bidang 2 : rekabentuk dan penyampaian kurikulum...

21
COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM 28 BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 2.1 AUTONOMI AKADEMIK 2.1.1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan dimana perlu. Pusat Pengajian dan Program mempunyai autonomi akademik untuk menggubal program baru dan membuat penambah baikan kepada program sedia ada untuk dicadangkan kepada fakulti dan universiti untuk keluluskan. Penggubalan kurikulum program baru berdasarkan maklumbalas dari pihak berkepentingan seperti pelajar/alumni, bakal majikan dan penilai luar. Rekabentuk kurikulum dan objektif program digubal hasil siri mesyuarat dan bengkel di antara ahli akademik kesepakaran sastera dan ini telah dimaklumkan kepada fakulti dan ahli akademik, mengikut carta alir berikut:

Upload: others

Post on 30-Oct-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

28

BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 2.1 AUTONOMI AKADEMIK 2.1.1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka

bentuk dan penyampaian kurikulum, dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan

dokumen sokongan dimana perlu.

Pusat Pengajian dan Program mempunyai autonomi akademik untuk menggubal program baru dan membuat penambah baikan kepada program sedia ada untuk dicadangkan kepada fakulti dan universiti untuk keluluskan. Penggubalan kurikulum program baru berdasarkan maklumbalas dari pihak berkepentingan seperti pelajar/alumni, bakal majikan dan penilai luar. Rekabentuk kurikulum dan objektif program digubal hasil siri mesyuarat dan bengkel di antara ahli akademik kesepakaran sastera dan ini telah dimaklumkan kepada fakulti dan ahli akademik, mengikut carta alir berikut:

Page 2: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

29

Rajah 2.1: Carta alir penggubalan kurikulum

Ahli Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Akademik (JPPA) Fakulti terdiri daripada: a. Dekan b. Timbalan Dekan (Prasiswazah, Alumni dan Hubungan Masyarakat) c. Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Industri) d. Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) e. Ketua Pengurus Kualiti f. Pengerusi, Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Persekitaran g. Pengerusi, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi h. Pengerusi, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi i. Pengerusi, Pusat Pengajian Bahasa Kesusasteraan & Kebudayaan

Melayu j. Pengerusi, Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia k. Pengerusi, Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik l. Profesor

Ahli Jawatankuasa Kurikulum di peringkat Pusat Pengajian terdiri daripada o Penasihat: Dekan o Pengerusi: Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik o Ahli: Ketua-Ketua Program dan Unit

4 wakil dari setiap program

Diperingkat program, ahli Jawatankuasa Kurikulum Program terdiri daripada

Penasihat : Pengerusi, Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik Pengerusi : Ketua Program, Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris Ahli : Semua ahli akademik program

Secara keseluruhannya proses pembangunan dan penilaian matlamat program digambarkan pada Rajah 2.2

Page 3: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

30

Rajah 2.2: Proses Pembangunan dan Penilaian Kurikulum

Rajah 2.2 menunjukkan proses penilaian biasa yang dijalankan oleh Program Pengajian Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, UKM yang menerangkan pelbagai tahap program dinilai. Setiap aliran (A,B,C) menunjukkan proses yang digunakan dan organisasi/jawatankuasa yang terlibat dalam proses penilaian data iaitu:

i. Setiap lima tahun (implikasi terhadap objektif pendidikan) ii. Setiap setahun (implikasi kepada hasil pembelajaran program) iii. Setiap semester (implikasi terhadap hasil pembelajaran kursus)

Program mempunyai autonomi penuh untuk menentukan penyelaras kursus dan pengajar untuk setiap kursus. Tugas ini digalas oleh ketua program dengan mengambil kira bidang dan kepakaran. Setelah mendapat pandangan ahli akademik dan senarai tenaga pengajar di hantar ke Fakulti untuk tindakan lanjut. Fakulti menetukan peruntukan untuk setiap programk. Dana ini dipegang Fakulti. Jika program merancang sesuatu aktiviti akademik untuk pelajar kertas cadangan akan dibawa ke mesyuarat pengurusan fakulti untuk mendapatkan dana untuk aktiviti tersebut.

2.1.2 Tunjukkan hubungan antara program dengan senat.

Sila rujuk Rajah 2.1 untuk melihat hubungan antara jabatan dan senat universiti.

Program harus mendapat persetujuan atau kelulusan Senat untuk hal-hal berkaitan

rayuan penyambungan semula pengajian pelajar. Program juga boleh memberi

pandangan tentang draf sesuatu dasar yang sedang digubal Senat.

2.1.3 Bagaimanakah program memastikan bahawa staf akademik mendapat autonomi

yang secukupnya dalam bidang kepakaran mereka?

Page 4: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

31

Setiap pensyarah ditugaskan mengajar diantara 1 - 2 kursus prasiswazah dan/atau

siswazah setiap semester oleh ketua program (Sila rujuk Fail Pengagihan Beban

Mengajar). Pengagihan beban kerja yang dilakukan oleh ketua program, mengambil

kira dan mengembeling bidang kepakaran pensyarah. Setiap pensyarah mempunyai

autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang diajar.

Pemantauan isikandung pengajaran-pembelajaran dan bentuk penilaian yang diguna

pakai setiap kursus dalam program dilakukan jawatankuasa kurikulum program (Sila

Rujuk Lampiran 1). Untuk mendapat perincian tentang skop kerja dan autonomi yang

pensyarah program nikmati, sila rujuk Bab 6.2 Penyelidikan dan Pembangunan dan

Bab 6.3 Kepakaran Pendidikan.

2.1.4 Nyatakan dasar dan amalan program menghadapi kemungkinan konflik

kepentingan, contohnya penglibatan staf dalam amalan persendirian, kerja

sambilan dan khidmat rundingan.

Universiti mempunyai dasar yang jelas untuk menangani konflik kepentingan, yang

melibatkan staf dalam amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat rundingan

seperti yang terdapat dalam Dasar Perkembangan Professional yang boleh dicapai di

http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=file&Itemid=73&id

=197%3Adasar-perkembangan-profesional-professional-development-ahli-

akademik-ukm&lang=Bm

2.1.5 Apakah rancangan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) untuk memperluaskan

autoonomi staf akademik? Apakah peranan program dalam rancangan ini dan

bagaimanakah program menyokongnya?

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) boleh mencadangkan agar ahli akademik melibatkan

diri dalam program sangkutan dengan pihak indusrti. Pihak pengurusan akan

menyokong program sangkutan ini dengan mengurangkan beban pengajaran atau

membenarkan ahli mengambil cuti tanpa rekod selama satu semester.

2.2 REKABENTUK PROGRAM DAN KAEDAH PENGAJARAN–PEMBELAJARAN 2.2.1 Jelaskan proses, tatacara dan mekanisme untuk pembangunan kurikulum.

Bagaimanakah staf akademik dan pentadbiran terlibat dalam proses ini?

Page 5: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

32

Sila rujuk Rajah 2.1. dan Rajah 2.2 untuk melihat mekanisme pembangunan kurikulum. Staf akademik dan pentadbir terlibat secara lansung dalam proses ini dari langkah pertama carta alir penggubalan kurikulum.

2.2.2 Jelaskan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam

penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program?

Dasar UKM mengenai pengajaran dan pembelajaran boleh di lihat di http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Itemid=226&lang=Bm. Dasar ini menjadi panduan dimana kaedah penyampaian program direkabentuk untuk mencapai PO dan diringkaskan dalam Rajah 2.3 di bawah

Rajah 2.3 Ringkasan Penyampaian Program (Sepenuh Masa)

a) Kursus

Kaedah penyampaian kurikulum berasaskan keperluan visi dan misi program dan

kehendak khusus hasil pembelajaran program (LO). Bagi mencapai proses

pembelajaran yang efektif dan cekap, kaedah penyampaian merujuk kepada aktiviti

pembelajaran termasuk:

i. Menyediakan aktiviti pembelajaran sebagai pendekatan penyampaian: pembentangan, kumpulan perbincangan dan pembelajaran berasaskan masalah (PBL).

ii. Pengukuhan penyampaian pembelajaran: kuliah, kolokium, seminar dan persidangan.

Page 6: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

33

iii. Penyediaan peluang bagi pelajar mengintegrasi maklumat sedia ada dengan ilmu yang dipelajari serta kemahiran teknikal: seminar, perbincangan kumpulan kecil dan penulisan esei dan kertas kerja yang menganalisa teks menggunakan kerangka teori yang sesuai.

Kuliah dan kerja kursus dijalankan untuk membina dan membangun kemahiran

intelektual di kalangan pelajar. Kandungan bagi semua kursus berupaya menghasilkan

pelajar sebagaimana seperti hasrat matlamat program.

Kelebihan program ini dapat dilihat dari aspek antar disiplin di mana ilmu sastera

digandingkan dengan disiplin seperti media, linguistik dan pendidikan. Di dalam kursus-

kursus tersebut, pelajar didedahkan kepada cara-cara teks dan bahasa sastera

digunapakai oleh pengamal media, ahli linguistik, dan pendidik.

b) Tesis Sarjana

Tesis Sarjana adalah jambatan bagi mengintegrasikan semua ilmu yang dipelajari

dengan menggunakan kaedah saintifik. Pelajar dilatih merencana perjalanan

penyelidikan mereka melalui kerangka teori dan metodologi yang sesuai dan pemikiran

yang kritikal. Umumnya, tujuan tesis adalah untuk:

melatih pelajar menjalankan penyelidikan sendiri;

meneroka pengetahuan dan ilmu baru secara objektif dan kritikal;

melatih pelajar mensintesis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam menjalankan penyelidikan;

memupuk kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara saintifik;

melatih memupuk etika dalam menjalankan penyelidikan dan penulisan laporan; dan

meningkatkan kemampuan berdikari, berkeyakinan diri dan berkemahiran komunikasi.

Melalui penyelidikan ini, pelajar berhubung terus dengan ahli akademik program yang

akan memberi penyeliaan berterusan kepada pelajar. Bagi menghasilkan penyelidikan

yang berkualiti tinggi, prosedur pemantauan dilaksanakan oleh program.

Page 7: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

34

c) Aktiviti Akademik Sokongan Pusat Pengajian menganjurkan siri wacana untuk staf dan pelajar dengan menjemput pensyarah dari universiti dalam dan luar negara untuk memberi ceramah tentang isu, peluang penyelidikan dan penyelidikan terkini. Senarai penceramah adalah seperti berikut:

Penceramah Institusi Tarikh Tajuk

1. 1 Misael Racines SEASREP

Foundation,

Philippines

2 Mac 2007 Introduction to SEASREP Grants

Program

2. 2 Dr. Mario

Saraceni

University of

Portsmouth, UK

23 Mac

2007

Ideology in Visual Narrative:

Between Semiotics and

Linguistics

3. 3 Prof. Suresh

Canagarajah

University of New

York, USA

1 Jun 2007 Academic Publishing: A Guide

and a Critique

4. 4 Prof. Suresh

Canagarajah

University of New

York, USA

1 Jun 2007 Postmodern Globalization, World

Englishes and New Pedagogical

Challenges

5. 5 Mr. Leyte Philippines 29 Oktober

2007

Discussions on opportunities for

social sciences research.

6. 6 Dr. S. Srinivasa

Rao

Jawaharlal Nehru

University, New

Delhi.

16 Nov

2007

Revisiting the Language Debate

in Indian Education

7. 7 Dr. S. Srinivasa

Rao

Jawaharlal Nehru

University, New

Delhi, India.

7 Disember

2007

Globalisation and Higher

Education reforms in Malaysia:

Implications for organization

access and excellence.

8. 8 Ms. Siew Mee

Barton

RMIT University,

Australia

7 Jun 2007 Cultural factors behind the growth

of e-learning in Malaysia:

Academic Guanxi

9. 9 Prof. Dr.

Thomas

Schalow

University of

Marketing and

Distribution

Sciences, Kobe,

13 Mac

2008

Enhancing student interaction

with course material using online

learning management systems

Page 8: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

35

Japan

10. 1

Prof. Dr. Zawiah

Yahya

PPBL’s Visiting

Writer, UKM

11 April

2008

Local Critical theory

11. 1

Prof. Dr. Hilary

Nesi

Coventry

University, UK

20 Ogos

2008

Corpora and English for

Academic Purposes

12. 1

Assoc. Prof. Dr.

Gordon Joyes

University of

Nottingham, UK

10

September

2008

Developing a Pedagogy of

Praxis: One Size Does not Fit All

13. 1

Prof. Dr. Roland

Sussex

University of

Queensland,

Brisbane, Australia

01

Disember

2008

Qualitative Research and Mining

language Data

14. 1

Prof. Dr. Lily

Rose Tope

University of The

Philippines

03

Disember

2008

Defining the Gender Space in

Philippine Literature in English

15. 1

Prof. Dr Thomas

Schalow

University of

Marketing and

Distribution

Sciences, Kobe,

Japan

24 Februari

2009

University Language Teachers

Beware: The Internet Will Soon

Make You Redundant, and It

really is Different this time

16. 1

Prof. Dr Jean

Mcniff

York St. John

University, UK

06 Mac

2009

How do we develop a new

scholarship of practice in

TESOL?

17. 1

Mrs. Adeline Del

Medico

Brentley Malaysia

France University

Centre

16 Mac

2009

Partnerships between French

and Malaysian Universities

18. 1

Dr. Fatimah

Djajasudarma

Fakultas Sastera

Universitas

Padjadjaran

29 April

2009

Aspek dan Aktionsart (EN) Satu

kajian Semantik dan Struktur

Kecap Anteuran Bahasa Sunda

19. 1

Prof. Madya Dr.

Ong Puay Liu

Institute of Ethnic

Studies (KITA)

UKM

21 Ogos

2009

Malaysia, the Jigsaw Nation: A

look into Malaysia’s Plurality –

Past, Present and Future

20. 2

En. Salleh

Huddin Abdul

Universiti

Kebangsaan

23 Oktober

2009

Amateur radio in Malaysia: Brief

History, Contribution to the

country and development of

Page 9: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

36

Rashid Malaysia, UKM localized amatured radio slang

21. 2

Prof. Madya Dr.

Jeong – Bae

Son

Faculty of

Education,

University of

southern

Queensland,

Australia

11

November

2009

Understanding and using

computer-Assisted language

learning

22. 2

Prof. Madya Dr.

Jeong – Bae

Son

Faculty of

Education,

University of

southern

Queensland,

Australia

18

November

2010

Planning, Conducting and

Reporting Research

23. 2

Prof. Dr. Arjuna

Parakrama

University of

Peradeniya, Sri

lanka

10 Februari

2010

Current Research Issues In

English

24. 2

Prof. Kosaku

Yoshino

Chair and

Professor of

Sociology, Faculty

of Human

Sciences, Sophia

University

23 Mac

2010

The Englishisation of Asia and

Global Social Structure : A

Sociological Enquiry

25. 2

Dr. Heather

Winskel

University of

Western Sydney

11

November

2010

Introduction to eye tracking

technology and its applications

26. 2

Mr. Alan Han University of

Queensland

19 Januari

2011

On Being Diasporic Chinese-

Malaysian-Australian : Thoughts

on the limits and possibilities of

Transnationalism

27. 2

Prof. Sangita

Rayamajhi

University for

Women

Bangladesh

14 Mac

2011

Studying Masculinity to

Understand Violence Against

Women

28. 2

Prof. Dr. Roland

Sussex

University of

Queensland,

Brisbane, Australia

20 Jun 2011 The future of English as a lingua

franca: international intercultural

communication factors

Page 10: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

37

29. 2

Dr. Abdullah Jumain Abu Samah

Malaysia 27 Julai 2011

Matrilineal minangkabau antara

bukti melayu -polinesuia bukan

dari taiwan

30. 3

Puan Maslinawati Mohamad

Universiti Kebangsaan Malaysia

15 Sept 2011

Hypermedia Reading

Environment for Adult Learners:

A Case Study at Universiti

Kebangsaan Malaysia

31. 3

En. Mohammed Azlan Mis

Universiti Kebangsaan Malaysia

23 Nov 2011

Analisis Pilihan Bahasa Suku

Kaum di Negeri Sarawak

32. 3

Prof. Madya Dr. Supyan Hussin

Universiti Kebangsaan Malaysia

24-Apr-12 Online Supervison Using Blog:

Are We Ready? Are Students

Ready?

33. 3

Prof. Dr. Roland Sussex

University of

Queensland,

Brisbane, Australia

31 Mei 2012 A Radical Change of Direction in

Teaching, Learning And

Research?

34. 3

Prof. Dr. Richard F. Young

Univ. of Wisconsin-Madison

2 Ogos 2012

Interactional Competence in

Language Learning, Teaching

and Testing

35. 3

Prof. Glenn Stockwell

Waseda University, Tokyo

15 Ogos 2012

Technology And Motivation in

English Language Teaching And

Learning"

36. 3

Dr. Khazriyati Salehuddin

Universiti Kebangsaan Malaysia

19-Sep-2012

The Acquistion of Numeral Classifiers By Malay Children

37. 3

Dr. Heather Winskel

Southern Cross University, Australia

31 Oktober 2012

Social and Cultural Aspects of Language Acquisition: A Focus on Caretaker-Child Interactions In Thai

38. Prof Dr. Paul Lim

Universiti Kebangsaan Malaysia

2 November 2012

Living in multicultural Belgium in the European Union

39. Prof. Gyonggu Shin

Chonnam National University, South Korea

4 Disember 2012

The Cost of English Dived

40. Dr. Ashinida Aladdin

Universiti Kebangsaan Malaysia

11 Januari 2013

What Demotivates non-Muslim Malaysian Learners in Learning Arabic

41. Dr. Kesumawati Abu Bakar

Universiti Kebangsaan

18 Januari 2013

Gendered Performances in online personal advertisements:

Page 11: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

38

Malaysia A corpus-based approach

42. Dr. Maserah Shabudin

Universiti Kebangsaan Malaysia

6 Februari 2013

Wacana dan Ideologi dalam Iklan Produk Kecantikan Berbahasa Jepun

43. Dr. Anita Harris Satkunananthan

Universiti Kebangsaan Malaysia

8 Mac 2013 Reclaiming and Exorcising Ghosts: Chimamanda Ngozi Adichie’s Biafran Hauntings.

44. Dr. Sanaz Fotouhi

Univ. Of New South Wakles

22 Mac 2013

An Introduction to Diasporic Iranian Literature in English

45. Mr Keith W. Wright

International language Academy (ILA) Australian

23 Oktober 2013

The 4S Approach To Literacy And Language

46. Prof. Dr. Jose Mario C. Francisco

Ateneo de Manila University

25 November

2013

Fidelity in Translating Religious Practice: Illustrations From Filipino Christianity

47. Dr. Sebastian Groes

Roehampton University, UK

17 Disember

2013

Literatures and Cultures of the Rising Power

48. Nick Levery The Parallax View in Joyce’s “The Dead”

49. Paul Antick Psychogeography, Tourism and Photography

Jadual 2.1 Aktiviti Akademik Sokongan

Semua aktiviti pengajaran, pembelajaran dan aktiviti akademik dijalankan dalam persekitaran dan menggunakan prasarana yang menyokong aktiviti tersebut. Aktiviti akademik yang berkaitan dengan program mendapat sokongan kewangan dari Fakulti. Untuk melihat senarai prasarana dan kemudahan yang terdapat di Pusat Pengajian, Fakulti dan Universiti, sila rujuk Bab 6.1 Kemudahan Fisikal.

d) Kajian Tindakan (Action Research)

Kajian tindakan merupakan penyelidikan yang berpusat kepada pelan intevensi untuk

membantu pelajar menguasai objektif kursus. Setiap sesi pensyarah memohon geran/

dana Kajian Tindakan yang telah banyak membantu pengajaran dan pembelajaran

yang lebih efektif. Di antara geran yang telah diperolehi termasuk “Pembelajaran

sastera dan multi-modality”, “Online publication of students’ creative works”, “Cutting

edge research for Research Methodology students” dan “creating awareness of real-life

issues through science fiction” (Sila rujuk CV Senarai Penyelidikan Ahli Akademik UKM

https://smk.ukm.my/pakar).

Page 12: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

39

2.2.3 Tunjukkan bukti bahawa jabatan telah mempertimbangkan permintaan pasaran

dan masyarakat terhadap program ini, dan bukti program mempunyai sumber

yang mencukupi untuk mengendalikannya.

Semasa program ini di gubal, progam telah meminta maklumbalas dan pandangan dari

beberapa individu yang mewakili industri dan ahli akademik dari institusi lain seperti

Prof Dato Dr Ibrahim Bajunid (UNITAR), Prof Dr Ismail Talib (NUSingapore) dan

Professor John McRae, (Universiti of Nottingham, UK). (Sila rujuk Fail Program untuk

Maklumbalas Penilai Program).

2.2.4 Jelaskan bagaimana program boleh meningkatkan pemikiran kritikal,

kemampuan menyelesaikan masaalah, membuat keputusan, dan kemahiran

pemikiran analitis, disamping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap

pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Program merujuk kepada Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM, yang boleh

Dicapai di

http://www.ukm.my/ppa/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Item

id=226&lang=Bm

Program boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah,

membuat keputusan, dan kemahiran pemikiran analitikal, di samping menggalakkan

pelajar bertanggung jawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk

pembelajaran sepanjang hayat melalui kerja projek, penulisan tesis dan latihan industri.

2.2.5 Huraikan kepelbagaian kaedah dan sumber pembelajaran di dalam mahupun

diluar bilik kuliah, dimana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai kemahiran,

dan membentuk sikap dan tatalaku sebagai persediaan pembelajaran mereka,

perkembangan individu, kerjaya masa depan serta sebagai warga yang

bertanggungjawab (contohnya kokurikkulum).

Ahli akademik Program menggunakan pelbagai kaedah dan sumber pembelajaran di

dalam mahupun di luar bilik kuliah, dimana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai

kemahiran, dan membentuk sikap dan tatalaku. Aspek ini dapat dilihat dalam hasil

pembelajaran kursus program ini dan juga keterlibatan pelajar dalam aktiviti seperti

mengambil bahagian dalam mengendali seminar atau persidangan di Pusat.

Page 13: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

40

2.2.6 Tunjukkan bagaimana program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin

dan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk meningkat dan memperkaya

pembangunan peribadi pelajar.

Program ini menggalakkan pendekatan pelbagai disiplin untuk meningkat dan

memperkaya pembangunan peribadi pelajar.

2.27 Tunjukkan bagaimana sumber luaran turut terlibat dalam analisis keperluan

program. Tunjukkan juga bagaimana pandangan mereka digunakan untuk

menambah baik program.

Sumber luaran program ini merupakan pelajar program yang terdiri daripada pekerja

dari industri yang ada kaitan dengan pengajian sastera seperti guru dan pensyarah dari

IPT dalam dan luar negara, yang kebanyakannya ditaja oleh majikan untuk

menyambung pengajian. Mereka turut terlibat dalam analisis keperluan program apabila

mereka menilai keberkesanan program melalui penilaian kursus setiap semester (Rujuk

Fail Kursus untuk Contoh Penilaian SPPK Pelajar). Pandangan dari pihak

berkepentingan ini digunakan untuk menambah baik program secara berterusan.

2.2.8 Apakah kegiatan kokurikulum yang memperkaya pengalaman pembelajaran

pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab?

Pelajar program terlibat dalam kegiatan penganjuran seminar dan persidangan Pusat

Pengajian. Kegiatan ini memberi pendedahan luar kelas kepada perkembangan

pengetahuan yang terkini dalam disiplin dan boleh memperkaya pengalaman

pembelajaran pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab.

2.3 STRUKTUR DAN KANDUNGAN PROGRAM 2.3.1 Klasifikasikan mata pelajaran.

Program yang ditawarkan di peringkat prasiswazah ialah Program Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris. Dengan memenuhi semua keperluan program, pelajar akan dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian (Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris). Kursus dalam program ini di klasifikasi mengikut komponen dan mempunyai nilai kredit seperti berikut:

Jadual 2.2 Komponen program dan nilai kredit

Page 14: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

41

Klasifikasi Mata Pelajaran Nilai Kredit

%

1 Kursus Wajib 19 47.5

2 Teras/Major/Tumpuan:

Kursus

Projek/Tesis/Disertasi

0

12 30.0

3 Kursus pilihan/elektif 9 22.5

4 Kursus minor 0 0

5 Latihan Industri 0 0

6 Praktikum 0 0

7 Lain-lain (Nyatakan) 0 0

Jumlah Nilai Kredit 40 100%

Rekabentuk kurikulum mempunyai kekuatan untuk mencapai objektif program dalam

tiga domain pendidikan utama yang meliputi perolehan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan aplikasi pengetahuan dan teori. Kurikulum program Sastera

Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris dibahagikan kepada ilmu teras/asas, ilmu kaedah

analisis dan ilmu aplikasi. Pengabungan antara ilmu teras dan ilmu aplikasi meliputi tiga

komponen iaitu:-

i. ilmu teras kesusasteraan pascakolonial dalam Bahasa Inggeris (22.5%),

ii. teknik dan kemahiran analisis (25%), dan

iii. ilmu aplikasi (52.5%).

Komponen kurikulum dan kandungan kursus yang dibentuk dapat menyokong

pembangunan intelektual, kemahiran teknikal dan nilai kemanusiaan bagi mencapai

hasil pembelajaran program, adalah seperti berikut:

DISIPLIN ASAS KAEDAH

ANALISIS APLIKASI PRODUK

Ilmu Teras

Sastera

Teknik &

Kemahiran Ilmu Aplikasi

SISWAZAH

BERILMU DAN

Page 15: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

42

Kursus:

1. Critical Theory 2. Postcolonial

Theory and Issues

3. Malaysian Literature in English

Kursus:

1. Re-readings of Canonical texts

2. Parameters of Comparative Literature

3. Research Methodology in Literary Studies

Kursus:

1. Nation and Narration: Asia

2. Occidental Perspectives on Malaysia

3. Literature in Translation

4. Literary Studies in Action

5. Literature and Pop Culture

6. Tesis Sarjana

BERKEMAHIRAN

Jadual 2.3 Kandungan Kursus

2.3.2 Senaraikan mata pelajaran beserta klasifikasinya yang ditawarkan dalam

program. Susun mengikut tahun dan semester.

Senarai kursus yang dijadikan perisian kurikulum program ini adalah seperti berikut:

Page 16: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

43

Jadual 2.4 Senarai kursus dalam Program Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris

Semester / Tahun

ditawarkan

Nama dan kod kursus

Klasifikasi Status

Nilai Kredit

Nama Pensyarah

1 Semester 1

SKBK 6013 Critical Theory

Wajib 3 Prof Dr Ruzy Suliza Hashim/ AP Dr Noraini Md Yusof

2 SKBK6023 Postcolonial Theory and Issues

Wajib 3 PM Dr Shanthini Pillai

3 SKBK6033 Malaysian Literature in English

Wajib 3 PM Dr Raihanah Mohd Mydin/ Dr Ravichandran Vengadasamy

4 SKBS6123 Re-reading Canonical texts

Wajib 3 Dr Shahizah Ismail @ Hamdan

5 Semester 2 SKBK6153 Parameters of Comparative Literature

Wajib 3 PM Dr Raihanah Mohd Mydin

6 SKBK6004 Research Methodology in Literary Studies

Wajib 4 Prof Dr Ruzy Suliza Hashim

7 SKBK6113 Nation and Narration: Asia

Elektif 3 PM Dr Noraini Md Yusof/ Dr Zalina Mohd Lazim

8 SKBS6133 Occidental Perspectives on Malaysia

Elektif 3 PM Dr Noraini Md Yusof

9 Semester 3 * Pilih 1 elektif

SKBK601C Tesis Sarjana

Wajib 12 Ketua Program

10 SKBS6173 Literature in Translation *

Elektif 3 Dr Zalina Mohd Lazim

11 SKBK 6183 Literary Studies in Action *

Elektif 3 PM Dr Shanthini Pillai/ Dr Anita Harris

Page 17: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

44

12 SKBS6193 Literature and Pop Culture *

Elektif 3 Dr Shahizah Ismail @ Hamdan

Program dilaksanakan dalam dua mod iaitu sepenuh masa dan separuh masa. Tempoh minimum pengajian sepenuh masa ialah tiga (3) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan tertakluk kepada peraturan sedia ada ialah enam (6) semester. Untuk pelajar yang mengikuti pengajian separuh masa, tempuh minimum pengajian sepenuh masa ialah enam (6) semester dan tempoh maksimum yang dibenarkan tertakluk kepada peraturan sedia ada ialah dua belas (12) semester. Untuk pelajar sepenuh masa, pelajar disarankan mengambil empat kursus pada semester pertama dan empat kursus pada semester kedua pengajian. Di semester tiga, pelajar mengambil satu kursus elektif dan mendaftar untuk penulisan thesis.

2.3.3 Beri maklumat asas setiap kursus.

Sila rujuk Lampiran 2 (Jadual 3) untuk meneliti maklumat asas setiap kursus dalam

program Pengajian Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris.

2.3.4 Apakah rancangan program untuk menilai program secara berkala agar sentiasa

setanding dengan perkembangan saintifik, teknologi dan perkembangan lmu

disiplin berkenaan, di samping memenuhi keperluan masyarakat?

Program mempunyai rancangan untuk menilai program secara berkala agar sentiasa setanding dengan perkembangan ilmu disiplin berkenaan dan prekembangan teknologi pengajaran dan pembelajaran, di samping memenuhi keperluan masyarakat. Penilaian program akan dilakukan selewat-lewatnya 5 tahun sekali atau kurang, bergantung kepada keperluan. Pada setiap semester ahli program menilai kursus yang ditawarkan serta memberi maklumbalas untuk penambahbaikan kursus. Pada setiap lima tahun, program ini dinilai oleh penilai luar. Sila rujuk Rajah 2.2.

2.4 PENGURUSAN PROGRAM

2.4.1 Lampirkan contoh Buku Panduan Pelajar, Buku Panduan Pengajian Pelajar dan

Buku Panduan Projek Pelajar, yang mana berkenaan. Sila rujuk Buku Panduan Pelajar.

Page 18: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

45

2.4.2 Jelaskan bagaimana pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang

berkaitan dengan pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklum

balas pelajar.

Program Pengajian Sastera Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris diuruskan oleh seorang Ketua Program. Ketua Program ialah seorang tenaga akademik yang dipilih berdasarkan kepakaran dan kebolehan melaksana dan memantau program dengan licin termasuk mengadakan sistem kaunseling akademik dan bimbingan. Tugas dan Tanggungjawab Ketua Program adalah seperti berikut:

i. Mengurus dan memantau pelaksanaan program pengajian ii. Memaklumkan kepada pihak pengurusan Fakulti senarai kursus-kursus

yang ditawarkan setiap semester serta tenaga pengajar yang terlibat. iii. Memantau hal-hal akademik seperti perancangan silabus kursus setiap

semester, menyemak dan menilai kursus program pengajian, memastikan pengendalian kursus dapat menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang kepelbagaian, mesyuarat wasit penyediaan soalan peperiksaan, perjalanan peperiksaan dan laporan keputusan peperiksaan.

iv. Mengenal pasti kursus-kursus elektif yang akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar di luar program;

v. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Program Pengajian yang dianggotai oleh tenaga akademik yang terlibat dalam pengendalian sesuatu program pengajian.

vi. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Markah Peperiksaan program tertentu.

vii. Mengurus hal-hal logistik pelaksanaan program pengajian (jadual, ruang pensyarah, peperiksaan dan pemarkahan dan sebagainya).

viii. Memantau pencapaian pelajar ke arah pengijazahan. ix. Menyimpan maklumat mengenai program bagi tujuan penilaian / audit program. x. Menilai dan memantau prestasi kakitangan akademik dalam program yang

berkait.

Buat masa ini, ketua Program Pengajian Sastera dalam Bahasa Inggeris ialah Dr. Shahizah binti Ismail @ Hamdan, dan kelayakan akademik beliau ialah Ph.D dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Program oleh Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tempoh tiga tahun dari 1 April 2013 – 31 Mac 2016. (Sila Rujuk Fail kakitangan untuk Surat Lantikan).

Ketua Program dibantu ahli akademik program tersebut, melalui Jawatankuasa program bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, penilai dan membuat penambahbaikan terhadap program. Proses penilaian dan penambahbaikan ini

Page 19: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

46

merupakan satu proses yang berterusan dan melibatkan pihak-pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara. Mesyuarat formal atau perbincangan secara tidak formal diadakan dari semasa ke semasa bagi melicinkan lagi pentadbiran program. Ketua Program juga dibantu dalam perkara-perkara akademik oleh kakitangan sokongan di pejabat am Pusat Pengajian bagi melicinkan perjalanan pentadbiran di bawah penyeliaan Ketua Program dan Pengerusi Pusat Pengajian. Agihan sumber, kewangan dan saiz staf pentadbiran dan kakitangan sokongan dipantau oleh Ketua Program, Pengerusi Pusat dan Pejabat Kedekanan FSSK dan bergantung kepada bilangan pelajar bagi setiap program. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlansung dalam suasana yang selesa dan

kondusif. Untuk melihat senarai prasarana dan kemudahan yang terdapat di Pusat

Pengajian, Fakulti dan Universiti, sila rujuk Bab 6.1 Kemudahan Fizikal.

2.4.3 Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai-pegawai

akademik utama dan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap program.

Adakah mereka mempunyai sumber yang mencukupi? Tunjukkan bukti.

Ketua Program mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa-jawatankuasa kurikulum

dan wasit kertas peperiksaaan program dan ahlinya terdiri dari staf akademik yang

mengajar dalam program tersebut. Secara keseluruhannya, jawatankuasa-

jawatankuasa ini bertanggung jawab untuk memastikan kualiti pengajaran dan

pembelajaran dikekalkan. Beliau dipantau oleh Pengerusi Pusat Pengajian Bahasa dan

Linguistik. Pensyarah mempunyai sumber pendidikan (educational resouces) yang

mencukupi kerana perkhidmatan sokongan dari Perpustakaan Tun Sri Lanang. Dana

untuk aktiviti pengajaran-pembelajaran luar kampus boleh di minta dari Fakulti. Sila

rujuk Bab 6 Kemudahan Fizikal.

2.4.4 Jelaskan proses penyemakan dan penilaian program dan penggunaan hasil penyemakan dan penilaian tersebut.

Jawatankuasa kesepakaran program sering mengadakan penyemakan dan penilaian program dari semasa ke semasa dalam bentuk sanggar kerja dan bengkel. Hasil penyemakan dan penilaian tersebut digunakan untuk penambahbaikan kurikulum program. 2.4.5 Tunjukkan bagaimana persekitaran pembelajaran dapat menyemai pencapaian

kesearjanaan dan kreativiti. Kesarjanaan dan kreativiti proses pembelajaran dicapai melalui beberapa aktiviti luar

Page 20: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

47

kelas seperti lawatan sambil belajar ke seminar atau persidangan di luar kampus. Pelajar juga digalakkan untuk menghasilkan projek-projek yang mengaplikasikan kemahiran kreativiti serta juga yang bukan sahaja terumpu kepada teks tradisional, tetapi juga teks-teks popular seperti lagu dan filem serta juga iklan di mana mereka harus mengaplikasikan konsep-konsep yang dibelajar di dalam kelas. 2.4.6 Jelaskan inisiatif program untuk menggalakkan inovasi dalam pengajaran-

pembelajaran. Setiap ahli jawatankuasa kesepakaran sentiasa mengadaptasikan cara-cara inovasi dalam penyampaian kursus. Ini termasuk penggunaan i-folio dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4.7 Jelaskan bagaimana program memanfaatkan kepakaran luaran dalam proses

penyemakan dan penilaian program Kepakaran luar yang dimanfaat dalam proses penyemakan dan penilaian program temasuk pihak industri, ahli akademik, dan pihak berkepentingan seperti ibubapa, alumni dan majikan melalui soalselidik, temubual dan maklumat ini digunakan untuk penambah baikan program. 2.5 HUBUNGAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN LUAR 2.5.1 Jelaskan hubungan yang wujud di antara progarm dan pihak berkepentingan luar

untuk tujuan menambah baik kurikulum.

Fakulti menjalinkan hubungan dengan pihak berkepentingan luar melalui Jawatan Kuasa Penasihat Fakulti yang terdiri dari individu dari industri yang berkaitan dengan disiplin/bidang yang ada di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Ahli jawatan kuasa ini memainkan peranan yang penting dengan memberi maklumbalas tentang struktur dan isi kandung program yang dikendalikan di Fakulti. Pada masa ini, senarai ahli jawatankuasa adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Penasihat Fakulti

Prof Emeritus Dr Sham Sani (Penasihat – Profesor/Profesor Emeritus) Prof Dr Muhammad A Quayum (UIAM) Y.Bhg Dato Leela Mohd Ali (Yayasan Budi Penyayang) Prof Dato’ Dr Wan Rafaei Abdul Rahman (UIAM) Dato’ Dr Hj Ismail Alias (Pengarah JPA) Y.Bhg Dato’ Dr Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan) Y.Bhg Dato’ A Aziz Deraman (FELCRA) Haji Affendi Tuan Fuad Stephen (ASTRO) Y.Bhg Datuk Azman Ujang (BERNAMA)

Page 21: BIDANG 2 : REKABENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM …spdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan/GarisPanduanSemakanProgramBaru/S… · autonomi untuk merancang dan menentukan isikandung kursus yang

COPPA Program Sarjana Kesusasteraan Pascakolonial dalam Bahasa Inggeris, PPBL, FSSK, UKM

48

Y.Bhg Dato’ Ahmad Pardas (UEM Group Bhd) Prof Dr Johan Saravanamuttu (ISEAS)

Untuk program ini, Prof Dr Muhammad A Quayum (UIAM) dari perspektif akademik dan Y.Bhg Dato Leela Mohd Ali (Yayasan Budi Penyayang) dari sektor industri telah dikenal pasti boleh membantu menilai program. Setakat ini, Dato Leela Ali telah datang ke FSSK untuk memberi beberapa ceramah tentang kepentingan kemahiran generik dalam dunia pekerjaan. Jawatankuasa Penasihat Pusat mempunyai kuasa mendapatkan dokumen sokongan daripada program seperti data temubual, maklumat daripada ahli Fakulti dan keputusan kaji selidik terhadap keefektifan setiap kursus dalam program untuk membantu pembaikan kurikulum. Data atau pun maklumat lain juga diperolehi dari maklum balas pihak berkepentingan seperti ibubapa, alumni, pelajar, industri, fakulti dan pusat pengajian.

2.5.2 Nyatakan mekanisma yang sedia ada bagi memperoleh dan memanfaatkan maklum balas dari pihak majikan untuk menambah baik kurikulum, latihan dan pendedahan persekitaran kerja.

Maklumbalas yang diterima daripada panel penasihat dan bakal majikan digunakan

untuk menambah baik kurikulum, latihan dan pendedahan kepada persekitaran kerja.

2.5.3 Apakah peluang yang terbuka kepada pelajar untuk menjalin hubungan dengan

pihak berkepentingan luar?

Pelajar program yang ditaja majikan memang ada hubungan dengan industri yang menjadi salah satu pihak berkepentingan luar. Pelajar juga berhubung dengan pihak luar memalui persidangan, seminar dan bengkel.

.