gerko hoki
Post on 07-Apr-2018
403 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/3/2019 gerko hoki
1/30
[GERKO HOKI] 13 SEPTEMBER 2011
1
1.0 PENGENALAN
1.1 SEJARAH PERMAINAN HOKI
Hoki merupakan salah satu sukan yang tertua dan popular di kebanyakan negara
termasuklah Malaysia. Terdapat dua jenis permainan hoki iaitu dimainkan di atas
padang rumput dan dimainkan di gelanggang ais. Permainan hoki yang popular di
Malaysia ialah jenis yang dimainkan di padang rumput oleh disebabkan iklim kita.
Namun begitu, permainan hoki ini tidaklah begitu popular dibandingkan dengan
permainan bola sepak dan sepak takraw disebabkan permainan ini memerlukan
padang bermain yang lebih baik dan alatan bermain yang lebih mahal.
Menurut catatan, hoki mempunyai sejarah yang panjang dan menarik iaitubukti pertama menunjukkan bahawa hoki mula dimainkan lebih kurang 4000 ribu
tahun yang lalu. Salah satu dinding makam Bani Hasan di Mesir yang dibina sekitar
2000 tahun S.M, menunjukkan sebuah lukisan yang menggambarkan dua orang
melakukan buli seperti dalam permainan hoki. Seterusnya, sekitar tahun 500 S.M
dipercayai bahawa hoki telah wujud di Paris , Greece dan Rome berdasarkan arca
dinding yang telah ditemui.
Di Scotland, hoki dikenali sebagai shinty, di England dikenali dengan nama
commockmanakala di Wales, hoki dikenali sebagai banty. Sejarawan sukan pula
berpendapat bahawa perkataan hoki diambil sempena daripada permainan yang
digunakan di Perancis, iaitu hoquet. Pada pertengahan tahun 1800-an, hoki menjadi
popular di sekolah-sekolah England dan pada waktu itu juga penubuhan beberapa
kelab hoki seperti Kelab Hoki Wimbledon (1883) dan Blacheath (1861).
Pada tahun 1800-an, pemain menggunakan bola gabus atau getah yang
dibungkus dengan tali yang berlapis-lapis. Bola ini mula digantikan dengan bola
kriket yang diwarnakan cat putih sekitar tahun 1875. Kayu hoki pula diperbuat
daripada kayu ash atau oak yang mempunyai lengkung semula jadi di hujungnya.
Gelanggang hoki yang digunakan pula adalah berukuran 150 meter panjang dan 180
meter lebar manakala pintu gol didirikan menggunakan dua tiang gol berjarak
sembilan meter.
8/3/2019 gerko hoki
2/30
[GERKO HOKI] 13 SEPTEMBER 2011
2
Oleh kerana permainan hoki ini masih tidak mempunyai sebarang undang-
undang dan peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di hasilkan
untuk menjadikan permainan ini lebih unik. Bagaimanapun, keadaan ini
menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan pergaduhan sehingga membawa
kepada pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak
tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para
pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak atasan British telah
pun mengharamkan permainan ini.
Dalam pada itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia
setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Meskipun usaha ini
memakan masa yang lama, namun ia telah memberikan peluang yang besar untuk
permainanini menapak bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya
peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur
dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan
mempelajarinya.
Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan itu apabila hoki mula
diterima semula oleh pihak Britain malah ia bukan sahaja di mainkan oleh orang
lelaki sahaja tetapi kaun wanita juga turut mengambil bahagian. Pasukan hoki yang
pertama telah pun ditubuhkan dinegara tersebut pada tahun 1840, dan Kelab
Blackheath di Selatan London dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia.
Kelab ini telah menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861. Kelab ini juga turut
memperkanalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan
pengadil, kawasan permainan yang terhad dan menggenakan hukumankepada
pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah pun di gubal serta
diperkemaskan dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun
kemudian, Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih
baik dan kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan
menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke
negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.
8/3/2019 gerko hoki
3/30
[GERKO HOKI] 13 SEPTEMBER 2011
3
Peraturan permainan hoki telah dirangka oleh British Hockey
Association (BHA) pada tahun 1886 dan telah diterima oleh beberapa negara seperti
Scotland, Wales, Ireland, Belgium dan Perancis. Pada tahun 1894, perlawanan hoki
antarabangsa pertama telah berlangsung antara England dengan Ireland dan
seterusnya mula berkembang ke negara-negara lain. Permainan hoki mula
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan dihentikan seketika
disebabkan Perang Dunia Kedua. Di negara Asia, permainan hoki mula
dipertandingkan pada tahun 1958 dalam Sukan Asia di Tokyo.
8/3/2019 gerko hoki
4/30
[GERKO HOKI] 13 SEPTEMBER 2011
4
1.4 PERMAINAN HOKI ANTARABANGSA
Perkembangan permainan hoki terus tersebar ke negara-negara lain. Akan tetapi
detik bermulanya sebagai permainan antarabangsa bermula apabila ia diterima
sebagai salah satu acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.Walaupun ia
diketepikan pada Sukan Olimpik tahun 1924, ia diterima kembali dalam Sukan
Olimpik berikutnya. Kini hoki merupakan acara tetap perjumpaan sukan terbesar ini.
Seperti permainan-permainan lain, hoki juga memerlukan sebuah badan
khusus di peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada
peringkat dunia bagi menyelaras serta menganjurkan pertandingan pada peringkat
ini. Maka pada tahun 1924, tertubuhlah Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) atasusaha negara-negara Eropah, iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary,
Perancis, Sepanyol dan Switzerland. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai
badan yang menjadi pengelola rasmi bagi permainan ini pada peringkat dunia.
Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang
serta peraturan permainan agar semua negara dunia dapat bermain dengan lebih
teratur dan menarik. Badan ini juga bertanggungjawab menganjurkan kejohanandunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua,
Kejohanan Antara Juara-juara, kejohanan Eropah dan sebagainya.
Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat
termasuklah India, Pakistan dan negara kita dari Asia, Belanda, Jerman Barat,
Sepanyol, dan England dari Eropah, serta Australia dan New Zealand. Dalam
pertandingan-pertandingan utama dunia, sering perebutan kejuaraan adlah di antara
pasukana-pasukan ini. Amerika Syarikat, walaupun merupakan salah sebuah negara
terawal diperkenalkan dengan permainan ini, namun hingga kini persembahannya di
peringkat dunia masih belum membanggakan.
8/3/2019 gerko hoki
5/30
[GERKO HOKI] 13 SEPTEMBER 2011
5
1.3 PERMAINAN HOKI DI MALAYSIA
Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara kita oleh
askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Namun pada
peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah
yang bertugas di sini. Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada
peringkat ini.Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali diadakan
di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.
Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat penduduk
tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang mempelajari dan bermainnya
mulai meningkat. Kini hoki berjaya menjadi salah satu acara sukan yang diminatidinegara kita.Semua peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada
tahun1926 perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan, iaitu di antara
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat.
Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan pasukan
hokinya sendiri. Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan
perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang mengadakanlawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru sahaja memenangi pingat
emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga telah mendorong pasukan hoki kita untuk
mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita
telah mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao. Pasukan kita
memenangi semua perlawanan persahabatan yang diadakan di sana. Pasukan hoki
Macao pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan
dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita menumpaskan
mereka.
Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian
di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan
Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di
negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya.
Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil
bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF
8/3/2019 gerko hoki
6/30
[GERKO HOKI] 13 SEPTEMBER 2011
6
bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik
Kebangsaan.
Kejohanan hoki pert