perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

23
Tajuk: A. PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN B. SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA 1.0 PENGENALAN Pembelajaran merupakan satu proses penyerapan ilmu yang berlaku dalam kehidupan individu. Terdapat 3 kategori pembelajaran iaitu pembelajaran formal, pembelajaran informal dan pembelajaran non-formal. Pembelajaran formal adalah pembelajaran yang teratur seperti di dalam kelas. Pembelajaran informal pula merupakan pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung ataupun secara tidak sedar. Seterusnya adalah pembelajaran non-formal iaitu berfungsi bagi melengkapkan pembelajaran formal. Melalui pembelajaran juga, individu itu akan dapat dikesan terhadap tahap perbezaan pembelajaran mereka. Disebabkan itu timbulnya perbezaan individu dalam pembelajaran. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Manakala, dari segi pembelajaran adalah tertumpu kepada cara pelajar itu menelaah ilmu. Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. 1

Upload: emiey-mieysagie

Post on 28-Jul-2015

312 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

Tajuk:

A. PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN

B. SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran merupakan satu proses penyerapan ilmu yang berlaku dalam

kehidupan individu. Terdapat 3 kategori pembelajaran iaitu pembelajaran formal,

pembelajaran informal dan pembelajaran non-formal. Pembelajaran formal adalah

pembelajaran yang teratur seperti di dalam kelas. Pembelajaran informal pula

merupakan pembelajaran yang berlaku secara tidak langsung ataupun secara tidak

sedar. Seterusnya adalah pembelajaran non-formal iaitu berfungsi bagi

melengkapkan pembelajaran formal. Melalui pembelajaran juga, individu itu akan

dapat dikesan terhadap tahap perbezaan pembelajaran mereka.

Disebabkan itu timbulnya perbezaan individu dalam pembelajaran. Menurut

Khairul Yusri (2007), perbezaan individu adalah dari segi ketidaksamaan aspek

perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Manakala,

dari segi pembelajaran adalah tertumpu kepada cara pelajar itu menelaah ilmu.

Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah

pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru

membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi

rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Jadi ia juga menentukan prestasi individu sama ada cemerlang ataupun tidak.

Bagi mereka yang cemerlang dikategorikan sebagai pelajar yang berjaya. Maka,

sudah tentulah pelajar yang berjaya akan mempunyai sifat-sifat mereka yang

tersendiri. Sekiranya seorang pelajar tidak mempunyai sifat yang baik, nescaya

pelajar itu tidak akan menjadi pelajar yang cemerlang walaupun dia mempunyai

kesungguhan untuk berjaya. Menurut Kesepaduan dari segi aspek jasmani, emosi,

rohani intelek dan juga sosial adalah menjadi peranan penting bagi mempengaruhi

keseimbangan yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1

Page 2: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

2.0 PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN

2.1 Perbezaan individu

Setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal mereka, dari segi kognitif, dari segi

sosial dan sebagainya. Merujuk kepada variasi, Papalia (2001), manusia berbeza

dari segi jantina, berat, bentuk. Slavin (1997), mengaitkan perbezaan badan,

kesihatan tahap tenaga individu dengan konteks pengajaran personaliti dan emosi

serta pembelajaran. Tambahan lagi, Setiap individu mempunyai corak pertumbuhan

yang unik. Individu yang normal akan mengalami peringkat pertumbuhan yang sama

iaitu melalui peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa namun akan

mengalami kadar pertumbuhan dalam aspek fizikal, mental dan sahsiah yang

berbeza-beza.

Oleh itu, individu dalam kumpulan usia yang sama tidak semestinya

mempunyai kebolehan yang sama dalam aktiviti fizikal mahupun akademik.Menurut

pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak boleh

dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan

untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan individu ini akan membawa

kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak

seperti manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut

kumpulan dalam sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri

bagi sesuatu perkara.  Ini menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah

unik dan setiap individu adalah berbeza dari pelbagai aspek.  Perbezaan individu

boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaan seperti:

2.1.1 Aspek Fizikal

Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi.  Perbezaan ini boleh

dilakukan melalui pemerhatian individu dari segi luaran seperti paras rupa, susuk

badan dan sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti

saiz otak dan jumlah neuron.  Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz

badan kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur

lingkungan 10 tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. 

Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan

2

Page 3: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki hal ini demikian kerana perempuan

berfikiran lebih matang ketika berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding remaja

lelaki.

Sheldon (1942) mengategorikan temperamen ataupun gaya perilaku kepada

tiga kategori iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan

mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Mesomorf

(tubuh badan otot yang kuat) menujukkan bersifat agresif, bertenaga dan kuat

bersukan. Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan bersifat bimbang, suka

bersendirian dan seorang pendiam. Walaupun pembawaan ini diwarisi, namun ia

juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran. Dari segi pembelajaran pula,

ianya mungkin akan menjadi individu yang aktif dan individu pasif. Sekiranya pelajar

itu dalam kategori ektomort, maka mereka ini perlu di beri bimbingan yang lebih dan

perlu sentiasa di beri perhatian.

2.1.2 Aspek Kognitif / Mental

Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat,

menaakul, menganalisis serta bakatnya.  Individu mempunyai aras kognitif yang

berlainan.  Mereka mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima

daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.  Contohnya murid-murid

perempuan mempunyai kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi daripada

lelaki.  Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan pencapaian murid-murid lelaki

lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran Matematik,

Sains dan sukan. 

Manakala pencapaian murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-

murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. Kesediaan belajar dan

pencapaian pelajar dan pembelajaran adalah bergantung kepada sikap dan minat

mereka terhadap sesuatu. Murid yang berminat dengan sesuatu subjek akan

memberi tumpuan dan cuba sedaya upaya untuk mencapai prestasi cemerlang

dalam subjek tersebut berbanding dengan pelajar yang tidak berminat.

2.1.3 Aspek Emosi

Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan.  Ini adalah kerana

mereka berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-

3

Page 4: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

kemahiran sosial yang berlainan.  Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa.  Tahap

kecerdasan emosi ini adalah berbeza.  Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat

marah, pemalu, pasif dan sebagainya.  Kanak-kanak lelaki lebih bersifat

temperamen daripada kanak-kanak perempuan.

Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani

dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka.  Guru-guru perlu merancangkan

pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-

murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa

pembelajaran dijalankan.

2.1.4 Apek Tingkah laku

Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi

peluang alam sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang. 

Menurut Mok Soon Sang (2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari

segi pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial.  Contohnya, terdapat peluang atau

galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah laku seseorang itu positif.  Dari

segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga, sekolah, rakan sebaya,

media massa dan kebudayaan. Setiap individu membina keyakinan diri yang

berbeza-beza berdasarkan status sosioekonomi. Ada ketikanya individu daripada

status sosioekonomi rendah akan merasa rendah diri dan ini menyebabkan mereka

segan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif

2.1.5 Aspek Sosial

Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah

mengikut ciri-ciri semulajadi iaitu perangai yang akan tentukan sama ada individu itu

permalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah mahupun impulsif.  Manakala

minat, sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi

individu.  Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah

laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang

lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang

sosio-ekonomi seperti individu yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang

tinggi, maka nustrisi yang dibekalkan adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga

4

Page 5: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

dengan rapi.  Jadi, guru perlu mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa

menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas.

2.1.6 Aspel Rohani / Agama

Kewujudan perbezaan rohani terhadap individu adalah disebabkan

terdapatnya perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing.  Aspek rohani

adalah lebih universal dengan hubungan tubuh badan,minda serta jiwa.  Murid-murid

dibesar mengikut sistem agama tertentu dari ibu bapa mereka serta dari latar

belakang mereka. Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan

menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda

murid-murid supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.

Selain daripada enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan

individu, maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini

seperti bakat atau minat, perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang

berbeza dan sebagainya. Namun begitu, menurut Weil (1980), para pendidik perlu

merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang akur

dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid supaya tahap

pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.   

2.2 Gaya Pembelajaran

Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan

yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran,

emosi, sosial, fisiologi dan psikologi.  Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor

yang memainkan peranan penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya

pembelajaran murid.

2.2.1 Rangsangan Persekitaran

Rangsangan  pertama ialah rangsangan persekitaran yang merangkumi

empat unsur yang utama iaitu pertama, cahaya.  Kadar terangnya cahaya adalah

diukurkan mengikut kesesuaian tersendiri.  Walaupun kebanyakan dari kita selesa

belajar dengan kadar pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang

yang lebih suka belajar dalam suasana yang malap.  Kedua, bunyi dengan jenis

bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka. Terdapatnya individu

5

Page 6: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya terdapat juga individu yang

suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik. 

Ketiga, suhu dengan keadaan sejuk dan nyaman dapat mempertingkatkan

keberkesanan pembelajaran.  Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat

mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.  Ramai murid tidak suka dan tidak

selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas.  Akhirnya kelima, reka

bentuk suasana tempat belajar yang menunjukkan keadaan susunan suasana bilik

darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid.  Contohnya tempat

duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. 

2.2.2 Rangsangan emosi

Ransangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang. 

Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab. 

Unsur motivasi ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid

belajar mengikut arahan yang berstruktur daripada guru.  Manakala motivasi

intrinstik dengan murid suka belajar dengan inisiatif sendiri tanpa mengharapkan

orang lain.  Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan tanggungjawab adalah

mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang serta

mana-mana rangsangan persekitaran.   

2.2.3 Rangsangan Sosial

Ransangan sosial mengandungi empat unsur iaitu perseorangan,

berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa.  Unsur

perseorangan ini terdapatnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu

ini tidak suka ada sebarang gangguan semasa sedang belajar.  Manakala keadaan

ini berlainan dengan unsur berpasangan.  Individu yang suka belajar berpasangan

adalah individu lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat bersamanya.

Pasangannya adalah teman paling karib dan mereka dapat berinteraksi secara dua

hala apabila bersama. 

Pembelajaran dalam bentuk kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada

dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan, sumbangan dan

perkongsian idea-idea tentang pembelajaran mereka.  Selain itu, orang dewasa juga

6

Page 7: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan mengemukakan soalan apabila

menghadapi masalah pembelajaran.  Ini adalah dilakukan dengan murid yang

kurang selesa belajar dengan murid sebaya dengannya, mereka berasa lebih selesa

semasa belajar bersama guru ataupun orang dewasa terutamanya pihak ibu bapa. 

2.2.4 Ransangan Fisiologi

Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan fisiologi ini ialah persepsi,

pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti.  Menurut Atan Long (1988), pembelajaran

merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima

oleh pancaindera.  Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi

sema lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap

individu.  Dalam  Model Dunn dan Dunn menekankan pembelajaran menggunakan

kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual dengan pembelajaran melalui

pengamatan,  persepsi auditor dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada

suara latar belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan

persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan

gerak kerja.

Unsur pemakanan menentukan gaya pembelajaran yang berlainan

menerangkan terdapatnya murid-murid yang suka belajar sambil makan dan

minum.  Tetapi ada murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil

makan dan minum semasa menjalankan aktiviti pembelajaran.  Justeru, waktu

pembelajaran juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang.  Contohnya

sesetengah orang suka belajar pada waktu pagi dan ada sesetengah orang suka

belajar di waktu malam.  Contoh unsur mobiliti yang mempengaruhi rangsangan

fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri atau berjalan

sana-sini.  Terdapat juga seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali

semasa belajar. 

            Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada

elemen-elemen yang berikut seperti analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta

dominan otak kiri dan dominan otak kanan.  Bagi murid analitika akan melaksanakan

tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran yang

dilakukan, manakala murid global akan melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih

luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek secara menyeluruh atau holistik. 

7

Page 8: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan cepat dan sering

mengikut gerak hati semasa melibatkan diri dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.  sebaliknya dengan murid reflektif, mereka lebih berhati-hati semasa

membuat sesuatu tugasan. 

Jadi, otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. 

Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. 

Otak kiri akan mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik,

linear dan analisis.  Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan,

corak holistik, rentak dan irama.  Sementara itu, kategori individu juga diambil kira

untuk menentukan gaya pembelajaran seseorang individu seperti murid-murid

global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, murid-murid visual dan sebagainya.

3.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN

3.1 Perbezaan Dari Segi Fizikal

Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal. Tugasan yang diterima adalah

sepadan dengan saiz fizikal.  Perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di

dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang

bersaiz badan kecil.  Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli

itu mempunyai harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri.  Namun, guru

perlu memberikan galakan dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam

perbezaan fizikal.  Contohnya, guru perlu mengajar murid sentiasa mengamalkan

nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain.

3.2 Perbezaan Dari Segi Kognitif

Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan,

Individu yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang

lemah.  Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh

berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan. Menurut Jean

Piaget iaitu ahli falsafah yang menekankan unsur kognitif dalam pembelajaran,

pelajar perlulah menjadi seorang yang berfikir agak neutran saling berhubung.

8

Page 9: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

3.3 Perbezaan Dari Segi Sosialisasi

Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial yang menyebabkan Individu

kelas sederhana menjauhkan diri.  Salah satu punca adalah wujudnya status

ekonomi yang berbeza bagi setiap individu murid itu sendiri.  Manakala bagi murid-

murid yang tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar

seperti murid biasa telah menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun. 

3.4 Perbezaan Dari segi Budaya

Implikasi yang keempat perbezaan dari segi budaya, rohani dan agama, murid-murid

berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan.  Kesan

negatif wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi. 

Kemungkinan dari segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan

kewujudan salah faham antara satu sama lain. 

3.5 Perbezaan Dari Segi Emosi

Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi. Kewujudan perbezaan emosi juga

akan menimbulkan kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran iaitu bagi

murid-murid  yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas.  Murid-murid

yang lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat. Maka, murid

tersebut akan terus berdiam diri sekiranya tiada pemantauan dari guru.

4.0 SIFAT-SIFAT PELAJAR YANG BERJAYA

Pelajar yang berjaya atau lebih selesa dengan pelajar cemerlang bukan sahaja

handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai

keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang,

belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai

cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar

cemerlang. Perkembangan yang menyeluruh dari segi aspek rohani, emosi, intelek,

jasmani dan juga sosial amatlah dititik berat dalam hal sebegini.

9

Page 10: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

4.1 Berdisiplin

Disiplin merupakan faktor utama untuk berjaya. Setiap murid hendaklah mengikut

peraturan serta menghormati ibu bapa, guru yang lebih tua dan rakan-rakan.dalam

islam sendiri menekankan unsure disiplin dalam kehidupan. Sebagai contoh adalah

dalam solat terdapat disiplin yang patut di patuhi, sekiranya ingkar, solat tidak akan

sah dan sebagainya. Sekiranya kita tidak mengambil wuduk untuk solat, semestinya

solat kita tidak akan sah sekiranya kita tetap menunaikannya.

Sama juga seperti dalam pembelajaran. Sekiranya ingin berjaya, kita perlulah

berusaha untuk mencapainya. Usaha itu merupakan disiplin terhadap prinsip

kejayaan. Disiplin dapat melahirkan pelajar yang mempunyai keinsanan yang

syumul. Hal ini demikian, disiplin merupakan asas bagi sesebuah kejayaan.

Contohnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya mestilah rajin untuk mengulang

kaji pelajaran, bangun awal ke sekolah, membuat semua kerja sekolah yang

diberikan dan mematuhi peraturan sekolah.

Tanpa disiplin, tidak mungkin seseorang pelajar dapat melakukan perkara-

perkara tersebut. Malahan, budaya pesimistik dalam kalangan pelajar mestilah

dikikis demi menyambut gamitan menara impian. Tamsilnya, Nik Nur Madihah yang

merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008 mendapat  

20 A dalam peperiksaan awam. Beliau tidak menjadikan kemiskinan yang

membelenggu hidupnya sebagai batu penarung.

Sebaliknya, disebabkan kerajinan, kegigihan, ketekunan dan yang paling

perdana iaitu disiplin beliau yang tinggi dan minda yang positif telah menyuntik

semangat dirinya untuk menggapai  kejayaan seperti kata tokoh terkemuka,  Cecil B.

DeMille iaitu orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya

dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang.  Jelaslah bahawa

disiplin merupakan formula yang paling manjur untuk anak watan ini meraih

kegemilangan dalam kehidupan.

4.2 Amanah

Pelajar yang berjaya boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia

sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak

mengambil hak orang lain. Setiap kelakuannya dijaga dan sentiasa berhati-hati.

10

Page 11: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

Walaupun dia tahu tiada mata manusia yang akan melihatnya namun Ia sedar

bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T. dan disebabkan

itulah segala kerja yang di pertanggungjawabkan ke atasnya akan dijalankan

dengan penuh amanah.

4.3 Bertanggungjawab

Pelajar yang berjaya juga bertanggungjawab terhadap diri nya sendiri. Pelajar ini

akan bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di

sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya seperti

melakukan perkara yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar

yang berjaya juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan

serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah. Disamping itu,

pelajar yang berjaya juga bertanggung jawab terhadap dirinya dari segi pemakanan.

Pemakanan yang boleh memudaratkan diri seperti makanan berkabonat, minyak

yang berlemihan, tinggi kolestrol dan tinggi kadar gula.

Selain daripada itu, jauhkan daripada makanan yang alkohol serta berasid

kerana ianya mampu menghakis ingatan. Selain daripada itu, menurut  Prof. Dr.

Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin melalui blog beliau yang dipetik pada November 2014,

pengambilan logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati, herba yang

dipekatkan atau kopi campuran herba, ikan keli, dan semua bahagian kepala

ikan akan menyebabkan kesan sampingan sepeti penyakit lupa dan penyakit

kekeliruan. Jadi, mereka yang tidak menjaga pemakanan dan cara mereka makan

adalah tergolong kepada mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri.

4.4 Cergas

Pelajar yang berjaya sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya

juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam

mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah

membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya

lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

11

Page 12: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

4.5 Dedikasi

 

Pelajar yang berjaya amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam

melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan

dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan

penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke

arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik. 

4.6 Elok 

Pelajar yang berjaya baik dari segi penampilan diri, tutur kata dan perbuatan. Ia

mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga

menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang

bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak

diberkati Tuhan. 

Pelajar yang berjaya menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi

gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan

peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta

keluarganya. 

4.7 Faham 

Pelajar yang berjaya lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang

demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui

sesuatu isu sebelum ianya memberi maklum balas. Ingatannya juga kuat kerana ia

mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca,

dilihat atau yang dipelajarinya.

4.8 Gigih 

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan

tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah

menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya. Menurut pelajar

cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah “Saya suka bertanya soalan kepada cikgu

dan selalu berjumpa dan mendapatkan nasihat dari cikgu apabila saya mendapat

markah yang rendah dan tidak memuaskan. Saya sentiasa mencari masa terluang

12

Page 13: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

kerana cikgu tidak akan sempat untuk menumpukan masanya kepada saya seorang

di dalam kelas. Jadi saya akan berjumpa dengan cikgu walaupun pada waktu

petang.”

Manakala menurut Azam (2014) usaha itu merupakan tangga kejayaan.

Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti

menggunakan tangga untuk turun ke bawah. Jadi, Usaha yang ditonjolkan

merupakan satu usaha gigih yang menginginkan kejayaan dan bukan sekadar

angan-angan. Selain daripada itu, sikap yang tidak mudah berpuas hati juga perlu di

amalkan. Jangan terlampau memandang kepada apa yang telah diperoleh tetapi

sebaliknya fikirkanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian yang

telah diperoleh itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang akan datang.

4.9 Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk

menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-

cita atau impiannya itu memberikan suntikan motivasi kepadanya berusaha lebih

bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Manusia yang

tanpa hasrat dalam hidupnya umpama laying-layang terputus tali.

4.10 Iman 

Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T. dan berusaha

mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang

disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa,

pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan

amalan yang harus diikuti. Menurut Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar

cemerlang SPM 2008 iaitu  kewajipan terhadap agama dan kecemerlangan

akademik mestilah dilaksanakan seiringan kerana kita tidak mahu sekadar berjaya di

dunia sahaja, sedangkan kejayaan di akhiratlah yang kekal abadi

4.11 Bertaqwa

Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengingati Allah. Semua kewajiban

terhadap agama hendaklah dipenuhi bagi menjamin untuk mendapat keredhaan

daripada Allah. Berdoalah memohon kesenangan dak kelancaran dalam mencapai

13

Page 14: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

kejayaan serta berdoa juga agar dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang

dikurniakan tuhan kepada makhluk-makhluk adalah sama. Sebarang kelebihan

adalah datangnya daripada Allah.

5.0 KESIMPULAN

Jadi, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang pendidik

dan murid.  Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat

mendorong seseorang pendidik merancang pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.  Guru perlu mempelbagaikan teknik, pendekatan

pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras aspirasi murid.

Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan

sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid.  Murid adalah

berperanan mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi

temubual dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau guru darjah.  Murid

juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran terhadap

pembelajaran mereka. 

Selain darpada itu, murid juga dinasihatkan supaya berdikari untuk

memantapkan lagi kualiti pembelajaran dalam diri sendiri. usah menjadi seperti

pahat dan penukul, apabila diketuk barulah ianya bergerak. manakala

pesanan Imam Syafie pula adalah tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat

menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ini terbukti kerana

individu yang berilmu akan menjadi seorang yang berjaya dan mampu memikirkan

baik dan buruk sesuatu perkara.

14

Page 15: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

RUJUKAN

Arifaizal. (2007, 08). Petua Pengambilan Makanan. Diperoleh dari Rawatan Kesihatan: Http://blogspot.com

Azam. (2014, 11). Mutiara Kata. Diperoleh dari Familiazam.com: Http://wordpress.com

Barry, J. (2008). Motivation and self-Regulated Learning. Routledge Taylor & Francis group.

Jah, C. (2010, 05). Perbezaan Kesediaan Belajar. Diperoleh dari Cikgujah90: Http://blogspot.com

Madihah. (2009, 04 23). Agama dan Akademik Mesti seiringan Nik Nur Madihah. diperoleh dari Wanitaisma: Http://wordpress.com

Mazlan. (2013, 01). Disiplin Teras Kejayaan. Diperoleh dari Karangan Bahasa Melayu: Http://spm.blogspot.com

Sang, M. S. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. selangor: Penerbit Multimedia sdn.Bhd.

Suhaimin, T. (2014). Pelajar cemerlang. In T. Suhaimin, Teknik Belajar & strategi Menghadapi Peperiksaan Edisi Ke 7 (pp. 16-22). Sabah: Usahawan Group.

Taylor, T. (2006). 100% Student Success. The McGraw-Hill Companies.

Velayutham, M. (1996). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

15

Page 16: perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya

LAMPIRAN

Gambar 1

Gambar satu menunjukkan Nik Nur Mdihah sebagai Pelajar cemerlang pada tahun

2008. Sifat beliau yang berbudi pekerti menunjukkan lagi ciri kecemerlangan beliau

Gambar 2

Gambar 2 menunjukkan Siti Fatimah Mukhtar yang merupakan pelajar sekolah

agama beroleh 17A1 dan1A2.

16