakaran

1 En. Jamaie Hj Hamil

Sarjana (Antropologi dan sosisologi) (sedang menyelesaikan kajian PhD di Universiti Malaya)

Sosiologi Politik (Politik Malaysia)

2 Puan Mahfudzah Mustafa

Sarjana (Sains Politik)(sedang menyiapkan PhD di UPM)

Hubungan Antarabangsa dan Politik Perbandingan

3 Prof Madya Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff

PhD (Sains Politik) Pembangunan Politik (Federalisme, Politik Malaysia dan Indonesia)

4 Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Mohd Yaakop

PhD (Pengajian Keselamatan)

Keselamatan dan Politik, Dasar Luar dan Politik Alam Sekitar

5 En. Muhamad Sarjana (Sains Politik) Pembangunan

33

Page 8: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Nadzri Mohamed Noor

(sedang menyiapkan PhD di Flinders University)

Politik (Politik Malaysia dan Pilihan Raya)

6 Dr. Muhamad Takiyuddin Ismail

PhD (Sains Politik) Falsafah dan Teori Politik

7 Prof. Madya Dr. Rashila Ramli

PhD (Sains Politik) Pembangunan, Politik (Demokrasi, Governans dan Gender)

8 En. Russli Hj Kamaruddin

Sarjana (Sains Politik) (sedang menyiapkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa)

Falsafah dan Teori Politik

9 Prof. Madya Dato’ Dr. Samsu Adabi Mamat

PhD (Sejarah dan Tamadun Islam)

Politik Islam dan Minoriti Islam)

10 Prof. Madya Dr Sity Daud

PhD (Pengajian Pembangunan)

Ekonomi Politik

1.1.4 Jelaskan bagaimana program boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran analitis, di samping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi meningkatkan pemikiran kritikal dan analitis pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, Program Sains Politik melaksanakan kursus berasaskan pengajian saintifik yang bersifat multi- dan antara disiplin. Atas dasar ini, Program menggubal kurikulumnya dengan menggabungkan aspek teori dan aplikasi agar pelajarnya dapat menganalisis isu-isu semasa secara analitikal dan seimbang.

Selain itu, penilaian kursus dalam peperiksaan juga menitikberatkan penilaian dari segi konsep, fakta, analisis, aplikasi dan sintesis. Ini meningkatkan lagi kemahiran pelajar tentang kursus yang diambilnya, sekali gus menjadikan mereka berkeupayaan dan matang apabila bekerja nanti.

Bagi menjadikan pelajar bertanggungjawab, sikap mereka diukur melalui penglibatan dalam projek berkumpulan dan pembentangan hasil projek serta pengendalian kajian kes. Di samping itu, penilaian oleh rakan sekumpulan juga turut diambil kira bagi mengukur penglibatan dan kerjasama setiap ahli bagi menyempurnakan sesuatu projek.

Bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan praktikal pelajar, Program menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, iaitu melalui kuliah, pembentangan, seminar, kerja kes dan tesis

34

Page 9: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

sarjana. Semasa sesi pembentangan dan seminar, pelajar digalakkan berbincang dengan pensyarah bagi memahami dan menyelesaikan latihan yang diberikan. Kursus SKSP6014 Metodologi Penyelidikan pula memerlukan pelajar mempunyai keupayaan menggunakan komputer untuk menganalisis data kuantitatif. Dengan cara ini, pelajar secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran saintifik mereka.

1.1.5 Huraikan kepelbagaian kaedah dan sumber pembelajaran di dalam mahupun di luar bilik kuliah, di mana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai kemahiran, dan membentuk sikap dan tatalaku sebagai persediaan pembelajaran mereka, perkembangan individu, kerjaya masa depan serta sebagai warga yang bertanggungjawab (contohnya, ko-kurikulum).

Walaupun pelajar sarjana tidak diwajibkan terlibat dalam kegiatan kokurikulum, namun begitu mereka diberi pendedahan dan galakan untuk terlibat dalam kerja sukarela terutamanya semasa menjalankan kajian lapangan di sepanjang pengajian. Antaranya ialah penerangan tentang perlembagaan dan sistem politik negara dan isu-isu semasa politik dan ekonomi negara kepada masyarakat yang didampingi mereka. Melalui kegiatan seperti ini pelajar dapat membina kemahiran berinteraksi, terutamanya dengan masyarakat luar dalam memahami isu-isu semasa.

Di samping itu, bagi menggalakkan serta menanam sikap etika dan tanggungjawab sosial, pengajaran aspek etika dan kemanusiaan diambil kira ke dalam kurikulum melalui dua cara:

1. Secara formal melalui kursus yang ditawarkan di peringkat program iaitu SKSP6014 Metodologi Penyelidikan, SKSJ6053 Governans dan Organisasi, dan SKSJ6133 Teori Politik dan Pentadbiran Islam.

2. Secara tidak formal dengan memasukkan elemen etika dan kemanusiaan ke dalam sebahagian kursus lain yang terdapat dalam kurikulum sedia ada. Misalnya, dalam menyelesaikan sesuatu isu politik dan pentadbiran negara, pelajar perlu mencadangkan penyelesaian yang melibatkan pembuatan keputusan yang mencerminkan etika dan profesionalisme seperti konflik kepentingan di antara pemimpin-rakyat dan isu-isu lain berkaitan.

35

Page 10: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

1.1.6 Tunjukkan bagaimana program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin dan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk meningkat dan memperkaya pembangunan peribadi pelajar.

Program ini direka bentuk menggambar ianya adalah pelbagai disiplin. Bagi pelajar sarjana kerja kursus Sains Politik, mereka digalakkan mengambil dua kursus elektif sejumlah enam unit dari program lain di Pusat Pengajian, iaitu sama ada di Program Sejarah atau Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa.

Bagi pelajar Sarjana Falsafah dan PhD pula, mereka diwajibkan mengambil dua kursus yang menggabungkan bidang sejarah, politik dan strategi iaitu SKSP6004 Metodologi Penyelidikan dan SKSP6014 Penulisan Akademik Dalam Bidang Sejarah, Politik dan Strategi. Ini menunjukkan kursus yang dikendalikan di program adalah bersifat pelbagai disiplin.

Bagi kegiatan kokurikulum pula, tidak ada kursus wajib yang perlu diikuti oleh pelajar di peringkat sarjana. Begitu pun, pelajar terlibat aktif dalam kegiatan kokurikulum ini secara tidak formal dengan menganjurkan lawatan ke parlimen, lawatan ke tempat luar, seminar dan juga Majlis Hari Raya dan Majlis Perpisahan bagi pelajar yang tamat pengajian pada setiap hujung semester.

1.1.7 Tunjukkan bagaimana sumber luaran turut terlibat dalam analisis keperluan program. Tunjukkan juga bagaimana pandangan mereka digunakan untuk menambah baik program tersebut?

Sumber luaran yang turut terlibat sebabai pelanggan Program ini adalah majikan-majikan seperti organisasi kerajaan (Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia), swasta (bank, syarikat-syarikat GLC dan MNC) dan NGO. Hubungan secara formal yang wujud antara Program ini dengan majikan-majikan tersebut adalah melalui jemputan mereka kepada pensyarah-pensyarah Program untuk memberikan ceramah tentang isu-isu politik dan pentadbiran semasa. Selain itu, penaja pengajian dan masyarakat umum juga merupakan sumber luaran yang turut terlibat dalam analisis keperluan Program. Sebagai “pelanggan”, pandangan mereka diberi perhatian dan dipertimbangkan dalam pembentukan dan pengubahsuaian kurikulum Program.

Maklum balas dari masyarakat setempat dilakukan secara tidak langsung melalui program-program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar seperti pameran ketika pesta konvokesyen. Bagi masyarakat am, pandangan diberikan secara tidak langsung sewaktu bertemu dalam mesyuarat, persidangan atau majlis-majlis yang dihadiri bersama. Pihak Pusat Pengajian sendiri, bersama Fakulti menganjurkan seminar atau syarahan dari masa ke semasa dalam rangka

36

Page 11: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pihak luar.

Selain itu, Program juga mengadakan kerjasama (MoU) dengan Universitas Andalas, Padang dan juga terlibat dalam mengajar kursus-kursus luar seperti Sarjana Kepolisan (kerjasama dengan PDRM), Sarjana Pertahanan (kerjasama dengan ATM) dan Sarjana Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa (kerjasama dengan Wisma Putra).

1.1.8 Apakah kegiatan kokurikulum yang memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab?

Seperti yang dijelaskan dalam 2.2.5, walaupun pelajar sarjana tidak diwajibkan terlibat dalam kegiatan kokurikulum, namun begitu mereka diberi pendedahan dan galakan untuk terlibat dalam kerja sukarela terutamanya semasa menjalankan kajian lapangan dan sepanjang pengajian.

Ini untuk memantapkan lagi kemahiran mereka sebagai seorang pelajar Sains Politik yang perlu peka kepada isu semasa dan memahami masalah masyarakat. Dengan kepekaan ini, maka ini secara tidak langsung memantapkan sahsiah, akhlak, etika dan kebertanggungjawaban seseorang pelajar kepada persekitaran mereka.

2.3 Kandungan dan Struktur Kurikulum

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.3.1 Klasifikasi mata pelajaran (berikan maklumat).

Program yang ditawarkan di peringkat siswazah ini adalah program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Sains Politik). Untuk memperoleh ijazah ini, pelajar dimestikan lulus sekurang-kurangnya 40 unit kerja kursus, iaitu 18 unit kursus teras program, 4 unit kursus wajib pusat, 6 unit kursus pilihan dan 12 unit tesis sarjana.

Senarai kursus dan tahap unit kerja kursus adalah seperti di Jadual di bawah. Penentuan unit setiap kursus adalah berdasarkan jumlah jam pembelajaran (JPP) notional pelajar yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Komponen Program Sarjana Sains Sosial (Sains Politik) dan Nilai Kredit (40 Unit)

Kod Kursus Kursus Unit Peratus

37

Page 12: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

I Kursus Teras ProgramSKSJ6013 Teori Sains Politik 3SKSJ6023 Falsafah dan Ideologi Politik 3 SKSJ6033 Politik Antarabangsa 3 SKSJ6043 Ekonomi Politik 3 SKSJ6053 Politik Perbandingan 3SKSJ6083 Teori Politik Malaysia 3SKSJ601C Tesis Sarjana 12

Jumlah Teras Program 30 75%

II Kod Kursus Kursus Teras Pusat Unit Peratus

SKSP6004 Metodologi Penyelidikan Sains Politik 4Jumlah Teras Pusat 4 10.0%

III Kod Kursus Kursus Elektif* Unit Peratus

SKSJ6073 Pentadbiran dan Dasar Awam 3SKSJ6093 Globalisasi dan Governans 3SKSJ6113 Governans dan Politik Alam Sekitar 3SKSJ6123 Gender dan Politik 3SKSJ6133 Teori Politik dan Pentadbiran Islam 3SKSJ6143 Analisis Risiko Politik 3

Jumlah Elektif 6 15%*Pelajar dikehendaki memilih hanya dua kursus sahaja daripada yang ditawarkan. Pelajar juga dibenarkan mengambil mana-mana kursus elektif yang ditawarkan oleh Program Sejarah atau Program Strategi dan Hubungan Antarabangsa.

Dari segi komponen matapelajaran pula, Program Siswazah Sains Politik dibahagikan kepada ilmu asas Sains Politik, ilmu metodologi dan ilmu aplikasi. Tiga komponen tersebut dapat membekalkan siswazah dengan kemahiran mengaplikasikan ilmu berkenaan dalam keadaan sebenar. Ilmu asas Sains Politik dan aplikasi bersama dengan kemahiran kaedah analisis menjadi prinsip utama dalam merekabentuk kurikulum. Komponen kurikulum dan kandungan kursus yang dibentuk dapat menyokong pembangunan intelektual, kemahiran teknikal dan nilai kemanusiaan bagi mencapai hasil pembelajaran program. Ini ditunjukkan dalam Jadual seperti berikut:

Disiplin Asas Kaedah Analisis Aplikasi Produk

Ilmu Teras Sains Politik

Teknik & Kemahiran

Ilmu Aplikasi

Siswazah berilmu dan

berkemahiran

SKSJ6013 Teori Sains Politik

SKSJ6023 Falsafah dan Ideologi Politik

SKSJ6033 Politik Antarabangsa

SKSP6004 Metodologi Penyelidikan Sains Politik

SKSJ6043 Ekonomi Politik

SKSJ6093 Globalisasi dan

SKSJ6043 Politik Perbandingan

SKSJ6083 Teori Politik Malaysia

SKSJ6133 Teori Politik dan Pentadbiran Islam

38

Page 13: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Governans

SKSJ6143 Analisis Risiko Politik

SKSJ6053 Pentadbiran dan Dasar Awam

SKSJ601C Tesis Sarjana

Pecahan KomponenKomponen Ilmu Teras

Sains PolitikKomponen Teknik &

KemahiranKomponen Ilmu Aplikasi

22.5% 15% 60%

2.3.2 Senaraikan mata pelajaran berserta klasifikasinya yang ditawarkan dalam program. Susun mengikut tahun dan semester.

Senarai Kursus Yang Ditawar Bagi Semester I dan Semester II Sesi 2012-2013

Bil. Nama dan Kod Kursus Teras/ Elektif

Nilai Kredit

Nama Pensyarah

Semester 11 SKSJ6013 Teori Sains Politik WM 3 Leo Agustino (Tamat

kontrak pada Februari 2013)

2 SKSJ6083 Teori Politik Malaysia WM 3 Mohammad Agus Yusoff3 SKSJ6043 Ekonomi Politik WM 3 Sity Daud4 SKSJ6133 Teori Politik dan

Pentadbiran IslamElektif 3 Samsu Adabi Mamat

5 SKSJ601C Tesis Sarjana WM 12 Ketua Program

Semester 21 SKSP6004 Metodologi

Penyelidikan Sains PolitikWP 4 Mohd Rizal Mohd Yaakop

/ Russli Kamarudin2 SKSJ6023 Falsafah dan Ideologi

PolitikWM 3 Muhamad Takiyuddin

Ismail / Sity Daud3 SKSJ6033 Politik Antarabangsa WM 3 Rashila Ramli/Sity Daud /

Mohd Rizal Mohd Yaakop4 SKSJ6053 Politik Perbandingan WM 3 Mohammad Agus Yusoff/

Mahfudzah Mustaffa5 SKSJ6073 Pentadbiran dan

Dasar AwamElektif 3 Mohammad Agus Yusoff

6 SKSJ601C Tesis Sarjana WM 12 Ketua Program

2.3.3 Maklumat asas setiap kursus/modul (Berikan maklumat, di mana berkenaan dalam Jadual)

39

Page 14: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Di bawah ini, disediakan maklumat bagi kursus SKSJ6043 Ekonomi Politik Malaysia. Lain-lain kursus boleh dilihat ketika lawatan dan juga Lampiran 3.

Ringkasan Maklumat Kursus SKSJ6043 Ekonomi Politik.

1 Nama kursus: Ekonomi Politik2 Kod kursus: SKSJ60433 Nama staf akademik: Prof. Madya Dr. Sity Daud4 Rasional pemilihan kursus untuk program:

Kursus ini penting bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan teori ekonomi politik ke atas perkembangan politik Malaysia.

5 Semester dan tahun ditawarkan: Semester I Sesi 2012-20136 Jumlah waktu

pembelajaran pelajar

Bersemuka Jumlah pembelajaran

berpandu kendiriK = KuliahT = TutorialA = AmaliL = Lain-lain

K45

T-

A-

L75

120 jam

7 Nilai kredit: 3 8 Prasyarat (jika berkenaan): Tiada9 Objektif:

Kursus ini adalah khusus untuk siswazah mendalami ekonomi politik. Di setiap perjumpaan mingguan pelajar akan didedahkan dengan teori dan konsep ekonomi politik serta isu terkini yang difikirkan penting untuk dibincangkan. Pelajar dimestikan membaca segala bahan yang dicadangkan dan bersedia untuk membincang dan mengkritik bahan-bahan tersebut. Tumpuan khusus akan diberikan kepada beberapa perspektif teori dalam bidang ekonomi politik untuk memahami falsafah yang mendasari perubahan dalam masyarakat. Perkembangan mutakhir yang membabitkan kemunculan ideologi dan praktik globalisasi turut dibincangkan bagi memperlihatkan perkembangan teori ekonomi politik dalam kajian-kajian yang terkini.

10 Hasil Pembelajaran:

i. Mampu menggunakan model ekonomi untuk mengkaji fenomena politik.

ii. Mengaplikasikan teori ekonomi politik ke atas kes-kes pilihan.

Kemahiran boleh pindah:Kemahiran yang diperolehi oleh pelajar ialah pencarian data terkini melalui internet, bekerjasama dalam satu pasukan, berkomunikasi dan menyampaikan idea secara spontan kepada khalayak ramai. Kemahiran ini diperolehi melalui perbincangan dan juga pembentangan dalam kelas.

12 Strategi pengajaran-pembelajaran dan penilaian:Kuliah, penulisan dan pembentangan esei serta peperiksaan akhir

40

Page 15: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

berdsarkan bahan rujukan yang tersenarai dan beberapa bacaan tambahan mengikut keperluan tajuk atau perkembangan semasa.

13 Sinopsis: Kursus ini bertujuan memperkenalkan dan membincangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan pengeluaran (relations of production) di dalam sistem kapitalis. Aspek-aspek seperti superstructure, base, negara dan lain-lain akan disentuh secara mendalam untuk menunjukkan betapa eratnya kaitan di antara ekonomi dan politik di dalam sesuatu sistem politik.

14 Kaedah penyampaian: Kuliah dan Perbincangan Penulisan

15 Kaedah dan jenis penilaian: Esei 30% Ulasan buku 20% Penglibatan 10%

Peperiksaan akhir 40%

16 Pemetaan kursus pada Tujuan Program:Kursus ini selari dengan tujuan Program dari segi PO1, PO4, PO5, PO6 dan PO8.

17 Pemetaan kursus pada Hasil Pembelajaran Program

Bil. Hasil Pembelajaran PO1

PO2

PO3

PO4

PO5

PO6

PO7

PO8

1. Mampu menggunakan model ekonomi untuk mengkaji fenomena politik

3 3 2 2 2 3 3 2

2. Mengaplikasikan teori ekonomi politik ke atas kes-kes pilihan.

3 3 2 2 2 3 3 2

1 = Memenuhi PO tanpa penilaian rasmi2 = Memenuhi separa PO dengan penilaian rasmi3 = Memenuhi sepenuh PO dengan penilaian rasmi

18 Rangka kandungan kursus dan jumlah waktu pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk

Minggu Topik Jumlah jam Belajar1 Pengenalan 52 Konsep asas 53 Ekonomi politik klasik dan

neoklasik7

4 Ekonomi politik Marxis 75 Ekonomi politik Keynes 76 Ekonomi pembangunan 77 Ekonomi politik

antarabangsa7

41

Page 16: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

8 Globalisasi 79 Krisis ekonomi 7

10 Pembentangan esei 1011 Pembentangan esei 1012 Pembentangan esei 1013 Pembentangan esei 1014 Rumusan 515 Peperiksaan 16

Jumlah jam pembelajaran dala 1 semester

120

Jam Pembelajaran Notional diperlukan

120

Jam Kredit Notional 319 Rujukan utama yang menyokong kursus

Chang, H-J. (pnyt.). 2004. Rethinking development economics. Cambridge: Anthem Press.

Dicken, P. 2007. Global shift: transforming the World Economy. Ed. Ke-4. New York: Guilford.

Frieden, J. 2006. Global capitalism. New York: W.W. Norton.

Sackrey, C., Schneider, G. & Knoedler, J. 2005. Introduction to political economy. Ed. Ke-4. Wichita: Dollars & Sense.

Sity Daud & Zarina Othman. (pnyt.). 2005. Politik dan keselamatan. Bangi: Penerbit UKM.

20 Maklumat tambahan: Kursus ini adalah wajib kepada semua pelajar sarjana Program.

2.3.4 Apakah rancangan jabatan untuk menilai program secara berkala agar sentiasa setanding dengan perkembangan saintifik, teknologi dan perkembangan ilmu disiplin berkenaan, di samping memenuhi keperluan masyarakat?

Program Sarjana Sains Sosial (Sains Politik) dinilai secara berkala sejajar dengan matlamat program menyediakan pelajar yang berdaya saing di pasaran global serta boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran politik masa kini. Di peringkat Pusat, satu jawatankuasa pengurusan diwujudkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Program untuk menilai secara berkala struktur dan kurikulum program Sarjana Sains Sosial (Sains Politik). Keanggotaan Jawatankuasa Pengurusan di strukturkan mengikut bidang-bidang pengajaran hubungan antarabangsa, falsafah politik, pembangunan politik dan pentadbiran dan pengurusan awam.

Bagi memastikan kurikulum Program relevan dengan perkembangan semasa untuk memenuhi keperluan masyarakat dan pasaran, kurikulum Program disemak semula setiap 3 hingga 5 tahun sekali mengikut

42

Page 17: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

perubahan semasa.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.3.5 Tunjukkan bukti bahawa jabatan mempunyai mekanisme untuk memperoleh perkembangan terkini dalam bidang pengajian.

Memandangkan program ini mendapat sambutan dari pelajar dalam dan luar negara, maka Program selalu memastikan ilmu yang diajar sentiasa dikemaskini sesuai dengan maklumat dan perkembangan terkini. Bagi memastikan perkembangan terkini diambilkira, pensyarah sentiasa diminta untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang masing-masing. Mereka juga diminta untuk menghadiri dan membentangkan kertas di persidangan antarabangsa. Dalam hal ini, Fakulti menyediakan dana kepada pensyarah (dana penyelidikan dan persidangan) untuk mengikuti seminar, persidangan dan kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang kepakaran yang diperlukan. Di samping itu, UKM sendiri melalui PPA sentiasa menganjurkan kursus-kursus berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Bagi melengkapkan lagi pensyarah dengan perkembangan terkini dalam disiplin ilmu masing-masing, pensyarah diminta menjadi ahli persatuan profesional yang berkaitan. Universiti dan Fakulti seboleh mungkin memberi bantuan kepada pensyarah layak yang memerlukan dana.

2.4 Pengurusan Program

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.4.1 Lampirkan contoh Buku Panduan Pelajar, Buku Panduan Pengajian Pelajar dan Buku Panduan Projek Pelajar, yang mana berkenaan.

Pelajar sarjana Program Sains Politik yang mendaftar diberikan buku Buku Panduan Siswazah Fakulti yang mengandungi maklumat bertulis tentang tujuan kursus, hasil pembelajaran dan kaedah penilaian sesuatu program. Kesemua maklumat bertulis ini diberikan kepada setiap pelajar pada pertemuan pertama dan segala maklumat bertulis tersebut disediakan oleh pihak Program melalui Pusat Pengajian masing-masing.

Bagi pelajar yang menyiapkan penulisan tesis sarjana pula, mereka akan diberi taklimat oleh Ketua Program Sains Politik dan satu buku log diberikan kepada mereka untuk mendokumentasikan perkembangan penulisan tesis mereka. Buku ini perlu ditandatangani oleh pelajar dan penyelia dalam pertemuan mereka untuk merekodkan perkembangan tesis yang ditulis oleh pelajar. Mengenai cara dan kaedah menulis tesis,

43

Page 18: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

hal ini boleh didapati dari buku Garis Panduan Menulis Tesis Mengikut Gaya UKM yang diterbitkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah.

2.4.2 Jelaskan bagaimana pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklum balas pelajar.

Pengurusan akademik program dengan menyediakan pelajar kurikulum kursus yang sesuai dan bahan-bahan maklumat serta bahan pembelajaran yang berkaitan. Dalam hal ini, kurikulum digubal oleh Mesyuarat Kurikulum Program yang diadakan dan juga input dari penilai luar seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Bagi pengendalian kursus pula, pensyarah bertanggungjawab terhadap kursus kendalian mereka, penyediaan rangka kursus dan bahan pengajaran, dan penyediaan kertas soalan peperiksaan. Untuk tujuan pengajaran, pensyarah ditugaskan dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing. Segala hal ehwal sarjana program adalah di bawah penyelarasan Ketua Program yang ahlinya terdiri dari semua pensyarah program. Ketua Program juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pengagihan tugas pengajaran di kalangan pensyarah. Setiap masalah yang timbul akan dibincang dan diselesaikan dalam mesyuarat Program.

Sebarang perubahan dalam rangka kursus, termasuk buku teks utama harus mendapat persetujuan pensyarah program sebelum dibawa ke Mesyuarat Pusat Pengajian untuk kelulusan. Untuk itu, pensyarah program membuat perbincangan informal secara berterusan sepanjang tahun, manakala perjumpaan formal dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali ataupun mengikut keperluan bagi tujuan penyeliaan, agihan tugas, perwasitan soalan dan pengesahan gred.

Apabila mesyuarat Program diadakan, semua pensyarah Program dikehendaki hadir. Pelbagai isu berkaitan dengan pengurusan program dan maklum balas pelajar dibincangkan di dalam mesyuarat ini. Sebarang cadangan yang dibincangkan di Mesyuarat Program akan dibawa ke Pusat Pengajian dan Fakulti.

2.4.3 Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai-pegawai akademik utama dan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap program. Adakah mereka mempunyai sumber yang mencukupi? Tunjukkan bukti.

Tadbir urus Program Sarjana Sains Politik di UKM adalah di bawah autoriti Pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Beliau bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program akademik secara keseluruhannya di pusat pengajian. Bekerjasama dengan Pengerusi Pusat Pengajian adalah Ketua Program yang bertanggungjawab ke atas Program Sarjana Sains Sosial (Sains Politik). Beliau bertanggungjawab kepada Pengerusi dan bekerjasama dengan

44

Page 19: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Timbalan Dekan Siswazah dan Antarabangsa dalam hal penawaran kursus untuk program ini. Dari segi sumber kewangan untuk menguruskan Program ini, sekiranya perlu Program akan memohon kepada Pengerusi PPSPS. Pengerusi Pusat pula seterusnya akan memohon kepada Dekan untuk mendapatkan kelulusan dana bagi menjalankan sesuatu program. Setakat ini tidak ada masalah untuk Program menjalankan sesuatu Program kerana mendapat kerjasama baik dari Pengerusi Pusat dan juga Dekan.

2.4.4 Jelaskan proses penyemakan dan penilaian program dan penggunaan hasil penyemakan dan penilaian tersebut.

Proses penyemakan Program diadakan setiap 3-5 tahun sekali bergantung pada keperluan. Apabila proses semakan diadakan, Program akan mengadakan bengkel bagi menyemak semula program sedia ada berdasarkan program yang diiktiraf di dalam dan luar negara. Setelah itu, program yang telah disemak akan disemak sekali lagi oleh penilai luar, iaitu profesor dalam bidang yang berkaitan dari universiti terkenal di dalam dan luar negara. Ini untuk memastikan agar program sejajar dengan program-program di luar. Kritikan dan komen membina yang diterima atau yang diberikan oleh penilai luar dibengkelkan dan penambahbaikan pun dilakukan. Di peringkat Program, proses semakan semula kurikulum Program Sarjana Sains Politik dilakukan adalah untuk memenuhi keperluan penstrukturan semula FSSK dan Laporan Semakan Semula Kurikulum yang diluluskan dalam tahun 2010 (dengan ini disebut sebagai Halatuju 2). Laporan Halatuju 2 ini disediakan oleh Jawatankuasa Semakan Semula Peringkat Pusat dan Fakulti yang dibentuk oleh FSSK. Ahli-ahli dalam jawatankuasa ini terdiri dari ahli akademik fakulti.

Seterusnya struktur dan kurikulum Program Sains Politik yang dibentuk oleh Jawatankuasa Halatuju 2 ini diperbaiki untuk diselaraskan dengan keperluan FSSK. Ianya sejajar dengan penstrukturan semula FSSK dengan menyeragamkan kursus-kursus teras Fakulti. Pemurniaan struktur dan kurikulum program diadakan melalui dua bengkel di peringkat Program, PPSPS dan FSSK.

Selain itu, semakan semula program Sarjana Sains Sosial (Sains Politik) IPTA adalah untuk mematuhi keperluan KPT, JPA, MQF dan Fakulti. Ini bagi memastikan Program Sains Politik di UKM adalah setaraf dengan universiti-universiti lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Setelah semakan semula selesai diadakan, hasil semakan dilaporkan kepada pihak berkepentingan seperti JPA, KPT, MQA, majikan, pelajar dan ibu bapa. Ini bagi memastikan ianya memenuhi keperluan organisasi dan pihak-pihak yang berkepentingan.

45

Page 20: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

2.4.5 Tunjukkan bagaimana persekitaran pembelajaran dapat menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti?

Persekitaran pembelajaran di Program adalah kondusif dan dapat menyemai pencapaian kesarjanaan yang diharapkan. Ini dapat dilihat dari kemudahan fizikalnya di mana fakulti dilengkapi dengan beberapa jenis bilik bagi tujuan kuliah dan latihan makmal. Selain itu, PPSPS sendiri mempunyai bilik komputer, bilik makmal lisan, bilik interaksi siswazah, makmal lisan, Bilik Mesyuarat, Unit Penyelidikan Pusat dan Bilik Sumber (perpustakaan). Ruang yang sedia ada ini digunakan sepenuhnya untuk menampung keperluan pembelajaran para pelajar (siswazah dan pra-siswazah). Di samping itu, bilik seminar dan pejabat pentadbiran pusat telah diubahsuai dan dinaiktaraf bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan.

Selain infrastruktur fizikal, Program juga memastikan semua kurikulum Program menggunakan pelbagai kaedah penyampaian termasuk PBL, kerja lapangan dan latihan makmal untuk menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti pelajar.

Walaupun tidak diwajibkan terlibat dalam kursus kokurikulum, pelajar siswazah digalakkan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan sepanjang tempoh pengajian mereka dan ini dibuktikan dengan aktiviti-aktiviti kesukarelawan dan ceramah yang dianjurkan oleh pelajar siswazah sendiri dengan bantuan pensyarah-pensyarah Program Sains Politik antaranya Khidmat Masyarakat di Baling yang melibatkan warga desa yang dahagakan maklumat tentang politik negara.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.4.6 Jelaskan inisiatif jabatan untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran-pembelajaran.

Bagi menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Program mengadakan bengkel wacana dan seminar dari semasa ke semasa sepanjang tahun bagi mendedahkan pensyarah dengan penggunaan kes, pengajaran dan pembelajaran. Siri wacana ini melibatkan pensyarah-pensyarah PPSPS, pelajar siswazah dan ahli akademik luar yang diundang. Jadual di bawah menunjukkan contoh penceramah luar yang diundang.

Nama Penceramah

Dari Tarikh Seminar/ Ceramah

Tajuk

1 Dato Mahalil Bahrom

Karyawan Tamu PPSPS

13/2/2009 Krisis Asia-Barat Palestin-Israel

2 Teuku Muzafar Shah Muklir

Universitas Malikussaleh, Acheh

28/5/2009 Sumbangan kerajaan Samudera-Pasai terhadap Peradaban Melayu di Acheh

3 Risnaldi Ibrahim Ahli Parlimen Indonesia

18 September 2010 Pemasaran politik sebagai strategi pilihan raya

46

Page 21: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

4 Prof. Dr Jayum Jawan

Universiti Putra Malaysia

8 Oktober 2010 Politik hubungan etnik di Malaysia: dari rakyat ke rakyat

5 Datuk Lajim Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

18 November 2010 Pengaruh kaum Bajau dalam Politik Sabah

6 Dato Salleh Said Keruak

Speaker DUN Sabah 8 Februari 2011 Masyarakat sivil dan pendemokrasian di Malaysia

7 Dato Sallahudin Saidin

Peguamcara dan Peguambela

12 Februari 2011 Peranan Institusi Raja Berperlembagaan dalam politik Malaysia

8 Dato Azeez Rahim Ketua Putra 1Malaysia 28 Februari 2011 Keberkesanan peranan Malaysia dalam misi kemanusiaan antarabangsa

9 Dato Malik Mydin Pengerusi Limo Malaysia

15 Mac 2011 Politik Mahasiswa: Perlukah kepada Pilihan Raya Kampus?

10 YB Senator Ezam Mohd Noor

Senator 31 Mac 2011 BN vs. PR: Sistem Dua Parti di Malaysia

Selain itu pensyarah-pensyarah juga digalakkan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik UKM dan membentangkan hasil penyelidikan mereka berkaitan pengajaran dan pembelajaran sama ada yang dianjurkan PPSPS, Fakulti, UKM atau universiti luar. Sila lihat Lampiran (SPPU).

Di samping itu, Pusat juga telah menetapkan sehari dalam seminggu (hari Jumaat) sebagai “Hari Berkarya” yang membolehkan para pensyarah mengambil peluang untuk melakukan penulisan (penerbitan) dan penyelidikan tanpa gangguan. Pusat telah bersetuju untuk menangguhkan segala urusan rasmi pada hari Jumaat dalam usaha menyokong program Hari Berkarya ini. Tindakan lain yang dilakukan oleh Pusat ialah menggalakkan para pensyarah mengembangkan kepakaran masing-masing dengan pihak luar fakulti mahupun luar universiti. Sebagai contoh, penggabungan dengan pihak luar bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan, penyelidikan dan inovasi. Dalam masa yang sama, para pensyarah diberikan kebebasan dalam menentukan corak pengajaran dan pembelajaran asalkan ia tidak bercanggah dengan matlamat dan garis panduan program. Sebagai tambahan, para pensyarah berhak untuk bercuti sabatikal di mana mereka bebas untuk memilih apa jua aktiviti akademik dan juga penyelidikan yang diminati untuk dipertimbangkan.

Satu lagi inisiatif Pusat dan Program ialah mengadakan bengkel penulisan artikel jurnal berimpak tinggi bagi memberi pendedahan dan pemantapan gaya penulisan kepada para pensyarah PPSPS agar mampu menerbitkan artikel dalam jurnal berindeks. Bengkel penulisan ini telah diadakan pada tahun 2010 yang dikendalikan oleh Prof. Dr. Jayum Jawan dari Fakulti Ekologi Manusia dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.4.7 Jelaskan bagaimana jabatan memanfaatkan kepakaran luaran dalam proses penyemakan dan penilaian program.

Bagi memanfaatkan kepakaran luar dalam proses penyemakan dan

47

Page 22: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

penilaian program, penilai luar dilantik oleh Fakulti atas cadangan Pusat Pengajian dan Program untuk memantau dan menilai kurikulum Program. Mereka yang dlantik adalah pakar terkenal dalam bidang Sains Politik. Antaranya ialah Prof. Dr Omar Farouk (Hiroshima University), Prof. Dr Jayum Jawan (UPM) dan Prof Dr James Vhin (Monash University).

Selain itu, Program juga mendapat input dari profesor pelawat Program iaitu Prof. Dr Diane K. Mauzy (Colombia University), Prof. Dr. Agus Pramusinto (Universitas Gadja Mada) dan Prof. Dr Harold Crouch (Australian National University).

Hubungan dengan Pihak Berkepentingan Luar

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.4.8 Jelaskan hubungan yang wujud di antara jabatan dengan pihak berkepentingan luar untuk tujuan menambah baik kurikulum.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

Pihak berkepentingan luar bagi program ini adalah majikan-majikan seperti organisasi kerajaan (Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri, Polis Diraja Malaysia), sektor swasta (bank, GLCs dan MNCs) dan NGO (Suaram, Aman, Idea). Hubungan secara formal yang wujud antara program ini dengan majikan-majikan tersebut adalah melalui khidmat perundingan, ceramah dan penggubalan modul latihan. Selain itu penaja pengajian dan masyarakat umum juga merupakan “pelanggan” yang pandangan mereka juga dipertimbangkan dalam pembentukan dan pengubahsuaian kurikulum. Dengan hubungan ini, maka pembentukan kurikulum Program sentiasa mengambil kira input yang diberikan.

Selain itu, penambahbaikan kurikulum Program juga diadakan dengan mengambil kira permintaan pasaran dan masyarakat secara amnya. Ini bertujuan untuk memastikan Program ini setaraf dengan keperluan kebangsaan dan antarabangsa serta juga selaras dengan keperluan universiti dan negara. Hasilnya dapat dilihat bila mana Program menerima permohonan kemasukan yang banyak pada setiap kali pengambilan diadakan. Begitu juga dengan lulusan Program mudah mendapat kerja dan sekarang ini alumni sarjananya sudah ramai yang bertaburan dalam pelbagai sektor kerajaan dan swasta.

48

Page 23: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

2.4.9 Nyatakan mekanisme yang sedia ada bagi memperoleh dan memanfaatkan maklum balas dari pihak majikan untuk menambah baik kurikulum, latihan dan pendedahan persekitaran kerja.

Mekanisme sedia ada bagi mendapat maklum balas majikan berkaitan dengan Program ini ialah melalui survei yang dilakukan oleh Fakulti apabila pelajar menamatkan pengajian mereka. Hasil survei tesebut mendapati pihak berkepentingan (majikan) memberi reaksi yang amat baik terhadap program-program yang ditawarkan oleh Fakulti. Hasil kajian ditunjukkan di Rajah 2.1 hingga Rajah 2.7.

Rajah 2.1: Persepsi Responden Terhadap Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian

Rajah 2.2 : Persepsi Responden Terhadap Kandungan Kurikulum

Rajah 2.3: Persepsi Responden Terhadap Etika dan Kemanusiaan

49

Page 24: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Rajah 2.4: Persepsi Responden Terhadap Pengurusan Program

Rajah 2.5: Persepsi Responden Terhadap Hubungan Luar dengan Pihak Berkepentingan

Rajah 2.6: Persepsi Responden Terhadap Kaedah Penilaian

Rajah 2.7: Persepsi Responden Terhadap Hubungkait Penilaian dan Pembelajaran

50

Page 25: Bidang 2:spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewJelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan

Sebagai rumusannya, Rajah di atas menunjukkan persepsi kumpulan berkepentingan ke atas Program Sains Politik adalah positif. Ini kerana kursus yang ditawarkan di program ini adalah kompetitif dan kurikulumnya digubal sesuai dengan tuntutan pasaran.

2.4.10 Apakah peluang yang terbuka kepada pelajar untuk menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar?

Pelajar lulusan sarjana Program ini mempunyai peluang luas untuk menjalinkan hubungan dengan pihak berkepentingan luar. Ini kerana majoriti daripadanya adalah pelajar tajaan kerajaan atau organisasi masing-masing. Oleh itu, apabila tamat pengajian mereka akan kembali ke penaja masing-masing dan dengan cara ini hubungan mereka dengan pihak majikan akan berterusan.

Bagi pelajar yang belum bekerja pula, mereka mempunyai ruang yang luas untuk menjalinkan hubungan dengan organisasi swasta atau badan-badan NGO seperti Suaram dan Ideas. Pelajar juga didedahkan dengan kajian luar atau lawatan semasa kursus dan ini membuka peluang kepada mereka untuk menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar.

Semasa menjalankan kajian tesis sarjana pula, pelajar perlu banyak menemu bual tokoh-tokoh politik atau pentadbir negara dan aktiviti ini sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menjalinkan hubungan profesional yang diperlukan. Selain itu, pelajar juga berpeluang menjalin hubungan dengan pihak luar pada hari kerjaya yang dianjurkan oleh JPPel (Jabatan Pengurusan Pelajar) universiti, dan pada hari seminar dan bengkel yang diadakan oleh Program dengan pihak luar.

51