presentation penulisan jurnal reflektif individu

Upload: tan-pei-ping

Post on 06-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

EDUsemester 8PISMPSWOT

TRANSCRIPT

Budaya Berfikir/

EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU DISEDIAKAN OLEH: LOONG LEE YING & TAN PEI PINGPENSYARAH: EN. HASSHIM BIN MOHAMADUNIT: 8 PISMP MATEMATIK

Budaya BerfikirRefleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memeknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri.

John Dewey (1933) - Cara khas penyelesaian masalah. Proses kognitf aktif dan sedar untuk menyelesaikan masalah praktik.Hanipah (1999)- Proses

Proses Pemikiran Reflektif (Richard, J.C.)

JENIS-JENIS REFLEKSI (SCHON, 1987)

1. Refleksi ke atas tindakan refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu sesi praktis

2. Refleksi semasa tindakanrefleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis

3. Refleksi untuk tindakanhasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksiTujuan memandu seseorang ke arah tindakan masa depan

Jenis-Jenis Penulisan Reflektif (Hatton & Smith, 1995)~Penulisan Deskriptif~Refleksi Deskriptif~Refleksi Dialog~Refleksi KritikalPENULISAN DESKRIPTIFPenulisan yang menerangkan keadaan atau peristiwa dengan hanya menulis tarikh, tempat tanpa sebarang penerangan mengenai sebab, akibat dan kaitan peristiwa serta kesannya terhadap sikap dan kepercayaan diri penulis.Tidak bersifat reflektif. Hanya laporan peristiwa tanpa memberi sebab, akibat dan kesan.Tidak ada alasan atau justifikasi.REFLEKSI DESKRIPTIFAda penerangan sebab dan akibat peristiwa atau pengalaman secara jelas. Terdapat ciri-ciri penaakulan, renungan terhadap peristiwa dan memberi alasan terhadap perkara yang berlaku. Ciri-ciri penerokaan terhadap kemungkinan sudah lepas & akan datang. Membuat justifikasi dan jangkaan.

REFLEKSI DIALOG

Terdapat kata-kata bisikan hati, seakan berbincang sendiri(monolog).Membantu penerokaan lebih luas (di luar dirinya). Membawa kesedaran diri dan pengetahuan baru.Bersifat lebih terbuka.

REFLEKSI KRITIKALMengaitkan peristiwa/pengalaman bilik darjah dengan perkara di luar bilik rutin bilik darjah spt falsafah diri, isu-isu masyarakat dan moral.Penulis memberi makna terhadap peristiwa yang telah berlaku kepada dirinya dan peranannya sebagai insan guru. Penulisan jenis ini perlu dilatih kerana ia boleh menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan guru untuk menjadikan guru permulaan lebih terbuka kepada nilai- nilai masyarakat tempat ia bertugas.

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF

PENULISAN JURNAL REFLEKTIF Bey (1987) mencadangkan soalan-soalan berikut bagi memupuk Pemikiran Reflektif dan Metakognitif.What am I doing?(Apa yang saya lakukan?)Why am I doing it?(Mengapa saya lakukannya?)What do I feel?(Apa yang saya rasa?)What did I learn?(Apa yang saya pelajari?)What other way can I do it?(Apakah ada cara lain boleh saya lakukan?What will I do?(Apa yang akan saya lakukan) (Format ini sesuai untuk dijadikan catatan jurnal refleksi selepas setiap P&P)

KONSEPSatu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.Aktiviti ini memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami tentang sebab sesuatu tindakan/pilihan dibuat.Ia merangkumi semua aspek yang berkaitan dengan profesion ini.Melalui catatan jurnal guru pelatih dapat mengkaji dengan lebih terperinci pengalaman yang dialami supaya lebih pekak pada keperluan diri, murid dan persekitaran sekolah. Catatan ini boleh membantu memperolehi celik akal dan menaksir nilai kendiri terhadap proses pendidikan.

LANGKAH MENULIS JURNAL REFLEKSI MINGGUANTulis satu isu/perkara yang menarik perhatian saya terhadap P&P atau bimbingan yang dijalankan.Mengapakah perkara ini menarik perhatian saya?Bagaimanakah bisikan hati saya terhadap perkara itu?Jelaskan pegangan,kepercayaan dan falsafah diri ke atas isu itu?Kefahaman baru/kesedaran yang saya perolehi dari bahan dan perbincanganTuliskan cadangan dan langkah bertindak yang anda akan ambil dengan jelas(rujukan,masa)

CARA PENULISAN JURNAL

Tarikh:Tempat:Masa:Aspek:Catatan peristiwa atau kejadian atau masalah B. Perasaan atau pandangan tentang catatanAnalisis terhadap sebab berlaku peristiwa Cadangan tindakan untuk mengatasiTempoh masa penyelesaianCara memenuhi kejayaan

CONTOH JURNAL REFLEKTIF 1

Tarikh: Sepanjang semester 8Tempat: Bilik Kuliah Masa: 4 jam semingguSepanjang mengikuti kursus EDU 3083 ini, saya telah mendapat banyak ilmu dan pengetahuan baru berkaitan dengan asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru. Saya dan rakan sekelas telah menghadiri kuliah selama empat jam seminggu di bawah En. Hasshim Bin Mohamad. Saya telah didedahkan dengan lapan bab sepanjang kursus ini.

ANALISIS SWOT

KEKUATANMenyediakan asas kepimpinan dan perkembangan profesional dalam diri guru.Penambahan ilmu berkaitan dengan konsep mengajar.Kod etika dan akauntabiliti didedahkan kepada saya supaya saya dapat menjadi seorang pendidik yang terdidik kelak.Isu-isu etika guru pula membolehkan saya menjadi peka terhadap perkara yang berlaku dalam bidang yang saya ceburi ini. Memastikan diri saya sentiasa bersaing dan memajukan diri ke tahap paling tinggi dalam bidang ini.Mendalami peranan guru sekolah rendah terutamanya pada abad ke-21 ini.Mengetahui akan jenis-jenis kepimpinan guru dan teori kepimpinan guru yang boleh diaplikasikan di sekolah.Memahami struktur organisasi pendidikan.Memastikan penghayatan pembelajaran sepanjang hayat.

KELEMAHANKekangan masa tidak mencukupi

PELUANGBakal pendidik diberi peluang mengenali asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru secara menyeluruh serta menjiwai dunia pendidikan. Melalui pendedahan ini, guru pelatih akan lebih bersedia menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik dan berkhidmat sebagai seorang guru yang berdedikasi di sekolah.

ANCAMANJadual waktu kuliah yang bertembung dengan program IPG yang mengganggu interaksi kuliah.Waktu interaksi kursus menjadi padat kerana program PISMP dipendekkan.

CONTOH JURNAL REFLEKTIF 2PENDAHULUANPada 20 Oktober 2014, saya telah menjalankan pengajaran makro untuk mata pelajaran matematik tahun 2. Tajuk yang saya pilih ialah ciri-ciri bentuk tiga dimensi. Saya telah menggunakan teknologi komputer persembahan Powerpoint,bahan maujud dan kad perkataan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut. Dengan bantuan rakan mengambil rakaman sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Daripada rakaman saya dan maklum balas daripada rakan saya telah mendapat kekuatan dan kelemahan pengajaran makro tersebut.

KEKUATAN

Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer iaitu persembahan powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran telah menarik perhatian murid-murid. Dengan menggunakan ICT murid lebih memahami isi pelajaran yang diajarkan kerana murid lebih nampak gambaran sebenar. Murid lebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi yang boleh menarik minat murid. Melalui penggunaan komputer dan LCD, guru dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran Matematik dengan kehidupan seharian. Murid lebih bersemangat dan akan memberikan sepenuh tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

~ sambungan KEKUATANPengajaran yang digunakan adalah berpusat kepada murid-murid. Murid aktif mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan melibatkan semua murid dan murid diminta memberi pendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut. Contohnya saya menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Murid-murid diminta mencari jumlah bilangan bucu, sisi dan permukaan bentuk tiga dimensi dengan meneliti dan melalui sentuhan. Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih efektif tetapi lebih bermakna dan menyeronokkan murid-murid kerana murid memperolehi jawapan dengan pemerhatian dan sentuhan sendiri.

KELEMAHANKelemahan dan kekurangan yang dikenal pasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah pengurusan masa guru atau ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.Selain itu, saya juga tidak sempat membuat penutup kerana tidak cukup masa. Dalam aktiviti kumpulan telah menggunakan lebih daripada 10 minit. CADANGAN PENAMBAHBAIKANBerdasarkan prosedur yang diyatakan dalam California Standards for the Teaching Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar, maka masa pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Oleh itu saya akan mengurus masa dengan lebih baik dengan membuat persediaan perancangan dan mengenal pasti bahan bantu mengajar iaitu komputer dalam keadaan baik.

KELEBIHAN PENULISAN REFLEKTIFPenulisan reflektif merupakan dokumentasi pengalaman, pemikiran, persoalan, pandangan dan kesimpulan yang merupakan pengalaman pembelajaran. Ia memberi peluang kepada guru untuk berfikir dengan kritis tentang apa yang telah dilakukan dan kenapa ia dilaksanakan sebegitu.Ia menyediakan:-Rekod peristiwa dan keputusan serta tindakan.-Data yang dikumpul hasil perbincangan reflektif.KELEBIHAN PENULISAN REFLEKTIFGuru membuat penilaian kendiri.menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil kerja.melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan.mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika mengubah tingkah lakuPeluang kepada guru untuk membuat pengubahsuaian terhadap apa yang dibuat dan melaksanakannya berbeza dari kebiasaan dan menjadikannya lebih baik.Meningkatkan tahap profesionalisma pengajaran.Peluang untuk mengkaji semula objektif pengajaran dan tidak melihat semua permasalahan sebagai terasing.

KELEBIHAN PENULISAN REFLEKTIFMeningkatkan keyakinan melalui peningkatan motivasi dan meningkatkan kepercayaan terhadap pelajar.Dokumentasi asas bagi menyokong portfolio pengajaran.Pembentukan profesionalisme keguruan.

SEKIAN,