gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar bagi … · dengan perempuan berdasarkan item soalan 71...

49
i GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN SAINS IRRINNA SHAKINAH BINTI SUBAWI@FENDI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi) Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Jun, 2012

Upload: others

Post on 31-Aug-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

i

GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR

BAGI MATA PELAJARAN SAINS

IRRINNA SHAKINAH BINTI SUBAWI@FENDI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Sarjana Pendidikan Teknikal (Reka Bentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Jun, 2012

Page 2: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

v

ABSTRAK

Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi memastikan

seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik. Permasalahan yang sering dihadapi kini

ialah tahap pencapaian pelajar yang kurang cemerlang. Lantaran itu, kajian ini bertujuan

untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua di

empat buah sekolah menengah kawalan di sekitar daerah Batu Pahat, Johor. Selain itu,

kajian ini juga ingin melihat perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar

serta membuat perbandingan gaya pembelajaran antara pelajar berbeza gred pencapaian.

Seramai 120 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kajian ini berbentuk tinjauan dan

menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur lima

kategori gaya pembelajaran. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini hasil adaptasi

dari Inventori Model Gaya Pembelajaran yang dibina oleh Dunn, R., Dunn, K. & Peerin,

J (1978). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch

menggunakan perisian Winstep versi 3.69.1.11. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk

kajian ini adalah 0.74. Dapatan kajian mendapati kategori Emosional (min 3.98) adalah

gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori

yang kedua adalah kategori Sosiologikal (min 3.96), diikuti ketiga ialah kategori

Psikologikal (min 3.79), keempat ialah kategori Fizikal (min 3.57) dan kelima oleh

kategori Persekitaran (min 3.32). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan pada gaya pembelajaran dimensi Persekitaran, Emosional, Fizikal dan

Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar kecuali pada gaya pembelajaran Dimensi

Psikologikal dengan nilai t = ±3.01 dengan nilai p<0.05 ( p = 0.0027). Didapati pelajar

berbeza gred pencapaian mempunyai pola gaya pembelajaran agak sama.

Page 3: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

vi

ABSTRACT

Learning style is one of most importance element that make sure student have the best

quality of learning. The main focus nowadays is about the less performance of a student.

The main purpose of these researches was to study the learning style among form two

students from four different schools at Batu Pahat district. This research is also want to

identify whether there is any learning style difference among student’s gender and make

a comparison of learning style with different grade of students. They were 120 students

involved as respondent in this research. The study employed a set of questionnaire

measuring on students’ different learning styles and study skills using five point scales.

The five categories of learning styles by Dunn and Dunn are Environmental, Emotional,

Sociological, Physical and Psychological. Data was analysed by using Rasch Model

Measurement in Winstep Software version 3.69.1.11 in order to answers all research

questions. The Cronbach Alpha coefficient for the instrument is 0.74. The result showed

that the students’ learning styles were mainly of Emotional category with mean score

3.98, second was Sociological category (mean 3.96), third was Psychological category

(mean 3.79), fourth was Physical category (mean 3.57) and finally, Environmental

category (mean 3.32). The results showed that there is no significant difference of

learning style among student’s gender. Result also showed that the learning style

preferences between students with differences grade are almost the same.

Page 4: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

vii

KANDUNGAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

1.2. Latar belakang Kajian

1.3. Pernyataan Masalah

1

2

5

Page 5: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

viii

1.4. Tujuan Kajian

1.5. Objektif Kajian

1.6. Persoalan Kajian

1.7. Hipotesis Kajian

1.8. Skop dan Batasan Kajian

1.9. Kepentingan Kajian

1.10. Jangkaan Dapatan

1.11. Kerangka Konsep

1.12. Definisi Operasi

1.12.1. Gaya Pembelajaran

1.12.2. Mata Pelajaran Sains

1.12.3. Gred Pencapaian

1.13. Rumusan

8

8

8

9

9

10

11

11

12

13

13

13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1. Pengenalan

2.2. Pembelajaran

2.3. Gaya Pembelajaran

2.4. Kerangka Teori Gaya Pembelajaran

2.4.1. Domain Behavioris

2.4.2. Domain Kognitif

2.4.3. Domain Sosial

2.4.4. Domain Humanis

2.5. Model Gaya Pembelajaran

2.5.1. Model Gaya Pebelajaran Dunn & Dunn(1978)

2.5.2. Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumfort

(1992)

2.5.3. Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984)

2.5.4. Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)

2.5.5. Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al. (1995)

14

14

15

16

16

17

17

18

18

18

20

22

24

25

Page 6: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

ix

2.6. Kepentingan Untuk Mengetahui Gaya Pembelajaran

2.7. Kajian-kajian Lepas

2.8. Rumusan

26

26

30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan

3.2. Reka Bentuk Kajian

3.3. Lokasi Kajian

3.4. Populasi dan Sampel Kajian

3.5. Instrumen Kajian

3.6. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

3.6.1. Kesahan Instrumen

3.6.2. Kebolehpercayaan Instrumen

3.6.2.1. Kajian Rintis

3.7. Kaedah Pengumpulan Data

3.8. Analisis Data

3.9. Carta Alir Kajian

3.10. Rumusan

31

31

32

32

33

34

35

36

43

44

46

48

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1. Pengenalan

4.2. Analisis Data

4.2.1. Analisis Faktor Demografi Terpilih Responden

4.2.2. Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sains

4.2.2.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Pelajar

4.2.3. Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Jantina Responden

49

49

50

52

Page 7: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

x

4.2.3.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Lelaki

4.2.3.2. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Perempuan

4.2.4. Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Gred Pencapaian Pelajar

4.2.4.1. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Gred A

4.2.4.2. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Gred B

4.2.4.3. Analisis Setiap Konstruk Gaya

Pembelajaran Bagi Responden Gred C

4.3. Penutup

58

64

74

75

81

87

96

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1. Pengenalan

5.2. Perbincangan Kajian

5.2.1. Gaya Pembelajaran Pelajar Dalam Mata Pelajaran

Sains

5.2.2. Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina

5.2.3. Perbandingan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Gred Pencapaian Pelajar

5.3. Kesimpulan

5.4. Cadangan

5.5. Cadangan Kajian Lanjutan

98

98

99

102

103

105

106

107

RUJUKAN 108

LAMPIRAN

Page 8: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xi

SENARAI JADUAL

2.1 Sukuan Gaya Pembelajaran Kolb’s 23

3.1 Skala Likert 33

3.2 Bilangan Item Bagi Setiap Dimensi Gaya Pembelajaran 34

3.3 Skor Alpha-Cronbach 36

3.4 Ringkasan Statistik 30 Responden Yang Diukur 37

3.5 Ringkasan Statistik 48 Item Yang Diukur 37

3.6 Pengukuran Polariti Item 39

3.7 Pengukuran Item 40

3.8 Pengukuran Nilai Residual Terpiawai 41

3.9 Ringkasan Jumlah Item Yang Kekal dan Digugurkan 42

3.10 Ringkasan Statistik Selepas Kajian Rintis 43

3.11 Tahap Responden Berdasarkan Min 45

3.12 Ringkasan Kaedah Analisis dan Instrumen Kajian Yang

Digunakan Terhadap Persoalan Kajian yang Dibina

46

4.1 Bilangan dan Peratusan Responden Kajian 50

4.2 Peratus Persetujuan Responden Terhadap Item Konstruk

Gaya Pembelajaran

52

4.3 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran 53

4.4 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional 54

4.5 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal 55

4.6 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal 56

4.7 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal 57

4.8 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi 57

Page 9: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xii

4.9 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran

[Responden Lelaki]

58

4.10 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional

[Responden Lelaki]

60

4.11 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal

[Responden Lelaki]

61

4.12 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal

[Responden Lelaki]

62

4.13 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal

[Responden Lelaki]

63

4.14 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Bagi Responden Lelaki

63

4.15 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran

[Responden Perempuan]

64

4.16 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional

[Responden Perempuan]

66

4.17 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal

[Responden Perempuan]

67

4.18 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal

[Responden Perempuan]

68

4.19 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal

[Responden Perempuan]

69

4.20 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Bagi Responden Perempuan

69

4.21 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Berdasarkan Jantina Responden

70

4.22 Analisis Perbezaan Kecenderungan Antara Responden Lelaki

Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan

71

4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi

Gaya Pembelajaran Berdasarkan Jantina Pelajar

72

Page 10: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xiii

4.24 Nilai-t Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Antara

Responden Lelaki Dengan Perempuan Dalam Setiap Dimensi

Gaya Pembelajaran

74

4.25 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran

[Responden Gred A]

76

4.26 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional

[Responden Gred A]

77

4.27 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal

[Responden Gred A]

78

4.28 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal

[Responden Gred A]

79

4.29 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal

[Responden Gred A]

80

4.30 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Bagi Responden Gred A

80

4.31 Analisis Item Bagi Dimensi Persekitaran [Responden Gred

B]

81

4.32 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional

[Responden Gred B]

83

4.33 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal

[Responden Gred B]

84

4.34 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal

[Responden Gred B]

85

4.35 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal

[Responden Gred B]

86

4.36 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Bagi Responden Gred B

86

4.37 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Persekitaran

[Responden Gred C]

87

4.38 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Emosional

[Responden Gred C]

89

Page 11: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xiv

4.39 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Sosiologikal

[Responden Gred C]

90

4.40 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Fizikal

[Responden Gred C]

91

4.41 Analisis Item Bagi Gaya Pembelajaran Dimensi Psikologikal

[Responden Gred C]

92

4.42 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Bagi Responden Gred C

92

4.43 Rumusan Analisis Gaya Pembelajaran Mengikut Dimensi

Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar

93

4.44 Analisis Perbezaan Kecenderungan Antara Responden Gred

A, Gred B dan Gred C Berdasarkan Item Soalan

94

4.45 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi

Gaya Pembelajaran Berdasarkan Gred Pencapaian Pelajar

95

4.46 Nilai-t Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Antara

Responden Gred A, Gred B Dan Gred C Dalam Setiap

Dimensi Gaya Pembelajaran

96

Page 12: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xv

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka Konsep Kajian 12

2.1 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978) 19

2.2 Empat Sukuan dalam Gaya Pembelajaran Kolb’s (1984) 23

2.3 Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977) 25

2.4 Model Gaya Pembelajaran Rahil et. al. (1995) 25

3.1 Carta Alir Operasi Kajian 47

4.1 Peta Pembolehubah Taburan Item dan Responden 51

4.2 Taburan Responden Lelaki dan Perempuan Di Skala Logit

Masing-Masing

73

Page 13: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xvi

SENARAI SINGKATAN

α - Alpha-Cronbach

SMK (P) - Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan)

SPSS - Statistical Package for the Social Science

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara

NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Nasional

TIMSS - Trends in International Mathematics and Science Study

UTHM

- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 14: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xvii

SENARAI LAMPIRAN

A Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988

B Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Mata Pelajaran Sains 2011

C Elemen dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1978)

D Borang Soal Selidik

E Borang Pengesahan Soal Selidik

F (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

G (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran

(Responden Lelaki)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional

(Responden Lelaki)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal

(Responden Lelaki)

Page 15: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xviii

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal

(Responden Lelaki)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

(Responden Lelaki)

H (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran

(Responden Perempuan)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional

(Responden Perempuan)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal

(Responden Perempuan)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal

(Responden Perempuan)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

(Responden Perempuan)

I (a) DIF Antara Responden Lelaki dan Responden Perempuan

(b) Jadual Susunan Pengukuran Responden Mengikut Jantina

(c) Jadual DGF Jantina dan Konstruk Gaya Pembelajaran

J (a) Peta Taburan Item dan Responden Gred A

(b) Peta Taburan Item dan Responden Gred B

(c) Peta Taburan Item dan Responden Gred C

K (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran

(Responden Gred A)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional

(Responden Gred A)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal

(Responden Gred A)

Page 16: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

xix

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal

(Responden Gred A)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

(Responden Gred A)

L (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran

(Responden Gred B)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional

(Responden Gred B)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal

(Responden Gred B)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal

(Responden Gred B)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

(Responden Gred B)

M (a) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Persekitaran

(Responden Gred C)

(b) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Emosional

(Responden Gred C)

(c) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Sosiologikal

(Responden Gred C)

(d) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Fizikal

(Responden Gred C)

(e) Jadual Susunan Pengukuran Item Dimensi Psikologikal

(Responden Gred C)

N (a) DIF Item Antara Responden Gred A, Gred B dan Gred C

(b) Jadual Susunan Pengukuran Responden Gred A, Gred B dan

Gred C

(c) Jadual DGF Gred Pelajar dan Konstruk Gaya Pembelajaran

Page 17: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pendahuluan

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad menggariskan langkah pencapaian matlamat menjadikan Malaysia negara

maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi,

politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara

yang masyarakatnya bersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang

teguh pada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan yang demokratik,

liberal dan bertolak ansur, perkongsian ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan

makmur, serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamik, tangkas serta

berdaya tahan. Ini selaras dengan hasrat keenam daripada cabaran Wawasan 2020 iaitu:

“Untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

daya perubahan dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna

teknologi malah mewujudkan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa

depan” [1].

Lantaran itu, pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan luas,

berpendidikan tinggi, berketerampilan, berkemahiran teknik yang tinggi, berkemampuan

menerima teknologi terkini, berkebolehan dalam pengurusan dan penyeliaan serta

mempunyai nilai-nilai sejagat yang disanjung amat diperlukan. Ini selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dirumus dengan berpandukan hasrat dan cita-cita

yang terkandung dalam Penyata Razak dan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961,

Page 18: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

2

Laporan Jawatankuasa Kabinet serta Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) dirumus dan dinyatakan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

[2].

Intisari Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjadi sumber inspirasi kepada

semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan negara. Matlamat sistem

pendidikan adalah untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dengan menekankan

kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia berhasrat

untuk memenuhi keperluan negara kini dan pada masa akan datang. Secara

keseluruhannya, ia bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi

sumbangan terhadap kepimpinan dan kemakmuran negara.

1.2. Latar Belakang Kajian

Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif dalam usaha untuk

mencapai status negara maju. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk

warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya Sains dan

Teknologi. Warganegara yang berbudaya Sains dan Teknologi mempamerkan ciri-ciri

seperti semangat ingin tahu dan ingin mencuba, celik sains, bersifat terbuka, membuat

keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai sumbangan Sains dan Teknologi,

menghargai keseimbangan alam, mempunyai iltizam dan kesanggupan untuk

menyumbang terhadap kemajuan Sains dan Teknologi [2].

Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap

saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin

mutu pendidikan sains. Falsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) menyatakan

Page 19: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

3

pendidikan sains di Malaysia bertujuan untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi

dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik,

tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi

[2]. Kurikulum Sains digubal untuk pelajar dari sekolah rendah hingga ke sekolah

menengah. Kurikulum ini digubal berlandaskan kepada keperluan negara dan ciri

sejagat sains, iaitu mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan penerapan sikap saintifik dan nilai murni [2].

Mata pelajaran Sains merupakan subjek wajib yang diambil oleh pelajar sejak

peringkat sekolah rendah lagi. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988

(Lampiran A), lima waktu seminggu (200 minit) diperuntukkan bagi proses pengajaran

dan pembelajaran Sains. Pelajar diberi peluang untuk meneroka alam sekitar, membuat

eksperimen dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui cuba jaya serta

meneroka dan menyiasat mengikut keinginan dan minat mereka. Ini kerana konsep baru

Sains perlu diperkenalkan dengan contoh-contoh yang konkrit [3]. Sains juga adalah

satu mata pelajaran yang memerlukan kebolehan, kemampuan, kecekapan dan

kesediaan pelajar untuk memahami dan membina konsep dan pemahaman tentang mata

pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan pelajar dalam konteks ini tidak terbatas

pada kebolehan kognitif sahaja tetapi dipengaruhi faktor-faktor seperti minat, motivasi,

persekitaran, konsep kendiri dan harga diri [4].

Penguasaan ilmu sains merujuk kepada peri pentingnya pemahaman pelajar

dalam konsep-konsep sains dalam perkembangan intelek dan seterusnya akan dapat

menimbulkan keterampilan teknologi. Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana

penguasaan ilmu sains penting dalam memacu pembangunan dan membawa negara ke

barisan hadapan mengepalai inovasi dan teknologi terbaru [5].

Justeru itu, sekolah merupakan satu institusi yang penting dalam membentuk

generasi yang diingini dalam sesebuah negara. Selaras dengan Wawasan 2020, peranan

pendidikan untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia menjadi negara

maju sepenuhnya merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Bidang

pendidikan juga merupakan satu daripada pemacu yang paling kritikal untuk

mentransformasikan kita daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada

berpendapatan tinggi kerana impaknya ke atas produktiviti dan pembangunan modal

Page 20: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

4

insan. Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara

dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.

Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang

yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap

perubahan ekonomi dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan

[6].

Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan merupakan landasan

dan titik permulaan dalam usaha menambahbaik prestasi pelajar dalam sistem

pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh [7]. Lantaran itu, pencapaian akademik

pelajar menjadi kayu pengukur yang utama dalam menentukan kejayaan sesuatu sistem

pendidikan. Setiap manusia perlu untuk mencapai kecemerlangan dalam proses

pembelajaran kerana ilmu adalah penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan

mempengaruhinya untuk cemerlang. Antaranya termasuklah faktor keluarga, guru,

sekolah dan yang paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri [8].

Salah satu faktor penting yang mempengaruhi pencapaian pelajar ialah gaya

pembelajaran pelajar. Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat

penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar dengan baik [9]. Pelajar

perlulah mengenalpasti dan menyesuaikan diri mereka dengan gaya pembelajaran

supaya pembelajaran menjadi lebih efektif. Menurut [10], gaya pembelajaran yang betul

adalah penting kerana ia boleh meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan

seterusnya dapat menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang. Kesilapan dalam

mengaplikasikan sesuatu gaya pembelajaran akan memberi kesan yang tidak baik

terhadap pencapaian akademik seseorang individu [11].

Berdasarkan kajian oleh Mooney dan Price dalam [12], didapati pelajar tidak

tahu cara belajar yang berkesan dan tidak dapat menumpukan perhatian yang baik

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Persoalannya di sini adalah

adakah para pelajar menyedari apakah bentuk gaya pembelajaran yang mereka amalkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran? Apakah bentuk gaya pembelajaran yang

paling diminati oleh para pelajar untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran? Jawapan kepada persoalan ini akan dapat membantu para pendidik untuk

Page 21: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

5

memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran kerana guru perlu

dibekalkan kemahiran mengenalpasti gaya pembelajaran dan juga bagaimana hendak

menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan tujuan

memperkembangkan potensi akademik pelajar secara maksimum. Ini kerana

kebanyakkan pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza mengikut

personaliti yang berbeza-beza. Kajian [13] mengaitkan personaliti dengan gaya

pembelajaran dan beliau mengatakan: “Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai

personaliti yang berbeza-beza, begitu juga mereka mempunyai pelbagai cara belajar.”

1.3. Pernyataan Masalah

Sememangnya tidak dapat dinafikan seseorang individu yang lahir ke dunia ini

mempunyai personaliti dan gaya yang tersendiri termasuklah dalam proses

pembelajaran. Pelajar mempraktikkan gaya pembelajaran yang telah sedia ada dalam diri

masing-masing dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran sangat penting bagi

setiap pelajar kerana ia mempunyai daya pengaruh yang kuat terhadap pencapaian

akademik di mana gaya pembelajaran telah menyediakan satu mekanisme pembelajaran

yang dapat memberi cabaran yang betul kepada pelajar dan menyediakan maklum balas

yang tepat terhadap pencapaian akademik mereka [9].

Secara umumnya, gaya pembelajaran antara pelajar adalah berlainan. Begitu juga

dengan hasil pencapaian yang diperolehi oleh mereka. Kebanyakkan daripada mereka

tidak menyedari tentang gaya pembelajaran yang bersesuaian untuk diaplikasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar ini

mengaplikasikan gaya pembelajaran yang tidak dapat memberi kesan yang positif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Apabila pelajar mengetahui gaya

pembelajaran yang sebenar dan mengamalkannya, secara tidak langsung ia akan dapat

membantu mereka untuk menyusun strategi yang berkesan dalam proses pembelajaran

mereka [11].

Permasalahan semasa yang dialami adalah tahap pencapaian mata pelajaran

Sains sesetengah pelajar masih kurang memberangsangkan (Lampiran B). Walaupun

mereka diajar oleh guru yang sama tetapi keputusan pencapaian mereka adalah berbeza-

Page 22: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

6

beza. Sesetengah daripada mereka berjaya tetapi pada peringkat yang sederhana sahaja.

Beberapa kajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot

berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics

and Science Study (TIMSS)1, 2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal

mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya

5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003 [14]. Jadual 1.1

menunjukkan pencapaian sains pelajar empat buah sekolah kawalan di Batu Pahat dalam

Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Jadual 1.1 : Pencapaian Sains Pelajar Tingkatan Dua Di Empat Buah Sekolah Kawalan

Di Batu Pahat dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.

Markah Gred SMK (P)

Temenggong

Ibrahim

SM Tinggi

Batu Pahat

SMK Tun

Aminah

SMK Dato

Bentara

Luar

75-100 Lulus dengan cemerlang (A) 33.33% 30.24% 31.77% 29.98%

50-74 Lulus (B dan C) 56.57% 60.03% 54.48% 51.66%

40-49 Lemah (D ) 7.58% 7.43% 8.23% 9.83%

0-39 Gagal (E) 2.53% 2.30% 5.52% 8.53%

Berdasarkan Jadual 1.1, pencapaian sains pelajar tingkatan dua dalam

peperiksaan akhir tahun 2011 menunujukkan 33.33% pelajar SMK(P) Temenggong

Ibrahim lulus cemerlang, 56.57% lulus, 7.58% lemah dan 2.53% gagal. Bagi pelajar SM

Tinggi Batu Pahat pula terdapat 30.24% pelajar yang lulus dengan cemerlang, 60.03%

lulus, 7.43% lemah dan 2.30% gagal. Manakala bagi pelajar di SMK Tun Aminah,

pelajar yang lulus cemerlang sebanyak 31.77%, lulus sebanyak 54.48%, lemah sebanyak

8.23% dan gagal sebanyak 5.52%. Dan akhir sekali bagi pelajar SMK Dato Bentara Luar

didapati 29.98% lulus dengan cemerlang, 51.66% lulus, 9.83% lemah dan 8.53% gagal

dalam peperiksaan tersebut.

Memandangkan kepentingan peranan sekolah dalam melahirkan lepasan pelajar

sekolah yang berkualiti bagi melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat

yang lebih tinggi atau membolehkan mereka untuk menceburi bidang kerjaya yang

Page 23: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

7

memerlukan kelulusan yang baik dalam pencapaian akademik, maka pencapaian setiap

pelajar terutamanya pencapaian sains, harus diberi perhatian serius supaya apa yang

diinginkan pelajar selepas tamat sekolah dapat dicapai dengan jayanya [15].

Untuk memperoleh pencapaian yang tinggi dalam pelajaran, beberapa aspek

penting perlu diambil kira sama ada bagi pihak pelajar atau pihak pengajar. Adalah

penting bagi seseorang pelajar itu untuk mengamalkan gaya pembelajaran yang

bersesuaian dengan apa yang dipelajarinya bagi mendapatkan pencapaian yang

memuaskan dan cemerlang dalam akademiknya [15]. Proses pengajaran dan

pembelajaran perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah bagi melahirkan pelajar

yang berwibawa dan berkeyakinan sebelum melangkah ke peringkat pengajian yang

lebih tinggi atau pun sebelum menceburi bidang kerjaya mereka kelak. Pendidik tidak

lagi membuat andaian bahawa semua pelajar akan belajar melalui apa jua strategi

pengajaran kerana pengiktirafan kepentingan adaptasi kurikulum terhadap sifat keunikan

pelajar adalah perlu, demi mencapai kejayaan dalam akademik [10].

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru merupakan salah

satu faktor yang boleh mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Namun demikian ada

segelintir pelajar yang mempelajari sesuatu menurut pendekatan serta kaedah tersendiri

tanpa menyedari bahawa mereka mempunyai suatu cara belajar yang mungkin berbeza

daripada gaya belajar pelajar lain. Ramai pelajar yang kurang berjaya atau gagal

mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan tentang

gaya pembelajaran [16]. Menurut [17], kajian tentang gaya pembelajaran pelajar adalah

perlu dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru dalam mengetahui gaya

pembelajaran yang paling banyak diamalkan oleh para pelajar dan seterusnya

meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu subjek atau mata pelajaran dan membantu

mereka dalam pembelajaran. Hal ini kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

pelajar mempunyai kesan terhadap hasil pembelajarannya yang seterusnya memberi

impak ke atas pencapaian akademik pelajar.

Page 24: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

8

1.4. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola gaya pembelajaran dalam kalangan

pelajar Tingkatan Dua di empat buah sekolah menengah kawalan di sekitar daerah Batu

Pahat, Johor. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat perbezaan gaya pembelajaran

berdasarkan jantina pelajar serta membuat perbandingan gaya pembelajaran antara

pelajar berbeza gred pencapaian.

1.5. Objektif Kajian

Kajian ini ingin mengenalpasti tiga objektif utama iaitu:

(a) Mengenalpasti gaya pembelajaran yang paling dominan yang diamalkan pelajar

berdasarkan lima gaya pembelajaran yang diperkenalkan oleh Dunn dan Dunn

(1978).

(b) Mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan jantina.

(c) Membuat perbandingan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gred pencapaian

mereka.

1.6. Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif-objektif yang dikehendaki, kajian yang dijalankan cuba

menjawab persoalan-persoalan berikut:

(a) Apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar?

(b) Adakah terdapat perbezaan gaya pembelajaran berdasarkan jantina pelajar?

(c) Apakah gaya pembelajaran pelajar berdasarkan gred pencapaian mereka?

Page 25: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

9

1.7. Hipotesis Kajian

Terdapat lima set hipotesis atau jangkaan yang dirangkakan bagi memenuhi objektif

kajian.

(a) Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Persekitaran berdasarkan jantina pelajar.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Persekitaran berdasarkan jantina pelajar.

(b) Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Emosional berdasarkan jantina pelajar.

Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Emosional berdasarkan jantina pelajar.

(c) Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar.

Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Sosiologikal berdasarkan jantina pelajar.

(d) Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Fizikal berdasarkan jantina pelajar.

Ha4: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Fizikal berdasarkan jantina pelajar.

(e) Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Psikologikal berdasarkan jantina pelajar.

Ha5: Terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam gaya

pembelajaran dimensi Psikologikal berdasarkan jantina pelajar.

1.8. Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dilakukan di empat buah sekolah kawalan di sekitar daerah Batu Pahat.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK (P) Temenggong Ibrahim, SMK Tun Aminah,

SMK Tinggi dan SMK Dato Bentara Luar. Responden kajian ini terdiri daripada 30

Page 26: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

10

orang pelajar Tingkatan Dua dari setiap sekolah yang telah dipilih. Jumlah responden

yang terlibat secara keseluruhannya adalah seramai 120 orang (30 orang responden

perempuan daripada SMK(P) Temenggong Ibrahim, 30 orang responden perempuan

daripada SMK Tun Aminah, 30 orang responden lelaki dari SM Tinggi Batu Pahat dan

30 orang responden lelaki dari SMK Dato Bentara Luar). Pelajar-pelajar Tingkatan Dua

bagi sesi persekolahan 2012 dipilih kerana mereka merupakan sebahagian daripada

calon-calon pelajar yang bakal mengikuti aliran Teknik dan Vokasional di peringkat

pendidikan menengah atas.

Memandangkan terdapat pelbagai model gaya pembelajaran, pengkaji hanya

menggunakan Inventori Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) untuk

mengukur gaya pembelajaran para pelajar. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn

dipilih kerana ia adalah model multidimensi yang mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen yang tinggi serta mempunyai asas penyelidikan yang kukuh

[ 18], [19] dan [20].

Pembolehubah pencapaian sains bagi responden adalah berdasarkan kepada

Penilaian Kuriukulum Satu tahun 2012 pada bulan Februari 2012 dan tidak mengambil

kira tahap pencapaian akademik sepanjang pengajian mereka.

Metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan

kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan

hanya menggunakan borang soal selidik berpandukan kepada model lima kategori gaya

pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan

Psikologikal.

1.9. Kepentingan Kajian

Memandangkan pencapaian akademik pelajar masih kurang memuaskan dalam

peperiksaan, maka faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian sains perlu dikaji agar

langkah-langkah yang diperlukan dapat diambil. Pengenalpastian ini boleh menyumbang

kepada penggubalan program latihan serta memberi alternatif kepada para pengajar

dalam menentukan keberkesanan strategi pengajaran mereka.

Page 27: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

11

Kajian ini juga sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengenalpasti gaya

pembelajaran yang dapat memberi kesan yang baik terhadap pencapaian akademik

mereka untuk diamalkan dan seterusnya akan memberi peluang kepada para pelajar

untuk menyusun strategi pembelajaran yang berkesan. Diharap juga agar kajian ini dapat

dijadikan bahan rujukan bagi pihak-pihak yang ingin membuat kajian selanjutnya serta

untuk tujuan ilmiah yang lain.

1.10. Jangkaan Dapatan

Terdapat beberapa jangkaan yang dapat dibuat oleh pengkaji untuk tujuan kajian ini.

Antaranya adalah:

(a) Pelajar dapat mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan oleh mereka sama

ada sesuai ataupun sebaliknya.

(b) Pelajar dapat meningkatkan kualiti pembelajaran dengan mengamalkan gaya

pembelajaran yang bersesuaian dengan diri mereka sendiri.

(c) Pengajar atau guru dapat selaraskan gaya pengajaran dengan gaya pembelajaran

pelajar yang berbeza-beza untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran

dan pembelajaran.

1.11. Kerangka Konsep

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep berkaitan kajian yang akan dijalankan.

Kelaziman gaya pembelajaran pelajar banyak dipengaruhi oleh faktor individu dan

faktor ini pula perlu disesuaikan dengan isi pembelajaran dan sumber pembelajaran yang

merupakan pembolehubah yang tetap.

Page 28: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

12

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian

1.12. Definisi Operasi

1.12.1. Gaya Pembelajaran

Gaya bermaksud sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri

seseorang. Menurut [3], gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara

belajar seseorang individu yang bertindak dengan persekitarannya untuk memproses,

mentafsir dan memperolehi maklumat, pengalaman atau kemahiran yang diingini. Di

bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar

memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses maklumat untuk membentuk konsep

dan prinsip.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menentukan gaya pembelajaran pelajar

berdasarkan kepada Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978). Maklumat

lanjut mengenai ciri-ciri gaya pembelajaran model ini akan dijelaskan dalam Bab 2.

Gaya Pembelajaran

Cara pengumpulan data dan maklumat

Cara belajar

Cara sampaikan maklumat

Hasil

Pengajaran

dan

pembelajaran

Isi pengajaran

(Tetap)

Sumber pelajaran

(Tetap)

Page 29: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

13

1.12.2. Mata Pelajaran Sains

Mata pelajaran Sains merupakan salah satu subjek teras wajib yang perlu diambil oleh

pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia [21]. Dalam kajian ini, mata

pelajaran Sains yang dimaksudkan adalah mata pelajaran Sains Tingkatan Dua.

1.12.3. Gred Pencapaian

Menurut [22], pencapaian bermaksud pelajar-pelajar mengikut kurikulum yang diajar

dan ditentukan melalui ujian atau peperiksaan. Dalam konteks kajian ini, pencapaian

merujuk khusus kepada pencapaian Sains dikalangan pelajar Tingkatan Dua di empat

buah sekolah yang dikaji iaitu SMK(P) Temenggong Ibrahim, SM Tinggi Batu Pahat,

SMK Tun Aminah dan SMK Dato Bentara Luar.

1.13. Rumusan

Bab ini menjelaskan masalah kajian yang melibatkan responden yang terdiri daripada

pelajar Tingkatan Dua di SMK (P) Temenggong Ibrahim, SM Tinggi Batu Pahat, SMK

Tun Aminah dan Smk Dato Bentara Luar. Bab 1 membincangkan pengenalan kajian

iaitu latar belakang, masalah kajian dan objektif, persoalan kajian, hipotesis kajian,

signifikan kajian, skop dan batasan kajian serta kerangka konsep yang berkaitan dengan

kajian yang akan dijalankan. Bab 2 sorotan penulisan menjelaskan rujukan kajian lalu

berkaitan dengan masalah kajian. Bab 3 menerangkan metodologi kajian yang

dijalankan.

Page 30: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

14

BAB 2

SOROTON KAJIAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji mengemukakan perkara yang berkaitan dengan gaya

pembelajaran di samping model gaya pembelajaran yang digunakan dalam kajian ini.

Bab ini juga turut memuatkan kajian lepas yang berkaitan dengan gaya pembelajaran.

2.2. Pembelajaran

Pembelajaran adalah satu fenomena yang sebati dalam kehidupan manusia.

Pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai perubahan tingkah laku yang tetap dan ia

berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Perubahan tingkah laku yang

mengambil masa beberapa minit tidak dipanggil pembelajaran [23]. Pembelajaran secara

amnya diertikan sebagai proses memperoleh ilmu pengetahuan ataupun kemahiran.

Sekiranya pengajaran dapat mempengaruhi pelajar sehingga tingkah lakunya mengalami

perubahan yang dapat diperhatikan selepas pengajaran berbanding sebelum pengajaran,

maka dapat disimpulkan bahawa pembelajaran telah berlaku [24]. Pembelajaran

merupakan satu proses yang mempunyai beberapa peringkat yang diperolehi secara

sistematik, bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti oleh

pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku [24].

Menurut [25], pembelajaran adalah satu proses melalui pengalaman, yang mana

secara menyeluruh mengubah perlakuan seseorang secara kekal. Perubahan dalam

Page 31: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

15

perlakuan adalah bukti mudah sesuatu pembelajaran telah berlaku [26]. Teori Piaget ada

menyatakan kanak-kanak tidak menerima pengetahuan secara pasif tetapi mereka

menerima dan membina pengetahuan baru melalui aktiviti [27].

Pembelajaran merupakan satu proses yang memerlukan tempoh untuk

penggabungan ilmu. Pembelajaran akan jadi lebih mudah apabila isi kandungan yang

dipelajari adalah sesuatu yang tidak asing. Di samping itu faktor dalaman dan luaran

juga akan memberi kesan pada proses pembelajaran [28]. Menurut [29], pembelajaran

merupakan kegiatan yang bergantung kepada akal dan melibatkan ingatan. Pembelajaran

yang berjaya adalah pembelajaran yang mencapai mutu tinggi dalam matlamat sesebuah

pembelajaran ilmu.

2.3. Gaya pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan yang

ada pada setiap individu. Gaya pembelajaran adalah bersifat biologikal, dan akan

berkembang hasil daripada pengalaman hidup seseorang [30].

Terdapat pelbagai definisi gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli

psikologi. Gaya pembelajaran merujuk kepada pendekatan pengajaran yang digemari

oleh pelajar. Selain itu gaya pembelajaran juga melambangkan ciri-ciri kualiti individu

yang tetap walaupun suasana sekeliling telah berubah [31]. Menurut [32], gaya

pembelajaran adalah kaedah tersendiri individu untuk mencari, menyimpan dan

mengeluarkan semula maklumat. Gaya pembelajaran juga merupakan cara seseorang

individu dapat melihat dan memproses sesebuah pengalaman [33].

Berdasarakan definisi oleh [3], gaya pembelajaran adalah cara belajar sesorang

individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya individu tersebut dapat

memproses, mentafsir dan memperolehi maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran

yang diingini dalam setiap proses pembelajaran yang dialami.

Kajian [34], mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai cara seorang kanak–

kanak dapat mengingat sesuatu pengetahuan baru yang susah dengan pelbagai cara sama

ada melalui pendengaran, melihat, membaca, menulis, mengilustrasi, menuturkan atau

mengalaminya secara aktif, memproses maklumat secara tersusun, analitik

Page 32: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

16

(menggunakan otak kiri) ataupun secara menyeluruh dan serentak (menggunakan otak

kanan). Gaya pembelajaran juga menerangkan bagaimana seseorang bertindakbalas pada

persekitaran tempat pembelajaran berlaku, sama ada maklumat diserap secara konkrit

atau secara abstrak. Pelajar mula untuk menumpukan pada pembelajaran, memproses

maklumat dan seterusnya mengekalkan semua pengetahuan baru dan sukar bagi mereka.

Setiap individu mempunyai tindak balas yang berlainan. Kecenderungan seseorang

individu itu dipengaruhi oleh lima faktor utama iaitu persekitaran, fisiologi, sosiologi,

fizikal dan psikologi.

Berdasarkan kesemua takrifan daripada tokoh-tokoh di atas, dapat disimpulkan

bahawa gaya pembelajaran merupakan kecenderungan pelajar dalam mengamalkan cara

atau teknik pembelajaran mereka yang tersendiri di mana ia dipengaruhi oleh faktor

persekitaran dan faktor personaliti pelajar tersebut. Gaya pembelajaran yang diamalkan

ini seterusnya dapat memberikan pengaruh yang kuat terhadap prestasi pencapaian

akademik pelajar [34].

2.4. Kerangka Teori Gaya Pembelajaran

Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan tentang

konsep pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan

sebab berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian

tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran.

Kebanyakan teori pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau

pemerhatian. Terdapat pula, sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan

falsafah [3]. Teori-teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa domain

seperti domain behaviorisme, domain kognitif, domain sosial dan domain humanis.

2.4.1. Domain Behavioris

Domain behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

Thorndike dan Skinner, berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan

perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada

Page 33: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

17

ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing

dan burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara

„rangsangan‟ dan „gerakbalas‟ yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Secara

umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan

mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau

sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,

dikawal dan diramal [35]. Secara umumnya, teori-teori pembelajaran inilah yang

menjadi dasar kepada gaya pembelajaran seseorang individu.

2.4.2. Domain Kognitif

Domain kognitif pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman

yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada

tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian

kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal

mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran

mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah

penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia

memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala

maklumat di dalam ingatan [35].

2.4.3. Domain Sosial

Domain sosial pula menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori

domain behavioris bersama dengan teori domain kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai

Teori Perlakuan Model. Albert Bandura, seorang tokoh domain sosial ini menyatakan

bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan

menggunakan pendekatan permodelan. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek

pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga

aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada

kefahaman pelajar [35].

Page 34: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

18

2.4.4. Domain Humanis

Domain humanis pula berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan

perasaannya. Seorang ahli domain ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu

itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi

dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan

disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga

menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai

kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi

bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum [35].

2.5. Model gaya pembelajaran

Terdapat pelbagai Model Gaya Pembelajaran yang biasa digunakan oleh pengkaji-

pengkaji lepas dalam mengenalpasti gaya pembelajaran seseorang. Antara Model Gaya

Pembelajaran yang biasa diguna ialah Model Gaya Pembelajaran Kolb, Model Gaya

Pembelajaran Canfield, Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford, dan Model

Gaya Pembelajaran Rahil et. al.. Pengkaji menggunakan Model Gaya Pembelajaran

Dunn dan Dunn kerana aspek penilaian adalah menyeluruh, ia menyentuh aspek luaran

dan dalaman seseorang pelajar [36].

2.5.1. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978)

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) dalam [24], menyatakan bahawa gaya

pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan

mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model gaya pembelajaran

Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar,

b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu,

Page 35: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

19

c) gaya pembelajaran individu akan bertindakbalas dengan iklim, sumber dan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan

d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat

disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat

mengoptimumkan proses pembelajaran.

Dunn dan Dunn menyatakan individu dapat mempertingkatkan prestasi mereka

sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya

pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5

dimensi iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal seperti

yang digambarkan dalam Rajah 2.1. Lima dimensi ini mempengaruhi keupayaan

seseorang individu terhadap persekitaran pembelajarannya.

Rajah 2.1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) [24]

Elemen-elemen yang terdapat dalam Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn

dirumuskan dalam Lampiran C.

Persekitaran Bunyi Cahaya Suhu Reka Bentuk

Motavasi Kecekalan Tanggungjawab Struktur Emosional

Rakan

sebaya

Kendiri Kumpulan Dewasa Pelbagai Sosiologi

Fizikal Persepsi

Indera Makan minum Masa Mobiliti

Analitik Global Otak Kiri/

Kanan

Refleksi

Diri

Desakan Psikologi

Page 36: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

20

2.5.2. Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford (1992)

Gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku

individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya

pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis [37].

(a) Aktivis

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu

yang berminat kepada pengalaman dan ‟obses‟ terhadap kaedah berpasukan. Mereka

juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan

sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang

mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci.

Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka

kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.

Golongan pelajar ini tidak memerlukan dorongan daripada orang lain ataupun

menunggu seseorang yang akan memberi dorongan kepadanya. Mereka lebih selesa

untuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang

yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada

persekitaran dirinya sendiri. Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis

mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru

dalam pembelajaran serta persekitarannya. Golongan aktivis adalah golongan yang

kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan

menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru.

Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz.

Page 37: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

21

(b) Reflektif/reflektor

Individu yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif/reflektor berminat dalam

mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif.

Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman

tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan

dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan

memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan.

Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan

perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya.

Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat

kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang

dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-

perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka

adalah tinggi.

(c) Teoris

Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris mementingkan situasi-

situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem

pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara

penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta

mensintesis. Mereka berpegang kepada „jika ianya logik maka ia boleh digunakan‟.

Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan.

Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat

global dan subjektif.

Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya

pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat

berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan

yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan

logik.

Page 38: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

22

Secara saintifiknya, mereka cenderung untuk menggunakan otak kiri untuk

memproses maklumat yang mereka perolehi. Mereka bersifat objektif dalam melihat

sesuatu pandangan atau idea daripada pelbagai perspektif supaya mereka dapat melihat

situasi tersebut dengan lebih jelas. Kajian mendapati golongan lelaki didapati lebih

cenderung kepada gaya pembelajaran teoris.

(d) Pragmatis

Kajian mendapati mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih

konfiden, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa

mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang

praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan

kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk

menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.

Golongan pragmatis berpegang kepada „kaedah sentiasa ada‟ dan „jika kaedah itu

berguna maka ianya baik‟. Mereka gemar membincangkan perkara yang tidak

mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah

golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan

masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa

puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Pelajar

pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk

membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang

sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada pelajar lelaki dan

mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.

2.5.3. Model Gaya Pembelajaran Kolb (1984)

David Klob (1984) dipetik dari [38] telah mengemukakan gaya pembelajaran melalui

pengalaman yang mengandungi empat peringkat pengalaman iaitu:

1) Pengalaman konkrit adalah individu yang belajar daripada pengalaman yang

spesifik, berkait dengan orang lain dan sensitif terhadap perasaan orang lain.

Page 39: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

23

2) Pemerhatian reflektif adalah pembelajaran yang melibatkan pemerhatian teliti

sebelum membuat keputusan, melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif

dan melihat kepada makna sesuatu perkara.

3) Konseptual abstrak adalah pembelajaran berdasarkan analisis logikal,

perancangan yang sistematik dan pemahaman secara intelektual terhadap sesuatu

situasi.

4) Eksperimentasi aktif pula merujuk kepada kemampuan untuk melakukan sesuatu

sehingga selesai, mengambil risiko, mempengaruhi orang lain dan bertindak

terhadap sesuatu perkara.

Kolb juga telah membahagikan aktiviti pembelajaran pelajar kepada dua bahagian iaitu

persepsi (perception) dan pemprosesan (processing). Selepas penerimaan maklumat,

maklumat akan diproses dan pemprosesan maklumat ini berbeza mengikut gaya setiap

individu. Kedua-dua dimensi yang bertentangan ini iaitu persepsi dan proses

digabungkan menjadi empat sukuan gelagat pembelajaran seperti dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Empat Sukuan dalam Gaya Pembelajaran Kolb‟s [25].

Kolb‟s Experiential Learning

Style

Concrete & Experience

(sensing/feeling)

Reflection &

Observation

(review/watching)

Test Hypothesis &

New Situation

(doing/planning)

Abstraction &

Generalization

(thinking/concluding)

Concrete,

active

(activists)

Concrete,

reflective

(reflectors)

Abstract,

active

(pragmatist)

Abstract,

reflective

(theorists)

Page 40: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

24

Jadual 2.1 menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri pembelajaran pelajar

dalam setiap jenis sukuan.

Jadual 2.1: Sukuan Gaya Pembelajaran Kolb‟s

Sukuan Penerangan

Sukuan Jenis I Merupakan gabungan di antara Concrete Experience dangan Active

Experience.

Memberikan tindak balas yang baik pada penerangan yang diberikan oleh

guru.

Memberikan tindak balas yang positif terhadap isi pelajaran yang

disampaikan.

Guru merangsang pelajar dengan mengalakkan motivasi yang ada dalam

diri pelajar.

Sukuan Jenis II Gabungan di antara Concrete Experience dengan Reflective Observation.

Bertindakbalas secara optimum kepada sesi pengajaran dan pembelajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan apabila pelajar

berpeluang melakukan refleksi.

Guru bertindak sebagai pakar.

Sukuan Jenis III Sukuan ini merupakan hasil gabungan Active Experimentation dan

Abstract Conceptualization.

Sentiasa bekerjasama dan berusaha menyelesaikan masalah yang

diberikan.

Guru sebagai pembimbing

Mengambil pengajaran dari kesilapan yang lalu.

Guru bertindak sebagai fasilitator yang memberikan panduan.

Sukuan Jenis IV Gabungan Reflector Observation dan Abstract Conceptualization.

Pelajar gemar mengaplikasikan informasi atau maklumat yang diperolehi

ke dalam situasi yang baru.

Guru bertindak sebagai pemerhati untuk memberi peluang meneroka

perkara yang menjadi tarikan.

2.5.4. Model Gaya Pembelajaran Canfield (1977)

Canfield (1997) yang dipetik dalam [39] telah membina skala gaya pembelajaran dan

membahagikannya kepada 4 kategori utama iaitu keadaan pembelajaran (learning

condition), kecenderungan mod belajar (preferred mode of learning), kandungan

pembelajaran (learning content) dan jangkaan prestasi (perfomance expectation). Rajah

2.3 menunjukkan elemen-elemen yang terdapat dalam Model Gaya Pembelajaran

Canfield.

Page 41: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

109

RUJUKAN

1. Arshad, A. R. Pemikiran Tun Dr.Mahathir Mohamad Dalam Pendidikan Negara:

Implikasinya Ke Atas Dasar Pendidikan Negara Masa Kini dan Masa Hadapan.

Siri Ucap Utama Institut Pemikiran Tun. Dr. Mahathir Mohamad (IPDM). Siri

Simposium Berkala 1 “Pendidikan”. Sintok: Institut Pemikiran Tun. Dr. Mahathir

Mohamad. 2004. ms 15-27.

2. Curriculum Development Centre. Integrated Curriculum For Secondary Schools.

Science Syllabus. Malaysia: Pusat Perkembanagn Kurikulum. 2007.

3. Mok S. S. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1&2):

Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2003.

4. Buntat, Y. et. al. Hubunagn Antara Harga Diri dan Pencapaian Sains Dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan

Matematik. Universiti Teknologi Malaysia: 2008.

5. Ibrahim, N.H., Surif, J. & Mustapa M.S. Kefahaman dan Tahap Amalan

Pembelajaran Secara Kontekstual di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. Tesis

Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2006.

6. Johari, A.Z. Strategi Pembelajaran. Johor: Kolej Teknologi Tun Hussein. 2003.

Page 42: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

110

7. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA) Pendidikan. Dipetik dari http://www.moe.gov.my

8. Johari, A.Z., Mohd Meerah, T. S. & Abdullah, M.A. Strategi Pembelajaran.

Johor: Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2003.

9. Kamaruddin, M.I. & Mohamad, A. Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan

Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) Universiti

Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2005.

10. Dunn, R. and Dunn, K. Teaching Elementary Students Through Their Individual

Learning Styles: Practical Approach For Grades 3-6. Boston: Allyn and Bacon.

1992.

11. Muhammad, S. Tinjauan Terhadap Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-

Pelajar Semester Dua Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Tun Hussein Onn: 2003.

12. Mohamed Noor, K. Belajar Teknik Belajar. Kuala Lumpur: PTS Publication and

Distributor Sdn. Bhd. 2002.

13. Slavin R.E. Educational Psychology: Theory and Practice. 5th

Ed. USA: Allyn and

Bacon. 1997.

14. National Centre For Education Statistics (2007). Trends in International

Mathematics and Science Study (TIMSS). Dicapai dari

http://nces.ed.gov/timss/table07_1.asp.

15. Mohamad, N. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian

Matematik Pelajar di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Menggunakan Model

Kolb. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : 2008.

Page 43: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

111

16. Abu, B. Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes

in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham,

UK: 2000.

17. Ng, S. C. Relationship Between Learning Styles and Understanding of Selected

Chemical Concepts Among Pre-University Science Students. Tesis Sarjana.

Universiti Malaya: 2005.

18. Griggs, S. A. Learning Styles Counseling. ERIC digest. ERIC Clearinghouse on

Counseling and Personnel Services. (ED 341 890- Microfiche- Digest in ERIC

Database). 1991.

19. Lovelace, M. K. Meta-Analysis of Experimental Research Based on the Dunn and

Dunn Model. Journal of Educational Research. 2005. 98(3): 176-183.

20. Tendy, S., & Geiser, W. The Search For Style: It All Depends on Where You Look.

Retrieved from ERIC database. 1997.

21. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/1988.

Malaysia. 1988.

22. Nik Zain, S. N. Y. Faktor Yang Mempengaruhi Murid-murid Untuk Belajar

Dengan Tekun dan Memimpin : Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti

Kebangsaan Malaysia: 1981.

23. Dale H.S. Learning Theories. An Educational Perspective. 2nd

Edition. Prentice

Hall, Inc. A Simon & Schuster Company. 1996.

24. Julie, E. S. Resources For Teaching A Learning Styles/ Teamwork Module With

The Solomon-Felder Index Of Learning Styles. 2003. 33rd

ASEE/IEEE Frontiers

In Education Conference.

Page 44: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

112

25. Stephen B. K. Learning Principle and Application. 5th

Edition. London: SAGE

Publication Ltd. 2009.

26. Guy R. L. Theories Of Human Learning. What the Old Man Said. 4th

Edition.

USA: Allyn and Bacon. 2000.

27. Meyers, C. et. al. Promoting Active Learning: Strategies for the College

Classroom. Jossey-Bass Pte. Ltd. San Francisco : 1993.

28. Gavin R. Learning Styles and Inclusion. London: Paul Chapman Publishing. 2005.

29. Mohd Nor, K. Belajar Teknik Belajar Di Sekolah dan Di Universiti. Kuala

Lumpur: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd. 2001.

30. Dunn, R., Honigsfeld, A., & Doolan, L. Impact Of Learning-Style Instructional

Strategies On Students‟ Achievement And Attitudes: Perceptions Of Educators In

Deverse Institutions. The Clearing House, 82(3), 135-140. 2009.

31. De Bello, T. C. How Parents Perceive Students' Learning Style. Principal,

76, 38-39. 1996.

32. Felder, R.M. dan Henriques, E.R. Learning and Teaching Styles in Foreign and

Second Language Education. Foreign Language Annals, 28(1), 21-21. 1995.

33. McCarty, B. & McCarty, D. Teaching Around The 4Mat Cycle. Designing

Instruction for Diverse Learners with Diverse Learning Styles. London: Corwin

Press. 2006.

34. Dunn, R., Dunn, K. & Peerin, J. Teaching Young Children Through Their

Individual Learning Styles. Practical Approaches For Grades K-2. USA: Allyn

and Bacon. 1994.

Page 45: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

113

35. Santrock, J. W. Educational Psychology. 4th

Edition. New York: McGraw Hill

Companies, Inc. 2009.

36. Sapar, H. Tinjauan Terhadap Gaya Pembelajaran di Kalangan Pelajar-pelajar

Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional di UTHM. Tesis Sarjana Muda.

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2007.

37. Honey, P. dan Mumford. The Manual of Learning Style. 2nd

Edition. United

Kingdom: Peter Honey. 1992.

38. Mohamad Zakaria, Z. B. Hubungan Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian

Akademik. Tinjauan di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun

Pertama, UTM, Skudai, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia:

2007.

39. Abu, B., Md Johan, O., Syed Mansor, S.M.S., & Jaafar, H. Kepelbagaian Gaya

Pembelajaran dan Kemahiran Belajar Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan,

UTM Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2007.

40. Mahyuddin, R., Mohd. Isa, A. M. dan Lope Pihie, Z. A. Asas Pendidikan II:

Psikologi Dalam Bilik Darjah. Malaysia: Longman. 1995.

41. Kowalski, K. M. What‟s Your Learning Style? Current Health 1. 2001. 25(1): 20-

32.

42. Dunn, R. dan Stevenson , J.M. Teaching Diverse College Students To Study A

Learning Style Prescription. College Student Journal. 1997. 31(3): 333-339.

43. Dunn, R. and T.C. DeBello, eds. Improves Test Scores, Attitudes, And Behaviors

In America’s Schools: Supervisors’ Success Stories. Wesport, CT: Bergin and

Garvey. 1999.

Page 46: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

114

44. Constant, K.P. Using Multimedia Techniques To Address Diverse Learning Styles

In Materials Education. Journal of Materials Education. 1997. 19: 1-8.

45. Zywno, M. S. & Waalen, J. K. The Effects Of Individual Learning Styles On

Student Outcomes In Technology-Enabled Education. Global Journal of

Engineering Education 2002. 6(1): 35- 43.

46. De Vita, G. Learning Styles, Culture, And Inclusive Instruction In Multicultural

Classroom: A Business And Management Perspective. Innovations in Education

and Teaching International. 2001. 38 (2): 165-174.

47. Low X. X. Pola Gaya Pembelajaran Pelajar-pelajar Di Kelas Lukisan

Kejuruteraan Sekolah Menengah Sains Muar. Tesis Sarjana Muda. Universiti

Teknologi Malaysia: 2003.

48. Om, N.A. Kajian TerhadapKaedah Pembelajaran Yang di Amalkan oleh Pelajar

Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tesis Sarjana Muda. Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia: 2007

49. Ting, H. S. Gaya Pembelajaran Sains Tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis

Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia: 2006.

50. Yee M. H. Pola Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Teknik di Daerah Negeri Johor. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi

Malaysia: 2002.

51. Raja Sulaiman, R.M. Tijauan Terhadap Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar-

Pelajar Semester Tiga Tahun 2002 Diploma Akauntasi Di Politeknik Sultan Haji

Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn: 2002.

Page 47: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

115

52. Omar, F. Keberkesanan Pembelajaran Secara Kolaboratif Terhadap Prestasi

Mata Pelajaran Pengurusan Perniagaan (P315) Pelajar Sijil Simpan Kira

Semesta 4 di Politeknik Seberang Perai. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Teknologi

Tun Hussein Onn: 2002.

53. Awang, M. S. Dan Rahim, S. E. Gaya Pembelajaran Pelajar Semester 7 Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan Sultan

Idris. Tesis Sarjana Muda. Universiti Pendidikan Sultan Idris: 2001.

54. Keri, G. Males And Females College Students` Learning Styles Differ: An

Opportunity For Instructional Diversification. College Student Journal. 2002. 36

(3): 36, 433-450.

55. Philbin, M., Meier, E., Huffman, S., & Boverie, P. A Survey Of Gender And

Learning Styles. Sex Roles Journal of Research. 1995. 32(7-8): 485-497.

56. Khamis, M. Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian

Akademik. Jurnal Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia: 2002.

57. Muhd. Sidik, S. S. P. Kajian Terhadap Gaya Pembelajaran Pelajar Aliran

Vokasional Di Sekolah Menengah Teeknik. Tesis Sarjana Muda. Universiti Tun

Huseein Onn Malaysia: 2007.

58. Mohd. Yusof. Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar

Perakaunan. National Seminar Memeperkasakan Sistem Pendidikan. Johor Bahru:

2005.

59. Nun, H. Gaya Pembelajaran Pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Tesis

Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia : 1999.

Page 48: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

116

60. Che Abd. Razak. N. S. Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan Di Universiti

Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia:

2008.

61. Pasiak, T. “Revolusi IQ, EQ,SQ”. PTS Millenia Sdn. Bhd. Selangor : 2008.

62. Amir, N. F. H. Hubungan Gaya Pembelajaran Terhadap Pencapaian Akademik

Pelajar Kejuruteraan Dalam Subek Berkaitan Grafik Kejuriteraan Berkomputer.

Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: 2009.

63. Abu Hassan, N. Perkaitan Antara Pencapaian Awal, Kaedah Pengajaran, Gaya

Pembelajaran dan Kesukaran Subjek Matematik Di Kalangan Pelajar Diploma

Kejuruteraan. Tesis PHD. Universiti Kebangsaan Malaysia : 2001.

64. Muhammad, S. Tinjauan Gaya Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Semester 2

Diploma Pemasaran. Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Tesis

Sarjana. Kolej Universiti Tun Hussein Onn : 2003.

65. Davidson, P.S. Matehmatics Learning Viewed From Neurobiological Model For

Intellectual Functioning. ERIC : ED 239914: 1983.

66. Conllison, E. A Survey Of Elementary Students‟ Learning Style Preferences And

Academic Success. Contemporary Education (71): 42-47 : 2000.

67. Gadt-Johnson, C.D. & Price, G.E. Comparing Students With High And Low

Preferences For Tactile Learning. Education (120): 581-586 : 2000.

68. Merican, S. Penyelidikan Sains Sosial. Kuala Lumpur: McGraw Hill. 2000.

69. Thomas, R.M. Teacher’s Doing Research. An Introductory Guidebook. New York:

Pearson Education, Inc. 2005.

Page 49: GAYA PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI … · Dengan Perempuan Berdasarkan Item Soalan 71 4.23 Analisis Perbezaan Purata Tahap Persetujuan Bagi Dimensi Gaya Pembelajaran Berdasarkan

117

70. Johari, K. Penyelidikan DalamPendidikan (Konsep dan Prosedur). Malaysia:

Prentice- Hall. 2003.

71. Idris, N. Penyelidikan Pendidikan. Malaysia; McGraw Hill. 2010.

72. Abdul Ghafar, M. N. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai,

Universiti Teknologi Malaysia: 2003.

73. Konting, M. M. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka. 2005.

74. Suter, W. N. Introduction To Educational Research. A Critical Thinking

Approach. California: SAGE Publication, Inc. 2006.

75. Mertler, C. A. & Charles, C. M. Introduction To Educational Research. 5th

Edition.

New York: Pearson Education, Inc. 2005.

76. Punch, K. F. Introduction to Research Methods in Education. London : SAGE

Publication, Ltd. 2009.

77. Wiersma, W. & Jurs, S. G. Research Method in Education. 8th

Edition. New York:

Pearson Education, Inc. 2005.

78. Linacare, J. M. Winstep Computer Program Version 3.48. : www.winsteps.com :

( 30 April 2012)

79. Bond, T.G & Fox, C.M. Applying the Racsh Model Fundamental Measurement in

the Human Sciences. 2nd

Ed. New Jersey: Lawrence Erlbaun Associates : 2007.