bola baling gerko

36
PENGENALAN Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan berpasukan di mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan seorang penjaga gol) melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk membuangnya dalam matlamat kumpulan bertentangan. Permainannya sama seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainana bola baling ini lebih kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan.Permainan bola baling ini juga terkanaldi seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20. Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill). Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika perlawanan sedang berlangsung. Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat jaringan ataupun tidak. Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan.

Upload: iman

Post on 13-Jun-2015

9.008 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bola Baling Gerko

PENGENALAN

Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan

berpasukan di mana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan

seorang penjaga gol) melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk

membuangnya dalam matlamat kumpulan bertentangan. Permainannya sama

seperti bola sepak dan bola keranjang namun permainana bola baling ini lebih

kepada penggunaan tangan kerana ia melibatkan balingan.Permainan bola baling ini

juga terkanaldi seluruh dunia sejak separuh pertama abad ke-20.

Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill).

Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang

berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan

perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah

pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan

kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat

diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika

perlawanan sedang berlangsung.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka

strategi menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika

di dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak

dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan

rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti

biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat

jaringan ataupun tidak.

Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan

sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya

dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan

menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak

lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan.

Page 2: Bola Baling Gerko

SEJARAH BOLA BALING

Mula di kenali pada abad ke-20 di Jerman. Perintis kepada kewujudan bola

baling ini ialah Heizer. Pada masa ini, sukan ini dimain antara 7 hingga 11 orang

pemain sebelah. Beliau mencipta peraturan dari segi penggunaan, jenis bola dan

bilangan pemain yang sesuai. Pada mulanya, bolanya bersaiz seperti bola sepak

atau bola keranjang tetapi telah dikecilkan menjadi bentuk saiz sekarang. Pasukan

bola baling permainan sebagai kita tahu hari ini ia telah dibentuk pada akhir abad ke-

19 di utara Eropah, terutamanya Denmark, Jerman, Norway dan Sweden. Selepas

1919 peraturan-peraturan bola baling diperbaiki oleh Karl Schelenz. Permainan-

permainan antarabangsa pertama adalah dimainkan di bawah peraturan-peraturan

ini, di antara Jerman dan Belgium untuk lelaki pada tahun 1925 dan Jerman dan

Austria untuk wanita pada tahun 1930.

Pada 1926, kongres olahraga amatur antarabangsa persekutuan

dicadangkan sebuah jawatankuasa untuk menyusun atur peraturan antarabangsa

untuk lapangan bola baling. Bola baling persekutuan amatur dan antarabangsa

dibentuk pada tahun 1928. Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAHF) telah

memperkenalkan beberapa undang-undang khusus untuk bola baling. Malah ianya

juga bersempena sukan Olimpik pada tahun yang sama. Hal ini memudahkan untuk

mengembangkan sukan ini ke negara-negara lain. Selepas itu, bola baling

persekutuan antarabangsa telah dibentuk pada tahun 1946.

Bidang bola baling bagi lelaki dimainkan pada di Summer Olimpik Berlin

pada tahun 1936 di permohonan khas Adolf Hitler. Ia telah diubah daripada senarai

sukan, untuk kembali sebagai berpasukan bola baling pada tahun 1972 untuk

Summer Olimpik di Munich. Pasukan bola baling wanita telah dikenalkan sebagai

satu sukan di olimpik pada tahun 1976 di Summer Olimpik. Bola baling persekutuan

antarabangsa telah mengadakan kejohanan dunia bola baling lelaki terancang pada

tahun 1938. Kejohanan dunia wanita pula diperkenalkan pada tahun 1957.

Kemuncak,sukan ini telah diterima menjadi salah satu acara sukan Olimpik

yang diadakan pada tahun 1936 di Berlin. Di Malaysia, bola baling diperkenalkan

pada tahun 1976 menerusi pegawai sukan pejabat pendidikan Selangor oleh Lim

Hock Han. Usaha untuk memperkenalkan kepada semua negeri tidak dapat

dijalankan kerana kebanyakkan negeri belum bersedia untuk menerima sukan

Page 3: Bola Baling Gerko

tersebut. Sekarang, bola baling telah diterima sebagai acara dalam kalendar sukan

di peringkat MSSM. Permainan ini mendapat sambutan dalam kalangan lelaki dan

juga perempuan.

Sehingga pada 2007 Februari, IHF melaporkan mempunyai 159 orang ahli

persekutuan mewakili kira-kira 1,130,000 pasukan pasukan dan sejumlah 31 juta

pemain, jurulatih, pegawai dan mengadili.

Page 4: Bola Baling Gerko

PERATURAN-PERATURAN BOLA BALING.

Semasa permainan dijalankan, pemain dibenarkan menghentikan,

menangkap, melontar, memukul bola dalam sebarang cara dan arah menggunakan

tangan, lengan, kepala, badan , paha dan lutut. Selain itu, Setiap pemain haruslah

memegang bola tidak lebih dari tiga saat sebelum menghantar kepada rakan. Setiap

pemian hanya boleh mengambil tiga langkah maksimum sebelum menghantar

kepada rakan atau pergerakan yang selanjutnya. Pemain juga boleh memindahkan

pegangan bola dari tangan ke tangan. Pemain juga dibenarkan menghantar bola

daripada kedudukan duduk, melutut atau berbaring di atas gelanggang. Pemain juga

boleh menghentikan bola dengan sebelah atau dua belah tangan kemudian harus

menangkapnya tanpa bergerak.

Semasa bermain, pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih dari sekali

melainkan bola telah terjatuh ke tanah, terkena pemain lain, atau terjatuh ke pintu

gol atau memindahkan pegangan dari sebelah ke sebelah yang lain.Pemain juga

tidak dibenarkan menyentuh bola walaupun tanpa sengaja, dengan kakinya (di

bawah lutut). Setiap pemain tidak boleh menjatuhkan atau menjunamkan badan

untuk mendapatkan bola, iaitu dalam kedudukan berbaring. Pemain juga tidak boleh

menjunamkan badan untuk mengambil bola semasa bola bergolek sepanjang

dataran. Pemain juga tidak boleh dengan sengaja memainkan bola melepasi

kawasan barisan gol. Selain itu, penjaga gol tidak dibenarkan keluar daripada

garisan D.

Page 5: Bola Baling Gerko

TEMPOH PERMAINAN BOLA BALING

Umumnya permainan bola baling dijalankan selama dua tempoh 30 min

dengan 10 min rehat. Ada juga permainan bola baling ini dijalankan menggunakan

masa selama dua tempoh 20 min dengan 10 min rehat. Bagi pertandingan peringkat

MSSM, tempoh permainan yang digunakan ialah selama dua tempoh 10 min tanpa

rehat untuk liga manakala dua tempoh 20 min dengan rehat 10 min untuk kalah mati.

Permainan bola baling juga mempunyai tambahan masa untuk kecederaan

dan gangguan. Terdapat juga masa diberikan kepada pemain untuk lontaran penalti

atau lontaran percuma. Jika seri dua tempoh masa 5 min tanpa rehat diberikan.

Undian dijalankan untuk memulakan permainan.

Jika masih seri lontaran penalti sebanyak 5 lontaran diberikan, dan jika masih

seri lontaran “sudden death” dijalankan.

Penentuan permulaan permainan

Permainan dimulakan setelah undian dijalankan dengan cara melambung duit

siling. Pasukan yang menang boleh memilih memulakan permainan atau kawasan

padang. Sebelum permainan dimulakan, pemain hendaklah berada di posisi masing-

masing. Lontaran pertama haruslah dalam masa 3 saat selepas wisel dibunyikan.

Pihak lawan haruslah berada sejauh 3 meter sebelum lontaran pertama dilakukan.

Pasukan yang mula, tidak boleh terus baling menjaringkan gol tanpa memberi bola

kepada kawan terlebih dahulu. Jika mereka lakukan, gol tidak diambil kira.

Keperluan untuk bermain bola baling

Setiap pasukan haruslah mempunyai 12 orang pemain, iaitu 7 pemain asal

dan 5 lagi pemain simpanan. Setiap pemian haruslah memekai pakaian seragam

dan jersinya haruslah dari nombor 1 hingga 12 sahaja. Pakaian yang dipakai

haruslah sesuai untuk permainan bola baling.

Page 6: Bola Baling Gerko

Setiap pemain juga harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Mereka juga

harus bermain dengan penuh semangat kesukanan serta mematuhi peraturan dan

undang-undang permainan. Setiap pemian juga tidak boleh memakai sesuatu yang

boleh mencederakan diri sendiri atau pihak lawan.

Selain itu, pegawai permaianan (pengadil) haruslah dilantik. Pengadil itu

haruslah dapat diterima oleh kedua-dua belah pasukan. Selai itu, Pengadil tersebut

haruslah berkelayakan untuk mengadili permainan.

Page 7: Bola Baling Gerko

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

1) Padang

Keras dan rata

Berbentuk segiempat tepat

Panjang 40 m pada garisan tepi dan 20 m lebar pada garisan gol

2 kali lebih kecil dr saiz padang bola sepak

Dibahagi dua sama di bahagian tengah

Page 8: Bola Baling Gerko

2) Tiang Gol

Didirikan ditengah-tengah garisan gol di kedua-dua bahagian

kawasan permainan.

Mengandungi 2 batang tiang tegak pada jarak yang sama dari 2

penjuru kawasan permainan pada jarak 3 meter dan tinggi 2 meter

dan disambungkan oleh sebatang palang 4 segi tepat 8cm panjang

dan 8cm lebar.

3) Bola

Berbentuk bulat keseluruhannya dan tidak terlalu keras.

Diperbuat daripada kulit berwarna putih.

Untuk lelaki (berat bola antara 425g hingga 475g)

(lilitan bola antara 48cm hingga 60cm)

Untuk perempuan ( berat bola antara 325g hingga 499g)

(Lilitan bola antara 54cm hingga 56cm).

4) 12 pemain

7 orang sahaja yang bermain dalam sesuatu perlawanan, dan 5

orang lagi menjadi simpanan.

Boleh digantikan pada bila-bila masa tanpa had

Penggantian hendaklah diberitahu kepada pengadil dan penjaga

masa

Pemain hendaklah meninggalkan padang sebelum pengganti

masuk

5) 2 pengadil

Hendaklah dikendalikan oleh 2 orang pengadil serta seorang

penjaga masa dan seorang pencatat mata.

Bertanggungjawab mengelolakan permainan daripada pemain-

pemainmula memasuki gelanggang hingga mereka meninggalkan

gelanggang.

Page 9: Bola Baling Gerko

Haruslah memeriksa keadaan tempat bermain sebelum permainan

dimulakan.

Hendaklah mengira jumlah jaringankan oleh kedua-dua buah

pasukan.

Jujur dan amanah.

Penjaga masa juga bertugas mengawal masa pergantungan dan

bersama-sama dengan pencatat kemasukan pemain-pemain.

Page 10: Bola Baling Gerko

CIRI-CIRI PEMAIN BOLA BALING

Pemainan bola baling merupakan permainan berpasukan. Oleh itu,

setiap pemain haruslah mempunyai persefahaman dan kerjasama sesama

pemain Ciri-ciri seorang pemain bola baling, yang pertamanya mempunyai

tahap atau tingkat teknik kemahiran yang tinggi . Selain itu, setiap pemain

bola baling juga haruslah mempunyai tahap atau tingkat kecergasan,

kesegaran dan keseimbangan yang tinggi.

Selain itu, setiap pemain juga harus berpengetahuan dan mempunyai

pemahaman menyeluruh akan taktik-taktik permainan. Mereka juga haruslah

mempunyai pendekatan mental yang betul dan wajar. Selain itu, setiap

pemain juga haruslah bersikap positif dan mempunyai semangant kesukanan

yang tinggi. Akhir sekali, sebagai pemain, mereka haruslah mampu bermain

secara berpasukan, kerana bola baling merupakan permainan berkumpulan.

Page 11: Bola Baling Gerko

KEMAHIRAN ASAS YANG DIUJI SEMASA BERMAIN BOLA BALING

Semasa bermain bola baling, kemahiran yang diuji adalah berlari,

melompat, melontar (menghantar), menangkap (menerima), mengadang,

mengelecek, pergerakan badan (untuk berpusing, tipu helah dan mengelak)

1. Berlari.

Semasa bermain, pemain haruslah berkeupayaan melakukan larian

mengikut kehendak sesuatu situasi permainan haruslah. Jenis larian yang

diuji semasa bermain ialah larian pecut, larian berhenti tiba-tiba, larian sisi,

larian ke belakang, larian mengejut dan pergerakan lanjutan daripada larian

seperti melompat, membuat hantaran, menjaringkan gol dan sebagainya.

Semasa bermain, harus berlari dalam pelbagai arah dan jarak. Semasa

larian, harus menggunakan bahagian hujung kaki untuk pecut dan membrek,

pergelangan kaki untuk berpusing.

2. Melompat.

Melompat merupakan satu kemahiran yang penting semasa bermain bola

baling. Kemahiran ini diuji semasa pemain melakukan serangan, melakukan

jaringan, mengelakkan dari pertahanan lawan. Pemain haruslah melakukan

kekuatan di bahagian kaki dan hujung kaki untuk mendapatkan lonjakan yang betul

dan efektif

3. Melontar dan Menghantar Bola.

Kemahiran melontar dan menghantar bola sangat penting semasa bermain bola

baling. Hal ini kerana, semasa bermain bola baling, kita sering melakukan hantaran

bola kepada rakan sepasukan kita dan untuk melakukan jaringan.

4. Menangkap.

Page 12: Bola Baling Gerko

Menangkap juga merupakan kemahiran yang sangat penting kepada setiap

pemain bola baling. Kemahiran ini juga menguji pengawalan serta memastikan

pergerakan bola, memegangnya dengan kemas, dan memastikan bola terselamat

dalam pegangan untuk melakukan tindakan yang selanjutnya.

5. Mengadang.

Kemahiran ini menguji pemain mengawal pergerakan pemain lawan daripada

meneruskan pergerakan seperti membuat serangan dan akhirnya menjaringkan gol.

Kemahiran ini menguji pemain untuk menghalang dan mengelakkan lawan daripada

melakukan serangan. Selain itu, ia juga menguji pemain merampas bola daripada

kawalan lawan supaya membolehkan pemain memulakan pergerakan menyerang.

6. Mengelecek.

Kemahiran ini menguji pemain menggerakkan bola secara melantun berterusan

ke tanah dengan satu tangan tanpa memegangnya. Pemain harus berkeupayaan

mengawal bola dengan merapatkan bola dengan diri pemain, sambil jejari dibuka

luas untuk menolak bola dengan baik ke hadapan.

7. Pergerakan Badan.

Page 13: Bola Baling Gerko

Kemahiran ini membolehkan pemain mengawalan bola dengan baik,

percaya pada diri sendiri dan rakan-rakan sepasukan, pencelahan serta unsur-

unsur tindakan mengejut. Selain itu, kita boleh mengacah melakukan

pergerakan yang boleh mengelirukan lawan. Pemain melakukan sesuatu

pergerakan seolah-olah bersungguh-sungguh, tetapi pada masa yang pantas

mengubah fikiran dan melakukan pergerakan lain.

Peraturan Dan Teknik Mengacah.

Semasa mengacah pemain meletakkan sebelah kaki di hadapan dengan

jarak di antara kedua-dua kai seluas bahu, manakala lutut dibengkokkan.

Seterusnya pemain meletakkan berat badan awal pada kaki kiri di belakangnya

dipindahkan ke kaki kanan di hadapan, serentak itu kedua-dua belah tangan di

angkat .

TEKNIK DAN KEMAHIRAN ASAS

Page 14: Bola Baling Gerko

Teknik Terima Bola

Menerima atau menyumbat bola ialah satu aksi menangkap bola dengan

tangan. Untuk menerima atau mengawal bola, seseorang pemain mesti memberi

perhatian kepada faktor-faktor berikut. Yang pertamanya, haruslah memandang bola

dan juga penghantarnya. Kemudian, hulur tangan ke arah bola yang mendatang.

Selepas itu, temu bola dengan hujung jari dengan kedudukan kedua ibu jari di

belakang bola. Bola haruslah ditangkap dengan jari terbuka. Selepas menangkap

bola, tarik bola ke badan (paras dada) supaya pemain yang lain tidak dapat

merampas bole tersebut. Semasa menangkap bola, kedudukan kaki haruslah

sebelah di depan dan sebelah lagi di belakang dan jarak antara kaki tersebut seluas

bahu. Tukar berat badan dari kaki depan ke kaki belakang apabila bola telah

ditangkap.

Menerima Bola Sambil Melompat.

Melompat adalah satu kemahiran penting dalam bola baling. Boleh dikatakan

semua pergerakan memerlukan pemain membuat lompatan seperti membuat

hantaran menangkap bola mengadang lawan dan melakukan serangan. Melompat

dalam bola baling bermaksud pemain melakukan kemahiran ini sambil bola ada

pada tangannya.

Menerima Bola Pada Paras Pinggang.

Semasa menerima bola, kaki sebelah haruslah di depan dan sebelah

lagi di belakang. Jarak antara kaki tersebut haruslah seluas bahu. Semasa

menerima bola, kedua-dua tangan haruslah di buka, dan siku bengkok. Kedua-dua

lutut haruslah di bengkokkan sedikit untuk imbangan dan kawalan badan. Selepas

itu, berat badan berada dikaki depan tetapi dipindahkan ke kaki belakang apabila

bola telah dapat ditangkap. Selepas bola ditangkap, bola tersebut bawa ke

belakang. Semasa menangkap bola, pastikan bola ditangkap dengan menggunakan

jari, dan bukan tapak tangan.

GAMBAR TEKNIK HANTARAN DAN MENERIMA BOLA

Page 15: Bola Baling Gerko

Kedudukan pemain untuk menangkap bola

Menangkap bola tinggi

Page 16: Bola Baling Gerko

Menghadang lawan

Kedudukan bola untuk melakukan hantaran(lontaran hadapan)

Page 17: Bola Baling Gerko

Belakang

Pemain dalam keadaan sedia untuk membuat hantaran

Page 18: Bola Baling Gerko

Pergerakan dalam membuat hantaran aras dada

Pemain melakukan hantaran atas kepala

Page 19: Bola Baling Gerko

Hantaran lantun

Hantaran atas kepala(dari belakang)

Page 20: Bola Baling Gerko

Hantaran aras dada

Page 21: Bola Baling Gerko

Kedudukan tangan untuk menangkap bola

Kedudukan jari pada bola

Kedudukan jari(dari belakang)

Page 22: Bola Baling Gerko

Menangkap bola rendah

Menangkap bola pada aras dada

Page 23: Bola Baling Gerko

Menangkap bola tinggi

Page 24: Bola Baling Gerko

KEMAHIRAN

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM BOLA BALING

(i) Kemahiran:

Hantaran

Menangkap/ menyambut

Menggelecek

Melantun

Mengacah

Menghadang

Menjaring

Menjaga gol

(ii) Aspek-Aspek Keselamatan:

Latihan yang sistematik

Mengenal pasti kemampuan tahap dan kecergasan murid semasa

melakukan aktiviti.

Kesesuaian pakaian

Persekitaran atau tempat beraktiviti

Penyeliaan, arahan dan bimbingan

Perlakuan aktiviti

Disiplin murid

Page 25: Bola Baling Gerko

Murid dapat :

Aras 1

Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam melaksanakan aktiviti

kemahiran bola baling.

Melakukan sekurang-kurangnya enamkemahiran asas dalam

permainan bola baling dengan teknik yang betul dan selamat.

Aras 2

Mengaplikasi undang-undang dan peraturan asas dalam permainan

bola baling.

Mengenal pasti otot utama yang digunakan dalam permainan bola

baling.

Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan

dalam permainan bola baling.

Aras 3

Mengenal pasti tindakan berbahaya dalam situasi permainan.

Merancang strategi asas dalam permainan bola baling.

Melakukan kemahiran dan strategi asas dalam permainan bola baling.

Membincangkan aspek-aspek ke selamatan yang perlu diambil kira

dalam permainan bola baling.

Membincangkan undang-undang dan peraturan asas dalam

permainan bola baling.

Membincangkan kesalahan-kesalahan teknik lakuan dalam permainan

bola baling.

Membincangkan tindakan berbahaya dalam situasi permainan.

Menamakan otot utama yang digunakandalam permainan bola baling.

Page 26: Bola Baling Gerko

OBJEKTIF

1. Mengetahui maksud komponen-komponen kecergasan seperti daya tahan

kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan, kuasa, dan kelajuan.

2. Melibatkan diri dan mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal untuk membina

kemahiran motor dan kecergasan fizikal.

3. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik artistik,

gimnastik irama, gimnastik pendidikan, dan pergerakan kreatif dengan betul dan

selamat.

4. Memahami dan mematuhi arahan serta peraturan dalam semua aktiviti bagi

menjaga keselamatan.

5. Melibatkan diri dan mengamalkan etika sukan yang baik.

6. Mengurus stor alatan sukan serta dapat mengklasifikasi jenis-jenis alatan sukan

dan

7. Berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan semasa beraktiviti dalam suasana

yang riang dan menggembirakan.

Page 27: Bola Baling Gerko

HURAIAN

Sukan Bola Baling di kategorikan di dalam kemahiran luar kawal (open skill).

Kemahiran luar kawal bermaksud, kemahiran yang dibina dalam persekitaran yang

berubah-ubah. Luar kawal bermaksud faktor persekitaran mempengaruhi tindakan

perlakuan individu (pemain). Berdasarkan permainan bola baling, faktor luar ialah

pihak lawan iaitu keupayaan dan strategi yang digunakan oleh pihak lawan. Dengan

kata lain, keupayaan dan strategi yang digunakan pihak lawan adalah tidak dapat

diduga dan ditentukan dan hanya diketahui ketika di dalam gelanggang iaitu ketika

perlawanan sedang berlangsung.

Sebagai contoh, ketika melakukan serangan. Pasukan telah merangka strategi

menyerang yang dibuat ketika latihan dan diharap dapat dilaksanakan ketika di

dalam perlawanan. Namun demikian, strategi bertahan pihak lawan adalah tidak

dapat diduga, dengan itu pasukan perlu melakukan serangan dengan menyesuaikan

rangsangan daripada pihak lawan. Biasanya, serangan dapat dilakukan seperti

biasa , namun masih belum dapat diramal sama ada mampu untuk membuat

jaringan ataupun tidak.

Bagi mengawal faktor luaran yang berubah-ubah, latihan perlu dilakukan

sepenuhnya bagi menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran yang sepatutnya

dikuasai. Pergerakan-pergerakan lebih pantas perlu dilakukan selain kecekapan

menghantar dan menyambut bola perlu diperkemas. Tindak balas daripada pihak

lawan perlulah dibaca dengan pantas bagi mematahkan serangan pihak lawan.

Dengan ini, faktor luaran dapat dikurangkan dan pemain berupaya mempraktikkan

kemahiran yang sedia ada ketika di gelanggang kelak.

Page 28: Bola Baling Gerko

CIRI PERGERAKAN

Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dilakukan terhadap sukan bola

baling ini, terdapat dua daripada tiga ciri pergerakan yang sering diguna iaitu

kemahiran diskrit dan kemahiran bersiri. Kemahiran diskrit merupakan kemahiran

yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran yang spesifik. Kemahiran ini

melibatkan pergerakan yang pantas kerana masa yang terhad.

Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran diskrit ini dapat diperhatikan ketika

pemain membuat hantaran-hantaran pantas kepada rakan sepasukan. Hantaran

dilakukan dengan pantas dan tepat bagi membuat serangan balas terhadap pihak

lawan. Selain itu, kemahiran diskrit ini juga dapat dilihat ketika penjaga gol menjaga

gawang gol iaitu ketuka menangkap atau menepis bola. Masa yang diambil untuk

melakukan tangkapan atau tepisan itu amatlah cepet dan singkat. Oleh itu, ia

dipanggil kemahiran diskrit.

Kemahiran bersiri pula bermaksud kemahiran yang dilakukan secara berfasa

hasil cantuman beberapa kemahiran diskrit. Di dalam sukan Bola Baling, kemahiran

bersiri ini dapat dilihat ketika pemain mengambil langkah untuk membuat jaringan.

bermula dengan menyambut bola, pemain mengambil langkah dan melonjak

keudara. Ketika di udara badan berkeadaan sedia dan tindakan menjaring diakhiri

dengan pendaratan yang selamat. Kemahiran diskrit yang digabung ialah

menyambut bola, melompat dan membuat balingan.

Page 29: Bola Baling Gerko

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Penghargaan

Peta Minda

Pengenalan Permainan Bola Baling

Sejarah

Objektif

Asas Permainan Bola Baling

Ciri Pergerakan

Teknik Asas

Gambar Teknik Hantaran dan Menerima

Peraturan dan Undang-undang

Kemahiran Asas

Ciri-ciri Pemain Bola Baling

Peralatan Permainan Bola Baling

Huraian

Page 30: Bola Baling Gerko
Page 31: Bola Baling Gerko

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Nama: Adilah Mat Hadzir

Nazifah Lang

Nor Mazliza Abdul Malek

Nor Shazyeana Mohamad Saidan

Siti Nur Fauziah Rusli

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah (s.w.t.) atas kekuatan, limpah kasih

sayang dan kurniaan-Nya kerana kami dapat menyelesaikan Keraja Kursus Pendek

ini dalam masa yang telah ditetapkan. Selawat dan salam kepada Rasulullah

(s.a.w.), keluarga dan para Sahabat (r.a.) Baginda kerana atas perjuangan mereka,

Islam dapat dinikmati oleh manusia sampai hari ini.

Jutaan terima kasih dicapkan kepada En. Johan selaku pensyarah

pembimbing yang banyak membantu, memberi teguran serta membimbing penulis

dalam usaha menyempurnakan tugasan ini, walaupun pelbagai rintangan yang telah

dihadapi.

Buat keluarga tercinta, terimalah lafaz kasih sayang dan ucapan terima kasih

yang tidak terhingga atas doa dan dorongan yang diberikan, terutama ayahanda dan

bonda serta adik-beradik yang dikasihi. Segala jasa dan bakti kalian diiringi dengan

seribu doa dalam menempuh liku-liku perjalanan kehidupan ini. Teristimewa buat

rakan-rakan seperjuangan terutama PISMP Pendidikan Khas 4 Jan 2009. Tidak lupa

juga kepada rakan yang lain kerana segala bantuan dan sokongan yang diberikan

tidak terbalas oleh kami di dunia ini. Segala pengalaman pahit manis bersama tidak

akan dilupakan.

Page 32: Bola Baling Gerko

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

KERJA KURSUS PENDEK

GERKO (WAJ3109)

BOLA BALING

NAMA : ADILAH MAT HADZIR

NAZIFAH LANG

NOR MAZLIZA ABUL MALEK

Page 33: Bola Baling Gerko

NOR SHAZYEANA MOHAMAD SAIDAN

SITI NUR FAUZIAH RUSLI

UNIT : PISMP PEND. KHAS 4 JAN 09

MATA PELAJARAN : GERKO(BOLA BALING)

NAMA PENSYARAH : EN. JOHAN