perbezaan individu dan gaya pembelajaran

78
MAZNI BINTI MATZIN FARHANA BINTI JASNI HASLINA BINTI IBRAHIM FATIN AMALINA BINTI AWANG HAMID KUMPULAN 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN

Upload: cikgu-farhana

Post on 17-Dec-2014

28.858 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

semoga bertambah lebih ilmu dengan berkongsi..

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

MAZNI BINTI MATZINFARHANA BINTI JASNI

HASLINA BINTI IBRAHIMFATIN AMALINA BINTI AWANG HAMID

KUMPULAN 5PERBEZAAN INDIVIDU DAN

PEMBELAJARAN

Page 2: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

PERBEZAAN INDIVIDU PEMBELAJARAN

1. Kecerdasan 1. Gaya berfikir

2.Teori kecerdasaan pelbagai

2.Gaya pembelajaran

3. Teori kecerdasaan emosi Implikasi perbezaan individu terhadap P&P

SKOP PERBINCANGAN

Page 3: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

TOPIK (1)

PERBEZAAN INDIVIDU

Page 4: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU

• Ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial di kalangan individu.

• Selain itu, dapat diperhatikan ciri-ciri tertentu seperti:

1. Temperamen2. Tahap tenaga3. Pola persahabatan4. Hubungan ibu bapa dgn anak-anak.

Page 5: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

TEMPERAMEN Tret personaliti, emosionaliti dan pola tingkah laku yangsebahagiannya diwarisi daripada ibu bapa.

TAHAP TENAGAKeadaan fizikal seseorang dari segi bertenaga dan berstaminasemasa terlibat dalam sesuatu aktiviti.

POLA PERSAHABATANMerujuk kepad aktiviti persahabatan dalam kumpulan rakannya.

Cth:Hubungan perapatan(vertikal)ikatan kasih sayang dengan ibu bapa dan amat istimewa dalamhidupnya.

Hubungan mendatar (horizontal) Hubungan dengan kawan-kawan

Page 6: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Papalia (2001), manusia berbaza dari segi jantina, berat, bentuk badan, kesihatan tahap tenaga personaliti dan emosi.Faktor persekitaran pula, seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, sekitar sekolah dan dirumah, komuniti masyarakat.

Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat.

PANDANGAN TOKOH

Page 7: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

ASPEK –ASPEK PERBEZAAN

INDIVIDU

EMOSI

JANTINA

FIZIKAL

KOGNITIF/MENTAL

TINGKAH LAKU

PERSONALITI

SOSIAL

BAHASA DAN BANGSA

Page 8: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Masyarakat Asia:kanak-kanak lelaki berani, dianggap ketua keluarga,harapan yg tinggi.

Sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin danberdisiplin serta berjaya dalam pelajaran.

Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang.

JANTINA

Page 9: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori.

Endomorf (bertubuh bulat)Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan.

Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat)Bersifat asertif, bertenaga, kuat bersukan

Ektomorf (kurus dan tinggi)Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia.

FIZIKAL

Page 10: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Individu adalah berbeza dr segi kebolehan kognisi (menaakul, berfikir logik, berbahasa, mengira dan berimaginasi).

Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.

Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .

KOGNITIF

Page 11: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja).

Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert.

PERSONALITI

Page 12: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Cara seseorang menzahirkan perasaan sama ada secara sedar ataupun tidak.

Cth:• Sensetif• Marah• Gembira• Sedih• Suka

EMOSI

Page 13: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Tahap pergaulan seseorang individu dengan masyarakat sekelilingnya.Di sekolah guru boleh mengetahui pola persahabatan dengan menggunakan simbol-simbol berikut:

• Bintang – murid popular menerima undian 10 dpd murid yg menyukkainya.

• klik – bentuk persahabatan 2 atau lebih murid memilih antara satu sama lain.

• Rantai – persahabatan yg memilih kawan secara tersusun A,B,C danseterusnya.

• Pencilan – Murid tidak mengundi sesiapa dan orang lain tidak memilihnya.

• Singkiran – Murid mengundi orang lain dan orang lain tidak memilihnya.

SOSIAL

Page 14: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Dalam sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat drp migrasi. Ramai ahli psikologi Amerika berpendapat tiba masanya diperkenalkan kurikulum berbilang budaya dan bahasa dalam subjek silang budaya.

BAHASA DAN BANGSA

Page 15: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

FAKTOR MEMPENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU

PENGARUH GENETIK• Fizikal• Mental• Emosi

PENGARUH PERSEKITARAN• Keluarga• Rakan sebaya• Kebudayaan dan kepercayaan• Sumber teknologi• Guru dan sekolah

Page 16: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KECERDASAN

Page 17: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KONSEP KECERDASAAN SECARA AM• Kecerdasaan bermaksud kebolehan belajar

mengenai,belajar daripada, memahami dan berinteraksi dengan persekitaran sebagai contoh:

1. Penyesuaian terhadap persekitaran/perubahan2. Kapasiti dan kebolehan untuk menimba ilmu3. Kapasiti untuk memperoleh penaakulan dan

pemikiran abstrak4. Kebolehan untuk memahami hubungan antara

individu 5. Kebolehan menilai6. Kapasiti untuk pemikiran asli dan produaktif.

Page 18: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KONSEP KECERDASAAN • Istilah “ kecerdasan “ mula diperkenalkan oleh Sir

Francis Galton. Galton meyakini bahawa kebolehan intelek seseorang adalah bersifat penurunan. Walaupun beliau gagal membina sebuah ujian kecerdasan tetapi beliaulah yang memperkenalkan konsep “ kecerdasan”.

• Menurut kamus dewan ,1991:264 (dalam Sidek Mohd Noah,1998) kecerdasaan bermaksud kesempurnaan untuk berfikir, mengerti dan lain-lain seperti ; kepandaian,kepintaran dan kecerdikan.

• ,

Page 19: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

DEFINISI KECERDASAN BERDASARKAN TEORI:

• Binet (1905), memberikan erti kecerdasan sebagai kesanggupan yang membolehkan seseorang itu menyesuaikan diri dan kebolehan dalam memberikan pertimbangan yang kritikal terhadap diri sendiri.

• Galton (1869), Cartell (1890) dan Hall (1844-1924)- Bersetuju bahawa kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan darjah kecerdasan (IQ) menusia pada dasarnya ditentukan dan tidak boleh berubah. Orang yang bijak datangnya dari keluarga dan keturunan yang bijak juga.

Page 20: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

PANDANGAN TRADISIONAL

• Kecerdasaan lebih merujuk kepada kecerdasaan jenis logikal/metamatikal dan linguistik/verbal sepertimana yang diberi keutamaan dan penekanan oleh institusi pendidikan.

• Guru hanya memberi tumpuan kepada kedua-dua jenis kecerdasaan tersebut dalam proses P&P bilik darjah, pengujian, pengkuhan dan pemberian ganjaran.

Page 21: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

UJIAN MENGUKUR KECERDASAAN• Alfred Binet & Theodore Simon menghasilkan ujiankecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligece Test.

• Lewis Terman (1916) mengubahsuai alat ujian Binetdan memperkenalkan ujian IQ (Intelligence Quotient) .

• Ahli-ahli psikologi tidak bersetuju pendapat menyatakan bahawa kecerdasan adalah sama dgnkreativiti.

Page 22: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

PANDANGAN MODEN

1. Teori kecerdasaan (Triarchic Sternberg)2. Teori kecerdasaan pelbagai (Gardner)3. Teori kecerdasaan emosi (Goleman)

Page 23: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

TEORI KECERDASAAN (Triarchic Sternberg)

• Robert J. Sternberg dilahirkan pada 8 Disember 1949 di Pennsylvania dan berkerakyatan Amerika.

• Bidang yang diceburi adalah sebagai psychometrician dan merupakan Dekan bagi Fakulti Seni dan Sains di Universiti Tufts. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan pendidikan di Universiti Yale.

• Menurut beliau, tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu kebolehan analitikal, kebolehan kreatif dan kebolehan praktikal.

Page 24: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

1. Kebolehan analitikal-merupakan kebolehan menilai, menganalisis&membandingbeza maklumat yang diterima

2. Kebolehan kreatif-merupakan kebolehan merekacipta, membuatpenerokaan dan sebagainya.

3. Kebolehan praktikal-satu tindakan yang membenarkan individu mengaplikasi sesuatu yang telah dipelajari.

Page 25: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

TEORI KECERDASAAN PELBAGAI (Gardner)

• Teori ini diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983.

• Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.

• Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.

• Beliau mencipta 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Page 26: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

LAPAN JENIS KECERDASAAN

1. PERKATAAN (linguistic intelligence)

2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical

intelligence)

3. GAMBAR (spatial intelligence)

4. MUZIK (musical intelligence)

Page 27: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)

6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic

intelligence)

7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal

intelligence), and/or

8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI

(naturalist intelligence)

Page 28: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

1. KECERDASAN VERBAL - LINGUISTIK

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada

secara lisan atau tulisan, termasuk – keboleban memanipulasikan

ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal,

penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA:

Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang

sastera.

Page 29: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

2. KECERDASAN LOGIK - MATEMATIK

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak,

perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik,

induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi,

perhitungan dan pengujian hipotesis.

Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak,

penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan

Page 30: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

3. KECERDASAN FIZIKAL - KINESTATIK

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti

koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.

Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan

perasaan.

Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti

jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanandiri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon,

tentera, polis.

Page 31: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

4. KECERDASAN VISUAL - SPATIAL

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati

dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan

ruang.

Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis

rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi

aktif,peta minda, menvisual secara spatial dan

mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.

Page 32: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

5. KECERDASAN MUZIKAL-RITMA

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan

meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini

termasukkepekaan terhadap ritma, melodi atau

kelangsingan suatu hasil muzik.

Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi

instrumental, nyanyian dan drama lagu

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.

Page 33: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

6. KECERDASAN INTRAPERSONAL

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk

menilai diri sendiri.

Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm,

proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap

tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli

Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi

Page 34: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

7. KECERDASAN INTERPERSONAL

Kemampuan interaksi sosial

Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan

empati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas,

strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja

sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan

Page 35: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

8. KECERDASAN NATURALIS

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai pola,bentuk flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist

Page 36: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KECERDASAN EMOSI (EQ)

Page 37: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

APAKAH KECERDASAN EMOSI???satu perasaan jiwa yang kuat.

-kamus Advance Learner’s English-Mallay dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap. Contohnya kasih sayang, gembira, takut dan sebagainya.\

Menurut Danial Goleman dalam bukunya, Emotional Intellegence (1997), emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.

Page 38: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

3 KOMPONEN EMOSI…1. Komponen kognitif – pengalaman yang subjektif di

bawah keadaan sedar, termasuk aspek penilaian.

2. Komponen psikologikal – merangsang dan membangkitkan badan fizikal.

3. Komponen behavorial – ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka.

Oleh itu, emosi digambarkan dengan bahasa badan fizikal iaitu bukan lisan.

Page 39: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

JENIS-JENIS EMOSI

Menurut Goleman 1997, 1. Marah (anger)2. Sedih (sadness)3. Takut (fear)4. Gembira (happy)5. Sayang (love)6. Hairan (surprise)7. Benci (disgust)8. Malu (shame)

Page 40: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

J.D. Mayer dan P.Salovey (1993),

• kecerdasan emosi sebagai kognitif masyarakat merangkumi 3 katogeri utama:-

i. Kebolehan membezakan emosi diri dan orang lain.

ii. Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain.

iii. Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.

Page 41: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

D. Goleman (1995),

• Kecerdasan emosi dibahagi 5 iaitu:-

i. Kebolehan memerhati diri.ii. Kebolehan mengurus emosi.iii. Kebolehan menggalak diri.iv. Kebolehan mengawal perasaan yang teruja.v. Menguasai teknik menjalin hubungan

interpersonal.

Page 42: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Salovey,

• Beliau menggunakan kecerdasan peribadi yang dihuraikan oleh Gardner untuk merangka difinisi kecerdasan emosi dengan mengembangkan kebolehan mereka kepada 5 bidang seperti berikut:-

i. Kebolehan memahami emosi diri sendiri.ii. Kebolehan mengurus emosi.iii. Kebolehan memotivasi diri.iv. Kebolehan membaca emosi orang lain (empati)v. Kebolehan mengurus hubungan.

Page 43: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

TOPIK (2)PEMBELAJARAN

Page 44: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KONSEP PEMBELAJARAN

• Pembelajaran adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran.

• Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'.

• Proses pembelajaran berlaku apabila individu mula berfikir dan mengalami apa juga jenis perubahan hasil daripada pemikiran tersebut.

Page 46: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KONSEP BERFIKIR

• Edward de Bono ( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

• Dewey ( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

Page 47: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

BERFIKIR MENURUT ISLAM, • berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga

supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.

• kesimpulannya…“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

Page 48: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

PROSES BERFIKIR• Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam

minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

I. Operasi Kognitif- Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

II. Operasi Meta kognitif- Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.

Page 49: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

1. Pemikiran Konvergen

Guilfort 1976,

• Satu jenis daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.

• Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.

Page 50: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

• Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu yang dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu (pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis)

• Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.

• Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada,jawapan Tunggal dan masalah tertutup.

Page 51: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

2. Pemikiran Divergen.

• Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.

• Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut.

• Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.

Page 52: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

• Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif.

• Pemikiran divergen juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral dan mempunyai unsur instuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Page 53: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

3. Pemikiran Reflektif• Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif

memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

• Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.

Page 54: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

4. Pemikiran Kritis dan Kreatif

• Pemikiran ini merupakan renungan kembali refleksi Pemikiran Meta kognitif.Iaitu perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Page 55: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

GAYA PEMBELAJARAN

Page 56: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

KONSEP GAYA PEMBELAJARAN

Suatu Cara atau stail pembelajaranDalam konteks pendidikn: cara pelajar

memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses, memperolehi maklumat/ilmu/ pengalaman baru

Menurut ahli pisikologi mazhab kognitif: pelbagai cara membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan idea yang sebenar.

Page 57: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Peterson (1971): Gaya pembelajaran merupakan pendekatan yang digemari oleh pelajar

Dunn dan Dunn (1978) dalam buku teaching Students Through Their Individual Learning Styles:cara seseorang individu menumpukan perhatian untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru.

Page 58: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN

• Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokus kepada 18 elemen yang mempengaruhi kebolehan belajar seseorang pelajar. Kesemua 18 elemen itu dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori, iaitu

1. Persekitaraan2. Emosional3. Sosiologikal 4. Fizikal.

Page 59: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan prinsip-prinsip berikut :

• Kebanyakan individu mampu dan boleh belajar • Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran

tertentu. • Gaya pembelajaran individu bertindak balas

dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.

• Melalui iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya.

Page 60: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

GAYA PEMBELAJARAN FIELD DEPENDENCE

• Mempersepsikan secara global• Mengkategorikan konsep secara umum• Berorientasikan sosial• Lebih di pengaruhi oleh kritikan• Memerlukan penentuan matlamat dan

pengukuhan luaran

Page 61: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Syor Tugasan Pembelajaran FD• Sediakan satu persekitaran pembelajaran

sosial di mana murid-murid berpeluang untuk berinteraksi dengan orang lain

• Bekalkan bahan sokongan seperti advance organizers

• Pastikan arahan yang diberi jelas dan bersifat eksplisit

• Gunakan banyak contoh dan ilustrasi• Utamakan kaedah berpusatkan murid dengan

penekanan kepada pengukuhan positif

Page 62: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

GAYA PEMBELAJARAN FIELD INDEPENDENCE

• Mempersepsikan secara analitikal• Mengkategorikan konsep secara khusus• Orientasi yang tidak bersifat peribadi• Kurang dipengaruhi oleh kritikan• Mempunyai matlamat dan pengukuhan

yang ditentukan sendiri

Page 63: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Syor tugasan pembelajaran FI

• Menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang berdikari dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan.

• Bekalkan murid-murid dengan bahan rujukan dan bahan resos.

• Beri bimbingan yang minimum

Page 64: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

GAYA PEBELAJARAN KOLBTERDAPAT 4 GAYA PEMBELAJARAN

DIVERGER

ASSIMILATOR CONVERGER

ACCOMODATOR

GAYA PEMBELAJARAN

Page 65: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

DIVERGERS

• Berupaya mengasimilasi pelbagai maklumat untuk dijadikan satu entiti yang bersepadu .

• Boleh menjana banyak idea• Mempunyai imiginasi yang tinggi • Berfikiran terbuka • Boleh berinteraksi dengan orang lain

Syor Tugasan Pembelajaran• Menyiapkan tugasan terbuka • Pembelajaran bersifat individualistik• Menyelesaikan situasi-situasi yang kabur

Page 66: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

CONVERGERS

• Cekap menyelesaikan masalah terutamanya yang berkaitan dengan tugasan teknikal

• Cekap membuat penaakulan deduktif• Berupaya mengaplikasi idea terhadap situasi praktikal• Bersifat prakmatik dan realistic• Berfokus dan boleh membuat keputusan

Syor Tugasan Pembelajaran• Mengesahkan keaslian maklumat • Membuat ramalan• Menyediakan kerangka• latihtubi

Page 67: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

ASSIMILATOR

• Bersifat logikal dan tidak berputar belit • Bersistematik• Bersifat analitikal dan cekap melakukan tugasan

berbentuk kuantitatif• Cekap dari segi membina teori• Cekap membina penaakulan induktif

Syor Tugasan Pembelajaran• Memilih dan mengesahkan sumber maklumat• Menganalisis idea utama• Membuat ramalan• Membuat kesimpulan

Page 68: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

ACCOMODATOR• Berorientasikan tindakan dan hasil• Gemar menimba pengalaman baru • Suka mengambil risiko• Cenderung kepada bidang kesenian• Berfikiran terbuka dan berorientasikan manusia• Melibatkan diri secara peribadi• Berupaya untuk menyesuaikan diri terhadap situasi baru

Syor Tugasan Pembelajaran• Menjana contoh peribadi• Memberi contoh konkrit• Mengaplikasi maklumat• Menggunakan urutan daripada konkrit kepada abstrak

Page 69: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Page 70: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

Faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran

1. Ransangan persekitaran(sunyi, bising, kondusif, formal/tdk formal dll)

2. Ransangan emosi(marah, tenang, gembira, sedih)

3. Ransangan sosial(persaingan antara rakan sebaya, keinginan belajar bersendiri)

4. Ransangan psikologi (impulsif - reflektif; global –analitik)

5. Ransangan fisiologi(auditori,visual)

Page 71: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA

PEMBELAJARAN KEPADA P&P

Page 72: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

1) KESEDIAAN BELAJAR

• Setiap murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yangberbeza. Ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza.

• Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, agar murid yang mempunyai tahap kesediaan belajar rendah tidak terabai dan ketinggalan .

Page 73: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

2) OBJEKTIF P&P

• Guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid dalam merangka objektif P&P

• Guru boleh menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

Page 74: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

3) TINGKAHLAKU MENGGANGU PEMBELAJARAN

• Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran

sering mempamerkan tingkahlaku yang akan

mengganggu perhatian orang lain semasa P&P.

Contohnya:

• Bertindak agresif,(bising,vandalisme)

• Proaktif s(membuat sesuatu yang belum disuruh)

Page 75: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

4. PERBEZAAN GAYA BELAJAR• Perbezaan individu juga mempengaruhi

gaya murid-murid belajar.

Belajar sambil mendengar muzik , Secara visualSecara menyendriSecara berkumpulanProses maklumat secara global

Page 76: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

• Sebagai seorang pendidik, kita perlu peka dan memahami perbezaan pelajar, kita juga digalakkan menggunakan kaedah –kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar semasa pelaksanaan P&P.

Page 77: Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran

1) Kaedah Kumpulan

2) Pengayaan dan pemulihan

3) Pengajaran terancang

4) Pembelajaran Koperatif

5) P&P individu

6) Mempelbagaikan bentuk penilaian

7) Mempelbagaikan Strategi P&P

8) Mempelbagaikan BBM

9) Peneguhan Positif10) Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan

STRATEGI MENAGANI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN