bidang 6: sumber pendidikanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · web viewbidang 6: sumber pendidikan...

17
BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana yang khusus berkaitan dengan program. Kemudahan fizikal yang berkaitan dengan program adalah seperti berikut: Kemudahan Ruang Pengajaran FSSK Bil . Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran 1. Tingkat 4 Atas Bilik Seminar / Urus Setia Siswazah 3A-401 30 LCD 2. 3A-402 30 3. 3A-403 30 4. 3A-404 30 5. 3A-405 30 6. 3A-406 30 7. Tingkat 4 Berdepan Makmal Komunikasi 3A-410 30 LCD 8. 3A-411 30 9. 3A-412 30 10. 3A-413 30 LCD 11. 3A-414 30 12. 3A-415 30 LCD 13. 3A-416 30 14. 3A-417 30 LCD 15. 3A-418 30 16. Bilik Seminar 3A-428 40 17. 3A-429 40 18. 3A-430 40 19. 3A-431 40 Bil . Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran 1. Tingkat 5 Atas Bilik Seminar / Urus Setia Siswazah 3A-501 60 LCD 2. 3A-502 60 LCD 3. 3A-503 80 LCD 4. 3A-504 80 LCD 115

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

2 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN

6.1 Kemudahan Fizikal

6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana yang khusus berkaitan dengan program.

Kemudahan fizikal yang berkaitan dengan program adalah seperti berikut:

Kemudahan Ruang Pengajaran FSSKBil. Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran1.

Tingkat 4 AtasBilik Seminar / Urus

Setia Siswazah

3A-401 30 LCD2. 3A-402 303. 3A-403 304. 3A-404 305. 3A-405 306. 3A-406 307.

Tingkat 4 Berdepan Makmal Komunikasi

3A-410 30 LCD8. 3A-411 309. 3A-412 30

10. 3A-413 30 LCD11. 3A-414 3012. 3A-415 30 LCD13. 3A-416 3014. 3A-417 30 LCD15. 3A-418 3016.

Bilik Seminar3A-428 40

17. 3A-429 4018. 3A-430 4019. 3A-431 40

Bil. Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran

1.Tingkat 5 AtasBilik Seminar /

Urus SetiaSiswazah

3A-501 60 LCD2. 3A-502 60 LCD3. 3A-503 80 LCD4. 3A-504 80 LCD5. 3A-505 80 LCD6. 3A-506 80 LCD7. 3A-507 80 LCD8.

Tingkat 5 Berdepan Makmal Komunikasi

3A-508 80 LCD9. 3A-509 80 LCD

10. 3A-510 80 LCD11. 3A-511 82 LCD12. 3A-512 80 LCD

115

Page 2: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

13. Tingkat 3, Blok A Bilik Seminar 1 FSSK

30 LCD

14. Tingkat 3, Blok E Bilik Seminar 2 FSSK

30 LCD

Bil. Dewan Kuliah No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran

1. Blok B 3B-301 352 PC / LCD

2. Blok F 3F-201 481 PC / LCD3. Blok F 3F-202 255 PC / LCD4. Blok F 3F-203 255 PC / LCD

5. Blok F 3F-301 171 PC / LCD6. 3F-302 171 PC / LCD

Makmal Pengajaran dan PembelajaranBil.

Kedudukan Makmal No. Makmal Bil. Pelajar Alat Pengajaran

1. Blok C Makmal A 15 PC 2. Blok C Makmal B 15 PC3. Blok C Makmal D 30 PC4. Blok A Makmal

Siswazah FSSK

20 PC

6.1.2 Huraikan kecukupan kemudahan dan peralatan fizikal (seperti bengkel, studio, makmal) dan juga sumber manusia (seperti kakitangan makmal, juruteknik)

UKM mempunyai kemudahan ruang fizikal yang pelbagai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik ini direka untuk menyokong persekitaran pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Dewan kuliah yang paling besar yang dimiliki oleh UKM adalah Dewan Anuar Mahmud dan Kompleks Bestari Tun Abdullah Mohamad Salleh. Sebagai tambahan, Fakulti juga mempunyai ruang kuliah dan bilik seminar yang digunasama di peringkat Universiti. Kemudahan komputer juga tidak diabaikan, di bawah pengawasan pejabat Dekan, fakulti mempunyai 3 makmal komputer walk-in dan 2 makmal komputer pengajaran. Peralatan di dalam dewan kuliah dan bilik seminar di Fakulti diselenggara oleh seorang Juruteknik Audio Visual, sementara Makmal Komputer di selia oleh Unit ICT Zon 2 yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer FT17.

6.1.3 Nyatakan keperluan masa kini yang belum dipenuhi dan keperluan yang dijangka dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

116

Page 3: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

Bagi melengkapkan lagi prasarana pengajian pascasiswazah supaya mencapai tahap world class, Fakulti perlu menyediakan kemudahan bilik penyelidikan kepada calon siswazahnya yang lengkap dengan kemudahan komputer, internet dan printer. Walaupun kemudahan ini sudah ada, tapi Program melihatnya sebagai tidak mencukupi.

Bagi tempoh beberapa tahun seterusnya, Fakulti perlu melengkapkan kemudahan prasarana ini ke tahap maksimum kerana bilangan pelajar siswazah yang memohon ke Program adalah semakin bertambah setiap tahun. Fakulti perlu menyediakan bilik siswazah supaya pelajar ini dapat belajar dalam persekitaran kampus yang selesa dan pelajar pula boleh berada dekat dengan penyelia masing-masing bagi membincangkan soal penyelidikan dan juga penerbitan.

6.1.4 Kemukakan maklumat tentang kemudahan klinikal dan amali untuk program yang memerlukan kemudahan sedemikian. Nyatakan lokasinya.

Selain daripada kemudahan fizikal seperti mana yang dinyatakan dalam 6.1.1 dan 6.1.2, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi (PPSPS) juga mempunyai beberapa kemudahan fizikal khusus yang digunakan untuk Program Sejarah. Di antara kemudahan ini termasuklah makmal lisan (Aras 6, Blok D, FSSK), makmal arkeologi (Aras 5, Blok D, FSSK) dan galeri sejarah. Makmal dan galeri ini adalah tempat di mana banyak keratan akhbar dan manuskrip silam dan bahan-bahan artifak disimpan untuk kegunaan pelajar mempelajari dan menghayati ilmu sejarah dan juga politik.

6.1.5 Jelaskan tatacara yang menepati keperluan tertentu program dalam bidang latihan amali dan industri.

Latihan Amali dan Indsutri adalah tidak berkaitan untuk Program Pengajian Siswazah.

6.1.6 Nyatakan sistem pangkalan data yang digunakan di perpustakaan dan pusat sumber.

Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan aras 5 Bangunan Canselori, UKM. Bangunan perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980.

117

Page 4: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16.

Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan cabang-cabangnya, iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Perpustakaan Undang-undang (PUU), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL) dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM). Perpustakaan sentiasa menambah koleksi buku, jurnal bercetak dan elektronik bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.

Perpustakaan UKM menawarkan perkhidmatan pangakalan data secara online seperti berikut:

i. Penggunaan sistem perpustakaan VIRTUA secara client-server.ii. Fungsi pengkatalogan dan katalog awam dalam talian (OPAC).iii. Pengguna boleh mengakses katalog dalam talian [Online public

access catalogue (OPAC)] melalui internet dengan perayau Web Intenet Explorer ataupun Netscape Communicator.

iv. Sistem pinjaman dan pemulangan melalui sistem berkomputer.v. Modul terbitan bersiri melalui DOBIS/LIBIS.vi. Para pengguna perpustakaan boleh mengakses rekod bahan-

bahan di perpustakaan melalui terminal yang disediakan di perpustakaan dan juga komputer peribadi dengan mengguna program telnet TN3270.

6.1.7 Nyatakan bilangan kakitangan di perpustakaan dan pusat sumber serta kelayakan mereka.

Perpustakaan UKM mempunyai 50 orang kakitangan (Kategori A dan B) dan pecahan jawatan adalah seperti berikut:

Jawatan Bilangan StafKetua Pustakawan 1Pustakawan S52 2Pustakwan S48 5Pustakawan S44 8Penolong Pustakawan S41 24Penolong Pustakawan S27 2Penolong Pustakawan S17 7Pembantu Am Pejabat 1Jumlah 50

118

Page 5: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

6.1.8 Huraikan mekanisme penggunaan dan perkongsian pusat sumber yang sedia ada untuk meningkatkan kemampuan perpustakaan. Beri ulasan tentang penggunaan kemudahan-kemudahan ini dalam kalangan staf akademik dan pelajar, dan keupayaan perpustakaan bagi menyokong program.

Sebagai salah sebuah perpustakaan yang mempunyai koleksi yang terbesar di negara ini, PTSL berjaya menarik bilangan pengunjung yang tinggi, penggunaan sistem atas talian dan peminjaman antara perpustakaan yang tinggi . Jumlah pinjaman di kaunter untuk tahun 2008 adalah sebanyak 736,224, manakala penggunaan perkhidmatan melalui internet bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:

GEMILANG : 6, 218, 210 PDT (Search): 4, 145, 582 UKM Digital Collection: 77, 208 E-Jurnal: 393,338 PPUKM Portal: 167,040.

Selain itu, bagi membolehkan pelajar sarjananya menjalankan penyelidikan dengan sempurna, PTSL juga menyediakan kemudahan pinjaman antara perpustakaan dengan universiti-universiti tempatan dan juga luar negara, khususnya British Library.

6.1.9 Senaraikan bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan program (Jadual). Bahan rujukan untuk menyokong program.

Senarai bahan-bahan rujukan untuk menyokong Program ditunjukkan dalam jadual berikut:

Bahan Rujukan BilanganLaporan Penyelidikan & Laporan SabatikalLatihan Ilmiah SarjanamudaTesis Sarjana Kerja KursusTesis sarjana FalsafahTesis Ph.D

12124635

17

Sumber yang Menyokong Program (buku, sumber atas

talian dll) Bilangan Jurnal

Kemudahan lain seperti CD Rom, Video dan Bahan Rujukan Eletronik

Bil. Tajuk Bil. Koleksi Bil. Tajuk Bil. KoleksiBuku:3501 Judul

Jurnal Bercetak:

Koleksi: 4601

Media:CD-Rom: 86

119

Page 6: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

6289 Nashkah

e-Buku: 957 Judul

Pangkalan Data Dalam Talian (PDT): 47

628 Judul

e-Jurnal: 2447 Judul

DVD: 79Vidoe: 243Mikrofis: 467VCD: 14

6.1.10 Huraikan mekanisme untuk mendapatkan maklum balas daripada staf dan pelajar berhubung dasar, perkhidmatan dan tatacara perpustakaan.

Polisi berhubung pengurusan perpustakaan dan perkhidmatannya terdapat di dalam dokumen kualiti MS ISO 9001: 2000. Melalui sistem ini, maklum balas pelanggan melalui aduan yang dibuat digunakan sebagai mekanisme untuk melakukan proses penambahbaikan berterusan di dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

Selain itu, mekanisme lain yang digunakan oleh PTSL untuk mendapatkan maklum balas pelanggan adalah dengan cara menerima aduan yang dibuat secara bertulis dan mewujudkan Pusat Perkhidmatan Pelanggan. Ini bagi memastikan supaya kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

6.1.11 Nyatakan dasar jabatan berhubungan penggunaan ICT. Huraikan infrastruktur ICT yang menyokong jabatan dan program.

UKM telah menubuhkan Majlis ICT dalam tahun 2008. Fungsi utama Majlis ini adalah untuk memberi nasihat dan membuat perancangan aktiviti berhubung ICT di UKM. Polisi-polisi berkenaan menyentuh kemudahan ICT dan teknologi ICT. Polisi ini memberi garis panduan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan ICT yang bersekitar aplikasi ICT dan tools, jaringan, emel dan kemudahan internet, akauntabiliti, integriti, sekuriti dan e-pembelajaran. UKM telah membangunkan satu sistem sokongan yang menyokong program akademik dikenali sebagai e-warga. Sistem ini mempunyai banyak sub-sistem yang menyokong sistem merekod masa bekerja, kewangan, penyelidikan, hal-hal pentadbiran dan sistem komunikasi personal.

Di peringkat Fakulti pula, laman web digunakan di FSSK untuk memberi maklumat kepada pensyarah, pelajar, pentadbir universiti dan orang awam yang berminat dengan fakulti. Antara maklumat yang boleh dicapai

120

Page 7: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

ialah:

i. maklumat berkaitan pengajian di fakultiii. maklumat berkaitan penyelidikan yang dijalankan di fakultiiii. bidang-bidang kepakaran yang terdapat di fakultiiv. maklumat pensyarah setiap jabatan dalam fakultiv. sambungan kepada beberapa aplikasi dalam di fakulti

Laman web fakulti boleh dicapai pada alamat http://www.fssk.ukm.my. Rajah 6.2 menunjukkan laman utama web fakulti.

Bagi pensyarah pula, laman web FSSK ini digunakan oleh pensyarah dan pelajar berkongsi maklumat tentang bahan pembelajaran. Setiap pensyarah di FSSK boleh menyediakan satu laman web peribadi mereka. Pensyarah bebas untuk mengurus laman web mereka seperti membuat pengumuman untuk pelajar, upload bahan kuliah atau meletak maklumat pensyarah tersebut.

Di samping itu, UKM juga mereka bentuk laman web khusus untuk pelajar yang mendaftar UKM. Sebarang maklumat berkaitan dengan pelajar boleh didapati di sini. Laman web e-pelajar boleh dicapai di http://www.ukm.my/e-pelajar/.

121

Page 8: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

Secara amnya, infrastruktur ICT yang menyokong Program adalah seperti Jadual di bawah.

Pencarian bibliografi berkomputer √Program pengajaran berkomputer yang digunakan sebagai alat bantu belajar

Program berkomputer yang digunakan sebagai sebahagian daripada keperluan pengajaran kursus

Arahan berkomputer yang melibatkan interaksi pelajar bagi menunjukkan pemahaman (contohnya program komputer berinteraksi yang memberi tindak balas kepada input pelajar)

Simulasi kes berkomputer untuk mengajar atau menguji kebolehan membuat keputusan

Internet atau on-line line content-based programme’dari luar institusi

On-line line content-based programme yang dihasilkan oleh institusi sendiri dan diagihkan melalui jaringan setempat atau teknologi carian-jaring

Lain-lain (nyatakan) -

6.1.12 Senaraikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar ICT di peringkat jabatan, berserta kelayakan mereka.

122

Page 9: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

Jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar ICT UKM ialah Pusat teknologi maklumat. Senarai kakitangan yang bertanggungjawab di Pusat ini adalah seperti berikut:

Jawatan Bil. StafProfesor VU7 2Prof. Madya DS54 1Pegawai Teknologi Maklumat N52 1Pegawai Tadbir N52 1Pegawai Teknologi Maklumat F52 3Pegawai Teknologi Maklumat F48 5Pegawai Teknologi Maklumat F44 6Pereka N44 1Pegawai Tadbir N41 1Pegawai Teknologi Maklumat F41 33Pereka F41 5Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F38 2Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 39Juruteknik Komputer FT26 1Operator Komputer F22 2Juruteknik Komputer FT22 2Operator Komputer F17 1Juruteknik Komputer FT17 23Pereka B17 1Pembantu Tadbir N17 7Operator Pemprosesan Data F14 6Operator Pemprosesan Data F11 9Pembantu Tadbir N11 4Pembantu Tadbir Am N1 3Jumlah 165

Di peringkat Program dan Pusat Pengajian, nama pegawai yang bertanggungjawab melasksanakan dasar ICT ini adalah seperti berikut:

Bil. Nama Pegawai Kelulusan1. Nordon Hussin PhD2. Mohammad Agus Yusoff PhD3. Zarina Othman PhD4. Kamaruzaman Yusoff PhD5. Leo Agustino PhD6. Shafie Bakar SPM

123

Page 10: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

6.1.13 Nyatakan keperluan ICT yang khusus untuk program ini dan jelaskan bagaimana ia disediakan.

Keperluan ICT khusus untuk Program ini ialah Perisian Statistik untuk Sains Sosial. Setiap kakitangan akademik dan pelajar Sarjana yang memerlukan program ini boleh memohon terus ke PTM untuk dimasukkan ke dalam komputer riba.

6.1.14 Nyatakan rancangan yang sedia ada untuk menambah baik kemudahan pendidikan – fizikal, perpustakaan dan ICT – selari dengan perkembangan pendidikan.

Dalam usaha meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya setanding dengan perkembangan pengajaran, Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menubuhkan Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Inovasi yang diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah. Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan dan mengkoordinasi kursus serta menyediakan maklumat dan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini kepada para pensyarah.

Bagi menambahbaik penggunaan ICT dan perpustakaan pula, Pusat Teknologi Maklumat dan PTSL pula masing-masingnya bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat ICT dan buku-buku yang diperlukan selari dengan perkembangan pendidikan terkini.

Sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia, UKM menerusi PPA komited dalam perancangan dan pembangunan kemudahan pengajaran dan pembelajaran ke tahap antarabangsa seperti mana yang terkandung dalam Pelan Strategik UKM 2000-2020.

6.1.15 Jelaskan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi secara berkala mengkaji kecukupan, kekinian dan kualiti sumber pendidikannya. Jelaskan juga peranan jabatan dalam proses pengkajian ini.

Keperluan sumber pendidikan selalunya dipantau dalam pelbagai jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Perkembangan dan Perancangan Akademik (JPPA), Majlis Teknologi Maklumat dan Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian, termasuk Mesyuarat Pengurusan Universiti dan Mesyuarat Senat. Terdapat seorang Pegawai Tekonologi Maklumat di setiap Pusat Tanggungjawab untuk mengumpul komen, cadangan dan maklum balas daripada pengguna. Pengurusan di setiap PTJ akan bertindak sewajarnya untuk meningkatkan sumber pendidikannya. Dana dan pembangunan sumber pendidikan yang baru termasuk pemulihan dan pembangunan kemudahan yang sedia ada diselaraskan oleh Pusat Pengurusan Pembangunan.

124

Page 11: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

6.1.16 Huraikan bagaimana pelajar disediakan dengan peluang untuk belajar pelbagai kaedah terkini untuk mendapatkan maklumat.

Pelajar disediakan dengan peluang belajar pelbagai kaedah terkini untuk mendapatkan maklumat melalui kemudahan internet secara wireless dan berangkaian. PTM, perpustakaan dan PPA menawarkan kursus-kursus latihan berhubung kaedah dan teknologi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebagai contoh, Perpustakaan menyediakan 11,196 kursus yang berhubung sistem maklumat perpustakaan dalam tahun 2008.

Sebagai sumber pendidikan, Perpustakaan UKM, komited dalam menyediakan koleksi bahan bercetak dan bahan elektronik untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang tidak sedia ada boleh diperolehi melalui pinjaman antara perpustakaan.

6.1.17 Sejauh manakah segala kemudahan asas ini mesra pengguna bagi mereka yang mempunyai keperluan khas?

Pelajar yang memerlukan keperluan khas akan diuruskan oleh pihak Fakulti, Institut dan Pusat yang bertanggungjawab, juga oleh kolej penginapan pelajar berkenaan. Fakulti akan menyelaraskan keperluan ini dengan pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP). Bagi kemudahan di kolej kediaman, pusat perkhidmatan pelajar melalui Unit Kebajikan di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar (JPPel) akan menyelaraskannya dengan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) untuk menyediakan kemudahan seperti tanjakan, lif dan tulisan Braille. PTSL mempunyai satu seksyen Braille khusus untuk pengguna buta.

Fakulti juga telah mengadakan audit kemudahan OKU di FSSK dalam tahun 2008 yang dikendalikan oleh para pelajar yang dilantik oleh Pusat Pembangunan Akademik. Untuk maklumat lanjut, lihat Laporan Audit Kemudahan OKU di FSSK.

6.2 Penyelidikan dan Pembangunan

6.2.1 Huraikan kemudahan dan peruntukan yang disediakan untuk menyokong penyelidikan.

Bagi menyokong kemudahan penyelidikan, Fakulti memperuntukkan sejumlah amaun melalui Dasar Sedia Ada KW Pengurusan (kod peruntukan 10-3801001-27500 – Bekalan Penyelidikan) untuk aktiviti penyelidikan pelajar pascasiswazah. Peruntukan dana Operasi Universiti Penyelidikan digunakan untuk melantik Pasca Doktoral dan Malim. Skim Zamalah Pasca Siswazah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh

125

Page 12: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

pihak Pusat Pengurusan Siswazah UKM kepada pelajar. Manakala lantikan Graduate Research Assistant (GRA) dalam penyelidikan kakitangan akademik diuruskan oleh pihak CRIM dengan biaya dana penyelidikan UKM dan lain-lain sumber. Pelbagai kemudahan fizikal seperti makmal, bilik sumber dan bilik karel disediakan untuk kegunaan pelajar dan kakitangan akademik sepanjang menjalankan penyelidikan.

Sila rujuk Lejar KW Pengurusan, Surat Pelantikan Pasca Doktoral, Surat Pelantikan Malim, Dokumen Skim Zamalah, Senarai GRA, Senarai Makmal, Bilik Sumber dan Bilik Karel di Pejabat Pengurusan Kualiti Fakulti untuk maklumat lanjut.

6.2.2 Huraikan program penyelidikan utama jabatan dan nyatakan staf akademik yang terlibat.

Program penyelidikan utama Fakulti adalah berdasarkan tujahan penyelidikan enam pusat pengajian. Penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut bidang kepakaran kakitangan akademik Fakulti.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Senarai Penyelidikan FSSK 2008-2010.

6.2.3 Huraikan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi menggalakkan interaksi antara penyelidikan dan pembelajaran. Tunjukkan pertalian antara dasar Pemberi Pendidikan Tinggi berhubung penyelidikan serta pembangunan dengan kegiatan pengajaran dan pembelajaran jabatan.

UKM menyediakan Geran Penyelidikan Tindakan/Strategik kepada ahli akademik bagi tujuan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hasil penyelidikan adalah bermanfaat untuk UKM dalam salah satu bidang teras iaitu pengajaran dan pembelajaran, atau pelbagai aspek sistem penyampaian (operasi, sokongan, dll) yang penting dan strategik untuk universiti. Hasil penyelidikan boleh memperbaiki cara UKM menangani isu atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Universiti dalam operasinya, seperti memperbaiki kaedah pengajaran & pembelajaran selain memperbaiki strategi, amalan atau kefahaman berkenaan dengan persekitaran ekosistem ilmu UKM dan menghasilkan tindakan, proses atau prosedur baru untuk kepentingan strategik UKM. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 4/2008 (bth 6 Ogos 2008) yang menekankan aspek interaksi menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi semua kaedah yang ada termasuk penyelidikan.

126

Page 13: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

6.2.4 Nyatakan sebarang inisiatif jabatan untuk menggalakkan pelajar turut serta dalam kegiatan penyelidikan.

Antara inisiatif yang dijalankan adalah menerusi:

Kursus-kursus yang berkaitan dengan metodologi penyelidikan seperti untuk menyiapkan tesis sarjana seperti:

i. Bengkel pembentangan proposal ii. Bengkel metodologi penyelidikan iii. Bengkel pembentangan tesis sarjana dan laporan kemajuan iv. Siri bengkel penyelidikan siswazah setiap semester yang

memfokuskan kepada pengembangan kemahiran berkaitan penyelidikan seperti membuat kajian kepustakaan, penulisan penyelidikan, kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

v. Penglibatan sebagai pembantu penyelidik siswazah (GRA) dalam penyelidikan kakitangan akademik/penyelia pelajar.

6.2.5 Tunjukkan hubung kait antara penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

Di Program dan juga Fakulti, hasil penyelidikan mempnyai kaitan yang rapat dengan pembangunan pendidikan, tetapi tidak dalam bidang pengkormesiolan. Ini kerana produk penyelidikan pensyarah Fakulti bukanlah dalam bentuk barangan yang dihasilkan, tetapi dalam bentuk ilmu normatif yang boleh disebarkan melalui pendidikan dan penerbitan sahaja. Dalam soal penerbitan ini, menjadi syarat kepada ahli Fakulti untuk menerbitkan dan membentangkan hasil penyelidikan masing-masing.

6.2.6 Huraikan proses bagaimana jabatan menyemak sumber dan kemudahan penyelidikannya serta langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kemampuan penyelidikannya.

Proses semakan sumber penyelidikan dilakukan menerusi maklumat daripada pihak CRIM, buletin Universiti dan hebahan atau website pemberi biaya berkaitan penyelidikan. Tindakan lanjut diteruskan di peringkat Fakulti melalui hebahan menerusi emel atau surat rasmi sebelum diteruskan dengan proses penilaian dan perakuan/sokongan seperti prosedur ditetapkan.

Proses semakan kemudahan penyelidikan dibuat melalui audit inventori ISO 9001 dan memastikan kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat.

127

Page 14: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

Langkah-langkah meningkatkan kemampuan penyelidikan dilakukan menerusi pembelian bahan/peralatan makmal yang baru menerusi geran instrumentasi UKM, mengadakan bengkel/kursus, menghasilkan proposal penyelidikan dan memperolehi penyelidikan baru bagi memantapkan lagi kepakaran ahli akademik dan pelajar.

6.3 Kepakaran Pendidikan

6.3.1 Huraikan dasar dan amalan berhubung penggunaan kepakaran yang sesuai dalam proses perancangan program pendidikan dan dalam membangunkan kaedah baru pengajaran dan penilaian.

Dalam perancangan program pendidikan, Fakulti dan Pusat melantik ahli jabatan berpandukan kepakaran pendidikan masing-masing untuk menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Kurikulum yang bertanggungjawab menyemak kurikulum program sekurang-kurangnya setiap lima tahun. Selain daripada jawatankuasa ini, wakil daripada pihak berkepentingan turut dilantik sebagai penasihat untuk menyemak kurikulum yang dibangunkan bagi memastikan bahawa kurikulum tersebut menepati kehendak pasaran masa kini.

Sewaktu pengajaran, para pensyarah digalakkan untuk memperkenalkan kaedah pengajaran dan penilaian yang menarik selaras dengan hasil pembelajaran yang disasarkan.

6.3.2 Huraikan akses kepada kepakaran pendidikan, sama ada dalaman atau luaran, dan penggunaannya untuk pembangunan staf dan penyelidikan.

Program mendapat akses kepada kepakaran pendidikan ini dari Pusat Pembangunan Akademik UKM dan juga melalui hubungan peribadi dengan rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan juga MQA. Pandangan pakar dari Fakulti Pendidikan sentiasa diambil bagi memastikan kaedah yang digunapakai adalah bersesuaian dengan teori dan kerangka pendidikan. Dengan latihan yang diberikan oleh PPA dan juga hubungan dengan Fakulti Pendidikan serta teguran berkala dari penilai luar dan juruaudit ISO yang dilakukan, Program mengambil semua cadangan ini untuk urusan pembangunan staf dan penambaikan kurikulumnya.

6.4 Pertukaran Pendidikan

6.4.1 Huraikan amalan jabatan dalam memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan pemberi Pendidikan Tinggi lain, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, selari dengan dasar Pemberi Pendidikan Tinggi.

128

Page 15: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

Fakulti menggalakkan pertukaran pelajar dalam usaha menambahkan pengalaman mereka bagi menghasilkan pencapaian pembelajaran yang lebih berkesan. Sekiranya proses berkenaan melibatkan pemindahan kredit dengan institusi, proses kesetaraan kredit yang dibawa akan digunapakai seperti mana yang dinyatakan dalam Polisi Pemindahan Kredit UKM. Bagi program pertukaran pelajar, prosesnya akan diuruskan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa, sementara program mobiliti pelajar yang bersifat bukan-akademik akan diuruskan oleh Pusat Perkembangan Pelajar.

Selain itu, kakitangan akademik juga digalakkan mengikuti program sangkutan dan cuti sabatikal sama ada dengan industri atau lain-lain organisasi di dalam atau luar negara. Tidak ketinggalan juga, fakulti turut mengadakan penanda arasan/benchmarking dengan universiti luar negara bagi memastikan penyampaian dan standard program terjamin. Sebagai tambahan, fakulti juga menyokong kerjasama jangka pendek seperti latihan amali, kerjasama perundingan dan penyelidikan dengan universiti atau badan luar.

6.4.2 Nyatakan bagaimana kerjasama ini disebarkan kepada pelajar dan staf akademik.

Sebarang bentuk kerjasama dengan pihak luar disampaikan kepada pelajar dan kakitangan menerusi brosur program pertukaran/mobiliti pelajar, papan kenyataan, papan elektronik di bahagian pintu masuk utama dan laman sesawang UKM dan Fakulti.

6.4.3 Huraikan rancangan masa depan mempertingkat kegiatan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam usaha menguatkan aktiviti kerjasama dengan pihak antarabangsa, UKM telah menegnalpasti pengantarabangsaan sebagai salah satu KPI di bawah Pelan Transformasi iaitu Projek World-Class Bencmarking dan Pelan Pengantarabangsaan UKM yang diselaraskan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa.

Oleh kerana UKM sentiasa menjadi rujukan utama kepada Bahasa Melayu dan alam tamadun Melayu, kerjasama antarabangsa dalam bidang ini diwujudkan bagi mengukuhkan projek “Bahasa Melayu” dalam Pelan Transformasi UKM. Lihat maklumat lanjut dalam Program Tarnsformasi UKM sebagai sebuah Universiti APEX.

129

Page 16: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

6.4.4 Huraikan kemudahan peruntukan kewangan bagi tujuan kerjasama ini.

Kemudahan peruntukan kewangan bahgi tujuan kerjasama ini disokong oleh peuntukan berikut:

Peruntukan persidangan Dana Universiti Dana Yayasan Canselor- Program Mobiliti pelajar Dana Industri di bawah TNC-HEJIMDana sabatikal

6.5 Peruntukan Kewangan

6.5.1 Nyatakan tanggungjawab dan rantaian autoriti dari segi bajet dan peruntukan sumber Pemberi Pendidikan Tinggi.

Pengagihan sumber kewangan diselaraskan oleh Jabatan Bendahari UKM dengan pemantauan oleh pihak yang berkuasa seperti Lembaga Pengarah Universiti dan Mesyuarat Pengurusan Universiti. Peruntukan belanjawan termasuk belanjawan tahunan ini disediakan oleh oleh Kerajaan untuk tujuan pembangunan, pengurusan dan penyelidikan (Geran universiti Penyelidikan). Peruntukan ini adalah untuk membiayai pembangunan, binaan infrastruktur akademik dan penyelidikan dan operasi program akademik.

6.5.2 Tunjukkan bagaimana peruntukan kewangan untuk program, dan penggunaannya, adalah mencukupi bagi mencapai tujuannya.

Pengagihan peruntukan biasanya diasaskan kepada saiz fakulti, bilangan pelajar dan jenis program akademik yang dikendalikan (profesional atau bukan-profesional) serta penggunaan belanjawan tahunan sebelumnya. Lihat maklumat dalam Penyata kewangan Fakulti untuk tahun 2008-2010.

6.5.3 Huraikan bagaimana mereka yang bertanggung jawab terhadap program mempunyai autonomi sewajarnya untuk mengagih dan menggunakan sumber demi mencapai matlamat program.

Dekan dengan dibantu oleh Ahli Pengurusan Fakulti diberi kuasa untuk menguruskan Belanjawan Mengurus dan Tabung Kokurikulum Fakulti. Selain itu, peruntukan belanjawan mengurus Fakulti juga telah diagihkan

130

Page 17: BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKANspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · Web viewBIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 Kemudahan Fizikal 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana

kepada Pusat Pengajian supaya dapat mentadbir sendiri peruntukan yang telah diagihkan. Pengerusi Pusat Pengajian dan Ketua Program boleh memohon peruntukan tambahan sekiranya wujud keperluan dalam mencapai objektif program.

131