penulisan reflektif gerko

Upload: nurulliyanarahmat

Post on 04-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KOT

TRANSCRIPT

PENULISAN REFLEKTIF OLEH : NURUL LIYANA BINTI RAHMATPertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah hidayah-Nya dapat saya melaksanakan tugasan Kokurikulum dan Persatuan ini dengan jayanya bersama rakan-rakan yang lain. Saya dan rakan-rakan menerima tugasan Kokurikulum dan Persatuan untuk melaksanakan satu malam kebudayaan yang merangkumi konsep Rukun Negara. Kami perlu menyediakan satu pameran pada waktu petang dan malam kebudayaan dijalankan pada malamnya. Kami sebulat suara menamakan program kami Pameran dan Malam Inspirasi Rukun Negara. Kami juga berbincang untuk menetapkan tarikh yang sesuai dan akhirnya kami perlu menjalankan program ini pada hari Sabtu bersamaan dengan 18 Oktober 2014. Selain itu, malam kebudayaan Rukun Negara ini memerlukan setiap kumpulan membuat persembahan yang disertakan dengan mesej dan unsur Rukun Negara. Sepanjang saya menyediakan bahan dan kelengkapan untuk pameran yang akan dijalankan serta persembahan yang akan ditunjukkan, saya dapat mempelajari beberapa perkara dan pengalaman baru. Kumpulan saya memilih untuk membuat pameran tentang hari Perayaan di Malaysia yang merangkumi kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India serta perayaan utama di Sabah dan Sarawak. Setiap kaum mempunyai perayaan yang diraikan bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu masa dahulu. Perayaan ini dapat menggambarkan bagaimana rakyat Malaysia dapat bersatu hati dan berkumpul bersama walaupun terdiri daripada bangsa yang berlainan. Di negara Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan disambut pada sepanjang tahun kerana kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini. Antaranya ialah Hari raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina , Deepavali dan lain-lain lagi. Saya mengumpulkan maklumat bagi setiap perayaan setiap kaum dan dipamerkan untuk tontonan guru pelatih yang berada di IPGKSM supaya mereka dapat mempelajari dan mendalami sejarah, tarikh, dan aktiviti yang sering dilakukan semasa sesuatu perayaan itu disambut. Saya percaya setiap guru pelatih ingin mengetahui perayaan rakannya yang berbangsa lain dan keunikan yang ada dalam setiap aktiviti yang dijalankan contohnya kaum India akan memasang pelita dimana mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Saya juga amat teruja dengan maklumat yang saya perolehi kerana selama ini saya hanya turut serta dalam perayaan yang diraikan oleh rakan berbangsa Cina dan India tanpa mengetahui asal usul perayaan itu disambut. Saya dapat mempelajari lebih mendalam lagi tentang tarian, makanan, pakaian tradisional yang wajib ada dalam sesuatu perayaan. Saya dan rakan-rakan mempamerkan hasil kerja kami di sudut yang terletak di susur gajah yang mana setiap guru pelatih dapat baca sebelum ke bilik kuliah. Kumpulan lain juga mempamerkan hasil kerja mereka seperti tokoh-tokoh di Malaysia, pakaian tradisional dan jenis tarian di Malaysia di sudut yang telah disediakan untuk kelab Rukun Negara kami ini. Ini juga dapat menerapkan amalan membaca supaya guru pelatih kaya dengan ilmu pengetahuan.Di samping itu, saya dan rakan-rakan bertungkus lumus membuat latihan dan persediaan untuk persembahan yang bakal kami lakukan pada sebelah malamnya. Kami berpakat untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk Negeri Bertuah ini. Sajak ini menerapkan unsur Rukun Negara sekaligus memupuk semangat sayangkan tanah air ini. Tambahan pula, saya dapat memakai pakaian Punjabi yang selalu dipakai oleh gadis India khas untuk persembahan malam kebudayaan tersebut. Saya berusaha untuk mencari pakaian ini di setiap blok kediaman dan meminta izin daripada guru pelatih India untuk meminjam bajunya. Melalui tugasan ini, saya dapat membina hubungan baik dengan adik junior yang berbangsa India yang memberi pinjam bajunya kepada saya. Selain itu, saya juga dapat mempelajari serba sedikit gerak tari kaum India. Hal sedemikian kerana saya memainkan peranan seorang gadis India. Saya banyak merujuk sumber yang boleh dipercayai iaitu Youtube yang boleh saya pelajari tarian India dengan senang. Saya hanya mengambil langkah mudah saya disebabkan saya bukanlah seorang yang pandai menari. Namun begitu, saya dapat melakukannya ketika persembahan dan saya dapat mendeklamasikan sajak di hadapan orang ramai. Sebelum ini tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk menari dan mendeklamasikan sajak di hadapan orang. Tetapi melalui tugasan ini mengajar saya untuk berani dan yakin dengan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan tanggungjawab yang diberikan. Pemikiran kreatif dan kerjasama daripada rakan-rakan yang lain amat membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini hingga ke akhirnya. Di samping itu, saya dan rakan sekumpulan diamanahkan untuk menjadi ahli jawatankuasa hadiah dan cenderahati dalam gerak kerja untuk malam kebudayaan ini. Saya perlu pandai mengurus kewangan dan bajet untuk setiap hadiah dan cenderahati yang disediakan. Saya dapat mencari set hadiah yang sesuai harganya dengan bajet yang telah diberikan oleh bendahari dengan bantuan rakan saya. Saya dapati para peserta berpuas hati dengan hadiah yang disediakan dan para penonton berasa gembira dengan hadiah cabutan bertuah yang mereka perolehi. Walaupun para penonton tidak ramai seperti yang diharapkan disebabkan pertindihan program dari unit lain, namun mereka amat memberi galakan dan sokongan dalam memeriahkan majlis. Secara keseluruhannya, Malam Inspirasi Rukun Negara ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Oleh hal sedemikian, ilmu yang saya perolehi hasil daripada tugasan ini ialah saya perlu menjadi seorang guru yang serba tahu mengenai Kokurikulum dan Persatuan dalam setiap bidang sama ada berbentuk nyanyian, sajak, tarian atau sebagainya selain mengamati konsep Rukun Negara dengan sebaiknya. Akhir sekali, terima kasih kepada setiap individu yang banyak membantu saya dan rakan saya melaksanakan projek ini sehingga selesai sama ada secara langsung ataupun tidak.