guru sebagai pengamal reflektif

16
NAMA PENSYARAH: PUAN LATIFAH JAMIL EDU 3083 Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru DISEDIAKAN DAN AKAN DIBENTANGKAN OLEH: 1. ARRAHMAH BINTI ANOOWAH 2. AMIRA FATINI BINTI AHMAD FADZIL 3. BRONEKA UDING KIREW 4. HASLINDA BINTI BAADU 5. NADZIRAH BINTI AMIR HAMZAH

Upload: broneka-uding-kirew

Post on 16-Dec-2015

710 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

Peranan guru

TRANSCRIPT

Slide 1

NAMA PENSYARAH: PUAN LATIFAH JAMILEDU 3083 Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guruDISEDIAKAN DAN AKAN DIBENTANGKAN OLEH:ARRAHMAH BINTI ANOOWAHAMIRA FATINI BINTI AHMAD FADZILBRONEKA UDING KIREWHASLINDA BINTI BAADUNADZIRAH BINTI AMIR HAMZAH

TAJUK:GURU SEBAGAI PENGAMAL REFLEKTIF

DEFINISI REFLEKSI/ REFLEKTIF1. Richard, J.C:Refleksi merujuk kepada aktiviti atau proses yang melibatkan suatu pengalaman yang dikutip, diberi pertimbangan dan dinilai untuk suatu tujuan.

2. Dewey (1975)Pemikiran reflektif ialah pemeriksaan yang dilakukan secara aktif, teliti, dan bersungguh-sungguh terhadap kepercayaan atau sesuatu yang didakwa sebagai pengetahuan,berdasarkan asas-asas yang menyokong dakwaan itu serta terhadap rumusan yang terhasil daripada pemeriksaan itu. DEFINISI REFLEKSI SECARA UMUMRefleksi merupakan usaha penuh sedar seseorang individu memaknakan pengalamannya ke arah membantu meningkatkan celiik akal mengenai kepercayaan, sikap, pengetahuan dan amalan sendiri yang melibatkan proses merenung, menganalisis, membuat justifikasi serta mengemukakan cadangan dan tindakan untuk membaiki diri. GURU SEBAGAI PENGAMAL REFLEKTIFAliran pendidikan guru pada masa kini memberikan penekanan kepada penghasilan guru yang reflektif, mampu melibatkan diri dalam proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial, emosi dan akademik.

Amalan refleksi amat berkesan dalam membantu guru menstruktur pemikiran ke arah penguasaan isi kandungan dan pengetahuan am pedagogi.

Refleksi membolehkan pengamalnya menilai, memahami dan belajar dari pengalaman.SambunganSentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran.

Supaya murid-murid memperolehi kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua akviti pengajaran dan pembelajaran.

Apabila perisitiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan(reflection-in-action).

Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan (reflection-on-action).

Setiap guru perlu membuat penelitian tentang apakah langkah-langkah dalam proses refleksi yang boleh membantu dirinya memahami dengan lebih dekat peranannya sebagai pengamal reflektif yang berkesan.

SambunganGuru sebagai pengamal reflektif akan bertanyakan soalan-soalan seperti berikut kepada dirinya:

MANFAAT AMALAN REFLEKTIF

Sekian, terima kasih.