laporan kerja kursus 1 : pp 1216 perbezaan individu

21
KERTAS KERJA KURSUS I PP 1216 : PERBEZAAN INDIVIDU Oleh Sukardi bin Kaderi (08B1022) Hj. Azreem bin Hj. Ramli (08B1016) Md. Faizal bin Hj. Zaini (08B1019) Bachelor of Education in Primary Education (Pendidikan Jasmani) Semester 1/Tahun 1 2008

Upload: sukardijpkk

Post on 08-Jun-2015

5.417 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

KERTAS KERJA KURSUS I

PP 1216 : PERBEZAAN INDIVIDU

Oleh

Sukardi bin Kaderi (08B1022)Hj. Azreem bin Hj. Ramli (08B1016)Md. Faizal bin Hj. Zaini (08B1019)

Bachelor of Education in Primary Education (Pendidikan Jasmani)Semester 1/Tahun 1

2008

Page 2: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

ISI KANDUNGAN

2

Page 3: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

PENGENALAN

Setiap manusia itu unik. Ini boleh dipanggil sebagai perbezaan individu. Menurut

Mok Soon Sang (2001), perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan

dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dikalangan individu.

Beliau juga memetik dari Dictionary of Psychology (1973), perbezaan individu

dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama

ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain

aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.

Mok Soon Sang (2001) seterusnya menyatakan bahawa aspek-aspek perbezaan

individu pula boleh dihuraikan kepada beberapa aspek perbezaan. Pertama, aspek fizikal

adalah perbezaan dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmani. Kedua,

aspek kognitif pula perbezaan dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,

menganalisis serta bakatnya. Seterusnya, aspek emosi menunjukkan emosi yang berbeza

dalam situasi yang sama. Aspek tingkah laku pula perbezaan tingkah laku individu dari

segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial. Dari segi aspek sosial, setiap individu

mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain,

termasuk individu-individu dalam berkeluarga. Manakala aspek rohani pula perbezaan

dalam falsafah hidup dan agama antara individu berbeza.

Perbezaan individu juga boleh dipengaruhi oleh persekitarannya.

3

Page 4: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui sejauh mana kami dapat

mengenal pasti dan menilai perbezaan diantara Murid. Melalui kajian ini kami akan dapat

mengenal pasti perbezaan diantara dua orang murid yang berbeza dari segi jantina,

fizikal, status ibubapa, sosio-ekonomi, sahsiah, stail pembelajaran dan kemahiran

jasmani.

SASARAN KAJIAN

Kami telah memilih dua orang murid yang pada masa ini belajar dalam Darjah 5

di Sekolah Rendah Pehin Dato Jamil, Brunei I. Ciri-ciri murid yang kami pilih ialah

perbezaan dari segi:

1. Jantina –lelaki dan perempuan.

2. Status Ibu bapa –mempunyai kedua ibu bapa dan anak yatim.

Melalui perbezaan tersebut di atas kami juga ingin mengetahui perbezaan sosio-

ekonomi, stail pembelajaran dan sahsiah murid-murid yang dipilih.

LATAR BELAKANG RINGKAS SEKOLAH TEMPAT KAJIAN

Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Rendah Pehin Datu Jamil, Brunei I yang

terletak di Kampong Ayer iaitu di Kampong Setia, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei

Darussalam. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mempunyai 3 blok bangunan

dengan 21 buah bilik darjah. Pada masa ini sekolah tersebut mempunyai 36 orang guru

dan 442 orang murid. Sesi pembelajaran di sekolah ini cuma diadakan disebelah pagi

sahaja.

4

Page 5: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

LATAR BELAKANG RINGKAS MURID A

Murid yang dipilih ialah seorang murid lelaki berbangsa Melayu dan berugama

Islam yang berumur 10 tahun dan belajar dalam Darjah 5. Dia ialah seorang anak yatim.

Bapanya telah meninggal dunia sejak dia berumur tiga bulan. Keramaian adik-beradiknya

ialah 7 orang dan beliau ialah anak bongsu. Pencapaian akademik beliau ialah ditahap

sangat baik. Ini dapat dibuktikan dengan data kajian berikut :-

TahunPeperiksaan Pertengahan

TahunPeperiksaan Akhir Tahun

2006 88.17 % 88.67%2007 84.75 % 80.13%2008 79.25% -

LATAR BELAKANG RINGKAS MURID B

Murid kedua yang dipilih ialah seorang murid perempuan berbangsa Melayu dan

berugama Islam yang berumur 10 tahun dan belajar dalam Darjah 5. Dia seorang murid

yang gemuk. Dia mempunyai ibu bapa yang masih hidup dan keramaian adik-beradiknya

ialah 3 orang dan dia ialah anak sulung. Pencapaian akademik beliau ialah ditahap sangat

baik. Ini berdasarkan dengan data kajian berikut :-

TahunPeperiksaan Pertengahan

TahunPeperiksaan Akhir Tahun

2006 78.17 % 81.67%2007 85.25 % 83.00%2008 82.75% -

5

Page 6: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

SOSIO-EKONOMI

Anita Woolfolk (2007) menyatakan sosio ekonomi seperti berikut :

“Socioeconomic status (SES) ia a term used by sociologists for variations of wealth, power,

control over resources, and prestige. Socioeconomic status is determined by several factors – not

just income – and often overpowers other cultural differences.”

Menurut Dr. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) ada menyatakan bahawa

murid-murid mempunyai pelbagai kelas sosial hasil daripada status sosio-ekonomi

keluarga yang berlainan. Dia berpendapat murid-murid yang berasal daripada kelas sosio-

ekonomi yang rendah mungkin mengalami konsep kendiri yang rendah.

Mok Soon Sang (2001) pula menyatakan unsur-unsur institusi keluarga yang

mempengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status

sosio-ekonomi keluarga. Adalah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan,

asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut

perbezaan kadar perkembangannya.

KAJIAN MENGENAI SOSIO-EKONOMI MURID A

Ibu murid ini ialah seorang guru ugama di Sekolah Rendah Pehin Datu Jamil.

Beliau berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran Brunei dan Sijil Perguruan Ugama. Ia tinggal

bersama dengan anak-anaknya seramai 7 orang di sebuah rumah yang sederhana

besarnya terletak di Kampong Setia.

6

Page 7: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

Melalui hasil kaji selidik yang kami dapati, beliau mampu menyediakan

keperluan-keperluan yang mencukupi untuk Murid A. Murid A diberi belanja wang saku

sebanyak $2.00 sehari untuk persekolahan sekolah melayu dan sekolah ugama. Sarapan

pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan secukupnya. Ia merangkumi jenis-

jenis makanan yang berkhasiat sesuai untuk perkembangan individu.

KAJIAN MENGENAI SOSIO-EKONOMI MURID B

Bapa Murid B bekerja di Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Merinyu dan

ibunya pula seorang suri rumahtangga. Mereka tinggal di sebuah rumah yang didiami

seramai 18 orang terdiri dari datuk, nenek, beberapa orang adik-beradik sebelah bapa

Murid B dan sepupu-sepupunya. Dari hasil soal jawab yang dijalankan, didapati dia

disediakan sarapan pagi iaitu minuman Milo dan makanan biskut sahaja. Untuk makan

tengahari pula, setiap hari datuknya membelikan ayam goreng dari Restoran Ayamku.

ANALISIS SOSIO-EKONOMI MURID A DAN MURID B

Daripada kajian kami, perbezaan yang kami dapati ialah dari segi saiz keluarga

mempengaruhi perkembangan Murid A dan murid B. Murid A disediakan permakanan

yang mencukupi sesuai untuk perkembangan individu. Murid B pula kurang mendapat

permakanan yang seimbang berdasarkan kepada saiz keluarga yang besar dan sumber

ekonomi yang rendah. Melalui permakanan yang tidak seimbang itu juga, kami dapati

murid B mempunyai saiz badan yang gemuk.

7

Page 8: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

STAIL PEMBELAJARAN

Mengikut Hunt (1981), dipetik dari Ragbir Kaur (2005) stail pembelajaran

merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan pembelajaran paling

berkesan. Gaya pembelajaran juga merujuk kepada cara-cara bagaimana seorang

menproses, menghayati dan mempelajari bahan pembelajaran yang baru dan mencabar.

KAJIAN MENGENAI STAIL PEMBELAJARAN MURID A

Melalui pemerhatian dan kaji selidik kami, didapati murid ini menumpukan

perhatian sepenuh terhadap pengajaran yang disampaikan oleh gurunya. Gurunya juga

memberi pandangan yang murid ini berdisiplin dalam membuat kerja sekolah. Murid A

ini sering menghantar kerja sekolah dan kerja rumah yang diberikan tepat pada waktunya.

Jika ada masalah dalam pembelajaran dia akan menanyakan kepada guru. Di rumah,

Murid A kurang memperuntukkan masa untuk mengulangkaji pelajarannya. Dia hanya

memperuntukkan masa jika ada kerja rumah dan menjelang ujian dan peperiksaan. Kami

juga mendapati dia selalu membantu rakan-rakannya dalam pembelajaran mereka.

STAIL PEMBELAJARAN MURID B

Dari hasil soal jawab, Murid B menyatakan dia suka belajar secara individu.

Namun begitu, dia suka membantu kawan-kawannya jika mereka menghadapi masalah

dalam pembelajaran. Dia juga akan bertanya jika tidak memahami apa yang diajar oleh

guru.

Di rumah pula, dia mempunyai jadual belajar sendiri. Dia memperuntukkan masa

selama sejam setiap malam untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja rumah.

8

Page 9: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

Salah seorang ahli keluarga yang tinggal bersama Murid B ini ialah ibu saudaranya. Ibu

saudaranya itu bertugas sebagai guru disalah sebuah sekolah rendah di negara ini. Murid

B ini mempunyai kelebihan dalam meningkatkan mutu pembelajarannya kerana dia

sering dibantu oleh ibu saudaranya ini.

ANALISIS STAIL PEMBELAJARAN MURID A DAN MURID B

Daripada kajian kami, stail pembelajaran Murid A dan murid B mempunyai

perbezaan yang nyata. Sebagai contoh, Murid A cuma belajar secara berkala manakala

murid B mempunyai jadual belajar yang berterusan dan teratur. Murid A dibantu oleh

kakaknya dalam pembelajaran dan murid B dibantu oleh ibu saudaranya.

Implikasi stail pembelajaran Murid A dan murid B dapat dilihat dari keputusan

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 contohnya dalam matapelajaran Matematik,

Bahasa Inggeris dan General Paper murid B lebih baik daripada Murid A.

SAHSIAH

Dalam psikologi pendidikan, konsep sahsiah ditafsirkan dengan pelbagai definisi

yang berbeza. Mengikut Alder (1948) yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2003)

menyatakan sahsiah merupakan gaya hidup seseorang individu. Beliau seterusnya

memetik dari Crow dan Crow (1983) yang berpendapat bahawa sahsiah seseorang adalah

perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya.

Mok Soon Sang (2003) juga memetik dari Robert Havighurst yang

mengemukakan teori-teori tugas-tugas perkembangan manusia berlandaskan sosio-

budaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Robert Havighurst menyenaraikan

9

Page 10: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

tugas-tugas perkembangan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun boleh

membentuk kemahiran fizikal untuk permainan, membentuk konsep diri yang sihat,

membentuk kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya, memperoleh

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Disamping itu kanak-kanak boleh menguasai

konsep-konsep moral, nilai, kemahiran hidup dan belajar berdikari.

Ragbir Kaur (2005) pula menyatakan mengenai perbezaan sahsiah. Beliau

menjelaskan bahawa dalam perbezaan individu, ada murid yang mempunyai sahsiah

ekstrovert dan dapat memiliki lebih ramai kawan daripada kanak-kanak yang lain. Ada

juga murid mempunyai sahsiah introvert yang bersikap pemalu, mempunyai konsep

kendiri yang rendah dan mungkin memiliki kurang kawan.

KAJIAN DARI SEGI SAHSIAH MURID A

Dari kajian yang kami buat, didapati murid ini boleh berdikari dan sering

membantu keluarganya. Dia sudah boleh memasak masakan yang mudah seperti

menggoreng telur, memasak nasi dan memasak mi segera. Dia juga mempunyai sikap

berjimat dengan menyimpan baki perbelanjaan sekolahnya setiap hari. Dia menceritakan

pernah membeli alat permainan kesukaannya iaitu “Sony Playstation 3” dengan

menggunakan wang hasil simpanannya.

Selain itu, dia juga seorang yang mudah bergaul mesra dan sering membantu serta

memberi nasihat yang baik kepada rakan sebayanya. Dia juga aktif dalam sukan di

sekolah dan di kampungnya. Diantara aktiviti sukan yang diminatinya ialah badminton

dan bolasepak. Disamping itu, dia juga diberi tugas sebagai Ketua Darjah dan membaca

doa sekolah semasa perbarisan pagi. Rancangan televisyen yang digemarinya ialah

10

Page 11: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

rancangan sukan dan kartun. Dia bercita-cita untuk menjadi guru kerana baginya tugas

guru itu dipandang mulia.

KAJIAN DARI SEGI SAHSIAH MURID B

Mengikut soal jawab yang kami jalankan, Murid B mengatakan dia tidak suka

dilahirkan sebagai anak sulung. Menurut pengalamannya dia sering diberi tanggungjawab

yang berat baginya seperti menjaga adik-adiknya. Dia juga disuruh membantu dalam

urusan rumahtangga seperti menyapu dan memandikan adik-adiknya.

Dari apa yang diceritakan oleh Murid B, bapanya sering bertengkar dengan

ibunya di rumah. Apabila ibu bapanya bertengkar, dia terus masuk ke bilik tidurnya dan

tidak mahu ambil peduli tentang situasi tersebut. Kami bertanya adakah situasi tersebut

memberi kesan kepada dirinya. Dia menyatakan bahawa situasi tersebut tidak memberi

kesan kepada emosi dan pembelajarannya kerana ibu saudaranya sentiasa memberi

perhatian kepadanya. Ibu saudaranya itu juga selalu memberi nasihat agar tidak

mempedulikan keadaan tersebut.

Selain itu, Murid B ini aktif dalam aktiviti akademik seperti bulan akademik mata

pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Dia juga meminati mata pelajaran Sains dan bercita-

cita untuk menjadi seorang doktor. Hobinya ialah membaca buku yang dibelikan oleh ibu

saudaranya.

Dia pernah mencuba untuk aktif dalam sukan seperti bola jaring tetapi dia tidak

mahu meneruskannya kerana telah diejek oleh rakan-rakannya sebagai “budak gemuk”.

11

Page 12: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

ANALISIS SAHSIAH MURID A DAN MURID B

Menurut Shahabuddin (2003) yang memetik dari Rogers (1951) menyatakan

dalam kehidupan seharian, individu pelajar akan menempuh pelbagai bentuk interaksi

dengan persekitarannya. Hasil daripada interaksi yang berlaku akan membentuk sifat

kendiri seseorang individu. Sifat kendiri juga boleh terbentuk apabila seseorang individu

tersebut membayangkan dan mengambil nilai-nilai orang lain supaya dijadikan sebagai

nilai dirinya sendiri. Lama kelamaan sifat kendiri seseorang individu tersebut semakin

tekal.

Daripada kajian, Murid A dan murid B mempunyai kekuatan dan kelemahan yang

ada pada sahsiah mereka. Ini dapat dilihat daripada tindakan yang diambil oleh mereka.

Contohnya, Murid A mempunyai sangat berminat dalam sukan bolasepak dan badminton.

Walaupun dia tidak terpilih mewakili pasukan sekolah tetapi dia tetap meneruskan untuk

bermain bolasepak dan badminton. Ini jelas dia mempunyai motivasi intrinsik iaitu dia

tidak mengharapkan sebarang ganjaran ataupun dorongan daripada orang lain. Dia

bermain untuk kepuasan dirinya sendiri. Shahabudin (2003) menjelaskan seseorang

individu akan bertindak mengikut nilai yang dipegangnya. Dalam menjalani kehidupan,

individu tersebut sentiasa akan berhadapan dengan peristiwa-peristiwa yang bertentangan

dengan kendirinya.

Murid B pula lebih cenderung kepada aktiviti berunsur akademik seperti kuiz dan

membuat projek. Dia tidak berminat menyertai sukan yang diadakan di sekolah kerana

pernah diejek oleh rakan sebaya sebagai “budak gemuk”. Tindakan murid B ini sesuai

sebagaimana menurut Ragbir (2005) faktor yang mempengaruhi konsep kendiri negatif

12

Page 13: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

sebahagiannya ialah pengalaman pahit atau kegagalan yang pernah ditempuhi dan

kritikan negatif berterusan daripada ibu bapa, guru dan rakan.

PANDANGAN GURU SECARA KESELURUHAN MENGENAI MURID A DAN MURID B

Dari kaji selidik yang direspons oleh guru, beliau menyatakan Murid A ini

seorang yang periang dan suka menolong kawan-kawannya memahami pelajaran dalam

kelas. Menurut beliau lagi Murid A ini seorang yang bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas yang diberi.

Menurut guru mengenai Murid B pula, dia seorang yang pendiam dan tidak suka

bergaul dengan rakan sebaya. Dia suka membuat kerja secara individu di dalam bilik

darjah. Walaubagaimanapun, murid ini rajin bertanya soalan dan tidak berasa malu untuk

meminta guru memberi tunjuk ajar jika dia tidak faham. Murid B ini sentiasa membuat

kerja yang diberikan dengan baik. Melalui komen guru darjah mengenai Murid A dan

Murid B mengunakan interaksi pelbagai hala di antara guru dengan murid dan murid

dengan murid.

Dari penelitian kami, guru matapelajaran matematik telah menggunakan konsep

peneguhan positif yang dipelopori oleh B.F. Skinner. Sebelum memulakan pelajaran,

guru menyuruh murid-murid membaca sifir secara berkumpulan dan individu. Ini dapat

dilihat dari carta peningkatan keseluruhan murid dalam menghafal sifir. Sebagai contoh

Murid A dapat menghafal sifir 0 hingga 12 diberi pelekat `stickers’ dan murid B pula

dapat menghafal sifir 0-5 dan mendapat pelekat `stickers’ yang kurang dari murid A.

13

Page 14: LAPORAN KERJA KURSUS 1 : PP 1216 PERBEZAAN INDIVIDU

KESIMPULAN

Perbezaan individu ialah satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan

ketidaksamaan yang wujud diantara individu yang berlainan. Murid-murid dalam bilik

darjah boleh berbeza dari segi sosio-ekonomi, kecerdasan kognitif, pencapaian akademik,

jantina, gaya pembelajaran, bangsa, budaya dan lain-lain aspek. Ini dapat dilihat daripada

kajian yang dibuat keatas Murid A dan Murid B. Aspek-aspek persekitaran juga boleh

mempengaruhi dalam membentuk perbezaan individu.

Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid didalam sesebuah kelas berbeza

dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh

itu guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar.

Guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan,

pemulihan, pengayaan dan sebagainya untuk melayan pelajar yang berbeza.

Bagi Murid A dan Murid B, ketiga-tiga faktor iaitu sosio-ekonomi, sahsiah dan

stail pembelajaran mempunyai hubungkait dalam perbezaan antara mereka.

14