bidang 6: sumber pendidikanspdukm.ukm.my/fssk/pjbtdekan... · web viewperalatan di dalam dewan...

21
BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN 6.1 KEMUDAHAN FIZIKAL 6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana yang khusus berkaitan dengan program. Kemudahan fizikal yang berkaitan dengan program adalah seperti berikut: Kemudahan Ruang Pengajaran FSSK Bil . Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran 1. Tingkat 4 Atas Bilik Seminar/Urus Setia Siswazah 3A-401 30 LCD 2. 3A-402 30 3. 3A-403 30 4. 3A-404 30 5. 3A-405 30 6. 3A-406 30 7. Tingkat 4 Berdepan Makmal Komunikasi 3A-410 30 LCD 8. 3A-411 30 9. 3A-412 30 10. 3A-413 30 LCD 11. 3A-414 30 12. 3A-415 30 LCD 13. 3A-416 30 14. 3A-417 30 LCD 15. 3A-418 30 16. Bilik Seminar 3A-428 40 17. 3A-429 40 18. 3A-430 40 19. 3A-431 40 Bil . Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran 1. Tingkat 5 Atas 3A-501 60 LCD 187

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIDANG 6: SUMBER PENDIDIKAN

6.1 KEMUDAHAN FIZIKAL

6.1.1 Senaraikan segala kemudahan fizikal dan tandakan mana-mana yang khusus berkaitan dengan program.

Kemudahan fizikal yang berkaitan dengan program adalah seperti berikut:

Kemudahan Ruang Pengajaran FSSKBil. Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran1.

Tingkat 4 AtasBilik Seminar/Urus

Setia Siswazah

3A-401 30 LCD2. 3A-402 303. 3A-403 304. 3A-404 305. 3A-405 306. 3A-406 307.

Tingkat 4 Berdepan Makmal Komunikasi

3A-410 30 LCD8. 3A-411 309. 3A-412 30

10. 3A-413 30 LCD11. 3A-414 3012. 3A-415 30 LCD13. 3A-416 3014. 3A-417 30 LCD15. 3A-418 3016.

Bilik Seminar3A-428 40

17. 3A-429 4018. 3A-430 4019. 3A-431 40

Bil. Kedudukan Bilik No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran

1.Tingkat 5 AtasBilik Seminar /

Urus SetiaSiswazah

3A-501 60 LCD2. 3A-502 60 LCD3. 3A-503 80 LCD4. 3A-504 80 LCD5. 3A-505 80 LCD6. 3A-506 80 LCD7. 3A-507 80 LCD8. Tingkat 5 Berdepan

Makmal Komunikasi3A-508 80 LCD

9. 3A-509 80 LCD10. 3A-510 80 LCD

187

11. 3A-511 82 LCD12. 3A-512 80 LCD13. Tingkat 3, Blok A Bilik Seminar

1 FSSK30 LCD

14. Tingkat 3, Blok E Bilik Seminar 2 FSSK

30 LCD

Bil. Dewan Kuliah No. Bilik Bil. Pelajar Alat Pengajaran

1. Blok B 3B-301 352 PC / LCD

2. Blok F 3F-201 481 PC / LCD3. Blok F 3F-202 255 PC / LCD4. Blok F 3F-203 255 PC / LCD

5. Blok F 3F-301 171 PC / LCD6. 3F-302 171 PC / LCD

Makmal Pengajaran dan PembelajaranBil.

Kedudukan Makmal No. Makmal Bil. Pelajar Alat Pengajaran

1. Blok C Makmal A 15 PC 2. Blok C Makmal B 15 PC3. Blok C Makmal D 30 PC4. Blok A Makmal

Siswazah FSSK

20 PC

6.1.2 Huraikan kecukupan kemudahan dan peralatan fizikal (seperti bengkel, studio, makmal) dan juga sumber manusia (seperti kakitangan makmal, juruteknik)

UKM mempunyai kemudahan ruang fizikal yang pelbagai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik ini direka untuk menyokong persekitaran pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Dewan kuliah yang paling besar yang dimiliki oleh UKM adalah Dewan Anuar Mahmud dan Kompleks Bestari Tun Abdullah Mohamad Salleh. Sebagai tambahan, Fakulti juga mempunyai ruang kuliah dan bilik seminar yang digunasama di peringkat Universiti. Kemudahan komputer juga tidak diabaikan, di bawah pengawasan pejabat Dekan, Fakulti mempunyai 3 makmal komputer walk-in dan 2 makmal komputer pengajaran. Peralatan di dalam dewan kuliah dan bilik seminar di Fakulti diselenggara oleh seorang Juruteknik Audio Visual, sementara Makmal Komputer di selia oleh Unit ICT Zon 2 yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer FT17.

188

6.1.3 Nyatakan keperluan masa kini yang belum dipenuhi dan keperluan yang dijangka dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Bagi melengkapkan lagi prasarana pengajian pelajarnya supaya mencapai tahap world class, Fakulti perlu menyediakan kemudahan bilik persatuan supaya pelajarnya dapat berkumpul dan bernincang semesntara menunggu kelas diadakan. Selain itu, bagi meningkatkan kemudahan penyelidikan kepada calon siswazahnya, Fakulti perlu menyediakan kemudahan komputer, internet dan printer. Walaupun kemudahan ini sudah ada, tapi Program melihatnya sebagai tidak mencukupi.

Bagi tempoh beberapa tahun seterusnya, Fakulti perlu melengkapkan kemudahan prasarana ini ke tahap maksimum kerana bilangan pelajar siswazah yang memohon ke Program adalah semakin bertambah setiap tahun. Fakulti perlu menyediakan bilik siswazah supaya pelajar ini dapat belajar dalam persekitaran kampus yang selesa dan pelajar pula boleh berada dekat dengan penyelia masing-masing bagi membincangkan soal penyelidikan dan juga penerbitan.

Secara keseluruhannya, kemudahan makmal dan ruang pengkuliahan memuaskan, walau bagaimanapun pengisiannya perlu sentiasa dipertingkat, diperbaik dan diberi perhatian. Keperluan ini ditegaskan kerana:

1. Sebahagian daripada kursus program adalah bersifat saintifik dan praktikal yang memerlukan kerja di makmal. Oleh kerana faktor perubahan semasa, maka keperluan peralatan makmal mesti dipertingkat selari dengan perkembangan ilmu.

2. Pengajaran, latihan dan penyelidikan berkaitan dengan permodelan dan analisis berkomputer memerlukan perisian dan komputer terkini.

3. Di samping itu, kemudahan penyampaian kurikulum juga harus dipertingkat di semua ruang pengkuliahan seperti menambah bilangan projektor LCD, komputer dan talian internet.

6.1.4 Kemukakan maklumat tentang kemudahan klinikal dan amali untuk program yang memerlukan kemudahan sedemikian. Nyatakan lokasinya.

Selain kemudahan fizikal dan ruang pengkuliahan Fakulti, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi mempunyai beberapa kemudahan yang khusus untuk Program Komunikasi Media:a. Studio Rakaman Audio Visual untuk tujuan

penerbitan dan penyiaran. b. Studio Siaran Radio untuk menerbitkan siaran Radio

189

Midasc. Makmal Penyuntingan Audio Visual untuk tujuan

penyiaran dan penerbitan d. Makmal Statistik untuk tujuan pengkuliahan dan

penyelidikan dan diguna sama oleh semua program dalam Pusat Pengajian.

e. Makmal Multimedia untuk tujuan pengkuliahan, penyelidikan dan penerbitan

f. Makmal Penerbitan untuk tujuan pengkuliahan dan penerbitan.

Kemudahan ruang makmal di Pusat Pengajian Media dan Komunikasi diselaraskan oleh seorang Penyelaras yang terdiri daripada ahli akademik dan seorang juruteknik. Segala peralatan makmal dikemas kini dari semasa ke semasa dan mempunyai sistem inventori yang baik.

6.1.5 Jelaskan tatacara yang menepati keperluan tertentu program dalam bidang latihan amali dan industri.

Latihan Amali dan Industri dijalankan selama 15 minggu pada Semester 2, Tahun 3 pengajian program Komunikasi Media.

Pelajar pula bagi mendapatkan tempat untuk mengadakan latihan industri perlu mengisi borang pada Semester pertama Tahun 3 dengan menamakan tempat yang mereka mahu mengadakan latihan industri tersebut. Setelah menerima maklumat tersebut, Program akan menulis surat kepada organisasi berkenaan dan biasanya dalam masa dua minggu Program akan mendapat jawapan daripada pihak industri yang terlibat.

Sekiranya Program tidak mendapat jawapan atau jawapan yang diberikan oleh organisasi adalah menolak permohonan Program, maka oragnisasi baru akan dicari oleh Program menempatkan pelajarnya.

6.1.6 Nyatakan sistem pangkalan data yang digunakan di perpustakaan dan pusat sumber.

Perpustakaan UKM telah ditubuhkan serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970 di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Pada tahun 1977, perpustakaan telah berpindah ke kampus tetap di Bangi dan menggunakan aras 5 Bangunan Canselori, UKM. Bangunan perpustakaan di Bangi mula digunakan pada tahun 1978 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 2 Julai 1980. Bangunan ini telah diberi nama Perpustakaan Tun Seri Lanang sempena nama seorang bangsawan dan tokoh sastera yang terkenal di Tanah Melayu pada kurun ke 16.

Perpustakaan UKM terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)

190

dan cabang-cabangnya, iaitu Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (PATMA), Perpustakaan Undang-undang (PUU), Perpustakaan Dr. Abdul Latif (PDAL) dan Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (PPPUKM). Perpustakaan sentiasa menambah koleksi buku, jurnal bercetak dan elektronik bagi memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti.

Perpustakaan UKM menawarkan perkhidmatan pangakalan data secara online seperti berikut:

i. Penggunaan sistem perpustakaan VIRTUA secara client-server.ii. Fungsi pengkatalogan dan katalog awam dalam talian (OPAC).iii. Pengguna boleh mengakses katalog dalam talian [Online public

access catalogue (OPAC)] melalui internet dengan perayau Web Intenet Explorer ataupun Netscape Communicator.

iv. Sistem pinjaman dan pemulangan melalui sistem berkomputer.v. Modul terbitan bersiri melalui DOBIS/LIBIS.vi. Para pengguna perpustakaan boleh mengakses rekod bahan-

bahan di perpustakaan melalui terminal yang disediakan di perpustakaan dan juga komputer peribadi dengan mengguna program telnet TN3270.

Perpustakaan mempunyai peralatan pandang-dengar yang mencukupi dan lain-lain peralatan ICT, serta bahan bukan-cetak:

Perpustakaan Tun Seri Lanang telah memperoleh beberapa pangkalan data dalam bentuk cakera padat atau CD ROM. Sebanyak 29 pangkalan data yang terkandung di dalamnya, iaitu meliputi bidang-bidang yang diajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Perpustakaan diperlengkap dengan sebuah makmal internet dan multimedia yang mengandungi 32 komputer peribadi.

Perpustakaan melanggani satu sistem pengkalan data dalam talian yang dikenali sebagai NSTP On-Line Reference Services.

Perkhidmatan reprografi layan diri yang menggunakan kad reprografi dan juga manual dikendalikan oleh pihak swasta di Paras 3, 4 dan 5 Perpustakaan Tun Seri Lanang.

Bilik Karel dan Perbincangan

Perpustakaan Tun Seri Lanang menyediakan sebanyak 34 bilik karel individu.

Bilik perbincangan yang boleh digunakan oleh 5 hinggga 15 pengguna perpustakaan.

6.1.7 Nyatakan bilangan kakitangan di perpustakaan dan pusat sumber serta kelayakan mereka.

191

Perpustakaan UKM mempunyai 50 orang kakitangan (Kategori A dan B) dan pecahan jawatan adalah seperti berikut:

Jawatan Bilangan StafKetua Pustakawan 1Pustakawan S52 2Pustakwan S48 5Pustakawan S44 8Penolong Pustakawan S41 24Penolong Pustakawan S27 2Penolong Pustakawan S17 7Pembantu Am Pejabat 1Jumlah 50

6.1.8 Huraikan mekanisme penggunaan dan perkongsian pusat sumber yang sedia ada untuk meningkatkan kemampuan perpustakaan. Beri ulasan tentang penggunaan kemudahan-kemudahan ini dalam kalangan staf akademik dan pelajar, dan keupayaan perpustakaan bagi menyokong program.

Sebagai salah sebuah perpustakaan yang mempunyai koleksi yang terbesar di negara ini, PTSL berjaya menarik bilangan pengunjung yang tinggi, penggunaan sistem atas talian dan peminjaman antara perpustakaan yang tinggi . Jumlah pinjaman di kaunter untuk tahun 2008 adalah sebanyak 736,224, manakala penggunaan perkhidmatan melalui internet bagi tahun 2008 adalah seperti berikut:

GEMILANG : 6,218,210 PDT (Search): 4,145,582 UKM Digital Collection: 77,208 E-Jurnal: 393,338 PPUKM Portal: 167,040.

Penggunaan pusat sumber ini biasanya diberikan kepada pelajar-pelajar yang berdaftar dengan pusat pengajian. Setiap pelajar dibenarkan untuk meminjam bahan-bahan rujukan yang ada dalam tempoh masa yang tertentu. Staf akademik yang mempunyai lebihan bahan-bahan rujukan digalakkan untuk menempatkannya di pusat sumber agar dapat dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar.

Selain itu, bagi membolehkan pelajar menjalankan penyelidikan dengan sempurna, PTSL juga menyediakan kemudahan pinjaman antara perpustakaan dengan universiti-universiti tempatan dan juga luar negara, khususnya British Library.

192

6.1.9 Senaraikan bahan-bahan rujukan yang berkaitan dengan program (Jadual). Bahan rujukan untuk menyokong program.

Senarai bahan-bahan rujukan untuk menyokong Program ditunjukkan dalam jadual berikut:

Bahan Rujukan BilanganLaporan Penyelidikan & Laporan SabatikalLatihan Ilmiah SarjanamudaTesis Sarjana Kerja KursusTesis sarjana FalsafahTesis Ph.D

12124635

17

Sumber yang Menyokong Program (buku, sumber atas

talian dll) Bilangan Jurnal

Kemudahan lain seperti CD Rom, Video dan Bahan Rujukan Eletronik

Bil. Tajuk Bil. Koleksi Bil. Tajuk Bil. KoleksiBuku:3501 Judul6289 Nashkah

e-Buku: 957 Judul

Pangkalan Data Dalam Talian (PDT): 47

Jurnal Bercetak: 628 Judul

e-Jurnal: 2447 Judul

Koleksi: 4601

Media:CD-Rom: 86DVD: 79Vidoe: 243Mikrofis: 467VCD: 14

6.1.10 Huraikan mekanisme untuk mendapatkan maklum balas daripada staf dan pelajar berhubung dasar, perkhidmatan dan tatacara perpustakaan.

Polisi berhubung pengurusan perpustakaan dan perkhidmatannya terdapat di dalam dokumen kualiti MS ISO 9001:2000. Melalui sistem ini, maklum balas pelanggan melalui aduan yang dibuat digunakan sebagai mekanisme untuk melakukan proses penambahbaikan berterusan di dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

Selain itu, mekanisme lain yang digunakan oleh PTSL untuk mendapatkan maklum balas pelanggan adalah dengan cara menerima aduan yang dibuat secara bertulis dan mewujudkan Pusat Perkhidmatan Pelanggan.

193

Ini bagi memastikan supaya kelemahan yang ada dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

6.1.11 Nyatakan dasar jabatan berhubungan penggunaan ICT. Huraikan infrastruktur ICT yang menyokong jabatan dan program.

UKM telah menubuhkan Majlis ICT dalam tahun 2008. Fungsi utama Majlis ini adalah untuk memberi nasihat dan membuat perancangan aktiviti berhubung ICT di UKM. Polisi-polisi berkenaan menyentuh kemudahan ICT dan teknologi ICT. Polisi ini memberi garis panduan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan ICT yang bersekitar aplikasi ICT dan tools, jaringan, emel dan kemudahan internet, akauntabiliti, integriti, sekuriti dan e-pembelajaran. UKM telah membangunkan satu sistem sokongan yang menyokong program akademik dikenali sebagai e-warga. Sistem ini mempunyai banyak sub-sistem yang menyokong sistem merekod masa bekerja, kewangan, penyelidikan, hal-hal pentadbiran dan sistem komunikasi personal.

Di peringkat Fakulti pula, laman web digunakan di FSSK untuk memberi maklumat kepada pensyarah, pelajar, pentadbir universiti dan orang awam yang berminat dengan fakulti. Antara maklumat yang boleh dicapai ialah:

i. maklumat berkaitan pengajian di fakultiii. maklumat berkaitan penyelidikan yang dijalankan di fakultiiii. bidang-bidang kepakaran yang terdapat di fakultiiv. maklumat pensyarah setiap jabatan dalam fakultiv. sambungan kepada beberapa aplikasi dalam di fakulti

Laman web fakulti boleh dicapai pada alamat http://www.fssk.ukm.my. Rajah berikut menunjukkan laman utama web fakulti.

194

Rajah 6.3: Laman utama web fakulti

Bagi pensyarah pula, laman web FSSK ini digunakan oleh pensyarah dan pelajar berkongsi maklumat tentang bahan pembelajaran. Setiap pensyarah di FSSK boleh menyediakan satu laman web peribadi mereka. Pensyarah bebas untuk mengurus laman web mereka seperti membuat pengumuman untuk pelajar, upload bahan kuliah atau meletak maklumat pensyarah tersebut.

Di samping itu, UKM juga mereka bentuk laman web khusus untuk pelajar yang mendaftar UKM. Sebarang maklumat berkaitan dengan pelajar boleh didapati di sini. Laman web e-pelajar boleh dicapai di http://www.ukm.my/e-pelajar/.

195

Rajah 6.2: Sistem i-Folio

Portal e-pembelajaran (i-Folio) UKM

Portal in mula diperkenalkan pada pertengahan 2012 bagi menggantikan sistem SPIN. Sistem i-Folio dibangunkan sendiri oleh kepakaran UKM dengan mengambil kira segala maklum balas berhubung kekuatan dan kelemahan sistem SPIN sebelum ini.Laman web Pusat Pengajian Media dan Komunikasi

Di peringkat Pusat Pengajian, webmaster Pusat turut membangunkan laman web sendiri yang boleh diakses pada www.ukm.my/fsskmention , seperti gambar di bawah:

196

Secara amnya, infrastruktur ICT yang menyokong Program adalah seperti Jadual di bawah.

Pencarian bibliografi berkomputer √Program pengajaran berkomputer yang digunakan sebagai alat bantu belajar

Program berkomputer yang digunakan sebagai sebahagian daripada keperluan pengajaran kursus

Arahan berkomputer yang melibatkan interaksi pelajar bagi menunjukkan pemahaman (contohnya program komputer berinteraksi yang memberi tindak balas kepada input pelajar)

Simulasi kes berkomputer untuk mengajar atau menguji kebolehan membuat keputusan

Internet atau on-line line content-based programme’dari luar institusi

On-line line content-based programme yang dihasilkan oleh institusi sendiri dan diagihkan melalui jaringan setempat atau teknologi carian-jaring

Lain-lain (nyatakan) -

6.1.12 Senaraikan kakitangan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar ICT di peringkat jabatan, berserta kelayakan mereka.

Jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar ICT UKM ialah Pusat Teknologi Maklumat. Senarai kakitangan yang bertanggungjawab di Pusat ini adalah seperti berikut:

Jawatan Bilangan Staf

Profesor VU7 2Prof. Madya DS54 1Pegawai Teknologi Maklumat N52 1Pegawai Tadbir N52 1Pegawai Teknologi Maklumat F52 3Pegawai Teknologi Maklumat F48 5Pegawai Teknologi Maklumat F44 6Pereka N44 1Pegawai Tadbir N41 1Pegawai Teknologi Maklumat F41 33Pereka F41 5Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F38 2Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 39Juruteknik Komputer FT26 1

197

Operator Komputer F22 2Juruteknik Komputer FT22 2Operator Komputer F17 1Juruteknik Komputer FT17 23Pereka B17 1Pembantu Tadbir N17 7Operator Pemprosesan Data F14 6Operator Pemprosesan Data F11 9Pembantu Tadbir N11 4Pembantu Tadbir Am N1 3Jumlah 165

Di peringkat Program dan Pusat Pengajian, nama pegawai yang bertanggungjawab melasksanakan dasar ICT ini adalah seperti berikut:

Bil. Nama Pegawai Kelulusan1. Mohd Azul Mohamad Salleh PhD2. Emma Mirza Wati Mohamad PhD3. Hasrul Hashim MSc

6.1.13 Nyatakan keperluan ICT yang khusus untuk program ini dan jelaskan bagaimana ia disediakan.

Keperluan ICT khusus untuk Program ini ialah Perisian Statistik untuk Sains Sosial. Setiap kakitangan akademik dan pelajar yang memerlukan program ini boleh memohon terus ke PTM untuk dimasukkan ke dalam komputer riba.

Selain kemudahan komputer berinternet, program ini juga memerlukan beberapa perisian khusus bagi memudahkan pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Contoh perisian seperti InDesign, Adobe Photoshop, Dreamweaver, dan sebagainya.

6.1.14 Nyatakan rancangan yang sedia ada untuk menambah baik kemudahan pendidikan – fizikal, perpustakaan dan ICT – selari dengan perkembangan pendidikan.

Dalam usaha meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran supaya setanding dengan perkembangan pengajaran, Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menubuhkan Bahagian

198

Pembangunan Kurikulum dan Inovasi yang diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah. Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan dan mengkoordinasi kursus serta menyediakan maklumat dan teknik pengajaran dan pembelajaran terkini kepada para pensyarah.

Bagi menambahbaik penggunaan ICT dan perpustakaan pula, Pusat Teknologi Maklumat dan PTSL pula masing-masingnya bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat ICT dan buku-buku yang diperlukan selari dengan perkembangan pendidikan terkini.

Sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia, UKM menerusi PPA komited dalam perancangan dan pembangunan kemudahan pengajaran dan pembelajaran ke tahap antarabangsa seperti mana yang terkandung dalam Pelan Strategik UKM 2000-2020.

6.1.15 Jelaskan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi secara berkala mengkaji kecukupan, kekinian dan kualiti sumber pendidikannya. Jelaskan juga peranan jabatan dalam proses pengkajian ini.

Keperluan sumber pendidikan selalunya dipantau dalam pelbagai jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Perkembangan dan Perancangan Akademik (JPPA), Majlis Teknologi Maklumat dan Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian, termasuk Mesyuarat Pengurusan Universiti dan Mesyuarat Senat. Terdapat seorang Pegawai Tekonologi Maklumat di setiap Pusat Tanggungjawab untuk mengumpul komen, cadangan dan maklum balas daripada pengguna. Pengurusan di setiap PTJ akan bertindak sewajarnya untuk meningkatkan sumber pendidikannya. Dana dan pembangunan sumber pendidikan yang baru termasuk pemulihan dan pembangunan kemudahan yang sedia ada diselaraskan oleh Pusat Pengurusan Pembangunan.

Sistem maklumat yang bersepadu telah dilaksanakan di UKM. Bagi kemudahan staf, portal E-Warga menyediakan pelbagai kemudahan seperti rekod kakitangan, penilaian, tempahan infrastruktur dan aduan. Jaringan maklumat pelajar disediakan melalui kemudahan E-Pelajar yang membolehkan pelajar mendaftar kursus, membuat aduan dan menyemak keputusan. Untuk tujuan pembelajaran, sistem portal SPIN disediakan untuk pelajar berhubung dengan pensyarah dan mendapatkan maklumat berkaitan kursus secara atas talian. Pelajar boleh menggunakan kemudahan wifi dan komputer di setiap makmal komputer di Fakulti secara percuma.

6.1.16 Huraikan bagaimana pelajar disediakan dengan peluang untuk belajar pelbagai kaedah terkini untuk mendapatkan maklumat.

199

Pelajar disediakan dengan peluang belajar pelbagai kaedah terkini untuk mendapatkan maklumat melalui kemudahan internet secara wireless dan berangkaian. PTM, perpustakaan dan PPA menawarkan kursus-kursus latihan berhubung kaedah dan teknologi mendapatkan maklumat yang terkini. Sebagai contoh, Perpustakaan menyediakan 11,196 kursus yang berhubung sistem maklumat perpustakaan dalam tahun 2008.

Sebagai sumber pendidikan, Perpustakaan UKM, komited dalam menyediakan koleksi bahan bercetak dan bahan elektronik untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang tidak sedia ada boleh diperolehi melalui pinjaman antara perpustakaan.

6.1.17 Sejauh manakah segala kemudahan asas ini mesra pengguna bagi mereka yang mempunyai keperluan khas?

Pelajar yang memerlukan keperluan khas akan diuruskan oleh pihak Fakulti, Institut dan Pusat yang bertanggungjawab, juga oleh kolej penginapan pelajar berkenaan. Fakulti akan menyelaraskan keperluan ini dengan pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Pengurusan Pembangunan (JPP). Bagi kemudahan di kolej kediaman, pusat perkhidmatan pelajar melalui Unit Kebajikan di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar (JPPel) akan menyelaraskannya dengan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP) untuk menyediakan kemudahan seperti tanjakan, lif dan tulisan Braille. PTSL mempunyai satu seksyen Braille khusus untuk pengguna buta.

Fakulti juga telah mengadakan audit kemudahan OKU di FSSK dalam tahun 2008 yang dikendalikan oleh para pelajar yang dilantik oleh Pusat Pembangunan Akademik. Untuk maklumat lanjut, lihat Laporan Audit Kemudahan OKU di FSSK.

6.2 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

6.2.1 Huraikan kemudahan dan peruntukan yang disediakan untuk menyokong penyelidikan.

Bagi menyokong kemudahan penyelidikan, Fakulti memperuntukkan sejumlah amaun melalui Dasar Sedia Ada KW Pengurusan (kod peruntukan 10-3801001-27500 – Bekalan Penyelidikan) untuk aktiviti penyelidikan pelajar pascasiswazah. Peruntukan dana Operasi Universiti Penyelidikan digunakan untuk melantik Pasca Doktoral dan Malim. Skim Zamalah Pasca Siswazah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak Pusat Pengurusan Siswazah UKM kepada pelajar. Manakala lantikan

200

Graduate Research Assistant (GRA) dalam penyelidikan kakitangan akademik diuruskan oleh pihak CRIM dengan biaya dana penyelidikan UKM dan lain-lain sumber. Pelbagai kemudahan fizikal seperti makmal, bilik sumber dan bilik karel disediakan untuk kegunaan pelajar dan kakitangan akademik sepanjang menjalankan penyelidikan.

Sila rujuk Lejar KW Pengurusan, Surat Pelantikan Pasca Doktoral, Surat Pelantikan Malim, Dokumen Skim Zamalah, Senarai GRA, Senarai Makmal, Bilik Sumber dan Bilik Karel di Pejabat Pengurusan Kualiti Fakulti untuk maklumat lanjut.

6.2.2 Huraikan program penyelidikan utama jabatan dan nyatakan staf akademik yang terlibat.

Program penyelidikan utama Fakulti adalah berdasarkan tujahan penyelidikan enam pusat pengajian. Penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut bidang kepakaran kakitangan akademik Fakulti. Penyelidikan yang dijalankan di pusat pengajian adalah berteraskan kepada empat tujahan penyelidikan iaitu Polisi dan Industri Komunikasi; Globalisasi dan Kesan Sosial; Analisis Audien; dan Media, Demokrasi dan Perpaduan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Senarai Penyelidikan FSSK 2008-2010 di Lampiran Bidang 5 (Lampiran 5.2.12).

6.2.3 Huraikan bagaimana Pemberi Pendidikan Tinggi menggalakkan interaksi antara penyelidikan dan pembelajaran. Tunjukkan pertalian antara dasar Pemberi Pendidikan Tinggi berhubung penyelidikan serta pembangunan dengan kegiatan pengajaran dan pembelajaran jabatan.

UKM menyediakan Geran Penyelidikan Tindakan/Strategik kepada ahli akademik bagi tujuan menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Hasil penyelidikan adalah bermanfaat untuk UKM dalam salah satu bidang teras iaitu pengajaran dan pembelajaran, atau pelbagai aspek sistem penyampaian (operasi, sokongan, dll) yang penting dan strategik untuk universiti.

Hasil penyelidikan boleh memperbaiki cara UKM menangani isu atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Universiti dalam operasinya, seperti memperbaiki kaedah pengajaran & pembelajaran selain memperbaiki strategi, amalan atau kefahaman berkenaan dengan persekitaran ekosistem ilmu UKM dan menghasilkan tindakan, proses atau prosedur baru untuk kepentingan strategik UKM. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran UKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah

201

Universiti Bil. 4/2008 (bth 6 Ogos 2008) yang menekankan aspek interaksi menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi semua kaedah yang ada termasuk penyelidikan.

Aktiviti penyelidikan ahli akademik UKM umumnya dan Program Komunikasi Media khususnya adalah berlandaskan kepada bidang kepakaran ahli akademik masing-masing. Bidang kepakaran ini amat berkaitan dengan kursus-kursus yang diajar di dalam Program. Hasil penyelidikan yang dijalankan telah dimanafaatkan dengan baik dalam proses pendidikan pelajar yang digunakan sebagai contoh-contoh perkembangan ilmu terkini. Penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah sewaktu cuti sabatikal juga dimanafaatkan dengan baik dari aspek perkembangan ilmu-ilmu baru dan teknologi semasa. Bagi memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran, hasil penyelidikan digunakan dalam pengajaran. Liputan kuliah merangkumi isu-isu semasa dan penemuan penyelidikan yang terkini.

6.2.4 Nyatakan sebarang inisiatif jabatan untuk menggalakkan pelajar turut serta dalam kegiatan penyelidikan.

Antara inisiatif yang dijalankan adalah menerusi:

Kursus-kursus yang berkaitan dengan metodologi penyelidikan seperti untuk menyiapkan latihan ilmiah dan tesis sarjana seperti:

i Bengkel pembentangan proposalii Bengkel metodologi penyelidikaniii Bengkel pembentangan tesis sarjana dan laporan kemajuaniv Bengkel penyelidikan bagi prasiswazah dan siswazah setiap

semester yang memfokuskan kepada pengembangan kemahiran berkaitan penyelidikan seperti membuat kajian kepustakaan, penulisan penyelidikan, kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.

v Penglibatan sebagai pembantu penyelidik siswazah (GRA) dalam penyelidikan kakitangan akademik/penyelia pelajar.

6.2.5 Tunjukkan hubung kait antara penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

Di Program dan juga Fakulti, hasil penyelidikan mempunyai kaitan yang rapat dengan pembangunan pendidikan, tetapi tidak dalam bidang pengkormesiolan. Ini kerana produk penyelidikan pensyarah Fakulti bukanlah dalam bentuk barangan yang dihasilkan, tetapi dalam bentuk ilmu normatif yang boleh disebarkan melalui pendidikan dan penerbitan sahaja. Dalam soal penerbitan ini, menjadi syarat kepada ahli Fakulti

202

untuk menerbitkan dan membentangkan hasil penyelidikan masing-masing.

6.2.6 Huraikan proses bagaimana jabatan menyemak sumber dan kemudahan penyelidikannya serta langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan kemampuan penyelidikannya.

Proses semakan sumber penyelidikan dilakukan menerusi maklumat daripada pihak CRIM, buletin Universiti dan hebahan atau website pemberi biaya berkaitan penyelidikan. Tindakan lanjut diteruskan di peringkat Fakulti melalui hebahan menerusi emel atau surat rasmi sebelum diteruskan dengan proses penilaian dan perakuan/sokongan seperti prosedur ditetapkan.

Proses semakan kemudahan penyelidikan dibuat melalui audit inventori ISO 9001 dan memastikan kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat.

Langkah-langkah meningkatkan kemampuan penyelidikan dilakukan menerusi pembelian bahan/peralatan makmal yang baru menerusi geran instrumentasi UKM, mengadakan bengkel/kursus, menghasilkan proposal penyelidikan dan memperolehi penyelidikan baru bagi memantapkan lagi kepakaran ahli akademik dan pelajar.

6.3 KEPAKARAN PENDIDIKAN

6.3.1 Huraikan dasar dan amalan berhubung penggunaan kepakaran yang sesuai dalam proses perancangan program pendidikan dan dalam membangunkan kaedah baru pengajaran dan penilaian.

Dalam perancangan program pendidikan, Fakulti dan Pusat melantik ahli program berpandukan kepakaran pendidikan masing-masing untuk menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Perkembangan Kurikulum yang bertanggungjawab menyemak kurikulum program sekurang-kurangnya setiap tiga hingga lima tahun sekali. Selain daripada jawatankuasa ini, wakil daripada pihak berkepentingan turut dilantik sebagai penasihat untuk menyemak kurikulum yang dibangunkan bagi memastikan bahawa kurikulum tersebut menepati kehendak pasaran masa kini.

Sewaktu pengajaran, para pensyarah digalakkan untuk memperkenalkan kaedah pengajaran dan penilaian yang menarik selaras dengan hasil pembelajaran yang disasarkan.

203

6.3.2 Huraikan akses kepada kepakaran pendidikan, sama ada dalaman atau luaran, dan penggunaannya untuk pembangunan staf dan penyelidikan.

Program mendapat akses kepada kepakaran pendidikan ini dari Pusat Pembangunan Akademik UKM dan juga melalui hubungan peribadi dengan rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan juga MQA. Pandangan pakar dari Fakulti Pendidikan sentiasa diambil bagi memastikan kaedah yang digunapakai adalah bersesuaian dengan teori dan kerangka pendidikan. Dengan latihan yang diberikan oleh PPA dan juga hubungan dengan Fakulti Pendidikan serta teguran berkala dari penilai luar dan juruaudit ISO yang dilakukan, Program mengambil semua cadangan ini untuk urusan pembangunan staf dan penambaikan kurikulumnya.

6.4 PERTUKARAN PENDIDIKAN

6.4.1 Huraikan amalan jabatan dalam memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan pemberi Pendidikan Tinggi lain, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, selari dengan dasar Pemberi Pendidikan Tinggi.

Fakulti menggalakkan pertukaran pelajar dalam usaha menambahkan pengalaman mereka bagi menghasilkan pencapaian pembelajaran yang lebih berkesan. Sekiranya proses berkenaan melibatkan pemindahan kredit dengan institusi, proses kesetaraan kredit yang dibawa akan digunapakai seperti mana yang dinyatakan dalam Polisi Pemindahan Kredit UKM. Bagi program pertukaran pelajar, prosesnya akan diuruskan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa, sementara program mobiliti pelajar yang bersifat bukan-akademik akan diuruskan oleh Pusat Perkembangan Pelajar.

Selain itu, kakitangan akademik juga digalakkan mengikuti program sangkutan dan cuti sabatikal sama ada dengan industri atau lain-lain organisasi di dalam atau luar negara. Tidak ketinggalan juga, fakulti turut mengadakan penanda arasan/benchmarking dengan universiti luar negara bagi memastikan penyampaian dan standard program terjamin. Sebagai tambahan, fakulti juga menyokong kerjasama jangka pendek seperti latihan amali, kerjasama perundingan dan penyelidikan dengan universiti atau badan luar.

6.4.2 Nyatakan bagaimana kerjasama ini disebarkan kepada pelajar dan staf akademik.

204

Sebarang bentuk kerjasama dengan pihak luar disampaikan kepada pelajar dan kakitangan menerusi brosur program pertukaran/mobiliti pelajar, papan kenyataan, papan elektronik di bahagian pintu masuk utama dan laman sesawang UKM dan Fakulti.

6.4.3 Huraikan rancangan masa depan mempertingkat kegiatan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dalam usaha menguatkan aktiviti kerjasama dengan pihak antarabangsa, UKM telah mengnalpasti pengantarabangsaan sebagai salah satu KPI di bawah Pelan Transformasi iaitu Projek World-Class Benchmarking dan Pelan Pengantarabangsaan UKM yang diselaraskan oleh Pejabat Perhubungan Antarabangsa.

Oleh sebab UKM sentiasa menjadi rujukan utama kepada Bahasa Melayu dan alam tamadun Melayu, kerjasama antarabangsa dalam bidang ini diwujudkan bagi mengukuhkan projek “Bahasa Melayu” dalam Pelan Transformasi UKM.

6.4.4 Huraikan kemudahan peruntukan kewangan bagi tujuan kerjasama ini.

Kemudahan peruntukan kewangan bagi tujuan kerjasama ini disokong oleh peruntukan berikut:

Peruntukan persidangan Dana Universiti Dana Yayasan Canselor- Program Mobiliti pelajar Dana Industri di bawah TNC-HEJIMDana sabatikal

6.5 PERUNTUKAN KEWANGAN

6.5.1 Nyatakan tanggungjawab dan rantaian autoriti dari segi bajet dan peruntukan sumber Pemberi Pendidikan Tinggi.

Pengagihan sumber kewangan diselaraskan oleh Jabatan Bendahari UKM dengan pemantauan oleh pihak yang berkuasa seperti Lembaga Pengarah Universiti dan Mesyuarat Pengurusan Universiti. Peruntukan belanjawan termasuk belanjawan tahunan ini disediakan oleh oleh Kerajaan untuk tujuan pembangunan, pengurusan dan penyelidikan (Geran universiti Penyelidikan). Peruntukan ini adalah untuk membiayai pembangunan,

205

binaan infrastruktur akademik dan penyelidikan dan operasi program akademik.

6.5.2 Tunjukkan bagaimana peruntukan kewangan untuk program, dan penggunaannya, adalah mencukupi bagi mencapai tujuannya.

Pengagihan peruntukan biasanya diasaskan kepada saiz fakulti, bilangan pelajar dan jenis program akademik yang dikendalikan (profesional atau bukan-profesional) serta penggunaan belanjawan tahunan sebelumnya. Lihat maklumat dalam Penyata kewangan Fakulti untuk tahun 2008-2010.

6.5.3 Huraikan bagaimana mereka yang bertanggungjawab terhadap program mempunyai autonomi sewajarnya untuk mengagih dan menggunakan sumber demi mencapai matlamat program.

Dekan dengan dibantu oleh Ahli Pengurusan Fakulti diberi kuasa untuk menguruskan Belanjawan Mengurus dan Tabung Kokurikulum Fakulti. Selain itu, peruntukan belanjawan mengurus Fakulti juga telah diagihkan kepada Pusat Pengajian supaya dapat mentadbir sendiri peruntukan yang telah diagihkan. Pengerusi Pusat Pengajian dan Ketua Program boleh memohon peruntukan tambahan sekiranya wujud keperluan dalam mencapai objektif program.

206