borang pengesahan status tesis - fp.utm.my filepembelajaran menggunakan mpk diperkenalkan untuk...

23
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) PEMPROSESAN MAKANAN BERASASKAN IKAN DAN IRADIASI MAKANAN BAGI KURSUS TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya YUSNANI BINTI MT YONG (KP : 860119-11-5084) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan oleh: ________________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : 5585 KG BULUH GADING, 21200 KUALA TERENGGANU. TERENGGANU. Tarikh : 24 APRIL 2009 (TANDATANGAN PENYELIA) CIK SARIMAH BINTI ISMAIL NAMA PENYELIA Tarikh : 24 APRIL 2009 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: buihanh

Post on 19-Aug-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) PEMPROSESAN MAKANAN BERASASKAN IKAN DAN IRADIASI MAKANAN BAGI KURSUS TEKNOLOGI PEMPROSESAN MAKANAN

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya YUSNANI BINTI MT YONG

(KP : 860119-11-5084) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

________________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 5585 KG BULUH GADING, 21200 KUALA TERENGGANU. TERENGGANU. Tarikh : 24 APRIL 2009

(TANDATANGAN PENYELIA)

CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

NAMA PENYELIA

Tarikh : 24 APRIL 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN

KENDIRI (MPK) PEMPROSESAN MAKANAN BERASASKAN

IKAN DAN IRADIASI MAKANAN BAGI KURSUS TEKNOLOGI

PEMPROSESAN MAKANAN

YUSNANI BINTI MT YONG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

ii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan di mana tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : YUSNANI BINTI MT YONG

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

iii

Dedikasi Teristimewa Buat :

Buat ayah dan ibuku:

Allahyarham Mt Yong Bin Ismail & Maziah Binti Abdullah

Jutaan terima kasih buat ibuku atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan

dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Semoga

dipanjangkan usia, diberikan kesihatan dan dirahmati Allah S.W.T. selalu hendaknya.

Buat adik-beradikku :

Yusree, Yusniza, Azwan, Mohd Faiz

Terima kasih di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang diberikan selama

ini. Semoga kalian dirahmati Allah S.W.T selalu...

Buat pembimbing yang disayangi:

Sarimah Ismail

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu tidak akan ku lupakan...

Buat sahabat handai:

Dan terima kasih kepada semua sahabat handai yang banyak membantu...

hanya Allah dapat membalas budi baik kalian...

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Allhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya

berjaya menyiapkan kajian ini.

Pertama sekali, saya merakamkan setinggi penghargaan ikhlas dan ucapan terima

kasih kepada pembimbing PSM iaitu Cik Sarimah binti Ismail atas segala bimbingan

dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh PSM ini dijalankan.

Terima kasih juga kepada pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan yang diatas kesudian membantu dan sedia meluangkan masa dalam

menjayakan PSM ini. Semoga bantuan yang dihulurkan kalian dirahmati Allah S.W.T.

Akhir sekali, perhargaan juga ditujukan kepada sahabat handai yang banyak

membantu dalam menjayakan kajian ini. Juga kepada yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan dan memberikan pendapat dalam

menyiapkan kajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

v

ABSTRAK

Pembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan

pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi

sikap, minat terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar dan motivasi. Oleh itu

MPK ini dibina bagi membantu pelajar menguasai sesuatu tajuk berdasarkan tahap

kemampuan mereka dan mereka bebas untuk melakukan proses pemelajaran tanpa ada

batasan dari segi masa dan pengawasan daripada guru dan pensyarah. Isi kandungan

pembelajaran MPK ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran kursus Teknologi

Pemprosesan Makanan I dan II bagi pelajar tahun empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan Kemahiran Hidup, UTM Skudai. Seorang responden terlibat dalam

Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dan 30 responden terlibat dalam Penilaian

Kajian Lapangan. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Data

yang diperolehi dianalisa secara diskriptif bagi kaedah PFKK dan menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science (SPSS) bagi Kajian Lapangan. Dapatan kajian

menunjukkan penilaian keatas kedua-dua MPK yang dibina adalah sesuai untuk

digunakan sebagai bahan pemelajaran. Di akhir kajian ini diusulkan beberapa cadangan

yang bersesuaian bagi memperbaiki kelemahan MPK agar menjadi bahan pemelajaran

yang berkesan dan berkualiti.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

vi

ABSTRACT

Learning using Self Learning Module (SIM) is introduced to improve students’

academic achievement who gave various differences in terms of attitude, subject

interest, study style and motivation. Therefore, these SIMs were developed to help

students to master topic of a course in depth based on their ability and free from time

constraint and lecturer’s supervision. Content of these SIMs are based on the syllabus of

Food Processing Technology I and Food Processing Technology II courses for final year

student of the Bachelor Education with Technology (Living Skills), UTM Skudai. A

respondent was involved in Evaluation of Small Group Formative (ESGF) and 30

students were participated in the evaluation of Field Trial (FT) using questionnaire as a

research instrument. Data derived from the instrument were analyzed descriptively using

computer software of Statistical Package For Social Science (SPSS). Finding of the

study showed that both SIMs that been developed are suitable to be used as a learning

material. A few suggestions were suggested in the last chapter of this report on how to

improve these SIMs to be an effective and a quality of learning material.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rangka Kerja Konsep 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

1.8 Skop Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

viii

1.9 Takrifan Istilah 10

1.10 Rumusan 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Modul Pengajaran kendiri 14

2.3 Rasional Merekabentuk MPK 15

2.4 Teori yang Digunakan Dalam MPK 15

2.5 Model yang Berkaitan Pembinaan MPK 16

2.5.1 Model Burns (1972) 16

2.5.2 Model Klingstedt (1972) 17

2.5.3 Model Eijil (1976) 18

2.5.4 Model Zainal, Ali, dan Khalid (1983) 19

2.5.5 Model Teras Cabang Shaharom (1994) 20

2.6 Rasional Penggunaan Model Teras Cabang 23

2.7 Penilaian MPK 24

2.7.1 Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) 25

2.7.2 Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) 26

2.7.3 Percubaan dalam Keadaan yang Sebenar

(Kajian Lapangan) 27

2.8 Konsep Pengajaran Bermodul (PB) 27

2.8.1 Kebaikan PB kepada Pelajar 28

2.8.2 Kebaikan PB kepada guru dan Pensyarah 29

2.9 Kekangan menggunakan MPK 32

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Kandungan MPK 34

3.3.1 MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan 35

3.3.2 MPK Iradiasi Makanan 36

3.4 Subjek Kajian 36

3.5 Instrumen Kajian 37

3.6 Tatacara Kajian 39

3.6.1 Kajian Tahap Pertama 41

3.6.2 Kajian Tahap Kedua 43

3.6.3 Kajian Tahap Ketiga 45

3.6.4 Kajian Tahap Keempat 47

3.7 Batasan Kajian 50

3.8 Rumusan 51

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Bahagian A: Pembinaan MPK 53

4.3 Bahagian B: Hasil dapatan Kajian 53

4.3.1 Analisis Data PFKK 54

4.3.1.1 Dapatan kajian PFKK MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan 55

4.3.1.2 Dapatan kajian PFKK MPK Iradiasi

Makanan 57

4.3.2 Analisis Data Kajian Lapangan 58

4.3.2.1 Teks 60

4.3.2.2 Aktiviti 65

4.3.2.3 Gambarajah 70

4.3.2.4 Objektif Pembelajaran 77

4.3.2.5 Soalan 80

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

x

4.5 Rumusan 83

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN, KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 86

5.2 Ringkasan Hasil Dapatan 87

5.2.1 Bahagian A: Pembinaan MPK 87

5.2.2 Bahagian B:Penilaian MPK 88

5.3 Perbincangan 90

5.3.1 Bahagian A: Pembinaan MPK Pemprosesan Ikan

dan Iradiasi Makanan 91

5.3.2 Bahagian B: Penilaian MPK oleh Pesyarah

dan Pelajar 92

5.4 Cadangan 96

5.5 Kesimpulan 97

RUJUKAN 98

LAMPIRAN 101

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Lampiran E

Lampiran F

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Item Soal Selidik 34

3.2 Pekali Alpha Cronbanch 44

3.3 Skala Pemeringkatan MPK 49

3.4 Pengkelasan Skor Min 49

4.1 Skala Pemeringkatan MPK 54

4.2 Jadual markah dan min MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan 55

4.3 Jadual diskriptif MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan 56

4.4 Jadual markah dan min MPK Iradiasi Maknan 57

4.5 Jadual diskriptif MPK Iradiasi Makanan 58

4.6 Jadual Penentuan Tahap dan Peratusan 59

4.7 Jadual skala Min 59

4.8 Jadual analisis kesesuaian MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan dari aspek Teks 61

4.9 Jadual analisis kesesuaian MPK Iradiasi Makanan

dari aspek Teks 63

4.10 Jadual analisis kesesuaian MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan dari aspek Aktiviti 65

4.11 Jadual analisis kesesuaian MPK Iradiasi Makanan

dari aspek Aktiviti 68

4.12 Jadual analisis kesesuaian MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan dari aspek gambarajah 71

4.13 Jadual analisis kesesuaian MPK Iradiasi Makanan

dari aspek gambarajah 74

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

4.14 Jadual analisis kesesuaian MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan dari aspek objektif

Pembelajaran 77

4.15 Jadual analisis kesesuaian MPK Iradiasi Makanan

dari aspek objektif Pembelajaran 78

4.16 Jadual analisis kesesuaian MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan dari aspek soalan 80

4.17 Jadual analisis kesesuaian MPK Iradiasi Makanan

dari aspek soalan 82

4.18 Purata min MPK Pemprosesan Makanan

Berasaskan Ikan 84

4.19 Purata min MPK Iradiasi Makanan 84

5.1 Keputusan keseluruhan PFKK 89

5.2 Keputusan keseluruhan Kajian lapangan MPK

Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan

dan Iradiasi Makanan 90

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep 7

2.1 Model Teras Cabang 18

3.1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan 36

3.2 Rangka Kerja Kajian Pembentukkan MPK 38

3.3 Rangka Kerja Penilaian Formatif 46

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

SENARAI SINGKATAN

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

MPV - Matapelajaran Vokasional

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PB - Pengajaran Bermodul

PFKK - Penilaian Formatif Kelompok Kecil

PFSS - Penilaian Formatif Satu dengan Satu

SPSS - Statistical Package For Social Science

SPH - Sarjana Muda serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Pemprosesan makanan merupakan satu proses yang dilakukan untuk

menghasilkan sesuatu produk makanan. Pelbagai kaedah yang digunakan semasa

menjalankan pemprosesan sesuatu makanan. Ia adalah bertujuan untuk memanjangkan

tempoh ketahanan dan mempelbagaikan rasa produk makanan daripada sesuatu

hasilan.

Pelbagai produk makanan yang dapat dihasilkan daripada ikan. Antara produk

yang dihasilkan daripada bahan berasaskan ikan adalah keropok lekor, nugget ikan,

bebola ikan, keropok jejari ikan, dan sebagainya. Setiap makanan tersebut mempunyai

cara-cara dan kaedah yang berbeza antara satu sama lain dalam pemprosesan

penghasilannya.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

2

Kurikulum pendidikan sekolah menengah di Malaysia, telah banyak

penambahbaikan. Matapelajaran baru yang berkaitan pemprosesan makanan diwujudkan.

Antaranya adalah matapelajaran pemprosesan makanan, penyajian makanan, dan

sebagainya. Untuk matapelajaran pemprosesan makanan, antara pemprosesan makanan

yang dilakukan adalah seperti pemprosesan nugget ayam, keropok ikan segera, dadih,

cincau, soya dan sebagainya. Manakala di institusi pengajian tinggi pula, terdapat banyak

kursus yang berkaitan pemprosesan makanan ditawarkan. Antaranya adalah kursus Asas

Penyediaan Makanan dan Pemakanan, Penyediaan Makanan, Teknologi Pemprosesan

Makanan, dan sebagainya. Semua kursus yang ditawarkan ini adalah untuk membuka

minda dan memberi kemahiran kepada pelajar agar mendapat peluang kerja dalam bidang

ini yang semakin berkembang.

Matapelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah

harian dan institusi pengajian tinggi adalah bagi melahirkan lepasan sekolah atau institusi

pengajian tinggi yang mampu mewujudkan atau mencipta kerjaya sendiri dimasa hadapan

mengikut kemahiran dan kebolehan mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar digalakkan untuk

mengikuti kursus-kursus pendidikan teknik dan vokasional memandangkan bidang ini

menawarkan peluang kerja yang luas walaupun pelajar tersebut tidak mempunyai prestasi

akademik yang agak baik.

Modul Pengajaran Kendiri (MPK) adalah pakej pengajaran dan pemelajaran

kandungan kendiri yang mempunyai beberapa komponen pendidikan berketerampilan.

MPK menggunakan strategi pemelajaran penguasaan yang bertujuan untuk membolehkan

para pelajar belajar sendiri berdasarkan pada kecepatan diri (self-pacing) yang berasaskan

teknologi pendidikan dan boleh dalam bentuk bercetak dan bukan bercetak atau

gabungan kedua-duanya (Saharom, 1994).

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

3

MPK adalah “sesuatu pakej pengajaran pembelajaran atau pukal belajar sendiri

yang lengkap mengandungi komponen-komponen pengajaran-pembelajaran seperti

objektif, bahan dan aktiviti penilaian serta arahan dan tatacara yang sistematik supaya

murid dapat mengikuti langkah demi langkah menguasai sesuatu unit pembelajaran dan

menjadikan pembelajaran boleh dijalankan secara individu.” (Kamdi, 1990).

Objektif utama pembinaan MPK adalah untuk meningkatkan pencapaian

akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu dari segi sikap, minat

terhadap matapelajaran, latar belakang, gaya belajar, motivasi dan lain-lain

(Shaharom,1993). MPK ini dibina bagi membantu pelajar-pelajar untuk menguasai

sesuatu tajuk berdasarkan tahap kemampuan mereka dan pelajar-pelajar bebas untuk

melakukan proses pemelajaran tanpa ada batasan dari segi masa dan kawalan daripada

guru dan pensyarah.

Setiap kursus yang ditawarkan memerlukan bahan rujukan atau bantuan untuk

pelajar menguasainya. Jika diperhatikan dipasaran, rujukan berbentuk MPK untuk tajuk

pemprosesan produk makanan berasaskan ikan belum terdapat dipasaran terutamanya

pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengambil kursus berkaitan pemprosesan

makanan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan pendidik sedar akan kewujudan perbezaan individu dalam kalangan

pelajar dan dalam beberapa keadaan mereka berkebolehan membantu untuk meringankan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

4

keadaan yang dihadapi oleh individu pelajar berkenaan akibat dari perbezaan tadi.

Walaubagaimanapun, kita dapati di kebanyakkan bilik darjah, para pelajar biasanya

terikat pada turutan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran yang sama seperti yang

dialami oleh rakan-rakan mereka yang lain (Shaharom dan Yap Kueh Chin, 1990).

Dengan ini, pendidik memainkan peranan yang penting untuk menyelesaikan masalah

yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dengan menggunakan kaedah pengajaran yang

bersesuaian.

Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan

mengindividukan pengajaran iaitu membuatkan aktiviti-aktiviti pembelajaran sesuai

mengikut kebolehan para pelajar. Di samping mengekalkan pendekatan sistem yang ada

sekarang, langkah ini juga boleh membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku akan lebih bersifat humanistik. Ini adalah sejajar dengan usaha kerajaan untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi jasmani dan

rohani (Shaharom, 1994).

Pengajaran bermodul (PB) bertujuan membolehkan para pelajar meneruskan

proses pembelajaran mereka mengikut kebolehan dan kadar kendiri (Shaharom dan Yap,

1991). Konsep kadar kendiri ini penting berdasarkan pada kesedaran bahawa kejayaan

yang dicapai oleh para pelajar yang sama dan mereka juga sebenarnya tidak mempunyai

tahap kesediaan untuk belajar pada masa yang sama (Burns, 1971). Salah satu kaedah

yang dianggap mudah ialah dengan membina bahan pengajaran pembelajaran yang

berturutan dalam bentuk MPK atau dikenali juga sebagai modul sahaja (Shaharom dan

Yap, 1992).

Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk MPK adalah

merupakan satu masalah kepada pelajar yang mengambil kursus matapelajaran Teknologi

Pemprosesan Makanan (Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, 2008). Selain itu, antara

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

5

masalah yang dikenalpasti adalah tiadanya rujukan dalam bentuk Pemelajaran Kendiri

dan rujukan dalam Bahasa Melayu dalam kursus Teknologi Pemprosesan Makanan

(Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM, 2008). Oleh yang demikian, pembinaan MPK

dapat membantu menangani masalah ini. Menurut Shaharom (1994), pembinaan MPK

bertujuan untuk membantu para pelajar mendapatkan bahan-bahan pembelajaran yang

diperlukan demi memenuhi aktiviti pembelajaran dan juga mendalami pengetahuan

mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh manakah MPK Pemprosesan

Makanan Berasaskan Ikan dan MPK Iradiasi Makanan yang dibina sesuai digunakan

sebagai bahan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kursus Teknologi

Pemprosesan Makanan. Sasaran penggunaan MPK 1 dan MPK 2 ini adalah kepada

pelajar yang mengambil kursus ini dan pensyarah yang mengajar Teknologi Pemprosesan

Makanan I dan II di Universiti Teknologi Malaysia.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

6

1.4 Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk :-

1. membina 2 modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi kursus Teknologi

Pemprosesan makanan :

MPK 1: Pemprosesan Makanan berasaskan Ikan

MPK 2: Iradiasi Makanan

2. menilai kesesuaian MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan MPK

Iradiasi Makanan sebagai bahan pemelajaran dari aspek:

a) teks yang dibina dalam MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan

MPK Iradiasi Makanan.

b) aktiviti yang dibina dalam MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan

dan MPK Iradiasi Makanan.

c) gambarajah yang digunakan dalam MPK Pemprosesan Makanan

Berasaskan Ikan dan MPK Iradiasi Makanan.

d) objektif pembelajaran yang dijalankan dalam MPK Pemprosesan Makanan

Berasaskan ikan dan MPK Iradiasi Makanan.

e) soalan MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan MPK Iradiasi

Makanan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filePembelajaran menggunakan MPK diperkenalkan untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar yang mempunyai pelbagai perbezaan individu

7

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan adalah :

1. apakah teks dalam MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan Ikan dan MPK

Iradiasi Makanan yang dibina sesuai?

2. apakah aktiviti yang dijalankan dalam MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan

Ikan dan MPK Iradiasi Makanan sesuai?

3. apakah gambarajah yang digunakan dalam MPK Pemprosesan Makanan

Berasaskan Ikan dan MPK Iradiasi Makanan yang dibina sesuai?

4. apakah objektif pembelajaran yang dibina dalam MPK Pemprosesan Makanan

Berasaskan Ikan dan MPK Iradiasi Makanan sesuai?

5. apakah soalan-soalan yang dibina dalam MPK Pemprosesan Makanan Berasaskan

Ikan dan MPK Iradiasi Makanan sesuai?