perbezaan individu dalam pengajaran dan pembelajaran

43
PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.0 PENDAHULUAN Psikologi adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia. Pendidikan pula bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk kesejahteraan masyarakat. Justeru, psikologi pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam pembelajaran serta menambahkan keberkesanan pengajaran guru. Untuk mencapai tujuan tersebut, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor dan keadaan murid yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru pula didedahkan dengan pelbagai kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang lain. Maka psikologi pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai kaedah mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan psikologi sosial. Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai mazhab teori pembelajaran, kaedah pengajaran, proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Bidang ini juga menitikberatkan keupayaan mental manusia seperti pemikiran,

Upload: iqah-zamri-ii

Post on 12-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

QWERTYUIOP

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN

Psikologi adalah satu bidang sains yang tertumpu pada kajian tingkah laku manusia. Pendidikan pula

bertujuan untuk memperkembang mental dan kebolehan individu untuk menjadi insan yang

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berguna demi memberi sumbangan dan memupuk

kesejahteraan masyarakat. Justeru, psikologi pendidikan merupakan satu bidang kajian santifik atas

tingkah laku murid yang dapat membantu guru memahami murid dan membimbingnya dalam

pembelajaran serta menambahkan keberkesanan pengajaran guru.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mata pelajaran ini meninjaukan suasana, faktor dan keadaan murid

yang mempengaruhi pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru pula didedahkan dengan pelbagai

kemahiran, maklumat dan teori pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman dan kajian yang

lain. Maka psikologi pendidikan membekalkan guru dengan maklumat tentang pembelajaran murid

dari segi minat, motivasi, pemikiran, ingatan, perbezaan individu dan sebagainya serta pelbagai

kaedah mengajar dan pengurusan kelas. Tumpuan utama ialah bagaimana murid belajar dan

bagaimana guru dapat menyampaikan pelajaran dengan berkesan. Guru juga perlu didedahkan

kepada konsep psikologi perkembangan, psikologi pembelajaran, pembentukan personaliti dan

psikologi sosial.

Psikologi pembelajaran membentangkan pelbagai mazhab teori pembelajaran, kaedah pengajaran,

proses perkembangan mental dan sikap, pengelolaan dan pengawalan kelas untuk meningkatkan

keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Bidang ini juga menitikberatkan keupayaan mental

manusia seperti pemikiran, penanggapan, penaakulan, ingatan, kreativiti dan perbezaan individu

dari segi kecerdasan, sikap dan minat.

Pendidikan akan menyediakan pengalaman bagi seseorang individu. Dengan pengalaman ini,

perubahan tingkah laku individu itu akan berlaku. Oleh itu, psikologi pembelajaran merupakan

kajian tentang proses dan ciri-ciri pembelajaran yang membawa kepada perubahan tingkah laku

seseorang individu. Psikologi pembelajaran akan mengkaji maksud sebenar pembelajaran. Bagi

seseorang yang biasa, pembelajaran hanya bermakna memperoleh kemahiran membaca, mengeja

atau mengira. Sebenarnya, pembelajaran adalah lebih daripada ini. Kanak-kanak akan mempelajari

nilai kebudayaan, peranan jantina yang sesuai, minat, kebolehan dan perwatakan. Selain daripada

itu, mereka belajar supaya mengasihi dan berkeyakinan.

Page 2: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Ahli psikologi pembelajaran akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan pembelajaran seperti

ciri-ciri pembelajaran, prinsip-prinsip pembelajaran, proses pembelajaran. Jenis-jenis pembelajaran

dan teori-teori pembelajaran seperti teori behaviouris, pelaziman operan, teori kognitif, teori sosial

dan teori pembelajaran humanis. Kajian ini dapat membantu guru merancang proses pembelajaran

pengajaran secara fleksibel dan wajar untuk setiap situasi yang tertentu. Sebagai kesimpulan, adalah

jelas sekali bahawa mutu pengajaran dan pembelajaran akan meningkat dengan adanya kajian

pskologi pembelajaran.

2.0 DEFINISI PERBEZAAN INDIVIDU

Konsep perbezaan individu adalah konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang

wujud di antara manusia yang berlainan. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai variasi atau

ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan sama ada dari sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,

tingkah laku sosial, bakat dan lain-lain aspek.

2.1 Jenis- jenis Perbezaan Individu dari Aspek Fizikal, Kognitif, Sosial, Emosi dan Rohani

Perbezaan yang pertama adalah perbezaan kognitif. Murid-murid mempunyai aras kognitif yang

berlainan. Oleh itu, mereka memproses rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan

cara-cara yang berlainan. Sebagai contoh, perempuan biasanya memiliki pencapaian akademik yang

lebih tinggi dari lelaki kerana mereka lebih rajin. Satu lagi perbezaan yang dapat dilihat ialah

perbezaan budaya. Sistem kepercayaan dan budaya murid-murid juga berlainan. Setiap budaya

mempunyai norma-norma dan kepercayaan tersendiri. Sebagai contoh, orang India tidak makan

daging lembu dan orang Melayu ( Islam ) tidak memakan daging khinzir dan lain-lain yang

diharamkan.

Perbezaan fizikal pula merupakan satu perbezaan yang ketara. Murid-murid berbeza dari aspek

kekuatan fizikal. Secara umumnya, fizikal dan tingkah laku lelaki lebih kasar dan agresif berbanding

perempuan. Murid-murid lelaki juga dapat menjalankan aktivirti lasak seperti mendaki gunung,

abselling, atau mengayuh kayak dengan lebih baik berbading murid-murid perempuan. Satu lagi

perbezaan pada diri murid-murid ialah perbezaan emosi. Semua murid mempunyai tahap emosi

yang berlainan kerana mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan

kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. Sebagai contohnya, murid-murid dapat menunujukkan

emosi yang berlainan apabila melibatkan diri dalam drama atau lakonan.

Page 3: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Selain itu, murid-murid juga terdedah kepada perbezaan rohani. Setiap orang mempunyai agama

mereka yang tersendiri. Anak-anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka. Sebagai contoh,

murid-murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan

dan memepunyai kepercayaan-kepercayaan yang berlainan.

3.0 DEFINISI KECERDASAN

Penyelidikan Binet telah mengembangkan penyelidikan tentang ‘sains kecerdasan’, dan dalam masa

yang sama ia juga merupakan permulaan idea bahawa kecerdasan adalah sesuatu ‘benda’, yang

mana ‘golongan bijak’ ini dijangka dapat melaksanakan situasi pembelajaran yang luas dengan baik.

Sejak dari teori Binet itu, perdebatan tentang isu ini semakin mendapat perhatian. Pada 1927,

Charles Spearman mendakwa terdapat variasi dalam kemampuan seseorang daripada satu tugas ke

tugas yang lain, di situ terdapat faktor kecerdasan general, yang wujud di sepanjang situasi

pembelajaran. Adakah benar tedapat hanya satu kecerdasan, seperti yang Spearman nyatakan, atau

ada pelbagai lagi jenis kecerdasan?

Buktinya ialah kemampuan-kemampuan ini saling berkaitan antara satu sama lain. Individu-individu

yang bagus dalam sesuatu perkara , biasanya akan juga bagus dalam perkara yang lain.. Perkaitan ini

cukup untuk mengatakan yang bukanlah terdapat beribu jenis kecerdasan, tetapi ia juga tidaklah

patut untuk mengatakan hanya terdapat satu jenis kecerdasan sahaja. (Lohman, 1989). Dalam

beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan perdebatan tentang kecerdasan membincangkan

beraba banyak jenis kecerdasan dan penjelasan kepada setiap satu daripadanya. Sebagai contoh,

Stenberg (1986, 1990) menerangkan bahawa terdapat tiga jenis kemampuan intelektual iaitu

kecerdasan, kebijaksanaan dan kreativiti. Guilford (1998) mencadangkan 180 jenis kecerdasan enam

daripadanya adalah operasi-operasi mental (berfikir,mengingati, kreativiti dll.). didarabkan dengan

lima jenis kandungannya (visual, auditori, dan verbal), didarabkan enam jenis produknya (hubungan

dan implikasi). Gardner dan Hatch (1989) juga menerangkan tentang kepelbagaian kecerdasan yang

boleh kita lihat selepas ini.

Kepada golongan pendidik, bilangan jenis kecerdasan tidaklah begitu penting, tetapi apa yang lebih

penting ialah idea bahawa baik atau buruknya perlakuan dalam sesuatu perkara tiada menjanjikan

perlakuan yang sama dalam perkara yang lain. Guru-guru hendaklah mengelakkan daripada

membuat tanggapan bahawa seseorang murid itu ‘sebijak’ atau pun ‘tidak sebijak’ murid lain kerana

terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kecerdasan itu. Malangnya, kebanyakan sekolah masih

lagi beranggapan tradisional dengan hanya mengandaikan kecerdasan dipandang dari segi apa yang

Page 4: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

dipanggil Gardner sebagai linguistik dan logik- matematik ( hanya dua daripada lapan jenis

kecerdasan yang dikemukakannya ). Kesimpulannya, jika sekolah mahukan murid-murid menjadi

bijak dan cerdas, mereka perlu memperluas dan mempelbagaikan aktiviti daripada apa yang mereka

lakukan pada masa sebelumnya.

Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Piaget ( 1950 ) berpendapat kecerdasan adalah

kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan eprsekitaran.

Kalat ( 1999 ) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran

praktis. Weschler ( 1975 ) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu

memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya

menghadapi cabaran hidup. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan ialah keupayaan

untuk memperoleh dan menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan

menyesuaikan dengan persekitaran.

4.0 TEORI KECERDASAN STERNBERG

Mengikut teori ini, kecerdasan adalah produk pengamalan strategi berfikir, pengadaptasian konteks

dan penyelesaian masalah. Ia boleh dikategorikan kepada tiga hierarki utama. Tiga hierarki tersebut

ialah Kecerdasan Berkomponen yang memerlukan pengetahuan, berfikir dan merancang serta

melaksanakan strategi. Secara mudahnya ia bermaksud murid memerlukan ilmu tentang cara-cara

mengatasi sesuatu masalah. Kecerdasan Kontekstual pula ialah pengadaptasian konteks iaitu

mengadaptasi dan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam situasi sebenar. Kecerdasan Berasaskan

Pengalaman pula ialah menggunakan pengalaman, pandangan dan kreativiti yang telah didapati

awal dahulu untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baru.

5.0 TEORI KECERDASAN PELBAGAI HOWARD GARDNER

Menurut Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Gardner ( 1983 ) mempercayai bahawa kecerdasan

melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja

dalam konteks budayanya seperti menggubah lagu, mencipta puisi atau oreograf tarian ). Beliau

menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian

seperti ujian IQ. Gardner berpendapat bukan terdapat hanya satu cara untuk menyelesaikan

masalah, tetapi terdapat pelbagai cara iaitu individu menggunakan beberapa set proses proses

kognitif untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk.

Page 5: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

5.1 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai Gardner

Gardner telah mengenal pasti 8 jenis kecerdasan yang diperlukan oleh seseorang untuk

menyelesaikan masalah atau menghasilkan produk. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelbagai

Kecerdasan Gardner. Kecerdasan-kecerdasan tersebut ialah kecerdasan logik-matematik, verbal-

linguistik, muzikal, visual-ruang-spatial, kinestatik-badan, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.

Jenis-jenis kecerdasan Gardner dijelaskan seperti berikut :

i. Kecerdasan Logik – Matematik

Orang yang mempunyai kecerdasan logik-matematik mahir memanipulasi nombor dan pengiraan.

Mereka juga berkeupayaan menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif dan dapat mengenal

pasti serta mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya. Orang yang mempunyai

aras kecerdasan ini akan menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelesaikannya

secara sistematik. Contoh tokoh yang memiliki kecerdasan ini ialah Albert Einstein, Madam Curie dan

Barbara Maclntoch. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer

menunjukkan darjah kecerdasan logik-matematik yang tinggi.

Pelajar yang berkecerdasan logik-matematik mempunyai beberapa ciri seperti :

a. Dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat.

b. Suka menggunakan komputer.

c. Suka bermain catur, checker dan lain-lain permainan yang memerlukan strategi.

d. Memberi sebab kepada sesuatu peristiwa atau kejadian secara logic.

e. Melakukan eksperimen apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak difahami.

Page 6: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

ii. Kecerdasan Verbal – Linguistik

Kecerdasan ini merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau bahasa

asing. Kecerdasan ini juga tidak hanya berkisar kepada menghasilkan bahan bahasa, tetapi juga

perbezaan, susunan dan rima perkataan. Orang-orang yang mempunyai kebolehan berpuisi,

bercerita dan mudah mempelajari bahasa lain, termasuk bahasa isyarat juga mempunyai kecerdasan

ini. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert

Conrad dan Pearl S. Buck. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli

politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.

Pelajar yang berkecerdasan verbal-linguistik mempunyai ciri-ciri seperti :

a. Suka menulis.

b. Suka bercerita.

c. Mengeja perkataan dengan mudah dan tepat.

d. Mempunyai ingatan yang baik bagi nama tempat, tarikh atau lirik.

e. Suka membaca buku jika ada masa terluang.

f. Suka pada permainan bahasa seperti teka silang kata.

iii. Kecerdasan Muzikal

Kecerdasan muzikal melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas

kepada elemen-elemen yang melibatkan perasaan. Di samping komposer dan pemuzik, orang-orang

yang suka mendengar kicauan burug dan menghargai irama juga termasuk dalam golongan yang

mempunyai kecerdasan muzik. Contoh tokoh yag mempunyai kecerdasan ini ialah P. Ramlee, Yehudi

Menuhin, Mozart dan Elvis Presley. Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik

dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi.

Pelajar yang berkecerdasan muzikal mempunyai beberapa ciri seperti :

a. Boleh bermain alat muzik

b. Mudah mengingati melodi lagu.

c. Boleh mengenal pasti bila note muzik “off key”.

Page 7: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

d. Memerlukan muzik apabila belajar.

e. Mempunyai koleksi kaset atau CD lagu-lagu.

f. Suka menyanyikan lagu kepada diri sendiri.

iv. Kecerdasan Visual – Ruang – Spatial

Mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuklah mereka yang mempunyai keupayaan

untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindahkan ke dalam imej mental. Keupayaan ini amat

diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan. Pelajar yang terus melihat graf,

carta dan gambar apabila membaca buku teks, membuat peta minda dan memenuhi ruang kosong

pada kertas dengan corak-corak adalah tergolong dalam kumulan ini. Mereka yang mempunyai

kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan luas, angkasa dan mendaki gunung.

Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Vasco Da Gama, Azhar Mansor, Yuri Gagarin,

Neil Armstrong dan Leonardo da Vinci. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan

pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang-spatial yang tinggi.

Pelajar yang berkecerdasan visual-ruang-spatial mempunyai beberapa ciri seperti :

a. Suka “day dream” .

b. Suka permainan “puzzle” / teka-kata / sambung kiub / lego.

c. Menyukai carta, rajah dan menonton filem.

d. Mudah mentafsir dan memahami peta, carta atau gambarajah.

e. Suka melukis.

f. Meluangkan masa untuk aktiviti seni seperti menyanyi, menari atau bernasyid.

g. Melaporkan dengan jelas tentang imej visual apabila berfikir sesuatu.

Page 8: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

v. Kecerdasan Kinestatik – Badan

Kecerdasan ini melibatkan penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta

menyatakan idea dan perasaan. Olahragawan, pakar bedah, penari, gimnastik dan orang yang

menghasilkan kraftangan yang bermutu tinggi adalah orang-orang yang memiliki kecerdaan ini.

Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Babe Ruth, Tiger Woods, Nurul Huda Abdullah

dan Faiznur Miskin. Pelakon, pereka atau pencipta, penari, mekanik, atlet dan pelumba kereta

mempunyai kecerdasan kinestetik.

Pelajar yang berkecerdasan kinestatik-badan mempunyai ciri-ciri seperti :

a. Menyukai aktiviti sukan.

b. Tidak boleh duduk diam di atas kerusi.

c. Menyukai aktiviti yang mencabar.

d. Menyentuh orang apabila bercakap.

e. Boleh demonstrasi kemahiran dalam bidang kraftangan, pertukangan kayu atau menjahit.

f. Bijak meniru mimik muka atau tingkah laku orang lain.

g. Terlibat dalam aktiviti fizikal seperti berenang, menunggang motosikal atau berkasut roda.

vi. Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti

matlamat pendorong orang lain untuk bekerja. Orang yang memiliki kecerdasan ini, sekiranya dia

adalah pemimpin, dia akan dapat bekerja dan berhubung secara berkesan dengan pekerjanya. Guru,

ibu bapa, ahli politik, pakar jiwa, jurujual amat bergantung kepada kecerdasan ini dalam

menjalankan tugas mereka. Contoh tokoh yang mempunyai kecerdasan ini ialah Anne Sullivan iaitu

guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan bisu. Mereka yang mempunyai kecerdasan

interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual,

kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

Page 9: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelajar yang berkecerdasan interpersonal mempunyai beberapa ciri seperti :

a. Mempunyai ramai kawan.

b. Boleh berempati dan memahami perasaan orang lain.

c. Menyukai permainan berkumpulan dengan rakan-rakan.

d. Menyertai aktiviti-aktiviti kumpulan lepas waktu sekolah.

e. Bijak bersosialisasi sama ada di sekolah atau dalam masyarakat.

vii. Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan intrapersonal dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri

yang melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup. Kecerdasan ini sukar dinilai. Mereka yang

mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri,

mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Contoh tokoh yang

mempunyai kecerdasan ini ialah Sigmund Freud dan Ebbinghaus. Contoh-contoh kecerdasan

intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

Pelajar yang berkecerdasan intrapersonal mempunyai beberapa ciri seperti :

a. Mempamerkan kebolehan untuk berdikari.

b. Memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk yang kontroversi.

c. Mempunyai rasa keyakinan diri yang tinggi.

d. Mahu menjalani hidup dalam suasana “privacy”.

e. Suka bersendirian dalam mengejar matlamat, hobi atau projek.

Page 10: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

viii. Kecerdasan Naturalis

Kecerdasan ini dimiliki oleh mereka yang menyintai alam semula jadi. Mereka mudah mengenal dan

mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka gemar meneroka hutan atau memelihara

binatang-binatang. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk bekerja sebagai

pengawal hutan atau di jabatan perhutanan, pekerja zoo, doktor haiwan dan para saintis yang

mengkaji haiwan dan tumbuhan.

Pelajar yang berkecerdasan naturalis mempunyai beberapa ciri seperti :

a. Suka mengumpul spesis rama-rama yang dikeringkan atau koleksi kulit siput.

b. Boleh mengenal pasti nama tumbuhan dan haiwan dengan cepat.

c. Suka memelihara kucing, burung, arnab dan lain-lain.

d. Suka menanam bunga, pokok dan membuat perhiasan menggunakan bahan daripada alam

semula jadi seperti buluh dan rotan.

5.2 Implikasi Kecerdasan Pelbagai Gardner Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Cara-cara seorang guru mengaplikasikan pelbagai kecerdasan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah dari segi kecerdasan logik-matematik, guru boleh bermain permainan logik

dengan murid-murid dan sentiasa menunggu untuk situasi yang boleh merangsangkan murid-murid

untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor. Guru juga boleh membawa murid-murid

ke lawatan lapangan terbang, makmal komputer, muzium.

Dari segi kecerdasan verbal-linguistik pula, guru boleh membaca kepada murid dan biarkan mereka

membaca kepada guru. Guru juga boleh membincangkan pengarang buku bersama murid-murid,

membuatkan murid-murid menyimpan jurnal peristiwa-peristiwa penting serta membuatkan murid-

murid merumus dan bercerita semula apa yang telah dibaca. Bagi kecerdasan muzikal, guru boleh

membekalkan murid-murid sebuah perakam kaset atau pemain rekod yang boleh digunakan

mereka, memberi mereka peluang untuk bermain dengan alat-alat muzik, membawa mereka ke

konsert atau menggalakkan mereka untuk mencipta lagu sendiri.

Di samping itu, guru perlu mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh murid-murid,

membuatkan murid-murid menyelesaikan teka silang kata dan mencipta carta atau membawa

murid-murid ke muzium seni sambil berjalan bersama mereka. Apabila kembali nanti, guru boleh

Page 11: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

bertanya kepada mereka untuk menggambarkan di mana mereka telah pergi dan kemudian

melukiskan sebuah peta pengalaman mereka. Ini adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan

visual-ruang-spatial.

Bagi kecerdasan kinestatik-badan pula, guru boleh membekalkan murid-murid peluang untuk aktiviti

fizikal dan menggalakkan mereka untuk menyertainya serta menyediakan tempat murid-murid boleh

bermain di dalam dan di luar kelas. Jika perkara ini tidak mungkin, guru boleh membawa mereka ke

taman permainan atau membawa mereka ke acara-acara sukan dan ballet. Guru juga boleh

menggalakkan mereka menyertai aktiviti tarian. Bagi murid-murid yang berkecerdasan interpersonal,

guru boleh menggalakkan murid-murid bekerja dalam kumpulan, membantu mereka

mengembangkan kemahiran komunikasi, menyediakan permainan kumpulan untuk mereka bermain

serta menggalakkan mereka menyertai persatuan.

Selain itu, guru boleh menggalakkan murid-murid mempunyai hobi dan kegemaran, mendengar

perasaan mereka dan memberikan mereka maklum balas yang bersensitif, menggalakkan mereka

menggunakan imaginasi mereka serta membuatkan mereka menyimpan jurnal atau buku skrap

tentang idea dan pengalaman mereka. Cara-cara ini adalah untuk murid-murid yang berkecerdasan

intrapersonal. Bagi murid-murid yang berkecerdasan naturalis pula, guru boleh membawa murid-

murid ke muzium sains semula jadi, mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di kelas serta

melibatkan mereka dalam aktiviti luar yang semula jadi seperti membawa mereka ke jalan semula

jadi ( nature walk ) atau mengangkat sebatang pokok.

6.0 TEORI KECERDASAN EMOSI ( EQ ) DANIEL GOLEMAN

6.1 Konsep Kecerdasan Emosi ( EQ )

Kecerdasan emosi terdiri daripada realisasi kendiri ( perasaan daripada aksi ) di mana sseeorang

individu mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan kendiri. EQ juga terdiri daripada

kecerdasan mengenal pasti perasaan kendiri dan orang lain, kecerdasan dalam mengenal pasti

emosi-emosi kendiri yang dihadapi serta terdiri daripada kecerdasan dalam menyelesaikan masalah

–masalah orang lain.

Page 12: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

6.2 Teori Daniel Goleman

Menurut A.J Michael ( 2006 ), Daniel Goleman dalam bukunya ‘Working with Emotional Intelligence’

(Goleman,D.1998) menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada

kecerdasan intelektual ( IQ ) tetapi yang penting ialah kecerdasan emosi ( EQ ). EQ meninggalkan

kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu termasuk

aspek kesihatan dan sosial. Emosi seseoranglah yang akan menentukan tingkah laku, kejayaan dan

kebahagiaan mentalnya. Goleman juga menyatakan bahawa manusia mempunyai dua jenis minda

iaitu emosi dan rasional. Secara ideal, kedua-dua minda bekerjasama iaitu perasaan kita

memaklumkan minda rasional kita dan minda rasional memurnikan input emosi kita. Apabila kedua-

duanya bersatu, kecerdasan emosi dan kebolehan intelek akan menjadi lebih kuat. Menurut beliau

terdapat lima bahagian dalam kecerdasan emosi iaitu kesedaran kendiri, pengurusan kawalan

kendiri, motivasi kendiri, kesedaran sosial ( empati ) dan kemahiran sosial.

6.3 Bahagian-bahagian Kecerdasan Emosi ( EQ )

i. Kesedaran Kendiri

Kesedaran emosi kendiri bererti seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu juga

dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian,

individu akan mempunyai penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri.

Individu yang memiliki kesedaran kendiri ini biasanya sedar emosi yang dirasakan dan sebabnya,

sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan, sedar bagaimana

emosinya mempengaruhi prestasinya, mempunyai kesedaran tinggi tentang nilai dan matlamat

hidup, sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri, reflektif dan belajar dari pengalaman, terbuka

kepada maklum balas yang jujur, perspektif baru, pembelajaran berterusan, perkembangan diri atau

semuanya, berani menyuarakan pandangan yang kurang popular dan mempertahankan sesuatu

yang betul serta berkebolehan membuat keputusan yang baik walaupun dalam ketidakpastian dan

tekanan.

Page 13: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

ii. Pengurusan Kawalan Kendiri

Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah,

ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Tiap-tiap aspek ini mempengaruhi dan membentuk watak

individu dari segi emosi. Kawalan kendiri bererti individu itu dapat menguruskan emosi yang

destruktif ( marah ). Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mengurus perasaan dan emosi

negatif dengan baik, tenang dan positif semasa tertekan dan berfikiran waras serta berfokus dalam

tekanan.

Amanah pula bererti seseorang individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti.

Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bertindak secara beretika mengikut peraturan,

membina keyakinan melalui kebolehpercayaan dan autensiti, mengakui kesalahan sendiri dan

menentang tindakan tidak beretika orang lain serta mengekalkan pandanga yang mempunyai prinsip

walaupun tidak popular. Ketekunan bererti sesorang individu itu bertanggungjawab atas prestasi

diri. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya mempunyai komitmen dan menunaikan janji,

bersifat akauntabiliti untuk memenuhi objektif serta teratur dan sistematik dalam melaksanakan

tugas.

Kebolehsuaian bererti seseorang individu itu fleksibel dalam menangani perubahan. Individu yang

memiliki kompetensi ini biasanya menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan

pertukaran yang kerap, menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah serta

fleksibel dalam persepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku. Inovasi pula bererti seseorang

individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru. Individu yang memiliki

kompetensi ini biasanya mencari idea baru daripada pelbagai sumber, memikirkan penyelesaian

kreatif terhadap masalah-masalah, menjana idea baru serta mempunyai perspektif terkini dan risiko

dalam pemikiran.

iii. Motivasi Kendiri

Motivasi kendiri boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen,

inisiatif dan optimisme. Setiap aspek tingkah laku ini juga membentuk seseorang individu dari segi

pengurusan personal. Motivasi kecapaian bererti individu sentiasa berusaha menambahbaikan atau

memenuhi piawaian kecemerlangan. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya berorientasikan

hasil dengan motivasi tinggi untuk memenuhi objektif dan piawaian, memberikan maklumat

mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan, mengejar maklumat untuk mengurangkan

ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan serta belajar cara untuk menambaikan

prestasi.

Page 14: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Komitmen pula bererti seseorang individu itu mempunyai komitmen yang selaras dengan matlamat

kumpulan atau organisasi. Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya bersedia membuat

pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat organisasi, menyedari nilai tujuan

dalam misi, menggunakan nilai utama kumpulan dalam membuat keputusan dan menjelaskan

pilihan yang dibuat serta mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan.

Inisiatif bererti seseorang individu itu mempunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang. Individu

ini biasanya bersedia memanfaatkan peluang, mengejar matlamat yang tinggi daripada yang

diperlukan atau dijangkakan, mengenepikan birokrasi dan peraturan sekiranya perlu untuk

menyelesaikan tugas serta memobilisasikan orang lain melalui usaha-usaha yang luar biasa dan

berfaedah.

Akhir sekali ialah optimisme. Optimisme bererti seseorang individu itu mempunyai kecekalan untuk

mencapai matlamat walaupun ada halangan dan masalah. Individu yang memiliki kompetensi ini

biasanya terus berusaha mencari matlamat walaupun ada halangan dan masalah, bertindak daripada

harapan kepada berjaya, bukannya ketakutan untuk gagal serta melihat masalah sebagai akibat

daripada keadaan yang bleh diurus bukan daripada satu kekurangan personal.

iv. Kesedaran Sosial ( Empati )

Kesedaran sosial memerlukan individu itu menunjukkan beberapa jenis tingkah laku seperti empati,

orientasi khidmat, mengembangkan orang lain, kesedaran politik dan melayani kepelbagaian. Empati

bermaksud memahami klien kita dan rakan-rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami

pandangan orang lain dan mengambil berat tentang masalah mereka. Seseorang yang mempunyai

kecekapan ini akan peka kepada emosi orang lain, bersedia mendengar, prihatin dan memahami

perspektif pandangan orang lain dan memahami perasaan dan keperluan orang lain dan bersedia

membantu.

Orientasi khidmat bererti kita dapat menjangka, mengenali dan memenuhi keperluan pelanggan

atau klien kita. Seseorang yang mempunyai kecekapan ini akan memahami keperluan pelanggan dan

emmberi khidmat atau produk yang diingini, memikirkan cara-cara untukmeningkatkan kepuasan

dan kesetiaan pelanggan, bersedia memberi bantuan serta memahami perspektif pelanggan dan

memberi nasihat yang meyakinkan. Mengembangkan orang lain pula bererti kita dapat mengesan

bagaimana orang lain boleh berkembang dan kita menggalakkan kebolehan atau keupayaan mereka.

Seseorang yang mempunyai kecekapan ini biasanya memuji dan memberi ganjaran untuk

menghargai kekuatan, kejayaan dan perkembangan mereka, memberi maklum balas yang membina

Page 15: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

perkembangan mereka, memandangkan kepelbagaian sebagai peluang untuk perkembangan serta

mencabar pandangan yang sempit dan bias.

Kesedaran politik atau organisasi pula bererti kita pintar membaca arus emosi sesuatu kumpulan dan

berupaya mengesan hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan. Seseorang yang mempunyai

kecekapan ini biasanya mengesan dengan tepat hubungan-hubungan kuasa dalam kumpulan,

mengesan jaringan-jaringan sosial yang utama, peka kepada faktor-faktor yang mempengaruhi

pandangan dan tingkah laku dan persaingan masing-masing serta membaca dengan tepat situasi

organisasi dan realiti luarannya. Melayani kepelbagaian bermaksud kita membina peluang-peluang

melalui pelbagai ragam manusia. Seseorang dengan kecekapan ini akan menhormati dan bergaul

dengan baik dengan orang daripada pelbagai latar belakang, memahami pelbagai pandangan diri

dan juga sensitif terhadap perbezaan dalam kumpulan, melihat kepelbagaian sebagai kesempatan

dan mewujudkan suasana di mana manusia pelbagai ragam boleh berkembang serta menentang

ketidakadilan dan ketidaktoleran.

v. Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial bererti seseorang individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial

seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik,

menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama serta keupayaan berpasukan

Pengaruh bermaksud menggunakan taktik-taktik yang berkesan untuk mendapat keyakinan orang

lain. Seseorang yang mempunyai tingkah lkau ini mahir dalam mendapat keyakinan orang lain,

menghasilkan persembahan yang dapat menarik perhatian penonton, menggunakan strategi

berkesan untuk mendapat persetujuan dan sokongan semua pihak serta memberi tunjuk ajar

dengan cara yang dramatik dan berkesan. Komunikasi pula bererti kebolehan menyampaikan mesej

yang jelas, tepat dan meyakinkan. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini akan bertolak ansur,

menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan, mendengar, memahami dan mengalu-

alukan perkongsian maklumat, memupuk komunikasi terbuka serta bersedia menerima maklumat

mahupun baik atau buruk.

Kepimpinan berinspirasi bermaksud individu itu dapat membimbing dan memberi inspirasi kepada

kumpulan dan ahli-ahlinya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini akan mewujudkan minat dan

sokongan kepada satu visi dan misi yang sama, bersedia memimpin apabila perlu, tidak mengira

kedudukan, membimbing orang lain serta kepimpinan melalui teladan. Pemangkin perubahan

bererti individu itu akan memulakan atau menguruskan perubahan dalam kumpulannya. Seseorang

yang mempunyai aspek tingkah laku ini menyedari perlunya untuk perubahan dan mengatasi

Page 16: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

halangan kepada perubahan , mencabar status quo dan mengesahkan perlunya perubahan,

menyokong perubahan itu dan mendapat sokongan orang lain serta menjadi model perubahan

untuk orang lain.

Pengurusan konflik bererti individu itu dapat membuat rundingan dan menyelesaikan perselisihan

dalam kumpulannya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini mempunyai diplomasi semasa

menangani rakan-rakan yang bermasalah atau situasi yang tegang, mengesan dan mengambil

tindakan yang bijak dalam penyelesaian konflik dan perselisihan, menggalakkan perbincangan dan

perbahasan dan mewujudkan penyelesaian ’menang-menang’ ( win-win situation ). Menyemai dan

mengekalkan hubungan pula bererti individu itu dapat memupuk perhubungan yang penting dan

berhasil dalam interaksi sosial hariannya. Seseorang yang mempunyai tingkah laku ini menyemai dan

mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak formal, memupuk hubungan yang saling

berfaedah, membina hubungan mesra dengan orang lain serta mengekalkan kesetiakawanan antara

rakan sejawat.

Kolaborasi dan kerjasama pula bermaksud individu itu dapat bekerja dengan orang lain untuk

mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini sewaktu bekerja,

memberi fokus yang sama kepada tugas dan perhubungan denganrakan sejawat, berkolaborasi iaitu

berkongsi rancangan, maklumat dan sumber yang perlu, memupuk iklim yang mesra dan

bekerjasama serta mengesan peluang untuk memupuk kolaborasi antara rakan. Keupayaan

berpasukan bererti individu itu dapat mewujudkan sinergi ( berfungsi seperti satu unit ) kumpulan

dalam usaha mencapai matlamat yang sama. Seseorang yang mempunyai aspek tingkah laku ini akan

menjadikan sebagai teladan kualiti-kualiti seperti hormat menghormati, saling membantu dan

bekerjasama, melibatkan semua ahli separa aktif, membina identiti dan semangat berpasukan,

menyemai komitmen kumpulan serta menjaga nama baik kumpulan, bersama-sama berkongsi

pujian apabila berjaya.

6.4 Implikasi Kecerdasan Emosi ( EQ ) Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Cara seorang guru boleh membantu murid mengurus kecerdasan emosi diri ialah dengan mengajar

mereka teknik-teknik untuk mengawal emosi mereka apabila mereka berasa marah pada orang lain.

Guru juga mesti mengajar murid-muridnya untuk mengenal pasti perasaan serta emosi berbeza yang

mereka alami dalam sistem persekolahan. Selain daripada itu, guru perlu menasihati murid-

muridnya teknik-teknik untuk menenangkan diri dalam keadaan-keadaan tegang dengan rakan

sebaya, guru dan ahli keluarga mereka.

Page 17: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Murid-murid juga mesti diajar oleh guru supaya tidak menilai orang lain daripada rupa paras atau

bentuk fizikal badan serta status sosio-ekonomi mereka. Sebaliknya mereka mesti diajar untuk

menerima manusia demi kebaikan hati mereka. Pihak sekolah juga harus mengadakan kursus-kursus

yang mengajar murid-murid kaedah-kaedah dan teknik-teknik untuk mengekalkan persahabatan

dengan raka sebaya yang sama jantina dan berlawanan jantina.

Guru juga perlu mengajar murid-muridnya teknik-teknik untuk bekerjasama dan bertolak ansur

dalam aktiviti-aktiviti koperatif dan kolaboratif. Berkaitan dengan kecerdasan emosi, tugas guru ialah

mengajar murid-murid supaya menyelesaikan konflik-konflik yang mungkin timbul hasil daripada

aktiviti kumpulan.

7.0 MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN DAN DUNN

Model ini mengutarakan 5 faktor yang mempengaruhi pembelajaran seseorang. kelima-lima factor

tersebut membentuk model gaya pembelajaran seseorang pelajar dalam menerima rangsangan

persekitaran. Kelima-kelima faktor tersebut ialah faktor emosi, persekitaran, psikologi, fisiologi, dan

sosiologi.

7.1 Faktor Emosi

Elemen-elemen penting yang terdapat di dalam factor emosi ialah elemen motivasi. Motivasi

merujuk kepada dua jenis motivasi utama; iaitu motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Motivasi instrinsik

merujuk kepada motivasi dalaman seseorang pelajar seperti memuji seseorang pelajar menjawab

soalan dengan tepat. Motivasi ekstrinsik merujuk pada motivasi luaran seperti memberi hadiah

apabila memenangi pertandingan lukisan. Semakin tinggi tahapmotivasi seseorang, semakin

tinggilah penggerak untuk seseorang itu belajar.

Elemen kedua faktor emosi ialah keazaman. Setiap individu mempunyai status keazaman yang

berbeza. Individu yang mempunyai keazaman yang tinggi dikatakan mampu belajar untuk tempoh

yang lebih panjang berbanding individu yang mempunyai keazaman yang rendah. Pelajar yang

mempunyai tahap keazaman yang rendah perlu merehatkan diri dalam jangka masa yang tertentu

dahulu sebelum meneruskan semula proses pembelajaran tersebut.

Page 18: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Elemen ketiga adalah tanggungjawab. Elemen tanggungjawab mempunyai status yang berbeza

antara pelajar dengan pelajar lain. Individu yang bertanggungjawab akan berusaha dengan lebih giat

dalam setiap aktiviti pembelajaran berbanding individu yang kurang bertanggungjawab

Elemen keempat adalah struktur. Pelajar yang berpersonaliti liberal lebih gemar belajar mengikut

gaya sendiri, berinisiatif sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain. individu yang terikat

dengan struktur dapat belajar dengan sempurna berpandukan arahan-arahan yang jelas oleh guru

seseorang guru atau ibu bapa. Mereka juga mementingkan tingkah laku pembelajaran yang telah

distrukturkan oleh guru terlebih dahulu.

7.2 Faktor Persekitaran

Elemen-elemen penting dalam faktor persekitaran ialah susun atur bilik darjah, suhu, bunyi, dan

cahaya. Elemen susun atur bilik darjah merujuk kepada susunan kerusi, meja, perabot dalam bilik

darjah. Susun aturtersebut mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada

susun atur fizikal dalam bilik darjah, susun atur perabot dirumah juga mempengaruhi keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran di rumah. Ada pelajar meletakkan meja di tepi tingkap untuk

mendapatkan udara segar. Ada yang meletakkan meja di bawah lampu yang terang.

Suhu juga merupakan elemen penting dalam pembelajaran. pembelajaran lebih berkesan jika

dijalankan dalam bilik darjah yang suhunya selesa (bilik berhawa dingin)dalam system

persekolahan,setiap bilik darjah perlu dibekalkan dengan alatan penghawa dingin. Situasi ini

merupakan situasi pembelajaran yang ideal mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Bunyi juga merupakan elemen yang penting. Sesetengah pelajar telah dibesarkan dalam suasana

persekitaran yang berhampiran degan kawasan yang bising seperti kawasan rumah setinggan dan

berhampiran lebuh raya. Golongan seperti ini sudah terbiasa dengan suasana persekitaran bising

tersebut. Mereka dapat belajar dengan baik dengan suasana persekitaran yang bising tersebut.

Merakadapat belajar dengan baik dalam persekitaran yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi.

Oleh itu ada pelajar yang dapat belajar dengan sempurna di samping radio dan televisyen, ada yang

memerlukan persekitaran belajar yang sunyi.

Cahaya juga merupakan elemen penting dalam factor persekitaran. Penerimaan kualiti cahaya

brgantung kepada taraf sosioekonomi seseorang. Ada pelajar yeng menyukai cahaya terang semasa

belajar, ada yang tidak menyukai cahaya terang memadai dengan cahaya yang sederhana. Kanak-

kanak memerlukan cahaya yang lebih banyak semasa proses pembelajaran berlaku. Golongan

Page 19: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

dewasa biasanya sukar menentukan kualiti cahaya yang diperlukan kerana terdapat plbagai pilihan

yang berbeza.

7.3 Faktor Psikologi

Elemen-elemen yang terdapat dalam faktor psikologi ialah impulsif atau refleksif, analitis atau global,

dan dominan atau pemprosesan otak kiri dan pemprosesan otak kanan. Individu yang dikategorikan

sebagai impulsif merujuk kepada individu yang kerap membuat keputusan secara tidak rasional dan

spontan. Individu impulsif belajar mengikut mood mereka. Individu impulsif sebenarnya terikat

dengan gerak hati apabila melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Individu

refleksif berkecenderungan berfikir secara serius dan mendalam sebelum melibatkan diri dalam

pengajaran dan pembelajaran. Tahap was-was mereka juga tinggi. Mereka amat prihatin dalam

memilih kaedah mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan bermula.

Individu beridentiti gaya pembelajaran global pula berkecenderungan melihat sesuatau aspek

pembelajaran secara menyeluruh atau holistik. Beliau akan embuat rumusan atau kesimpuan secara

menyeluruh. Pelajar tersebut belajar dengan bersahaja dan mengharapkan guru memberi inti

penting dalam sesuatu pelajaran.

Pemprosesan otak kiri dan otak kanan juga memberi peranan yang penting dalam membentuk gaya

pembelajaran seseorang. Pemprosesan otak kiri merujuk kepada keupayaan otak kiri memproses

maklumat yang berkaitan nombor, logik, formula, bahasa dan kebolehan untuk menganalisis.

Pemprosesan otak kanan merujuk kepada keupayaan otak kanan yang bersifat kreatif seperti

kreativiti, sintesis, imaginasi, mengenal corak-corak tertentu dan raut wajah seseorang.

7.4 Faktor Fisiologi

Antara elemen-elemen penting dalam factor fisiologi adalah persepsi, waktu belajar, pergerakan,

makanan dan minuman. Persepsi seseorang pelajar terdiri daripada sama ada persepsi auditori,

visual atau kinesthetic-tactile. Apabila seseorang individu itu mempunyai persepsi auditori,

seseorang pelajar akan dapat belajar dengan berkesan jika mempunyai persepsi auditori yang tinggi.

Beliau dapat belajar dengan berkesan jika didedahkan alatan audio yang khusus seperti VCD, radio,

kaset dan lain lain. Pelajar tersebut akan membaca sesuatu bahan dengan suara kuat untuk

membolehkan pemahaman terhadap bahan bacaan tersebut menjadi cepat dan mantap.

Page 20: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Individu yang berkecenderungan kepada persepsi visual suka belajar menerusi proses penglihatan.

persepsi visual akan meningkat tinggi jika bahan visual yang diberikan kepadanya terang dan jelas.

Mereka juga membaca bahan bacaan dengan kuat untuk memudahkan mereka mencari sesuatu

pengetahuan yang terdapat dalam bahan bacaan tersebut tepat. Antara bahan bantuan belajar yang

mengembangkan dan menyokong individu persepsi visual adalah seperti video, slaid, carta, graf,

televisyen. Individu yang berkecenderungan kepada persepsi kinesthetic-tactile gemar memperoleh

pengetahuan melalui pengalaman atau pembelajaran dapatan. Mereka belajar dengan berkesan

apabila melalui atau merasai isi pelajaran dengan sendiri. Mereka digalakkan mengambil bahagian

yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak gemar duduk sahaja tetapi suka

untuk bergerak ke tempat yang lain.

Waktu belajar merupakan salah satu elemen fisiologi yang penting. Terdapat pelbagai

kecenderungan untuk pelajar belajar dengan lebih berkesan. Ada pelajar dapat belajar dengan

sempurna pada waktu pagi. Lebih segar dan lebih bersedia untuk belajar. Terdapat juga pelajar yang

memilih waktu malam atau lewat malam sebagai waktu belajar yang paling sesuai serta persekitaran

yang sunyi dan tenteram.

Selain itu pergerakan juga mempengaruhi seseorang untuk belajar. Terdapat kecenderungan untuk

pelajar melakukan pergerakan semasa belajar untuk mengelakkan kebosanan dan mencergaskan

proses pembelajaran tersebut. Pengambilan makanan dan minuman merupakan elemen terakhir

dalam elemen fisiologi. Pengambilan makanan dan minuman bermaksud kecenderungan pelajar

belajar sambil mengambil makanan atau minuman semasa belajar.

7.5 Faktor Sosiologi

Antara elemen-elemen penting dalam factor sosiologi adalah elemen diri sendiri, pasangan, rakan

sebaya, dan orang dewasa. Elemen diri sendiri bermaksud seorang pelajar lebih gemar untuk belajar

secara bersendirian. Mereka tidak mahu diganggu kerana ia dapat merencatkan tumpuan mereka

dalam pembelajaran. Terdapat juga kecenderungan individu untuk belajar secara berpasangan.

Mereka dapat berinteraksi dalam konteks pembelajaran mereka. Kebiasaannya teman yang menjadi

pasangan adalah sahabat karib.

Rakan sebaya merujuk kepada pembelajaran yang dijalankan dalam satu kumpulan yang mempunyai

umur yang hampir sama. Kebiasannya kumpulan yang terbentuk melebihi dua orang. Teknik

pembelajaran yang biasa digunakan adalah sumbang saran, perbincangan dan perkongsian idea.

Page 21: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat juga kecenderungan untuk belajar dengan orang dewasa. Dengan kehadiran orang dewasa

dapat mengemukakan pelbagai soalan. Biasanya ibu bapa atau orang dewasa bertindak sebagai guru

yang sentiasa membimbing pelajar untuk memastikan anak-anak belajar dengan sempurna.

8.0 GAYA PEMBELAJARAN MODEL KOLB

Antara konsep utama gaya pembelajaran Model Kolb ialah pembelajaran disifatkan sebagai proses

yang tiada tidak ada penghujung. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelas cara-cara

bagaimana pengetahuan diperoleh dan dicipta melalui interaksi seseorang dengan persekitarannya.

Bagaimana Manusia Belajar?

Penyelidikan Dr. David Kolb medapati bahawa manusia belajar melalui dua cara iaitu secara

mengamati dan memproses.

a) Mengamati

Kita mengamati sesuatu maklumat dan pengalaman dengan dua cara yang berbeza. Cara yang

pertamaadalah mengamati secara konkrit. Cara ini melibatkan penggunaan deria. Manakala cara

yang kedua pula adalah mengamati secara abstrak. Mengamati secara abstrak adalah dengan

berfikir, mambuat analisis dan menaakul tentang sesuatu maklumat yang diperhatikan.

Kadangkala kita mengamati sesuatu secara konkrit, kadangkala secara abstrak. Ini bermakna kita

mengamati sesuatu dalam satu kontinum dari konkrit kepada abstrak. Mereka yang suka

menggunakan deria lebih suka belajar secara konkrit manakala mereka yang suka berfikir dan

membuat analisis lebih suka belajar secara abstrak.

b) Memproses

Memproses maklumat bermaksud menjadikan sesuatu maklumat menjadi bermakna kepada diri

kita. Manusia Memproses maklumat juga melalui dua cara. Cara yang pertama adalah secara aktif

iaitu mencuba atau melakukan sesuatu maklumat atau pengalaman. Cara yang kedua pula adalah

secara reflektif iaitu dengan berfikir semula tentang apa yang telah dilihat.

Page 22: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

8.1 Gaya-gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran bergantung kepada kombinasi cara mengamati dan memproses sesuatu

maklumat dan pengalaman. Kombinasi cara mengamati dan memproses ini menghasilkan gaya-gaya

pembelajaran yang berbeza-beza.

a) Imaginatif dan Kreatif.

Murid-murid golongan ini mengamati maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara reflektif.

Sebagai contoh, seorang pelajar melihat ibunya. Kemudian dia menganalisa sikap ibunya dan

berfikir, kenapa ibunya bersikap sedemikian. Di samping itu, golongan inisuka mencari makna dan

sebab mempelajari sesuatu maklumat. Mereka juga suka berkongsi idea dan melibatkan diri dengan

rajkan-rakan lain. Mereka suka bertanya “kenapa?” .

b) Teori dan Analisis.

Murid-murid golongan ini mengamati maklumat secara abstrak dan memprosesnya secara reflektif.

Mereka suka mencari fakta baru untuk menerangkan konsep-konsep. Mereka memerlukan pendapat

pakar unutk mendapatkan fakta baru dan membuat analisis tentang sesuatu maklumat. Mereka suka

menyoal “apa?”

c) Praktik

Murid-murid ini bersifat praktik. Mereka mengamati sesuatu maklumat secara abstrak dan

memprosesnya secara aktif. Mereka suka mencari kegunaan sesuatu maklumat atau benda dan

belajar dengan menguji sesuatu teori untuk mencari kegunaannya. Mereka ingin mengetahui

bagaimana sesuatu benda boleh berfungsi untuk menambahkan pengalaman mereka. Mereka suka

menyoal “bagaimana ia berfungsi?”

d) Intuitif dan Dinamik

Murid-murid golongan ini mengamati sesuatu maklumat secara konkrit dan memprosesnya secara

aktif. Mereka suka mencari kegunaan baru sesuatu maklumat yang belum diketahui. Mereka belajar

secara cuba jaya dan penemuan sendiri. Mereka ingin mengetahui apa yang direka bentuk daripada

sesuatu maklumat dan suka berinteraksi dengan orang lain untuk mendapatkan idea. Mereka suka

menyoal “apakah kegunaan baru?”

Page 23: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

8.2 Pengaruh Otak Kiri dan Otak Kanan.

Penyelidik-penyelidik otak manusia mendapati bahawa kedua-dua hemisfera otak manusia (kiri dan

kanan) berbeza dalam memproses maklumat dan pengalaman. Seseorang individu lebih suka

memproses maklumat dan pengalaman menggunakan otak kiri atau kanan. Walaubagaimanapun,

kedua-dua belah otak adalah sama penting.

Perbezaan utama antara otak kiri dan kanan dalam memproses maklumat dan pengalaman adalah

seperti Rajah 8.1 di bawah:-

Otak kiri Otak kanan

RasionalLisan

Lurus (linear)Pasif / menerima

Terancang & berstrukturBukan gerakan

PengiraanPenulisan

Melihat bahagian-bahagianTeori

Mengawal perasaanBunyi bahasa

IntuitifPenglihatan / ruangan

SintesisBulatan

InteraktifBersesuaian dan spontan

Gerakan / tarianPola, model, bentuk

LukisanMelihat perhubungan dan keseluruhan

AmalanBebas dengan perasaan

Bunyi semulajadiMuzik

Page 24: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Manakala aktviti-aktiviti yang dipercayai diproses di kedua-dua otak adalah seperti berikut :

Otak kiri

Menyurih

Melukis carta

Melukis graf

Memberi contoh

Menyalin nota

Menilai secara objektif

Menyenarai dan menkategorikan

Mengira

Memberi bukti

Mengingat semula fakta atau konsep

Membaca serta membuat analisis

Melapor

Segala bentuk analisis

Rasional

Melihat bahagian-bahagian

Memberi sifat-sifat perbezaan

Menyelesaikan masalah dengan pemikiran logik

Mendengar bunyi bahasa

Otak kanan

Membuat pola atau corak

Memeta fikiran (mind mapping)

Sumbangsaran atau percambahan fikiran

Menggambarkan

Semua bentuk sajak

Semua bentuk seni

Mendengar, melihat, menggerak

Analogi

Page 25: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Mencipta, mereka bentuk, main peranan, simulasi

Drama kreatif, lakonan

Penulisan kreatif

Gerakan, tarian

Membaca serta membuat sintesis

Segala bentuk sintesis

Geometri

Demonstrasi

Membuat ujikaji

Bentuk (shapes)

Semua aktiviti intuitif

Ukiran

Lakaran

Memberi sifat-sifat persamaan

Melihat perhubungan dan keseluruhan

Menilai secara subjektif

Melukis

Fotografi

Mendengar bunyi semulajadi

Main muzik, mencipta lagu

Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kiri dinamakan pelajar otak kiri, suka melakukan perkara-

perkara yang diproses di otak kiri. Mereka mempunyai ciri-ciri yang menarik. Mereka haruslah

dihargai. Mereka adalah manusia yang bersistematik, menyelesaikan masalah dengan melihat

bahagian-bahagian, berfikir secara logik, baik dalam pertuturan, penulisan, pengiraan dan

menganalisa.

Pelajar-pelajar yang dipengaruhi oleh otak kanan pula dinamakan pelajar otak kanan. Mereka

melakukan perkara-perkara yang diproses di otak kanan. Mereka juga mempunyai ciri-ciri yang

menarik. Mereka adalah manusia yang kreatif dan intuitif. Mereka melihat pola, bentuk dan

perhubungan. Mereka bertindak secara spontan dan menyelesaikan masalah dengan melihat

keseluruhan. Mereka baik dalam lukisan, reka bentuk, membuat kesimpulan dan hal-hal

perhubungan manusia.

Page 26: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelajar-pelajar yang melakukan aktiviti-aktiviti yang dproses di otak kiri dan kanan pula

dinamakan pelajar seluruh otak. Mereka mempunyai ciri-ciri dua kumpulan di atas. Kebanyakan

sekolah dipercayai memberi aktiviti yang melibatkan otak kiri sahaja. Hal ini menggembirakan pelajar

otak kiri tetapi mengecewakan pelajar otak kanan. Justeru itu, pihak sekolah haruslah memberi

aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan.

9.0 SISTEM 4 MAT

Kesinambungan daripada kepelbagaian gaya pembelajaran dan pengaruh otak kiri dan kanan kanak-

kanak, Dr. Bernice Mc Carthy telah mencipta satu sistem pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan. Rajah 9.1 di bawah menunjukkan Sistem 4Mat.

Sistem 4Mat bermula dengan petak 1 dan diakhiri dengan petak 4 dalam satu lingkaran

pembelajaran. Keempat-empat petak tersebut mewakili 4 jenis gaya pembelajaran kanak-kanak dan

aktiviti-aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan. Melalui sistem ini seorang guru akan

menyampaikan pengajaran dengan mengambil kira semua jenis gaya pembelajaran pelajar serta

aktiviti-aktiviti yang mengembangkan otak kiri dan kanan pelajar. Jadi, seorang pelajar yang

mempunyai gaya pembelajarannya tersendiri akan berpeluang belajar melalui gaya lain. Begitu juga

seorang pelajar yang belajar secara otak kiri, akan dapat mengembangkan otak kanannya.

Pelajar Imaginatif dan Kreatif

Sebelum mengajar konsep-konsep baru kepada pelajar, seorang guru perlu memberikan

pengalaman konkrit kepada mereka. Ini akan membantu mereka memahami dengan lebih jelas

konsep-konsep yang abstrak. Mereka juga dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Guru pula

haruslah memainkan peranan membimbing dan merangsang mereka.

Langkah pertama, guru perlu memberikan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang kedua-dua otak

pelajar. Untuk otak kanan, guru perlu mewujudkan satu pengalaman konkrit. Kaedah mengajar atau

aktiviti yang boleh digunakan adalah simulasi, main peranan, lakonan, kerja kumpulan, menonton

video, melihat benda-benda dan sebagainya yang boleh menegmbangkan otak kanan.

Langkah kedua adalah untuk pengembangan otak kiri. Selepas pelajar mendapat pengalaman

konkrit, guru perlu meminta mereka memikirkan semula dan analisakan pengalaman tersebut.

Page 27: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Antara aktiviti yang sesuai adalah perbincangan dalam kumpulan, melihat sifat-sifat perbezaan, soal

jawab dan sebagainya.

Pelajar Teori dan Analisis.

Selepas pelajar mendapat pengalaman konkrit, fakta dan konsep akan diajar kepada mereka. Fakta

dan konsep tersebut perlu dijelaskan satu persatu dan dikaitkan dengan pengalaman kokrit tadi

untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru akan menggunakan kaedah mengajar tradisional

iaitu penerangan. Guru juga berperanan membimbing dan merangsang mereka.

Langkah ketiga untuk pengembangan otak kanan. Setelah pelajar memikirkan semula dan

menganalisakan pengalaman, guru perlu mengaitkan pengalaman mereka dengan konsep yang akan

diajar. Aktiviti yang boleh digunakan adalah perbincangan, soal jawab, penerangan, dan sebagainya

yang boleh mengembangkan otak kanan mereka serta mereka dapat melihat perkaitan di antara

pengalaman konkrit dengan konsep yang abstrak.

Langkah keempat untuk pengembangan otak kiri. Guru perlu mengajar fakta atau konsep dengan

menggunakan kaedah tradisional seperti huraian, penerangan, syarahan, soal jawab atau sebarang

aktiviti lain yang merangsang otak kiri. Ia bergantung kepada kebolehan seseorang guru untuk

menjelaskan sesuatu konsep atau fakta dengan sesuatu kaedah mengajar yang digunakan.

Penggunaan alat bantu mengajar akan membantu pemahaman pelajar tentang fakta atau konsep

tersebut.

Pelajar Praktik.

Selepas pelajar-pelajar memahami fakta atau konsep yang telah diajar, mereka perlu membuat

latihan atau ujikaji. Ini dapat memperkukuhkan lagi pembelajaran mereka. Mereka juga digalakkan

untuk mencari atau menambahkan penggunaan fakta atau konsep yang telah diajar. Pada masa ini,

guru berperanan sebagai coach dan pemudah cara, faciltator.

Langkah kelima untuk penegmbangan otak kiri. Selepas pelajar diajar tentang fakta atau konsep,

guru haruslah memberi latihan yang telah disediakan untuk memperkukuhkan lagi pemahaman

mereka. Aktiviti yang boleh digunakan adalah seperti membuat latihan kelas atau rumah, latihtubi,

kuiz, ujikaji, temuduga serta aktiviti lain yang bersesuaian untuk merangsang otak kiri.

Page 28: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Langkah keenam untuk pengembangan otak kanan. Pelajar-pelajar kemudiannya diberi aktiviti untuk

mencari atau menambah idea tentang fakta atau konsep yang telah diajar. Aktivit yang boleh

digunakan adalah seperti ujikaji, sumbangsaran dan sebagainya.

Pelajar Dinamik dan Intuitif.

Selepas pelajar-pelajar membuat latihan dan ujikaji,mereka perlu diberi peluang unutk mencari

aplikasi tentang fakta atau konsep yang telah diajar dan berkongsi hasil dengan pelajar lain. Guru

pula berperanan manilai dan membuat pemulihan.

Langkah ketujuh unutk pengembangan otak kiri. Selepas pelajar membuat ujikaji atau pelan

bertindak, mereka perlu menganalisa hasil yang mereka perolehi sama ada hasil tersebut sesuai atau

tidak. Aktiviti yang boleh dijalankan dalam kumpulan adalah seperti perbincangan, mengkritik atau

menilai secara objektif, atau aktiviti lain yang bersesuaian.

Langkah kelapan untuk pengembangan otak kanan. Akhir sekali, pelajar-pelajar melaksanakan ujikaji

atau pelan bertindak yang telah dirangka dan berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Aktiviti

yang boleh digunakan adalah seperti penemuan, cubajaya, projek, persembahan secara individu

atau kumpulan dan main peranan.

9.1 Peranan dan Tugas Guru dalam Sistem 4Mat.

Peranan dan tugas seseorang guru dalam Sistem 4Mat adalah seperti Rajah 9.2 berikut:

Bil Peranan guru Tugas guru

1 Perangsang Memberi sebab-sebab untuk menjawab soalan seperti ‘mengapa’ dan

‘mengapa tidak?’

2 Pengajar Mengajar fakta atau konsep untuk menjawab soalan seperti ‘apa dia?’

3 Pemudah cara Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba dan menambah

fakta dari idea sendiri. Ini akan menjawab soalan seperti

‘bagaimanakah ia berfungsi?’

4 Penilai atau

membuat

Memberi peluang kepada pelajar pemulihan mengajar diri sendiri dan

berkongsi dapatan mereka dengan pelajar lain. Ini akan menjawab

soalan seperti ‘apakah saya boleh cipta?’

Page 29: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

9.2 Contoh Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Sistem 4Mat.

Pelajar Imaginatif dan Kreatif.

Pelajar-pelajar mendapatkan satu pengalaman konkrit tentang kebersihan sebelum konsep itu

diajar. Langkah pertama untuk aktiviti otak kanan, di dalam berkumpulan pelajar diminta

memerhatikan kebersihan pakaian, badan, buku, kerusi, kelas dan rakan-rakan. Langkah kedua untuk

aktiviti otak kiri, pelajar diminta berbincang di dalam kumpulan menganalisa pemerhatian yang telah

dibuat. Contohnya menyenaraikan apa yang bersih dan kotor, kemas dan tidak kemas.

Pelajar Teori dan Analisis.

Pelajar-pelajar diajar konsep ‘kebersihan’. Langkah ketiga untuk aktiviti otak kanan, guru hendaklah

mengaitkan pemerhatian yang telah dubuat dengan konsep kebersihan yang akan diajar. Guru boleh

menggunakan kaedah soal jawab atau perbincangan. Langkah keempat untuk aktiviti otak kiri, guru

hendaklah menerangkan konsep kebersihan terbahagi kepada kebersihan fizikal (badan, pakaian dan

barang-barang) dan mental (percakapan, fikiran).

Pelajar Praktik.

Pelajar-pelajar membuat latihan tentang kebersihan. Langkah kelima untuk aktiviti otak kiri, guru

perlu memberikan lembaran soalan kepada pelajar untuk dijawab. Manakala langkah keenam untuk

aktiviti otak kanan pula guru meminta pelajar-pelajar berbincang dalam kumpulan untuk merancang

cara-cara untuk membersihkan bilik darjah dan sebagainya.

Pelajar Dinamik dan Intuitif.

Pelajar-pelajar mencuba projek kebersihan yang telah dirancang dan berkongsi dapatan bersama

pelajar lain. Langkah ketujuh untuk aktiviti otak kiri, guru meminta pelajar berbincang dalam

kumpulan untuk menganalisa rancangan projek dengan memilih cara yang praktik dan sesuai

digunakan. Langkah terakhir untuk aktiviti otak kanan, pelajar-pelajar melaksanakan projek

membersihkan bilik darjah kepada kumpulan lain.

Page 30: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kesimpulannya, setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Ada pelajar yang

cepat menerima pelajaran dan ada juga yang lambat. Jadi, seseorang guru perlu menghormati dan

menghargai perbezaan ini. Dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu

menitikberatkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar serta pengaruh otak kiri dan kanan pelajar.

Sistem 4Mat adalah sistem pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk dipraktikkan oleh

semua guru bagi memenuhi keadaan tersebut. Sistem ini menentukan guru mengajar dengan

melibatkan semua jenis gaya pembelajaran pelajar dan menggunakan aktiviti-aktiviti untuk otak kiri

dan kanan pelajar. Melalui Sistem 4Mat, Dr. Bernice percaya setiap pelajar akan mendapat pelajaran

yang sempurna.

10.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setelah mempelajari topik perbezaan individu ini, guru seharusnya mengetahui secara mendalam

tentang teori ini dan dengan itu, guru akan dapat merancangkan satu sistem pengurusan bilik darjah

yang efektif. Untuk menangani masalah perbezaan murid-murid, guru perlu menjalankan kaedah

kumpulan atau pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk mengurangkan kesan murid-murid

yang berbeza. Selain itu, guru perlu mengumpulkan murid-murid yang mempunyai kebolehan yang

sama dalam kumpulan yang sama supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

berkesan. Untuk murid yang sangat lemah pula, guru perlu menggunakan pendekatan pengajaran

individu supaya dapat mengatasi sebarang masalah pembelajaran yang dihadapi.

Di samping itu, guru boleh mengembangkan urutan arahan yang mengambil kira urutan sebagai

sebahagian proses arahan. Ini ialah pendekatan yang pernah digunakan oleh Bernice McCarthy,

pemaju sistem 4Mat. Guru juga boleh menggunakan pendekatan menyediakan kumpulan, sama ada

antara kelas atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti berhubung

dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan atau beberapa ciri lain. Contoh pendekatan arahan

ialah kumpulan bilik darjah, pembelajaran koperatif dan arahan yang memberikan ciri khusus kepada

sesuatu. Akhir sekali, guru boleh mengubahsuai keadaan dalam lingkungan arahan berlaku. Ini ialah

pendekatan yang digunakan dalam pembelajaran masteri.

Page 31: Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

11.0 RUMUSAN

Sebagai rumusannya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat murid yang

pandai dan lemah dalam pelajaran. Perbezaan individu ini berkait rapat dengan faktor kognitif,

fizikal, emosi, budaya dan agama seseorang. Manusia juga mempunyai pelbagai jenis kecerdasan

yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa.

Tidak semua murid berjaya dalam pelajaran sahaja dikira sebagai murid yang cerdas. Murid yang

mempunyai kebolehan dalam bidang yang lain seperti muzik, sukan dan lain-lain lagi juga dikira

sebagai murid yang cerdas. Kecerdaan ini adalah mengikut jenis kecerdasan yang dimiliki oleh setiap

individu.

Selain itu, gaya pembelajaran juga penting dalam mempelajari sesuatu perkara. Terdapat juga

beberapa faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Guru memainkan peranan yang

penting dalam membimbing murid untuk mengetahui atau mempelajari gaya pembelajaran yang

sesuai dengan diri mereka.

Akhir sekali, sebagai seorang guru, kita hendaklah melayan murid tanpa memilih kasih kerana setiap

daripada mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.